Saturday, May 01, 2010

Lajunya SPRM

Salam semua...

Panaih mata Pak Long bila terbaca tentang peri lajunya SPRM bertindak walaupun tak dak laporan resmi yang dibuat. Sejuk betoi hati Pak Long bila tahu tentang penguatkuasa negara yang bertanggungjawab membenteras rasuah ni begitu sensitip sekali.

Apa taknya, blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang sedang dilamun angau tu telah dijemput SPRM untuk diambil keterangan tentang igauannya menerima RM4 juta dalam blognya. Pak Long dok perati Kickdefella ni memang ngam la jadi feeder buat SPRM sebagai killer. Kickdefella angkat bagi bola tanggung untuk SPRM buat libasan maut. Dari satu segi Pak Long tengok baguih la jugak adanya feeder feeder jenih ni di muka bumi. Biaq kerajaan Pakatan sedaq dan berjaga jaga, orang orang yang dulunya hangpa dok suap makanan ke mulut depa bakal menjadi feeder terbaik dimasa depan.

Errr... boleh ka SPRM kekalkan kecergasan depa untuk kekal laju bagi kes kes rasuah yang lain lain nuu... Pak Long cuma nak tau saja... wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails