Friday, April 23, 2010

Hulu Selangor: Memang BN patut menang

Salam semua...

Pak Long dok tengok dari cara dan gaya kempen yang BN dok buat la ni di Hulu Selangor, memang patut patutnya BN dah menang. Memang leceh dan tak tau la apa sialnya kalau BN kalah jugak dalam PRK ni.

Bayangkan la, dengan kerahan tenaga yang depa lakukan dari tukang pacak bendera sampai la JKR yang turap jalan waktu hujan, dari tukang bancuh kopi dalam khemah sampai la ke pemimpin kitar semula, sampai sunyi bahagian lain dalam Malaysia depa "yong" habih pi Hulu Selangor. Duit ringgit ni tok sah cakap la, berpuloh juta depa dah tabur, kalau tidak mana semua tu nak berjalan termasuk lah pemimpin pemimpin kitar semula tuh.

Kenyataan Pak Long diatas disokong oleh bancian dan congakan yang kini kian menyebelahi BN. Jadi Pak Long nak ucapkan syabas dan tahniah lebih awal pada BN kerana berjaya mengelabui rakyat dengan menggunakan kekuatan kewangan dan tentunya nasihat dari Apco melalui projek projek mee segera.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails