Wednesday, June 30, 2010

Pelopor racun arsenik

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun tak besa tengok menatang ni, tapi ada la jugak besa dengaq pasai racun arsenik ni. Jadi bila Mak Long hang baca cerita sukarelawan yang pi Gaza baru baru ni, yang dakwa telah diracun dengan racun arsenik melalui makanan oleh tentera rejim Israel selama ditahan disana, Pak Long tetiba teringat balik tahun 1998 dulu ni.

Tak payah cerita lebih lebih la, banyak orang dah tau walau ada yang kata Anwar buat wayang saja. Cumanya Pak Long tertanya tanya jugak, sapa la yang kretif lebih ni memula pakai racun arsenik sebagai senjata pembunuh dalam diam ni? Errr... di Israel ka di Malaysia...

Wassalam...

Nak pesan kat Anwar ni

4 juta komen
Masa nak mengorat semua jadi anak emas... la ni, batang hidung pun tak nampak

Salam semua...

Pak Long tak ramai anak macam setengah setengah orang tu. Tiga orang saja. Tapi besa la, dalam banyak banyak anak tentu ada yang kita rasa sayang lebih sikit dari anak anak yang lain ataupun kita rasa macam boleh bergantung harap sikit la dari yang lain.

Kadang kadang ada yang malaih nak tolong Mak Long hang pi kedai tapi rajin pulak jaga ayam itik. Ada yang baloq nak mampuih kalau suruh bagi lembu makan ayaq tapi rajin pulak tolong cabut uban ngan picit kepala Pak Long. Masing masing ada kelebihan dan kekurangan. Stendet la kalau adakala kita sayang dia ni tapi jangan meluat yang lain lain. Kena tunjuk kasih sayang yang sama rata dan buat sesuatu tu biaq semua anak anak kita paham. Kena rajin bersembang dan cerita la, tak boleh dok buat bodo sombong.

Sebab tu Pak Long percaya istilah 'anak emas' ni. Bukan sayang terlampau sampai yang lain lain rasa tersisih. Sebab tu yang Pak Long kata tadi ni, kena rajin bersembang dan cerita kat depa pasai apa kita buat lagu ni dan sebab apa pulak kita buat lagu tu. Bila ada salah sorang dari anak anak kita kecik hati pun tak baguih, tak sihat untuk keluarga.

Pak Long pun rasa Anwar kena jaga jugak bab bab ni. Anak anak dia lagi ramai, jadi rasa tak puaih hati ni sentiasa ada. Tambah tambah lagi bagi anak anak yang tak paham bahasa. Ya la, Zaid Ibrahim tu baru lagi jadi ahli PKR dah dapat keistimewaan ketuai PKR Wilayah Persekutuan. Si Azmin tu pulak jadi ketua di Selangor ganti Khalid Ibrahim. Orang orang yang lebih lama pun banyak lagi yang tak dak kerja, sumbangan depa macamana pulak?

Bukan tak boleh lantik Azmin, tapi kena bagi anak anak yang lain paham pasai apa kena lantik Azmin dan tak boleh bagi kat Khalid. Benda ni baru, kaedah baru nak perintah negeri. Benda baru selalunya orang tak yakin boleh berjaya, jadi kena cerita bagi depa percaya. Kalau depa tak paham maka akan timbui pulak isu Azmin pakai tali jenih apa cucuk hidung Anwar?

Macam tu la jugak bila Zaid diberi tugas tengok tengokkan Wilayah Persekutuan. Kena bagi anak anak paham jugak tu. Surat habaq Umno kira hentam saja, nak pelaga bagi bergaduh. Bila anak anak tak paham dari kita depa akan makan hasutan orang lain. Ini kenyataan. Jadi bab salah paham ni la yang Anwar kena jaga, tumpang hang dok luaq dan boleh bercakap bebas lagi ni, kena bercakap dan cerita kat anak anak hang yang ramai tu. Jangan dok buat bodo sombong.

Tapi anak anak ni pun stendet la jugak. Mai depa dah besaq panjang tu, depa pun dah boleh pikiaq sendiri dah. Kelentong tak ketahuan hala, naya saja mak bapak yang kena hamput.

Okeylah, Pak Long nak pi tengok kat dapoq sat, janda Limah hantaq siput pahit masak lemak ngan nenas tadi nih... hj jamaludin tentu jeles... hihi...

Wassalam...

Tuesday, June 29, 2010

Shahidan macam ayam kampung berteloq

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang kata, ayam mana yang berketoq kuat, ayam tu la yang berteloq. Mak Long hang tau la dia bela ayam dah lama. Kira masak la dengan perangai ayam kampung ni... hihi...

Mak Long hang tu bukan apa, dia nak tergelak dengan kelaku si Shahidan tu yang berketoq sakan nafi yang dia telah perdaya ulama masuk Umno. Harakah tu surat habaq Pas, besa la dia pun nak cari berita sensasi jugak. Yang ulama tu pulak ulama muda, besa la bila depa tak puaih hati pasai ais kerim dia kecik dari kawan lain tu akan merengek la. Yang hang tu pulak politikus veteran, jangan dok berketoq la kalau dah tak berteloq. Lain la kalau hang memang jenih berteloq... oppss...

Pak Long nak siap siap tengok Jepun lawan Paraguay sat... Mak Long hang yang paksa ni, Pak Long ikut saja kot kot boleh tengok ultraman depa mai tolong Jepun ka sat gi... hihi...

Wassalam...

Cara yang sejahtera

0 juta komen
Salam semua...

Lumrah alam ciptaan Tuhan, semua orang termasuklah Pak Long ngan Mak Long kena akur jugak. Dah tua tua ni memang ada saja sakitnya.

Macam tu la jugak ngan pelakon komedi veteran Pak Sudin atau Shamsudin Dali, 81. Sapa tak kenai pelakon popular era P Ramlee lagi ni. Memang la Pak Long kenai dia cuma dia yang tak kenai Pak Long... hihi...

S Shamsudin dilaporkan terjatuh dari katil dan memaksa beliau dikejarkan ke Hospital Alexandra, Singapura kira-kira jam 3 pagi Ahad lalu. Bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil. Jadi Pak Long nak ambik kesempatan disini berdoa pada kesejahteraan hidup pelakon lama ni. Ya la, dia berjaya jugak sedikit sebanyak menggeletek hati Pak Long ngan Mak Long hang dedulu ni... hihi...

Memang la jodoh pertemuan dan ajal maut itu ditangan Tuhan tapi biarlah dengan cara yang sejahtera.

Wassalam...

Main lubang taik

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tanya, apa Pak Long rasa bila tengok 40 ulama muda yang masuk Umno? Pak Long tak jawab apa pun pasai Pak Long tak rasa apa apa.

Pak Long nak rasa apa, perangai budak budak, besa la. Ubun ubun dok lembik lagi, depa bukan ketahuan kepala ekoq apa yang depa buat tu. Woit budak budak, apa yang hangpa semua cari dalam Umno tu? Hangpa nak jadi orang besaq Umno? Belajaq sedaq diri tu dulu, tengok ulamak yang dok ada dalam Umno tu dulu, baguih sangat ka jawatan yang depa pegang. Depa depa tu dah dilayan macam seduit pun tak guna dah. Diangkat dan dilayan masa nak baca doa belum Najib pukui gong saja.

Masuk Umno pasai nak dakwahkan ahli ahli Umno? Pasai nak Islamkan Umno? Betoi ka ulama yang pikiaq macam ni? Fatwa baru ka apa yang hangpa guna pakai ni?

Tok sah dok cipta alasan bodo la, kalau dah bangang tu bangang la jugak. Hangpa tengok Anwar tu, nak cuci tong taik kononya kena masuk dalam tong taik baru boleh cuci. Fatwa yang sama yang dia pakai jugak dulu ni. La ni jadi macamana? Dia yang di dakwa suka main lubang taik. Padan ngan muka, habih berlemoih...

Wassalam...

Monday, June 28, 2010

Salah ka ada dua nakhoda?

4 juta komen
Salam semua...

Hangpa tau kan cerita PKR Selangor tu. Ya la, Pak Long tak berapa nak fasih sangat pun pasai PKR Selangor ni, meluat pun ada jugak. Mak Long hang la yang tergedik gedik suruh tulih jugak. Mentang mentang la si Azmin tu hensem.

Baru baru ni Wan Azizah pi ikut cakap sapa tak tau la, pi lantik Azmin Ali jadi pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor ganti Khalid Ibrahim yang jugak MB Selangor serta merta. Bukan tak kena tang mana mana, bagi Pak Long okey saja. Mungkin Wan Azizah tak dengaq sapa sapa, mungkin berdasarkan apa yang dia tengok dan adili sendiri keadaan semasa di Selangor, mungkin jugak dia dah dapat maklum balas dan ini mungkin jalan terbaiknya.

Tapi ya la, bila dah pi lantik Azmin ganti Khalid diwaktu Khalid pulak jadi MB Selangor maka keadaan ni umpama kapal 2 nakhoda la. Ni Pak Long nak tanya, salahkah kapal ada dua nakhoda? Hangpa belajaq tang mana yang kata dua nakhoda tu salah?

Bagi Pak Long, dua nakhoda lebih baik dari tak dak nakhoda langsung. Tak paham ka?

Hangpa tengok Pak Long, bab kebajikan rumahtangga, masak makan, Mak Long hang yang uruskan tapi bab nak cari makan pakai untuk ahli ahli keluarga Pak Long yang setel. Mak Long hang boleh beli ikan apa saja hari ni, tapi Pak Long yang tentukan berapa kilo ikut duit yang Pak Long bagi la. Anak anak lebih suka minta duit kat Mak Long hang, stendet la tapi Mak Long hang tetap minta izin kat Pak Long walaupun beg duit ada ataih almari lauk. Makna kata setiap belanja yang luarbiasa Mak Long hang akan tanya Pak Long untuk minta bajet tambahan. Ya la, jangan dok buat pekak pulak. Dah memang Pak Long yang tau duit dalam poket banyak mana.

Sebab tu tak dak masaalah kalau ada dua nakhoda pun. Tapi biaqla hidup aman damai, bermusyawarah sesama ahli, macam Mak Long hang ngan Pak Long la. Hangpa rasa pelik pasai benda ni Umno tak pernah buat. Tak dak masaalah punya kalau dengaq kata. Anwar ngan Wan Azizah kena dok jaga jaga sama la, maklum la takut kapai terbelah dua saja. Setengah yang nak ke kanan dan setengah nak ke kiri. Kalau dah jadi lagu tu, bukan nakhoda dah yang salah tapi komanden la pulak kita tibai.

Wassalam...

Saturday, June 26, 2010

Katak kampung rupanya

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tanya awat yang Khairy atau nama manjanya KJ tu hitam sangat. Pak Long tak la kata dia mai Malaya ngan kapai arang tapi Pak Long bagitau, kan ka dia baru tamat latihan askar wataniah? Sebulan berjemoq panaih, hitam la sikit. Lain la Berahim Ali tu, dia kan orang kampung dan dah memang alah bisa tegal biasa dah dengan panaih ni.

Sebut pasai panaih, Pak Long pun dah naik panaih. Panaih ngan malaon dua ekoq ni la. Baru baru ni depa dua bertengkaq riuh rendah macam kerang di ayak. Berahim suruh KJ letak jawatan pasai sokong MCA, KJ pulak kata Berahim tak dak hak nak arah dia pasai Berahim bukan ahli Apco.. oppss.. Umno. Dah tu KJ ejek Berahim ni jaguh kampung. Pak Long ingatkan dah habih dah, rupanya semangat juang dua ekoq malaon ni tinggi. Memang semangat Melayu jati, suka bergaduh. Hari ni Berahim pulak kata dia hepi gila digelar katak kampung... oppss... jaguh kampung.

Elok dah, hang kata aku, aku kata kat hang. Dua dua tak boleh pakai. Ada ka melayu untung tang mana mana selepaih hangpa bertengkaq tu? Ada ka Islam dianjak naik 2 kaki keatas selepaih hangpa cabar mencabar tu? Pemimpin jenih ni la yang buat rosak anak bangsa ni. Jenih hidup ataih kontroversi dan publisiti.

Maap, Pak Long dah panaih ni... nak ambik angin luaq sat.

Wassalam...

Bebas, hari ni pentas Umno esok pentas Pas

0 juta komen
Tak pa, tak pa, sabaq... hangpa pi dulu... aku ada hal sikit lagi...

Salam semua...

Asri ni budak baguih, Pak Long kagum jugak kat dia pasai Pak Long tak sampai dah rasanya apa yang dia capai la. Jadi sebagai orang tua, kita sokong budak budak muda yang baguih yang kita tengok ada harapan jadi contoh untuk anak anak kita. Bukan semua orang boleh dapat duduk makam yang Asri duduk la ni.

Tapi bukan saja Pak Long, Mak Long hang lagi la teruk berletiaqnya. Rupanya Mak Long hang demam dua hari lepaih tu pasai ni la. Mak Long hang jadi demam terkejut sebab dah dengaq sok sek sok sek bagitau Asri dok pakat pakat ngan member kamcing dia nak join Umno. Tak tau la orang lain macamana, tapi bagi Pak Long biaq la dia jadi orang yang tak berparti. Bukan Umno tak baguih tapi Pak Long rasa Umno tak cukup baguih untuk Asri. Bukan Pas tak baguih tapi Mak Long hang rasa Pas tak sesuai untuk Asri berpencak. PPP ngan DAP lagi jauh la.

Memang la Islam dan politik tak boleh dipisahkan. Tapi poliitk Islam dengan berpolitik ala Malaysia amat jauh bezanya. Yang putih tak akan putih lagi malah ianya bebas diwarnai oleh suara majoriti yang boleh dicucuk cucuk hidung. Ini yang Pak Long rasa haru tu dan ramai yang telah tewas pun.

Sebagai orang tak berparti macam Pak Long ni, mai la kenduri kendara rumah sapa pun, insyaallah akan sampai kalau dijemput. Asri akan bebas sebagaimana Pak Long jugak, dia boleh berdiri dipentas mana mana pun kalau dia mau. Hari ni pentas Umno dan esok pentas Pas sebagai orang yang bebas dari segi amalan dan penghayatan Islamnya.

Pak Long seronok tengok Mak Long hang seronok. Mak Long hang seronok pasai tengok Asri seronok dok luaq pagaq, setakat ni la. Tak tau la kot kot lain pulak masa depan ni.

Wassalam...

PKR Selangor kena belajaq sedaq diri

2 juta komen
Salam semua...

Semenjak beralih umoq ni, pukui 4.30 atau paling tidak pukui 5.00 pagi saja dah sendiri jaga. Tak reti la nak bangun tidoq lewat lewat sikit atau orang tua tua kata sampai matahari jolok juboq. Selalunya tak dan la ayam Mak Long hang nak berkokok pagi dah terjaga sendiri. Tapi selalunya Mak Long hang yang jaga dulu.

Puak muda muda jangan dok sengeh suka, hangpa pun nak pi mana sampai masa hangpa pun akan rasa. Bila mai time umoq beralih senja macam ni, bukan tak ingat nak tidoq bagi ralit sikit tapi entah, tak boleh, dia terjaga sendiri. Otomatik. Mungkin pasai tidoq dah puaih, lama dah kot. Tidoq lama lama pun rasa tak enjoy. Pak Long rasa bab sedaq sendiri ni semua orang tua tua akan rasa punya, bukan Pak Long ngan Mak Long hang saja yang kena.

Tapi sedaq sendiri lebih baik dari biaq orang gerakkan kita nak bagi kita sedaq. Tak baguih lagu tu. Kena belajaq sedaq sendiri. Sebab tu Mak Long hang suka orang orang di Selangor nu pun macam tu jugak, semua depa kena belajaq sedaq diri sikit.

Khalid kena sedaq kekuatan dia, sedaq kebolehan diri dia dan sedaq samaada dia diperlukan lagi ka dak dah la ni. Bukan apa pasai Pak Long dok dengaq kalut sangat dah di Selangor nu. Baik kita turun tangga elok elok dari kena terajang jatuh merudum. Kena ingat jugak, kuat kita kerana setiakawan tak pa jangan kerana kawan kawan. Kawan kawan bukan boleh harap sangat.

Azmin pun sama jugak, hang tu muda belia lagi tapi kena belajaq jadi orang tua tua macam Pak Long ni. Kena belajaq sedaq diri tu. Tengok kekuatan diri sendiri, kebolehan diri sendiri dan adakah kita cukup sokongan nak rabat tangga tinggi tu. Takat baik dengan Anwar saja tak cukup. Pak Long suka dengaq bila hang letak jawatan dalam PKNS 3 hari yang lepaih pasai nak bagi chan kat orang lain. Pak Long tengok belah elok la, jadi baguih lagu tu pasai orang kata sedaq diri.

Last sekali Pak Long nak ajak semua orang orang PKR di Selangor nu. Sama sama kita sedaqkan diri kita. Betoi betoi ka kita nak perintah Selangor lagi. Kena la sedaq betoi betoi kekuatan yang ada pada kita. Jangan dok main syok sendiri. Kita kena sedaq jugak, rakyat Selangor tu masih perlukan kita lagi ka tidak. Entah entah depa pun naik meluat tengok kelaku kita yang suka bertolak hang aku, suka sangat perbusuk kawan sendiri, suka sangat nak perjatuh kawan nak berebut jawatan.

Kita kena sedaq, depa angkat kita pasai depa tak mau kat Umno yang buruk kepala, tetiba dapat PKR yang lebih teruk dari perangai malaon malaon Umno. Hangpa agak lepaih ni rakyat Selangor nak sokong hangpa lagi ka? Yang ni kita kena sedaq bagi awai sikit, jangan dok nganga saja macam bangau tunggu ikan.

Wassalam...

Mau Najib jadi kepala

2 juta komen
Salam semua...

Sejuk hati Pak Long dengaq Najib kata kerajaannya tak akan keluarkan lesen judi sukan. Baguih la dan tahniah, tapi bagi Pak Long ini hanya satu permulaan. Pak Long dan Mak Long hang harap Najib lebih berani juarai isu hapuskan judi ni.

Haramkan judi adalah isu nasional yang patut semua orang Islam sokong dan dokong. Isu pengharaman semua jenis judi ni bukan hak Pakatan rakyat saja ataupun hak mutlak sesapa pun. Pak Long suka Najib yang berani. Jangan dok dengaq sangat cakap Mahathir tu. Kesejahteraan Islam perlu dikongsi semua agama. Keadilan Islam perlu dinikmati oleh semua rakyat negara kita. Pengharaman judi baguih dan ia dijamin oleh Islam dan kebaikan itu perlu serata pada semua orang.

Pak Long mau Najib jadi kepala dalam isu menjana kesedaran orang ramai terhadap keburukan berjudi. Macam yang kawan Pak Long si Ah Seng tu kata la, Cina pun tak boleh main judi. Semua agama tolak kemudaratan dan berjudi itu punca pada permasaalahan sosial terutama dalam masyarakat Cina negara kita. Pengharamannya perlu untuk kesejahteraan semua orang.

Syabas Najib dan diharap kerajaan Najib mendapat faedah dengan kemasukan 40 ulama muda kedalam Umno seperti yang dikabarkan.

Wassalam...

Friday, June 25, 2010

Samy Vellu potong stim

4 juta komen
Salam semua...

Lucy kawan Mak Long hang pun sokong UPSR dan PMR di mansuhkan, Ah Seng pun angguk sama. Mak Long hang relax saja, melahu tak mau kata apa. Pak Long pulak, bukan saja UPSR dan PMR malah semua peperiksaan di Malaysia elok saja dimansuhkan.

Pak Long boleh bayangkan betapa meriah dan seronoknya anak anak kita bersekolah tanpa semak kepala dengan peperiksaan. Buat apa kalau ada periksa pun, buat baguih baguih bukan boleh dan dan dapat kerja. Bila tak dak periksa, anak anak bangsa kita bolehlah tumpu kepala hotak depa pada aktiviti aktiviti lain yang berfaedah. Contohnya seperti mencipta port baru untuk upacara hisap menghisap setelah port lama kantoi. Cari tempat baru nak koyak pagaq sekolah untuk upacara terbang setelah pagaq yang lama di repair tukang kebun. Pergh... tak sabaq Pak Long nak tengok betapa meriahnya sekolah sekolah kita nanti... hihi...

Tapi Samy Vellu ni memang jenih tak boleh pakai punya orang. Potong stim betoi la, dia tak sokong pulak dah...

Okeylah, Pak Long nak pi periksa Mak Long hang sat dok buat apa ngan Lucy lama sangat dibawah nu...

Wassalam...

Pelik sungguh bijak yang ada pada Najib

0 juta komen
Smart kena kat hangpa...

Salam semua...

Kalau tanya Pak Long, baik saja tol diseluruh Malaysia dihapuskan terus. Kerajaan kena tolong rakyat dengan kurangkan bayaran tol dan seterusnya hapuskan terus dari dibiar membebankan rakyat. Tapi Pak Long nak pesan la, jangan sesapa dok gatai mai tanya Mak Long hang pasai tol ni, naya saja hangpa makan hamputan dia.

Falsafah Mak Long hang senang sangat, rakyat lantik kerajaan untuk selesaikan masaalah rakyat tapi kalau dah ada kerajaan pun hanya pandai cipta masaalah kat rakyat, baik tok sah ada kerajaan langsung. Orang lagi lama lagi turun la bayaran tol, tapi di Malaysia ni pelik sikit. Lagi lama jambatan tu, lagi tinggi pulak tol nak kena. Lagi antik lebuhraya tu, lagi tinggilah kos rakyat kena tanggung melalui pembayaran tol kat depa.

Yang ni lagi Mak Long hang marah, pelik sungguh la bijak yang ada pada Najib ni. Dia nak kurangkan 30% tol bagi jambatan kedua Johor, Singapura tapi jambatan kedua untuk Pulau Pinang, tol dinaikkan 34%. Takkan hang nak hukum rakyat Pulau Pianng ngan cara tu kot pasai pilih Guan Eng.

Pak Long tak percaya budak Rosmah tu yang nasihatkan Najib buat lagu ni. Baguih budak Rosmah tu.

Wassalam...

Thursday, June 24, 2010

Sapa yang terencat akai disini

0 juta komen
Foto Utusan Online

Salam semua...

Tak tegoq pun benda dah kerap sangat jadinya. Nak tegoq sat gi depa kata kita ni cakap pandai. Tapi bila dah cerita runtuh dalam bangunan kerajaan ni koi pelan kerap dok dengaq, kita pun jadi heran dan rasa jugak nak tanya. Apa punya jenih kontraktor yang hangpa pilih ni.

Nak masuk tender projek kerajaan bukan macam cabut undi main kutu dikampung kampung. Kena ada syarat ketat. Habih tu, takkan kontraktor cap ayam kot yang hangpa pilih nak buat Kompleks Mahkamah kita. Macamana boleh terlepaih kontraktor terencat akai dapat kontrak kerajaan pusat ni.

Habih dah runtuh rantah dan yang sadisnya benda alah ni adalah yang kedua berlaku sejak kompleks itu siap dibina. Siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta tu runtuh pasai paip ayaq pecah. Yang setahu Pak Long la, paip ayaq ni bukan mudah pecah kecuali la jenih bahan yang paling koman punya ataupun disebabkan mendapan pada struktur bangunan.

Tapi kan macam tak percaya pulak bila Mak Long hang bagitau yang kompleks tu depa buat memula dulu pada 2007 dengan belanja bernilai RM270 juta tuh.

Wassalam...

Lagi kes garu tak kena tempat

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long senyum sorang sorang tengok gelagat wira Perkasa nih.

Memang betoi telahan Mak Long hang selama ni, Perkasa cari makan atas isu. Perkasa cari makan atas kontroversi. Dengan isu dan kontroversi yang sengaja dicipta, nama mereka akan dibaca ramai. Barulah nampak ada kerja. Baru lah nampak ada usaha yang telah dijalankan. Kalau tak dak isu dan kontroversi, dunia depa akan sunyi gedi dan tak laku sekupang pun. Tak dak sapa yang lapaq nak tengok depa.

Banyak sangat isu isu lain yang lebih besaq daripada dok buang masa pi hentam KJ yang dah kelemasan tu. Orang lain dah lama juai bangsa, si KJ jugak yang hang minat. Ada sesapa yang bagi arahan kot, ubah sikit sasaran tu tala pi kat KJ pulak?

Wassalam...

Jiwa kacau ni

0 juta komen
Salam semua...

Jiwa Pak Long naik kacau ni, Mak Long hang tak mau senyum. Demam bukan teruk sangat pun sampai bedak sejuk pun tak mau pakai dah.

Pak Long jadi kacau jiwa terlebih tu pasai dok ingat tengahari ni nak makan apa. Takkan nasi ngan garam saja kot. Kacau sungguh dah ni.

Pak Long nak pi belakang rumah sat tengok sehelai dua daun sirih yang cukup umoq. Bukan apa, amalan Mak Long hang la jugak kalau anak anak demam panaih. Daun daun sireh ni kena diramaih ke dalam semangkuk ayaq bersih dengan buah pinang muda yang dipecah-pecahkan. Ayaq ramasan tadi jaramkan pada kepala. Letak la sama ngan kain tola kecik tapi buatlah beberapa kali sampai panas badan berkurangan.

Kalau tak kebah jugak lagi demam Mak Long hang ni, Pak Long nak try satu lagi petua. Ajak Mak Long hang tengok wayang gambaq hindustan, rasa rasa boleh kebah teruih demam... Pak Long tak cuba lagi la benda alah tu. Boleh ka lagu tu?

Wassalam...

Demam boleh akai

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tak berapa sihat pagi ni, nak kata demam tumbuh gigi, jauh sangat kot. Nak kata demam bola, tivi pun Pak Long tak dak. Demam nak boleh akai kot...

Mak Long hang pun satu haru, Pak Long dok larang sangat dah jangan dok cabut ubi kayu dalam hujan tapi tak mau dengaq. Dah tua, buat la cara tua. Ni dak, dok seronok nak main hujan lagi. Buat malu ke bebudak saja perangai Mak Long hang ni. Dah terkelepek monyok macam kera hanyut tu, sapa yang susah, Pak Long jugak yang susah nak kena bancuh kopi sendiri pepagi ni. Tapi sedap jugak sekali sekala layan kopi bancuhan sendiri ni. Tambah lagi ngan ubi kayu rebuih Mak Long hang di cicah nyok... pergh...

Okey la dulu, Pak Long nak pi tengok Mak Long hang sat... dah muntah muntah la pulak, bukan Pak Long buat apa pun sejak dah tua tua nih... hihi...

Wassalam...

Wednesday, June 23, 2010

Mahathir cakap pakai lutut

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long heran betoi ngan perangai Mahathir ni. Naik malu kita kalau ada negarawan yang pendek akai macam ni. Bukan Pak Long terer terlebih sampai nak angkuh ngan orang besaq sebesaq Mahathir ni, tapi hangpa tengok la kepala hotak dia bila bercakap pasai judi.

Kita besaq macamana pun kena ingat Allah s.w.t lebih besaq. Kita berkosa macamana pun Allah s.w.t lebih lebih lagi kosanya. Bila Tuhan dah larang, kita kena patuh. Sapa kita yang nak melawan arahan Tuhan? Pak Long selalu pesan kat Mak Long hang, cerita kat anak anak. Benda baguih kita kena bagitau dan kongsi ngan semua orang. Tak boleh dok mengawai sorang sorang macam kedekut sangat, tak baik lagu tu.

Kalau kita tak tau Islam tu indah, kita tak akan jadi penganut Islam yang setia. Bila dah kita anut Islam makna kata kita akui keindahan Islam tu sendiri. Jadi, kongsi lah keindahan Islam tu dengan semua orang termasuk yang bukan Islam. Salah ka? Susah sangat ka?

Macam tu la jugak dengan isu judi bola ni. Salah ka kalau kita kongsi keindahan larangan berjudi dalam Islam tu dengan semua orang termasuk yang bukan Islam? Susah sangat ka kalau kita nak berkongsi kebaikan larangan berjudi dalam Islam ni dengan semua orang termasuk yang bukan Islam? Sebab tu dalam Islam kita kena rajin mengaji lepaih tu kena kaji. Kepala hotak yang Tuhan bagi tu Dia suruh pakai supaya kita tak bertindak macam orang tak dak akai.

Pak Long naik malu la dengaq penasihat Melayu bangkit ni bercakap guna kepala lutut... wassalam...

Hantu Altantuya

2 juta komen
Salam semua...

Sungguh, Pak Long sungguh sungguh tak tau Altantuya ni macam mana rupa paras dia, ya la dah tak kenai nak tau mai mana. Takkan la dia punya cantik secantik Mak Long hang dulu dulu kot. Mak Long hang dulu dulu ni bergetah, terutama masa baru balik dari motong getah. Bayangkan la pakai kebaya singkat pi motong, lawa bukan main walaupun tak cukoq kenin...

Tapi apa yang Pak Long tau, nama Altantuya ni dah jadi macam berghantu bagi sesetengah orang. Dengaq nama saja dah ketaq lutut. Sebut Monggolia saja dah pucat lesi. Pak Long tak tau pulak pasai apa sesetengah orang tu takut sangat kat nama dia. Tak dapat petunjuk lagi.

Jadi Pak Long nak nasihatkan sesapa yang takut sangat ngan pompuan Monggolia ni jangan dok baca cerita suka ni. Bukan apa takut jadi lagi cerah kepala punya pikiaq cara nak larikan diri.

Bapak pada Altantuya, si Shaariibuu tu harap sangat depa dapat keadilan bila saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan orang orang yang sewaktu dengan kematian anaknya akan dibicarakan di mahkamah. Baguih betoi kerajaan Mongolia ni, sanggup perabih duit sikit nak pastikan keadilan untuk rakyat depa dengan membayar RM70,000 sebagai wang jaminan dan kos perundangan.

Keadilan adalah hak semua orang. Tok sah dok kira la dia mai dari dalam negara ka Monggolia. Keadilan wajib dihidangkan pada semua tanpa kira darjat dan pangkat. Tak kira menteri atau kuli, Cif inspektor atau kawan sendiri. Pak Long heran jugak, pembunuh membunuh mangsa dengan penuh aturan dan berjadual sedangkan depa tak kenai antara satu sama lain.

Tinggai dulu no, Pak Long nak keluaq jogging sat hirup angin pagi, Mak Long hang nak pakai kebaya ketat, Pak Long kata tok sah dok buang tabiat... wassalam...

Tuesday, June 22, 2010

Depa saja buat akai

4 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang cukup masak ngan perangai anak anak dia. Satu satu perangai depa Mak Long hang hafal. Hihi... anak anak dia tu anak anak Pak Long la jugak. Pak Long pun ingat ingat lupa masa bila tapi dah lama punya cerita la.

Anak bongsu Pak Long memang manja ngan Mak Long hang tapi nakai la sikit. Bab nak pi mengaji qur'an yang paling dia baloq sekali, tapi cukup rajin kalau ada teman. Abang dia la yang selalu jadi mangsanya. Tiap malam nak pi ngaji qur'an saja dia akan cari akai nak mintak abang dia teman. Besa la si abang pun banyak keja lain jugak walau banyaknya melepak bawah pokok rambai. Anak bongsu Pak Long biasa cadangkan hari hari abang dia kena temankan dia. Tapi Pak Long tak sampai hati pulak nak kacau anak sulung Pak Long yang tengah ranum tu.

Satu malam tu anak Pak Long ni balik dari mengaji tercungap cungap penat lari. Dia kata beskal dia kena tahan dengan pengganas JI... oppss.. err dengan samseng Kampung Dusun. Habih duit poket belen sekolah siang tadi depa kebaih.

Pak Long pun susah nak percaya, Mak Long hang lagi nampak macam ada yang tak kena. Tapi demi sayangkan anak dan takut jugak kalau apa apa yang tak elok terjadi, menyesai tak sudah pulak. Lalu Pak Long dan Mak Long hang buat keputusan sendiri tanpa melalui sebarang persidangan meja bulat ngan anak anak yang lain. Anak Pak Long yang sulung telah dilantik menjadi pengawal keselamatan untuk anak bongsu Pak Long.

Keputusan tu bertahan sampai dia khatam qur'an walaupun ada bantahan dari anak sulung Pak Long. Walaupun siap ngan bukti sekali bahawa tiada langsung penggans JI... oppss... tiada langsung samseng Kampung Dusun seperti yang didakwa, keputusan telah dibuat dan tak akan berganjak. Kerana anak bongsu Pak Long tetap berkeras adanya samseng jalanan yang menggangu.

Pak Long teringat balik kisah ni pasai Mak Long hang la kata kat Pak Long tadi ni. UBN guna isu Jemaah Islamiah (JI) sebijik macam perangai anak kita yang bongsu tu. Guna isu Jemaah Islamiah (JI) untuk terus kekalkan penguatkuasaan akta kejam ISA di Malaysia.

Jadi, selamat ber"ISA" Malaysia... wassalam...

Malaysia meriah

2 juta komen
Haiii...

Salam semua...

Mak Long hang selalu jugak pesan kat anak anak, kalau orang tak menghina kita janganlah kita menghina diri sendiri. Ingat, Mak Long hang cuma nasihatkan anak anak saja, ikut hangpa la kalau orang lain pun rasa nak guna pakai sama. Tapi setahu Pak Long la, nasihat tu TAK ditujukan langsung pada si Saiful.

Pak Long teringat kata kata Mak Long hang tu bukan pasai apa, zaman 1Malaysia ni Pak Long tengok makin kalut. Hang pijak aku, aku tendang hang. Hang tuduh aku, aku ejek ejek hang. Hang bukak aib aku, aku selak kain hang. Yang jadi mangsanya ialah rakyat yang dok ternganga ditengah tengah. Nampak macam payah sangat la nak tengok depa depa tu dok elok elok secara berbaik sangka.

Jadi Pak Long pun rasa macam nak tukaq sikit apa yang Mak Long hang kata tu. Kalau orang tak membangangkan kita, janganlah kita membangangkan diri sendiri... hihi...

Oppss... nak pi tengok sat janda Limah hantaq apa mai tadi ni... wassalam...

Pucuk betik jantan

3 juta komen
Salam semua...

Dalam posting kelmarin, Pak Long ada sebut bab keletihan terlampau akibat dok telan ubat darah tinggi di musim kenduri baru baru ni. Alhamdulillah, ada sorang hamba Allah ni yang emailkan Pak Long petua ayahnya bagi mengurangkan masaalah darah tinggi.

Petuanya mudah sangat. Memang Pak Long dok amalkan dulu dulu ni, cuma kena ada sekil rebus merebus bahan saja. Siap la Mak Long hang bakal menjadi mangsa buli Pak Long nanti.

Ambil pucuk betik jantan dan direbus. Pucuk betik jantan yang direbus tu hendaklah dibuat kerabu ataupun ia juga boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan sebagai ulam. Payah dah nak cari pokok betik jantan la ni, yang ada sepokok dua dibelakang rumah pun habih dilenyek lembu lembu Pak Long.

Rasanya sedikit pahit. Tapi amat sedap sebagai ulam, kena pulak sambal belacan Mak Long hang... pergh...

Buatkan ia sebagai amalan dan insyaallah masaalah darah tinggi akan berkurangan. Tapi ingat, kita hanya berikhtiar dan Tuhan yang menentukan... wassalam...

Biskut kering cicah kopi

0 juta komen
Salam semua...

Kena biskut kering cicah kopi, bersaksi pulak hujan pagi dimuka pintu memang mengasyikkan. Mak Long hang yang hanya berbedak sejuk pun nampak punya segak.

Pepagi tadi ni kalut jugak Pak Long nak ajak Mak Long hang jalan jalan ambik angin, tetiba dah hujan rahmat Tuhan bagi, terus tak jadi. Tapi, kalut kalut Pak Long pun tak la sekalut kat Parlimen Batu. Memang kalut sungguh. Mak Long hang kata nampak macam depa kat ataih sana nu dok pakat bertolak hang aku. Memasing tak berani dituduh sebagai penyebab pilihanraya kecik di Parlimen Batu. Awat sampai gelabah bewak macam tu? Tian Chua yang tinggai tulang ngan kulit macam tu pun hangpa gerun?

Sat sat kata SPR punya kosa, SPR pulak tolak pi kat Parlimen. Tetiba Parlimen pulak kata SPR boleh putuskan, alih alih SPR tuding jari kat mahkamah pulak dah. Tetiba timbui lagi parlimen yang nak tentukan nasib Tian Chua. Hadoiih... dah habih selak dah ka kitab undang undang junjungan hangpa tu? Perkara remeh temeh macam ni pun takkan nak suruh Mak Long hang selesaikan?

Pak Long nak cadangkan Najib boleh buat kenduri pulut kuning la lepaih ni. Dalam dok kalut kalut macam tu, Tian Chua pulak dah pi buat kona baring, dia nak buat rayuan pulak dah. Kalau betoi jadi la Tian Chua buat rayuan, selamat lagi la Najib dari bengkak kepala pikiaq pilihanraya.

Wassalam...

Monday, June 21, 2010

Simpan bodo tu kat orang lain sama

2 juta komen
Salam semua...

Dah dekat tiga minggu Pak Long tak gelak sakan. Lawak yang Mak Long hang buat bukan selalunya lawak sangat pun. Pak Long buat buat gelak saja bila Mak Long buat lawak, jaga hati. Tapi hari ni Pak Long gelak sungguh. Bukan main main punya gelak.

Tak sangka Pak Long orang kenamaan macam tuan timbalan speaker dewan ni pun pandai buat lawak. Keraih perut Pak Long punya gelak, berayaq mata mata... Alahai tuan oi, hang tu tengah berdepan dengan sorang pejuang rakyat. Hang bukan dok pujuk anak anak jangan dok main tangga takut jatuh. Hang ingat dia nak melutut sampai macam tu ka pasai tak mau pilihanraya kecik? Awat hang ingat dia heran sangat ka dengan pilihanraya kecik tu?

Pak Long nak nasihatkan satu saja kat Wan Junaidi ni. Simpan sikit bodo tu kat orang lain sama, jangan pakai bodo tu sampai habih sorang sorang... hihi...

Wassalam...

Baju singlet pagoda

3 juta komen
Salam semua...

Semua orang tau, Mak Long hang telah dilantik sebagai penasihat kewangan bagi keluarga Pak Long. Setakat la ni Pak Long berpuas hati la jugak. Setiap sen hasil mahsul dari jualan kain lepaih hutangnya dikira kira rapi.

Bukan tak dak langsung salah silap Mak Long hang sebagai penasihat kewangan keluarga Pak Long tu. Ada jugak sekali dua dan yang paling Pak Long tak boleh nak lupa ialah kesilapan terbesar dalam kariernya sebagai puan penasihat. Mak Long hang telah tersalah dalam pelaburan kerana membeli 20 pasang baju singlet pagoda untuk buat lepaih hutang sedangkan dia lupa 100% "kastemer"nya adalah pompuan. Bayangkan berapa kerugian yang Pak Long kena tanggung? Jenuh Pak Long pakai baju singlet tu sampai la ni pun tak habih pusing lagi. Yang sedihnya, Mak Long hang tak beli baju lain dah... harap baju tu saja la sampai ke raya ni.

Si Musa Hitam tu lain kes, bukan macam Mak Long hang. Mak Long hang tu bini Pak Long. Dia buat salah macamana pun Pak Long tak boleh buat apa kat dia. Dah bini, nak buang tang mana lagi. Tapi Musa Hitam tu lain, dia dilantik untuk jaga Sime Darby Berhad. Kalau dah Sime Darby rugi besaq, pengerusi kena tanggungjawab la. Takkan nak suruh pak guard ofis hangpa letak jawatan kot. Musa Hitam kena letak jawatan, lantik orang lain yang lebih berkelayakan. Susah ka? Kalau Mak Long hang tu susah sungguh la, nak menikah lain bukan sikit duit dan masa yang nak kena guna.

Nak pi tengok Mak Long hang kat dapoq sat dok buat apa? Kopi yang order tadi tak mai  mai lagi nih...

Wassalam...

Cerita ganaih yang kurang asam

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tak suka tengok cerita ganaih ganaih. Pak Long okey lagi tapi la ni jadi tak berapa suka pulak bila dah Mak Long hang pun tak suka. Sehati sejiwa la katakan...

Cerita ganaih selalunya depa kena cipta satu kumpulan pengganaih. Pengganaih ni memang kena bagi nampak ganaih dan merbahaya, kalau tidak penonton tak takut. Sebab tu la ni ada dengaq jugak kata pengganaih dah mula masuk mengajaq di Universiti tempatan. Unsur unsur canggih dah ada, ini yang saspen tuh. Tapi kadang kadang cerita tu kena bagi logik jugak. Gulai kalau tak cukup asam garam mana sedap. Hangpa bukan nak pembohong Pak Long sorang saja tapi berjuta penonton lainnya, ingat sikit.

Cerita ganaih kena bagi sensasi. Kalau tak sensasi, takut tak menjadi. Menteri yang jaga negeri tumpang sekaki bagi naik suhu, dia marah pengganaih boleh dibiaq merayap masuk ke IPT jadi pensyarah. Bangang punya studen, pensyarah ngan pengganaih pun tak kenai ka, Mak Long hang pun marah kalau studen kita bangang lagu ni.

Mak Long hang dah memang jenih tak suka cerita ganaih. Mak Long hang kira nak "short cut"kan saja cerita ganaih ni dari lebih mengganaih. Dah kalau sah kata pengganaih, tangkap dan dakwa la. Jangan dok main cerita bagi Mak Long hang rasa tak selesa. Kalau tak betoi pulak, dakwa saja orang yang buat buat cerita tu, kan senang?

Kawan ni tuduh depa tu kelentong, depa tu tuduh kawan ni gelong. Elok sangat la bila berlambak penonton dah terlopong. Pengarah bangang mana la yang buat cerita ganaih ni, takkan Apco gak kot...

Wassalam...

Serba salah pulak

0 juta komen
Salam semua...

Kita yang tua akan pupus, tak boleh nak tongkat langit lama lama, kalau tidak mana boleh yang muda ada tempat nak hidup. Yang lama akan musnah, yang baru akan menjelma.

Pak Long pun tak pasti tembok Penjara Pudu yang berusia 100 tahun tu patut dipertahankan atau dirobohkan bagi laluan pada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu. Bahan bersejarah kalau boleh disimpan elok juga dipertahan. Buat santapan anak anak masa depan.

Setor bawah rumah Pak Long penuh sesak ngan barang antik. Ayam Mak Long hang nak tumpang berteloq pun tak dak ruang. Dari talam tembaga sampai la katil kayu, dari seterika arang sampai la beskal pertama Pak Long dedulu ni, bersepah sepah dalam setor. Tapi ber"daki" tok sah cerita la. Sapa yang nak urus. Nak buang rasa rugi, tinggai tak dak sapa cuci. Kadang kadang tu kena buang jugak mana yang tak perlu, takut jugak harimau buat sarang... hihi..

Jadi, dah rakyat bagi kosa kat tangan depa, maka depa akan buat ikut budi bicara depa la... kalau tak kena tang mana mana, kita pakat pakat kutuk pulak... hihi... Mak Long hang mesti syok punya bab ni...

Wassalam...

Sunday, June 20, 2010

Asri bakal diguna tumbangkan Anwar

4 juta komen
Laa.. ingatkan gambaq Mohd Asri...

Salam semua...

Mak Long hang bukan suka sangat bila dengaq sok sek sok sek si Asri tu nak masuk Umno. Masam mencuka muka Mak Long hang, sampai janda Limah yang mai bertandang sat tadi ni pun takut nak lelebih. Jenuh dok perjelaih jugak la kat Mak Long hang tadi ni.

Bagi Pak Long la, benda ni mudah sangat. Jangan dok semakkan kepala kita dengan isu remeh ni. Jangan sampai masak nasi hangit marahkan si Asri pulak. Ikut suka dia la nak masuk parti mana pun. Pak Long tengok budak Asri tu dah besaq panjang, dah lebih dari tau kehendak diri dia. Yang kita dok kalut tolong nasihat dia buat hapa? Yang kita dok kalut nak harapkan dia ikut cakap kita pasai apa? Kata perjuang kebebasan tapi dok sekat orang dari bebas berfikir dan bertindak. Tak baguih la macam tu.

Pak Long tau budak Asri ni baguih, berani dan jenih laju punya kepala. Takat karamah yang ada kat Anwar tu, tak heran la. Bila Anwar gagal cuci Umno dari dalam, tak bermakna Asri jugak akan gagal. Umno tu buruk dimata musuh Umno tapi suci bersih bagi pencinta Umno. Salahkah pencinta nampak cantik benda yang dia cinta?

Budak Asri ni bukan duduk ataih sebarangan makam. Sebab tu Pak Long nampak apa yang Umno nampak. Hanya Asri saja yang dilihat layak oleh Umno untuk tumbangkan Anwar di Permatang Pauh. Tapi besa la, Umno akan perguna Asri tumbangkan Anwar dan Asri akan pergunakan Umno untuk gagau apa yang dia perlu untuk hidup.

Pak Long pun ada gak kawan kat Mengkuang tu. Orang Mengkuang sayangkan Anwar tapi depa tak bencikan Asri. Si Asri ni bukannya jenih kutu rayau tepi jalan. Sebab tu Pak Long rasa susah jugak la buat si Asri ni nak buat keputusan sebab Umno pun suci jugak kalau kita tengok dengan mata tertutup... hihi...

Wassalam...

Hari bapa kepala bapak hangpa

0 juta komen
Salam semua...

Kalau kita berkawan ngan puak puak bangang, kita pun akan jadi bangang. Bukan Pak Long yang kata, Mak Long hang yang pesan.

Awat, kita tak boleh buat "hari hari adalah hari bapa" ka? Awat, kita tak boleh cipta "hari hari adalah hari ibu" ka? Pasai apa nak kena ingat mak bapak hangpa sehari saja dalam setahun? Awat yang bangang sangat pi ikut bahalol mana tah yang cipta dan arah kita "hari hari" tertentu saja nak ingat mak bapak hangpa?

Woi... jangan dok bagi Mak Long hang marah pulak. Kita dah ada kosa, kita perintah negara ikut acuan kita. Kita ada jentera, gerak jentera biaq betoi betoi dan perbetoi sikit kepala anak anak bangsa kita ikut cara agama kita. Hidup orang yang bebas tak berjadual. Islam agama yang bebas yang meletakkan mak bapak tinggi dari jadual lelah manusia.

Jangan dok biaq puak kapitalis cipta dan bagi arahan kat anak anak bangsa kita pulak...

Errr... Pak Long sarapan besa besa saja pagi ni, tak campoq ngan anak tebuan pun. Saja la emosi sikit bila tengok anak anak bangsa tak mau ikut cakap Mak Long hang...

Wassalam...

Pas: Tolong jangan perasan

0 juta komen
Salam semua...

Memang Pak Long dan Mak Long hang bukan ahli Pas. Tapi, jangan sesapa pun dok kata Pak Long tak dak hak nak tegoq Pas. Jangan sesapa pun sesekali berani dok larang Mak Long hang dari berletiaq pasai kelaku hodoh puak Pas. Sebabnya? Dah berpuloh undi kami bagi kat Pas sejak pertama kali Pak Long dan Mak Long hang kenai lambang Pas dari Ust Fadzil Noor.

Pak Long nak bagitau satu ja la, Pas tolong jangan perasan sangat. Hangpa menang banyak PRU ke12 haritu bukan pasai hangpa tu kuat, tapi pasai majoriti rakyat Malaysia dah meluat dan meloya dengan perangai dan kelaku ketuanan Umno. Mak Long hang dah bagi warning, orang ramai pilih Pas pasai orang meluat kelaku Umno. Hukuman yang berat akan menyusul pada sesiapa jugak yang berselingkuh dalam gelap dengan Umno.

Tak percaya, hangpa cuba la... Betoi jugak cara budak ISA ni, kena cakap kasar sikit kot, baru orang boleh paham. Budak budak tanya nak kepastian, sampai nak jawab sat pun tak senang? Jangan angkuh sangat tengok budak budak rambut panjang tanda tak berilmu...

Wassalam...

Sumpah laknat

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long terkejut monyet pepagi ni. Kawan baik Pak Long yang dah dua pilihanraya tak jumpak tak pasai pasai saja "sms"kan blog tok kiyai ni bagi Pak Long baca. Dia dengan gaya ala ala Mohd Asri nak masuk Umno, terus mendakwa dengan agak yakin Pak Long terlibat dengan benda alah ni.

Pak Long bukan orang besaq besaq, Pak Long bukannya popular pun. Takat baru nak belajaq jadi tok siak kampung saja, apa lebihnya. Jadi Pak Long selesa, Pak Long tak segelabah budak Anwar tu. Pak Long yakin sangat, ini bukan konspirasi politik peringkat tertinggi nak aibkan Pak Long. Tapi alahai... kalau tau la cerita ni kat Mak Long hang, jenuh berjawab jugak la Pak Long. Silap silap berjawab kena tidoq luaq lagi. Lama beralih umoq ni, Pak Long bukan berani sangat tidoq sorang sorang... hihi...

Woitt... Takkan sampai nak paksa Pak Long buat sumpah laknat pulak kot... Pak Long geli la bercampoq ngan orang yang suka bersumpah sumpah ni. Orang yang bersumpah ni sebenaqnya adalah orang yang tak yakin pada diri sendiri. Dia pulun dok bersumpah tu pasai nak paksa orang lain untuk yakin dengan apa yang dia buat. Tak gila punya kerja ka lagu tu...

Wassalam...

Semua ingin bebas

0 juta komen
Salam semua...

Orang kenduri, Pak Long yang teruknya. Bukan teruk letih basuh pinggan mangkuk tapi letih telan ubat darah tinggi. Mak Long hang pun sampai habih dah ayat marah dia. Tak marah mai mana sampai letih ngan dia dia sekali punya tolong picit kepala ngan urut badan Pak Long.

Maap cakap la, sebenaqnya Pak Long pun maukan kebebasan jugak. Pak Long bukan suka sangat dok kena kongkong ngan Mak Long hang terutama sekali bab enjoy gulai kawah ni. Bukan mudah nak cari gulai kawah zaman la ni. Musim kenduri saja boleh rasa dan belasah betoi betoi. Bab sakit demam kira kemudian la.

Rupa rupanya, kebebasan ni orang bercakap dimana mana di seluruh dunia. Bukan di rumah kenduri saja malah dari tengah jalanraya hinggalah kedinding bangunan di serata dunia. Di Malaysia pun bercakap jugak tapi setakat bercakap saja la kot... Mak Long hang pun tau kalau nak bercakap... siap ngan berletiaq lagi... hihi...

Wassalam...

Tuesday, June 15, 2010

Pakatan lupa pesan Mahathir, jangan lupa sejarah

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long bukan berapa sihat sangat ni. Awat tak tau, bila mai musim kenduri saja, kepala Pak Long macam dihentak hentak. Kalau tak kerana sayangkan Mak Long hang, Pak Long tak "on" la komputer malam ni.

Mak Long hang tergedik gedik suruh jugak jugak cerita yang firasat dia minggu lepaih tu betoi. Pak Long pun tak percaya bila Mak Long hang cerita. Sebab tu Pak Long buat bodo, buat tak peduli.

Pak Long nak pesan la disini, jangan dok percaya sangat firasat Mak Long hang ni walaupun kali ni dia betoi. Mak Long hang kata bila ada bunyi saja Adun dari BN Perak yang nak lompat ke Pakatan, itu maknanya akan ada la Adun Pakatan yang nak terlepaih pi ke BN. Tak percaya tunggu tengok. Rupa rupanya betoi, Adun Malim Nawar keluaq DAP pasai nak jadi bebas mesra BN. Alasannya, kecewa. Mangkok ni baca kecewa dia tapi terlupa nak baca kecewa pengundi. Tapi, mampuih pi la kat dia, Pak Long nak boleh buat apa dah kalau kita sendiri tak reti nak jaga diri sendiri.

Pak Long pun naik heran tang mana Mak Long hang belajaq bab baca kelaku orang Pakatan Perak ni? Tapi kan, Pakatan Perak ni pun satu haru, dok jaga tepi kain orang nak buat apa sedang dalam kain kita sendiri dah naik karat. Jadi Pak Long nak syorkan, bagi kilat yang dalam kain sendiri dulu, okey?

Taktik yang BN guna tu kacang sangat, hantaq dua tiga ekoq buat gempaq kata syok kat Anwar, hangpa dah naik gelabah bewak. Terus buat kecoh macam tongkang pecah. Kelaku hangpa tu sendiri yang hodoh serupa ngan syok sangat bagi orang tepuk tangan suka. Cuba hangpa tengok si Zul Kulim tu, bukan main punya suka dia. Hangpa tak rasa malu ka dengan perangai gelojoh hangpa? Hangpa tak rasa geram ka kat janggut sejemput si Zul tu?

Time la ni jangan dok pi tanya pimpinan Pakatan la. Jawapan stendet depa, yang tak bersih akan jatuh sendiri punya. Masa untuk pembersihan kononnya, piiraahhh... bersih taik kucing hangpa. Hangpa ingat dengan kata lagu tu penyokong hangpa akan jadi lega habih dari sakit jiwa.

Ada ubi ada bataih,
Ada YB habih kena kebaih...

Wassalam...

Jenih cari makan ngan pablisiti murahan

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tanya Pak Long satu soklan senang yang susah sangat Pak Long nak jawab. Awat yang Berahim Ali tu terjerit jerit macam berak taik keraih saja semata mata nak suruh Idris Jala letak jawatan?

Kalau takat nak suruh letak jawatan tak payah la jerit sampai naik urat tengkok Berahim oi. Dia dilantik Najib ataih kepercayaan si Derih ni boleh buat kerja. Ataih kepercayaan kepala dia boleh pakai. Dia tu bukan suka suka naik sendiri. Kalau ya pun hang marah kat si Derih pasai cadang nak hapus sabsidi negara hang guna la parlimen untuk hentam Derih tu. Ataupun kalau hang berani sikit, pi la geletek Najib tengok kalau lepaih.

Derih tu hanya jalankan perintah. Derih tu cuma sebut apa yang Najib tak berani nak keluaq kata. Hang dok keriau macam orang hilang akai tu buat apa?

Ka memang hang jenih cari makan dengan pablisiti murahan kot...

Wassalam...

Monday, June 14, 2010

Memang ajaib, ada Islam sokong depa

2 juta komen
Salam semua...

Nakai betoi perangai Mahathir ni, bebal pun ada jugak. Kalau lah kata Mahathir ada dekat dekat ni la, Mak Long hang tentu dah tarik hidung dah. Harap ke hidung saja tinggi tapi akai dia tinggi kot belah lain.

Banyak idea idea Mahathir yang Pak Long sokong dedulu ni, tapi lebih banyak yang Pak Long tak setuju dari yang setuju, sori la. Dia suka cipta sensasi, dari dulu, kini dan selamanya. Boleh semak kepala pikiaq pasai kelaku dia, termasuklah isu persetujuan dia terhadap tindakan anak didiknya si Najib yang menghalalkan judi sukan bolasepak Piala Dunia Afrika Selatan.

Pak Long naik haru pulak dok pikiaq, awat yang susah sangat kita nak haramkan judi diwaktu kita berkuasa untuk melakukannya? Macam ngan kerajaan la ni dah hilang kreativiti cara elok nak tambah duit negara, dah hilang habih dah sumber sumber lain yang lebih cantik untuk rakyat rasa.

Nampak sangat kesungguhan Mahathir nak tolong pelingkup Najib. Dia tanpa segan silu, bercakap langsung macam orang yang tak dak salah apa. Memang ajaib sungguhla kalau ada lagi saki baki Melayu Islam yang dok gagah diri sokong kelaku hodoh puak puak ni. Hangpa tak malu ka? Hangpa langsung tak takut kat Tuhan ka?

Mak Long hang kata, kita ni bukan hidup nak tongkat langit sampai bila bila, kita semua akan mati dan jumpak ngan Tuhan jugak... masa saja yang tak tau lagi.

Wassalam...

Hassan Shukri, masa kita entah bila

0 juta komen
Salam semua...

Dari Dia kita datang dan kepadaNya jua lah kita kembali.

Bekas Timbalan Presiden PAS, sdr Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi setelah dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini. Beliau kabarnya baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana.

Apabila kita dijemput Allah s.w.t kembali, mahu atau tidak segala kebesaran dunia kita akan tinggalkan. Segala pangkat dan darjah kebesaran kurniaan manusia sudah tidak berguna. Yang tinggal hanyalah amal ibadat dan anak anak yang soleh. Ini janji Allah s.w.t yang tak pernah dimungkiri sejak dari azali.

Alhamdulillah, ini masa sdr Hassan terlebih dahulu dijemput, masa kita entah bila. Bersedialah...

Al-fatihah...

Wassalam...

Sunday, June 13, 2010

Pak Lah oi, nak bodek pun agak agak la

2 juta komen
Hah... sapa dia? Pak Lah? Haaahhh...

Salam semua...

Pak Long rasa macam pening sikit kepala malam ni. Lepaih Mak Long hang picit picit sikit tadi ni rasa macam nak okey pulak. Tapi bila baca bab Pak Lah puji Najib ni, pening kepala Pak Long mai balik. Siap ngan sekali sakit perut, gelak terlebih.

Nak pembohong pun biaq la sampai orang percaya. Nak puji pun jangan la sampai melangit. Ni la jenih mentaliti Melayu Umno yang Pak Long tak suka. Terlebih baik sikit saja dari prestasi dia, terus Pak Lah kata Najib tadbir negara dengan cemerlang.

Yang syoknya, dasar menghalalkan judi sebagai satu dari sumber pendapatan kerajaan dia tak sebut sebagai terbilang la pulak... hihi...

Wassalam...

PKR buat dah perangai kebuloq depa

2 juta komen
Salam semua...

Dalam Pak Long berpimpin tangan ngan Mak Long hang, melenggang lenggok balik dari kenduri, tetiba saja kami disapa Haji Karim. Dia pun tak bukak kedai hari ni, kenduri banyak katanya.

Haji Karim ni kira kira macam informer la dalam kampung kami. Tapi kadang kadang Pak Long meluat jugak ngan dia ni, besa la orang kuat PKR ni yang kadang kadang lebih laju dari lajak... hihi...

Dia buat buat kalut, kadang kadang tu nampak macam muka Hishamuddin terkejut kat Saifuddin pun ada gak. Berpeluh peluh dan bersungguh punya cerita, ada tiga wakil Umno nak lompat parti di Perak. Depa nak buat sidang media di Ipoh esok.

Pak Long nak sidai dia pun rasa kesian, Mak Long nak seligi pun rasa tak gamak. Kami angguk ja la dan kata kita tunggu cerita tu bagi habih dulu.

Awat yang kita ni kebuloq sampai macam tu sangat. Kita kena konsisten sikit pegangan kita. Lompat parti tu tak bermoral tak kira dari Utara ke Selatan ka atau dari Timur ke Barat ka. Lompat parti tak bermoral dalam erti kata khianat undi rakyat. Tak bermoral adalah tetap tak bermoral. Takkan tak bermoral untuk orang tapi okey untuk kita? Pakai akai la sikit.

Kalau Mak Long hang senang saja, hangpa letak semua jawatan termasuk Adun dulu kemudian baru boleh aku terima jadi ahli parti aku. Hangpa masuk mai tanpa ada tawar menawar. Jangan dok bawa kerusi hangpa sebagai tiket untuk ranggi dalam rumah aku.

Wassalam...

Pak Long dok agak dah

2 juta komen
Filem seram yang terbit tiap kali musim cuti sekolah dan musim raya...

Salam semua...

Dah macam sinonim, dah macam tak dak penguatkuasaan dan kawalan. Asai mai musim cuti sekolah saja harga ayam naik pasai kenduri berlambak. Mai dekat nak raya pun sama, orang Melayu borong ayam pasai nak membaziaq di hari raya.

Pak Long kira okey lagi, Mak Long hang ada gak bela ayam. Ada la sikit tapi dah berdua mulut saja, nak makan ayam banyak mana? Sekali sekala janda Limah hantaq gulai pun sampai ke petang punya gonyeh.

Tapi macamana ngan yang nak kenduri. Panggilan dah buat, tempahan dah sedia tetiba barang keperluan asas melambung tinggi. Peliknya, macam ikut suka mak bapak depa saja. Mana pi habih menteri yang dok cakap besaq sangat nu.

Keraih sungguh kepala tokey tokey ayam ni, sampai dah tak heran kat kerajaan. Ada usnur suapan ka sampai boleh buat ikut suka mak bapak depa lagu ni? Pak Long rasa kalau macam ni la punya besaq kepala tokey tokey ayam dinegara kita, naik la sapa pun yang jadi kerajaan... tak boleh kontrol punya. Depa kontrol harga bukan kerajaan yang letak harga.

Jangan dok mai nak beli ayam kampung Mak Long hang pulak, tak banyak dah yang tinggai tu...

Wassalam...

Kecik betoi jiwa Pas

0 juta komen
Salam semua...

Lega sikit Pak Long bila tau ada lagi orang orang yang macam Khalid Samad dalam Pas. Pak Long suka idea orang orang macam Khalid tapi sangsi kesungguhan Pas pada keseluruhannya.

Bagi Mak Long hang mudah sangat, Pas keseluruhannya tidak bersedia menggantikan Umno. Majoriti orang orang Pas berjiwa kecik walaupun kadang kadang tu nampak macam terer.

Ramai perwakilan men"cebek" mulut bila dengaq Khalid ni bercakap. Depa sangka Khalid tak berpijak dibumi nyata dengan menolak andaian pengundi-pengundi Melayu menjauhi Pas kerana hubungan kerjasama dengan Pakatan. Tapi depa sebenaqnya lupa depa dah termakan propaganda Umno melalui lidah lidah penjilat bangsa Umno iaitu Melayu jauh dari Pas. Depa lupa lagi, sapa yang nasihatkan Umno menjalankan perang saraf menaikkan balik imej Umno dimata umum kalau bukan Apco?

Mak Long hang kata, puak puak Pas la tak macam zaman Fadzil Noor dulu. La ni tak tengok TV3 macam tak sempurna hidup. Tak langgan Astro tak dak kelas. Tak baca Utusan Malaysia tak boleh dok. Sebab tu depa pi jadi lagu tu. Akhbar Harakah depa? Tinggai nama saja, isi dah kurang. Kurus melidi macam Pak Long jugak.

Wassalam...

Saturday, June 12, 2010

Pas kena tengok bolasepak sama

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long rasa macam muda sikit masa tengok game Korea Selatan belasah Greece 2 - 0 tadi ni. Paling dekat sangat rasanya pasai depa tu orang Asia dan bekas rakan belasahan kita. Tu yang buat Pak Long terkesan dan rasa macam tak percaya. Bangsa yang dulu berdiri tegak, sama tinggi dengan kita tapi la ni depa dah tinggi banyak sangat dari kita dalam banyak bidang.

Greece bukan kecik anak, depa tu bekas juara Eropah. Kena belasah 2 - 0 adalah satu keajaiban. Bukan tak boleh tapi nak belasah depa ni kena cemerlang dalam diri.

Pak Long pun tengok tengokkan, Pas kena tengok bola dan belajaq dari bola. Tengok bola tapi tak berjudi tak pa. Cuba kita belajaq dari budak budak Korea Selatan tu. Depa kata nak tawan Piala Dunia dengan kesungguhan dan berfikiran positif. Dapat tak dapat lain kira, usaha itu tangga kejayaan.

Puak Pas pulak macamana? Ni yang Pak Long nak tergelak tu. Nak tawan Putra Jaya, bukan main tapi dok ulang benda negatif dalam kepala, undi Melayu dah merosot kat Pas pasai kita dok pakat jaga Pakatan. Undi Melayu dah jatuh menjunam kat Pas pasai Nik Aziz dok sembang dengan Karpal Singh.

Kalau ya pun undi Melayu dah kurang pi kat hangpa, jangan dok salahkan Pakatan pulak, salahkan diri sendiri tu dulu. Tapi Pak Long heran jugak, tang mana depa dapat angka katakan Melayu dah berpaling dari Pas ni?

Mak Long hang nu dah berkira kira nak beli jersi Korea kat Pak Long. Dia perli Pak Long kot... haiii...

Wassalam...

Musim orang sakit cari penyakit

2 juta komen
Salam semua...

Kiri kanan jalan Pak Long tengok, lepaih kenduri ada durian, lepaih durian ada kenduri. Dah macam tak tau musim apa dah la ni.

Durian jadi murah pasai kenduri terlampau banyak, orang dah jadi kurang makan. Tuan rumah risau kenduri jadi kurang orang mai pasai tak sihat terlebih durian.

Mak Long hang tanya Pak Long, musim apa yang betoinya ni...

Pak Long kata musim orang sakit cari penyakit...

Wassalam...

Haramkan gula halalkan judi

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang dok merungut dari pagi tadi tak habih lagi... Pak Long ni sejak beralih umoq ni, bukan berapa sihat sangat kepala tu. Bertambah semak kalau dok dengaq Mak Long hang merungut. Berbulu telinga kalau dok dengaq Mak Long hang berletiaq...

Jiran Pak Long si Najib ni pun satu hal, buat apa apa pun kena bertanggungjawab la. Jangan berani buat tak berani tanggung. Takkan hang nak buat setail baling batu kerat tangan kot... tolong jangan dok bagi Mak Long hang merungut se pagi macam ni, susah Pak Long.

Judi yang haram pi jadi halal...
Ni semua duit punya pasal...
Tapi takut nak bagitau orang ramai, pasai apa pi halal....
Takut nak tunjuk muka sapa yang buat hal...
Ingat sama laknat Allah bukan mai tak tentu pasal...

Gula yang halal dah jadi macam barang haram...
Pegang dua kilo tokey kedai dah taram...
Berebut gula rasa macam kita pulak pendatang haram...
Ni sapa yang haram...

Heran macamana rakyat boleh dok angkat hangpa lagi jadi pemerintah...

Pak Long nak pi tengok apa yang patut, kenduri lagi hari ni... wassalam...

Ceriakan bini bini kita

0 juta komen
Salam semua...

Bab berbini lebih ni memang sensitip. Sensitip bagi orang pompuan la. Pak Long tak sampai hati nak bersembang pasai ni depan Mak Long hang. Bukan takut bini macam yang tuan hj jamaludin kata tu tapi hormat... hihi...

Pak Long setuju sungguh macam yang tuan misai merah kata tu. Kalu dah pandai berbini dua pandai pandailah pulak 'melayan keduanya' !

Tuan misai merah merujuk pada ucapan perwakilan dari PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang risau dengan keghairahan PAS, dapatkan sokongan pengundi baru tapi sokongan tradisinya merosot. Dapat bini muda, jangan dok lupa bini tua.

Sebenaqnya kita tak payah risau pasai nak jaga bini bini kita tu, sikit punya kepala ka yang dok ada dalam PAS. Yang berbini lebih pun banyak, pendek kata bab pengalaman tu tak la bimbang sangat. Cuma kita kena gerakkan orang orang kita secara bersama cari idea yang bernas sikit macamana nak ceriakan bini bini kita tu.

Okey la, Pak Long rasa melugai dah biji mata ni mengantuk... wassalam...

Friday, June 11, 2010

Bukan di Kelantan

4 juta komen
Salam semua...

Nak cerita pasai senang memang Pak long tak tau, nak sembang bab susah Pak Long tak reti. Tapi kalau bab korek telaga nak dapatkan ayaq bersih itu dah perkara biasa. Kalau takat minum dan mandi ayaq sungai, itu dah mangli. Tapi tu semua dulu, la ni dak dah. Banyak jugakla kemudahan yang ada.

Tapi bila kita dengaq ada lagi orang yang dah 30 tahun dan sampai la ni pun dok minum ayaq sungai keruh lagi, ini dah benda ajaib. Masakan dalam negara yang berkonsepkan "ketuanan Melayu" masih terdapat keluarga yang terpinggir dan dhaif sampai macam ni? Bukankah politik itu kekuasaan dan melalui kekuasaan jugak lah keadilan dan kesaksamaan ditegakkan.

Apa kata depa? Kita berharap penduduk dapat bersabar kerana beberapa rujukan pada jabatan tertentu adalah perlu. Kalau dah 30 tahun boleh tunggu, apa halnya lagi 2 tahun sebelum pilihanraya umum?

Jangan sapa sapa dok cari pasai pi habaq kata pemerintahan bangsa Melayu ni tak adil pulak. Jangan saja saja dok naikkan angin Mak Long hang sebab dia tu pun Melayu.

Wassalam...

Untuk ahli ahli Pas yang kanyiaq saja

1 juta komen
Salam semua...

Pak Long bukan ahli mana mana parti politik pun. Mak Long hang pun sama. Kami berdua ni penyokong pada kesejahteraan bersama yang didokong atas perinsip keadilan Islam. Sapa sapa yang letakkan Islam sebagai dominan, Pak Long ngan Mak Long hang akan sokong la.

Tapi Pak Long nak pesan la kat anak anak muda yang baru berjinak jinak dengan gemerlapan lampu neon dalam parti Pas la ni. Dulu dalam Pas cerah benderang jugak, tapi cerah bagi yang nampak saja, gelap bagi yang buta hati. Tapi kebelakangan ni cahaya dari dalam parti Pas yang terang benderang tu dah berjaya menarik perhatian ramai termasuk lah budak budak kanyiaq dan bewak bewak sekali. Tu yang Pak Long kadang kadang risau tu, yang mai pulak dari banyak latarbelakang politik yang mungkin tak masak tentang sepak terajang "politik Islam". Depa lebih asyik dan terpegun tentang "ketuanan Melayu" nyanyian pihak asing. Yang rosaknya tentu budaya Islam yang cuba diterap pakai oleh pemimpin Pas yang terdahulu.

Pak Long yang lengai ni pun tak mudah lupa agenda "kerajaan perpaduan" antara Umno dan Pas. Bukan Pak Long nak bangkang buta tuli, tapi nampak hodoh sungguh. Buat apa kita gagah dok pi berasak asak dan berpadu padu dalam rumah yang dah tau sempit. Dah kita terbodo dan terlena dibuai lagu bangsa, jangan dok ajak jemaah pi terjun dalam lubang yang sama. Jemaah yang ada telah dipandu cantik oleh pemimpin terdahulu kearah "Islam itu segalanya". Jauh sangat dan tak seiringan langsung dengan perjuangan "Melayu dulu tuan, kini tuan dan selamanya tuan".

Pak Long ngan Mak Long hang pun Melayu jugak. Tapi Pak Long tak rasa langsung macam "tuan Melayu" bila Pak Long pi haipermarket besaq besaq. Mak Long hang pun tak rasa macam "tuan Melayu" masa dok pilih ikan termenung murah dimarket basah.

Udara yang Pak Long dok hirup ni pun nasib baik la free, tak dak kaedah kot nak kontrol udara. Kalau tidak udara ni pun tak tau la sekilo berapa depa nak juai... Mai la sekali tengok rumah kampong Pak Long yang senget dok dekat sangat dengan rumah Lucy 2 tingkat setengah tu. Memang boleh beza banyak la rumah "tuan Melayu" dengan rumah "hamba hamba" yang lain. Bukan nak merungut, tapi nak bagitau kat anak anak muda Pas yang ubun ubun lembik tu, "ketuanan Melayu" hanya dongengan Umno.

Jaga jaga, lagu ni depa nak main balik dah... wassalam...

Mak Long hang buat lawak II

2 juta komen
Hobi masa lapang mahajib...

Salam semua...

Lenguh otak punya pikiaq, berjela jela tulih dalam blog mintak tolong, last last semalam Pak Long tidoq luaq la jugak. Berbirat lengan dipaku nyamuk. Nak harapkan jawapan hj jamaludin, Mak Long hang gelak gulin gulin.

Mak Long hang ego tahap gaban, dok sengeh sengeh nak bagi jawapan, pada teka teki dia yang tak ketahuan. Apa punya lawak Mak Long hang ni... nasib baik la Pak Long ni laki mithali.

Ada ka patut dia suruh lembu tu lintaih sungai ngan kuak lentang...

Hadoiiihh... tua tua Pak Long pun dok kena pekena lagi... wasallam...

Susah juga, idea Nik Aziz ni

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang kalau nak kira pada umoqnya memang dah tua tapi tak la sampai tua bangka. Tapi kalau dengaq pada sora dan tengok pada laju kepala otak Mak Long hang, orang muda pun silap silap boleh kantoi.

Mudah sangat petuanya, letakkan Islam diatas segala galanya. Islam itu adil, perjuangan meninggikan Islam tiada batasan muda atau tua. Islam yang adil inilah perlu memimpin dan bukan dipimpin. Islam yang adil inilah mendominasi bangsa dan bukan bangsa mendominasi Islam.

Pasai apa kita perlu bezakan muda dan tua ketika mengisi perjuangan Islam ini. Pak Long tak berapa paham tapi Mak Long hang cukup geli dengaq batasan ciptaan manusia ni. Sikap suka membezakan umoq dan pangkat akan menjarakkan lagi satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Ini masaalahnya sebab kekuatan jemaah tak jitu.

Pasai apa perlu kita ikut parti lain yang jelas berpuak puak. Depa ada sayap puterinya lalu kita pun kalut nak buat sayap muslimat muda? Kegagalan kita menarik generasi muda mendampingi kita adalah kelemahan kita.

Tapi, terkedu jugak la Mak Long hang bila Pak Long bagitau tu idea Nik Aziz...

Wassalam...

Thursday, June 10, 2010

Takut buruk siku

2 juta komen
Salam semua...

Kita kalau nak bagi apa apa pun mesti dengan ikhlas. Cuba tengok janda Limah sebelah rumah Pak Long tu, dia buat apa pun dia ingat jugak nak bagi kat Pak Long ngan Mak Long hang. Dia tau kami ni dok berdua saja. Pak Long tau dia tu ikhlas, cuma Mak Long hang saja yang kadang kadang tu nampak macam cuak cuak sikit.

Mak Long hang pun selalu pesan, bagi apa pun kat orang kena ikhlas. Sebab tu bila dah bagi kalau boleh jangan la dok mintak balik pulak. Tak elok dah tu orang tua tua kata takut nanti buruk siku.

Jangan tanya Pak Long pasai apa Johor tarik balik gelaran Datuk kat Chua Jui Meng. Mak Long hang pun bukan tau semua sangat. Tapi Pak Long rasa tak berapa cantik la. Memang la, janda Limah boleh mai mintak balik gulai atau kueh mueh yang dia bagi, memang hak dia la dah bagi tup tup rasa macam tak mau bagi, cumanya tak cantik la. Macam tu lak jugak dengan istana Johor, hak mutlak istana Johor la nak bagi dan tarik balik bila tak puaih hati. Tapi macam kata tadi la, tak cantik jugak la pasai Jui Meng tu la ni dah jadi pembangkang. Apa pulak orang nanti kata...

Tapi bagi Pak Long sebagai orang besa, orang kampung ni rasa lebih selesa dan ringan bila berjalan tanpa gelaran gelaran mewah macam tu... gelaran Pak Long yang semulajadinya dapat ni pun dah kira berat gak ni...

Wassalam...

Gulai siput ulam pucuk ubi

2 juta komen
Salam semua...

Redup sungguh petang ni, mata pun naik layu bila perut kenyang. Mak Long hang buat gulai siput campoq nenas hari ni, kena pulak ulam pucuk ubi sambai belacan... pergghh... dua pinggan la jugak.

Rasa nyaman sungguh dunia, bagai dunia tanpa Saiful pulak bila boleh dok bersandaq kat pangkin bawah pokok manggih sambil pekena kopi 3 dalam 1 ni. Kepala Pak Long tak dak lain, dok pikiaq jawapan teka teki yang Mak Long hang bagi pagi tadi ni. Dok tak dapat dapat lagi ni... Ya la, sapa mau tidoq bertemankan nyamuk kurus sorang sorang kat luaq.

Errr.. pasai apa Mahfuz pi kata Najib ni munafik politik pulak ni... Ahh... malaih la nak pikiaq. Pak Long nak letak kepala ataih bantai sat... dok berangin macam ni syok jugak...

Wassalam...

Fobia ngan Polis

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long nak tanya, hangpa rasa apa bila baca berita ni? Seronok ka atau rasa macam nak balik kampong tidoq bawah ketiak mak pak hangpa.

Apa punya dongeng tak tau la ni bila pasukan Polis boleh hilang 62 senjata api sejak tahun 2001 tapi yang dapat balik hanya 28 unit saja. Cerita ni bukan mai dari kutu rayau tepi jalan tapi dari menteri dalam negeri, Hishamuddin Hussein.

Pak Long sedih betoi ngan imej pasukan Polis ni. Macam tak dak sapa dah yang peduli nak perbaiki imej pasukan. Lepaih satu timbui satu lagi isu yang menjejaskan imej depa. Anggota baru pulak penuh dengan pemburu kerja yang kecewa. Dah sampai Cikgu tak dapat, posmen tak terima baru Polis jadi pilihan terakhir.

Mak Long hang tok sah kata la, memang dah fobia dengan Polis ni sejak kena marah pasai tak dak lesen hari tu.

Ceritanya, Pak Long turun moto sat saja pi kedai Wa Mat, tinggai Mak Long hang dengan enjin moto yang tak mati. Mai sorang konstabel terus mintak lesen kat Mak Long hang. Mak Long hang menyinga la bila kena tengking pasai tak dak lesen moto. Mak Long hang yang marah sangat tu pasai budak polis tu tak periksa habih habih. Mak Long hang berdiri tepi moto saja sambil pakai helmet, itu pun kena ada lesen ka?

Sampai la ni Mak Long hang geli tengok mamat Polis tambah tambah lagi bila berita hilang senjata ni pulak yang timbui... jangan harap la Mak Long hang nak lepaih anak dara Pak Long kat Polis.

Wassalam...

Mak Long hang buat lawak

0 juta komen
Mahajib dok senyum kat Pak Long...

Salam semua...

Mak Long hang buat lawak pulak dah pagi ni.

Mimpi apa tak tau la semalam ni, dia bagi teka teki kat Pak Long paksa jugak jugak suruh jawab. Yang Pak Long suruh picit tengkok sat pun tak mau kalau tak jawab teka teki dia.

Hadoiiih... nak kena pikiaq la pulak.

Ada sekoq lembu bernama mahajib. Lembu ni jenih cerdik nak mampuih walau sekolah tak tinggi. Satu hari dia teringin sangat sangat nak pi keseberang sungai yang penuh dengan lembu lembu comei dan rerumput segar. Tapi sungai yang airnya dalam ni penuh dengan ikan pirana. Jadi, macamana lembu yang sekoq ni nak dapatkan rumput segar di seberang sungai yang penuh dengan ikan pirana ni?

(Errr.. lembu lembu comei tu Pak Long yang tambah bagi gelemer sikit... hihi... Mak Long hang tak kata lagu tu pun)

Pak Long jawab dah berbakoi bakoi, tapi satu pun tak betoi. Dari subuh subuh tadi dah cuba tapi haram tak kena. Mak Long hang suruh jugak jugak kalau tak mau tidoq luaq malam ni. Haru la Pak Long nak kena tidoq luaq, apa la kena ngan Mak Long hang ni tak tau la... ish.. ish... ish...

Sendiri mau tau la kalau dah tak tau, sebab jawapan Mak Long hang hanya terbit esok pagi, itupun selepaih mandi.

Rambut Pak Long pun bukan ada sangat dah, kalau lagi dok garu pakai habih langsung la. Bukan Pak Long tak reti jawab teka teki kacang macam ni, tapi dah sakit tengkuk ni nak pikiaq lebih lebih pun tak boleh. Boleh ka sesapa yang rasa terer sangat tu tolong Pak Long jawabkan... tidoq luaq ni sejuk ooo...

Wassalam...

Anwar ugut nak main kasar

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun kadang kadang tu main ugut ugut gak ngan Mak Long hang walaupun selalunya dia buat tak tau saja. Tak main ugut mai mana kalau sampai nak tegoq janda Limah sekali pun dia tak bagi. Pak Long kata tak adil tapi Mak Long hang kata tak patut.

Ugut mengugut ni kadang kadang saja boleh jalan tapi selalunya sangkut. Payah nak berjaya dari capai matlamat. Sebab tu Pak Long rasa Anwar tak patut main ugut ugut nak pusing Malaysia kalau lucut MP. Terus pusing saja, jangan dok ugut ugut dah. Bila hang dok ugut macam ni yang depa dok pelekoh hang lagi teruk tu. Tuan penasihat puak yang hang dok berlawan la ni mai dari zionis Yahudi jugak. Apa bezanya?

Sekali sekala Anwar oi hang kena ikut perangai Pak Long jugak. Jangan dok ugut ugut dah, terus saja tegoq janda Limah tu kalau dah nak tegoq sangat pun... wassalam...

Wednesday, June 09, 2010

Ingatkan cerita pasar malam

2 juta komen
Salam semua...

Laa... Pak Long mati mati ingatkan berita peniaga pasar malam berebut tapak meniaga. Fuhh... nasib baik bukan. Rupanya peniaga pasar malam lebih beretika lagi dari depa yang pakai net tai...

Depa depa yang bergaduh macam mat Bangla berebut bawang tu bukan calang calang orang. Semua orang orang besaq dan kenamaan. Tempat depa bergaduh tu pulak diangkat manusia sebagai lambang demokrasi tertinggi negara kononya, yakni Parlimen.

Patut la Mak Long hang tak ajaq langsung Pak Long cara cara nak pakai net tai... dia takut jadi cakap saja pandai...

Wassalam...

Yang pasti rakyat dah kena kencing

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tanya, sapa yang dok galak sangat berbohong pasai lesen judi tu. Pak Long bukan tau kepala ekoq sangat cerita ni, jenuh dok pejam celik jugak la dok pikiaq sapa dia?

Najib kata tak bagi lagi lesen judi tu walaupun Berjaya kata depa dah berjaya dapat kelulusan dari kementerian kewangan. Awat pelik sangat kerjaaan hangpa ni, sampai ngan Vincent Tan pun terkemut kemut nak buat keputusan? Pak Long berdoa sakan la ni, jangan la sesapa dari hangpa yang gatai nak berfatwa ni semua bohong sunat, nak kena seligi ngan Mak Long hang, terai la...

Apa apa pun yang pastinya rakyat dah kena kencing lagi... dan lagi... dan lagi... dan lagi...

Wassalam...

Besaq sungguh la lesen judi hangpa

2 juta komen
Salam semua...

Macamana Pak Long nak cerita tak tau la nak bagi hangpa ni paham. Judi haram tetap haram la, dok gatai nak bagi halal pasai apa?

Bila hang dok gatai minta syor terbaik atasi judi haram bermakna kata ada la judi yang halal? Awat macam tu punya bangang ni? Sampai halal ngan haram pun dah tak tau nak beza. Hangpa ingat sa kata bagi lesen terus judi tu jadi halal? Awat besaq sangat ka lesen hangpa nak banding dengan firman Tuhan?

Patut la Mak Long hang dok kata hangpa ni lebih suka dengaq pembiaya Umno berkata kata dari dengaq sabda ayat ayat Allah.

Wassalam...

Saya kata apa yang bos tak berani kata

2 juta komen
Salam semua...

Ajib: Hang pi main jauh jauh, jangan dok buat baik ngan aku...

Derih: Ala bos, saya kata apa yang bos suruh jugak. Saya dah kata apa yang bos tak berani kata.

Ajib: Aku suruh lain yang hang pi cerita lain buat apa, kan susah aku jugak nak kena perbetoi balik.

Derih: Aikk.. tak betoi lagi apa yang saya buat? Tak betoi ka apa yang saya kata?

Ajib: Aku suruh hang bermain politik bukan suruh hang berpolitik main main.

Derih: Bukan ka bos yang cakap pasai negara nak bangkrap?

Ajib: Oi bahalol, negara tak akan bangkrap selagi aku menteri kewangannya, bukannya negara bangkrap kalau aku jadi menteri kewangannya... bodoh.

Derih: Oooo... kirim salam kat kak Mah ya bos...

Ajib: Huh...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails