Monday, August 16, 2010

Tanda tanda nak raya

Merbahaya pada kesihatan, jari dan tangan. Benda alah ni tak boleh dimakan...

Salam semua...

Tak payah dok tengok anak bulan, Pak Long dah boleh bau semerbak harum "hari raya" bila Polis mula heboh pasai mercun disini sana. Depa dah mula rampaih mercun walaupun yang harga ribu ribu saja.

Err... dapat yang ni saja ka cikgu? Mana pi habih yang besaq besaq punya, tak jumpak lagi ka? Jaga jaga sama jangan tirih macam yang dulu dulu, pengedar mercun dikampung kampung depa kata mai dari hasil rampasan.

Foto Bernama diatas sana menunjukkan DSP Mohd Hassan Hashim (kiri) bersama Mohd Khairuddin Jamal menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas daripada seorang individu yang tidak memiliki lesen menjual mercun pada sidang media di sini, hari ini. Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pagi tadi serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM 8,000.

Wassalam...

2 comments:

  1. ..... juai mercun ni pak long untungnya berlipat ganda... saya tau laa...

    ReplyDelete
  2. Salam chelsea,
    Maap la, Pak Long tak buat iklan mercun kat blog ni... haha...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails