Thursday, June 19, 2014

Petua nak berakhlak mulia...

6 juta komen
Tiada ilmu, merasa berilmu, sangat binasa,
Beramal tanpa ilmu, binasa,
Berilmu tanpa amal, juga binasa,
Berilmu & beramal tanpa ikhlas, turut binasa,
Berilmu, beramal dan ikhlas, lahirkan akhlak mulia...

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wassalam...


Sunday, June 08, 2014

Apa yang tersirat disebalik tersurat?

2 juta komen
Alkisah seorang pengutip sampah...

Seorang pengutip sampah di kampung Hadali bernama Nazuti gigih membuat kerjanya. Seluruh kampung Hadali dijaganya dengan bersih dan rapi.

Susah nak mencari sampah di mana-mana ? di sungai mahupun longkang semuanya bersih. Disebabkan usaha gigih Nazuti dan pasukannya, nama kampung Hadali menjadi harum dan diiktiraf sebagai kawasan ke-7 terbersih di seluruh Tanah Islami.

Nazuti rasa gembira kerana beliau dan pasukannya berjaya menjadikan kampung Hadali sebagai satu kampung yang selesa. Melihat penduduk selesa, menyebabkan Nazuti sangat bersyukur.

Walaupun dengan pasukan yang hanya kurang daripada 10 orang, kejayaan membawa Hadali sebagai kampung ke 7 terbersih di Tanah Islami amat mengkagumkan.

Nazuti tidak pernah membesar-besarkan kejayaan beliau dan pasukannya. Bahkan warga kampung Hadali turut tidak menyedari sumbangan beliau dan pasukan. Nazuti dan pasukan tidak pernah mendapat satu pujian, namun mereka tetap gembira kerana telah berjaya kerana menganggap telah melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt.

Satu hari, Nazuti dan pasukannya terlupa mengutip beberapa tempurung kelapa di dalam satu semak. Akibat hujan lebat, tempurung kelapa dipenuhi air.

Seorang penduduk kampung menemui tempurung kelapa tersebut dan mendapati sudah dipenuhi jentik-jentik.

?Teruknya pasukan menjaga kebersihan ini. Kerja tak bersemangat, malas ? sekarang tengok, tempurung kelapa ini dah penuh dengan jentik-jentik. Malulah kampung Hadali!? penduduk kampung itu memberitahu semua orang.

Mendengar aduan tersebut, Nazuti dan pasukan segera mencari tempurung kelapa tersebut dan membunuh semua jentik-jentik.

?Pasukan menjaga kebersihan ini dah hilang arah. Dah lupa tujuan mereka. Nazuti kena letak jawatan. Cari orang lain yang memahami pentingnya kebersihan di kampung Hadali. Orang yang tak faham acuan kampung Hadali dan malukan kita perlu dibuang,? desak penduduk kampung itu lagi.

Nazuti sedih dituduh sedemikian. Hasil usaha pasukannya selama ini bukan sahaja tidak menerima pujian malah kini dipersalahkan kerana satu perkara yang kecil. Pasukannya bekerja tanpa staf yang cukup dan memberikan segalanya ? tapi siapa yang tahu? Hanya Allah yang tahu.

Nazuti tidak mahu berlawan. Sebelum beliau membuka mulut ingin memohon maaf dan meletak jawatan? tetiba Ustaz Man bersuara.

?Papan putih bersih kamu semua tak nampak. Yang nampak ialah titik hitam kecil di atas papan putih dan merasakan itulah kekotoran yang mencemarkan segalanya. Orang yang terlupa padam titik hitam dipersalahkan, orang yang membuat titik hitam itu pula dilepaskan.

"Nazuti dan pasukannya ikhlas bekerja dengan gaji kecil sehingga menjadikan kampung Hadali menjadi tempat ke 8 terbersih di Tanah Islami, pernah tak kamu semua berterima kasih dan memberikan pujian padanya. Usaha mereka bukan untuk sehari dua, dah bertahun lamanya.

"Sekarang jumpa tempurung kelapa yang ada jentik-jentik riuh terus nak pancung Nazuti dan pasukannya. Silap Nazuti dan pasukannya ialah terlupa nak kutip sampah tempurung itu. Tapi ada antara kita yang membuang tempurung itu merata kerana merasakan ada orang yang akan datang mengutipnya itu kita tak nak persalahkan? Adil ke?

"Dan kamu yang menjumpai tempurung kelapa itu ? mengapa tak mencari salah pada orang yang membuang ke situ? Tapi mencari salah pada orang yang terlupa membersihkannya? Itu logik apa? Itu logik mana?

"Insaflah kalian. Jika anda tidak tahu memberi pujian sewaktu orang berbuat baik berkali-kali, anda hilang kelayakan mengkritik pada orang baik itu yang membuat kesilapan kecil,? kata Ustaz Man.

Mendengar kata-kata Ustaz Man, seluruh kampung terdiam. Penduduk yang mengadu itu terkedu dan akhirnya meminta maaf pada Nazuti dan pasukannya. Selepas itu, seluruh kampung membantu Nazuti dan pasukannya untuk mengekalkan kebersihan kampung Hadali dan tidak lagi sama tuduh-menuduh bila terlihat sampah di tepi jalan, tapi terus membersihkannya sendiri.

Dapat maksud tersirat?

Jangan kerana ada perkara sedikit yang kita tidak setuju, kita terus menjatuhkan hukuman pada orang tertentu, walhal kita lupa memujinya bertahun lamanya waktu dia menyumbang dengan baiknya kepada dunia ciptaan Allah ini.

Bila memandang ke langit, jangan terlupa kaki yang masih memijak bumi. Begitu jugalah apabila kita melihat kesilapan orang lain, tapi sering terlupa orang tersebut juga pernah berbuat baik.

Senyum...

Wahai anakku,
Jika kamu terfokus pada kesilapan 7 dan 8 yang disengajakan, bermaksud kamu gagal mendapat maksud tersirat cerita ini.

Senyum kali kedua... (Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)

Wassalam...

Monday, May 19, 2014

TERBAIK: Bagaimana mengelak muflis...

1 juta komen
Salam semua...

Tak selalu Pak Long boleh dok apdet blog camni, leptop dah lama lingkup. Tunggu anak balik la, boleh dok balaih sat hat depa... boleh gak dok cuci-cuci sawang dalam blog neh... haha...

Dalam masa yang singkat ni, Pak Long nak bagi tabik spring kat salah satu dari bebanyak status Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man neh... Baca la, kot-kot boleh bagi manafaat kat kita semua...

NAK KEAMPUNAN TUHANMU

Wahai anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosa-dosamu, maafkanlah kesalahan orang lain padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau memohon keampunan dari manusia di akhirat nanti. Aku sangat takut akan golongan yang muflis di akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di dunia banyak melakukan penganiayaan terhadap manusia; lalu mereka menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti pula dengan dosa.

Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoan yang memusnahkan. Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W Bersabda: "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah." Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, walaupun terlalu sukar manusia menangis kerana dosanya. Dan berjaga malamlah demi memperjuangkan agama Allah. Sabarlah wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua orang sedang tidur lena dibuai mimpi, kamu masih berada di atas jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah.

Wahai anakku,
Aku sering mengingati pesanan Tuan Guru Nik Aziz, biarlah kita penat di dunia, semoga kita tidak penat nanti di akhirat. Salam perjuangan buat semua.

Senyum...

Wassalam...

Related Posts with Thumbnails