Wednesday, March 31, 2010

Elok juga dilucutkan gelaran

0 juta komen
Salam semua...

Hmm... rasa jemu pun ada sikit tapi tak la sampai meluat. Naik mengantuk ada gak sambil Pak Long dok tunggu Mak Long hang habih menjahit. Nak kata lebih lebih pun, takut dia tarik muka. Lagipun duit menjahit tu lah yang tolong Pak Long sikit sikit bila sesak... hihi... lepaih la beda bedak celak dia.

Sambil dok tunggu Mak Long hang tu jemu tengok kain, Pak Long melilau sambil lepak lepak rumah tangga kawan kawan Pak Long yang lain. Terbaca pulak tang ni kisah sorang hamba Allah dari BN ni yang entah mimpi apa nak cadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan pada Nizar Jalamaluddin dan Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak. Memang bernas la idea mamat bangsa BN ni, bukan setakat Nizar dan Ngeh saja, malah semua orang patut dilucutkan sama termasuklah Najib, Anwar, Pak Lah, Che Det dan gelaran Datuk yang ada kat dia tu sekali patut dibuang sama.

Mungkin ada puak Pakatan yang lunyai punya maki kat mamat BN ni, tapi pendirian Pak Long cukup jelas, gelaran gelaran duniawi ni lah yang boleh mencelakakan manusia kearah takbur, riak dan sombong. Gelaran gelaran duniawi ni jugaklah yang telah menghanyutkan manusia untuk berbeza darjat antara satu sama lain. Biarlah iman dan ketakwaan yang membezakan kita dari hanya berpura pura dengan kehormatan dunia yang tak seberapa.

Malah Pak Long amat yakin, Nizar baik pun Ngeh sendiri tidak mengharapkan sangat gelaran gelaran ini menjauhkan mereka dari rakyat.

Wasallam...

Nasihat sikit

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long dulu ni suka nasihatkan anak anak Pak Long, nak cari jodoh ni bukan mudah. Tapi tak lah susah. Cari lah yang sayang akan kita seadanya. Cantik dimata belum tentu bahagia. Sedap dipandang bukan boleh bagi perut kenyang. Kekayaan bukan diukur pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukur pada ketampanan dan keayuan.

Akan sampai suatu masa yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Disinilah kasih sayang memainkan peranan. Kasihnya kita pada pasangan akan melakukan apa juga supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah dipandang. Yang masam nak dimaniskan, inilah cabaran. Cantik tak semestinya luaran. Beralih umur bukan bermakna hilang seri. Seri diri bermula dari hati. Tak kira jantina, hati yang bersih dijanji Tuhan dengan kebahagiaan.

Pak Long sedih mendengar banyak rumahtangga yang rebah diusia muda. Mengaku Melayu beragama Islam, tapi apakah ini budaya Melayu atau ini ajaran Islam? Banyak yang kita lihat, pelbagai cerita dalam berbagai rupa. Ada yang laki dera bini dan ada bini yang lari tinggal laki. Kita kadangkala terlupa dan leka, setiap kita menjunjung Islam dikepala dan menjinjing bangsa disetiap ketika dan langkah.

Pak Long tak berani la nak komen lebih lebih. Pak Long pun bukan pakar dan teruja pulak nak bergossip. Tapi kes si artis ni yang telah ditahan Polis bagi membantu siasatan dera bini telah meletakkan Pak Long gatai untuk memberi teguran. Maafkan Pak Long sekiranya keterlaluan dan dilihat sebagai melangkah kebelakang ketika menegur anak anak era 1Malaysia ni erti berkasih sayang.

Wassallam...

Ibu, anak dan bapa

0 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, Pak Long baru balik dari menziarahi dan berkongsi kegembiraan adik bongsu Mak Long hang yang menyambut kelahiran anak sulungnya seorang puteri seberat 3.05 kgs. Pak Long dapat rasakan keindahan tautan kasih ibu, anak dan ayah yang mengharap. Amat bertuah generasi sekarang nak dibandingkan zaman Pak Long yang kekadang hanya beralaskan lantai batang pinang.

Pak Long nampak kesedaran dan kemodenan sekarang dijelmakan dengan begitu indah. Bapa si bayi dibenarkan bersama ibu yang sedang sakit dan menanti masa sehinggalah selesai memotong tali pusat. Betapa indah isteri isteri sekarang yang dapat berkongsi sakit dan kasih bersama sama si suami dibilik bersalin. Begitu asyik dan mengharukan Pak Long mengikuti pengkisahan si bapa dengan penuh keinsafan.

Kesedaran dan keinsafan ini terlahir hasil dari didikan dunia moden tentang peri pentingnya kasih dan sayang. Namun Pak Long tersentuh jugak, masih banyak yang perlu setiap dari kita lakukan. Kesedaran dan keinsafan peri pentingnya kasih dan sayang ini sebenarnya belum menjengah kesemua hati rakyat. Pak Long terlupa seketika tentang ada lagi manusia yang terlalai tentang kemanusiaan ini.

Hampir setiap hari ada saja kisah kisah pembuangan bayi terpampang didada akhbar. Alangkah rugi sekiranya kita begitu buta hati untuk menikmati kasih dan sayang kurniaan Tuhan yang tak ternilai pada hambanya ini... wasallam...

Tuesday, March 30, 2010

Anak penakan

0 juta komen
Salam semua...

Alahamdulillah, syukur jua Pak Long panjatkan kepada yang maha esa. Patah tumbuh hilang berganti. Itulah putaran alam ciptaan Tuhan. Kita dicipta Allah punya hati dan perasaan. Maka kita tergolong dalam golongan yang amat bertuah dapat merasa nikmat kurniaan Tuhan ini.

Syukur, anak anak Pak Long kini semakin bertambah, jangan salah faham, anak penakan la... hihi... Keluarga Pak Long kini bertambah besar. Mak Long hang baru saja terima call, adik ipar Mak Long hang dah selamat melahirkan anak perempuan disebuah hospital. Mak Long bukan main punya renyih, sampai telinga.

Sebelum Mak Long hang menjerit tepi kereta, biar Pak Long gerak dulu. Tak sabar juga Pak Long rasanya nak sama sama meraikan hari bahagia mereka ni... wasallam...

Virus kencing tikus

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang kalau pasai buat kalut cukup menjadi. Pak Long ingatkan mana punya menteri ka yang masuk wad. Tau la dia tu minat ngan si Din Beramboi tu.

Tergapa gapa Pak Long yang tak ketahuan kepala ekor ni, rupa rupanya pelawak dan penyampai radio ERA FM, si Din Beramboi tu dah dimasukkan ke Hospital Selayang. Dah tu pulak, keadaannya dilaporkan kritikal. Tu yang Mak Long hang kelam kelibut sangat tu. Pak Long ngan Mak Long hang pun minat gak ngan dia ni yang jugak terkenal dalam lawak Spontan Astro. Pak Long pun tumpang terkejut dan sedih gak la, walaupun mulut dia boleh tahan jelabaihnya dalam Raja Lawak Astro baru baru ni, tapi hati dia baik.

Tapi macam macam la penyakit zaman la ni. Lagi banyak doktor dan kemudahan, lagi banyak penyakit yang agak pelik dan tak besa dengaq. Din Beramboi ni dilaporkan beberapa rakan rapat sebagai telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Apa apa pun, Pak Long berdoa agar Din Beramboi dilindungi Allah s.w.t hendaknya... wassallam...

Monday, March 29, 2010

Alangkah nyaman dan jernih

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long rasa nyaman dan jernih sekali terbaca nukilan tok guru Nik Aziz. Ini merupakan kenyataan pertamanya sebaik saja dipilih semula sebagai Mursyidul Am PAS. Harapan Pak Long harapan Mak Long hang jugak dan merupakan harapan sebilangan besar pendokong Pakatan. Janganlah ada sesiapa selepas ini yang merosakkan kenyamanan ini. Janganlah ada tangan nakal yang mengeruhkan kejernihan ini.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat,"

Biarlah kita berdiri sebagai jemaah menjunjung Islam sebagai pegangan. Beri lah ruang Nik Aziz sebagai pemimpin selama ia terdaya dan selagi ia redha.

"menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

Alhamdulillah, lega

0 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, Pak Long antara orang yang paling lega dengan berita pengekalan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am parti itu.

Ternyata sok-sek sok-sek dari Mak Long hang selama ni karut. Mak Long hang tak salah, dia pun sayang PAS sebagaimana orang lain jugak. Bila orang dah sayang, dia akan cari sebanyak maklumat yang mungkin untuk membuat penilaian sendiri. Banyak sangat blog blog yang memperkatakan isu dalam Majlis Syura Ulama PAS ni dan kebanyakannya kearah negatif. Pak Long paham, Mak Long hang tak mau tengok PAS jadi melepas dengan hanya mengenepikan peranan tok guru yang merupakan orang lama dalam PAS. Apatah lagi tok guru jugak mempunyai dokongan ramai dari pelbagai kaum dan latar.

Pak Long pun tak mau lagi lah ingat benda benda ngeri yang Mak Long hang selalu sebut sangat tu. Pak Long harapkan sesangat lah, biarlah kiambang kembali bertaut setelah biduk berlalu. Mungkin kiambang tak pernah berenggang dan mungkin jugak tiada langsung ribut yang melanda. Tapi pendokong bawahan nampak banyak yang tak kena. Sebagai pemimpin, kena la buktikan ini semua fitnah belaka. Jangan berwayang menutup cerita.

Pak Long harapkan sangat, orang bawahan jangan dikencing tak tentu pasal. Kita yang diatas hendaklah kota apa yang diperkata. Dikampung kampung bukan main punya ceramah, tapi praktikal habih bersepah. Kalau kelaku kita elok, pendokong bawahan nak buat kerja pun senang. Tak payah nak berdebat panjang, yang kita ajukan hanyalah budaya Islam.

Pak Long nak tutup posting ni, nak ambil kesempatan jugak disini dengan berbaik sangka mengalu alukan jugak perlantikan Haron Din sebagai timbalan pada Nik Aziz... wassallam...

Sunday, March 28, 2010

Perang saraf Umno

2 juta komen
Salam semua...

Politik ni umpama perang jugak la, kena ada strategi dan kaedah dalam menawan hati pengundi. Pak Long tak besa berperang, tapi Pak Long tau dalam perang kepala kita kena laju. Bukan saja kepala yang mengepalai jemaah tapi juga kepala ahli ahli jemaah jugak kena laju.

Politik jugak banyak bergantung pada persepsi, dan persepsi inilah jugak bakal dibawa pengundi kekotak undi. Dalam perang kerap jugak kita dengar berkenaan perang saraf yang dijalankan terhadap musuh sebelum perang sebenar bermula. Perang saraf ini lebih banyak bergantung bagaimana maklumat sampai tepat pada sasaran pembaca dengan cara cepat walaupun maklumat yang sampai belum tentu tepat. Maklumat inilah jugak yang memandu persepsi para pengundi. Sebab tu lah, jemaah yang punyai kekuatan media baik cetak atau elektronik punya banyak kelebihan.

Yang Pak Long nak cerita kisah ni saja. Laporan Bernama menyebut lebih dari 700 anggota PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh. Macam Pak Long kata tadi la, maklumat kena sampai tepat dan cepat walaupun maklumat tu belum tentu tepat. Umno ni pun, kalau nak gempur cara perang saraf pun patut padan la jugak.

Dah nampak depa akan susah di Hulu Selangor, depa mula la buat cerita macam macam. Yang keluar dari PKR tu bangsa India pulak tu, secara kebetulan pulak yang nak bertanding di Hulu Selangor tu pun MIC... hihi... Kalau nak ikut laporan akhbar hangpa, habih semua la ahli parti PKR tuh, last last tinggai Wan Azizah saja la...

Wasallam...

Melayu kena cium keris ka

0 juta komen
Salam semua...

Entah la pasai apa, Pak Long rasa macam tak puas pulak walaupun dah ulas tentang Perkasa yang dibuat buatkan sebagai amat perkasa tuh. Banyak perkara yang Pak Long takut anak anak Pak Long terkeliru. Harap anak anak Pak Long paham lah, Islam itu agama dan Melayu tu bangsa, Islam tak semestinya semua Melayu dan Melayu tak semuanya Islam.

Apabila Melayu itu beragama Islam, maka adab sopan dan peraturan Islam telah mengambil alih diri Melayu itu tadi dijadikan diri Islam tanpa menyentuh adat budaya Melayu asalkan ianya selari dengan agama Islam. Maka Islam mengatasi segala galanya. Banyak la kalau kita nak bicarakan tentang adab Islam ni.

Pak Long tau dan paham sangat, salah satu yang paling ketara dan amat susah orang kita nak buang ialah sifat riak, takbur, sombong dan bangga diri. Ini semua pakaian Tuhan. Tak layak bagi manusia yang hanya pandai memakai tanpa pandai mengurusnya. Ini yang Pak Long risau takut anak anak Pak Long terikut ikut dengan banyak contoh didepan mata sekarang ni.

Apakah perlu semua Melayu mencium keris bagi membuktikan ke"Melayu"annya?. Apakah keris hendak dibudayakan dan diagungkan kembali sebagai salah satu dari rukun iman kaum Melayu yang ke7?. Bukankah keris adalah lambang kekuatan dan kepahlawanan Melayu, jadi hangpa nak lawan dengan sapa sekarang ni?. Hangpa nak tunjuk kuat dengan sapa sekarang ni?. Tidakkah menghunus keris dan mencium dikhalayak juga dikira sebagai sombong dan bongkak?.

Pak Long rasa amat bersyukur dan hargai tindakan Sultan Selangor yang telah membatalkan kehadirannya di mesyuarat agong yang pertama Perkasa tu. Tindakan tepat baginda menghindar dari berkongsi busuk mulut presidennya yang angkuh menghunus senjata dipentas utama... wassallam...

Saturday, March 27, 2010

Perkasa itu Umno

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tak banyak cakap malam ni, terbongkok bongkok punya khusyuk menyiapkan tempahan baju kastemernya. Cucok pisang sejuk petang tadi jadi peneman. Selak berita berita semasa membuatkan Pak Long tersenyum nipis. Macam macam hal, tentunya yang paling menarik ditonton adalah pahlawan pahlawan yang terlebih Melayu dalam mesyuarat agong pertama Perkasa.

Pak Long pun heran dengan orang yang mendakwa terlebih Melayu dari Melayu lain ni. Bangsa lain Pak Long tengok bukan main laju mengejar masa, tapi bangsa kita masih ber"retorik" mencari arah. Apa rasionalnya penubuhan Perkasa ni selain dari berpolitik. Memanglah kuasa politik itu penting demi survival agama dan jugak bangsa. Tapi janganlah diheret bangsa Melayu dengan kegagalan Umno menangani tekanan dari parti perkauman lain dalam BN. Pak Long yakin Perkasa diwujudkan atas nama ejen pendesak Melayu diluar Umno bagi menunjukkan ramai lagi Melayu dalam NGO bernama Perkasa ini. Inilah senjata baru Najib bagi menggertak komponen lain dari naik tocang. Melayu Perkasa itulah Umno dan Umno itulah Perkasa. Pak Long yakin, ini hanya satu lagi wayang Mahathir bersama Najib dengan memperkudakan kelantangan Ibrahim Ali.

Pak Long heran, kenapa kita tak pernah untuk bersatu dibawah satu bumbung dari membuang masa Melayu lain membina lebih banyak bumbung. Jangan salah faham, Pak Long amat meloya dan menentang sekeras kerasnya idea kerajaan perpaduan yang menjadi kegilaan setengah puak dalam PAS tuh. Pak Long amat faham, dan tidak mengharapkan PAS bergabung dengan Umno. Memang tak boleh nak disandingkan diantara Islam didahulukan dengan bangsa diutamakan. Hangpa jangan dok merepek.

Apa yang Pak Long nampak daripada hangpa dok buang masa Melayu lain menggelejat dalam Perkasa tu, lebih baik la hangpa perkuatkan Umno. Apa bezanya perjuangan Perkasa dengan Umno, orang tu jugak. Sebelum Ibrahim Ali cium keris, Hishamuddin terlebih dulu yang cium, malah dijulang megah oleh KJ.

Wassallam...

Mari jadi orang baik

0 juta komen
Salam semua...

Selepas rehat sekejap dari dzohor tadi, Pak Long turun nak ambik angin. Yang Mak Long hang awai awai lagi dah tercanguk dipelantar. Petang petang, lepak kat pelantar redup ni memang mengasyikkan. Suasana bahang mentari tak menggigit sangat rasanya dilitupi daun manggis yang kian menjarang ni.

Namun pokok manggis yang sekian lama setia menjadi peneman kami ber"dating" ni dah tak semeriah dulu. Pak Long sedar, Mak Long hang pun perasan. Selain dari sudah berusia, ketahanan dirinya menghadapi kerenah alam yang tak menentu jugak sebagai faktor. Alam ber"kerenah" akibat dari sikap manusia yang tak ambil peduli. Setiap dari kita bertanggungjawab sebenarnya terhadap ketidaktentuan alam ini.

Lihat saja sekeliling kita, angin sekarang sudah tak se"nyaman" dulu, panas membahang. Panas sekarang sudah tak secantik dahulu, perit menggigit. Cuaca juga sudah tidak mengikut aturan seperti pahaman kita dulu dulu. Ada tempat yang banjir diwaktu musim yang sepatutnya tiada hujan.

Pak Long ingin sekali mengajak kita semua, supaya sama sama memperbetulkan apa yang telah kita jahanamkan dulunya. Hanya sedikit sumbangan dan mungkin tidak kemana mana pun tapi sekurang kurangnya diharap dapat memberi sedikit kesedaran pada manusia manusia betapa seriusnya bumi kita yang sedang uzur ini.

Pak Long menyeru dan Mak Long hang pun sama, mari lah kita bersama sama mematikan selama satu jam semua lampu hari ini. Ingat, HARI INI tepat jam 8.30 malam selama sejam, TOLONGLAH tutupkan semua lampu.

Wassallam...

Najib telah buktikan

0 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah... Pak Long bersyukur sungguh sungguh, hasrat murni Zulkifli Noordin untuk berjumpa Najib, bertujuan nak minta maaf tu akan tercapai jua. Ini berikutan persetujuan Piem Najib yang cukup sibuk ber"fesbuk" ini meluangkan masa untuk bertemu dengan Zul, tapi semestinya lah bukan di Kulim.

Pak Long faham niat Piem Umno ni, jiwa rakyatnya membuatkan dia tak sampai hati nak hampakan harapan orang ramai. Apatah lagi tukang tukang hias sebagaimana Zul Kulim ni. Amat tidak munasabah sekiranya Najib menolak untuk mendakap orang orang seperti Zul ni yang jelas dalam ucapannya di Parlimen ari tu seolah olah telah mendepa luas tangannya.

Najib telah sekali lagi membuktikan pada umum betapa besar jiwanya untuk bersama rakyat. Beliau amat perihatin terhadap nasib rakyat jelata. Pak Long difahamkan juga, si Saiful yang telah diliwat Anwar tu pun Najib sanggup untuk berjumpa. Malah merelakan bahunya menjadi tempat Saiful sandarkan kepala untuk mengadu hal, walaupun pada mulanya berlagak seakan akan pemohon biasiswa.

Kini giliran wakil kepada rakyat Kulim pulak yang juga merupakan rakyat Piem Najib untuk mengadu hal dan memohon maaf secara peribadi... tahniah YB Zul... wassallam...

Friday, March 26, 2010

Terhukum sebelum dihukum

0 juta komen
Salam semua...

Pagi Jumaat ni Pak Long tak beratkan badan ngan eksesais. Sejak lepas subuh tadi Pak Long habihkan masa berborak ngan Mak Long hang sambil dia siapkan baju yang orang tempah. Malam ni nak disiapkan jugak.

Sambil lepak lepak depan pc, Pak Long terpandang gambar budak Benjy ni dalam mStar online, macam macam perasaan yang timbul. Sapa la Pak Long ni untuk menghukum. Tapi lumrah la, bila dah tertangkap dan tersiar pulak dimuka depan camni, secara tak langsung susuk yang terlibat sudah dihukum terlebih dulu sebelum didapati bersalah.

Dadah ni suatu perkara yang cukup jijik dan diperangi sejak berzaman. Dadah adalah satu benda alah yang menghukum ramai mangsa tanpa mengira darjat. Pak Long nak ambil kesempatan disini jugak, menyeru semua dari kita menjauhi najis dadah ni. Benda dah sah tak elok, jauhkan la.

Najis dadah ni akan meragut semua yang ada pada simangsa, bukan saja nama dan populariti tapi jugak kasih sayang, kemanusiaan, intergriti diri, agama dan bangsa sekaligus malah nyawa jadi pertaruhan. Parah yang dipalit, yang ditinggalkan pada susuk disekeliling mangsa bukan boleh diukur dengan kata kata. Pak Long pun tak terkata mengenangkan ibu pada Benjy, kak Yan. Tapi betapa berat mata kita yang memandang, berat lagi lah kak Yan yang menanggung... wallahu'alam...

Beringatlah sebelum kena, kemusnahan ini boleh dihindar sebenarnya dengan cara menjauhkan diri dan keluarga dari najis dadah... wassallam...

Thursday, March 25, 2010

Sapa yang ajar main bom ni

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak pi market ari ni. Segan nak keluar sorang sorang, Mak Long hang pi surau sebelah kampung tu, ada la sikit aktiviti orang pompuan.

Bila selak balik berita berita kelmarin, Pak Long terbaca kisah rumah Che'gu Bard yang dilontar bom petrol dipercayai perbuatan khianat. Ni yang Pak Long meluat sangat ni. Di Malaysia ni, kita telah diasuh setiap sesuatu yang didatangkan dari luar itu baik dan wajar dicontohi. Benda ni dah terbawa bawa lama dulu dan kini sudah berjangkit pulak ke kancah politik. Politik kita kini telah dijangkiti oleh orang tempatan yang cuba meniru cara berpolitik negara luar.

Kalau dulu kita dengar banyak letupan maut yang melibatkan ahli politik di negara luar, tapi kini kita boleh enjoy membaca kisah yang kian serupa di Malaysia.

Che'gu Bard atau Badrul Hisham Shaharin adalah pengerusi SAMM dan MPP PKR pusat. Baguih budak ni, ada potensi penuh keberanian. Mungkin penyerang bertujuan nak slow sikit perjalanan Che'gu Bard yang nampak laju semacam tu. Politik jenih "tak dapat tanduk, telinga dipulas" ni yang Pak Long risaukan. Tak dapat cara elok, cara buruk pun depa henyak. Sepatutnya kita kena raikan perbezaan pendapat sesama kita, biar hujah dilawan hujah. Bukannya dilawan dengan bom petrol, itu golongan pengecut namanya.

Yang Pak Long mushkilkan ni, sapa yang memula ajar melawak pakai bom ni. Nasib baik bom petrol, kalau C4 tentu dah lain jadinya cerita ni... wasallam...

Wednesday, March 24, 2010

Beras dan tahi cicak jangan dicampur

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long setia mempertahankan politik cara Islam. Nawaitu kita sebagai seorang Islam hendaklah jujur dan benar. Kita berpolitik kerana hendakkan kuasa pemenrintahan dalam negara supaya dapat kita menegakkan syiar Islam. Supaya dapat kita buktikan kesempurnaan Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Sebab itu Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Pak Long berpendapat apabila Islam dan politik disatukan bagi membentuk kesempurnaan, maka wajarlah setiap ahli politik terutamanya beragama Islam dipastikan benar benar Islam, memahami Islam, malah meletakkan Islam mengatasi segalanya dalam jiwa, keluarga, maysarakat malah negara keseluruhannya.

Pak Long dok perhatikan lah yer, masyarakat kita telah lama melakukan kesilapan dalam menentukan kelayakan seseorang menjadi ahli dalam politik. Masyarakat terdahulu telah kelabu menilai mana intan dan mana kaca. Masyarakat terdahulu telah dialpakan kerana terlalu disuapkan oleh materialistik lalu lupa menilai dari jiwa Islam. Mereka telah lalai memastikan Islam sebagai syarat utama untuk berpolitik pada setiap ahli politik. Maka itu lah timbulnya ahli ahli politik yang hipokrit dan rendah akhlaknya, yang kini makin menjadi jadi malah bermaharajalela.

Penting Pak Long nak ingatkan, menjadi ahli politik sekiranya kita beragama Islam, maka tentunya kita secara tidak langsung mewakili agama Islam itu sendiri. Setiap tingkah laku kita diperhatikan sebagai dari seorang Islam terutama oleh masyarakat bukan Islam dan dari bangsa bangsa lain juga. Inilah bahayanya apabila kita sebagai rakyat membiarkan ahli politik yang buruk akhlaknya timbul dicelah celah masyarakat yang kononnya kuat berpegang pada ajaran Islam.

Akibatnya, generasi sekarang telah ditimpa bencana dan malapetaka. Pak Long menyeru pada anak anak dan orang ramai yang sedar untuk melakukan sesuatu membersihkan pekong yang membaham bangsa dan menghodohkan agama ini. Kita kena pastikan, beras dengan tahi cicak jangan dicampur aduk... wasallam...

Amat menggerunkan

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tertarik bila saja melawat blog Ustaz Nasrudin ni. Baguih budak Nasrudin ni, sebab tu dia layak dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Tertarik bukan kerana ikatan serbannya yang kemas tu. Tapi posting terbarunya yang bertajuk Kempen Selamatkan Negara yang buat Pak Long tertarik.

Mak Long hang dok buat buat heran pulak, macamana orang beranak luar nikah boleh pi daftar terus bagitau anak dia tu anak luar nikah. Tapi ustaz ni berpedomankan dari kenyataan Ketua Pengarah JPN sendiri iaitu Alwi Ibrahim. Beliau telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah yang didaftarkan ke JPN.

Pak Long beristighfar panjang bila ditengok pada angka yang dikeluarkan itu.

a)2007 : 16,100 anak Luar nikah
b)2008 : 16,541 anak luar nikah
c)2009 : 17,303 anak luar nikah

Malah lebih menggerunkan, KP itu juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam. Dan bagi menampakkan ianya hebat ialah, fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pak Long ingin mengajak anak anak sekalian berfikir dan bertindak. Usaha yang baik dari Ustaz Nasrudin ini patut disokong bagi mengelak episod kebinasaan ini merebak dan membunuh sistem nilai dan maruah ummah.

Menjadi tanggungjawab semua berjuang menyelamatkan negara dengan menegakkan syariat Islam dan didaulatkan... wasallam...

Tuesday, March 23, 2010

Jangan jadi ayam bapak

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long terkagum jugak la dengan kehebatan pendekar dari Bayan Baru ni. Sekali tengok macam lagak ayam bapak pun ada. Pantang jumpa tunggul kayu, dia berkokok siang malam. Masaalahnya, bila kokok berderai derai, akan bertemu jugak buku dengan ruas.

Hari tu dia dah dedahkan 8 orang MP dari BN yang akan melompat ke Pakatan dalam isu 16 Sept tu. Pak Long pun bersyukur jugak la, nasib baik idea bangang tu gagal, kalau tidak, mampuih la kita kena bermenterikan Zahrain. Umno yang tengah tenat pun dah ada yang tak kelapaq nak terima dia, Pak Long tak tau la nak gambarkan macamana busuknya bau mulut dia ni.

Tapi hari ni dia kata 40 orang MP BN pulak dah yang nak melompat parti pada 16 Sept dulu. Pak Long disini bukan nak pertikai Zahrain ni tipu ke tidak. Tapi Pak Long nak peringat kat Zahrain saja.

Pertama, tak dak faedahnya Zahrain oi hang dok bukak pekong ni. Tak dak faedah baik secara langsung ataupun cara tak langsung samaada kat hang dan jugak masa depan politik hang. Dia akan memudaratkan lagi rupa paras hang dimata orang ramai. Keduanya, hang secara tak langsung telah membuatkan Najib dan Rosmah tidur tak cukup. Hang ingat baguih ka biaq boss hang tidur tak lena macam tu, depa tu bukannya muda lagi nak selalu berjaga malam. Ketiganya, kalau dulu hang dah cipta 8 musuh baru spesis Umno, tapi kini tahniah hang telah berjaya mencipta musuh hampir separuh dari ahli bangsa Umno dengan dakwaan terbaru hang.

Macam Pak Long kata kat atas sana nu la, ayam bapak kalau rajin dok berkokok akan jumpa jugak ngan lawannya. Maka Pak Long ucapkan selamat berlawan lah  yer... wassallam...

Mau anak, tak mau anak

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long ada sorang saudara terdekat yang sudah berpuluh tahun kahwin, tapi tak dapat anak. Pak Long pun paham, kita kena redha ketentuan rezeki dari Allah ni. Baru baru ni Pak Long saja la singgah rumah dia, kena air secawan dua ngan Mak Long hang. Tengok anak angkat yang dia bela tu, mak aiihh... dah besaq panjang pun. Umur dah 12 tahun.

Pak Long singkap balik kisah dia laki bini dulu dulu ni. Depa berdua dulu hidup ditemani air mata bercampur malu disakat kawan kawan dan saudara sekeliling. Sunyi ni tok sah cakap la, balik balik tengok muka hang aku. Kalau ada anak anak tu, boleh gak tumpang riuh rumah tangga. Bab ikhtiar ni tok sah cakap la, habaq saja kat mana, mesti depa sampai. Tapi nak buat macamana, rezeki dan ajal maut semua tu kat tangan Tuhan.

Pak Long teringat balik kisah sedih saudara Pak Long ni bukannya apa, banyak sangat kisah yang kita baca sekarang ni tentang kisah pembuangan bayi. Merata rata dan hampir setiap minggu ada ceritanya, seolah olah dah menjadi trend pulak bagi muda mudi sekarang ni. Pak Long rasa, pimpinan negara yang ada patut cari penyelesaian jitu terhadap isu paling tidak bertamadun ini. Lebih baik la dari depa pakat dok cari silap hang aku dan buat lawak dalam parlimen.

Jangan cuba nak lari dari masaalah dengan menuding jari tak tentu arah. Kalau anak anak dirumah yang buat silap, orang akan tanya anak sapa. Sekiranya rakyat yang runtuh akhlak, orang juga akan tanya rakyat berkelaku hodoh tu timbui masa pemerintahan sapa...

Ketentuan Allah jua, yang mau anak, punya susah nak dapat anak. Yang tak mau anak, sentuh bahu saja dah beranak. Masyaallah... wassallam...

Jangan kedekut berkongsi rahmat Allah

0 juta komen
Salam semua...

Semasa Pak Long jalan jalan ringan pagi tadi, sempat jugak bertegur sapa dengan satu apek yang duduknya ditaman seberang jalan rumah Pak Long. Dia seperti biasa, ramah bertanya khabar. Soalan seterusnya buatkan Pak Long tersenyum.

"Waaa... sekalang Tuhan talak malah ka? Suma sudah suka Allah ka?

Pak Long tersenyum sebab faham dia tujukan pada isu kalimah Allah yang cukup hangat seketika dulu.

"Tak selesai lagi apek, cuma tak dak sapa dah yang nak cari publisiti dengan cara kotor tu kot..." dia berlalu sambil angguk angguk kepala.

Pak Long rasa terkesan jugak kata kata apek tu. Rakyat yang telah disuapkan dengan isu sensitif tentang penggunaan kalimah Allah ini telah dibiarkan terawang awang tanpa kesudahan. Kenapa begitu lama nak diselesaikan isu yang sengaja diserabutkan oleh puak puak bebal yang menggunakan hukum akal tidak menggunakan nas ini. Kenapa kita biarkan rakyat marhaen sesuka hati berburuk sangka terhadap sesuatu yang sepatutnya boleh di pandu kearah kebaikan. Kita sepatutnya mempergunakan isu ini sebaik mungkin sebagai cara kita mendekati golongan bukan Islam dengan disiplin Islam.

Pak Long bersetuju dengan saranan presiden PAS TG Hadi Awang, sudah sampai masa dan ketikanya "Kepercayaan kepada Tuhan" dalam rukunegara ditukar kepada "Kepercayaan kepada Allah". Sikap pro-aktif seperti ini dapat meletakkan kembali Islam sebagai adil, agama kesejahteraan untuk semua. Peristiwa yang berlaku dalam rentetan isu penggunaan kalimah Allah jelas menunjukkan bukan Islam telah menerima Islam sebagi satu agama sebagaimana penerimaan kalimah Allah itu untuk semua. Apa yang pentingnya ialah langkah positif dan bijak dari pimpinan Islam untuk berdakwah. 

"Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah," tegas Hadi.

Kejahilan orang Islam sendiri dalam membuat penafsiran akan menambahkan lagi kekeliruan bukan Islam terhadap Islam. Janganlah kita tetiba menjadi kedekut dalam berkongsi rahmat Allah sekelian alam... wasallam...

Monday, March 22, 2010

Sedarlah Melayu

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long dibesarkan dikampung diwaktu ahli ahli politik dilihat suci. Pak Long diasuh bahawa orang orang politik dari parti bangsa Melayu ini adalah orang bijak pandai melayu. Bila dah bijak pandai, tentulah gerak kerja mereka juga mengikut Al-Quran dah hadith setelah mengaku Islam agama junjungan. Bila dah bijak pandai, parti yang mereka wakili tentulah parti yang penuh dengan kepandaian. Pak Long masih teringat, sekalipun diletakkan kopiah atas kerusi, calon dari parti bangsa yang penuh kepandaian ini akan menang.

Zionis Yahudi adalah bangsa yang paling jijik dimata umat Islam dunia. Maka parti bangsa bangsa ini juga jelas kuat sekali menentang agenda Zionis Yahudi setidak tidaknya dimulut pimpinan bijak pandai Melayu mereka. Maka bertambah maraklah sokongan Melayu yang mendakwa Islam ini terhadap parti bangsa Melayu ini.

Masa kian berubah, maklumat menjadi mudah. Orang kampung tidak sedungu dahulu. Barulah Pak Long sedar, parti yang penuh kepandaian ini rupanya amat bijak dalam membodohkan umat Melayu. Barulah Pak Long sedar, parti yang penuh dengan bijak pandai Melayu ini rupanya hidup segar diatas kebodohan bangsa mereka hasil dari sistem perbodohan bangsa sendiri dengan penuh sistematik.

Selama lebih 52 tahun parti bangsa bangsa ini menangguk diair keruh. Rakyat telah dilena miskinkan dengan dendangan "Ketuanan Melayu". Maka melayu melayu ini telah diulit mimpi indah bahawa mereka hidup sentosa dibawah "Ketuanan Melayu".

Apakah majoriti Melayu sekarang selesa dan sentosa dengan tuaian hasil dari "Ketuanan Melayu"? Berpuashatikah kita calon Melayu dipandang sebagai gred B disektor swasta? Apakah bangsa Melayu benar benar terbela hasil perjuangan bijak pandai Melayu dalam parti bangsa bangsa tersebut? Kenapa majoriti Melayu mendiami rumah rumah flat murahan yang dhaif dari segala prasarana? Terbelakah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?

Ya, Islam agama rasmi, Islam agama junjungan, tetatpi terbelakah Islam seperti yang sepatutnya? Anda berpuashati dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup dengan berlambak lambak gejala sosial dewasa ini? Anda boleh tersenyum lagikah melihat mahkamah syariah terletak jauh bawah dari mahkamah sivil?

52 tahun bukan satu jangkamasa singkat. Jangan belajar cuci tangan sekiranya masyarakat kita tunggang langgang tidak beriman... wassallam...

Tak simpati pun

0 juta komen
Salam semua...

Masa dok sarapan pagi ni, Mak Long hang la tak pepasai pi rasa simpati tak bertempat pulak dah kat KPN, si Musa Hassan pasai adanya campurtangan pihak ketiga dalam pentadbiran PDRM. Kesedapan goreng pisang awak Mak Long hang terus jadi tak sedap. Pak Long rasa meluat pun ada, Mak Long hang ni memang jenih mudah kesian.

Mak Long hang pun tau, benda ni bukan baru, dah lama membarah dalam PDRM, Musa sendiri lebih dari tahu dan sengaja buat buat tak tau kisah campurtangan ini. Ini la yang orang ramai perjuangkan dengan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu. Ni yang Pak Long bagitau kat Mak Long hang, jangan dok simpati tak ketahuan hala sangat ngan orang jenih ni, sedangkan dia sendiri pun dulu buat benda yang dia kutuk la ni.

Maklum la kan, Mak Long hang pun genetik Melayu, jenih yang mudah lupa. Tapi Pak Long tau bahawa orang ramai tidak mudah lupa bahawa Musa lah yang telah mengusung tilam dalam perbicaraan kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu ni. Dia dikatakan menerima arahan terus daripada kuasa ketiga yang dipercayai orang politik. Malah Pak Long jugak difahamkan arahan ketika itu telah membelakangi ketuanya, Abdul Rahim Noor KPN ketika itu.

Ni yang Pak Long mau Mak Long hang paham. Apa yang dia kata hari ni dah biasa berlaku dan dia sendiri yang buat perkara tu. Dia sendiri terima arahan langsung daripada individu tertentu yang berikan arahan walau ia bercanggah dari sifat profesionalisma. La dah rasa tergugat dan rasa terjejas, sebab itu dia timbulkan isu ini.

Dah... nak kena pujuk Mak Long hang pulak dah. Marah kot pasai Pak Long kata dia jenih Melayu yang mudah lupa... hihi... wassallam...

Sunday, March 21, 2010

Parlimen dah di salahguna

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long ke market basah pagi ni, Ya Allah punya ramai manusia. Ramai yang ke market bawa ngan budak budak tu buat hapa. Mak Long hang pun dah semak dengan orang yang bebuat semak market dengan orang orang yang tak berkenaan ni, susah pembeli lain nak sua kaki pun tak boleh.

Masaalahnya ngan masyarakat kita ni, kita dah banyak sangat salahguna tempat. Market umpamanya, tempat kita mencari keperluan seharian. Perlu cepat dan selesa, jangan dok bawa la bebudak yang tak tau apa apa tu. Pasar malam pun serupa juga, dah disalahguna dari tempat mencari keperluan untuk buat nasi lemak pagi esok kepada tempat berpeleseran budak budak akhil baligh cari jodoh.

Terbaru kisah Parlimen pulak yang disalahguna. Kalau dimarket kita rasa semak dengan rakyat marhaen pelbagai peringkat pendidikan mencari keperluan, patut la jugak kalau jadi macam tak terurus  pun. Tapi di Parlimen yang dianggap mulia dalam sistem demokrasi juga kian ternampak telah disalahguna. Apa yang membimbangkan kita, di Parlimen inilah tempat dimana semua wakil rakyat seluruh negara disatukan dibawah satu bumbung. Wakil kepada rakyat di Parlimen sepatutnya dipilih rakyat dari kalangan yang terpilih dari segi falsafah parti dokongannya dan juga kekuatan akhlak dirinya.

Tapi terkini sudah ada usaha terancang tanpa disedari cuba mengheret "kemuliaan" Parlimen yang selama ini dibanggakan itu kelembah kehinaan. Lebih malang ianya diilham dan disempurnakan oleh wakil wakil kepada rakyat yang telah dipilih oleh rakyat. Mereka mereka ini sebenarnya pengkhianat pada rakyat. Mereka telah mencabul mandat rakyat kerana mereka mereka ini telah dipilih atas kekuatan parti yang didokong mereka sebelum ini. Maka mereka mereka ini amat tidak layak menjadi wakil rakyat kerana telah membelakangi rakyat dengan melompat parti.

Tidak diragukan lagi, kemuliaan dewan akan runtuh dengan adanya pengkhianat pengkhianat rakyat yang suka suka menyemak dalam dewan yang mulia ini. Pantang melayu khianat pada amanah yang diterima... wassallam...

Friday, March 19, 2010

Menidakkan hak pada yang berhak

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang angin tak berapa elok malam ni. Bukan tak sihat atau pening, tapi merajuk pasai tak bawa pi pasar malam... hihi... Petang tadi la, Pak Long pi pasar malam sorang sorang, ada la beli barang barang basah sikit. Bukan pasai malu nak bawak Mak Long hang pi pasar malam tu, tapi soal yang lebih besaq dari malu. Yakni soal duit tak jenuh. Kalau takat RM 50.00 dalam poket, jangan la dok gatai bawak Mak Long hang pi jalan jalan terutama ke pasar malam. Adaka patut Mak Long hang pi tanya tokey juai kain, harga tudung se'kodi' berapa? Tokey balak Pahang pun lari tinggal seluar.

Sebab tu saja, Pak Long ni bukan jenih orang senang. Jadi, bab duit ringgit ni kena la jaga betoi betoi. Lagi satu, duit ringgit ni sebenaqnya berhantu malah dia lebih dahsyat dari segala hantu. Bayangkan kerana duit ringgit, kawan boleh jadi lawan, bini boleh lari tinggai laki, malah anak anak boleh tak ikut kata mak bapak. Hangpa tak percaya, tengok sini, contoh hidup dok ada.

Petronas ditubuhkan oleh Ku Li sekitar 37 tahun yang lalu atas arahan Allahyarham Tun Razak. Tun Razak kemudiannya mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri yang minyak dijumpai dikawasan mereka akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus tanpa menyebut jarak dari pantai. Itu masa Tun Abdul Razak jadi Perdana Menteri. Ini yang Pak Long kata, duit ringgit ni berhantu. Bila dah sampai RM 75 billion setahun, anak pun dah terlupa bapak dulu ni kata apa. Bila mai masa anak dia pulak jadi Perdana Menteri iaitu Najib Razak, duit royalti tetiba bertukar jadi wang ihsan. Ini yang Pak Long pun naik heran ni, apa ihsan ihsan, negeri negeri tu bukan pemintak sedekah tapi depa minta hak yang didrafkan dalam undang undang.

Jaga jagalah bila kita berurusan dengan wang ringgit ni. Kalau tak kuat iman, bukan kita yang menguasai duit tapi duit yang menguasai kita... maka kita akan dilihat sebagai lebih kejam dari zionis yang kerjanya menidakkan hak pada yang berhak... wassallam...

Thursday, March 18, 2010

Nak tegur Saifuddin sikit

2 juta komen

Salam semua...

Pak Long ni tak tau la, susah sangat nak kata atau gelar orang yang bukan bukan. Dah terajar lagu tu, nak buat macamana. Kat Mak Long hang pun Pak Long pesan gak, ajar anak anak jangan dok suka mengata atau gelar orang bukan bukan terutama binatang atau benda benda tak elok. Kalau kita tak mau orang gelar kita, kita terlebih dahulu jangan gelarkan orang lain.

Budak Saifuddin ni baguih. Pak Long suka dia. Hujah dia berfakta, ada potensi budak ni. Pak Long pun kira sanggup la untuk dia jadi pemimpin Pak Long satu hari nanti. Tapi Pak Long tak syok sikit la bila dia gelar si Zaharain tu dengan "anjing penyerang" BN. Kalau takat "katak" tu Pak Long boleh terima lagi la.

Pak Long dengar yang kita selalu kata, Umno parti yang korup dan penuh dengan pemimpin peminpin yang meletak moral ditapak kaki. Maka kita pun kena jaga jugak kelaku kita jangan sampai jadi macam Umno. Rakyat pilih kita sebagai pemimpin bukan berdasarkan pada berapa pandai kita gelarkan orang tu "begitu" dan orang ni "begini" tapi berdasarkan perjuangan yang kita bawa dan wawasan yang kita letak.

Pak Long tau perasaan setiauasaha agung PKR ni terhadap Zahrain. Pak Long boleh rasa darah yang menggelegak akibat dari tingkah laku jijik bekas kawan baik Anwar ni. Darah muda la katakan. Tapi Pak Long sayangkan Saifuddin ni yang dilihat antara yang bijak berpidato. Pak Long besa beberapa kali gak berasak asak dengan nyamuk kurus di hulu hulu kampung pasai nak dengaq ceramah budak Saifuddin ni. Mak Long hang pun suka melangut sampai tak mau.

Pak Long setuju sangat masa dan tenaga yang ada digembelingkan bagi menjatuhkan musuh utama Pakatan seperti yang Saifuddin kata iaitu BN. Tok sah dok peduli sangat la kat si Zaharain tu yang sengaja dizahirkan Umno untuk melengahkan kerja buat kita. Kita jawab secara berfakta apa yang dia suarakan. Tapi secara berhemah dan tertib tanpa memberi persepsi buruk balik pada kesepakatan kita.

“BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Pak Long harap sangat la, pemuda macam Saifuddin ni tunjukkan lah contoh cara cara berhemah dalam berpolitik kat puak puak bangsa Umno disebelah sana nu.... wasallam...

Anwar perlu telus

0 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, sendawa pun rasa manis. Cucok kodok Mak Long hang memang sedap, lembut dan tak manis sangat. Pekena pulak dengan kopi 'o" panas panas bawah pokok manggis depan laman, fuuhhh... angin sepoi sepoi bahasa buat Pak Long terbuai tak terasa panas petang yang membahang.

Panas cuaca sekarang ni, mungkin lebih panas suhu dalam dewan Parlimen yang dilagukan oleh Sdr Zaharain ni. Apatah lagi, isu lapok ni dikipas pulak supaya lebih marak oleh akhbar akhbar pro-Umno, bertambah menarik tapi gelisah dan resah yang amat bagi pendokong PKR.

Politik Malaysia la ni dah jadi tak senonoh, hanya berpaling kesatu arah yang menjijikkan dari sudut moral. Pak Long berpendapat la, trend politik dah jadi gila sekarang ni. Sesiapa jugak kalau nak cepat popular dan dilihat gagah, mereka hanya perlu melakukan satu perkara yang amat senang seseorang pembelot untuk lakukan, iaitu menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Cari saja salah laku susuk yang bernama Anwar ni dan serang ala ala gentelmen, gerenti meletop letop namanya akan jadi bualan dan sanjungan bangsa Umno.

Pak Long tak payah cerita banyak la disini. Anwar harapnya lebih tahu apa yang patut dia lakukan bagi mengelak dari ditikam belakang lagi oleh rakan karib sendiri nanti. Cuma yang Pak Long harapkan, Anwar perlu telus dan berterus terang terutama terhadap isu 16 Sept yang kembali panas sekarang ni.

Memang Pak Long cukup meloya dengan idea gila Anwar, 16 Sept yang sekarang membawa celaka tuh, tapi belajar lah dari kesilapan... jangan cakap pasai moral kalau kita iktiraf kelaku yang tak bermoral... wasallam...

Denggi membunuh lagi

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak boleh nak lelap mata pulak malam ni. Panas membahang semacam saja pagi ni. Mungkin terkenangkan bagaimana perasaannya Anwar yang dihamput oleh kawan kawan rapat dan orang orang harapannya suatu ketika dulu. Nak buat camana, dah hang gatai nak join politik. Memang politik kena berperangai lagu tu kot.

Dalam panas membahang cerita cerita politik, Pak Long tak mau la pulak orang ramai alpa dan leka bahawa denggi itu pembawa maut. Laporan dari Bernama melaporkan empat lagi maut akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac. Memang ikut laporannya kes ini menurun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu. Tapi angka kematian telah meningkat kepada 38 orang untuk tahun ni saja.

Pak Long pun sependapat gak ngan Mak Long hang pasai isu denggi ni. Ini disebabkan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan kawasan persekitaran mereka dah berkurangan. Tak konsisten, depa kalut gotong royong pasai nak tayang muka bila menteri turun sama saja. Lepaih tu, boleh jalan la kempen apa kejadah pun. Tak layan dah.

Apa apa pun, keperihatinan semua terhadap persekitaran memasing memang sangat sangat dituntut la kan... jangan sampai terhantuk baru nak terngadah.

Wassallam...

Wednesday, March 17, 2010

Sendiri bodek ka

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tersengeh sorang sorang baca kisah dalam Harakah ni. Lucu sungguh la perangai Piem bangsa Umno ni. Pak Long lucu bukan pasai geli hati sangat, tapi lebih pada kesian, kesian sungguh sungguh sapa sapa yang jadi ahli Umno ni. Depa patut sangat la rasa malu ngan apa yang terjadi.

Pak Long punya pendapat la, benda benda lagu ni hangpa kena bagitau Najib tu, suruh berjaga jaga sama. Jangan buat bagi malu kompeni. Bila Anwar dok perli Najib, makna kata Anwar dok perli ahli Umno sama, hangpa tu nampak sangat tak tau apa biaq Najib dok pekena hangpa.

Pak Long percaya banyak orang tau, cuma bangsa Umno saja yang tak tau. Konsep raja berperlembagaan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh Agong. Sebab tu jadi terlebih pelik ngan terlebih geli bila ucapan Agong yang terlebih memuji. Bagi sesapa yang paham memang nampak jijik sikit la, dok mintak orang lain memuji kita. Bukan takat diri kita sendiri, tapi habih ngan anak bini. Lagi menjolok mata la jawabnya.

“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.

“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.

Teringat pulak Mak Long hang selalu dok sebut sebut, nak masuk politik kena la tebai muka... terutama bila dekat nak pilihanraya.... hihi... selamat malam, wasallam...

Tuesday, March 16, 2010

Bodek pun patut padan la

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang ni tak tau la pasai apa, bila dia tanya anak anak dan banyak kali sangat anak anak dok jawab tak tau, memang nahas la budak tu kena tengkingnya.

"Habih tu, apa yang tau. Makan tidur saja yang hang tau"

Heh... heh... tu perangai Mak Long hang ngan anak anak. Memang kadang kadang tu dengar macam lucu, tapi betoi la jugak. Kalau dah sampai semua hang tak tau, habih tu apa yang hang tau.

Ni pun lawak jugak bila ada yang nak bodek tak bertempat ni. Ada beberapa mamat ni, sorang tu Presiden Gagasan Melayu Perak, Mohd Helmi Ismail dan sorang lagi tu Jefri Salim yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjung, Perak telah bagitau Mahkmah Tinggi bahawa depa tak tau yang seseorang sultan boleh dibawa ke mahkamah. Baru kena gempak ngan Karpal Singh ni saja dah mengelupor kata tak tau apa.

Ni yang Pak Long rasa pelik sangat ni. Mustahil sangat la pembodek Umno tak tau bangsa Umno lah yang telah menarik turun darjat dan ketinggian kesultanan Melayu dulu ni. Tanya la bangsa Melayu tulen yang menerajui parti bangsa Umno dulu ni iaitu Mahathir. Dia dok hidup lagi, tanya la tengok. Jangan dok bodek membuta tuli saja. Kerana hasil usaha Mahathir lah jugak, Singh tu berpeluang berkata kata dan boleh bertindak macam tu. Tapi Pak Long pun sokong jugak dia dulu nih... ahhh.. itu duluuuuu... hihi...

Tu la, lain kali pikiaq habih habih. Kan dah kena kepala hangpa sendiri... hangpa sepatutnya kena tampar kepala pemimpin Umno dulu sebelum nak pelekoh Singh ni... hihi... wassallam...

Pandu si Puteri

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tersenyum sorang sorang bila melihat bebudak berlari dok sukat taman. Teringat gak Pak Long masa Pak Long remaja dedulu. Masa tu Mak Long hang jadi Pandu Puteri, sementara Pak Long pulak jadi striker sekolah. Petang petang lepaih perjumpaan Pandu Puteri, kita lepak la main mata bawah pokok ubi depan kantin. Kita takat main mata saja... hihi...

Ada la sekali tu Mak Long hang mengancam tak mau dah join Pandu Puteri, boring katanya. Pak Long dok pujuk jugak sebab itu saja caranya Pak Long nak jumpa dia. Masa lain jangan harap la. Tapi kesian gak kat Mak Long hang, boring dah sampai ke peringkat lupa kat Pak Long dah. Sebab tu Pak Long sokong sangat la budak Rosmah ni, bijak sungguh dia bila dia kata Pandu Puteri kena kaji peranan dan aktiviti depa.

Kena ngan saiznya, si Rosmah ni adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ish... memang ngam la si Rosmah pandu si Puteri. Pak Long suka sangat cadangannya me"relevan"kan Puteri yang di pandu nih.

Pak Long pun ada gak cadangan dalam me"relevan"kan Pandu Puteri ni. Ia lah bagi mengikut peredaran zaman la katakan. Sesuai dengan moto "Selalu Sedia" nya, Pandu Puteri mesti lah kena selalu:
  1. Bersedia berjemur panas mengiringi calon bangsa Umno ke pusat pusat penamaan calon.
  2. Bersedia untuk keras betis pusing kampung memancing undi bagi pihak bangsa Umno setiap kali pilihanraya.
  3. Bersedia untuk kerahan tenaga memacak bendera dan banner menyokong Umno.
  4. Bersedia walau sukatakrela menjadi pegawai pembantu disekolah sekolah setiap kali majilis Umno diadakan.
  5. Jaga parking kereta setiap kali wakil bangsa Umno turun main goli dikampung kampung.
  6. .....
  7. ........
Errr..... yang lain tu korang tambah la sendiri demi memperkukuhkan institusi Pandu Puteri tu yer... maggi Pak Long dah kembang... hihi... wassallam...

Monday, March 15, 2010

Projek mandom

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun tumpang sedih gak terbaca kisah sorang mamat kerja guard ni yang cedera parah tertembak dagu sendiri yang mungkin terlena ketika kejadian berlaku. Apa apa pun, semua kita patut sedar dan ambil pengajaran dari peristiwa sedih menimpa mamat ni agar lebih berhati hati ketika melakukan sesuatu. Jangan silap silap orang baca macam nak bunuh diri sendiri pulak.

Dari peristiwa seakan akan membunuh diri tu, Pak Long terkenang pulak menteri hensem bangsa Umno nih... Seperti kata Sdr Hishamuddin disini,  Umno telah secara rasminya melarang sesiapa jugak yang berbangsa Umno dari membincangkan isu royalti minyak di Kelantan. Pak Long rasa stetmen ni serupa stetmen nak bunuh parti sendiri jugak. Pak Long akan teriak bergulin gulin kalau Pak Long ni ahli Umno. Rasa pilu sungguh memikirkan tahap penghinaan yang terpaksa diterima oleh ramai bangsa Umno yakni parti politik perkauman terulung negara itu. Lagi haru bilamana pe"mandom"an itu telah diistiharkan oleh pemimpin yang mereka pilih sendiri.

Mak Long hang cukup marah kalau Pak Long larang anak anak dari bercakap. Mak Long hang la kata, tindakan melarang anak anak dari bercakap tentang perkara perkara sekeliling mereka akan memberi gambaran bahawa rendahnya minda dan tahap pemikiran anak anak. Esok esok ni depa akan jadi mandom dan dungu, tak tau nak bezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Mak Long hang kalau takat Kak Rafidah Aziz tu, dia nanti debat sambil angkat sebelah kaki saja... hihi...

Lagi satu Pak Long rasakan, tindakan Hisham ni silap silap haribulan boleh terkubur lagu tu saja bangsa Umno dari bumi Malaysia ni. Apa taknya setelah majoriti anak bangsa Umno nanti akan jadi mandul dan langsung tak beranak dah. Tang mana nak mai zuriat.... heh.. .heh... Tak dapat Pak Long nak bayangkan bila tiba masanya bangsa Umno habih semua mandul... kah.. kah..

Opposs.. sori... Mak Long hang dah siapkan tempat tidur dah nuu... maklumlah dah dekat tengah malam dah nie... hihi... bye.. wassallam...

Salam pengenalan

2 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, dengan izinNya sampai jugak hajat Pak Long nak berceloteh dialam maya sebelum memejam mata. Saja seronok suka, melintasi sisa sisa masa yang Pak Long ada. Pak Long ni bukan lah pakar sangat dalam bercerita, boleh la takat nak kelentong sepatah dua kata.

Dulu ni, mana ada maya maya ni semua. Kalau nak dengaq cerita juga, kena la mai melahu sorang dua, sekali sekala ataih beranda. Mak Long hang pun suka, tengok Pak Long depan mata, tak pi melilau mana. Siap layan buat minum kadang kadang cucok kodok dan cucok udang sekali sekala.

Cuaca tak menentu sungguh la ni, sama tak menentunya politik negara. Kacau bilau, bercempera. Kalau dia panaih, sampai naik pedih kulit kepala. Ada la mai hujan sekali sekala. Cuaca yang perit membara dan isu semasa yang menggila yang buatkan Pak Long pun panas dan tak senang duduk. Semangat nak bercerita teriba mai sedia.

Errr.. cukup la kot setakat ni dulu sebagai pengenalan, kita jumpa lagi lah ya dilain kiriman... wassallam...
Related Posts with Thumbnails