Friday, September 24, 2010

Feng Shui

Salam semua...

Masa Pak Long dok jalan jalan ambik angin pagi Jumaat ngan Mak Long hang tadi ni, tiba tiba terjerembab ngan Soi Lek. Jauh lagi dah nampak sengeh tak ikhlaih dia tu... hihi... Ayam baru keluaq jogging, dia dah balik dari pekan, Mak Long hang mula la buat muka menyampah bila tengok mangkuk ni... haha...

Soi Lek ni ada hati nak jadi Presiden pada Perkasa Cina. Stendet la dengan perangai dia, Soi Lek cukup percaya pada feng shui. Bagitau la apa saja yang feng shui kata baguih, mesti dia balaih punya. Dah memang jenih ramah terlebih kot, Soi Lek bagitau dia baru beli tiga keping gambaq baik untuk rumahnya.


Pak Long tak dan nak tanya apa apa, dia dah tunjuk satu gambaq. Pak Long tepuk dahi sakan la bila dapat tau dia beli gambaq ni dengan harga 500 ringgit. Ikut kata feng shui gambaq ni baguih untuk halau hantu.

Fuhh... awat la mahai sangat pasai nak halau hantu saja...
Mana atak mahai Pak Long, ni haa lagi mahai punya atak...


Dia punya halga 1,000 ringgit wooo...
Haaa... hang dah hilang akai ka hapa Ah Lek...
Talak Pak Long, ini gambaq... itu feng shui cakap aaa, mau kasi laki baik sama bini...
Awat yang mahai sangat nak baik laki bini saja...
Talak, ini lagi mahai pun atak Pak Long...


Aiikk... yang ni lagi mahai?
Hmm... 1,500 ringgit woo...
Awat yang mahai sangat Ah Lek... merapu betoi la hang ni...
Itu feng shui cakap aaa, ini olang cipta itu dua olang.... haha....
Jadi apa baiknya...
Dua dua wa dapat looo... hantu pun takut, laki pun takut... wakaka...

Wassalam...

2 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman nir Rahim
    Pak Long Din
    Sebenarnya Pak Long , saya da mula segan bergaul dengan Pak Long , walaupun Pak Long/Mak long/Janda Limah dok kat kampung tapi berjiran dengan orang orang ternama macam Najib dan Soi Lek.Untuk kampong Pak Long siap ada kawan yg boleh halau hantu lagi. Jealous saya dibuatnya.
    Saya duduk kat bandar elit pun berjiran dengan orang biasa malah tiada seekor orang ternama kat kawasan perumahan saya.Untung Pak Long , anak2 Pak Long boleh jumpa jiran Pak Long si Najib untuk dapat biasiswa! Pak Long si Najib bagi berapa "DUIT RAYA" kat anak2 Pak Long?????????????????

    ReplyDelete
  2. Salam tuan hj,
    Err... tuan hj ni segan sungguh ka ngan Pak Long... wakaka...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails