Tuesday, August 31, 2010

Merdeka sebelum waktunya

8 juta komen
Jom kita cari nikmat sebenaqnya merdeka...

Salam semua...

Hari ni pakat riuh rendah la tivi sambut merdeka. Hihi... dalam tivi saja la, dikampung Pak Long sunyi gedi tak dak apa. Woii... jangan nak memandai kata Pak Long tak sayang negara pulak. Takkan nak suruh Pak Long kawad sorang sorang ataih rumah kibaq bendera kot, cari Mak Long hang terajang terjun tingkap.

Pendekata pasai merdeka lah yang Pak Long rasa macam naik resah sikit ni. Bukan apa, sedaq tak sedaq dah 53 tahun kita merdeka tapi Pak Long tengok kematangan kita macam budak budak tadika. Minda kita macam darjah lima dan jiwa kita terpenjara. Ca hangpa tengok Malaysia la ni apa yang tak dak, dari sari ke sari macam macam benda hodoh yang terjadi sekaligus membangsatkan nama Islam. Ni yang Pak Long dok risau tu, agama bukan sekadar agama anutan tapi dia adalah satu cara hidup.

Penganut tak cantik menyebabkan agama tu sendiri jadi hodoh. Islam kita dikatakan angkuh dan melampau. Islam kita dikatakan sebagai menekan hak hak orang bukan Islam dan disamakan dengan kezaliman. Mai kita tengok ada beberapa perkara yang terjadi dinegara kita yang jelaih menghumban Islam jauh dari misi dakwahnya.

Ataih nama Islam, kalimah Allah orang lain tak boleh guna.
Ataih nama Islam jugak, ada yang cuba membakar gereja.
Ataih nama Islam jugak, ada yang bantah bina kuil dengan usung kepala lembu.
Ataih nama Islam la jugak, ISA zalim dipertahankan.
Ataih nama Islam jugak, khatib dihenyak kerana mendoakan Guan Eng.
Ataih nama Islam la jugak "Tazkirah Teo" dijadikan isu.

Takkan nak habaq kat Pak Long kot ni cara dakwah alaf baru. Takkan kita nak biaq bukan Islam pikiaq Islam adalah agama sempit, melampau dan zalim kot. Lagi satu Pak Long dok tengok masaalah dengan kita ni ialah kita terjerat dengan angka majoriti. Majoriti adalah kuat dan kekuatan itulah kebenaran. Dengan kekuatan kita menekan yang lemah ataih nama kebenaran tadi. Maka disini lah silapnya kita dalam membezakan hak dan kekuatan.

Lagu ni lah, bila kita dah mengaku Islam, kita kena angkat Islam tu jadi cara hidup kita. Islam yang cantik perlu dicipta baru boleh dipelihara. Islam tak ajaq penganutnya berfikiran sempit, melampau dan zalim. Islam itu adil dan saksama. Adil, saksama dan keindahan itulah dakwahnya.

Tapi pa pun Pak Long percaya negara kita ada potensi yang boleh kita gapai kalau rakyatnya belajaq bersatu-padu dan bukannya berpecah-belah. Jom kita sama sama cari nikmat sebenaq merdeka...

Wassalam...

Telur

8 juta komen
Salam semua...

Berahim sorang "jaguh kampung", tinggi betoi cita cita budak ni. Dia memang terkenal sebagai jaguh sukan "lompat katak" antara kampung. Sebabkan dia dah popular secara tak langsungnya dia pun dilantik jadi presiden Persatuan Pekasam Pekasam (PPP) yang dia sendiri tubuhkan. Sebagai presiden Pekasam, Berahim mesti dilihat tegas dan berani walaupun dia fobia dan teramat malu dengan pompuan.

Di suatu posa yang tenang, Berahim dengan beraninya pergi ke kedai untuk membeli telur yang dipesan maknya. Jelas, memang keramahan adalah senjata sulitnya. Habis disapanya, tak kira Cina ataupun Melayu.

Tatkala korek hidung sementara menanti jalan lengang, tiba tiba Berahim telah disergah oleh seorang pompuan cantik. Tergamam dengan kecantikan dan kepetahan pompuan tu, fobia Berahim menyerang lagi. Berahim melangkah seribu macam di ligan hantu. Dik kerana sorang pompuan, Berahim teruih jadi tak ketahuan. Dia dah terlupa pesanan maknya.

Berahim dengan penuh hemah cuba terangkan pada maknya tentang kepetahan pompuan tadi. Biar bertudung muka tak murung, Berahim macam tak percaya fobia dia menggila. Tengah best dok xplen tetiba maknya mencelah, telurnya mana?


Sampai la ni Berahim dok heran pasai apa tapak kaki mak dia melekat kat perut dia hari tu...

Wassalam...

Masjid Perkasa

6 juta komen
Lagi ngeri masjid kita, lagi perkasa jadinya...

Salam semua...

Tu yang Pak Long segan sangat nak bercakap banyak ngan Mak Long hang ni. Asai Mak Long hang bukak mulut saja, mesti meletup punya idea. Lagi dekat ngan raya, lagi geliga otak Mak Long hang, tengok la bini sapa... heh... heh...

Mak Long hang rasa lambat sangat kot kalau nak tunggu parlimen buat undang undang haramkan bukan Islam masuk surau dan masjid ni. Hangpa ingat senang ka nak himpun penuh satu parlimen tu, depa pun nak soping raya jugak.

Jadi pasai nak segera punya, Mak Long hang cadang semua pagaq masjid dan surau, kita boh letrik voltan tinggi. Sapa pegang mesti hangit kena karen. Baru orang bukan Islam tau macamana sayangnya kita pada surau dan masjid kita. Mengkalu tidak depa tak tau.

Lagi satu Mak Long hang cadang cari C4 tanam keliling masjid,, tak payah banyak sangat agak agak dalam 100 biji sudah la. Yang ni kita nak pastikan sapa sapa yang masuk, tak boleh pi mana mana selain tempat parking kereta saja. Langkah saja, meletup. Baru orang bukan Islam ni ketaq sikit dan depa gerenti tak mai dah ke masjid dan surau kita lepaih ni...

Tak percaya boleh tanya Mak Long hang...

Wassalam...

Laa... Merdeka ka...

4 juta komen
Salam semua...

Merdeka yang masih jauh... jauh... jauh yang memenatkan.

Merdeka ka kita kalau Islam hanya diletak sebagai ikut ikutan. Merdeka ka kita kalau rasa cuak pada keupayaan Islam sendiri masih tebai. Merdeka ka kita kalau Islam masih menghantui penganut. Merdeka ka kita kerana masih gagal meletakkan Islam sebagai cara hidup.

Boring betoi cara Kelantan sambut Merdeka...

Mungkin Islam terlalu diangkat tinggi sampai tak tercapai akai. Penganut hanya melangut tanpa ruang untuk mengaji dan mengkaji.

Wassalam...

Monday, August 30, 2010

See you in court, okey

4 juta komen
See you in court, okey... ngee...

Salam semua...

Amboi, sukanya Pak Long bila tengok Nik Aziz suka. Dia senyum sampai telinga. Nik Aziz mungkin terlebih syok kot pasai sampai jugak hajat hati dia nak saman Petronas mewakili rakyat Kelantan... haha...

Selama ni pun nama saja Nik Aziz tu MB Kelantan yang memang sepatutnya mewakili rakyat Kelantan dalam apa bidang pun. Tapi maklum la kan, kuasa Nik Aziz setakat MB sebuah negeri yang asing pahamannya dari pusat, negeri miskin pulak tuh. Apa laa sangat yang Nik Aziz boleh buat, kan.

Kiranya Pak Long rasa berbaloi la jugak kalau lah sesapa yang rasa nak tabik sampai retak dahi kat Nik Aziz yang pimpin Kelantan dengan serba kekurangan tuh... berkat tu, berkat...

Pa pun Pak Long rasa bermakna makna sungguh la peristiwa bersejarah ni... hmmm...

Wassalam...

Ada baiknya jugak

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long dok tengok isu bukan Islam masuk masjid ni dah koi pelan pelik bunyinya. Jadi lagi pelik bila ada orang yang bercakap tak pakai akai. Bau lagi tengik bila dah depa bawak kelencong pi kot belah politik. Maap cakap la pasai Pak Long pun tak tau tengok dah, samaada nakai atau tak dak akai.

Apa apa pun la, Pak Long dok tengok tengok ada hikmah jugak disebalik kelam kabut isu "doa Guan Eng" dan jugak "tazkirah Teo" ni. Kalau kita tengok kot belah elok la, cerita cerita sensasi macam ni, banyak yang bagi kita terbukak mata.

Pak Long tengok kalau dulu la mungkin ada yang terkejut terbeliak mata bila ada orang berdoa untuk bukan Islam, tapi la ni ramai yang dah mula paham, berdoa untuk bukan Islam supaya diberi taufik dan hidayah adalah dibenarkan oleh Islam. Macam tu la jugak Pak Long tengok ramai yang dah mula paham sekarang ni bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan hadir ke majlis berbuka puasa.

Lagi satu mungkin ramai jugak yang dah mula paham, menjauhkan bukan Islam dengan masjid hanya wujud dalam budaya kita, bukan ajaran nabi pun. tapi biarlah menutup aurat. Hari ini semua orang paham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan baca ayat al-quran atau hadis dengan syarat bukan untuk buat main main.

Mungkin inilah kebaikannya cara baru berpolitik yang dibawak oleh Pakatan...

Wassalam...

Sunday, August 29, 2010

Jangan cacatkan Islam yang cantik

4 juta komen
Salam semua...

Islam tu agama yang cantik tapi kecantikan dari Islam tu bukan semua penganutnya dapat. Tindakan dari penganutnya yang gagal mendapat kecantikan Islam tu tadi lah yang sebabkan kecacatan pada cantiknya Islam tu.

Pak Long berpendapat masjid tu rumah Allah. Rumah Allah terbuka untuk semua umat manusia. Keterbukaan ini meletakkan seluruh umat manusia tadi dekat dengan rahmat Allah s.w.t. Umat manusia tanpa mengira kaum dan agama digalakkan mendekatkan diri dengan rahmat Allah dan umat Islam sebagai penjaganya perlu memastikan pelawat pelawat ke rumah Allah ini berdisiplin, mematuhi adab selaras dengan masjid yang dikenali sebagai tempat ibadah umat Islam.

Sebab tu la Pak Long cukup pelik dengan kelaku Perkasa yang tiba tiba mau gubal undang-udang larang bukan Islam dari masuk kawasan masjid dan surau. Boleh ka sapa sapa tolong pi tanya budak Berahim tu makan ubat dak lagi...

Wassalam...

Berat tugaih Pak Long petang ni

4 juta komen
Salam semua...

Haru Pak Long lagu ni. Mak Long hang dah bagi tugaih berat kat Pak Long petang ni. Nak kata tak suka pun tak boleh, dah jadi bini kita. Takkan nak riuh rendah satu kampung kot pasai benda remeh temeh ni. Mak Long suruh Pak Long cari apa yang nak makan untuk bukak posa petang ni. Dia pun dah naik melugai dah kot sampai hari hari mee kuah janda Limah... hihi...

Berat tugaih ni, dah la Pak Long ni fobia dengan pasar ramadhan. Pergghh...

Tapi nasib baik la pengalaman banyak ajaq Pak Long dalam isu mengawal nafsu ni. Jadi, sebelum ke pasar ramadhan tu kita kena ada perancangan. Tak boleh main serbu tembok. Cari pen, koyak kertaih dan buatkan list betoi betoi. Ni kena disiplinkan diri ni, jangan dok kelencong pi ke lain pulak. Beli apa yang kita dah tulih sudah, jangan lebih lebih nanti kita ganti setan.

Hmmm... nasik tomato campoq rabu tomato pun sedap gak nih. Nasik kena tambah, bukan apa sat gi kalau tak cukup nak pi cari tang mana dah ni. Err... ayam masak ros dua ketoi, cari kuah yang likat likat sikit... pergghh... balaih pi la ayam panggang sikit, tak payah sekoq nanti membaziaq. Boh sebelah sudah laa...

Hmmm... takkan bukak posa teruih balaih nasik kot. Tak romantik langsung la lagu tu... Sapu pi laa laksam sorang sebungkuih. Mak Long hang pun hantu laksam gak nih... hihi...

Ayaq? ayaq pulak dah... hmmm... alang alang dah nak pi pasar ramadhan, cari pi la cendoi pulut buang dua bungkuih. Tak payah ambik banyak, ayam ayam Mak Long hang bukan pandai mentakedarah cendoi... Okey lah, sudah la kot...

Kalau pekena tembikai merah pun sedap gak nii... hihi...

Apa, 42 ringgit? Errr... Pak Long bukak posa ala kadar saja petang ni...

Wassalam...

Apa hal yang riuh rendah ni

6 juta komen
Salam semua...

Pak Long terlelap sat pagi ni, tapi tak pasai pasai pi terkejut jaga. Riuh rendah sangat sampai terangkat kepala Pak Long, nak lena macamana? Ingatkan Mak Long hang balaih lembu Pak Long nak sembelih buat bukak posa... hihi...

Nih... Pak Long nak pesan la, jangan dok hingaq sangat sampai ganggu orang nak rehat. Bila dah beralih senja ni, Pak Long pun nak rehat bagi lebih sikit. Kepala bukan elok betoi lagi ni. Kalau sapa sapa yang nak hingaq ngan cara bangang tu pi jauh jauh. Jangan dok tunjuk bodo kat sini. Pasainya Pak Long tak nampak apa pun bezanya, tak dak sebab hangpa nak riuh rendah ganggu habih jiran jiran Pak Long. Depa dok mai mengacum kat Pak Long la jugak...

Hangpa mai sini Pak Long nak habaq pi...

Hangpa mai tengok sini sat, dia ni bukan Islam, masuk surau pasai dijemput, bercakap sat teruih bagi bantuan. Salah ka? Dia tak buat kurang ajaq apa pun. Dia cuma tak tutup aurat, tu salah jawatankuasa surau yang tak perihatin ngan sensitiviti umat Islam.

Hangpa mai tengok sini pulak, dia ni orang Islam, masuk masjid pasai dijemput, bercakap sat teruih bagi puluhan juta. Salah ka? Dia tak buat kurang ajaq apa pun. Dia cuma tak tutup aurat, tu salah laki dia yang tak berani tegoq. Tu salah ulamak muda dan tua keliling dia yang langsung tak berani angkat muka. Tu jugak kegagalan jawatankuasa masjid yang tak perihatin ngan sensitiviti umat Islam.

Haa.. ! hangpa paham dak lagi ni. Dah, pi main jauh jauh. Pak Long nak melunjoq kat kerusi malaih ni sat.

Wassalam...

Sedaqlah Melayu oii

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long membesaq dikampung dikala ahli ahli politik dilihat suci. Pak Long diajaq, orang orang politik dari parti bangsa Melayu ini adalah orang bangsawan dan bijak pandai melayu. Dulunya Pak Long bangga, dah la bijak pandai dan beragama, tentulah gerak kerja depa jugak mengikut Al-Quran dah hadis. Bila dah bijak pandai, parti yang depa wakili tentulah parti yang penuh dengan kepandaian. Pak Long masih ingat, sekalipun diletakkan kopiah atas kerusi, calon dari parti bangsa yang penuh kepandaian ini akan menang.

Masa kian berubah, maklumat jadi lebih mudah. Orang kampung tidak sedungu dulu. Barulah Pak Long sedaq, parti yang penuh kepandaian ini rupanya hanya pandai dalam membodohkan umat Melayu. Barulah Pak Long sedaq, parti yang penuh dengan bijak pandai Melayu ini rupanya hidup segar diatas kebodohan bangsa mereka hasil dari sistem perbodohan bangsa sendiri dengan penuh sistematik.

Selama lebih 53 tahun parti bangsa bangsa ini menangguk diair keruh. Rakyat telah dilena miskinkan dengan dendangan "Ketuanan Melayu". Maka melayu melayu ini telah diulit mimpi indah bahawa mereka hidup sentosa dibawah "Ketuanan Melayu".

Apakah majoriti Melayu sekarang selesa dan sentosa dengan tuaian hasil dari "Ketuanan Melayu"? Berpuashatikah kita calon Melayu dipandang sebagai gred B disektor swasta? Apakah bangsa Melayu benar benar terbela hasil perjuangan bijak pandai Melayu dalam parti bangsa bangsa tersebut? Kenapa majoriti Melayu mendiami rumah rumah flat murahan yang dhaif dari segala prasarana? Terbelakah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi?

Ya, Islam agama rasmi, Islam agama junjungan, tapi terbelakah Islam seperti yang sepatutnya? Hangpa puashati ka dengan perlaksanaan Islam sebagai cara hidup dengan berlambak lambak gejala sosial dewasa ini? Hangpa boleh senyum lagi ka tengok mahkamah syariah dok jauh bawah dari mahkamah sivil?

53 tahun bukan satu jangkamasa singkat. Jangan belajaq cuci tangan sekiranya masyarakat kita tunggang langgang tidak beriman...

Wassalam...

Saturday, August 28, 2010

Beras dan tahi cicak jangan dicampur

2 juta komen
Salam semua...

Insyaallah, Pak Long masih setia mempertahankan politik cara Islam. Nawaitu kita sebagai seorang Islam hendaklah jujur dan benar. Kita berpolitik kerana hendakkan kuasa pemenrintahan dalam negara supaya dapat kita menegakkan syiar Islam. Supaya dapat kita buktikan kesempurnaan Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Sebab itu Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Pak Long berpendapat apabila Islam dan politik disatukan bagi membentuk kesempurnaan, maka wajarlah setiap ahli politik terutamanya beragama Islam dipastikan benar benar Islam, memahami Islam, malah meletakkan Islam mengatasi segalanya dalam jiwa, keluarga, maysarakat malah negara keseluruhannya.

Pak Long dok perhatikan lah yer, masyarakat kita telah lama melakukan kesilapan dalam menentukan kelayakan seseorang menjadi ahli dalam politik. Masyarakat terdahulu telah kelabu menilai mana intan dan mana kaca. Masyarakat terdahulu telah dialpakan kerana terlalu disuapkan oleh materialistik lalu lupa menilai dari jiwa Islam. Mereka telah lalai memastikan Islam sebagai syarat utama untuk berpolitik pada setiap ahli politik. Maka itu lah timbulnya ahli ahli politik yang hipokrit dan rendah akhlaknya, yang kini makin menjadi jadi malah bermaharajalela.

Penting Pak Long nak ingatkan, menjadi ahli politik sekiranya kita beragama Islam, maka tentunya kita secara tidak langsung mewakili agama Islam itu sendiri. Setiap tingkah laku kita diperhatikan sebagai dari seorang Islam terutama oleh masyarakat bukan Islam dan dari bangsa bangsa lain juga. Inilah bahayanya apabila kita sebagai rakyat membiarkan ahli politik yang buruk akhlaknya timbul dicelah celah masyarakat yang kononnya kuat berpegang pada ajaran Islam.

Akibatnya, generasi sekarang telah ditimpa bencana dan malapetaka. Pak Long menyeru pada anak anak dan orang ramai yang sedar untuk melakukan sesuatu membersihkan pekong yang membaham bangsa dan menghodohkan agama ini. Kita kena pastikan, beras dengan tahi cicak jangan dicampur aduk...

Wassalam...

Wajib, tang memana pun wajib

6 juta komen
Salam semua...

Makhluk mana la yang memula reka nak masuk masjid kena tutup urat aurat ni. Bukan Pak Long tak setuju, tapi stetment tu kena perbetoi sikit. Nanti orang dok ingat masuk masjid saja kena tutup aurat, dok luaq masjid tak payah... haha...

Tutup aurat ni kewajipan bagi pompuan beragama Islam. Ia diwajibkan bukan saja dalam masjid, tapi jugak diwajibkan di luaq masjid. Pompuan Islam yang bukak urat aurat di luaq masjid, hukumnya tetap berdosa. Tak kira la sapa pompuan tu. Tak dak kecuali kecuali punya. Jadi, jangan la kita dok tunjuk baik tak ketahuan kepala ekoq dok menyalak sakan serupa la tutup aurat itu wajib kat pompuan yang tak beragama Islam saja.

Jadi pada sesapa yang baru belajaq nak tunjuk baguih dalam soal ni, tengok dulu la keliling hangpa... dah tutup habih dah ka atau masih berserabut berjela jela punya dosa.

Wassalam...

Hj Jamaludin

4 juta komen
Macamana rupa gamaknya hj jamaludin bila naik moto ni noo... tak dak langsung tempat nak sangkut mangkok tingkat.

Salam semua...

Bila tengok moto besaq, Pak Long tetiba jadi teringat kat hj jamaludin... haha... Dah nak masuk 20 hari kita berposa, tak nampak langsung rupa paraih dia. Takkan pulun buat amal ibadat sampai lupa sahabat.

Bukan spesel sangat pun, ni ha Pak Long terjumpak kisah budak budak lawan rempit halal kat Gren Prix Indianapolis la ni. Gambaq ataih tu si Andrea dari Itali penunggang Honda dalam satu sesi latihan depa kemarin.

Pak Long bukannya apa, dok pikiaq jugak la macamana rupa gamaknya hj jamaludin naik moto ni pi terawih. Kain pelikat tak gaduh nak tutup muka ka? Haha...

Wassalam...

Bodo tu simpan kat Umno

6 juta komen
Salam semua...

Semalam Pak Long dok hamput Umno pasai perbodo ahli sendiri. Hari ni Pak Long tergerak hati nak seligi budak budak Pakatan pasai memang jenih bodo sendiri. Hangpa kalau nak bodo pun, jangan sampai menyusah orang lain. Bodo hangpa tu simpan sikit kat Umno, jangan dok kawai kat hangpa sorang saja. Jangan dok jadi betoi bendoi tak kena tempat dan suka cipta peluru bagi kat Umno. Orang nak berpolitik, hangpa pun kalut nak berpolitik tapi tak cerdik politik.

Ca hangpa belek tengok bab "Tazkirah Teo" tu. Okey la, Pak Long memang tak reti sangat pasai hukum hakam ni. Lagipun Umno tak kelapaq nak ambik tau pun semua tu. Umno nak perlingkup kesatuan Pakatan, jauhkan Melayu dari parti yang boleh kacau mimpi sedap depa saja. Nak berpolitik kena cerdik, bangsa yang hangpa dok lawan ni tidoq pun berbantalkan duit. Petik jari saja media depa cerita riuh. Kalau hangpa jenih betoi bendoi, tak cerdik politik, susah la.

Cuba pikiaq dulu sebelum buat apa apa pun. Jangan dok main serbu tembok mentang mentang negeri ni kita dah pegang. Halusi dan mengaji dulu apa yang kita nak buat tu Umno boleh perguna sebagai isu dak ka. Belajaq jaga sensitiviti. Memang betoi tak peosng akidah, tapi sensitiviti tu kena belajaq jaga. Pak Long nak habaq bagi, bila hangpa dah tak dak cerdik politik ni, buta buta saja hangpa dah bagi peluru hidup kat Umno guna. Depa senang senang boleh suruh jabatan pakai nama Sultan, hangpa? Lip pok, lip pok kena kejutan.

Dah lama rakyat Malaysia diperbodokan, tapi jangan tunjuk kat orang kata puak puak Pakatan lagi bodo pasai tak belajaq dari sejarah. Cerdik politik bukan boleh dapat dari mana mana tok guru. Cerdik tu kena mai dari diri hangpa sendiri.

Wassalam...

Peluru makan tuan

12 juta komen
Heran ooii.. kalau ada orang yang sedap makan peluru sendiri...

Salam semua...

Pak Long rasa Umno ni kena ubah taktik depa dalam berpolitik ni. Umno tak boleh dok cipta isu bodo dah kerana nak bagi orang suka kat depa. Kalau dak lapaq sangat nak hidup ngan isu pun, cari la isu yang boleh bukak minda dan ajak ahli Umno jadi cerdik.

Pak Long tau, blog ni kecik sangat untuk Umno peduli. Tapi terpulang la, hangpa tak mau dengaq pun lantak pi kat hangpa la. Tapi Pak Long dok tengok tengok la, lagi kuat Umno hentam Pakatan dengan isu remeh temeh ni, lagi kuat la cengkaman Pakatan melekat dalam kepala rakyat marhaen. Lagi bangang isu yang Umno timbuikan, lagi geli orang ramai nak dekat ngan Umno. Hangpa tak percaya? Hangpa pi la melengum sat kat market mana mana dengaq apa orang kata. Hangpa pi sembang tengok kat beranda surau kampong mana mana sat tengok, apa yang depa cerita.

Budak budak la tak serupa masa zaman kita pakai seterika arang dulu ni. Budak budak la dah dapat banyak maklumat. Depa dok nampak tujuan Umno nak pecah belahkan Pakatan hanya nak kekal berkuasa. Bukak lorong lebih luaih bagi Umno melantak duit rakyat. Umno kena tekel persepsi ni, bukan cipta isu yang boleh memudaratkan Islam dimata bukan Islam. Jangan dok cipta isu yang boleh menjauhkan lagi rakyat dari Umno.

Okey lah, Pak Long nak pi perabih belen kueh tepong talam yang janda Limah hantaq tadi ni...

Wassalam...

Friday, August 27, 2010

Ayam pun golek kepala

4 juta komen
Pasar ramadhan, ramai yang kalah godaan time ni...

Salam semua...

Alahmdulillah, dah 17 hari kita berposa, dah 17 hari dah la kita berlapaq dahaga. Agak agak apa yang dah kita belajaq dari ibadah berposa ni noo... hihi... banyak jugak yang dah kita belajaq dan banyak jugak yang langsung tak sedaq.

Satu yang jadi badi bagi Pak Long ialah pasar ramadhan. Kalau tak kerana Mak Long hang dok sibuk menjahit, tak kelapaq la Pak Long nak pi buang masa kat pasar ramadhan tuh. Sebab bila kita berposa, perut kita jadi kosong dan lapaq, tengok apa pun nampak sedap. Yang ni yang Pak Long takutkan, takut kita terbeli dengan nafsu. Dah berlambak lambak kita beli, last last jamu ayam. Silap silap ayam Mak Long hang pun golek kepala tak lalu nak makan sisa makan kita yang berlambak tuh.

Dah dok pun berdua ngan Mak Long hang, bukak posa pun ala kadar saja la. Kurma yang jiran sedekah sorang sebijik campoq ayaq suam segelaih dah cukup. Kalau ada selera nak makan, Pak Long mungkin pekena nasik sikit dengan lauk yang ala kadar.

Dok dikampung memang seronok terutama bila dah mai umoq senja macam Pak Long ni. Sedekah dari jiran jiran saja dah boleh sara sampai sahor. Tak tau la pasai apa tempat lain jadi kelam kabut, sampai ada budak budak Cina simbah cat ke surau, pengetua sekolah bercakap menghina kaum lain la.

Kampong Pak Long tak sampai lagi peringkat kena boh letrik kat pagaq rumah. Kalau dah Lucy boleh dok sedekahkan laksa dan Ah Seng bagi tembikai tak dak bijik, kira Pak Long bersyukur banyak banyak la. Janda Limah tok sah kira la, berlorong dia ulang tengok Mak Long hang... hihi... bukan ulang tengok saja, siap ngan buah tangan lagi.

Wassalam...

Wednesday, August 25, 2010

Musim duit raya

2 juta komen
Senyum nak, depa dok ambik gambaq nuu...

Salam semua...

Musim duit raya mai lagi. Mak bapak dah mula berkerut dahi nak kerobek tang mana duit raya untuk anak anak. Untungnya kalau ada anak ramai ni, boleh buat duit tambah. Hantaq saja pi rumah orang pagi pagi buta... haha...

Musim ni jugak ramai orang nak tunjuk baik. Pak Long tak kata salah nak tunjuk baik, tapi kadang kadang nampak tak cantik pasai tangan kiri selalu dok bagitau kat orang ramai berapa banyak dah tangan kanan yang bagi duit kat orang.

Gambaq ataih tu tak dak sangkut apa apa dengan cerita Pak Long ni, hiasan saja. Gambaq Bernama ni menunjukkan bini Piem Umno Rosmah Mansor (kanan) bagi ‘duit raya’ kat anak anak yatim dalam satu majlis di Kuala Lumpur kelmarin.

Tapi tak salahkan kalau Pak Long nak ajak kita semua ubah sikit pesyen kita tu, jadikan lah sedekah tu betoi betoi satu sedekah. Tak payah la bagi duit raya ataih pentaih, hodoh tengok kalau dewan penuh ngan wartawan dari budak budak.

Wassalam...

Letih dok pikiaq

6 juta komen
Salam semua...

Hangpa tolong tengok sat aaihh... Pak Long naik letih dok pikiaq budak yang kerja Tukar Tiub ni kata apa? Kat sapa dia mengata tuh?


Betoi ka majoriti rakyat nak kuburkan Umno saja, tapi hanya Islam yang mahukan hudud. Kalau betoi lagu tu, jadi tanggungjawab orang Islam la nak terangkan dengan jelaih pasai kelebihan hudud dimata majoriti rakyat Malaysia. Apa yang dah kita buat nak bagi masyarakat jelaih pasai hudud ni?

Lagi satu ni, nak perjatuh Umno dulu baru pikiaq hudud atau hudud dulu baru perjatuh Umno. Atau kalau terlebih terer, dua dua sekali kita mau... errr, ataupun dua dua sekali nak buat tak tau.

Wassalam...

Tuesday, August 24, 2010

Hidup untuk duit

4 juta komen
Salam semua...

Manusia kalau letak hidup dia untuk duit, macam ni la jadinya. Pasai duit saja habih lingkup khazanah semulajadi. Pasai duit habih punah adik beradik dan sanak saudara. Pasai duit jugak tergadai habih kampung dan negara. Pasai duit jugak berlambak haiwan tak senang hidup dibumi Tuhan.

Foto menunjukkan pegawai hidupan liar Kenya dok mengawal dekat dengan longgokan gading gajah dan badak sumbu yang siap untuk penghantaran di Lapangan Terbang Jomo Kenyatta, Nairobi. Cuba bayangkan berapa banyak gajah dan badak sumbu yang dimangsakan. Cuba bayangkan lagi gading dan sumbu dari binatang ni adakalanya diceraikan diwaktu binatang masih bernyawa.

Tak berperi kebinatangan betoi...

Wassalam...

Berakai tak pandai pakai

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long tengah dok pikiaq tak dapat dapat lagi ni, nak buat apa tah la kat empat ekoq budak budak ni. Depa sakit hati pasai orang larang main mercun saja depa lempaq cat merah kat surau, depa baling botoi arak kat surau. Terlampau ikut hati sampai terlupa, surau tu tempat ibadat sebangsa jugak seagama ngan depa.

Ni yang kata budak budak ni, ubun ubun dok lembik lagi. Walau umoq dah berbelaih tahun tapi akai tak berapa nak cukup elok lagi. Lagi pun nak kata apa lagi dah Polis pun kata kerja buat budak budak nakai. Jadi tak salah ka kalau orang kalut dok tanya sapa mak bapak bebudak nakai ni.

Sebab tu selalu Pak Long pesan kat anak anak. Tiap kali nak pi mana pun, pikiaq dulu baik buruknya. Apa benda yang hangpa nak buat pun, pikiaq banyak kali tak pa, elok ka tak elok. Sebab ataih kepala kita ni dah terjunjung Islam sebagai agama kita, Melayu sebagai bangsa kita dan maruah keluarga jugak ataih kita.

Bila dah jadi sesatu yang tak elok kat diri kita, bukan saja diri kita yang merana tapi jugak agama, bangsa dan maruah keluarga akan terhina sama.

La ni amacam, nak Pak Long sekolahkan budak budak tu lagi sekali ka?

Wassalam...

Dengaq sama cakap KJ

5 juta komen
Hangpa kena cekau kepala budak budak muda dengan duit, baru depa tak lari...

Salam semua...

Sekali sekala Pak Long mau budak budak Pakatan pakai pi la nasihat dari si Khairy ni. Khairy atau nama galaknya KJ dah bagi warning kat Pakatan jangan dok bangga tak ketahuan hala kata ada sokongan mutlak pengundi muda.

Awat, hangpa nampak macam lawak ka? Pakatan kena paham betoi betoi, benda ni bukan boleh dok buat main main. Kalau hangpa ada hati nak perjatuh Umno, pengundi muda kena jaga sungguh sungguh terutama pengundi yang jenih mau tak mau dan pi tak pi tu. Jenih pengundi ataih pagaq laa maksud Pak Long tu.

Pak Long bukannya apa, takut kita ni syok sendiri. Bab daftar pengundi baru kita dok nombot satu, tapi mai pilihanraya semua ber"cempera". Ceramah bunyi berpuloh ribu yang pi tapi pilihanraya dok tungging jugak lagi. Yang kita pulun sampai sakit pinggang pinggang, last last letih terkangkang.

Budak budak Pakatan dok nganga apa lagi, pi cepat jalan kerja... jangan dok cekak pinggang arah orang saja.

Wassalam...

Kes liwat macam ni baru tak pelik

2 juta komen
Salam semua...

Tak banyak yang Pak Long boleh buat pepagi hari ke 14 posa ni. Lepaih ubah lembu pi padang, Pak Long lepak depan laptop buruk hasil ehsan anak anak. Nak harap ke Umno nak bagi, kirim salam laa... tambah tambah bila depa tau yang Pak Long pun dok debik depa dalam blog... hihi...

Pak Long terbaca berita tak pelik dari Bernama yang melaporkan sorang lelaki yang di"bekaih guru"kan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen. Bekaih guru tu umoq 31 tahun didakwa merogol dan meliwat seorang pelajaq pompuan warga Temasik umoq 11 tahun di sebuah sekolah rendah swasta di sini.

Pak Long kata tak pelik pasai yang buat benda hodoh tu umoq 31 tahun, muda belia lagi dan yang kena naya tu budak umoq 11 tahun, pompuan pulak tu. Betoi tak betoi, yang tu bagi mahkamah buat kerja la.

Yang peliknya tu bila si tertuduh umoq dah 61 tahun, bukan berapa larat dah telah dituduh meliwat belia remaja umoq 23 tahun, jantan pulak tu siap ngan sihat tubuh badan lagi. Tak ka pelik...

Saja ja Pak Long nak suruh hangpa pikiaq tengok cerita si Saiful tuu... hehehe...

Wassalam...

Monday, August 23, 2010

Apa yang hangpa nampak

10 juta komen
Salam semua...

Pak Long naik cerin bulu roma terbaca berita di Berita Hairan Harian online ni. BH melaporkan kisah dua manusia ni yang bijak dalam memalsukan dokumen telah ditahan untuk pendakwaan.

Tengku Nikman Tengku Mahmud (dua dari kiri) dan Wan Latef Wan Embung didakwa atas memalsukan dokumen perjanjian pembelian tanah balak di hutan simpan Tembat, Hulu Terengganu di antara sebuah syarikat dengan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bernilai RM102 juta seluas 5,113 hektar dan RM12 juta seluas 568 hektar dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Imran Makhzan.

Bukan pendakwaan yang Pak Long kagumkan tapi jumlah yang terbabit serta nama nama besar yang terpalit... pergghh...

Wassalam...

Jahil ka jahat

2 juta komen
Jahil ka jahat ni?

Salam semua...

Payah la Pak Long nak setuju ngan budak Nasruddin ni. Tak dak pun sebab sebab tertentu yang buat Pak Long tak berapa ngam ngan dia ni, tak dak dendam apa pun. Cuma kadang kadang Pak Long nampak macam dia tak berapa fit ketuai dewan pemuda. Pak Long nampak macam dia ni "star" sikit lah.

Tapi Nasruddin oii, hang tok sah dok peduli sangat la "ketidak setujuan" orang kecik macam Pak Long ni. Tak jadi kudis pun kat hang, hihi...

Tapi Pak Long suka ngan stetmen budak Nasruddin Hassan hari ni, sanggup jumpak ngan sapa sapa pun jugak semata mata untuk meyakinkan depa macamana hukum hudud boleh digunakan untuk “memulihkan satu peradaban yang kian runtuh.” Pergghh... cayalah...

Bab ni Pak Long suka, baik banyak la dari hangpa dok lawan tayang serban tinggi hangpa tu. Pikiaq mau laju, berani kerana betoi, jangan dok biaq Nik Aziz tergedik gedik sorang sorang kena seligi dengan puak puak jahil DAP tuh.

Macam yang Mak Long hang selalu pesan la, hidup sebagai umat Islam ni kerjanya berdakwah. Dari bangkit tidoq, mandi, keluaq rumah, pi kerja, bawak keta pun berdakwah. Jadi kewajipan kita kena bagi penerangan tambah tambah lagi pada bukan Islam yang ada disekitar kita sekiranya ada kecelaruan pasai Islam.

Jangan dok biaq depa kenali kita sekadar luaran saja. Jangan dok jadi macam puak puak jahat nuu, depa dok tambah bagi lagi keliru ada la dan letakkan pulak Islam tu seolah olah zalim. Kita kena usaha bagi penjelasan dan penerangan supaya depa paham aqidah orang Islam. Paham konsep Tuhan yang kita percaya. Moga2 depa kenal Allah (makrifatullah). Last last tu terpulanglah kat depa nak terima atau dak. Allah Taala yang berkuasa bagi taufik dan hidayah pada seseorang.

Kes hudud ni pun serupa la, kita kena jalankan tanggungjawab dakwah kita cuba bagi depa paham. Terima pelaksanaan syariat Islam tak bermakna bukan Islam dipaksa masuk Islam. Yang ni la kot depa tak paham tu, lepaih depa paham, maka memang jahat la kalau tak mau terima jugak. Bukan jahil lagi dah.

Dah habih ikhtiaq kita, dok macam tu jugak maka senang saja la kita bagitau orang orang yang jahat lagu ni, samaada hang bersama kita ataupun dok luaq bot pasai agenda perlaksanaan syariat Islam ini akan tetap berjalan dengan izin Allah s.w.t.

Wassalam...

Tak hingaq tak syok

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak pasti pulak cara protes "bisu" hangpa ni boleh pakai kat Mak Long hang ka dak. Pak Long cuma takut satu saja, Pak Long dok harap Mak Long hang sakit hati, lagi dia senang hati pasai tak dengaq dah Pak Long dok berletiaq.

Pak Long sebenaqnya tak dan nak pikiaq lagi protes "bisu" hangpa tu berkesan ka dak kat kerajaan Najib. Tapi Pak Long suka bila hangpa guna hak hangpa bersuara walaupun tanpa suara... hihi...

Padan la ngan kerajaan Najib ni pun, awat yang nak kena kontrol dan tutup mulut media media kita ni. Bebaskan sikit, bagi ruang sama untuk rakyat bersuara. Takkan sampai kena pakai kuku besi kot nak tutup mulut DJ popular stesen radio bahasa Cina 98.8FM tu.

Rasa rasa macam Mak Long hang tak heran pun protes ni... ya la, mana dia dengaq apa pun dah hangpa "protes bisu"... ish... ish...

Wassalam...

Kelam kelibut habih Zahid punya pasai

4 juta komen
Salam semua...

Kalau orang lain tak tau la, tapi Pak Long tengok Umno ni akan lebih dibenci rakyat. Pak Long tengok Umno ni terdesak sangat sangat dah nak paksa Melayu sokong depa. Sampaikan benda yang kecik kenit pun depa perguna media depa bagi perbesaq sampai naik huru hara negara.

Patutnya Umno cari la isu lain yang tampak kematangan Umno tu sikit. Hangpa bukan baru dalam politik Malaysia ni. Cari la isu yang boleh pacu kepala otak bangsa hangpa tu sama. Banyak lagi isu isu yang lebih relevan yang ditagih rakyat.

Pak Long gerenti Melayu akan teguh dibelakang hangpa kalau hangpa bijak tangani harga barang yang kian meninggi la ni. Pak Long yakin sokongan rakyat akan kembali kat hangpa kalau hangpa boleh yakinkan orang ramai budak budak yang sangkut PTPTN tu dikaji kaedah pembayaran baliknya. Pak Long jamin sokongan rakyat akan solid dibelakang hangpa kalau hangpa telus siasat segala kes kes yang berprofil tinggi yang sangkut dengan jenayah rasuah, bunuh dan lain lain kes melibatkan orang orang besaq yang dilihat rakyat sebagai terlalu dilindungi.

La ni kalau ada takat 20 ringgit dalam poket tu, Pak Long nak pi pasar malam pun takut. Takut last last keropok kat cucu pun tak lepaih.

Pak Long tengok bab khutbah kat Penang tu kacang sangat untuk Piem dan TPiem ulaskan. Benda tu suruh saja budak budak hangpa yang mula bukak cerita tu, buat repot Polis dan jabatan agama, boh sekali ngan mufti pun tak pa. Biaq depa la buat kerja. Tak payah la dok merapu dana kata yang bukan bukan kata orang lain. Nak buat perlembagaan baru la, nak hapus raja raja la. Rakyat ada telinga, ada mata ngan kepala hotak untuk depa pikiaq. Rakyat dapat menilai baik buruk, bukan tak cerdik macam zaman jepun dah. Hangpa bawak cerita ni kat jabatan berkenaan untuk depa siasat kalau dah perihatin sangat pun. Tok sah dok bagi kelam kelibut kepala rakyat.

Ka hangpa sengaja perbesaq cerita kecik ni pasai nak tutup ketidak puasan hati rakyat kot... hangpa kena tau, orang ramai kalau dah perit hidup, depa bukan peduli dah sapa yang hangpa doakan. Mai time mengundi depa akan ingat balik kemuruk hangpa yang hangpa tak dan nak tutup tu.

Wassalam...

Gegak gempita pekikan panglima

4 juta komen
Salam semua...

Pergghh... gamat Malaysia. Gegak gempita dengan pekikan panglima panglima BN. Macam la negara kita ni tak dak masaalah lain yang lebih besaq dan penting.

Hang tuduh aku, aku tuduh hang.
Hang selak kain aku, aku selak kain hang.
Hang cabar aku, aku cabar hang.
Hang provok aku, aku provok hang.
Hang ISA kan aku, aku ISA kan hang.

Yang Pak Long tau, depa semua dah kenyang. La ni buat buat lawan nak tutup pekong yang berlompang. Depa dok harap bagi hangat isu tuan dan pendatang. Biaq rakyat lupa perut yang kempis kurang makan. Binawe punya orang.

Wassalam...

Sunday, August 22, 2010

Gerenti meriah raya di Terengganu

4 juta komen
Foto Bernama

Salam semua...

Kreatif betoi rakyat Malaysia ni Tuhan saja yang tau. Posa baru habih hari ke 12, depa dah siap ngan persiapan raya besar besaran. Malaysia zaman moden, raya kalau tak dak mercun tak sah. Biaq hilang nyawa pun tak pa, janji kena ada mercun. Biaq meletup reban rumah pun tak pa lagi, wajib jugak adanya mercun untuk raya.

Peristiwa di Kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu membuktikan hakikat mercun raya ni. Sebuah rumah tinggal reban habih terkena letupan kuat, membunuh seorang budak lelaki dan dua remaja cedera pada Sabtu lepaih. Kononnya rumah tu nak buat setor penyimpanan mercun dan bunga api la.

Hadoiihh... cerdik tak bertempat pun susah gak nih...

Wassalam...

Besa tengok ka dalam kaabah

2 juta komen
video


Salam semua...

Video ni Pak Long tengok macam ambik curi curi saja. Dapat dari mana tah, dah lama rasanya terperok dalam inbox Pak Long.

Dah jadi adat manusia kot, yang orang larang tu la depa suka. Pa pun tengok ja lah pemandangan dalam kaabah yang menjadi kiblat bagi jasad umat Islam sedunia nih...

Pak Long rasa macam nak pekena nasik arab la berbuka nanti... hihi...

Wassalam...

Umno kena cari isu lain laa...

8 juta komen
Jangan bagi nampak Islam tu kejam sangat... doa untuk kesejahteraan orang tu baguih pa...

Salam semua...

Bulan posa memang lagu ni kot, mai dekat tengahari saja mata dah mula naik layu. Tidoq ni baguih untuk kesihatan tapi kalau terlebih tidoq pun tak baguih, boleh jadi mandom.

Berpolitik pun macam tu la jugak, kalau dah terlebih berpolitik, semua isu nak politikkan, last last rakyat semua akan jadi mandom. Jadi agak agak la sama nak mempolitikkan isu pun. Pak Long suka budak Asri ni, dia tak masuk belah mana mana tapi dia kata doa sejahterakan orang dalam khutbah tak salah. Takkan benda kecik macam tu pun nak dipolitikkan. Sampai orang asing pun dah jadi tak senang.

Bila nak berpolitik, kepala kita kena cekang dan laju. Tak boleh tengok sesatu isu tu sempit demi kepentingan kelompok tertentu saja. Bulan posa bukan bermakna kepala kita kena segan berpikiaq.

Pak Long pun tengah dok pikiaq ni nak jamu apa kat Mak Long hang bukak posa nanti...

Wassalam...

Sapa kena sapa tau la

2 juta komen
Salam semua...

Nak kata serik sangat tu dak jugak lagi tapi Pak Long memang trauma la masa kena tidoq luaq hari tu. Berapa kali dah Mak Long hang dera Pak Long tidoq luaq bila dia hangat hati. Nak buat macamana dah bini kita, nak debik pun rasa macam tak sedia lagi nak jadi tajuk berita, laki dera bini.

Sebab tu Pak Long pun tumpang bersedu sedan gak bila terbaca kisah Raja Azmi yang trauma bila kena tidoq satu malam dalam lokap tu. Kesian gak kat Raja Azmi tu, dia bukan buat salah besaq mana pun. Cuma tak hadir ke mahkamah saja. Serupa gak ngan Pak Long ni, kadang kadang terjelin janda Limah lebih sikit saja, masak la. Jadi Pak Long paham la trauma tu rasa macam mana.

Tak pa la Raja Azmi oii, sekurang kurangnya Pak Long paham. Bukan hang sorang saja yang rasa trauma macam tu, kita serupa.

Wassalam...

Saturday, August 21, 2010

Keajaiban Umno

10 juta komen
Salam semua...

Lagi keajaiban ciptaan Umno dibulan posa ni, masak bubur lambuk tak pakai api.

Kelihatan Piem Umno Najib Razak menunjukkan cara cara mengacau bubur lambuk tanpa gunakan api pada orang ramai dimajlis Mengacau Bubur Lambuk Perdana. - Foto Bernama

Wassalam...

Amboi, sukanya dia

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long nak tergelak betoi ngan budak Ezam ni. Ingatkan panglima sangat, rupanya bekas yang kononnya orang kanan Anwar ni pakar sumpah sumpah saja.

Jadi dia lah manusia yang paling suka bila ada orang yang dah termasuk perangkap berpolitik cara dia dan menari lagu dia. Sekurang kurangnya dia tau umpannya untuk tarik perhatian orang ramai dah mengena. Sekurang kurangnya dia syok sendiri, berpolitik cara dia tu betoi. Sekurang kurangnya dia rasa megah kini gian dia nak bersumpah sumpah lagi akan ada.

Tapi dia ada ka empat saksi yang boleh mempertahankan kenyataan-kenyataannya berhubung pertuduhan liwat kedua dihadapi Anwar tu?

Pak Long rasa tok sah layan sangat la katak yang meraung panggil hujan ni. Dia tentu suka hati sesangat kalau betoi hujan yang mai nanti.

Wassalam...

Peluang baik ni

2 juta komen
Salam semua...

Dah banyak jenih kerja yang Pak Long buat, macam macam bidang yang Pak Long teroka. Tinggai dua bidang lagi yang Pak Long tak dan nak buat lagi. Satu ialah bidang angkasawan dan satu lagi bidang sukan bolasepak, kalau boleh tu Pak Long nak rasa gak kedua dua bidang tu sebelum pejam mata.

Mak Long hang macam besa la, tak pernah bagi semangat langsung. Sebut bidang angkasawan saja Mak Long hang dah gelak gulin gulin. Nak marah pun bini kita, bulan posa pulak tu... ishh...

Tapi pucuk dicita ulam mendatang. Bidang bolasepak ni nampak gayanya ada harapan lagi. Tu pun nasib baik budak Kenny Huang tu tak jadi beli Liverpool, jadi adalah peluang Pak Long nak masuk daun. Kalau jadi la Pak Long beli Liverpool nanti, budak budak Man U pi dok main jauh jauh. Jangan dok mai menyemak disini.

Bukan apa, Pak Long nak tengok nasib dalam bidang bolasepak di England la pulak pasai bolasepak di Malaysia tak boleh nak tolong dah, semua dah di sapu oleh Sultan bola.

Pak Long tak peduli dah kali ni, Mak Long hang nak kata apa pun kata lah... ngeee...

Wassalam...

Panaih betoi berposa di Penang

4 juta komen
Masjid jamek Padang Menora... pisau.net

Salam semua...

Sedaq tak sedaq dah 11 hari kita berposa, hmm... ada yang rasa cepat tapi banyak jugak yang kata lambat... hihi...

Posa kita ni sepatutnya bukan setakat amalan tapi ia satu ibadah. Ibadah posa seharusnya mendidik diri jadi lebih takwa dan merendah diri. Ibadah posa jugak salah satu dari kaedah membersih diri umat Muhammad. Apa salahnya 11 bulan dalam setahun kita mentakedarah sampai tak mau mau, tapi sebulan saja kita berposa untuk muhasabah dan menyuci diri.

Muhasabah sorang sorang tak payah dok habaq kat orang. Tengok diri sendiri dah tau kot, ibadah kita Tuhan terima ka dak. Sekiranya kita berlapaq sampai bergulin gulin dibulan posa, tapi kerja kita menyakitkan hati orang lain, maka ibadah posa kita tu kena kaji balik betoi ka dak. Kalau sampai sebulan punya posa, menahan makan tapi perangai kita dok fitnah orang ngan cerita karut, maka sekali lagi kita kena tengok balik posa kita tu berkesan ka dak untuk diri kita. Tu la cara Pak Long muhasabah diri.

Pak Long ni bukannya apa, budak solehah tu mintak Pak Long tengok dan ulaiah apa cerita kat Penang nu. Ya la kisah depa boh nama Guan Eng ganti nama Agong dalam khutbah tu. Budak solehah ni terbaca blog pisau.net ni, pasai tu dia rasa memusing. La ni lagu ni la solehah oii, Pak Long rasa kalau betoi pisau.net tu ada bukti kukuh, depa patut pi repot kat jabatan agama negeri, repot polis ka kalau dah tak percaya kat jabatan atau pi terus kat mufti mufti Umno yang berlambak tu. Benda ni tak susah kalau kita nak permudahkan kecuali la kalau kita jenih cari makan ngan isu.

Depa nak hingaq apa kat Guan Eng kalau dah tak dak notis rasmi dari kerajaan negeri suruh tukaq nama tu. Jadi kalau ada khutbah sesat macam tu pun, ni bukan arahan rasmi kerajaan negeri. Mesti ada puak puak yang nak sabotaj kerajaan negeri kot. Tapi lebih baik la benda ni kita siasat. Kalau betoi Guan Eng yang suruh, biaq Pak Long sendiri nak seligi puak puak Pakatan tu cukup cukup pasai buat kerja bangang yang melantun lantun.

Sebenarnya tuduhan kalau tak dak bukti akan timbui fitnah. Kerja fitnah ni tak baguih bukan dibulan posa saja, bulan tak posa pun sebagai Islam tak baik dok fitnah. Apa pun Pak Long rasa kita tunggu tengok dulu hasil siasatan. Jangan cepat melatah dan gelabah.

Wassalam...

Iran dah bersedia

2 juta komen
 
Salam semua...

Apa cerita ngan Rantau Telok ni. Rasa panaih semacam saja terutama sejak pasukan polis dunia Amerika Syarikat sudah berarak masuk jauh kedalam kain Iran. Tak mustahil pergolakan baru bakal berlaku.

Yang Pak Long nampak la, sebagai polis dunia Amerika ada segalanya yang orang lain tak boleh ada. Amerika boleh buat apa saja yang orang lain tak boleh buat. Jadi Iran merupakan salah satu negara yang punya salah paling besaq bagi depa iaitu program nuklear untuk kemudahan rakyat dalam negara. Busuk perut betoi sungguh la. Ishhh... macam besa dengaq saja perangai ni kat Malaysia...

Iran terkenal dengan sikap, "mintak tak mau, jumpa tak tolak" dan Amerika pulak rasa depa ada segala gala, patut sangat rasa besaq kepala. Elok sangat dah la, foto Reuters diatas menunjukkan peluru berpandu darat ke darat, Qiam 1 dilancarkan dari satu tempat rahsia di Iran mungkin sebagai tanda tanda dah bersedia...

Wassalam...

Friday, August 20, 2010

Anak sapa tu haa...

8 juta komen
Salam semua...

Bila bini buat silap, orang nak tengok sapa laki dia. Bukan pasai apa, nak tengok laki dia tu macamana sampai tak reti nak tengok tengokkan bini. Bila anak pulak buat loqlaq, orang teringin sangat nak tau sapa mak bapak dia. Mesti depa nak tau, mak bapak jenih apa ni yang pandai buat anak tapi tak pandai jaga anak.

Benda ni besa la bagi masyarakat kita, tak dak anehnya. Tapi bila Zahid yang buat tuduhan buta tuli, bohong dan fitnah kat kerajaan Pakatan Pulau Pinang, sapa pun tak tanya dah Zahid ni anak sapa atau mai dari bangsa mana. Pak Long tak rasa aneh pun pasai Pak Long tau semua orang dah tau bangsa Umno yang Zahid anuti memang jenih macam tu. Padan la ngan si Zahid tu pun, tanpa periksa bagi habih, tanpa siasat dulu sumber tu dah bersunat ka belum, terus dia buat tuduhan kasaq kat kelompok Islam Pulau Pinang. Yang lagi bengong melantun lantun pulak bila Muhyiddin pun ikut sama jadi tukang karut.

Jadi Pak Long tengok jelabaihnya mulut si Zahid ni menggambarkan kegagalan Najib Razak jaga anak anak dia. Najib gagal mendidik anak anak dia supaya paham nurani rakyat Malaysia. Najib gagal bila dok biaq anak anak dia main dengan api kebencian.

Hangpa nak tuduh pun agak agak la sama. Budak budak pun boleh gelak gulin gulin bila hangpa tuduh kerajaan Pakatan Pulau Pinang buang nama Agong ganti nama Guan Eng dalam khutbah depa. Hina sangat ka kelompok Islam kat Pulau Pinang ni...

Senangnya jadi menteri kabinet Najib... ish... ish...

Wassalam...

Pas buat lawak

2 juta komen
Salam semua...

Awat la ngan puak puak Pas ni tak tau la. Geli bijik mata Pak Long bila terbaca lawak dari Pas ni. Agak agak la woii... nak buat lawak bulan bulan posa ni.

Pas melalui Ustaz Idris dengan penuh melawaknya mengingatkan kerajaan supaya tak gunakan ISA dan Ops Lalang. Bertarunglah dalam gelanggang demokrasi, atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah.

Wakaka... woii, Pas ni mimpi apa? Jangan guna ISA? Demokrasi? Padang lawan sama rata? Umno kenai ka menatang apa yang Ustaz Idris cakap ni?

Hangpa mai sini sat Pak Long nak cerita sikit.

Tak salah Pas ooiii, hangpa nak tegoq macam tu, tapi hangpa tu yang tegoq orang yang salah. Bila tegoq tak salah tapi tegoq orang yang salah, maka kerja kita jadi sia sia dan orang tengok macam kita ni pelawak. Pada hai kita ni tak melawak pun tapi orang tengok dah macam pelawak pasai depa tengok kita macam dok tegoq tongkoi kayu. Lawak dak?

ISA ngan Umno macam Berahim ngan Perkasa laa... depa bersatu hati sungguh sungguh. Bayangkan la kalau Berahim Ali cium keris, Umno akan cium ISA. Jadi hangpa rasa Umno kena ikut cakap hangpa ka? Hangpa tau ka apa Umno nanti kata?

Err...
ISA tu Pas oiii, maknanya Ikut Suka Aku... ngeee...

Wassalam...

Thursday, August 19, 2010

Ezam masih perlukan Anwar

2 juta komen
Salam semua...

Secara peribadinya Pak Long rasakan, Ezam telah salah cara dalam berpolitik la. Bukan salah sikit sikit ni, salah besaq.

Banyak cara lain Pak Long tengok yang dia boleh buat, tapi pasai apa dia nak bergantung kat Anwar jugak. Awat, kalau tak dak Anwar dia tak boleh hidup ka? Kalau tak sebut nama Anwar sehari, politik dia hancus ka? Malu la sikit, dah besaq panjang dan dah lompat kembali ke lubuk Umno pun masih nak bergayut kat Anwar jugak? Ya laa, kalau dulu bergayut sambil urut janggut Anwar tapi la ni masih bergayut jugak tapi dok kencing kepala Anwar.

Budak Ezam ni boleh apa, kalau nak buktikan PKR itu salah dan diwaktu yang sama bagi la hujah hujah bernas hang pasai apa hang kata Umno tu baguih dari PKR. Bukan kerja melondeh orang dikhalayak ramai.

Budak Ezam ni mungkin ingat apa yang dia buat tu betoi dah bila tengok orang Umno dok tepuk tangan. Woii Ezam, Umno tu gila, hang naik pun depa tepuk, hang jatuh pun depa tepuk. Silap silap kalau jatuh tepuk ngan ketuk lagi hang dapat.

Jadi Pak Long setuju tindakan budak Shamsul ni yang buat laporan kat JAWI tu. Kita tengok panglima Umno baru ni handalnya setakat mana. Kalau dia betoi, buktikan saja tuduhan liwat yang diletakkan kat Anwar tu bersumpah dalam mahkamah syariah berserta empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul.

Lagi satu Pak Long nak cabar gak budak budak AMK tu. Hangpa jangan dok cekak pinggang saja dok tengok dari jauh. Mai sini, kampung hangpa orang dah serang nuuu....

Hangpa anak muda dok buat apa? Buat bodo saja ka...

Wassalam...

Wednesday, August 18, 2010

Sampai nak kena bagi free

7 juta komen
Salam semua...

Macamana la Pak Long boleh terlupa bulan ni bulan kemerdekaan negara. Mak aiiihh... sedaq sedaq dah dekat ngan hari merdeka. Tak tau la mungkin faktor umoq dah lanjut kot atau mood nak sambut merdeka tu tak dak sapa yang hidupkan. Tapi Pak Long waras lagi, tak la sampai peringkat bendera Malaysia tu buat kain basah.

Bab ni memang Najib patut sangat risau. Kalau Pak Long sendiri boleh lupa hari merdeka, macamana ngan anak anak muda harapan negara yang lain. Memang mood nak sambut merdeka tu tak hidup. Kalau ada pun tak menyeluruh, tertumpu hanya pada kelompok tertentu. Kegagalan menghidupkan mood sambutan kali ni adalah kegagalan kerajaan Najib. Serius tak serius sampaikan bendera negara sendiri pun nak kena bagi free.

Errr... foto ataih sana bukan gambaq Mak Long hang. Dakkk... depa tu adalah kakitangan MBJB, Halimah Baharuddin dan Sharifah Roziah Syed Abd Ghaffar sedang sengeh sampai telinga tunjuk bendera free yang nak bagi kat warga Johor Bahru sempena hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

Hmmm... tu la ukuran betapa tingginya semangat patriotik anak anak Malaysia sekarang ni berbanding dulu. Perrghh... caya lah Najib.

Wassalam...

PAS buang masa

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long heran betoi la dengan PAS ni. Yang hangpa dok pi buang masa layan dan cabar Ridhuan Tee tu buat hapa? Dia nak masuk bangsa Umno ka, dia nak jilat juboq bangsa Umno tu ka, hangpa peduli hapa.

Objektif Umno memang macam tu, depa nak bagi tenaga kita pi kalut kot belah lain yang tak dak faedah. Depa akan cipta macam macam gangguan. Kalau kita tak khusyuk dan tawadduk dengan perjuangan, kita akan hanyut ikut depa. Terkuntang kanteng dalam arus ciptaan depa. Sapa rugi? Kita dan mak bapak kita jugak yang rugi.

Hangpa ingat dak lagi ikon Utusan @Umno dulu dulu ni, si Astora Jabat. Haa... ni la pengganti dia. Cumanya dulu Astora ni bangsa Siam, kali ni Astora junior berbangsa Cina. Depa tukaq la sikit nama tu jadi Ridhuan Tee... hehehe...

Sudah laa... tok sah dok layan la mangkok tu. Biaq dia dok salak bukit sorang sorang dia. Dah, dah... pi buat kerja lain yang berlambak dok tunggu tenaga anak-anak muda nuu...

Wassalam...

Masa mana Anwar lukih poster ni

2 juta komen
Woii Anwar, masa mana hang lukih benda alah ni?

Salam semua...

Mak Long hang la, suruh jugak jugak Pak Long nasihatkan Anwar tu sikit. Anwar ni pun satu haru, betoi betoi tak serik la cari sakit. Pak Long pun tak tau dah nak nasihat macamana kat Anwar ni sebenaqnya.

Dalam orang dok kalut usung hang pi sana, usung mai sini buat ceramah, dalam hang dok kalut naik turun mahkamah kes liwat hang tu, dan lagi noo hang pi lukih poster ni. La ni Sultan Johor dah murka, polis pulak dah mula letak harga. Tu la, tak dak kerja pi cari kerja, kan susah.

Haa...!! melawan, melawan. Orang tegoq sikit melawan. Hamboii, kalau hang tak lukih benda alah tu takkan polis nak mai cari hang kot? Haaiii... boleh kencing manih Mak Long hang camni...

Wassalam...

Bahaya permainan ni

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long tengok cara Chua Soi Lek bertegang leher ngan Muhyiddin tu macam tak dak seni la. Depa depa ni kena belajaq seni dan selok belok bertengkaq laki bini, baru tak kantoi kata hangpa berlawan ikut skrip.

Bukan macam tu cara dia kalau orang yang dah menikah lama berselisih pendapat Muhyiddin oii. Pak Long tau la. Kalau betoi betoi depa tu berselisih paham, depa akan sok-sek, sok-sek dalam kelambu punya. Depa takkan heboh satu Malaya cari malu macam ni. Tak karut ka satu presiden parti komponen pi ajaq tuan bangsa depa cara nak guna akai untuk hidup dan hidup biaq berakai.

Chua Soi Lek lebih dari tau, pandai tera mana pun dia, dia tetap kena akur cakap cakap tuan Umno untuk hidup. Mana boleh melawan. Jadi bila paluan gendang perkauman telah dibuat secara terbuka, ini mesti ada yang tak kena. Mak Long hang tak payah tengok ayaq dalam mangkok pun, Pak Long dah tau depa depa ni bercakap dan bertekak ikut skrip yang tertulis. Isu isu lapok ni dihangatkan kembali bertujuan nak hangatkan orang ramai supaya menuding antara kaum kaum di Malaysia.

Budak budak Pakatan pi main jauh jauh, jangan dok campoq sama. Bahaya permainan ni. Silap silap penuh Kemunting dengan muka hangpa saja.

Wassalam...

Tuesday, August 17, 2010

Ada orang yang tidoq tak lena

2 juta komen
Salam semua...

Tak sabaq Pak Long nak dengaq, apa hasil kajinya. Dia datang memang diundang. Pakar patologi yang bawak harapan tinggi. Harap harap jangan tertiarap. Bukannya apa, ruang untuk Teoh Beng Hock bersuara kena bagi jugak.

Tahniah pada Dr Pornthip Rojanasunand yang berani sampai ke KLIA tengah hari Selasa dengan kawalan keselamatan yang tinggi dan penuh kerahsiaan. Dia sudah ternama ditanah airnya hasil kerjanya dan bakal membina nama di Malaysia. Sesi untuknya bermula di Mahkamah Koroner pada Rabu.

Hmmm... ada orang yang tidoq tak lena dan makan tak selera. Pak Long pun tak tau sapa. Pornthip ni lantikan khas Kerajaan Selangor. Awai awai dulu dah bagi kontroversi pasai kata 80 peratus Beng Hock dibunuh. Dakwanya ada kesan lebam di leher Beng Hock seperti dicekik dan kecederaan pada dubur seperti ditusuk.

Apa apa pun yang paling serius adalah dakwaannya menerima "tekanan politik" dai Kerajaan Malaysia menyebabkan dia gagal hadir pada prosiding 20 April lalu. Sama samalah kita nantikan kesudahan episod yang Pak Long rasa paling mencabar kewarasan rakyat terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia ni.

Wassalam...

Ajaib tak ajaib pun kena bersyukur

2 juta komen
Sampai putuih dua...

Salam semua...

Saja nak ingatkan diri Pak Long dan anak anak kat luaq sana. Semua terjadi hasil dari kerja buat Tuhan. Kita sebagai hamba yang bersifat baharu tentu kagum pabila sesuatu yang tak capai dik akal telah berlaku di depan mata. Itu selalunya kita panggil ajaib.

Err... ni memang ajaib la kot bila hanya sorang dari 131 penumpang pesawat yang meninggai dunia bilamana pesawat Columbia, Boeing 737 yang penuh pelancong terhempas di atas landasan semalam akibat disambar ribut petir. Pesawat patah dua dan terbabas di sebuah lapangan terbang di Kepulauan Caribbean.

Ramai yang berterima kasih kat Tuhan atas keajaiban tersebut. Berterima kasih atau bersyukur dengan cara memasing la kot. Masaalahnya dengan manusia ni ialah depa bersyukur bila ada keajaiban saja, bila tang tak ajaib tu langsung tak ingat nak bersyukur.

Tuhan takkan ingat kat hambanya kalau hambanya tak ingat akan Dia... jadi, ajaib ka tak ajaib ka, wajib ingat akan Tuhan. Wallahuaklam...

Wassalam...

Hebat sangat ka Ezam ni

6 juta komen
Nak lompat kena pelan pelan jangan sampai ayaq berkocak...

Salam semua...

Pak Long rasa lega sungguh bilamana Mak Long hang dah mula melugai dengaq nama Ezam. Bukan senang oo nak yakinkan Mak Long hang yang Ezam dah bertukaq kaler. La ni Ezam dah syok dengan politik selak dan hendap dalam kain orang.

Mak Long hang cukup terkesan cara dia berpidato, sengaunya saling tak tumpah macam Anwar. Tak tau la ni macam mana dah. Mungkin dah lain kot gayanya, maklum la dah jadi orang kuat Noh Omaq pulak la ni.

Bagi Pak Long la, Pak Long boleh terima Ezam sebagai bangsa Umno ataih dasar kebebasan memilih dan hak seseorang untuk berselisih pendapat. Tak dak sapa kata salah pun. Pak Long hormati kalau dia debatkan bagaimana PKR telah lari dari dasar perjuangan asalnya. Jangan dok selak dalam kain orang kerana persahabatan adalah satu perkara yang patut kita hargai. Pak Long takut orang akan mula melugai macam Mak Long hang la ni teruih tak kelapaq nak buat kawan dah.

Orang yang suka bersumpah ni adalah orang yang tak yakin yang cakap cakapnya dipercayai orang. Ini masaalahnya dengan si Ezam ni. Politik Ezam dah jadi terlalu peribadi dan tak matang, tawaq hebiaq. Hinggakan apa yang dibisikkan dalu pun nak didedahkan pada umum dan minta pula orang lain bersumpah.

Ezam tak boleh nak cerita kehebatan Umno sebab dia tau keburukan Umno lebih dari orang lain. Dia banyak cerita keburukan dalam kain sendiri dulu dulu ni semata mata nak pejamkan mata sendiri dari melihat keburukan Umno anutannya.

Lega sangat sangat la Pak Long ni, Mak Long hang tak akan baca dah apa saja artikel yang ada nama Ezam... hehehe...

Wassalam...

Umno catat rekod lagi

2 juta komen
Anwar ni kacau daun betoi laa...

Salam semua...

Pak Long nak ucapkan setinggi tinggi tahniah kat Umno kerana mengekalkan rekod upah kontrak yang tertinggi didunia yang dianugerahkan pada rakan rapat mereka iaitu Apco Worldwide.

Alang alang kita nak tolong orang biaq sampai macam ni tak pa. Rakyat Malaysia jadi susah sikit saja pasai selaraskan sabsidi bahan. Kesian gak kat Israel tu, negara depa ciput saja kalau nak bandingkan ngan kita. Jadi kita tolong la sikit Israel tu dengan bagi kontrek kat Apco. Rekod tuuuu... mana orang lain boleh lawan Malaysia kan, kan, kan...

Bangganya sapa sapa yang jadi bangsa Umno. Apco Worldwide terima pun tak banyak, cuma RM77 juta saja.

Wassalam...

Semak betoi ngan Noh Omaq ni

2 juta komen
Laa... penyapu Khir Toyo pun ada gak sini...

Salam semua...

Laaa... tak sedaq pun, pejam celik pejam celik tup tup hari ni dah genap 7 hari kita berposa. Cepat sungguh la masa berlari. Tapi, posa tu posa la jugak, tak bermakna bulan posa ni kena dok saja layan tilam bantai. Macam macam kerja yang kita nak kena buat jugak.

Bagi Pak Long la, sapa sapa jugak yang berasa nak buat kerja baik dibulan posa ni buat saja la, jangan dok cabar hang aku suruh buat dulu. Mana ada jenih main cabar cabar macam yang Noh Omaq dok buat la ni. Premis hiburan di Selangor tu umpamanya, kalau dah salah tok sah kata bulan Ramadhan, bulan tak Ramadhan pun salah jugak. Jadi apa yang Noh Omaq buat bila BN perintah Selangor lebih 51 tahun dulu. Awat dulu dibolehkan ka tetiba pulak tahun ni dibulan Ramadhan dah salah.

Orang politik ni memang haru sungguh la, sampai bulan Ramadhan pun dia nak politikkan jugak. Jangan dok harap la orang Melayu terpesona kat Umno, depa pun tau prermis hiburan kat Selangor tu dulunya mai dari sapa... hehehe...

Okeylah, Mak Long hang nak suruh Pak Long buang sampah sat, dia buat hauskeeping setor bawah rumah nuu... yang lebih 50 tahun punya sampah pun ada...

Wassalam...

Arsenal ajaq Liverpool

2 juta komen
Sampai merangkak...

Salam semua...

Pak Long tak tengok pun classic game Liverpool kena perbodo ngan bebudak Arsenal tuh. Tapi Pak Long dok dengaq la ada dua tiga kerat penyokong Liverpool sebelah rumah yang tak mau bersahur pagi ni.

Boikot kot pasai game boleh menang pi jadi seri... malang lagi la nasib Liverpool tahun ni nampaknya...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails