Saturday, March 27, 2010

Perkasa itu Umno

Salam semua...

Mak Long hang tak banyak cakap malam ni, terbongkok bongkok punya khusyuk menyiapkan tempahan baju kastemernya. Cucok pisang sejuk petang tadi jadi peneman. Selak berita berita semasa membuatkan Pak Long tersenyum nipis. Macam macam hal, tentunya yang paling menarik ditonton adalah pahlawan pahlawan yang terlebih Melayu dalam mesyuarat agong pertama Perkasa.

Pak Long pun heran dengan orang yang mendakwa terlebih Melayu dari Melayu lain ni. Bangsa lain Pak Long tengok bukan main laju mengejar masa, tapi bangsa kita masih ber"retorik" mencari arah. Apa rasionalnya penubuhan Perkasa ni selain dari berpolitik. Memanglah kuasa politik itu penting demi survival agama dan jugak bangsa. Tapi janganlah diheret bangsa Melayu dengan kegagalan Umno menangani tekanan dari parti perkauman lain dalam BN. Pak Long yakin Perkasa diwujudkan atas nama ejen pendesak Melayu diluar Umno bagi menunjukkan ramai lagi Melayu dalam NGO bernama Perkasa ini. Inilah senjata baru Najib bagi menggertak komponen lain dari naik tocang. Melayu Perkasa itulah Umno dan Umno itulah Perkasa. Pak Long yakin, ini hanya satu lagi wayang Mahathir bersama Najib dengan memperkudakan kelantangan Ibrahim Ali.

Pak Long heran, kenapa kita tak pernah untuk bersatu dibawah satu bumbung dari membuang masa Melayu lain membina lebih banyak bumbung. Jangan salah faham, Pak Long amat meloya dan menentang sekeras kerasnya idea kerajaan perpaduan yang menjadi kegilaan setengah puak dalam PAS tuh. Pak Long amat faham, dan tidak mengharapkan PAS bergabung dengan Umno. Memang tak boleh nak disandingkan diantara Islam didahulukan dengan bangsa diutamakan. Hangpa jangan dok merepek.

Apa yang Pak Long nampak daripada hangpa dok buang masa Melayu lain menggelejat dalam Perkasa tu, lebih baik la hangpa perkuatkan Umno. Apa bezanya perjuangan Perkasa dengan Umno, orang tu jugak. Sebelum Ibrahim Ali cium keris, Hishamuddin terlebih dulu yang cium, malah dijulang megah oleh KJ.

Wassallam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails