Monday, April 12, 2010

Merbahayanya jalanraya kita


Salam semua...

Dah lama Pak Long ni naik motor. Malah motorlah yang menjadi kaki utama Pak Long sejak Pak Long pandai pandai start motor sendiri kira kira 35 tahun yang lalu. Motor jugaklah yang mengeratkan Pak Long dengan Pak Su Not bakal pak mentua Pak Long pada masa tu. Alhamdulillah, mungkin disebabkan motor dan persahabatan Pak Long dengan Pak Su Not jugaklah, Mak Long hang berkenan kat Pak Long dan terus jadi isteri sampailah sekarang ni.

Kemana saja Mak Long hang ajak, motor jugaklah kudaan Pak Long sehinggalah peristiwa kemalangan 3 tahun yang lepas. Pak Long bernasib baik jari kelingking kiri saja yang patah, dan terus Pak Long patah hati dan sehingga sekarang, motor dan jalanraya menjadi trauma bagi Pak Long.

Motor ni umpama timun diatas jalanraya yang penuh dengan durian. Digilis, motor yang kena, menggilis pun motor juga cedera. Ini yang membuatkan Pak Long jadi trauma tuh. Gambar atas tu diambil dari sini dimana dua lelaki meninggal dunia di tempat kejadian selepas motorsikal yang dinaiki terbabas dan bergesel dengan sebuah kereta Proton Gen 2 di Kilometer 12, Jalan Seremban-Tampin 11 April 2010 sekitar 11 pagi tadi.

Bagi penunggang motorsikal semua, berhati hatilah. Jangan sia siakan rahmat anugerah Allah yang ada pada kita ni dengan bertindak bodoh merempit dijalanraya. Biar lambat asalkan selamat dan ingatlah orang yang tersayang yang menanti kita dengan penuh kasih dirumah.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails