Tuesday, October 12, 2010

Galas: Pandangan sorang tua

Salam semua...

Hamboiiihh... gegak gempita bukan main kot belah Kelantan nu. Mentang mentang la depa nak raya sekali lagi... hihi... Lebih gempita tentunya bila Ku Li sedia nak di "kuli"kan lagi oleh Umno.

Pak Long tak heran Ku Li kena terima pelawaan Umno tu, dia kena terima pasai dia tu ahli Umno. Sebagai ahli, sapa sapa pun kena ada sikap macam Ku Li ni yang sedia untuk di "kuli"kan oleh parti bila bila masa dan dimana mana. Jadi jangan ada sesapa pun yang gatai dok pertikai nawaitu Ku Li dalam PRK Galas nih, prinsip dia tu betoi. Malah kalau dia galak sangat sampai ke peringkat nak jadi calon sekalipun, tak dak sapa boleh pertikai. Jangan dok buat kerja bodo okey, terutama budak budak dari Pakatan Rakyat.

Ku Li ni tetap Umno, dulu, kini dan... errr... masa kedepan ni tak tau la lagi... hihi....

Jadi Pak Long nak pesan kat budak budak kita yang belah Pakatan ni, jangan dok kalut sangat pasai Ku Li jadi orang kuat Umno dalam pilihanraya kecik Galas ni. Dia memang dah pun orang kuat Umno terutama sekali Galas tu kampong halaman dia pun.

Tapi kita kena ingat, kita lawan dalam PRK Galas bukan kerana individu bernama Ku Li, tapi pasai Umno yang kita percaya telah hanyir dengan darah rakyat yang disembelih mereka puluhan tahun yang lalu.

Wassalam...

7 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salam Pak Long Din
    Ni! Nak tanya sikit, Pak Long pi ka kat Galas nanti?Kalau Janda Limah nak pi kat galas , kelantan boleh la tumpang dengan saya ,saya tempat duduk masih vacant satu lagi , makan minum dan tempat tidoq dan makan angin , beli belah saya boleh sponsor . saya janji kat Pak Long , kalau janda Limah nak tumpang dengan saya , lampu trafik berwarna merah saya mesti brek emergency , kalau lampu trafik berwarna hijau pun saya akan berhenti mengejut . Ya Lah nak jaga keselamatan jalanraya katakan.Saya dan geng2 mat rempit akan bertolak malam sabtu 23hb Oktober 2010 . Mohon jasa baik Pak Long tolong tanya kat Janda Limah nak pi tak ? Ke galas kelantan.

    ReplyDelete
  2. salam long,

    ku li memang laen mcm sket, tindakan tak boleh jangka, kata2 berbagai makna, politik mcm kek lapih... dengaq komen pertama dalam media pon dah penoh dengan maksud yg mendalam... "saya ni bukan orang pentin dalam parti, jawatan pon tak da, menteri kabinet pon tak cium bau... bukan saya nak jawatan... memang tak mau punya... tapi mai sini lah sokongan dari ibu pejabat... jangan dok biaq saya sorang2 dok berjuang"... dalam maknanya tu long oii...

    orang veteren ni dia baca depan nuh... bukan baca benda depan mata.. dia pon terbau jugak kalau2 nnt dok tokey2 besaq kat ibu pejabat tu pi tutuh dia kalau galas tinggal lelas...

    hanya orang pas ni... jangan dok gairah lebih2 hingga lupa yang nak kasi menang ni sapa nak kasi kalah pon sapa... kalau tang tu pon buleh lupa atau buat2 bengong... amek kupiah kat pala tu boh kat kaki... pijak2kan kasi jadi macam roti prata...

    long kalau nak pi galas naik scrambler kayuhla... kena pi awai 2 minggu... takut lewat sampai no... hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak payah pi la Pak Long Galas nu. Buang masa saja. Baik cangkui buat kebun sayuq tepi rumah lagi baik. Eksesais sikit. Lagi pun Pak Long tak kesian kat Mak Long ka dia tinggai sesorang. Jangan sampai Mak Long buang Pak Long belakang rumah. Ingat sikit. Hehehe

    Lagi pun saya ingat PAS akan kalah di Galas nu. Biaq pi PAS kalah pun baru depa ada akai. Awat depa tak nampak ramai orang@rakyat dah muak dengan kelaku 'syok sendiri' sesetengah pemimpin PAS Pusat.

    Lagi 1 hal, Kuli memang kuat tang Gua Musang. Tempat dia. Cuba kita letak Pak Long jadi calon tempat Pak Long tentu la Pak Long yang menang kan kan? Tak menang saja la.

    Prediction: PAS kalah 500 undi - watch this space, mark my word!

    ReplyDelete
  4. Salam tuan hj,
    Jaga jaga tuan hj oii, Lang kata, gila bayang pun nanti solat tak sah, kena qada'... haha...

    Pak Long tak pi la kot kat Galas nu, Mak Long hang tak bagi Pak Long main jauh jauh takut sesat... hihi... lagipun komitmen banyak, lembu laa, ayam itik laa, Mak Long hang laa, tambah tambah janda Limah... wakaka...

    Kalau Pak Long tak pi nampak gayanya janda Limah pun camtu jugak kot... nasik lemak dia sapa nak tolong jengukkan, anak pulak sapa nak sekolahkan... lagipun janda Limah takut sangat ngan musang keluaq gua... wakaka...

    ReplyDelete
  5. Salam Lang,
    Orang lama ni berpolitik berbahasa mantik, tak serupa orang la... gelojoh... haha...

    ReplyDelete
  6. Salam Hanz,
    Tu la Hanz oii, Pak Long tak pi la kot, lembu nu sapa nak tengok... Mak Long hang? Cari dia juai habih lembu Pak Long...

    Bab kalah menang kat Galaih nu tak tau la lagi Hanz oii, Mak Long hang tak dak masa nak tengok ayaq dalam mangkok lagi... haha...

    ReplyDelete
  7. PAK LONG..

    JAGA2 SUSU LEMBU PAKLONG...
    ROSMAH DAH KELUARKAN
    SUSU TETEK 1MALAYSIA...

    BLEH BANGKRUP PAK LONG NANTI MENIAGA LEMBU...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails