Thursday, April 22, 2010

Selipar di Malaysia naik harga

Salam semua...

Pak Long dah kata dulu, makanan asasi Perkasa adalah kontroversi. Depa tak boleh hidup tanpa kontroversi. Esok esok ni, kalau ada yang kata Melayu ni jenih pembodek tak bertempat, Perkasa lah yang perlu dipersalahkan. Kalau ada la yang kata Melayu ni kuat pembohong, Perkasa jugak la yang perlu dipertanggung jawabkan. Malang sungguh la bagi mana mana Melayu yang nak lantik Perkasa ni jadi jurucakap depa. Nasib baik la Pak Long tak hingin.

Pak Long tak pasti la pulak, tapi Pak Long rasakan mesti ada orang sekuat "Mahathir" dibelakang segala kerja tak senonoh Perkasa ni. Kerja depa adalah ciptakan isu, sensasikan sikit dan buatkan dia jadi kontroversi. Kalau tak dak gerak kerja camtu, tak dak sapa la nak kenai menatang apa Perkasa tuh.

Pak Long senyum sinis lagi la bila terbaca kisah Berahim yang nampak perkasa tu teringin nak sambut Piem Britain dengan beribu ribu selipar. Pak Long tak peduli pun. Lantak pi kat hangpa la nak baling apa pun kemuka tuan Blair tuan orang putih bangsa Umno tu. Cuma Pak Long harapkan sangat pasai hang dah mengaku Melayu, maka hang kena la tunaikan janji bila dah berjanji.

Jangan dok gempq melalak macam kes warning 48 jam pada MCA/Gerakan dulu tuh yang last last habuk pun tarak. Nanti tak pepasal orang kata memang Melayu kaki kencing orang. Tapi yang pastinya, Pak Long bukanlah orang yang tergolong dalam golongan Melayu yang terleleh leleh dengaq retorik Berahim ni.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails