Saturday, July 31, 2010

Kerat lidah baru tau

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long cukup tak berkenan betoi orang yang jenih suka pembohong ni. Mak Long hang lagi la, siap ngan ugut nak kerat lidah lagi.

Awat yang kita nak kena jadi pembohong tu pasai apa dah bila kita ada peluang dan boleh pulak bercakap benar. Nak pembohong jugak pasai nak jaga periuk nasik. Hangpa seronok ka bagi makan anak bini ngan duit hasil tak elok tuh. Megah sangat ka jadi sorang pembohong ni.

Pak Long tau la Ku Li tak kata pembohong pun. Ku Li tu jenih cakap berlapik nak jaga jugak hati kawan kawan dia. Ku Li dakwa menteri tak cakap benar tu kira menteri pembohong la. Nak kata apa lagi kalau bukan kaki pembohong.

Ishhh... Pak Long pun susah jugak nak cerita bila Mak Long hang tanya, memang kena jadi pembohong ka baru boleh jadi menteri?

Menteri ni pun bukan jenih pandai pembohong ni, sebab kalau dia pandai membohong, gerenti tak kantoi punya... Ku Li pun tak la tibai berbuih macam ni.

Wassalam...

Friday, July 30, 2010

Bangang melantun lantun

6 juta komen
Kabinet paling bangang dalam sejarah tamadun manusia...

Salam semua...

Heh... heh... Mak Long hang dah kata dah, Najib bukan nak pi bulan madu sangat pun. Cuti yang entah kat sapa yang dia apply tu sampai la 10 Ogos nanti tak dak kena mengena langsung dengan hobi si Rosmah yang suka menyelam. Nak honeymoon pun tak tenteram, tengok si Rosmah nampak kapai selam.

Mak Long hang kata, Najib dah tau lama dah. Ada VIP yang nak kena terjah. Betoi, memang Liong Sik kena dakwa pasai penipu. Tapi hangpa jangan dok silap paham pulak. Yang betoi betoi salah bukan si Liong Sik ni, tapi senarai jemaah menteri yang kena pekena ngan Liong Sik ni yang salah. Salah yang tak dapat diampun pasai bangang depa melantun lantun.

Tapi Pak Long nak peringat kat hangpa la, si Liong Sik ni cuma pemegang amanah. Liong Sik tak berani punya jalan dalam gelap sorang sorang melainkan ada tangan yang dok suluh. Dia tak berani punya nak lintaih sungai deras kalau tak dak tangan nak bergantung harap. Persoalannya disini, amanah tu pulak hak sapa punya? Awat yang bengong sangat jemaah menteri BN ni sampai tak dak apa satu pun yang depa tau? Tak dak ka sapa sapa sekoq yang upaya sedaq awai dan cerdik sikit dalam tindakan? Rupa rupanya hangpa semua dah kena kencin dengan penyangak bangsa MCA ni. Ka hangpa semua yang ada dalam kabinet tu terlibat?

Pak Long berfirasat, pertuduhan ni hanyalah satu lagi dari wayang Umno untuk mencurangkan rakyat seperti kes kes yang dedulu tuhh... sampai la, habuk pun tarak... Huuhh... pi main chess ngan Mak Long hang pun baguih dari dok buang masa hamput puak puak buta perut ni.

Wassalam...

Menteri Najib kering idea

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni mana kenai sekolah tinggi tinggi. Ya la paling tinggi belajaq tu tomoi la kot, ngan Mat Terk di kampung dulu dulu ni. Ekelehh... gelanggang celah pokok getah, berapa orang yang tergeliat ibu jari tersepak akaq getah.

Sebab tu Pak Long ni kira generasi bertuah la dah Tuhan jodohkan dengan Mak Long hang. Mak Long hang tu tak cerdik mana pun. Tapi Pak Long gerenti Mak Long hang cerdik banyak la kalau nak banding dengan menteri menteri kabinet Najib. Bukan Pak Long nak cakap besaq, dak.

Ini kenyataan, ca hangpa tengok sini. Mak Long hang tak pernah sekalipun potong duit poket anak anak pi sekolah dulu ni, walaupun time harga getah paling menyampah. Mak Long hang tak pernah miss buat bekai kat Pak Long waktu pi motong getah dulu ni walaupun tinggai nasi campoq minyak lauk ngan teloq goreng mata kerbau saja. Ada la kot sekali tak masak, tu pun pasai bangkit lambat pagi Jumaat. Sekali tu saja laa...

Mak Long hang ni kreatif bab bab jaga duit ringgit ni. Mak Long hang tau saja nak pusing macamana duit tu jangan sampai semak kepala anak anak pi sekolah. Mak Long hang akan perah kepala dongga dia tu janji Pak Long boleh makan bekai dia tengahari nanti. Kira masa tu janda Limah tak dak chan la nak masuk daun...

Ca hangpa tengok menteri menteri yang dok keliling Najib tu, depa buat apa. Satu idea pun tak dak, kering langsung otak depa. Yang depa tau, potong sabsidi barangan biaq harga barangan melambung naik. Yang nak mampuih tu bukan depa, rakyat jugak yang jadi mangsa pada penguasa.

Hangpa dah tak reti nak jaga negara dan rakyat, bagitau la. Kami nak ganti dengan orang lain. Hangpa kalau dah tak dak idea dah bantu negara dan rakyat, letak jawatan la. Biaq orang lain yang ada idea pulak yang jaga negara dan rakyat. Idea kepala bana hapa, nak tolong rakyat sendiri kena tarik sikit sabsidi... chitt... buat malu kat Mak Long hang saja laa...

Wassalam...

Thursday, July 29, 2010

Oppocot... tak pandai menipu

0 juta komen
Salam semua...

Alahaii... terkejut tenuk Pak Long bila tengok si Chua Soi Lek ni terkejut. Ya la, Pak Long ingatkan si Chua ni payah nak terkejut, rupa rupanya dia pun kuat terkejut jugak. Ekelleh... buat buat terkejut kot. CD hang dulu punya laku, macam goreng pisang panaih, tak terkejut sampai macam ni punnnn....

Tokey parti MCA, Chua Soi Lek yang senang sangat ngan pompuan juai tubuh ni terkejut besaq bila dapat tau bekas tokey parti tokey tokey tu, Ling Liong Sik kena dakwa pasai tak pandai menipu. Chua yang terkejut sangat tu pasai orang yang tak pandai menipu, tak boleh masuk parti tokey tokey. Kena pandai menipu baru boleh join parti tokey tokey, baru tak leh kena tangkap. Tau tau sifu dia pi kena tangkap pasai menipu. Kira tak pandai menipu laaa...

Apa apa pun Pak Long yakin Liong Sik akan di bicara dengan penuh adil ikut undang undang negara Najib dan pasti akan dibebaskan nanti pasai memang dia tak bersalah pun. Yang bersalah ialah orang yang kena tipu dengan dia tu pasai bangang.

Wassalam...

Mahathir ada etika ka

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long dok ingat lagi perangai Mak Long hang ni. Lama dah cerita ni jadi rahsia kami berdua, jangan dok heboh kat orang lain pulak.

Sebenaqnya Mak Long hang ni cukup berkenan kat Mahathir, jangan la sapa sapa gatai dok jentik sikit pun hidung Mahathir ni. Pak Long ada gak jarum Mak Long hang sekali tu, Mahathir ni bukan Melayu betoi, tak jalan sikit pun. Taksub Mak Long hang kat Mahathir ni dah sampai ke peringkat kronik seawal pemerintahan Mahathir lagi. Hangpa ingat dak kad perakam waktu yang Mahathir buat kat kakitangan kerajaan dulu nih. Benda alah ni lah jugak Mak Long hang nak pasang kat pintu rumah Pak Long check time Pak Long keluaq masuk. Urut dada la Pak Long, nasib baik benda ni tak jadi.

Tapi la ni dak dah. Mak Long hang dah kembali normal, terima kasih la kat Sharuk Kan ngan Juhi Tola yang berjaya sedaqkan balik Mak Long hang dengan filem 'Dhar' depa tuh, lagu tu la kot eja depa. Pak Long bukan ambik peduli sangat pun ngan puak puak menyanyi selagu, tiga kali tukaq baju ni. Tapi yang pentingnya, Mak Long hang terlupa la sat kat hidung Mahathir tuh.

Pak Long teringat kat Mahathir ni bukan pasai apa, ni ha Mahathir ada cadangkan penulis blog dan pengamal media sosial gunapakai kod etika sendiri. Masaalahnya Mahathir oi, hang meraban lebih lebih ni gunapakai etika mana? Hang sekeh Pak Lah, luku KJ, geletek geletek Najib memang tak payah pakai etika apa apa ka?

Hang jangan dok merepek lebih lebih, hang mesti tak suka kalau Mak Long hang marah. Mak Long hang pun bukan jenih suka pakai kod kod etika.

Wassalam...

Wednesday, July 28, 2010

Adduss... tersentuh hati jantan Pak Long

12 juta komen
Hati jantan Pak Long diregut pilu. Tersirap habih darah panglima 7 Pak Long. Sebab tu la, tok sah kira la hangpa sokong Nik Aziz ka atau Mahathir ka, pandulah dengan cermat.

Mahathir tak boleh tolong hangpa kalau hangpa tak bercermat di jalanraya. Tolong tengok boleh la. Nik Aziz pun tak boleh nak tolong hangpa kalau hangpa tak reti nak jaga diri sendiri di jalanraya. Tolong talkin boleh la.

Ingatlah orang yang tersayang. Gambar atas menunjukkan kepiluan tak terhingga Wan Manzini Wan Mamat, 26, (kanan) ketika ditenteramkan oleh ahli keluarganya sewaktu melihat keadaan mayat suaminya yang rentung selepas keretanya terbakar (gambar kecil). Kereta yang dipandu suaminya terbakar bila merempuh belakang sebuah lori di Jalan Tok Bali, Pasir Puteh, hari ini. - Foto Fathil Asri

Nasib baik la Najib tu lembab sikit

0 juta komen
Salam semua...

Kalau Pak Long dok tempat Najib pun, Pak Long mesti buat macam ni jugak. Silap silap haribulan, lebih awai dari Najib. Benda baik untuk bangsa UMNO, dok nak tangguh tangguh nak buat apa?

Cuab hangpa tengok, Najib baru nak terhegeh hegeh tukaq peraturan, cikgu cikgi boleh main politik. Tu yang Pak Long kata Najib ni lembab sikit tuu. Benda ni kalau dia buat dari awai awai dulu lagi, senang senang saja dia boleh terajang cikgu cikgi yang sokong PAS pi Sarawak. Dengan sistem canggih ni, mudah sangat la kita nak tau pegawai mana yang sokong pembangkang... hihi... mampuih la hangpa lepaih ni.

Kadang kadang dengan puak pembangkang ni kita tak payah main kasaq kasaq sangat, tak payah tukaq tempat mengajaq. Dah kita tau si polan tu penyokong PKR ka, kita tekan sikit, ugut nak dakwa dia ngan kes liwat ka hapa ka... mesti depa lari tak cukup tanah punya... bab ni la yang paling seronok.

Lagi satu, peraturan ni banyak kelebihan bagi bangsa UMNO disekolah sekolah. Maklum la, takkan Najib nak bagi orang DAP jadi pengetua sekolah jaga bangsa bangsa UMNO kot. Mesti orang kita kan. Jadi sapa sapa yang berbangsa UMNO, mesti ranggi gila punya. Besaq kepala tak kira la di sekolah, macam sekolah tu bapak kita yang punya.

Macam yang Pak Long kata tadi ni, memang untung la orang bangsa UMNO lepaih ni... hihi... Ada ka sesapa lagi dari pegawai kumpulan A yang berani istihar sokong Pakatan Rakyat lepaih ni? Try la tengok kalau berani.

Wassalam...

Jangan dok tunjuk bodo hangpa

4 juta komen
Pengetua Sekolah Murid Mengandung, Melaka...

Salam semua...

Hadoiiih... tolong la Umno oii, letih la Pak Long lagu ni. Tak larat dah nak bergulin gulin. Bukan bergulin gulin ngan Mak Long hang, dak. Bergulin gulin punya gelak, keraih perut perut.

Lagu ni saja ka kepala hotak orang berbangsa Umno boleh buat. Takat ni saja ka cerdik hangpa. Kita cerita pasai masaalah sosial belambak lambak la ni bukan nak suruh hangpa tunjuk bodo hangpa. Kesian la kat orang Melaka ada Ketua Menteri yang sumbang dalam berdondang sayang. Tak sedap langsung.

Hangpa pikiaq elok elok dulu baru bercakap. Kreatif tak bertempat boleh bawak musibat. Tak pernah dibuat orang dok himpun budak budak ter'mengandung' dalam satu sekolah. Cuba hangpa pikiaq tengok budak budak yang terlanjur dalam sekolah tu nanti. Depa nak pi letak muka tang mana lepaih depa belajaq. Lulusan mana? Lulusan KMM. Bukan 'Ketua Menteri Melaka' tapi 'Kelas Murid Mengandung'. Tak dak kelas langsung laa...

Pak Long tau la, zaman la ni memang tak susah pun nak dapatkan anak murid jenih terlanjur macam tu, berlori lori boleh dapat... hihi...

Tumpang hangpa dok pegang kosa ni, Pak Long nak pesan cuba cuba la buat pelan macamana nak cuci hati nurani anak anak bangsa. Tok sah dok kira la terlanjur ka belum. Cegah sebelum parah. Hati yang cuci akan hasilkan hati yang suci. Hati yang suci memandu diri menjadi baik. Baik hati akan jugak mengzahirkan insan yang baik. Hangpa reti ka dak ni...

Hadoiiih.... wassalam...

Tuesday, July 27, 2010

Tak cukup jari nak kira

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long ternganga dengaq Husin dok cerita dengan penuh bangga. Boleh ka dia tak bangga, setiausaha Umno kampung la katakan. Kalau dah dia pun tak bangga, sapa yang nak bangga lagi. Pada hai, sekupang pun Najib tak huloq mai kat dia.

Yang Pak Long ni terbeliak biji mata punya pikiaq, berapa kontena gamaknya nak isi duit sebanyak RM180 bilion tu. Nak kata tentera kita canggih sangat pun dak jugak. Yang mati dalam bertugas pun berlambak. Ya la, ajal maut ditangan Tuhan, tapi biaq la alatan yang askar kita pakai tu berbaloi ngan duit yang hangus tuh. Entah entah yang lain tu habih kat penyangak saja. Beli senjata baru nak ganti senjata lama, komisen saja tak dan nak kira.

Pak Long habaq kat Mak Long hang, jangan dok angkat jari la nak kira 180 bilion ringgit tu boleh buat apa. Tak cukup jari haih...

Wassalam...

Selangor tak pa, Penang sori laa

0 juta komen
Salam semua...

Tak dak yang penting sangat pun. Saja layan nafsu serakah kengkawan yang sms kat Pak Long tadi ni suruh baca berita betapa suci bersihnya hati orang orang Pas Selangor.



Sebelum dari tu, si Lucy suruh Mak Long hang tengok cerita budak Cina Melaka ni yang bercita cita tinggi nak kaya cara cepat, dia ni dah macam cari makan dengan saman orang pulak.



Yang kat Selangor kata, tok sah dok saman saman la. Kita nafi nafi macam tu pun dah cukup. Takkan kita sebagai golongan ulama pewaris nabi ni pun ahli ahli tak boleh percaya.

Yang kat Penang pulak kata, puak puak penjilat ni lagi dok biaq lama lama depa pijak kepala kita. Macam harap Berahim Ali masuk Pas la kalau nak tunggu depa depa ni cakap betoi...

Wassalam...

Sudah tu sudah lah

0 juta komen
Salam semua...

Masa Pak Long turun rumah pagi tadi, terjerembab la dengan Ah Seng. Dia tanya apa cerita kawan kawan kita nu. Pak Long kata tak dak apa haaih, hang jangan dok risau la. Budak Ah Seng ni bukannya apa, dia baru belajaq makna azan saja. Dia bukannya tau Islam tu agama yang macamana. Tapi dah 3 pilihanraya dia dok undi Pas, bukan pasai negara Islam Pas tapi pasai benci sangat sangat kat Umno.

Hangpa boleh nampak dak apa yang Pak Long nampak?

Tera nak sampai kedai hj Karim, selisih pulak dengan Muthu. Pun serupa soklan yang sama. Hadoiihh... Pak Long tau la dia ni pun dok undi Pas jugak. Minggu lepaih dia dok kalut tambah keahlian dewan penyokong Pas. Memang dia agama Hindu, macamana rupa negara Islam tu pun dia tak kenai lagi. Tapi dia naik risau bila orang dok sebut Pas nak kawin ngan Umno. Sebab dia tau sangat, Umno lah peragut kesucian Samy Vellu.

Hangpa boleh nampak dak apa yang Pak Long nampak?

Sampai kat kedai hj Karim lagi la riuh, memang jadi topik hangat lah isu nak padu padu ni. Kat kampong, Pas ngan Umno memang selalu dok jumpak dah tapi tak la jumpak dalam gelap macam depa tu. Penyokong penyokong yang melahu kat bawah ni risau pasai depa depa tu pernah bergelap sama sama. Sejarah tak pernah jadi pembohong.

Hangpa boleh nampak dak apa yang Pak Long nampak?

Persepsi penyokong bawahan banyak yang dah rosak pasai kelaku hodoh kita dok layan puak puak Melayu ni. Kita dah bagitau semua orang pilihanraya hari tu, Pas untuk semua. Keadilan Islam untuk semua. Alih alih la ni nak tukaq pulak pi Pas untuk Melayu Islam. Apa ni... hangpa main main ka? Sudah tu sudah lah... Jangan sampai Ah Seng ngan Muthu kata Islam khianati depa pulak, susah Pak Long nak cerita kat depa nanti.

Ishh... hangpa paham ka apa yang Pak Long dok cerita sampai berbuih mulut mulut ni? Dah la, nak pi ubah lembu kat padang sat...

Wassalam...

Monday, July 26, 2010

Depa dok pukui tang mana cedera

2 juta komen
Salam semua...

Dulu Mak Long hang tak kacau langsung, tengok la gusti kat kedai haji Karim tu berapa jam pun, tapi la ni dia dah mula buat perangai. Mak Long hang tak bagi tengok gusti langsung. Mesti dia hingaq punya kalau dari lepaih Isyak kat surau tak balik balik rumah lagi. Mak Long hang marah bukan pasai apa sangat, sebab Pak Long jadi susah nak tidoq malam. Mak Long hang la yang susahnya.

Pak Long tak kisah pasai Pak Long pun tak minat sangat ngan sukan gusti ni. Saja syok syok tengok, teman kengkawan. Tapi kalau hangpa nak tau, sukan gusti banyak main taktik kotoq. Kotoq nak mampuih, lagi tengok lagi kita sakit hati, macam nak hempuk kerusi meja. Nak kata apa pun la ni dah kira tiga biji dah la cawan hj Karim yang Pak Long kena ganti. Nasib baik cawan dia serupa ngan hat Mak Long hang dapat main kut dulu ni... hihi...

Taktik orang jahat main gusti ni depa suka angkat geng. Bila tengah dok lawan tu, geng depa hat dok kat bawah tu buat taik, kacau sana, kata sini. Bila hat hero ataih sana dah radang, dok bertengkaq kat tali, geng jahat yang ataih gelanggang ni balun kot belakang. Tang ni mesti satu lagi cawan hj Karim berkecai kena hempuk.

Bila dah geng baik terguling gantang, depa kilaih kaki kawan sampai meraung raung. Terlepaih macamana pun, mesti tercengkeh cengkeh sakit kaki. Yang geng jahat tadi ni dok kira hentak tang kaki sakit tadi ni lah. Dia tak peduli dah yang hero tadi ni dok meraung sakit, dia sepak tang yang sakit jugak. Dia kilaih kaki yang belah dok sakit la jugak. Bab ni la yang berbijik bijik cawan hj Karim berselerak tuh... hihi...

Geng jahat dalam sukan gusti ni Pak Long tengok sebijik perangai Umno. Depa lagi lagi dok sepak Pas pasai perpaduan Melayu walaupun depa tau Pas perjuangkan perpaduan Islam. Pemimpin pemimpin Pas akan tikam hang aku, jugak pasai isu ni. Pendokong pendokong Pas akan serba salah, jugak ataih isu ni. Depa tau, Pas rosak teruk pasai isu perpaduan ala Umno ni. Lagi sakit, lagi depa syok dan lagi depa pukui. Depa hanya dok pukui tang mana yang cedera tu saja.

Ishh... hangpa paham ka apa yang Pak Long dok cerita bab gusti gusti ni...

Wassalam...

Hissh... sapa kentut ni

4 juta komen
Salam semua...

Sebab tu Pak Long cukup tak suka bila orang tua tua dok bersembang, budak budak dok melangut dengaq sama. Bila orang tua tua dok berbahas bab bab orang dewasa, budak budak kena pi main jauh jauh. Jangan dok masuk campoq bab orang tua tua.

Bila dah jadi perang mulut dan ada pulak budak budak yang masuk campoq, keadaan akan jadi haru biru habih. Budak budak bukan ada adab sopan sangat. Banyak dari depa yang tak reti bahasa. Kerja depa jadi tukang lapor saja. Depa tak kira orang sana dengaq laporan depa bunyi macamana ka ataupun orang sini dengaq cerita depa lagu mana ka. Janji buat laporan, baik buruk depa tak peduli.

La ni tak ka haru jadinya. Baik baik orang ramai hormat dan pandang tinggi ilmu yang ada kat dua individu ni, la ni dah mula jadi tanda tanya. Sapa yang kentut busuk sangat ni, Harussani ka atau Hassan Ali?

Bau kentut lepaih pekena teloq rebuih ni memang tengik betoi laaa...

Wassalam...

Sunday, July 25, 2010

Nak bagitau kat Harussani sat

0 juta komen
Umno tu dulu cukup hodoh perangai depa...

Salam semua...

Kalau hangpa tanya Pak Long pun, Pak Long secara peribadinya tak mau Pas ngan Umno ni berpadu. Mak Long hang pun tak suka, biaq dok lagu ni tak pa. Biaq kita cuak sikit pasai ada orang dok intai kita, nak telanjang dalam bilik pun seriau bahasa... hihi...

Nak padu padu apanya, yang sorang tidoq ataih tilam dan yang lagi sorang tidoq ataih bangku. Yang sorang cakap Islam dan yang sorang lagi cakap Melayu.

Lagi satu Pak Long nak habaq kat Harussani tu, kalau nak bincang bab bab baik macam ni tak payah sapa sapa pun jadi orang tengah la. Buat menyemak saja. Kita bukannya nak satukan budak budak cerodong bangang yang baru dua bulan menikah tergigit lidah. Budak budak melanuih macam tu tak pa la kena orang tengah takut bertumbuk. Ni bab yang cukup besaq dan ahlinya pulak orang orang besaq dan tinggi agama. Biaq depa sendiri la yang tentukan macamana.

Orang kata durian Perak ni memang sedap, jenih manih pedaq lidah lidah. Tapi makan banyak banyak boleh ber'taik' mata, panaih...

Wassalam...

Ezam yang ada kosa

0 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang mesti bangga gila ni kalau dia tau Ezam la ni dah ada kosa. Tengok, kira tak sia sia la dia guna aura Anwar masuk Umno. Nak harapkan kat PKR, sampai tua la nak boleh dapat jawatan senator dan la ni pulak ada kosa besar di Selangor.

Tahniah la Ezam oii... ni la kot orang kata rezeki anak anak. Lepaih angkat sumpah senator pada 3 Mei lalu, teruih dapat kosa lebih besaq. Kena berdiri di barisan depan dalam kempen 'Selamatkan Selangor' dan kena pulak duduk ditengah tengah antara Noh Omar dan Khir Toyo sebagai pengantara.

Entah, orang lain Pak Long tak tau apa depa nampak. Tapi bagi Pak Long la, budak Ezam ni berlakon stail lama la. Jenih baju petak lipat lengan tu di zaman P. Ramlee boleh la. Ezam ni berpolitik jenih manja sikit. Dia takut dok sorang sorang, macamana pun mesti dia nak kena ada sorang gembala jaga dan urut kepala dia. Susah la politik cara macam tu. Tak boleh pi jauh punya...

Oppss... harap Mak Long hang tak baca posting Pak Long yang ni. Mengkalu tidak, mampuih la Pak Long kena hamput pasai kutuk wajah cute pujaan Mak Long hang nie... hihi...

Wassalam...

Mai kita bersangka baik

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long setuju sangat, Hassan Ali tak payah ber'gelabah' bewak kalau dah betoi dia jumpak ngan Harussani. Mengaku saja dan cerita benda yang betoi. Jangan dok kencing orang ramai sudah. Masaalahnya, salah ka nak jumpak ngan mufti tanya bab bab doa terang hati ka? Berdosa besaq sangat ka susuk Pas pi jumpak ngan orang tengah Umno ni?

La ni baru Pak Long nampak, munasabah sungguh la Mak Long hang tak bagi Pak Long jadi ahli politik pun, buat semak kepala boleh la. Pak Long pun tak kelapaq nak jadi Exco kalau dah sampai nak jumpak Harussani pun tak boleh. Apa salahnya kalau nak jumpak panggil makan kenduri ka, nak belajaq bab bab mandi junub ka. Haru la kalau sampai nak jumpak pasai kerja rasmi macam ni pun tak boleh.

Tapi ya la, politik ni persepsi. Persepsi penyokong mungkin tengok lagu lain daripada apa yang kita nampak. Jadi, pakat pakat la kena jaga adab. Orang ramai macam kecewa tu bukannya apa, Harussani tu kopiah dia nampak macam warna putih tapi sebenaqnya kaler biru. Jadi bila Hasan Ali ni dengan berjubah kaler hijau pi jumpak Harussani, orang ramai tak percaya la semata mata nak tanya pasai mandi junub saja. Bab bab mandi junub ni kalau ikut pandangan orang ramai, ustaz ustaz yang sembahyang penjuru surau pun boleh jawab. Ini mesti ada hal lain yang lebih penting dan sulit. Padan la ngan Harussani pun pi buat kenyataan buah gantung, jenih cerita tak bagi habih.

Tapi Pak Long percaya punya, takkan pakar motivasi pujaan Pak Long ni nak kencing orang orang dia sendiri kot. Sebab tu dia tak gelabah langsung dengan isu lapok yang berusia lebih dua bulan ni. Tapi ni lagi satu masaalah pulak. Sapa antara Hasan Ali ngan Harussani ni yang terlupa nak cakap benar. Pak Long sebut terlupa tu bukan pasai apa, dua dua depa ni orang besaq dan tinggi agamanya, tak sampai hati pulak Pak Long nak kata salah sorang dari depa tu pembohong.

Kalau dah Hasan Ali kata tak dak agenda perpaduan Melayu masa depa jumpak, pasai apa yang Harussani pulak kata ada perbincangan khusus perpaduan Melayu antara dia dengan pemimpin pemimpin dari Pas dan Umno? Dah tu Harussani sendiri pun mengaku dia tak berbohong, memang betoi hodoh pun kalau mufti yang berbohong.

Errr... Pak Long nak pi kedai kat pekan sana sat, ubat darah tinggi dah habih dah nii...

Wassalam...

Perang nuklear

0 juta komen
Salam semua...

Pak Long nak ajak hangpa semua tengok sat kot belah Semenanjung Korea nu. Bukan apa, nampak dah kalut sangat dah. Memasing nak tunjuk ego takut rakyat jugak yang jadi mangsa.

Laporan Reuters bahawa Korea Utara sudah isytiharkan satu perang yang diberi nama 'perang suci' terhadap polis dunia moden, Amerika Syarikat dan sekutu mereka, Korea Selatan. Yang pasti bukannya pasai kalah teruk di Piala Dunia yang lalu tapi sebagai tindak balas ke atas latihan ketenteraan "semberono" pihak bersekutu.

Perang mulut dah lama dah antara Seoul dan Pyongyang ni pasai kapal perang Korea Selatan yang tenggelam mengorbankan 46 kelasi. Amerika pulak jalan jarum cantik punya dengan Korea Selatan. Depa dah mulakan latihan ketenteraan besar-besaran dengan kapal berkuasa nuklear.

Elok dah la, perang ni memang kena cipta. Perang ni perlu diadakan, kalau tak dak, macamana puak puak kapitalis di Amerika dan Korea Selatan nak cari makan? Politik Malaysia pun kena ada perang jugak kot, kalau tidak orang tengah nak makan apa... betoi dak...

Wassalam...

Saturday, July 24, 2010

Pas jenih suka melatah

2 juta komen
Salam semua...

Hangpa besa ka tengok orang melatah. Pak Long tak mengaji habih pasai orang melatah ni. Tapi kalau dikampung kampung lebih lebih lagi time ada kenduri kendara, orang yang suka melatah ni memang jadi ratahan orang ramai.

Orang yang kuat melatah ni kadang kadang baguih jugak bila ada tu. Riuh rendah sikit rumah kenduri, jadi meriah lagi keramaian ngan kelaku dan kata kata yang spontan yang keluaq dari mulut dia. Tapi kalau tengok dan teliti betoi betoi, kesian jugak Pak Long kat orang jenih suka melatah dan diratah orang sekeliling ni. Penat ooo...

Tapi Pak Long naik herannya, pasai apa Pas tak rasa penat pun bab bab melatah ni. Harussani baru geletek sikit saja, merapu cendana habih la pemimpin pemimpin Pas melatah. Patut pun Umno rajin dok geletek Pas, rupanya depa memang jenih suka melatah.

Nanti Pak Long tolong carikan petua nak hilangkan penyakit melatah pemimpin pemimpin Pas nih...

Wassalam...

Hang buat apa ni Ezam

0 juta komen
Saya bersumpah, saya menerima keahlian Umno ni secara sah, halal tanpa se sen pun duit yang saya terima...

Salam semua...

Mak Long hang cukup suka kat budak ni. Bukan saja cakap pandai tapi Mak Long hang syok sungguh tengok muka cute dia tu. Pak Long nak jeles lebih lebih pun kena sedaq diri jugak la, Pak Long tak cute macam muka Ezam. Ezam lain la, dah la muka manja, pandai cakap pulak tu siap ngan sengau ala ala Anwar lagi... hihi...

Bukan nak perbusuk Ezam pasai Mak Long hang suka kat dia, dak. Tapi Pak Long herannya, Ezam kata nak 'Selamatkan Selangor' tapi dok hentam Anwar Ibrahim yang makan gaji RM1.00 dari kerajaan Pakatan Selangor. Kata nak 'Selamatkan Selangor' tapi yang hadir kira-kira 250 penyokong BN saja. Hang tak bagi nasi bungkuih ngan t-shirt kat depa kot? Hang nak 'Selamatkan Selangor' macamana lagu ni Ezam oi? Siap ngan juai ucapan Zulkifli Noordin lagi.

Hang kena sedaq sikit diri tu Ezam oi. Penyokong hang dah tak ramai, modai hang dah nak habis, tak syok la setiap kali buat ucapan dok kena ratib nama Anwar. Jemu la dengaq. Last last bila dah orang tak berapa nak percaya, bersumpah saja la yang hang tau.

Orang yang suka bersumpah ni Ezam oi, orang yang tak yakin ngan cakap cakap dia sendiri. Kerja bersumpah ni kerja budak budak. Alahai... macamana la Mak Long hang pi minat kat orang macam hang ni...

Wassalam...

Pakatan Rakyat memang lemah

2 juta komen
Salam semua...

Macam kena gerak gempa, habih lintang pukang puak puak Pakatan. Orang kuat Umno, Harussani baru baca mukaddimah dalam kitab lama dia saja dah kelam kabut habih puak puak Pakatan. Lemah lagi la kesepakatan hangpa baik dalam parti sendiri atau dalam Pakatan Rakyat.

Bab perpaduan ni timbui pulak dah. Pak Long ingatkan dah habih dah, rupanya dak, tenggelam timbui. Dah tu ada jugak ahli ahli Pakatan yang dok gagah pi layan mangkok tu buat hapa. Tok sah dok layan la, dia letih nanti dia diam la.

Tau apa Mak Long hang kata? Umno ni bukan nakkan perpaduan. Dia sikit pun tak kelapaq nak berpadu ngan Pas. Tak dak langsung istilah perpaduan Melayu bagi Umno. Depa bangkitkan isu perpaduan Melayu melalui Harussani ni semata mata nak pecahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat. Itu saja matlamatnya.

Pak Long pun rasa termakan jugak apa yang Mak Long hang kata tu. Pak Long boleh nampak kita dah start dok tikam hang aku dah hasil dari adu domba kitab Harussani tu. Orang orang kita dah mula ketaq kepala punya mengata hang aku dah. Siasat dak lagi, selidik betoi betoi dengan orang yang tertuduh tu belum lagi, dah mula terajang hang aku dah.

Depa dok belah sana sengeh sampai lenguh tengok kita menari ronggeng Harussani. Depa belah sana gelak gulin gulin tengok kita bersilat lawan sama sendiri. Awat tak lagu tu, rakyat dah lupa isu 5 harga barangan yang naik serentak baru baru ni... terima kasih kat Pakatan Rakyat kerana tolong senangkan kerja Umno. Rakyat dah lupa derita depa yang sebenaqnya.

Wassalam...

Friday, July 23, 2010

Ego ala Umno

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long naik terkejut beruk jugak la bila terbaca berita ala ego Umno ni. Dah tu terbit dalam Harakah pulak tu. Awat yang puak Pakatan boleh pi buat stetmen bongkak macam ni, ingat la Tuhan sama bila bercakap, tau la lidah hangpa tak bertulang.

Harakah online hari ni bagitau Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor kalau la pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang. Amboiii, bukan main lagi hangpa noo...

Tau la hangpa tu tengah kuat, tapi hangpa tau ka musuh hangpa tengah lemah? Tau la matematik hangpa tu baguih tapi hangpa tau ka kehendak Tuhan macamana? Kalau dah Tuhan benci ngan orang bongkak, Tuhan takkan izinkan kemenangan bagi pihak Pakatan tu macamana pulak. Nak kata Tuhan kejam tapi diwaktu yang sama kita terlupa yang kita bersikap bongkak dan sombong.

Orang kalau dia kuat macamana pun tok sah la dok tinggi diri tak ketahuan hala sangat. Usaha bagi lebih, tengok orang orang kita dulu bagi kemaih. Yang lain tu serah pada kehendak Allah s.w.t. Bukan dok buat jenih gempaq kelin lagu tu. Tak payah dok cakap besaq sangat.

Lagi satu Pak Long cukup tak suka kalau lidah rasmi kita pun suka reka cerita yang separuh masak macam ni. Dulu kita dok kata puak belah sana yang suka cipta cerita tapi la ni belah kita pun dah mula belajaq macam tu. Biaq pi la kat depa nak berlawan tumbuk ka, nak bersepak terajang sesama depa ka. Kita tu kena tengok diri kita lebih dulu. Jaga kelaku ahli ahli kita jangan suka suka sangat dok bagi peluru meriam kat musuh.

Bagi Pak Long la, Pak Long dok bimbangkan ahli ahli dalam Pakatan sendiri yang Pak Long dok tengok macam segan nak berjuang dan malu nak menang. Jadi kena jaga orang orang kita dulu, jangan dok jaga tepi kain orang lepaih tu dok cakap takbur.

Wassalam...

Thursday, July 22, 2010

Lawan Yahudi dengan Scorpene

2 juta komen
Boleh percaya ka kapai selam ni? Time nak serang terus tak pandai nak selam... mampuih kita...

Salam semua...

Tentu rakyat Palestin bangga sat dengan Malaysia hari ni. Pak Long boleh tengok rasa benci terhadap keganasan Yahudi tu merata sekali. Nampak gagah pulak tengok anak anak bangsa Malaysia yang kembang kempih hidung menjerit jerit bencikan Yahudi.

Satu perkara yang bukan pelik dalam Malaysia. Pak Long gerenti, Mak Long hang cukup tak suka bab ni. Bila kita dah terlalu ghairah mengutuk regim Israel tu dan agak merata gemanya, tentu akan ada yang merasa dia lebih kuat kutukannya dari yang lain. Dia lebih awal dan berkesan cara kutukannya dari yang lain maka dia saja yang lebih layak bergelar juara dalam kutukan bermusim ini.

Mak Long hang memang selalu dok peringat benda ni. Yahudi tu memang jahat dah, dari dulu sampai la ni, Yahudi tetap dilaknati Allah kerana kelaku hodoh depa. Tentangan kita tak boleh bermusim.

Yang kita nak tentang la ni bukan negara Yahudi sangat dah, tapi Yahudi dan proksi proksi depa dalam negara negara Islam. Yang kita nak lawan sangat sangat ni bukan negara Yahudi tu lagi dah sebab Yahudi tu terlalu kuat untuk kita, jangan dok mimpi la nak pi serang depa dengan Scorpene atau jet tanpa enjin hangpa tuh. Tapi yang kita nak lawan habis habisan sekarang ni ialah cengkaman depa keatas negara negara Islam dunia melalui ejen ejen yang dicipta oleh Yahudi untuk memonopoli sesuatu teknologi yang tanpanya negara dilihat kudung.

Tak paham paham lagi ka? Jangan dok buat bodo teruk sangat, simpan bodo tu kat orang lain sama. Jangan sampai Mak Long hang marah...

Wassalam...

Wednesday, July 21, 2010

Bila tu KJ

6 juta komen
Salam semua...

Kesian sungguh la Pak Long tengok. Tak dak angin tak dak ribut, tau tau hujan turun.

Tak dengaq pun cerita yang pelik pelik tapi tiba -tiba saja lepaih kena jerkah dengan Berahim Ali, si KJ dah bunyi macam mengalah dan mengelabah. Hilang habih la wajah wira wataniah yang Mak Long hang berkenan sangat tuh.

Khairy kata dia dok timbangkan dengan serius tak mau dah pertahankan jawatan yang disandangnya dalam parti. Ekk.. elehh.. dah kaya dah kot.

Hmm... Pak Long dok congak congak tengok la, tentu bergaya habih kalau Mak Long hang jadi ketua puteri Umno dan Pak Long pulak jadi ketua pemuda Umno... hihi... Bagitau Pak Long sama bila hang nak letak jawatan tu KJ?

Wassalam...

Lembu beranak kecik

6 juta komen
Macam ni punya banyak mintak sekilo pun tak juai ka?

Salam semua...

Pak Long risau sikit dalam dua tiga minggu ni. Mak Long hang tak macam selalu, cenge tak ketahuan kepala ekoq dah. Apa taknya, dia rasa berbahang dah kot pasai semua barang naik harga.

Pak Long bagitau Mak Long hang, benda ni kecik saja. Cuma salah paham. Mak Long hang yang sesaja buat buat tak paham, bukan naik harga tapi pelarasan harga. Bukan menaikkan harga barang tapi sabsidi depa bagi kurang. Tu saja. Kita sebagai rakyat kena la berjimat cermat sikit kalau kita nak tolong Najib. Kalau dulu kita selalu beli satu tong gas masak 14 kg, la ni jangan beli satu tong terus kalau dah mahai. Kita beli sekilo atau dua kilo gas masak sudah la dulu. Jangan membazir.

Tang ni yang Mak Long hang hamput Pak Long ni. Menyinga sakan Mak Long hang. Punya cenge kalah lembu beranak kecik.

Betoi ka Mak Long hang kata yang gas masak depa tak juai sekilo sekilo? Mak Long hang kata kalau bawak tupperware sendiri pun tak dak sapa nak juai kat kita. Nak pi tanya kat Najib tengok, betoi ka macam tu? Kalau betoi susah la Pak Long. Nak pi cari tang mana duit sampai RM25.90 satu tong tu...

Wassalam...

Mimpi pelik

2 juta komen
Salam semua...

Jaga pepagi tadi ni Pak Long jadi cukup letih. Bukan pasai Mak Long hang kacau time tidoq ka tidak, tapi pasai mimpi aneh. Dah lama tak mimpi pelik macam ni.

Pak Long dok tengok tengok la, si Berahim Ali ni nampak cukup gagah di sokong Mahathir tapi dalam mimpi Pak Long semalam ni, Berahim terkapai kapai dan cuba di selamatkan kawan dari tenggelam dalam banjir Perkasa. Tak nampak batang hidung Mahathir pun. Dalam dok kelam kabut antara mimpi dan realiti, jaga dan lena, Pak Long sempat jugak rakam gambaq depa beraksi yang Pak Long selitkan kat ataih tuh.

Mustahil sangat la Mahathir nak biaq Berahim terkapai sorang sorang kot... nanti nak tanya Mak Long hang kot kot dia boleh tafsir mimpi ngilu ni.

Wassalam...

Tuesday, July 20, 2010

Loji nuklear di Putra Jaya

2 juta komen
Loji nuklear dibelakang rumah Najib dan Rosmah jadi jaganya...

Salam semua...

Pak Long tak berapa sihat sikit dalam dua hari ni. Maklum la, enjin dah lama dah. Nak overhaul lebih lebih pun bukannya ada spare part.

Tapi dalam dok tak sihat tu, Pak Long pi jugak bawak Mak Long hang pi kongsi kesayuan kawan Pak Long yang kehilangan bini dia hari ni. Bini dia tu umoq muda lagi, baru 59 tahun. Tapi la ni dah tak heran dah, banyak lagi nyok yang luruh masa muda. Tuhan lebih sayangkan depa. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kan kembali.

Banyak la kengkawan lama yang jumpak, banyak kisah kisah lama dan baru yang timbui. Tapi tu la, orang kita ni bukannya depa paham sangat kehendak kerajaan. Kerja depa tu asyik nak bangkang saja yang depa tau. Macam tadi tu la, ada dua tiga ekoq mamat yang baru lepaih buang cawat dok bantah projek nuklear yang kerajaan Najib tu cadang nak buat.

Najib ngan Rosmah tu berniat baik, nak bagi elok negara, nak jimat duit negara. Nak buat janakuasa nuklear sendiri untuk jana tenaga bagi negara. Banyak kelebihannya. Amerika mesti izin punya kita adakan janakuasa nuklear kita sendiri pasai kita kan ka kawan baik dengan Amerika. Israel pun sokong kita jadi kuasa nuklear dunia satu hari nanti pasai kita buat ni pun pasai ikut nasihat Apco, anak pinak depa jugak.

Tapi yang puak puak pembangkang ni marah marah benda yang elok ni pasai apa? Macamana hangpa nak perintah negara kalau benda baik untuk rakyat ni pun tak nampak dan tak reti nak sokong? Ka Hangpa jeles kot pasai hangpa tak dak idea bernas macam kerajaan Najib?

Pak Long pun serupa, Mak Long hang pun sama, walaupun bibiaq mulut kami tak semerah Najib, kami tetap sokong sepenuhnya usaha kerajaan Najib nak perlingkupkan Malaysia ni dengan kesan dari janakuasa nuklear tu. Biaq walau satu hari nanti Pak Long kena dok bela lembu bawah rumah pun tak pa, pasai tak dak dah padang ragut. Untuk apa semua ni? Untuk kebahagian rakyat dan negara jugak. Takkan Najib gamak tengok Mak Long hang tak dak tempat nak tanam ubi kayu langsung kot?

Pak Long rasa Najib kena dengaq jugak la cakap Mak Long hang ni. Mak Long hang cuma mau lokasi loji nuklear ni buat kat Putra Jaya, biaq Rosmah tolong tengok tengokkan. Buat saja dibelakang istana Najib tu. Senang senang tu Najib pun boleh tolong tengok tengokkan sambil jogging petang petang.

Wassalam...

Sunday, July 18, 2010

Anak sapa tu haaa...

10 juta komen
Muhyiddin pi Terengganu dapat PULAU free, pi Sabah dapat SELENDANG free... kaler merah lagi...

Salam semua...

Pak Long tak heran. Memang patut pun budak Hisham tu marah. Dah hangpa perangai tak elok, yang nak kena dia la jugak.

Anak anak buat silap, mak bapak yang nanti kena dulu. Orang tak tanya budak tu sapa, tapi orang nanti tanya "anak sapa tu haaa". Bab ni la kalau dah adun adun Terengganu yang buat taik, Hisham yang nanti kena selepat kat muka. Pasai budak Hisham ni dah jadi mentor bangsa Umno bagi Terengganu. Hangpa pun tau si Hisham tu adik beradik Najib, anak anak Hisham buat tak senonoh kat Muhyinddin boleh bagi presepsi buruk kat orang yang dok tengok. Tak pasai pasai pulak orang nanti kata anak anak buah Hisham tu boikot ataih arahan Hisham. Nak bagi malu Muhyiddin, calarkan reputasi Muhyiddin supaya jangan dok gatai gatai ada hati nak lawan Najib.

Najib pun bukan senang duduk sangat la ni maklum laaa, Bala dan dekat...

Wassalam...

Mana satu hj jamaludin ni

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long punya jenguk la cari hj jamaludin dalam gambaq ataih tuh. Tak dak pun. Nasib baik la Mak Long hang mai tegoq.

Mana nak ada tuan hj kita kat situ. Semua tu pompuan... hihi... maap la tuan hj oi, Pak Long ni naik rabun dah pun, lagi pun puak puak tu pakai helmet mahai, jenih tutup muka mana la Pak Long nak tau lelaki ka pompuan. Dunia koi pelan canggih, lelaki pompuan dah nampak sejenih.

Gambaq ataih tu Pak Long jumpak kat Berita Harian pagi ni, ada la kot lebih 40 pompuan naik moto besaq mai dari Malaysia dan Singapura buat acara Konvoi Superbikers Wanita ke Melaka. Mendada sakan la depa dah boleh dok naik benda gagah dan mahai macam ni. Tahniah la hj jamaludin oii, bila nak join depa depa tuh...

Wassalam...

Saturday, July 17, 2010

Respek Najib

2 juta komen
Lagi lagi berguna la beskal ni walau tak selaju Yamaha R6 hj jamaludin... hihi...

Salam semua...

Sekali pandang hangpa nampak Pak Long macam tak susah hati langsung walaupun ada bunyi bunyi yang harga minyak dah naik. Pak Long nak susah hati pasai apa, Pak Long tak goreng ikan pakai diesel. Pak Long tak kayuh beskal pakai petrol.

Pak Long ni tak dak hal punya, kalau berjalan keliling kampung paling tinggi kayuh beskal buruk saja. Mai la kita sama sama kayuh beskal, lantak pi la kalau minyak nak naik harga berapa pun. Tapi Mak Long hang cuma risau sangat kalau minyak angin yang naik harga. Tak gamak pulak Mak Long hang nak urut lutut kalau dah sampai berbelaih ringgit sebotoi minyak angin. Tak terpikiaq lagi la pulak nak ganti minyak angin ngan diesel... hihi... agak agak la...

Pak Long tak susah hati pasai Pak Long respek sangat kerajaan sekarang ni. Depa cukup perihatin dengan kesengsaraan rakyat terutama rakyat yang susah dipinggir bandar macam Pak Long ni. Sebab tu depa hanya naikkan harga minyak, gas dan gula saja. Harga barangan lain langsung tak dinaikkan... hihi... cuma Pak Long heran sikit pasai apa kopi 'O' hj Karim ceroi dan tawaq?

Kesimpulannya kita kena bersyukur, minyak kita masih ditakuk paling murah kalau nak dibandingkan dengan Amerika dan England sana. Setakat minyak naik 5 sen seliter tu apa halnya, barangan lain kekal murah tak naik harga langsung.

Tapi Mak Long hang la pulak marah marah tanya Pak Long, sayoq kobis tu turun sendiri ka? Bergolek golek terjun dari Kameron Hailand tak pakai lori..?

Pak Long malaih la nak layan kelaku Mak Long hang tu, dia bukannya paham era glokal kerajaan 1Malaysia Najib nih. Dia tak paham orang negara maju mana main beli barang barang murah. Tak berapa cerdik jugak Mak Long hang ni, patut la Mak Long hang tak dapat jadi ketua puteri Umno kampung... pemikiran tak glokal.

Wassalam...

Tak baik dok hamput Najib

0 juta komen
Hang boleh lagi pilih pilih tapi Mak Long hang tak dak pilihan dah Najib oii... harga mahai mana pun kena beli la jugak...

Salam semua...

Pak Long tak tau la nak kata apa dah ngan Mak Long hang ni Najib oii. Setahu Pak Long, Mak Long hang ni tak pernah dia jengok pun blog ISA nih, tapi tang mana dia belajaq dok maki orang tak tau la. Yang dia maki tu pulak bukan orang lain, hang la.

Pak Long tak berapa peduli sangat hang nak buat apa pun Najib oii. Hang nak naik harga minyak ka, nak naik harga gas masak ka, naikkan harga gula ka, hang tetap Piem yang paling cantik mulutnya banding ngan lain lain Piem. Pak Long tau hasrat negara maju hang tu dan Pak Long percaya pada kebijaksanaan hang tu. Hang buat yang orang lain tak mampu nak buat. Naikkan minyak tapi barangan lain tetap tak naik sama, sejarah tuh... hihi...

Hang bukan tak tau perangai Mak Long hang tu. Siap ngan hempok pinggan mangkok kalau Mak Long hang naik syeh. Yang hang pun satu bangang, hang pi tunjuk gambaq ataih kat orang ramai tu buat apa? Sensitip tu Najib oiii...

Hang dan lagi dok lenggang lenggok pilih pesyen baju Rasmi Hari Kemerdekaan Ke-53, tapi yang Mak Long hang tu tak dak pilihan dah Najib oi. Barang mahai mana pun dia kena beli jugak. Hang ingat gas masak boleh beli sekilo sekilo ka? Depa juai seketoi 14 kilo, jenoh robek duit la nak beli...

Hang pun kena paham la Najib oii, Pak Long tak larat nasihat dah kat Mak Long hang tu. Tak baik la Mak Long hang dok hamput hang macam tu. Nak buat macamana...

Wassalam...

Friday, July 16, 2010

Projek langgar Nik Aziz

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang merungut sepanjang jalan, dari kedai Wa Mat sampai la kerumah. Pak Long tak berapa perasan sangat pasai apa. Mati mati Pak Long ingatkan pasai Wa Mat juai barang mahai, ya la dah guna harga baru. Rupanya dak, Mak Long hang suka harga barang naik.

Mak Long hang cuma merungut kat Pak Long pasai kelaku Nik Aziz tu. Yang Muhyiddin dah setuju nak bincang ngan Pas, bukan calang calang kaki pulak tu yang setuju. Muhyiddin tu orang nombor dua Umno. Kata dia boleh pakai punya, bukan jenih cakap macam ulama ulama muda tuh. Tapi tu dia la, ada ka Nik Aziz pi kata boleh jumpak tang mana saja tapi tak mau cakap politik.

Ini yang Mak Long hang marah tu. Nik Aziz buat lawak. Ada ka orang politik berjumpa tak mau cakap politik? Yang setahu Mak Long hang la, orang politik ni bukan saja cakap cakap depa tu cakap politik tapi kentut depa pun bunyi politik.

Tapi keadaan Mak Long hang la ni dah tenang sikit, dah okey sikit. Pak Long dah ayat Mak Long hang, bagi dia cool. Nik Aziz maksudkan politik tu politik cara Islam. Dah BN tak amal politik cara Islam, jadi tak payah bincang pasai politik lah. Bincang buat apa kalau dah Pas politik Islam tapi Umno politik dua alam?

Kalau ikut Mak Long hang tadi ni, mau dia terbang pi Pulau Melaka buat projek langgar Nik Aziz, fuhhh...

Wassalam...

Sokong cadangan ikhlas Pak Karamu

2 juta komen
Salam semua...

Hangpa pi baca posting dari Pak Karamu ni dulu. Tulisan ringkas tapi bernas. Ada mesej penting untuk orang orang penting ambik perhatian dan tindakan.

Pak Long juga sependapat dengan cadangan ikhlas Pak Karamu pada kerajaan negeri Selangor. Nama Batang Berjuntai dah lama dah, tak tau pulak apa pandangan orang tempatan tapi orang luaq macam Pak Long ni rasa pelik jugak la. Lagipun sekarang ni negeri Selangor tu pulak dibawah pentadbiran Pakatan. Boleh la si Khalid tu iktiarkan tengok, bawa berbincang dengan penduduk tempatan dulu sebelum apa apa.

Mak Long hang pulak tengok sampai tak terkata apa. Rasa janggal la sikit dan tak cantik la nak sebut kerap kerap.

Wassalam...

Hati terbakar sapa yang tahu

4 juta komen
Hati terbakar tak sapa yang tahu...

Salam semua...

Pak Long tak boleh nak tidoq malam ni, tak tau pasai apa. Rasa panaih semacam, bingit telinga naik merah bijik mata.

Boleh terbayang punya muka hj Karim esok ni, bancuh kopi 'o' ngan harga baru. Boleh baca punya muka Wa Mat yang dok sengeh timbang ikan harga tak ber'subsidi'. Mak Long hang lagi susah hati, gas masak tak boleh beli timbang kati, mintak sekilo gas masak, Wa Mat suruh bawak tupperware sendiri.

Rasa macam tak patut pulak Pak Long terbakaq kat kepandaian Najib berjaya dapat pahala bunuh setan malam Jumaat ni.

Lagi terbakaq bila tengok Mak Long hang tidoq awai tak dan basuh kaki.

Wassalam...

Thursday, July 15, 2010

Berhemah tak bermakna lemah

2 juta komen
Salam semua...

Petang tadi Pak Long pi sat rumah hj Karim, ada la dia buat kenduri doa selamat sikit pasai cucu dia pandai dah dok sebut sebut nama Rosmah. Ramai jugak la orang kampung yang pi tunjuk muka. Ni la baguihnya masyarakat kampung, kalau bab kenduri kendara atau buat arwah sikit sikit tu, tak sakit kepala la si tuan rumah. Takut tak dak makan saja nak jamu... hihi...

Besa la dah dalam ramai ramai tu, berjenih jenih manusia yang ada. Kadang kadang tu time macam ni la setengah setengah depa tu nak belajaq jadi jora. Tapi maap cakap la, Pak Long cukup tak berkenan kalau ada orang yang jenih jumpak tunggui kayu terus lompat naik berkokok. Tak elok perangai ayam jantan galak sabung macma tu. Bukannya apa, takut jumpak buku dengan ruas. Kesian sendiri la yang dapat malu dalam majlis.

Seelok eloknya kita tak boleh pandang serong sangat kat orang terutama sekali bila kita tak siasat, tak selidik bagi habih nawaitu depa buat macam tu. Jangan cuba buat modai dalam majlis, nak jadi jora pada perkara yang tak pasti. Pak Long tak kenai pun mamat ni, tapi muka hidung tu Mak Long hang kata ala ala Perkasa. Macam kelaku Berahim Ali pun ada jugak... hihi...

Pak Long bukan pitnah, apa yang dia buat sebijik macam Berahim Perkasa cari makan. Ada ka tengah tengah majlis dok tunggu 'imam tua' mai, dia boleh buka isu SPRM berniat serong. Bukan pasai apa pun, pasainya SPRM sedih kematian Teoh Beng Hock saja. Tapi ada asasnya jugak, awat yang nak tunggu ngam ngam setahun baru nak tunjuk perasaan? Awat yang masa awai dulu nampak samseng, macam tak simpati langsung kat si mati?

Tapi yang lepaih tu lepaih la. Imej tercalar dah, nak perbetoi bukan mudah. Bagi peluang SPRM bina diri, perbetoi diri. Tunjuk simpati tak salah, bukan mengaku kalah. Tak kira la kat sapa sapa pun, SPRM wajar tunjuk simpati dan sentiasa berhemah kerana berhemah tak bermakna lemah.

Wassalam...

Minyak naik malam ni

6 juta komen
Padan muka hj jamaludin, Kawasaki Ninja tu memang jenih mentedarah minyak jugak tuh... hihi...

Salam semua...

Baru sangat terima SMS dari anak penakan Pak Long. Dia ni orang kuat Petronas. Bukan orang besaq Petronas pun tapi orang kuat. Tak kuat mai mana kalau dah kerja Petronas walaupun kontrak saja tapi sampai lebih dari 12 jam sari sari punya kerja. Hari hari pulak tu. Sampai anak tak kenai Pak dia dah.

Dia bagitau mulai jam 12:01 tengah malam ni, minyak Ron 95 dan Ron 97 termasuk jugak Diesel akan naik sebanyak 5 sen. Pak Long tak mau komen betoi ka dak, tapi budak ni walaupun bukan orang besaq, cakap cakap dia kena bagi perhatian jugak. Tapi lagi satu jangan lupa, adik kembaq pada minyak bila saja time minyak ni naik iaitu gas memasak dan gula, dengaqnya akan jugak naik 10 sen. Ha... ha... Mungkin betoi la kot...

Tapi Pak Long tak kisah sangat pun harga minyak ni naik ka turun. Pak Long bukan pakai petrol kayuh beskal pi pekan. Pak Long bukan guna diesel goreng ikan. Asalkan jangan kopi kedai hj Karim naik harga sudah. Jangan sampai sayoq dan ikan ikan naik melambung cukup, nak kena maki ngan Mak Long hang try la naikkan harga tu sekali... hihi...

Takkan la kerajaan gamak nak pekena Mak Long hang ngan Pak Long dihujung kampung ni kot. Depa takkan naikkan harga tu dikampung Pak Long punya. Lagipun kerajaan kita ni perihatin. Mesti ada menteri yang akan bagitau minyak kita lah yang paling rendah di Asia kalaupun tak di dunia.... ngeee...

Wassalam...

Cerita terbaru Bala jelajah Peranchis

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long dengaq katanya Bala cukup seronok makan angin di Peranchis. Le Tour De France telah membawanya berjumpa ramai orang orang penting yang mungkin mengubah corak politik negara 1Malaysia.

Betoi tak betoi kita tunggu dan lihat saja. Mak Long hang dah siap ngan nak buat kenduri pisang lagi kat surau. Mak Long hang tak heran dah kalau tak dapat jadi ketua puteri Umno pun.

Pak Long teringin sangat nak tengok SPRM pi dakwa samseng Peranchis tentang 40% cerita benar ni. Pak Long teruja sungguh nak tengok Perkasa buat demo depan kedutaan Peranchis, maki depa sikit pasai hina bangsa Melayu. Mana Berahim ni pi sampai tak dengaq sora pun...

Wassalam...

Tolong cari kerja sat

2 juta komen
Bodo punya manusia, elok elok ikut cakap aku pi percaya kat binatang la pulak.. binatang betoi sotong nih...

Salam semua...

Piala Dunia dah habih dah. Afrika Selatan selaku tuan rumah turut membantu kejohanan terbesar dunia ni mencipta banyak sejarah baru dunia.

Antaranya meletakkan akai manusia lebih bangang dari segala bapak bangang yang ada. Ya la, dah dok biaq sotong kurita yang tentukan nasib kita. Nasib dia sendiri pun tak tentu hala lagi, akan berakhir digoreng dalam belanga sapa.

La ni sapa yang susah bila dah burung nuri hilang kerja?

Wassalam...

Wednesday, July 14, 2010

Pakatan tangguh hasil nasihat hj jamaludin

2 juta komen
Salam semua...

Wow... tak sangka betoi Pak Long, hj jamaludin kenalan maya Pak Long dan jugak pengomen tegar blog Pak Long rupanya punya pengaruh jugak dalam Pakatan Rakyat. Atas nasihatnya, penerbitan semua akhbar Pakatan telah ditangguhkan sementara tunggu satu pertemuan dengan pegawai KDN.

Sebelum ni dah heboh satu kampung, semua lidah rasmi Pakatan dah dapat surat tunjuk sebab dari KDN atas kesalahan besarnya iaitu bagi Najib susah hati. Apa halnya dunia demokrasi ala Malaysia ni? Suruh kita bercakap tapi mulut ditutup rapat.

hj jamaludin kata kita kena berlembut, tak boleh kalut kalut dan gelojoh bagai 'BERDIANG DI ABU DINGIN'

Mak Long hang kata pulak, janda Limah memang suka berdiang pun. Tapi dia berdiang nak bagi panaih, abu yang dingin dia tak main laaa...

Wassalam...

Bila Hisham puji Harakah

2 juta komen
Bang Musa, cuba hang tengok kelaku depa tau bila aku bebuat puji budak budak Harakah tu... tengok sudah laa... hihi...

Salam semua...

Kita tak tau hati budi orang, kadang kadang orang puji dengan ikhlas. Kadang kadang tu pulak orang puji kita tu pasai nak katok kawan kita.

Mak Long hang cukup marah kalau Pak Long puji anak ni tapi terlupa nak puji anak yang sorang lagi. Puji depan depan ni baguih, tapi bila yang sorang lagi dengaq, puji yang elok pun boleh jadi tak elok. Bila hang kata anak yang ni perangai elok, anak yang sorang lagi tak tentu pasai pulak terasa dia tu kelaku hodoh. Memang susah  jaga anak anak ramai nih...

Macam tu la jugak bila menteri senyum si Hishamuddin tu tetiba puji Harakah pasai bagi baguih punya kerjasama kat KDN. Tak tau la apa orang lain pikiaq, tapi Pak Long rasa macam dia dok kenen dan luku kepala kawan kita si Suara Keadilan tuh. Mungkin Harakah tu memang baguih sungguh tapi dia saja bangkitkan isu kerjasama ni nak bagi kita tengok serong kat Keadilan.


Tapi budak Hisham tu tak boleh la dok tak puaih hati kat Pak Long pulak. Pak Long cuma berhati hati saja bila baca berita. Memang hangpa pun boleh dok sokong kata baguih sangat pun.

Wassalam...

Kawad cam pulak dah

5 juta komen
Salam semua...

Dari jauh lagi Pak Long dah dengaq lembu lembu Pak Long dok buat kalut. Pak Long mengaku la, terlambat sikit bawak lembu keluar padang pagi ni.

Mak Long hang besa la, tak berani dia nak bawa lembu jantan pi padang ragut. Tapi, lembu lembu pun boleh cam Pak Long. Tak dan nak tongkat beskal lagi, rasa macam lembu lembu tu dok gamit Pak Long suruh cepat sikit. Pak Long tak pernah buat kajian pun la, sejauh mana lembu lembu boleh cam gembala depa.

Adakah sama kaedah cam lembu lembu ni dengan kaedah siasatan polis ke atas saksi utama kes Aminulrasyid Amzah tu tak tau la pulak Pak Long. Mohd Azamuddin Omar adalah saksi utama dalam kes polis tembak budak tu. Polis yang tembak dah di tahan, dah dikenal pasti tapi pelik sungguh bila saksi utama kes kena buat kawad cam lagi. Berapa puloh orang polis yang ada kat tempat kejadian tu? Berapa puloh orang yang di saspek sebagai pembunuh tu?

Ishh... lembu lembu ni kalau dah lama tak kena ayaq bercampoq garam, memang liar lain macam sikit.

Wassalam...

Awat yang berpeluh ni Jib

2 juta komen
Salam semua...

Pagi pagi lagi Pak Long dah keluaq ngan Mak Long hang, saja nak jalan awai sikit ambik angin segar. Memang tak ramai orang pagi ni, burung burung dah berpeluh keitak keluaq cari makan, rupanya ada lagi orang yang syok dakap bantai.

Akur lah, Tuhan tu Maha Adil. Dia bagi peluang jugak Pak Long dan Mak Long hang berpimpin tangan pepagi yang dingin ni. Dia izinkan jugak orang orang yang syok tidoq dan segan nak bangun pagi tu.

Tapi kita jangan lupa, ada sorang dua tu yang tetiba saja berpeluh dingin. Tok sah kata nak tidoq lena, nak duduk pun rasa macam pungkok penuh duri. Awat tak lagu tu, si Bala tu dah sejam lebih semalam ni di wawancara kali kedua oleh polis Peranchis. Ya la, kes kapai selam yang tetiba segan nak menyelam tuh...

Ishh... Mak Long hang dok keloi apa pulak dah, nyok sebijik nak kupaih pun tak reti ka? Tu pun lambat siang nak menikah...

Wassalam...

Tuesday, July 13, 2010

Roket tak boleh pi bulan

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long kadang kadang tu naik haru jugak ngan perangai Mak Long hang ni. Dah berpuloh tahun dok sekali pun rupanya banyak lagi kelaku Mak Long hang yang Pak Long tak khatam lagi.

Lagi jauh malam, lagi rajin Mak Long hang buat kerja. Tak berasa mengantuk ka? Tak rasa nak tidoq ka? Kalau dulu, lepa gelap saja dah siap pasang kelambu. Kadang kadang siap ngan tanya Pak Long lagi awat lambat sangat malam. La ni berubah banyak pulak dah. Lagi jauh malam, lagi rancak Mak Long hang menjahit baju. Nak marah pun, duit jahit kain tu la kadang kadang dok sara Pak Long pekena kopi kedai Haji Karim.

Tapi dah lama lama macam tu, kepala mula dok ingat kot lain... ish... ish... naik risau Pak Long bila ingat balik roket pun boleh kena surat tunjuk sebab.

Wassalam...

Kaabah: Hanya yang terpilih

2 juta komen
Foto Reuters/Saudi Press Agency

Salam semua...

Kaabah di Makkah merupakan tempat dimana kiblat bagi jasad pada semua umat Islam seluruh dunia. Tentu ramai yang berhajat untuk mendekati malah memijakkan kaki kedalam Kaabah.

Gambar menunjukkan gabenor Makkah, Putera Saudi Khaled al-Faisal (tengah) dan Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov (baju biru) berjalan keluar selepas selesai kerja kerja pembersihan bahagian dalam Kaabah di Makkah, hari ini.

Pak Long pun tak pernah tengok dalam Kaabah tu macamana, tapi bahagian dalaman Kaabah tu kabarnya dibersihkan menggunakan helaian kain yang dicelup dalam air Zam Zam dan air mawar. Hmm... hanya untuk mereka mereka yang terpilih saja kot.

Wassalam...

Jom boikot pondan

2 juta komen
Jom boikot pondan Malaysia...

Salam semua...

Ada jugak la beberapa kali Pak Long bawak Mak Long hang tengok ceramah Pas. Wajib sampai punya tambah tambah bila ada Mat Sabu ngan Mahfuz, Mak Long cukup minat. Lagi putih rambut depa, lagi syok.

Pak Long pun minat jugak ngan depa ni. Maklum la orang orang belah utara jugak, lenggok depa buat lawak sinis tu yang buat kita tak kering gusi. Luku kepala sambil bagi nasihat.

Tapi Mak Long hang tak syok sikit la bila Mahfuz kata kat SPRM tu geng geng pondan. Hang meluat macamana pun, depa tu cuma buat kerja depa dengan ikut arahan. Dah Najib la kot yang bagi arahan jangan dok pi kacau budak Bala tu, depa tak pi la. Bukan pondan, tapi menurut perintah. Cumanya cara depa turuti perintah tu yang tak kena banyak kita tengok.

Jangan dok hina orang sangat sangat, tengok diri kita tu sama. Yang hang tu pun satu Mahfuz oi, kalau dah tau depa tu pondan, yang hangpa terhegeh hegeh lagi letak budak YB Salahuddin tu dalam panel SPRM buat hapa? Boikot saja la dah tau dok dalam panel tu tak boleh buat apa.

Mak Long hang boikot tak pi dah dengaq ceramah hang nanti baru hang tau...

Wassalam...

Perkasa Cina: Dah agak dah

4 juta komen
Hang mesti kena punya sumpahan ketuanan Umno... hihi...

Salam semua...

Dalam N3 sebelum ni la pasai Perkasa Cina, memang Pak Long gelak gulin gulin pun,


Pak Long bukan melawak ngan hangpa bila Pak Long habaq yang Donald Lim tu akan dihilangkan taringnya oleh Umno. Benda alah ni bukan direka reka, Mak Long hang dah tengok ayaq dalam mangkok dah. La ni stori tu terbukti betoi bila disebut sebagai tokoh-tokoh MCA tak setuju ngan naib presiden parti si Donald Lim tu bagi membentuk sebuah "Perkasa" Cina dengan alasan yang besa sangat depa pakai iaitu pendapat peribadinya.

Hek.. ellehh... depa yang pakat pakat nak gempaq Umno, tau tau pakat tinggai budak Donald tu temonyeh sorang sorang. Dah agak dah pun, la lepaih sekoq, sekoq yang lain koi pelan jauh diri, mengelak dari budak Donald tuh. Ni semua cara nak hilangkan taring budak tu la yang nampak koi pelan nak tajam tuh.

Mak Long hang masak sangat dah ngan perangai Umno ni, sebab tu Mak Long hang tolak tawaran jadi ketua puteri Umno dulu ni.

Wassalam...

Nak samseng pi kat Selangor la

4 juta komen
Salam semua...

Malu jugak Pak Long kat budak budak nu, nak jalan pimpin tangan Mak Long hang pepagi ni. Ya la, takkan nak jalan jalan ambik angin pagi sambil lari lari anak pusing taman depan rumah pun nak pegang pegang tangan pulak. Buang tabiat ka hapa...

Pagi yang cerah tenang pi jadi rosak. Hati jadi panaih pasai terjumpak pulak dua tiga biji pasu bunga pecah berteraboq ataih padang. Bahaya jugak la dah pasu pecah tu terbiaq macam tu. Buaian tok sah cakap la, berapa lama dah tinggai palang saja. Otak tarok lutut betoi la budak budak malaon ni. Memang jenih kaki pelingkup kot. Bukan pasai apa, padang kecik tu la tempat anak anak kampung dok asah bakat nak ganti Lionel Messi nanti, Kaka pun bukan boleh harap sangat dah.

Ini semua kes budak budak samseng taman tu la jugak. Ubun ubun pun lembik lagi, baru nak belajaq langgar undang undang. Kes merosak harta awam ni bukan kat bandar bandar besaq saja, la ni kat taman taman berlambak malah dalam kampung pun boleh jumpak.

Masaalahnya pasai tak jumpak ngan Pak Long sapa dia yang buat honar tuh. Mau bagi penampaq jepun jenih sewa pi balik tu baru depa tau. Nak samseng samseng pi kat Selangor la... apa punya bangang.

Wassalam...

Monday, July 12, 2010

Pasai apa Messi tak leh skor gol?

6 juta komen
Salam semua...

Bedebah mana tak tau la, hantaq email pekena kat Pak Long. Tengok tajuk bukan main punya kemaih, Pasai apa Messi tak leh skor gol pada Piala Dunia yang lepaih?

Mak Long hang kesot mai dari jauh punya nak tengok sama. Mak Long hang tau la janda Limah minat sungguh kat budak Messi ni.

Mak Long hang ber'istighfar' panjang la bila tengok gambaq separa lucah nie... awat yang bangang tu pi pegang tang tu, tang lain tak dan nak capai dah kot..?

 
 
 
Boleh jadi betoi jugak cerita karut ni, pasai Pak Long tengok budak Messi tu sengai semacam saja...

Wassalam...

Selangor meriah

2 juta komen
Saattuu... hari nanti aku jadi Piem, baru hangpa tau... foto: Roslin Mat Tahir

Salam semua...

Pak Long tak berapa nak paham ni. Adun menang pilihanraya masuk dewan nak bersidang tapi diarahkan keluaq oleh Speaker Dun pasai bangun nak minta penjelasan tentang sesuatu isu.

Pak Long tak sokong sesapa, BN pun bukan boleh pakai sangat. Buat akai bagi lebih nak tarik perhatian media. Tapi Pakatan Rakyat yang perintah negeri pun kena jaga jugak, jangan dok ikut kelaku keraih kepala dan ikut cara orang orang BN perintah negeri dan jayakan persidangan dewan.

Kalau dah betoi betoi salah dan keraih kepala tak pa la jugak, tapi besa la. Benda alah ni dah jadi gamat depa jaja satu Malaya. Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus, diarahkan keluar Dun dan digantung menghadiri persidangan selama sehari.

Kadang kadang sampai dua hari Mak Long hang suruh Pak Long tidoq luaq, tak heboh pun...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails