Salam semua...
Pak Long tengah dok pikiaq tak dapat dapat lagi ni, nak buat apa tah la kat empat ekoq budak budak ni. Depa sakit hati pasai orang larang main mercun saja depa lempaq cat merah kat surau, depa baling botoi arak kat surau. Terlampau ikut hati sampai terlupa, surau tu tempat ibadat sebangsa jugak seagama ngan depa.
Ni yang kata budak budak ni, ubun ubun dok lembik lagi. Walau umoq dah berbelaih tahun tapi akai tak berapa nak cukup elok lagi. Lagi pun nak kata apa lagi dah Polis pun kata kerja buat budak budak nakai. Jadi tak salah ka kalau orang kalut dok tanya sapa mak bapak bebudak nakai ni.
Sebab tu selalu Pak Long pesan kat anak anak. Tiap kali nak pi mana pun, pikiaq dulu baik buruknya. Apa benda yang hangpa nak buat pun, pikiaq banyak kali tak pa, elok ka tak elok. Sebab ataih kepala kita ni dah terjunjung Islam sebagai agama kita, Melayu sebagai bangsa kita dan maruah keluarga jugak ataih kita.
Bila dah jadi sesatu yang tak elok kat diri kita, bukan saja diri kita yang merana tapi jugak agama, bangsa dan maruah keluarga akan terhina sama.
La ni amacam, nak Pak Long sekolahkan budak budak tu lagi sekali ka?
Wassalam...

salam long,
ReplyDeletemcm ni je la long... depa2 ni bukan nakai... tp kuang hajaq... sama zon dengan selleh gregor... mercun tu lebih agong dari surau masjid... setan kat hati tu lagi power dari teguran orang sekampong...
la ni spesis muda mudi lagu ni memang dah banyak mcm lembu kat ladang koboi... sapa dok susun budak2 sampai lagu ni... kita pon dok fenin cari punca... mak pak antaq jugak pi ngaji sekolah ugama nuh!... masa kecik2 dok baca juga koran... tapi bila dah besaq... dah guna henpon... benda tu la pulak jadi kitab depa... facebook jadi masjid depa... lagu "baby" - kolbi odonis tu dah jadi wirid depa...
lebih haru bila tanya soklan pasai nabi.. bio data nabi pon boleh fail nak jawab... bukan tak belajaq long... ni lah yang allah dok sebot banyak kali... kalau dah robb nak tutup mata hati... nak kasi karat hati tu.. mudah saja...
satu lagi yg saya rasa al-jalil nak gi tau kat kita... kalau dulu dia nak terbalikkan satu2 negeri tu dia bagi satu kali gegaq.. hancuq tenggelam... la ni dia nak gi tau malaysia yang TER sana sini.. dia akan hancoqkan negara ni dengan cara menutup hati2 orang muda ni... depalah yang bakai lead the country...
saya udah nampak perkara ni... tu pon bukan salah depa... tp salah zaman kita ni... suka dok main2kan allah dan agamanya... kita dok hingat allah tu bengap dan buat selamba saja... nantikan saja balasan dari ya-robb...
maaf long... panjang sangat celoteh.. geram sangat... saya ni dak la baguih.. bangang tu adala...
Salam Lang,
ReplyDeletePak Long setuju ngan Lang. Budak budak la dah jauh hanyutnya.
Tanda tanda kearah hancuqnya sesatu bangsa ialah tertutup hati anak2 muda. Parahnya bila depa ikut hati yang tertutup tu dalam bertindak.
Anak2 la membesaq dengan lebih pentingkan diri dari agama, hasil didikan zaman kita yang tak ketahuan hala... betoi macam Lang kata, suka main2kan Allah dan agamanya...
pak long saya dok ajak kat satu sekolah[guru sandaran],ustz ngan ustazah kat sekolah tu nak nanggih pun iya nak katok kat kepala mak bapak pun ada.budak darjah 5,beri jawapan dimana letaknya gua hira,jawapanya batu cave.mana pulak letaknya mekah,jawapanya di amerika syarikat.ini baru ujian bulanan sek.belum lagi ujian kehidupan.panggil mak bapak,mak bapak plak kata itu kan tugas guru,guru makan gaji butakah?lepaih tu saya angkat kaki dari dunia perguruan.
ReplyDeleteSalam Anon 7:13,
ReplyDeleteKesian, sepatutnya guru2 sandaran ni penting pasai tempat "bersandaq"nya anak2 bangsa. Kerajaan patut sedaq sumbangan hangpa... :(
Anak2 tanggungjawab ibu bapak, lepaih pi kat guru buta tuli macam tu saja serupa la tauk batu dalam sungai dgn harapan batu tu akan timbui. Sampai mampuih tak timbui...
Bagi Pak Long la, pelajaran yang sebenaq adalah dirumah yakni dari ibu bapak... panjang ni kalau nak stori... hihi...
Anyway Anon, kan cantik kalau hang boh nama hang... :) la ni kerja apa pulak... haha...