Tuesday, April 27, 2010

Tok sah heboh la dengan jom heboh

Salam semua...

Tak tau la pulak Pak Long samaada kata kata ni betoi ka tidak. Dulu doktor doktor kurang tapi penyakit pun kurang, tak la banyak sangat. Tapi la ni bila lagi banyak doktor, lagi banyak pulak penyakit yang timbui. Dah bermacam macam nama penyakit dah sampai yang pelik pelik yang tak besa kita dengaq sebelum ni pun ada.

Terbaru dan yang paling gelemer sekali ialah H1N1. Bukan sakit takut B1N1, yang tu sakit lain, sakit yang sendiri cari sakit. Dalam laporan terkini lapan pelajar MRSM Bentong hari ni disahkan positif selesema babi atau Influenza A (H1N1) selepas ujian sampel tekak mereka didapati mengandungi virus wabak maut tersebut. Sepadan la dengan gelaran dia "wabak maut", habih jadi kelam kabut la maktab tu.

Wabak ni dipercayai dibawa masuk oleh orang luar masa acara sukan di sekolah berkenaan iaitu seminggu sebelum kes pertama virus itu dikesan.

Jadi Pak Long nak pesan kat semua semua kita lah, jaga kebersihan diri. Bersihkan tangan, mulut dan diri serta hindari tempat tempat orang ramai yang terbuka atau tertutup. Pihak berkuasa jugak perlu lah pastikan sebarang bentuk perhimpunan seperti konsert diharamkan sementara kalaupun tak diharamkan sepenuhnya. Pak Long tengok majlis tak senonoh banyak sangat seolah olah tolong sebarkan lagi wabak maut yang berjangkit macam ni.

Kalau lah aktiviti sukan sekolah pun boleh jadi penyebab, apa tah lagi konsert jom heboh yang berupaya me"laut"kan manusia mengunjunginya. Tok sah dok heboh heboh la dengan jom heboh tuu... wassalam...

2 comments:

  1. Salam PakLong,

    Dunia nie dh semakin tua dah PakLong.. Manusia diuji dari segi kemajuan.. Saya setuju dgn pandangan PakLong berkenaan jom heboh sebab acara yg lagu tu boleh membawa gejala maksiat jadi lebih teruk..

    H1N1 tu satu perkara... yg satu lagi PakLong penyakit anak Melayu kita ialah buang anak.. huhuhu waktu buat rasa seronok.. bila dh kena baru jadi gelabah.. ada akai ka anak kecik yg tak berdosa depa dok buang lagu macam sampah saja..

    Binatang ka orang?

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  2. Pak Long setuju tu Dama-Ulan, dunia akhir zaman dimana Tuhan menguji hambanya dengan begitu hebat sekali.

    Nak larang depa kata kita kolot tak reti menilai kemajuan. Kalau macam ni lah rupanya kemajuan, baik tak payah maju kalau dah tau langkah kita mundur ke zaman jahiliyah.

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails