Wednesday, April 21, 2010

Taik cicak ngan beras

Salam semua...

Pak Long rasa la, Kit Siang pun dah naik muak dengan kelaku Umno ni. Depa yang nampak lebih terkinja kinja tuding jari ke muka Zaid bila sebut soal moral, tanpa memperdulikan samaada si Zaid tu dah insaf dan bertobat.

Sebab tu lah bagi Pak Long, kalau betoi kita nak asingkan antara taik cicak ngan beras, pakai tak makan nasik la kita hari ni. Kalau betoi kita nak buangkan bekas peminum arak dari jadi menteri, pakai kena buat pilihanraya baru la pulak. Habih luruh.

Tak tau la Pak Long, tang mana pemimpin bangsa Umno ni nak letak muka bila Lim Kit Siang boleh buat cabaran  gila macam tu, dah tu ditujukan pada menteri-menteri kabinet yang kononnya mengaku Islam pulak tu. Cabaran tu tak lah susah sangat pun, tampil buat pengakuan saja bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Amacam, ada berani ka... wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails