Saturday, May 01, 2010

Malaysia meriah

Salam semua...

Hari ni hari cuti sempena hari pekerja. Pak Long memang dah cuti lama dah pun, bukan hari ni saja. Jadi Pak Long pun tumpang sama, gatai nak ambik peluang ni bawak Mak Long hang ronda ronda makan angin ke satu haipermarket pagi tadi. Masyaallah, gelap ngan orang. Dekat 10 minit memusing cari parking saja. Kadang kadang yang gelap ngan orang tu bukannya nak membeli belah sangat pun, jamu mata dan main mata yang banyak.

Berlonggok longgok pengunjung berasak asak buatkan Pak Long ngan Mak Long hang tak jadi dok lama lama disitu. Memang ada sales, tapi Pak Long rimas betoi la dengan orang ramai ni. Terutama sekali bila laporan tentang 36 lagi kes baru H1N1 dilaporkan.

Pak Long dok tengok tengok la, kesedaran orang kita tentang kebersihan ni masih kurang. Pantang larang tentang bahayanya H1N1 terutama ditengah tengah orang ramai macam tu depa macam tak ikut langsung. Pak Long pun naik risau. Padan la ngan haipermarket tu pun. Tak dak langsung sainbod atau iklan tentang cara cara membendung H1N1 ni dari merebak. Memang kapitalis betoi kepala depa ni, takut orang ramai boikot, takut lingkup bisnes depa. Kesihatan pelanggan mampuih pi la....

Sapa la yang galakkan depa ni memperbodohkan pelanggan sampai macam ni... wassalam...

No comments:

Post a Comment

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails