Monday, May 31, 2010

Yahudi: Apa kita nak buat

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long terbaca disini, dah ada laporan mengatakan sehingga 20 orang terkorban dan 50 yang lain cedera disebabkan serangan Zionis Israel keatas konvoi Freedom Flotilla.

Pak Long nak bagitau pada yang tak tau apa apa tu dan masih menagih petunjuk dari Apco, konvoi Freedom Flotilla tu terdiri dari 9 buah kapal yang bertujuan menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza yang telah disekat oleh rejim ganas Yahudi.

Dan pada yang tak tau nak buat apa pulak, Pak Long nak bagitau akan ada perhimpunan membantah serangan Zionis Israel selepas solat Jumaat ini dibawah Pengerusi Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad Sabu. Pastikan puluhan ribu yang hadir.

Wassalam...

Peliwat, dihukum sebelum bersalah

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long dok tengok, dunia sekarang ni dah tak dak sapa nak heran bila ada orang lain buat fitnah. Seseorang tu baru dalam pertuduhan, perbicaraan pun tengah rancak berjalan tapi hukuman telah pun dijatuhkan. Dihukum sebelum kesalahan dibuktikan. Takkah ini dah jadi macam satu fitnah, tak takut sikit pun kah kita dosa yang amat berat dari fitnah kita ni. Berbaloi kah kita dengan hanya bayaran yang tak seberapa tu kalau nak dibandingkan dengan air muka orang yang kita tuduh.

Pak Long tak heran kalau dunia kian bosan bagi pencinta pencinta Allah. Dunia kini kian jauh dari agama Allah, Islam dipermain disaksi majoriti umat yang bergembira sakan. Islam kini diperintah bukan Islam yang memerintah. Alaahaii... Malaysia yang meriah....

Wassalam...

Sunday, May 30, 2010

Mintak tolong Umno

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long baru balik dari makan kenduri kat kampung sebelah. Sedap jugak, masak gotong royong kampung. Nak tambah berapa kali pun tuan rumah tak jelin.

Masa dok santai lapik perut ataih meja ngan kengkawan tadi ni, ada jugak yang jelabaih mulut suruh Pak Long mintak tolong kat Umno. Pak Long ni segan sikit bab bab nak mintak tolong ni terutama sekali kat Umno tapi dah ingatkan Umno ni kawan baik pada Apco, mintak pi la kot kot depa boleh tolong.

  1. Nak mintak tolong kat Umno bagitau kat Israel, konvoi kemanusiaan tu ada 9 kapai dan depa tu nak tolong orang di Gaza yang sengsara. Tolong jangan berperut busuk dan kejam sangat nak sekat dan tahan depa.
  2. Nak mintak tolong kat Umno bagitau kat Israel, la ni kapai kapai tu dok tersadai tengah laut nu. Takkan tergamak hangpa nak pi serang orang yang tak dak senjata.
  3. Nak mintak tolong kat Umno bagitau kat Israel, semangat aktivis keamanan tu tinggi, depa tak rela beralah selagi tembok sekatan Gaza yang hangpa buat tu tak dipecahkan.
Takat tu lah dulu kot, Pak Long nak pi mandi sat, rasa bergetah badan ni... wassalam...

Kena ada idea muda

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long lantik Mak Long hang jaga pasai kewangan, bukan nak suruh dia ugut ugut Pak Long. Mak Long hang dilantik pasai Pak Long percaya dia ada sekil. Mak Long hang tak boleh perah kepala hotak cari alasan tak mau kerja. Mak Long hang kena kreatif cari sebab untuk berjimat dan berbelanja cara berhemah.

Sapa sapa pun macam tu lah. Tak mau kerja habaq mai sini, belambak lagi orang nak kerja. Bila kering idea kena bawak berbincang, tak semestinya anak anak jadi mangsa. Dah tak dak idea sangat sangat bagitau sini, kita tukar orang yang ada idea muda. Mak Long hang mesti seriau punya bila dengaq nak tukaq orang yang ada idea muda... hihi...

Macam tu la jugak dengan kerajaan la ni. Hangpa nak muflis ka, hapa ka asalkan rakyat jangan jadi mangsa. Kalau tak dak dah idea baru dan muda, bagi kat orang lain perintah. Bukan main ugut ugut lagi 9 tahun negara boleh bangkrap. Idris Jala dilantik atas kepercayaan kerajaan dia ni ada sekil nak atasi masaalah. Bukan cipta masaalah kat kerajaan yang melantik hang dengan ugut rakyat.

Ataupun ni memang dasar baru kerajaan. Bila kerajaan susah dan tak dak duit, rakyat akan jadi mangsa. Bukannya depa pikiaq macamana nak kurangkan beban rakyat tapi depa pikiaq macamana nak rompak duit rakyat dan selamatkan BN. Bangkrap idea mai dari orang yang dah bangkrap...

Errr... Pak Long nak mintak diri dulu. Mak Long hang ajak pi makan kenduri, makan free... wassalam...

Bumiputera tu bangsa apa

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak fasih sangat pasai ekonomi ni. Maklum la, dah la mengaji pun tak tinggi, ayat bombastik yang depa gunapakai pun naik pening kepala.

Cuma Pak Long rasa susah sungguh kalau jadi bumiputera dalam negara dimana segala mak nenek dasar perlu dicipta untuk membela bumiputera ni. Bumiputera macam tak dak salah tang mana kerana kelemahan mereka tapi dasar yang kuat perlu dicipta bagi mencacatkan bangsa lain. Apakah tidak mungkin bumiputera bakal dijajah oleh dasar ciptaan satu hari nanti? Apakah mungkin bumiputera jugaklah yang bakal didiskriminasi oleh dasar ciptaan yang dugubal secara ambil hati ni?

Errr... Mak Long hang tanya ni, bumiputera tu bangsa apa?

Wassalam...

Saturday, May 29, 2010

Habih langsung orang miskin

0 juta komen
Salam semua...

Hamboi... mengkalu semua wakil rakyat perangai baguih macam Mahdzir Khalid ni, habih langsung la orang miskin di Malaysia ni.

Pak Long nak ucapkan tahniah la pada Adun Pedu yang sanggup mencemar duli turun padang sampaikan sumbangan pada warga emas ni. Si warga emas tu pun boleh lah tumpang gelemer, sekali sekala muka masuk surat habaq.

Mak Long hang tanya, berapa lama agak agak depa kena dok keras tengok kamera masa ambik gambaq tu... hihi... wassalam...

Pelik, pasai apa tak boleh

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long heran, awat yang pelik sangat ni. Pasai apa ahli ahli DHPP dilarang sertai himpunan GAS.

Suka hati depa la asalkan jaga kelaku sebagai penyokong parti Islam terbesar negara sudah lah. Bab keterbukaan ni pun hangpa dah kena sebijik.

Lagi satu Pak Long tak paham, peperangan jenih apa yang sedang hangpa hadapi ni. Taktik jenih apa yang hangpa guna nak lawan musuh seganas BN ni. Gerak saraf hangpa out teruih, kalau masih dok takut si Samy merah mata kat DHPP. Masa kita sepatutnya dekat dengan musuh untuk berdakwah tetiba tak boleh digunakan atas arahan ketua dewan.

Pak Long harap PAS dan khasnya Pakatan Rakyat lebih tahu sapa musuh mereka yang sebenar kerana ia bukannya BN...

Wassalam...

Harap Anwar lebih tahu

1 juta komen
Salam semua...

Beriadah pagi memang syok sungguh. Segar rasa kepala, lagi segar rasanya kalau Pak Long dapat tau betoi ka tak betoi dakwaan Anwar terhadap tok wakil dari PKR yang dapat habuan ketika melompat.

Dakwaan Anwar ni sebenarnya cukup serius. Tok tok wakil dari PKR yang ketagih sangat dengan 'wakil bebas mesra BN' ni mesti tak cukup tidoq. Apatah lagi kalau betoi depa dapat ganjaran wang dan kontrak hasil dari usaha keras depa melompat tuh. Pak Long tak nafikan, Anwar memang politikus hebat, tiap dakwaan darinya mesti ada disertakan bukti. Pendedahan macam ni kalau kena gayanya akan menjulang balik imej PKR.

Pak Long cuma harap, Anwar tak bermain tarik tali dalam soal ini. Retorik bukan masanya. Politik PKR telah teruk tercemar gara gara tok wakil yang rendah moral ini. Mereka perlu dilondehkan demi keputihan politik negara. Jangan hanya bermain kata dengan niat menarik publisiti ke konvensyen kita.

Pak Long harap Anwar lebih tahu... wassalam...

Sakit kepala pulak dah

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang la nanti teruknya kalau Pak Long kena sakit kepala. Naik tegang jari, lenguh lengan punya henyak kepala. Lagi kuat lagi baguih.

Sakit kepala ni boleh menyerang sapa jugak tanpa mengira usia ataupun waktu. Terutama sekali waktu dok pikiaq pasai apa Berahim Ali boleh jadi presiden Perkasa. Kadang kadang tu tak pikiaq pasai Berahim ni pun kita sakit kepala jugak dan kita sendiri pun tak pasti puncanya. Alih alih ja sakit kepala. Ikut pengetahuan cetek Pak Long la, sakit kepala ni boleh dihindari dari beberapa punca dibawah:
  • Semak kepala dan fikiran yang bercelaru.
  • Bertentangan dengan cahaya terang.
  • Cermin mata yang tak sesuai dari segi "power".
  • Merenung sesuatu benda dengan keadaan mata kelabu.
  • Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
  • Pakaian yang kurang sesuai, mungkin ketat pada bahagian pinggang.
  • Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.
  • Jangan berjudi, kan ka judi tu HARAM.
Ha... yang ni serius sikit, andainya hangpa dah mai peringkat kerap sangat sakit kepala, kemungkinan besar ianya tanda barah otak. Jangan dok buat lawak. Jadi jangan lupa dok buat baik dengan doktor, rajin rajin lah pi melawat depa untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

Wassalam...

Otak pindah ke perut

0 juta komen
Salam semua...

Sebelum beriadah di taman sebelah, Pak Long melahu dimuka pintu. Pepagi ni rasa setia semacam terdengar leteran burung dok cuci mulut.

Memang syahdu, melayan kepala sambil berfikir akan kengkawan lama yang masih kenal Pak Long. Atau masih kenalkah lagi Pak Long pada kalian? Pesanan ikhlas Pak Long, pastikan diri jauh dari para politikus busuk di luar sana. Hari ni berkawan, besoknya saling bercakaran. Bulan ni penuh kejujuran, bulan berikutnya dipenuhi kebohongan.

Tapi semua tu dah menjadi perkara besa dalam politik, apabila otak dipindahkan ke perut, asal dapat makan semuanya diselesaikan. Akan ada saja mereka mereka yang kita kenal yang tetiba mengorbankan saudaranya demi kepentingan dan keuntungannya. Hilang moralnya dan sia sia punya pengetahuan kalau tidak punya perasaan.

Mungkin ini tanda tandanya akhir zaman... wallahuaklam.

Wassalam...

Friday, May 28, 2010

Bangsa bangsat

4 juta komen
Salam semua...

Inilah rupa dan gayanya bangsa bangsat yang dilaknat Allah tu. Kekejaman bangsat Yahudi diteruskan tanpa memperduli lagi orang sekeliling. Mereka dibiarkan dunia menjadi tuan didunia mereka.

Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut. Untuk rekod, seramai 11 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal induk menyertai konvoi itu yang berlepas sejak semalam dari pelabuhan di Turki.

Tanpa bantuan kemanusiaan dari luar, penduduk Gaza akan lebih menderita. Tidak adakah sedikit rasa kemanusiaan dalam diri, untuk menjauhkan diri dari berselingkuh dengan ejen ejen Yahudi yang bebas berkeliaran dalam negara merdeka ini? Apakah langsung tidak ada rasa bersalah, duit yang dibayar sebagai upah akan digunakan untuk membunuh rakyat Gaza yang amat mengharap saudara seagama sebagai pembela?

Wassalam...

Judi: Pulau Pinang lebih laju

0 juta komen
Salam semua...

Kadang kadang tu Pak Long naik malu pulak ngan Guan Eng ni dan tak sangka pulak macam tu punya laju kepala budak ni. Hangpa bayangkan la, Pulau Pinang jadi negeri pertama Pakatan Rakyat yang haramkan judi bolasepak.

Rupanya kerajaan negeri pun ada kosa jugak la sikit sebanyak untuk halang bisnes judi ni. Walaupun lesen Najib yang bagi, Guan Eng pun boleh jugak bertindak sekat melalui dua majlis tempatan di negeri ni. Sebagai sorang berbangsa Cina, kira stendet la kalau dia kata bukan nak tentang tapi kita nak kurangkan pasai dah terlalu banyak keluarga dan anak anak yang merana.

Pak Long pun dok agak jugak, ramai yang akan kata budak Guan Eng ni salah guna kosa dia nak bodek Melayu. Guan Eng hanya bermain politik dengan isu judi bola ni. Orang politik memang kerja dia berpolitik. Dia akan politikkan apa juga yang boleh menguntungkan dia dari segi politik. Lagipun besa la dalam politik ni, persepsi orang bukan boleh nak dihalang.

Tapi kalau bab judi ni, Pak Long nak suruh Mak Long hang pun, sama sama angkat ibu jari, memang kemaih la KM Pulau Pinang nih. Mengkalu lagu ni la gayanya Guan Eng, Umno pakai mati berdiri la dengan angan angan nak rampaih Pulau Pinang.

Wassalam...

Cerita hindustan

0 juta komen
Salam semua...

Kalau time gambaq hindustan dulu dulu ni, jangan dok kacau la Mak Long hang. Setiap inci filem hindustan akan dihayatinya. Hero kacak, heroin cantik dan pemandangan yang menarik.

Adegan terpenting dalam gambaq hindustan mestilah menyanyi sambil tukaq baju. Bergolek turun bukit dan tiba tiba terpeluk heroin. Tak kurang asyiknya adegan menyanyi dan menari ataih kereta api. Kereta api dengan gambaq hindustan ni tak boleh tak dak. Tapi yang tu semua auta dalam filem saja. Diluar filem tak seindah macam yang kita tengok.

Gambar ataih sana menunjukkan para penyelamat mencari mangsa dalam gerabak penumpang yang tergelincir akibat letupan sebelum dilanggar kereta api barang dalam nahas di timur India awal pagi tadi. Kereta api penumpang tu meletup ketika ia melalui kawasan pemberontak di timur India. Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh manakala 150 yang lain cedera.

Rasa indah lagi ka gambaq hindustan tuh... wassalam...

Ni semua Anwar punya pasai

0 juta komen
Salam semua...

Badan letih kepala jadi kacau, nak lena tak boleh bila pikiran meracau. Balik dari jemaah Jumaat tadi ni, ingatkan nak lena sat. Tapi pasai telinga jadi terganggu, mata layupun jadi menentu.

Taman sebelah rumah Pak Long tu sibuk dan meriah sungguh bunyinya. Sesekali dengaq macam pinggan mangkok pecah, sesekali tu dengaq macam orang dok bertolak hang aku. Hang kata aku, aku pulak pi tuduh hang. Sesekali dengaq macam bunyi kapai karam pun ada. Mengkalu lagu ni, sampai esok pagi pun tak boleh nak lena.

Ni semua Anwar punya pasai la. Tak patut dia dok ungkit cerita cerita lama. Biaq pi kat depa la dah depa nak senang dengan cara juai diri. Jangan dok kacau la dah depa redha nak bela anak bini dengan cara macam tu. Yang hang nak dedah wakil rakyat jutawan segera hasil dari 'berpaling tadah' tu buat hapa. Kerana hang nak dedah tu la, depa ni dah jadi gelabah bewak. Yang susah Pak Long ngan Mak Long hang la, nak bersantai petang petang pun tak aman.

Rumah Pak Long ngan taman tu bukannya jauh sangat. Depa berbisik pun Pak Long dengaq, inikan pulak teriak tangis si Zaharain yang terjerit jerit kata Zul Kulim punya pasai. si Zul pulak besa la, gaya ustaz mesti kena tunjuk matang sikit, tapi dia dok sengih tunjuk kat Mohsin. Mohsin pulak awai awai angkat tangan, dia kata ubat darah tinggi dah nak habih.

Pak Long nak pi bancuh kopi sat... syok jugak cerita nih... wassalam...

Ada akai, pakai

2 juta komen
Salam semua...

Bukan senang oi nak jadi laki mithali pada Mak Long hang. Kepala kena kreatif dan bernas. Otak kena sihat dan cerdas. Mak Long hang ni cukup laju bab bab berumahtangga, terutama sekali bab belanja duit ringgit. Kalau Pak Long dok buat lembab urus, berselerak habih la rumahtangga Pak Long.

Mak Long hang tak kedekut, tapi dia akan buat apa saja, pusing sana kona sini, asalkan gelang mas dia tak masuk pajak langut. Mak Long hang cukup pantang kalau ada orang kata tak boleh. Sikap negatif macam tu tak patut ada pada orang Islam. Mak Long hang selalu pesan, Tuhan bagi akai suruh pakai bukan bertindak macam orang tak dak akai.

Mak Long hang tak pernah berhutang ngan Pakistan karpet tapi rumah Pak Long tetap berseri seri. Mak Long hang bukan jenih nakkan nama saja, berboros belanjakan anak anak. Mak Long hang amalkan perbelanjaan berhemah tak kira masa pilihanraya atau hari raya. Makan pakai anak anak Mak Long hang jaga, sakit demam depa Mak Long hang urus, semua tu mai dari duit yang Pak Long bagi tu la. Tak pernah pun dia merungut nak potong sabsidi makan.

Sebab tu Mak Long hang dok kata, kerajaan sekarang ni dah gagal dalam pemerintahan. Depa tak letak Islam ditempat yang sepatutnya. Islam memerintah bukannya Islam diperintah. Ada akai pakai, bukan bertindak macam orang hilang akai.

Wassalam...

Disturb disturb the water

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak tahan betoi, mendidih geram bila tengok kartun ni. Dah la Pak Long tak kenai omputih, ditulih pulak omputih. Terasa macam ngan perli Pak Long pulak.

Layan pi la sat sementara nak tunggu Mak Long hang "translate"kan nanti... wassalam...

Najib mana besa makan cucoq udang

4 juta komen
Salam semua...

Laju saja Pak Long tengok Mak Long mai dari dapoq. Makan cucoq udang cicah sos, pekena pulak tongkat ali 3 dalam 1 pagi pagi ni sedap gak.

"Kerajaan la ni tak dak duit dah pak hang oi, sebab tu depa nak penaik minyak, depa lulus lesen judi, depa nak hapus sabsidi."

Mak Long hang memang tak puaih hati dari semalam lagi.

"Nak ada duit mai mana? Cuba pak hang pikiaq, setiap kali nak pilihanraya, berpuloh juta depa perabih, suap kat orang kampung semata mata kerana nak menang dan jaga status."

Sebab tu la Pak Long cukup jaga Mak Long hang jangan bagi dia marah. Rosmah mesti tak suka punya kalau Mak Long hang marah.

"Pak hang tolong bagitau kat Najib tu, ni semua salah pengurusan kewangan negara. Depa dah gagal jalankan amanah rakyat. Rakyat pilih kerajaan bukan nak cari susah, bukan nak cari bala"

Mak Long hang dedulu ni bercita cita nak ganti Rafidah Aziz tu, jangan dok buat lawak. Tapi lepaih kahwin ngan Pak Long sampailah la ni, dia takat jadi kepala kutip duit sedekah bila Ustaz Idris mai mengajaq disurau.

Wassalam...

Thursday, May 27, 2010

Minyak saja naik harga, yang lain dak

0 juta komen
Basikal Pak Long yang hilang 3 tahun lalu...

Salam semua...

Sekali pandang hangpa nampak Pak Long macam tak susah hati langsung walaupun ada bunyi bunyi yang harga petrol mungkin akan naik. Pak Long ni bukannya apa, dah naik mangli dah ngan perangai mesra buli rakyat oleh kerajaan sekarang ni.

Pak Long ni tak dak hal punya, kalau berjalan keliling kampung paling tinggi kayuh basikal buruk saja. Lantak pi la kalau minyak nak naik harga berapa pun. Mak Long hang cuma risau sangat kalau minyak angin yang naik harga. Tak gamak pulak Mak Long hang nak urut lutut kalau dah sampai berbelaih ringgit sebotoi minyak angin.

Pak Long tak susah hati pasai Pak Long respek sangat kerajaan sekarang ni. Depa cukup perihatin dengan kesengsaraan rakyat terutama rakyat yang susah dipinggir bandar macam Pak Long ni. Sebab tu depa hanya naikkan harga minyak saja, harga barangan lain langsung tak dinaikkan. Kesimpulannya kita kena bersyukur, minyak kita masih ditakuk paling murah kalau nak dibandingkan dengan Amerika dan England sana. Setakat minyak naik 15 sen seliter tu apa halnya, barangan lain kekal murah tak naik harga langsung.

Tapi Mak Long hang marah marah tanya Pak Long, sayoq kobis tu turun sendiri ka? Bergolek golek terjun dari Kameron Hailand tak pakai lori..? Pak Long malaih nak layan kelaku Mak Long hang tu, dia tak paham era glokal kerajaan 1Malaysia Najib nih.

Wassalam...

H1N1 mengamuk lagi

0 juta komen
Salam semua...

Sebagai satu usaha peringatan pada semua termasuklah diri Pak Long dan Mak Long hang. Pak Long tau, shopping merupakan hobi masa lapang Mak Long hang. Jadi dengan adanya wabak berjangkit seperti H1N1 ni, senang sikit kerja Pak Long nak menolak desakan Mak Long hang ketika awai bulan time anak anak "bank in"kan duit.

Kabar terbaru, H1N1 hari ni menyambar satu lagi mangsa akibat jangkitan virus influenza A (H1N1) dan menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat wabak itu sehingga hari ini ialah 87 orang. Kalin ni mangsa ialah seorang wanita hamil berumur 41 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.

Jadi berhati hatilah, beringat sebelum kena. Jauhkan tempat tempat keramaian dan hadkan diri kita dari terdedah dikawasan yang berisiko tinggi sekiranya perlu.

Wassalam...

Wednesday, May 26, 2010

Seronok jadi yang pertama

0 juta komen
Salam semua...

Seronok jadi yang pertama ni. Yang pertama selalunya akan jadi sejarah untuk diselak oleh generasi mendatang. Tapi bukan semua suka bergelar yang pertama ni. Contohnya Mak Long hang cukup tak kelapaq nak digelar yang pertama. Pendekata Mak Long hang tak rela langsung adanya yang kedua dan ketiga disamping Pak Long. Pak Long besa la, bebuat tak paham...

Anyway, tahniah la pada cikgu Subkhiddin Mohd Salleh kerana menjadi warga Malaysia yang pertama terpilih sebagai pengadil bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

Senyum Subkhiddin atas padang adalah sama manisnya dengan senyum Subkhiddin dalam foto Bernama ni. Senyumnya adalah senyum kepuasan kerana usahanya berhasil untuk menjadi yang pertama. Komitmennya dihargai hari ini.

Rasanya cikgu Subkhiddin ni pun tentu amat tidak bersetuju dengan eksploitasi dari pihak pihak tertentu mengaut untung dengan perkenalkan judi bolasepak ni. Sukan akan lebih seronok tanpa judi.

Wassalam...

Bila nak habih ni

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long saja nak bawa kepala kita semua tengok kekejaman Israel keatas tanah dan penduduk Palestin yang macam dah tak dak kesudahan dan penghujungnya.

Dalam keadaan penduduk Palestin yang gundah tertekan dengan kekejaman Israel, ada lagi segelintir manusia kononnya mengaku Islam yang tidak langsung merasa berdosa berselingkuh dengan ejen ejen Yahudi ni.

Gambar menunjukkan para penduduk Palestin sedang memeriksa sebuah bangunan yang musnah teruk akibat serangan udara liar Israel di Semenanjung Gaza, 26hb Mei 2010. — Reuters pic

Wassalam...

Cikgu macam tikus tengok besi

0 juta komen
Salam semua...

Beza banyak la time Pak Long bersekolah dulu dulu ni dengan budak budak la. Masa sekolah rendah kena pakai seluaq pendek, kalau takat 3 jaloq bekas rotan yang melilit kat perut betis kena tibai ngan guru, mak bapak kita buat derk saja. Takat pecah mulut makan pelempang cikgu pasai ponteng kelas, mak bapak macam ngan redha saja. Depa serah kat guru untuk belajaq, jangan hantaq mayat balik sudah. Lagipun guru guru dulu komitednya lebih, bukan jenih yang tak dapat kerja posmen baru nak pi jadi cikgu, dak. Memang tamat belajaq terus cita cita nak jadi cikgu punya.

Tapi Pak Long rasa macam tak cukup nak paham pulak kisah cikgu cikgi zaman la ni. Cikgu cikgi zaman la, tengok anak murid dah jadi macam tikuih tengok besi. Tikuih kalau tengok besi harap ke nganga menitik air liur saja tak boleh nak buat apa. Nak tokak tak boleh, nak welding tak tau.

Macam tu la kot dari apa yang Pak Long paham tentang berita ni, 'Tiada Kuasa' Lawan Pelajar Buli - Guru.

Tapi Pak Long pun musykil teramat lah. Sampai la ni dah naik lenguh kepala hotak dah punya dok pikiaq macammana bebudak satu kelas boleh bebas merogol sorang gadis 14 tahun dan cikgu cikgi sekolah tu bagitau depa ‘tiada kuasa’ nak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin.

Wassalam...

Umno akan berkubur bila...

0 juta komen
Salam semua...

Tu la Mak Long hang dok kata tu, Najib ni tak dak kerja pi cari kerja, dah ada kerja ternganga nganga.

Kes yang lama tak selesai lagi dah pi cari pasai ngan isu baru. Isu lesen judi bola sepak kat Berjaya tak dan nak selesai lagi, dah timbui kes Najib Razak serah tanah KTM di Tanjong Pagar kat Singapura. Isu ni isu kedaulatan negara, tak heran la bukan Mak Long hang saja yang marah, malah seluruh rakyat Malaysia jugak terasa macam diperbodohkan.

Tambah pahit jadi payau bila Pak Long terbaca kisah tanah KTM tu digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay. Pak Long nak dengaq jugak apa kata Najib dan pasai apa yang dia pi terima pertuakaran tanah KTM ni dengan tanah judi ni. Nak jamu rakyat hang dengan duit judi HARAM tu lagi ka? Tak cukup lagi ka dengan hasil dari judi HARAM lain yang hangpa dok buat kenduri sakan la ni?

Awat la yang puak puak Umno tak boleh nampak kepincangan dari pemimpin hangpa ni. Pakat kelabu mata habih laaa... wassalam...

Awat Pak Lah nampak pelik sangat ni

0 juta komen
Salam semua...

Saja Pak Long nak sentuh sikit pasai Pak Lah pagi ni.

Dulu dulu punya cerita la, Mak Long hang cukup minat kat Pak Lah ni, tambah tambah masa tengah orang dok riuh rendah gelar dia "mister kleen". Pak Long tok sah kata apa la, tak jalan punya, senyum Pak Lah cukup manih time tu. Last last Mak Long hang tembonyeh jugak, "mister kleen" tu rupanya hadiah kosmetik dari surat habaq saja.

Pak Long rasa la, Pak Lah ni dok rumah dukung cucu lagi baguih. Jangan dok melalut tak ketahuan kepala ekoq. Orang Umno pun marah, orang Melayu lain pun naik meluat. Pak Lah kena sedaq, dia tu dah jadi ahli kelab negarawan dah. Hang jaga la kelaku jangan bagi hodoh sangat. Berlambak dah orang dalam Umno yang meluat kat hang, habih ngan KJ sekali depa pangkah. Pak Lah kalau bercakap saja, Che Det mesti pening gawat, gayat campoq meluat.

Ada ka dia kata Najib tu baguih pasai setuju serah tanah KTM kat Tanjong Pagar. Siap ngan ucap tahniah lagi padahal perincian perjanjian tu dia tengok pun dak lagi. Dia main pakai percaya kat ketelusan Najib saja. Masaalahnya sekarang ni Pak Lah oi, Najib ni selama ni telus ka?

Wassalam...

Win win taik kucing macam ni

0 juta komen
Salam semua...

Perhubungan Singapura ngan Malaysia ni unik sikit, tak seakrab Pak Long ngan Mak Long hang. Maklum la, dah berjiran dekat dekat ni, sikit sebanyak nak bertekak jugak la, terutama sekali bersangkut paut dengan kedaulatan negara masing masing.

Kelmarin ni Najib pi buat pasai pulak dah, melawat Singapura ingatkan nak selesai masaalah kedua negara, rupanya pi nak bagi hadiah kat Singapura. Pak Long tak mau cerita banyak, jadi dibawah ni Pak Long perturunkan komen dari seorang pengomen tegar blog Pak Long ni, selalu jugak hj jamaludin ni dok sakat kepala Pak Long... naik pening jugak Pak Long kadang kadang tuh... hihi...

Moga moga apa yang diperturunkan oleh pengomen ni memberi sedikit ruang diskusi untuk kita teroka, insyallah...

Anonymoushj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim

Alhamdulilah.

PM 1 Malaysia dengan bangganya menyerahkan tanah Melayu yg terakhir di Singapura yg selama ini dipertahankan oleh PM PM yg terdahulu. PM 1 Malaysia bagi tanah berlot lot sepanjang dari woodland sehingga Tanjung Pagar. Tapi PM 1 Malaysia bangga dapat balik tanah asal kepunyaan Negeri Johor , tempat rawatan air yg dikendalikan oleh PWD Singapore.

Bagaikan Palestien dihalau dari bumi sendiri begitu jugalah Tanah Melayu yg terakhir dihalau dengan cara halus oleh kerajaan singapura. Apakah ini yg wajib kita rakyat Malaysia banggakan dengan pengambilan tanah melayu yg terakhir dari bumi Singapura yg pada asalnya SINGAPURA adalah Tanah melayu juga.

Genap tanggal 21hb July 2011 bendera Malaysia yg berkibar di tanjung Pagar akan diturun kan dengan begitu tradis sekali . Tiada lagi kebanggaan Kenderaan Keretaapi Tanah Melayu yg merentas sepanjang SINGAPURA. Adakah ini di katakan WIN WIN situation oleh PM 1 Malaysia. Wang Simpanan Pekerja (CPF) di Singapura langsung tidak di sentuh oleh PM 1 Malaysia.

Israel rampas bumi Palesten, La ni Singapura bolot semua tanah melayu yg terakhir. Perkasa n NGO Melayu bagaikan Khinzir kekenyangan tanpa bersuara langsung.

May 25, 2010 11:30 PM

Pikiaq la tengok, tuan hj kata tu betoi ka tidak... wassalam...

Perkasa dan gear gostannya

0 juta komen
Salam semua...

Patut sangat la Mak Long hang tak berkenan sangat kat Berahim Ali ngan parti serpihan Umnonya iaitu Perkasa. Rupanya depa ada gear gostan.

Bukan sekali, tapi dah berkali kali dok gostan. Nak jalan, jalan la teruih. Dok gostan gostan buat apa. Buat malu kat budak budak saja.

Kata nak hantar memo bantahan kat Sime Darby hari ini, desak Musa Hitam balik kampung. Last last kensel memo kat Sime Darby, tut tut timbui idea nak bagi kat Najib pulak. Apa punya kepala ni. Lip lap, lip lap, tak tetap pendirian langsung. Cuba buatkan sesuatu bagi Mak Long hang berkenan sama.

Wassalam...

Tuesday, May 25, 2010

Diam tanda setuju

0 juta komen
Salam semua...

Orang Melayu ni perangai dan kelaku depa pelik sikit. Kalau dimasa Pak Long masuk meminang Mak Long hang dulu dulu ni, anak dara yang senyum simpul diam tandanya setuju.

Jadi Pak Long tak tau pulak apa kes dengan menteri jaga Islam dalam kerajaan la ni. Maapkan Pak Long kalau tersalah. Apakah bila sdr Jamil Khir Baharom diam tak kata apa apa pasai judi bola ni tandanya dia bersetuju jugak?

Pak Long pun tak syok sikit dengaq banyak bunyi pasai judi ni. Pak Long risau anak anak bangsa kita esok esok ni nak jadi macamana kalau kita tak perihatin daripada la ni.

Dulu sdr Jamil bukan main punya nyaring kalau bercakap pasai agama. La ni dah diam, sunyi gedi. Bukan takat dia saja malah seluruh mufti dan para ulama UMNO di negara ini habih jadi bisu. Ada dua isu besaq yang bersangkut rapat dengan soal HARAM yang menjadi bualan langsung dewasa ini. Satu tu isu pemilikan saham ARB dan Perkeso dalam syarikat perjudian Magnum Corporation dan jugak syarikat arak terkemuka Carlsberg. Dan lagi satu iaitu kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia pada Berjaya khusus untuk urusan kutipan duit judi bagi pihak kerajaan.

Takkan semua perkara hangpa boleh buat diam macam tu kot... wassalam...

Umno nak letak muka tang mana

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak rasa pelik sikit pun kalau PAS yang bantah judi. Pak Long pun tak rasa janggal PKR dan DAP turut membantah judi, besa la satu geng dalam pakatan. Waima ahli ahli dari parti Gerakan pun nak join sekali dalam himpunan bantah judi, Pak Long tak heran langsung.

Memang Tuhan dah kata judi tak baguih untuk semua orang. Memang judi tak dak manafaat pun pada manusia melainkan pada pemberi lesen dan penganjur judi tu saja, tu pun sikit sangat nak dibandingkan kerosakan yang bakal berlaku pada agama, bangsa dan negara. Jadi Pak Long takkan heran kalau semua orang bangkang pemberian lesen judi ni melainkan Umno.

Kalau betoilah dan tak dak pulak samseng samseng Umno yang buat kacau, Pemuda Gerakan Kedah serta 20 NGO akan turut serta dalam himpunan bantah judi pada 28 Mei ini.

Tang mana la menteri menteri Umno ni nak letak muka depa... wassalam...

Alhamdulillah

2 juta komen
Salam semua...

Laporan Bernama disini memberitakan bahawa kesihatan Adun Kerdau bertambah baik.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang menentukan sesuatu yang terbaik bagi hambanya. Dalam kita bersuka, jangan lupa ada yang berduka. Pak Long akui, kemenangan yang diluar jangka di Sibu telah memberi sinar harapan pada PR. Pihak Pakatan khasnya amat mengharapkan satu lagi PRK diwaktu yang terdekat, dengan harapan momentum Sibu tak mati begitu saja.

Cumanya Pak Long harapkan keghairahan kita merebut peluang dalam politik janganlah sampai lupa kerja buat Tuhan. Biar saja Allah yang menentukan baik dan buruknya untuk umat manusia setelah puas berusaha dan berdoa.

Wassalam...

Baru tamat rupanya

0 juta komen
Segak jugak budak KJ ni walaupun berceloreng muka, patut pun Pak Lah berkenan... foto: BERNAMA

Salam semua...

Kemarin ni sari suntuk sakit tengkok, nak tengok PC nak upadate blog pun jadi malaih. Mak Long hang la punya petua ni, jangan nak berlagak macam orang muda, kena dok rehat sama.

Petang ni bukak saja akhbar online, terus nampak menantu Pak Lah ni dok berkawat. Ooohh... patut pun tak dapat jawatan menteri, rupanya baru tamat belajaq rupanya.

Pak Long cuma harapkan lepaih tamat ni, bawak sijil tu pi jumpak Najib. Kalau si Saiful pun Najib boleh layan baik, takkan ketua pemuda bagi bangsa Umno dia tak mau layan kot.

Wassalam...

Monday, May 24, 2010

Sedu sedan rakyat besa

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun tak suka kisah kisah dalam kain Pak Long dok cerita habih kat orang, malu la kan. Kisah kita bertepuk tampaq sampai pecah pinggan mangkok pun dah jadi dongengan orang, tak cantik la macam tu.

Macam tu la jugak dengan kisah orang lain pun, tak elok kita dok gossip, ber"sok-sek" hal hal peribadi orang. Tapi bila ianya bersangkut paut dengan kesultanan Melayu, rasanya rakyat berhak untuk tau jugak. Kalau tak banyak pun, sikit cukup la sekadar melegakan hati kita yang institusi raja tadi diatas landasan. Bila rakyat tak tau la yang susah ni. Rakyat akan buat spekulasi tersendiri maka institusi raja yang cuba diletak molek oleh orang terdahulu akan cacat dan terconteng.

Bagi pandangan Pak Long, Puan Elia Suhana isteri kedua pada al Sultan Kelantan tu bagaikan mewakili rakyat kebanyakan, malahan amat dekat sangat rasanya Pak Long. Bukan pasai rupanya iras iras Mak Long hang, tidak. Tapi Pak Long dapat rasakan macam kemelut yang melanda Puan Elia tu seakan akan sedu sedan rakyat marhaen memegang lutut pihak istana memohon simpati.

Entahlah, mungkin Pak Long terlalu beremosi kot... wassalam...

RPK atau PKR

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long suruh Mak Long hang pi kedai sorang sorang. Tengok la lauk apa yang patut tengahari ni. Takkan nak pi kedai pun nak berdua jugak, naik segan kat orang kampung kalau dah kerap sangat.

Pak Long bukannya apa tengah dok susah hati ni, nak ikut RPK ka atau nak ikut PKR?

Yang sorang tu bukan main punya suka mempermainkan Polis, tapi yang sorang tu pulak bukan main punya suka Polis yang permainkan dia.

Yang sorang tu dah terlampau bebas nak kata apa pun kat gomen macam tak dak undang undang dah yang boleh halang dia, tapi yang satu lagi tu gomen dah boleh buat apa saja kat dia, macam tak dak undang undang dah yang boleh halang depa.

Yang sorang tu dok bayangkan masa terluang bersama isteri berdua dengan aman tanpa gangguan, tapi yang sorang tu pulak dok bayangkan akan habiskan masa dipenjara keseorangan diteman sejuk dan hening.

Tepuk dada tanya selera. Laa... Mak Long hang balik dah... ishhhh... mesti dia nak suruh potong sayur nu... okeylah...

Wassalam...

Puan Penasihat

0 juta komen
Salam semua...

Jarang jarang Pak Long tengok, Piem dan Timb Piem bercakap agak senada. Selalunya Piem kata akan kaji, yang Timb Piem dah habaq nak bagi. Tapi kali ni nampak ada keserasian la orang tua tua kata. Dah lama berganding bahu tu, lama lama akan mesra la jugak. Tahniah la Piem dan Timb Piem.

Baru baru ni kedua mereka Piem dan Timbalannya telah senada menggesa MIC menyelesaikan masalah dalamannya secepat mungkin agar ia tidak melemahkan jentera BN. Gesaan ini dibuat ketika BN sedang berusaha untuk pulih daripada prestasi buruk dalam pilihan raya umum 2008 sementara MIC masih meneruskan tradisi parti mereka iaitu bergaduh, maki hang aku dan berakhir dengan pemecatan. Yang tu lah kerja buat MIC dari dulu sampai la ni.

Kalau tak silap Pak Long, angin topan yang melanda komponen BN sebenaqnya dah lama, bermula dengan PPP, ikut kemudiannya oleh MCA dan kini MIC. Mak Long hang yang dok saja dirumah pun tau ini semua pasai krisis kepimpinan. Kalau tak kata nak lingkup, nak kata apa lagi. Jadi apa pulak peranan tuan penasihat dari Apco kalau masih lagi gagal mengemukakan pelan strategik untuk memperkuatkan BN setelah tewas teruk di dalam PRU 2008.

Lebih baik ambik Mak Long hang jadi Puan Penasihat dari bayaq berpuloh juta kat Yahudi penyembelih tapi masaalah tambah serabut... wassalam...

Subra paham ka aku tulis ni

0 juta komen
Salam semua...

Rumah Pak Long agak jauh kedalam. Jalan masuk ke rumah Pak Long pulak berliku liku, kita akan terjumpa dengan rumah rumah bangsa Cina dan India sebelum belok masuk ke jalan kampung.

Besa la kalau kita balik dalam gelap malam akan disakat dengan anjing anjing liar. Tapi anjing anjing liar ni pulak bukan dia berani tera mana pun. Kita kena tau macamana nak tunjuk berani saja, anjing ni mesti berselerak lari tak cukup tanah.

Pak Long dok tengok isu dalaman MIC ni pun lebih kurang macam cerita anjing liar tadi lah. Mugilan dah bukak jalan tubuh GAS nak tentang Samy. Samy ni pulak besa la, dia akan gerakkan kakitangan dia untuk counter attack. Habih musuh musuh lama dia, akan kena sama termasuklah Subramaniam. Masaalahnya dengan depa ni, Samy gempaq sikit saja terus angkat tangan surrender, dak aiiih... dak aiiih... sumpah aku tak buat. Apa salahnya mengaku dan terus pakat dengan Mugilan, satukan tenaga dan idea gerakkan betoi betoi GAS tuh demi prinsip perjuangkan bangsa hangpa.

Anjing liaq kalau gempaq, kita jangan lari. Kita tunduk buat buat nak ambik batu saja cukup, dia akan patah balik silap silap lari tumit belaga pungkok... Subramaniam ni paham ka aku tulis ni... wassalam...

Warga tua di zaman millenium

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak dapat nak tulih panjang lebar, sayu sangat. Sementara dok tunggu Mak Long hang bersolek untuk beriadah pagi Isnin ni, Pak Long teringin mengajak pembaca merenung seketika nasib warga tua kita dizaman milenium nih.

Semua kita nak pi kesitu jugak. Semua dari kita tak terkecuali sekiranya panjang umoq akan tetap menjadi tua. Pak Long mungkin cepat sikit kot dari hangpa semua, tapi lambat ngan cepat saja semua akan merasa.

Sebab tu Pak Long dok kata, kejayaan mak bapak bukan terletak pada pencapaian profesion anak anak kita, tapi pada betapa tingginya adab sopan dan tingkah laku depa. Anak anak kerja baguih tera mana pun belum tentu depa layan kita sebagai mak bapak depa kalau perangai depa tu setan pun golek kepala.

Pak Long nak mintak hangpa baca sini rencana ekslusif tentang pengabaian warga tua oleh anak anak dan sedara mara depa. Sedih, awat masyarakat kita pelan lama pelan lagi teruk. Kita tak harapkan banyak tapi hormat dan belai mak bapak kita sebagaimana sepatutnya.

Pak Long nak mintak diri dulu, Mak Long hang dah siap comei dah nu... wassalam...

Sunday, May 23, 2010

H1N1 dan "Orang mati hidup balik"

0 juta komen
Salam semua...

Berita berita yang bersangkut dengan penyakit berjangkit ni pun kita kena baca jugak. Jangan dok leka dengan Abuya yang mati hidup balik tu sampai lupa pulak kebersihan diri dan keluarga. Pak Long cuma nak bagitau yang mati tak balik dah, cuma yang hidup saja yang balik, jadi betoi la ungkapan yang kata "orang mati hidup balik" tuh...

Sebelum tidoq, Pak Long nak ajak semua anak anak pakat pakat tengok angka angka yang bersangkut dengan H1N1 ni yang koi dok meningkat. Setakat hari ni sejumlah 31 kes disahkan positif Influenza A atau H1N1 yang dikesan sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu kini ialah 14,662.

Sementara tu jumlah kematian akibat H1N1 terkumpul sehingga hari ini kekal 86 orang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus influenza A (H1N1) seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan pelalian kepada kumpulan berisiko serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari lawan sesawang di http://www.moh.gov.my atau http:h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/300.

Mencegah lebih baik dari mengubatinya, jadi beringat ingatlah... wassalam...

Lajukan sikit PAS untuk semua

2 juta komen
Salam semua...

Masa jalan kaki balik dari surau tadi ni, Pak Long ngan Mak Long hang teriba terkejut. Bukan terkejut pasai mat rempit sesat masuk kampung tapi ada kelompok Cina buat keramaian kat taman sebelah kampung.

Pak Long tak susah hati jalan kaki depan rumah depa, tapi Pak Long terkejut pasai Pak Long disapa oleh mereka tanpa ada rasa pahit dimuka. Dulu ni payah la nak jumpa kita disapa mesra oleh kaum Cina, apatah lagi Pak Long yang berketayap dan Mak Long hang yang masih bertelekung. Tolak Ah Seng dan Lucy, yang lain tu sekoq pun Pak Long tak kenai.

Pak Long yakin, sikit sebanyak kempen PAS untuk semua kian berhasil. Kita tak paksa mereka memilih kita tapi kita mengajar mereka waras berfikir sebelum memilih. Akhirnya keadilan untuk semua serta saling hormat menghormati jugaklah yang menjadi tautan antara kaum kaum di Malaysia.

Jangan sisihkan Pak Long ngan Mak Long hang walau kami bukan ahli. Sebab Pak Long yakin dokongan Pak Long ngan Mak Long meletakkan keadilan Islam untuk semua tak kurang berkesannya diluar parti.

Wassalam...

Dompok persetankan 1Malaysia Najib

0 juta komen
Salam semua...

Yang ni memang betoi betoi Pak Long tak paham. Pak Long kena mengaku yang Pak Long dok cari makna dia sampai la ni pun tak dapat jawab. Tinggi betoi bahasa Dompok bila time dia nak kenen Najib ni.

Dompok kata Sabah ngan Sarawak tu tak boleh di kira sama macam negeri negeri lain di Semenanjung. Pasai kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia. Makna katanya, tidak ada satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua.

Polisi Semenanjung untuk Semenanjung dan berlainan polisi yang khas pulak hanya untuk Sabah dan Sarawak. Maap lagi sekali la, Mak Long hang orang Semenanjung, Pak Long tak tau langsung macamana orang Sabah pikiaq, apa cara pulak orang Sarawak bertindak.

Teriak la Najib kalau 1Malaysia dia tak boleh digunapakai di Sabah dan Sarawak. Dah berjuta habih cari penasihat dan buat kempen. Takkan nak tukaq pi 1Kalimantan pulak kot...

Wassalam...

You help me, I help you

0 juta komen
Salam semua...

Tajuk ni Pak Long betoi betoi kesian kat Najib, betoi betoi Najib kena naya. Pak Long mati mati ingatkan dialog ni Najib tengah dok bercakap dengan Saiful, rupanya ada unsur unsur rasuah. Woit... ni kata SPRM tau, bukan Mak Long hang yang saja saja reka cerita.

Bagaimana pun, tahniah la dari Pak Long sekeluarga diatas jasa baik dan kerja keras SPRM yang sanggup mencemar duli turun kebawah untuk menyiasat dakwaan rakyat terhadap mamak bendahara. Pak Long dah tak tau nak kata apa disebabkan teruja yang amat sangat diatas kesudian dan keberanian SPRM ni.

Mak Long hang ada la sikit pesanan kat SPRM ni. Mak Long hang pesan, stetment tu mamak bendahara buat dalam bahasa omputih. Jadi tolong la sangat sangat pilih pegawai pegawai yang tau baca dan bercakap dalam bahasa omputih. Mak Long hang bukannya apa, takut depa tak paham terus kata tak dak kes. Naya la rakyat yang dok nganga dibawah ni.

Pak Long nak minta pada semua rakyat jelata, tolong lah percaya kisah yang Pak Long tulih diataih ni. Cerita ini benar, tiada yang benar melainkan benar benar belaka. Wassalam...

Haramkan najis nuklear

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang buat gulai ikan sembilang hari ni, hidang sekali ngan kangkong goreng segar dari bendang, campok pulak sambai belacan tumbuk tangan berulamkan jantung pisang belakang rumah. Mak aaiih... rasa perut kian sempit, masuk dua pinggan dah terlentang.

Besa la, perut kenyang mata berbinau. Punya mengantuk, rasa macam tak tahan mata dah nak baca kisah ni. Silap silap tak dan letak kepala ke bantai dah lena. Tapi Pak Long tentu tak boleh lena kalau tau loji nuklear dok hujung kepala. Mak Long hang tentu tak dapat dah kangkong bendang untuk digoreng. Pak Long tentu tak mudah nak dapatkan jantung pisang buat ulam.

Pak Long syukur masih ramai yang sayang zuriat rupanya. Hanya 23 peratus manusia Malaysia yang sokong Najib dalam idea nuklearnya. Yang selebihnya tu menentang kerana mintak nyawa nak hidup sejahtera dan tidoq lena macam Pak Long ngan Mak Long hang.

Pak Long suka ingatkan benda ni kat Rosmah dan pesan sama kat bini hang si Najib tu, jaga elok elok tanah Melayu ni. Tanah ni bukan hadiah dari mak bapak hang kat hangpa tapi hangpa pinjamnya dari anak anak Malaysia termasuklah anak anak Pak Long sekali... jangan dok memandai rosakkan tanah anak anak Pak Long.

Wassalam...

Nak teliti ka nak lari

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long bukan jenih takut bini. Tapi sebagai laki mithali, Pak Long kena dengaq juga rintihan dan rengekan Mak Long hang, baru aman dan berkat rumahtangga. Jadi kena paham, dengaq cakap bini bukan bermakna takut bini.

Kalau la Mak Long hang kata judi tu haram. Judi tu tak baguih. Pak Long tak boleh cekak pinggang marahkan Mak Long hang pasai pandangan dia tu. Pak Long kena belajaq pulak dengaq hujah hujah Mak Long hang, kendian timbang tengok dulu betoi ka dak.

Kalau la Mak Long hang pulak hujahkan, Tuhan lebih tau sebab tu la judi tu diharamkan oleh Tuhan pada manusia. Bukan ka Tuhan yang cipta manusia. Jadi Pak Long sebagai pemimpin Islam memang tak boleh nak kata apa dah la. Dok nak teliti dan kaji menatang apa lagi. Tuhan dah kata haram, HARAM la, nak teliti kot kot jadi halal pulak...

Pak Long tak berani la kata nak kaji dulu bab bab macam ni kat Mak Long hang, tak pasai pasai Pak Long kena tidoq luaq malam ni... Mak Long hang nanti jerit sakan, nak teliti ka nak lari tu...

Wassalam...

Mimpi sedih

0 juta komen
Salam semua...

Dalam satu mimpi sedih tiga malam yang lepaih, Pak Long terjerit jerit dalam tidur dok larang Mak Long hang dari pelempang budak Nazri tu. Pasainya sikit sangat, Mak Long hang hangat hati pasai Nazri ni kata kat jiran Mak Long hang tu penipu.

Akhirnya macam yang Pak Long mimpikan ari tu, Nazri terlepas dari hina mahkamah. Mahkamah Koroner akhirnya menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri sdr Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan alasan itu adalah "pandangan peribadinya".

Mak Long hang mula rasa pelek semacam ni, bila pulak kata kata Nazri ni boleh dianggap sebagai "penadangan peribadi" dan bila pulak kata katanya sebagai seorang Menteri? Hangpa jangan bagi Mak Long hang marah, susah Pak Long nanti. Rasanya kalau orang besa, dah lama dituduh menghina mahkamah.

Patut sangat la Pornthip rasa takut nak mai ke Malaysia, dia tau dah yang dia tu nak lawan tumbuk dengan dinding kereta kebal Malaysia... wassalam...

Nak pi basuh muka sat

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long nak pi bilik air sat. Basuh muka nak bagi hilang mengantuk. Lepaih tu Pak Long nak menelaah apa kata Barry Wain pasai negarawan terkenal negara iaitu Dr Mahathir disini.

Nampak macam menarik, benda benda bersejarah macam ni kena baca betoi betoi. Mak Long hang dilarang kacau time time kritikal macam ni, bukannya apa takut hilang fokus.

Wassalam...

Saturday, May 22, 2010

Hero Tamil in the making

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang cukup seronok kalau dengaq si Samy ni cakap. Tak pernahnya fasih, tu yang dia layak jadi pelawak tuh. Pak Long pulak seronok tengok bila Samy ni marah marah. Pak Long boleh bayangkan muka si Samy macamana. Memang kaler merah tak boleh nampak kat muka dia, tapi kalau kaler putih pucat mesti nampak sah. Apatah lagi bila dia dicabar oleh bekas budak hingusan MIC, V. Mugilan.

Syabas la Pak Long ucapkan pada Mugilan. Syabas bukan pasai berani lawan boss, tapi pasai iltizam nak tegakkan apa yang kita yakin benar. Semua kita kena berubah ikut keadaan, akan sampai kalau kita tak berubah, keadaan yang akan ubah kita.

Mak Long hang pun boleh rasa, macam ada aura hero Tamil dalam diri Mugilan ni. Masa saja yang akan tentukan, hero Tamil baru bagi Malaysia akan muncul... kalau dia panjang umoq lagi la dalam politik. Umno mesti tolong dia punya... ada potensi budak ni jadi pak yet Umno dalam MIC.

Wassalam...

Yang terbaik dari Allah

0 juta komen
Salam semua...

Segala galanya hak Allah s.w.t. Kita sebagai hamba dibawah naungan belas ikhsan dari Nya. Sakit demam kita, ajal dan maut kita di bawah takluk kosa Allah jua.

Berita tentang Adun Kerdau sdr Zaharuddin Abu Kassim, yang kembali koma di IJN mengundang pelbagai spekulasi. Politik ni besa la, politik tak cantik tanpa spekulasi, tak meriah tanpa persepsi.

Pak Long dan Mak Long hang disini mendoakan yang terbaik dari Allah s.w.t pada kita semua... wassalam...

Pompuan Umno meloya

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long berdoa sakan agar semua dari kita berusaha seikhlas mungkin meletakkan Islam ditempatnya tanpa mengira ras dan anutan politik. Asalkan kita ni Islam, pemikiran kita perlu selari dengan kehendak Islam.

Pompuan dipandang tinggi dalam Islam, tapi kelaku hodoh dipandu nafsu yang meletakkan pompuan tu rendah dipandang hina.

Pak Long suka ingatkan, sekiranya umat Islam Malaysia bagai redha biarkan aksi yang boleh meruntunkan darjat wanita di pertontonkan ditanahair kita, maka kita telah termasuk dalam golongan orang orang yang bersubahat dengan meletakkan wanita ditempat yang hina. Bersubahat meletakkan wanita sebagai barang dagangan dalam negara yang kononnya Islam.

Inul nak mai ke Malaysia, Inul akan gelek gerudi di Tawau. Pak Long tak suka Inul bukan pasai nama dia tu Inul. Tapi Inul dah jadi ikon pada runtuhnya wajah wanita Islam dimata dunia. Ikon pada pemerdagangan tubuh wanita untuk dimamah jutaan mata diatas pentas. Pak Long jadi malu bagi pihak semua wanita Islam.

Pak Long rasa bangga semalam saja, beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khauthar membantah konsert tersebut dan mendesak pihak bekuasa membatalkannya. Dan hari ni Pergerakan Wanita Umno bahagian Kalabakan pulak minta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert ‘‘ratu gelek’’ Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Baguih la dan Pak Long harapkan keikhlasan kita dapat meletakkan kembali Islam dinegara kita keatas landasan. Niat Pak Long ingin melihat Islam memerintah bukan diperintah akan terkabul sebelum pejam mata... insyaallah...

Lelaki pelindung wanita, lelaki pembimbing wanita. Nanti sat Pak Long nak pi tengok Mak Long hang makan apa dah... wassalam...

Ada lagi orang nak lompat

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long dok perati lama dah, kalau tak dak angin, pokok takkan goyang saja saja punya. Tapi kadang kadang memang bukan angin yang goyang pokok pokok tu, tapi ada monyet yang melompat suka dari dahan ke dahan. Macam tu la jugak dengan kabar angin. Kadang kadang memang ada angin yang bawa kabar, tapi kerap jugak kabar tu dibawa oleh monyet monyet yang pandai reka kabar kabar angin.

Anwar tak boleh nak salahkan Pak Long. hj jamaluddin pun tak boleh kata mulut Pak Long jahat. Sebab kalau ikut sejarah, MP dari PKR ni memang jenih tak tetap pendirian, kelabu mata tengok duit, gatai anggota badan kalau tengok pompuan dan tak istiqomah dengan perjuangan. Sebab tu bila dengaq ada saja kabar kabar angin yang bersangkut paut dengan wakil rakyat PKR nak lompat, 70 % Pak Long dah kira betoi.

Walaupun ada jugak sekerat dua yang mulanya menafikan, tapi sejarah bercakap sebaliknya. Sejarah tak pernah berbohong, manusia putar belit saja yang selalu berbohong.

Wassalam...

Stetmen berdamai MB Perlis

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long jadi suka betoi bila terbaca MB Perlis yang tengah berhempas pulas ni berkias kias. Md Isa Sabu ingatkan masyarakat berbilang kaum jangan tajamkan senjata hangpa untuk sengketa. Dia kata dalam satu majlis depan masyarakat Cina Perlis. Pak Long harapkan audien dia boleh paham la kot...

Pak Long tak tau pulak samaada golok penebas rumput belakang rumah Pak Long tu boleh dikira sebagai senjata. Pak Long selalu jugak kena tajamkan senjata Pak Long tu, ehem... maksud Pak Long golok penebas Pak Long tu. Maklum lah, kalau golok tu tajam, mudah kerja kita nak tebas rumput rampai dan lalang yang menjolok betis dibelakang rumah. Nak harap golok tumpui nak pi tebas, tiga kali sakit belakang pun belum tentu kerja selesai. Takkan Md Isa tebas rumput dan lalang seluruh Perlis pakai golok tumpui kot.

Tapi tak pasti la pulak, Pak Long rasa macam stetmen tu dia kenen kat Sahidan pun... wassalam...

Nik Aziz kata Umno kuat

0 juta komen
Salam semua...

Macam yang Pak Long kata kat Mak Long hang la, Pak Long tak larang dia nak kawan ngan Cina taman sebelah tu. Pak Long cuma pesan kat Mak Long hang, kawan elok elok, tunjuk kehebatan dan keagungan Islam yang kita anuti ni kat depa, itu jugak satu dakwah.

Pak Long tak pernah suruh Mak Long hang tengok kawan tu kaya ka miskin. Kalau pilih yang kaya saja, yang miskin sapa nak berkawan. Pak Long tak ajaq Mak Long hang pilih kawan yang segak ataupun hodoh. Kalau pilih yang segak saja, yang hodoh pulak sapa nak berkawan. Konsep Pak Long mudah saja, tunjuk perangai Islam kita kat sapa jugak, itu adalah dakwah.

Jadi Pak Long tak syok sikit bila Tok Guru Nik Aziz kata PAS tak berkawan ngan Umno pasai depa tu kuat. Kalau Nik Aziz kata Umno tu kuat pembohong, Pak Long setuju sangat la. Kalau maksud Nik Aziz tu Umno kuat rasuah, Pak Long tak nafikan lah.

Jangan pilih kudrat sebagai alasan nak berkawan. Nik Aziz kena bagitau yang sebenaq pasai apa PAS tolak kerjasama dengan Umno, bukan pasai kekuatan yang Umno ada sebenaqnya, tapi pasai Umno tu dah busuk kepala sampai ke ekoq dah, itu sebab utama. Ikan yang buruk kepala nak bagi kat kucing pun tak gamak.

Wassalam...

Haram cuba dihalalkan

4 juta komen
Salam semua...

Lama beralih umoq ni lutut Pak Long tak berapa boleh berdiri lama lama dah. Lenguh dan ngilu, berjalan sikit sikit tu boleh lagi la sambil layan angin petang. Tu pun tak boleh lebih lebih sangat, jenuh pulak Mak Long hang berleter sambil ngurut malam nanti.

Kalau tak pasai Mak Long hang yang larang, dah lama Pak Long join bebudak kita ni. Seronok dan teruja sungguh Pak Long tengok depa yang penuh semangat berdemo bantah pasai judi haram yang cuba dihalalkan oleh orang yang punya kosa. Dah jadi kewajipan umat Islam, buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Kerajaan kena dok tegoq jugak.

Lagi lenguh la mulut Pak Long kalau macam ni. Kata negara Islam, tapi duit judi sayang nak lepaskan. Pak Long tak rela duit haram kita baham atas nama pembangunan. Biaq mundur pun tak pa lagi dari mewah dengan duit judi. Hadoiih... nak kata depa tak paham Islam, depa tu orang Islam. Jadi tugaih sapa lagi kalau bukan rakyat yang perihatin untuk tegoq dan tunjukkan jalan yang lurus.

Ha ni, sebelum Pak Long lupa, Mak Long hang la ni dok tanya Berahim Ali pi mana lama tak nampak, sakit gigi ka? Mana pi habih geng geng kopiah tinggi, tak dengaq ada operasi lalang tapi tiba tiba saja hilang? Zul Kulim awat tak bersora, dah hilang aura ka?

Wassalam...

Friday, May 21, 2010

Kabinet dapur

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tak pernah merungut nak tukaq kabinet dapoq rumah Pak Long. Mungkin Mak Long hang tu puaih hati dah kot. Lagi pun Mak Long hang ni baguih, tak suka membazir macam kerja buat setan. Jadi Pak Long rasa selamat sikit la tambah tambah dekat nak raya ni.

Tapi kesian la jugak kat jiran Pak Long tu. Dengaq habaq jiran Pak Long, si Najib tu dah dipaksa melawat ke dapoq rumah dia dah. Tak tau la sapa yang merungut suruh tukaq kabinet dapoq rumah dia. Sama ada bini dia si Rosmah yang suruh tukaq ataupun tokey kedai perabut, si Soi Lek tu yang suruh tukaq.

Sebagai jiran, Pak Long nak nasihatkan jugak kat bini dia si Rosmah tu. Jangan dok memandai mandai nak mintak Najib tukaq kabinet dapoq. Hal ni biaq laki hang yang buat keputusan. Dia tau la dia ada duit ka tidak. Dia ada kemampuan ka tidak. Kerja buat laki, si bini jangan dok gatai masuk campoq. Orang keliling tengok nampak hodoh.

Tapi kalau la tokey kedai perabot yang suruh tukaq, lagi lah pelik. Woi, Soi Lek, yang hang dok pi kalut pasai kabinet dapoq si Najib tu pasai apa? Baru dalam tahun ni saja perabut hang tak laku, dah kalut nak tunjuk perangai?

Tapi kadang kadang tu Pak Long rasakan, lantak pi la kat hangpa. Rumahtangga hangpa, tukaq la kabinet dapoq empat kali setahun pun. Cuma Pak Long dok jaga, jangan sesapa dok mai perangat Mak Long hang suruh tukaq kabinet dapoq rumah Pak Long sudah...

Wassalam...

PAS dan DAP

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak pernah halang Mak Long hang dari berkawan ngan Cina taman sebelah tu. Nama dia Lucy, kristian totok katanya. Bangsa dan agama sepatutnya tak boleh dibuat syarat untuk berkawan. Berkawan tak salah, dengan berkawan lah kita boleh perkenal diri dan peribadi Islam.

Mak Long hang selalu pesan, agama kita junjung dan bangsa kita jinjing. Kalau kita buat perangai baik, depa akan kata agama kita jugak baik sebab latih umatnya dengan baik. Kalau kita rasuah, suka ugut orang ramai yang tak suka kita, penipu, haram pi kata halal, depa jugak akan kata agama kita tak baguih pasai tak pandai jaga umatnya. Bagi Pak Long la, berkawan itu adalah satu jalan dakwah yang paling baik dan berkesan. Kalau tak berkawan pun boleh jugak tapi nak berdakwah tu lambat la sikit, jadi jauh sangat.

Sebab tu Pak Long suka sungguh tengok PAS boleh kerjasama baik ngan DAP ni. Cuma pimpinan dan ahli ahli PAS perlu tunjuk kelaku yang elok dan baik supaya dakwah kita pada depa akan berkesan.

Kita kena peka pada suasana sekitar. Dikala sokongan kaum Cina dan India memuncak pada kita, kita perlu tanya jugak pasai apa. Kadang kadang kita kena sedaq, depa sokong kita pasai depa meluat kat Umno. Depa nampak dan harapkan PAS dapat ganti Umno. Depa bukan sokong kita pasai kita ni kuat, jadi jangan dok juah dan takbur tak bertempat.

Jadi Pak Long nak pesan, jaga lah perangai kita sama, jangan dok berkhalwat dalam gelap lagi dengan Umno, nanti dan depa mula tak percaya, sampai mampuih pun depa tak percaya kat kita dah.

Wassalam...

Power betoi mamat ni

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang pun golek kepala bila Pak Long tanya sapa mamat ni. Ingatkan menteri baru lantik ka hapa, nama pun dah macam bas ekspress. Maklum la, Pak Long ni tak berapa kenai sangat menteri menteri kita sekarang ni, yang naik tu semua Pak Long tengok tanduk masih baru nak tumbuh.

Kalau bukan menteri sapa dia mamat ni? Punya power kosa dia, sampaikan boleh bagitau harga susu tak akan naik sehingga Ogos ni. Sapa mamat ni boleh dok arah arah pulak anak anak kita boleh makan susu murah setakat Ogos ni saja, lepaih tu mak bapak kena ikat perut la nak jaga anak jangan keriau lapaq.

Rupa rupanya mamat ni bernama Bas van den Berg. Dia adalah Pengarah Urusan sebuah syarikat susu pujaan  rakyat 1Malaysia. Mak aiih... power betoi kosa dia, kerja buat menteri pun dia boleh ambik alih. Kuasa kerajaan persekutuan pun dia henyak macam tu saja. Patut la depa seronok sangat meniaga ngan 1Malaysia, depa yang suka suka letak harga.

Wassalam...

Dua jenih bau

0 juta komen
Photo sumber Manjung Mari

Salam semua...

Jeles lah Pak Long bila tengok betapa bertuahnya Hisham, dapat cium pelbagai jenih bau bauan. Bau wangi wangian merak dikayangan dan jugak bau hancing pipit didataran.

Pak Long tak kisah hang nak pi jumpak sapa pun lantak pi la. Pak Long pun tak kosa nak ambik tau hang nak romen tangan sapa pun. Tapi anak Aminulrasyid yang terkena tembakan Polis tu macamana pulak layanan hang. Bukan suruh pun hang pi peluk batu nisan arwah tu, depa cuma nak hang buat kenyataan kata anak depa tu bukan penjenayah saja, sampai la ni habuk pun tarak.

Pasai apa nak kena ada dua darjat macam ni dalam 1Malaysia? Apco ajaq hangpa buat macam ni ka?

Wassalam...

Buat bendang ataih kepala orang

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long cukup tak suka jenih orang kerja tak mau bagi habih ni. Kerja tergantung sekerat jalan, bersepah sepah penuh laman memang boleh menyusahkan banyak orang.

Pak Long bukan jenih suka membebel tak berlagu. Cuba hangpa baca laporan yang tak sudah disini, memang Pak Long meluat sungguh sungguh cerita sekerat dan tak sudah macamni. Cuba cerita bagi habih, pegawai yang menyiasat tu patut siasat bagi sahih, tangkap dan terus dakwa. Habaq kat orang orang kampung MLM haram tu mai dari mana dan apa namanya. Baru namanya nak tolong orang kampung.

Jangan baru mimpi dok belek kertas siasatan, esok ni dah bagitau orang ramai ala ala kenyataan serkap jarang macamni. Hangpa kena ingat, banyak orang kampung dah terkena. Pak Long tau la, depa samaada dipaksa masuk atau terpaksa masuk pasai kena paksa ngan anak anak yang bangang. Bila dah masuk terkial kial la pulun nak jual barangan yang entah apa apa tu nak dapat balik modal permulaan yang kadang kadang tu berharga sekoq lembu.

Konsep perniagaan ala MLM? Konsep panama, meniaga jenih ni simpel saja. Orang terdahulu pekena hang, lepaih tu hang kena pulun pi pekena orang lain pulak. Kalau tidak, modai hang hangus...

Artis artis ni pulak kalau dah terbukti depa terlibat, tangkap, dakwa dan boh nama bagi besaq sikit dalam surat habaq. Depa depa ni yang paling tak guna, guna nama popular depa untuk buat duit haram sara anak bini. Seronok ka boleh dok tenggala kepala orang kampung macamni? Megah sangat ka boleh dok buat bendang ataih kepala orang kampung macamni? Mungkin ada la kot MLM yang betoi, tapi bila laporan tergantung macamni, habih la yang lain lain tu.

Mak Long hang pun nasib baik la sempat jugak Pak Long tarik baju Kedah dia, kalau tidak habih la satu reban ayam kampung Pak Long kena juai.

Wassalam...

Thursday, May 20, 2010

Besi buruk dah tak dak harga

0 juta komen
Salam semua...

Hobi Mak Long hang ni macam macam, tak terkira ngan jari. Dulu kerja Mak Long hang himpun surat cinta, surat cinta dari Pak Long la. Tak banyak tapi takat masak nasi tu tak pakai kayu dah, bakaq surat surat cinta tu saja dah boleh sara sampai mendidih nasik. Dulu mana ada sms ngan email, tak main la pengantara yang tak dak seni camtu. Dulu, sapa sapa yang boleh dok dera posmen hari hari hantaq surat kita saja, tu dah kira hot item la dalam kampung.

Tapi la ni Mak Long hang dah tukaq hobi pulak dah. Himpun barang barang lama termasuk besi besi buruk. Dah lama jugak la dia dok himpun, dekat sebulan dah. Rupanya Lucy sebelah rumah tu yang bagi idea, himpun besi buruk ngan paper lama boleh buat duit.

Tapi hari ni, ribut tidak angin pun tidak, Mak Long hang dah buat muka monyok. India yang janji nak mai ambik besi buruk tu dok tak mai mai, batang hidung pun tak nampak. Tak la banyak sangat besi buruk Mak Long hang tu, tapi penuh jugak la satu lori kecik. Mula mula Mak Long hang ingat si India tu sesat, Lucy talipon pun tak mau angkat.

Rupa rupanya Mugilan tu dah kena pecat, habih punah harapan Mak Long hang nak pi rombongan Kameron Hailand. Habih tu, besi buruk yang berlonggok longgok belakang rumah ni nak pi lempaq mana pulak ni...

Wassalam...

Wednesday, May 19, 2010

Digantung kerana dendam

0 juta komen
Salam semua...

Sifat berdendam ni Tuhan marah. Islam agama sempurna, tiap larangan ada hikmat dan tiap suruhan ada rahmat.

Pak Long tak nampak tang mana untungnya BN Sarawak dapat bila heret Adun PKR dan DAP ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dengan niat depa tu digantung hadiri dewan. Rakyat akan lihat ini sebagai hukuman pada parti yang malukan mereka pada PRK Sibu yang baru lepas. Rakyat jarang melihat alasan tapi depa akan cipta persepsi.

BN Sarawak adalah pendendam dan gagal menerima kenyataan. Inilah demokrasi ala Malaysia, inilah politik ala Sarawak.

Hangpa ingat dengan gantung tiga Adun DAP ni, rakyat Sarawak boleh suka kat BN balik? Kadang kadang cuaca persekitaran mudah mempengaruhi mood orang ramai. Berita berita ni memang sensasi jika ditayang sekali dengan wajah Taib yang merah padam tu. Takkan bab ni pun Pak Long nak kena ajaq kot...

Wassalam...

Saiful anak emas sapa

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak hingin nak bela si Badrul Hisham ni. Tapi Pak Long percayakan pada kesaksamaan, jangan ada tindakan berpilih. Kat dia hangpa tahan sampai 5 hari di penjara tapi yang jelas ugut Nik Aziz hangpa buat diam tak dak berita pun.

Ugut ugut ni memang salah. Kalau Badrul tanya kat Pak Long pun, Pak Long tak suruh dia kasaq sangat kalau nak tegoq orang tu. Pak Long tau, ayat dia ayat nak tegoq Saiful. Adat la manusia ni macam macam punya kepala. Sesetengah orang tegoq sikit pun tak boleh, ada sesetengah orang tu kita tegoq dia ambik secara positif. Ini bezanya. Lagi pun Badrul oi, Mak Long hang kata si Saiful tu anak emas orang besaq besaq. Tak boleh jentik, tak boleh nak sentuh sikit pun. Salahkah ingatkan mati pada orang Islam lain yang hidup?

Pihak yang punya kuasa tolong la tengok bab persepsi rakyat sama. Bagi adil tak kira bulu. Cuba lah kita sama sama mencipta satu suasana hidup yang rukun, yang orang ramai boleh terima sama. Nak ajaq hangpa pun lambat lagi rasanya PRU 13 ni....

Wassalam...

Bijiminton

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang rajin jugak bab bab bercucuk tanam ni. Ada la sikit ubi kayu yang Mak Long hang cucuk belakang rumah. Tapi, jarang sangat Pak Long pegang cangkui pi tolong Mak Long hang, bab kecik dan remeh macam ubi kayu ni, Mak Long hang pun boleh setel punya.

Satu yang Pak Long puji pasai Mak Long hang ni ialah bab suka beringat. Bataih ubi yang memula tanam dah dekat dekat nak boleh cabut dah, dia dah sedia bataih ubi baru siap ngan anak benih baru lagi. Bila yang awai tadi dah mula dapat hasil, yang baru ni dah naik paras pinggang. Bila habih yang mula tanam tadi, yang baru ni tunggu hari saja nak makan hasil. Pendekata, Pak Long tak susah la kalau mengidam nak makan ubi kayu rebus cicah nyok.

Pak Long teringat kisah ubi kayu Mak Long hang ni bila saja Pak Long terkenang kisah kekalahan tim bijiminton negara... oppsss, sori... badminton negara. Depa tewas pada China di separuh akhir dengan 0-3. Puncanya, depa kata pasai tak dak muka muka baru.

Aneh!! Tera Mak Long hang tanam ubi kayu pun ada stenbai benih baru, inikan pulak tim bijiminton... oppsss... tim badminton negara tak dak skuad pelapis. Alahai BAM oi, malu la sikit kat Mak Long hang tuh...

Wassalam...

Kerja Polis tak dak pembelaan

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long baca berita ni dengan penuh persoalan. Niat berita ni baik, mungkin nak cerita betapa perihatin dan baik hatinya blogger yang bernama Kickdefella ni.

Pak Long pun tak kenai budak Kickdefella yang baik hati ni. Tapi Pak Long sokong usaha dia nak bantu nasib Koperal Jenain yang didakwa sebabkan kematian anak Aminulrasyid tuh. Bukan nak adili sapa betoi dan sapa salah, tapi dengan niat nak tolong budak Polis ni supaya dia boleh bela diri dia dengan cara adil dan saksama. Mak Long hang pun nak tau jugak kisah yang sebenaqnya berlaku.

Tapi satu yang Pak Long musykilkan. Apakah PDRM tak dak satu badan dalaman ka yang boleh bantu keluarga anggota dia yang ditimpa musibah macamni sewaktu jalankan tugasan depa? Patut la Pak Long tengok bangsa lain dari Melayu kurang sungguh masuk Polis. Patut la Pak Long rasakan karier sebagai anggota Polis ni akan jadi pilihan terakhir bebudak cari kerja. Bila guru tak dapat, pegawai mardi tak layak atau posmen yang ditolak, baru Polis jadi pilihan.

Budak budak cari kerja pun tau, depa takut dicaci maki malah takut dirasuk rasuah malah lebih teruk anggota Polis bagai tiada pembelaan... wassalam...

Tuesday, May 18, 2010

Ratu cantik Islam

2 juta komen
Salam semua...

Ternganga Pak Long bila tengok kisah gadis dari keturunan Arab Lebanon ni. Nama dia Rima Fakih baru umoq 24 tahun tapi dah jadi wanita Islam pertama memegang gelaran Ratu Cantik USA. Megah ka berjaya macam ni? Tengok gambaq pun seram, nasib baik Mak Long hang tak tengok, mau lebam paha Pak Long kalau Mak Long hang tau.

Semua kejadian Tuhan ni lawa, semua cantik. Tapi ada caranya kita nak rai kecantikan ciptaan Tuhan ni. Tak payah la dok tayang merata rata kot. Orang yang dok tayang merata rata macam ni pasai depa dah tak dak apa yang nak ditayangkan dah.

Macam tak percaya pulak Pak Long anak gadis ni beragama Islam, kalau tengok dari pakaian dia la. Mak Long hang pesan jangan dok gatai boh gambaq dia dalam blog ni... Pak Long pun tak tau pasai apa... wassalam...

Konfius soal haram

0 juta komen
Salam semua...

Apa yang bangsa Umno cuba buat ni pun Pak Long tak tau la. Depa ada kosa, tapi salah guna kosa. Depa boleh buat keputusan, tapi keputusan pun terbalik kuang habih. Pak Long tak heran sangat bab terbalik kuang ni pasai banyak muka hindustan dah dari muka Melayu dalam parti Melayu ni. Kalau dah muka hindustan pun kata muka Melayu, memang rosak dah la kepala depa ni.

Memang la depa boleh buat keputusan, depa telah dipertanggung jawabkan oleh rakyat untuk jaga negara sampailah PRU ke 13 ni. Hangpa tu dilantik rakyat untuk jaga negara bagi elok saja. Kalau kelaku elok mungkin rakyat akan sambung lagi 5 tahun dan kalau buruk kelaku, harap harap rakyat akan nampak dan tolak la.

Cuba hangpa mengaji bagi habih dulu sebelum buat apa apa keputusan tu. Jangan dok buat sesuatu ikut sedap hati tokey tokey yang dok kira kot belah nak untung lebih saja. Pak Long naik heran bila baca kisah van sekolah haram ni. Awat yang bagi susah sampai macam ni? Mengaji tinggi tinggi tak boleh pikiaq cari penyelesaian ka?

Negara apa ni, van sekolah pi jadi haram tapi judi bolasepak pi jadi halal, berlesen pulak lagi. Arahan sapa sebenaqnya disini. Adakah hasil kajian terperinci dari kerajaan atau arahan dari tokey tokey dengan komisen? Sapa nak tolong cerita ni?

Wassalam...

Mesej dari hamba

0 juta komen
Salam semua...

Macam macam la cara yang digunakan orang untuk nak sampaikan perasaan ataupun nak capai sesuatu tujuan ni. Masing masing ada hujah mereka yang tersendiri pasai apa depa buat macam tu nak capai maksud depa. Bukan kerja buat Pak Long nak menghukum, ini urusan Allah menentukan baik buruknya, betul tidak tindakan mereka.

Mungkin bagi sesetengah orang, tindakan segolongan pejuang Afghanistan yang sanggup meletupkan diri mereka dengan niat menyerang konvoi Nato di Kabul sebagai sia sia. Tapi inilah cara yang menjadi perkara besa bagi negara Afghan dan di Iraq khasnya dalam menguruskan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pemerintahan negara. Mereka tentu ada alasan yang tersendiri yang dipercayai menghalalkan nyawa mereka demi agama dan negara yang pada pandangan mereka terjajah hina. 

Pak Long seperti jugak umat Islam lain seluruh dunia memohon petunjuk dan hidayah Allah jua mengatasi segala kerumitan dan cabaran umat Islam masa kini. Tak tau la pasai apa tetiba saja Pak Long jadi teringatkan nasib depa...

Wassalam...

Monday, May 17, 2010

Najib cakap ngan Saiful

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long memang alergik cakap omputih ni. Tak pandai, tak tau nak lenggok langsung. Kalau omputih cakap Pak Long boleh la paham sikit sikit, nak balaih balik yang Pak Long kering rengkong, boleh terbalik lidah dan takut takut omputih pun tak boleh nak paham... hihi...

Sebab tu Mak Long hang bagi nasihat kalau tak tau cakap jangan dok cakap. Tak kena tang mana mana naya saja orang pekena kita.

Sebab tu Pak Long rasa Najib ni kadang kadang kena dengaq jugak cakap Mak Long hang ni. Jangan dok ketegaq, tak tau makna jangan dok gagah nak cakap omputih. Jadi Pak Long nak mintak la kat ISA, jangan la dok kempen suruh orang buat repot Polis kat Najib tu. Kesian dia pasai dia tak tau apa yang dia kata. Yang Karpal Singh pun satu, hang bangkang la bab lain, bab bangang Piem ni jangan dok ungkit la.


Pak Long mintak maap la, Pak Long tak pandai bahasa omputih ni, tapi Pak Long dok tilik dalam mangkok tadi ni, Najib cakap ni masa dia jumpa ngan Saiful kot... hihi... wassalam...
Related Posts with Thumbnails