Dalam Pak Long dok melepak ngan Mak Long hang enjoy angin petang, teringat pulak kisah kelaku orang orang kita. Pak Long dah terkena dan Mak Long hang pun masih terasa.
Bukan Pak Long nak mengata tapi ni adalah fakta. Merata rata dan berlambak lambak manusia jenih ni mudah kita jumpak senang kita cari. Masa kita ada duit lebih sikit, mungkin baru dok belajaq makan angin ataih, masa tu lah ramai manusia-manusia nak datang dekat tolong cari selipar kita masa keluaq masjid. Masa tu jugaklah kita boleh kenai bermacam jenih borang untuk kita sain, jadi garentor beli itu ini dan jadi penjamin pinjam itu ini.
Pak Long pun yakin tak semua orang berperangai hodoh macam tu. Tapi akan ada jugak yang buruk sebijik dua dalam setandan tu. Bila saja depa dah dapat apa yang depa mau, dan time tu pulak mungkin kita dah kering dan tak nampak hensem macam dulu, jadilah kita macam penyapu buruk. Nak pakai tak boleh, nak simpan buat menyemak, lempaq luaq lagi baguih.
Pak Long pun tak pernah nak ambik peduli, depa nak ingat kat Pak Long ka dak. Tapi duit yang hangpa hutang tu tolong la bayaq. Jangan dok biaq Pak Long dan Mak Long hang ditemu ramah oleh budak budak bank lagi. Satu lagi Pak Long nak pesan kat orang jenih hidup segan ni, hangpa boleh tak ingatkan Pak Long, asalkan hangpa masih kenai mak hangpa dan ingat Tuhan banyak banyak.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment
Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...