Saturday, April 17, 2010

Penamaan calon

Salam semua...

Hari ni hari penamaan calon bagi PRK Hulu Selangor. Pekan Kuala Kubu Baru tentu sudah mula menerima kunjungan ramai orang yang majoritinya tentulah pelancong politik yang ingin turut merayakan demokrasi ala Malaysia.

Apa yang Pak Long musykilkan ialah berkenaan permintaan SPR supaya parti parti yang bertanding tidak membawa penyokong yang ramai ke pusat penamaan calon nanti. Pak Long rasa ini satu permintaan yang pelik. SPR seharusnya menggalakkan bukan melarang penyertaan rakyat. Parti parti yang bertanding waima BN sekalipun belum tentu mempunyai kemampuan membendung naluri penyokong yang ingin turut serta. Lain lah kalau kalau Pengerusi SPR takutkan BN malu kerana punyai lebih kecil jumlah penyokong seperti pilihanraya pilihanraya kecil sebelum ini. Kelebihan penyokong di hari ini juga bagaikan satu signal kekuatan sokongan dan jentera kerja sesebuah parti yang pastinya digeruni BN yang hanya harapkan nasi bungkus berserta RM 10 seorang sebagai umpan.

Nasihat seperti berdisiplin dan mematuhi arahan pada semua yang terlibat adalah lebih tepat dikeluarkan SPR dari membebel benda benda yang tak masuk dik akal.

Hari penamaan calon jugaklah kekuatan sebenar pasukan Polis diperlihatkan. Jaga jagalah pada yang lemah semangat. Berhati hati dengan provokasi. Tidak mustahil jugak anggota Polis kelihatan lebih menyerlah dan ramai dari penyokong penyokong parti. Jadi Pak Long juga bersetuju lah sekiranya disiplin diri diutamakan. Kecantikan dan kejelikan sesebuah parti banyak bergantung pada sikap si pemakai lambang lambang parti tersebut.

Namun inilah demokrasi ala Malaysia. Sampaikan pada masa pilihanraya sekalipun, permit Polis masih diperlukan bagi setiap ceramah yang dianjurkan. Entah sampai bila la kita nak matang dalam merayakan demokrasi. Pak Long masih ternanti nanti saat merayakan demokrasi sebenar mengangkat rakyat benar benar menjadi raja dalam negara.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails