Thursday, September 30, 2010

Geli perut

23 juta komen
Hangpa boh seratuih, aku up lagi seratuih... haha...

Salam semua...

Alahai Umno oii, tolong la ubah cara hangpa berpolitik. Sampai bila la hangpa nak permain dan perbodo orang kampung macam ni. Pak Long tumpang geli urat perut tengok, naik malu pun ada. Mati hidup balik pun Pak Long tak kelapaq jadi bangsa Umno...

Kesian puak puak warga emaih Pulau Pinang ni yang tiba tiba jadi curiga ngan sumber duit hat Guan Eng bagi... hehe... awat masa awai dulu hangpa berebut pi ambik buat hapa, ikut macam Pak Long ni. Pak Long tak boikot pun, tapi 100 ringgit tu bukan harga diri Pak Long. Pak Long sokong Pakatan tapi Pak Long tak mau kerana 100 ringgit tu Pak Long tak gamak nak kutuk Guan Eng. Minda merdeka, jiwa ceria.

Jangan dok biaq la diri kita diheret orang, macam kena cucuk hidung. Pak Long tak kata kat kawan kawan Pak Long kat ataih tu, tapi tak suka duit Guan Eng pun, jangan ambik dan jangan kutuk pasai kalau ambik pun tak salah. Orang yang terima bantuan tu tak salah pasai depa bukan berjudi. Yang tanggung kesalahan adalah pemberi bantuan tu pasai ambik dari sumber haram, kalau haram la. Sebab dah jadi tanggungjawab pemberi bantuan kena pastikan sumbernya halal.

Tapi betoi ka duit tu yang Guan Eng bagi? Ka si Azhar tu yang punya... haha...

Wassalam...

Tuesday, September 28, 2010

Perkasa tak mau cuba ka...

8 juta komen
Salam semua...

Tiap yang hidup pasti merasai mati, yang pergi perlu dicari ganti. Macam yang Mak Long hang dok kata la, yang hidup wajib teruskan kehidupan. Adatnya kerusi Dun Galas yang dah tak berpenghuni ni akan dibuat pilihanraya lagi.

Bagi penduduk di Galas, Kelantan pilihanraya ni seperti jugak pilihanraya pada bila bila masa pun, ia tetap merupakan satu ujian. Besa la, pilihanraya selalunya tempat orang politik taboq janji nak pikat hati pengundi. Pastinya lebih memeriahkan suasana rasuah politik yang memang dihalalkan di negara kita... haha...

Pas sudah semestinya jadi wakil puak Pakatan kot dalam pilihanraya kecik nanti. Cuma Mak Long hang pesan jangan cari yang hensem hensem saja jadi calon. Kena cari yang beriman pada Allah s.w.t dan rajin serta tak berlemoih sebagai kriteria utama. Kalau muka kiut pun tapi kurap dan songkla penuh badan nak buat apa. Hodoh sungguh la kalau tengok dok garu merata tak kira majlis. Bukan apa takut kalah tak dan nak lawan... hihi...

Mak Long hang dok tanya jugak, Perkasa tak mau cuba nasib ka... ada chan tu kalau menang boleh maki Pas puaih puaih... la ni la masa untuk Berahim buktikan tin dia tak kosong... kahkah...

Wassalam...

Silap kita...

6 juta komen
Salam semua...

Hari ni Pak Long nak serius sikit. Segan pulak nak melawak melawak. Bukan sarapan anak tebuan pun tapi entah terpikiaq nak bercakap soal masa depan kita dan negara... hmm...

Kita la ni secara sedaq tak sedaq dah lebih dari 52 tahun bagi peluang kat Umno uruih negara. Dengan masaalah sosial yang kian membarah, jenayah yang kian payah serta dhaifnya akidah ummah memang amat menggerunkan. Bukan Pak Long nak hempuk semua masaalah kat Umno saja, kita jugak perlu disoal jawab. Tak mau berjawab macamana, tangan sapa yang undi depa naik kalau bukan kita.

Silap kita pasai kita pi angkat orang yang tak suka Islam jaga negara. Maka negara kita jadi caca marba habih sebab depa pikiaq bukan sebagai orang agama. Pencegahan maksiat macam batuk tepi tangga, judi jadi mainan kata, hubungan terlarang macam tak pa saja dan fitnah bermaharaja lela.

Silap kita jugak pasai kita pi lantik orang yang sukakan kelalaian tadbir negara. Maka sekali lagi negara kita penuh dengan acara hiburan yang tak dak bataih. Kita bayaq untuk dilalaikan didepan keluarga sendiri. Pergaulan jadi bebaih, anak anak jadi jelabaih.

Silap kita lagi pasai kita pilih orang yang anggap amanah boleh dijuai beli untuk uruih negara. Maka bercempera habih negara kita dengan rasuah dan pecah amanah. Keadaan tadbir negara yang tak patuh pada Islam menyebabkan negara kita dipenuhi dengan ahli masyarakat yang tak amanah. Hari hari kita dengaq, orang kita berlumba lumba untuk tamak sehinggakan orang orang beramanah dianggap asing dan pelik.

Kita sepatutnya berhenti dari teruih dok harap kat Umno, titik. Pak Long rasa dah sampai masanya kot kita sebagai rakyat guna hak kita bagi la peluang kat orang lain pulak. Tengok cara depa uruih negara ikut keikhlasan yang dituntut Islam. Islam ada kaedah penyelesaian permasalahan masyarakat.

Pak Long cukup yakin, Islam saja sesatunya agama yang menawarkan ketenangan jiwa yang abadi pada penganutnya. Ketenangan jiwa ni satu dunia dok cari tapi Islam boleh bagi...

Wassalam...

Monday, September 27, 2010

Menyampah dengan PKR

2 juta komen
Salam semua...

Awat tak tau, menyampah sungguh la Pak Long tengok gambaq ataih tu. Kalau ada yang tak suka pun jangan la dok buat sampah. Buat susah orang nak cuci saja, lenguh pinggang jugak la nak sapu sampah ni... haha...

Sampah ni PKR oii, tak boleh dok buang merata rata, kena buang dalam tong sampah yang belambak dok ada. Kalau hangpa ada sampah yang nak buang pun, teruih buang tapi buang la di tempat pembuangan sampah, bukan merata rata macam orang tak bertamaddun ni... hihi....

Lagi satu PKR oii, Pak Long rasa baru padan ngan muka hangpa. Dulu bukan main, sampah orang dah buang pun hangpa pi kutip tolong simpan. Sampah ni PKR oii, bukan semua boleh dikitar semula. Adakalanya kalau dah sampah tu, sampai bila bila akan jadi sampah. Tak boleh nak tolong dah. Jadi pakat pakat kelaih la tengok sapa yang jadi sampah dan sapa yang suka buat sampah.

Huhh... hangpa paham ka apa yang Pak Long dok cerita ni, sampai naik kering rengkong. Menyampah haiih dok cerita bab bab sampah nih...

Wassalam...

Masa Che Hashim kembali

4 juta komen
Salam semua...

Setiap yang hidup akan mati, itu janji Allah yang tak pernah dimungkiri. Setiap hamba sahayanya akan dijemput mengadap mengikut kiraan masa yang telah ditetapkanNya. Tiada apa yang ada, segalanya hak Dia. Yang menemani kita hanyalah ibadah dan amalan yang soleh. Redha tak redha, sampai masa akan pergi jua.

Adun Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru di sini kira kira 4:25 petang ini.

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Doa dari Pak Long sekeluarga, semoga Allah tempatkan beliau disisi orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa beliau.Takziah buat keluarga Allahyarham.

Wassalam...

Boh muka dalam poket

4 juta komen
Salam semua...

Orang kalau dah lemaih terkapai kapai, rambut seurat pun dia akan bergayut, dia tak peduli dah. Daripada mati lemaih tanpa usaha, ranting reput pun depa berpaut. Sedih betoi la Pak Long tengok Umno Penang yang tengah dok lemaih tu.

Dua tiga hari ni riuh sakan la media Umno cerita kisah budak Guan Eng guna duit judi untuk bantu orang miskin. Pemuda Umno Penang yang baru belajaq nak jadi Melayu ni pun bukan main, bukti dah ada, surat dari kelab lumba kuda, tapi yang percaya hanya depa depa saja... haha... Serupa la depa tu tak sentuh langsung duit judi... serupa la depa tu tak kenai judi tu menatang apa... Depa dah berlemoih bergelumang dalam lubuk tu, depa ingat orang lain pun macam tu jugak kot... haha...

Kesian kat hangpa, lemaih sampai tak boleh dah nak kenai, isu tu boleh lepaih pakai ka dak. Buat malu kompeni saja la puak puak ni. Hangpa nak tipu mak cik felda boleh la, ni Penang la oii. Maklumat dihujung jari. Hang baru nak buka mulut, Guan Eng dah buat stetment siap ngan cerita lebih dari yang hang jumpak. Pak Long dok tengok masaalah ngan Umno karat ni, depa dok ingat puak puak bukan Islam dalam Pakatan ni bengong macam MCA, Gerakan ngan MIC kot.

Umno kena belajaq pakai akai... Hangpa jangan dok ingat Pas ngan PKR dalam kerajaan dok tidoq. Dalam Pakatan, Pas akan sekolahkan kawan bukan Islam untuk paham Islam secara dekat. Tak dak sebab orang bukan Islam dalam Pakatan berani nak campoq halal ngan haram. Budak Guan Eng tu kenai la yang mana boleh dan tak boleh pada orang Islam.

Pak Long pun sedih ngan perangkaan yang Guan Eng bagi tu, lagi Pak Long sedih pasai Umno langsung tak tau sedih. Ya la tak sedih mai mana, 90 % ooiii Melayu Pulau Pinang dalam kemiskinan, yang layak dapat wang ehsan. Tapi nak buat camana, silap orang Melayu jugak la pasai pi percaya kat Umno yang banyak Eeeee nii. Patutnya Umno kena boh muka dalam poket la, malu pasai tipu Melayu, tinggaikan peratusan besaq Melayu miskin di Penang ni.

Satu lagi yang Pak Long rasa Eeeee berbangsa Umno ni patut tau, Melayu Penang dah serik bertuankan ketuanan Umno. Yang tinggai tu cuma tunggu masa padam, bila saja maklumat tepat sampai kat depa, habih la Umno. Hangpa tunggu la kalau tak percaya cakap Pak Long...

Wassalam...

Sunday, September 26, 2010

Pak Long tumpang kembang

6 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni cuma tumpang kembang ja la tengok budak Chong Wei ni berjaya sambut raya sekali lagi lepaih balaih dendam kesumat dia kat Lin Dan di kejohanan bijiminton badminton Super Series Jepun 2010 di Tokyo.

Gaya Pak Long masa memuda dulu pun ada gak nih... hihi...

Bukan mudah woii, nak perebah budak Lin Dan tu, dekat sejam setengah gak la dia berhempaih pulaih... perghh... mau pengsan kalau Pak Long yang kena... haha... Chong Wei menang dengan 22-20, 16-21, 21-17 bagi mengaut gelaran juara sebanyak US$200,000 (RM610,000). Bila bila hang balik mai Penang singgah la, pekena ayaq soya cincau... ngeee...

Pak Long nak ucap tahniah laa, manihnya pasai dia buktikan gelanggang luaq bukan penghalang. Lebih manih lagi dia dah tunjukkan kat dunia dia dah boleh urut urut kepala Lin Dan... haha... cumanya Pak Long nak pesan jugak la, manisan manih manih ni kalau kita lalai takut terkena kencin manih... haru hang...

Wassalam...

Najib oii...

4 juta komen
Salam semua...

Tergulin gulin Pak Long punya gelak. Agak agak la Jib oii nak tolong orang pun. Bukan tak baguih kita tolong orang ni, dah agama kata baguih, sapa yang berani kata tak baguih. Tapi hang tengok sama sapa yang hang nak tolong tu... haha... benda apa yang hang nak tolong tuu... wakaka...

Apa yang Pak Long nak cerita hari ni Jib oii, sebelum kita nak bagi makan anak orang kita kena la tengok anak anak kita tu bagi cukup makan dulu. Kalau kita pelawa diri nak kemaih rumahtangga orang, orang mesti rasakan yang rumah kita ni mesti dah putih melepak. Kalau tidak kita mesti tak berani punya nak pelawa bersihkan rumah orang, betoi dak.

Ni yang Pak Long rasa pelik dan macam ada yang tak kena ngan kepala hang tu Jib oii. Bernama cerita hang tawaq diri bantu Obama atasi fenomena Islamophobia di Amerika. Pak Long tak kata benda ni tak baik Jib oii, tapi rumah hang tu dah cuci bersih sangat ka dari fobia fobia ni? Hang jangan dok lip pok... lip pok nganga situ, hang habaq betoi betoi kat Pak Long, hang ni fobia kat sapa betoinya? Hang berani ka tak mengaku yang hang tu rosmah-o-phobia?

Hang toksah dok gebang lebih lebih la Jib oiii, mai sini Pak Long nak seligi hang sikit. Takat hang dok pecah gebang depan media Malaysia tak jadi la. Nak tipu mak cik felda boleh la sembang ngan media tawanan hang. Kalau dah hang tu terer sangat, buat la kenyataan kat surat habaq omputih nu. Awat? Takut depa buli hang ngan soklan soklan yang hang tak syok dengaq? Takut depa tanya pasai rosmah-o-phobia? Takut depa sergah ngan soklan cartoon-o-phobia? Takut depa bantai hang pasai altantuya-o-phobia? Buat berani, time nak tanggung lari.

Jib, dengaq sini. Jangan bagi Pak Long dok ulang dua tiga kali. Hang tu kena pekemaih rumahtangga hang tu dulu, lempaq buang habih fobia fobia yang berteraboq kat dalam rumah hang tu. Tengok ke muka pun dah tau, hang tidoq tak cukup, hang tu makan hati berulam jantung... kahkahkah...

Ingat, jangan dok tebiang pelawa diri nak tolong orang bagi berani selagi hang tu tak nampak macam berani...

Wassalam...

Saturday, September 25, 2010

Perkasa kembung perut

6 juta komen
Betoi ka depa kata laksa Kelantan rasa manih... hihi...

Salam semua...

Mak Long hang buat laksa pulak dah malam ni, laksa Penang... tapi lama beralih umoq ni Pak Long kena beringat sama, laksa laksa ni memang sedap tapi berangin sikit. Kalau tak tahan perut boleh kembung dibuatnya... haha...

Urut? Mak Long hang bukan larat sangat dah nak layan Pak Long ni. Tambah lagi suruh urut urut pulak, cari dia tolak terjun katil... haha... Sib baik la lantai papan, kalau lantai buluh, teruih lepaih bawah rumah.

Apa yang Pak Long dok dengaq bunyi riuh rendah kat Kelantan nu, ada yang kembung perut kot terlebih makan laksa... haha... Kembung perut ni kalau serius boleh bawak pengsan ooo kalau tak dapat kentut. Jadi kita kena bagi peluang depa depa yang kembung perut ni kentut. Biaq pi la, tahan pi la sat walaupun bau bangaih... wakaka...

Wassalam...

Kiri kanan

4 juta komen
Salam semua...

Kanan: Kita pakai jumpak tang ni boleh kot noo...

Kiri: Ikut suka hang laa... dah hang tak berani nak pi rumah aku, nak buat camana?

Kanan: Bukan saja saja aku tak berani pi, aku allegik ngan bom bom ni...

Kiri: Bukan hang takut kat gembala hang ka?

Kanan: Haaiiihh... mana ada... lagu ni la, kita bukan jumpak selalu. Tok sah dok perli aku lagu tuu... Ca hang senyum sikit, nu kamera dok tala kat kita nuu...

Kiri: Nih... apa hang nak buat satgi kalau Obama tanya pasai stetmen Iran tu?

Kanan: Nak buat apa, buat bodo saja la...

Kiri: Boleh ka?

Kanan: Di kampung, aku buat bodo macam ni saja... selamat... tak dak apa haaihh...

Kiri: Untungnya hangggg... kalau kampung aku dah lama pecah kepala...

Kanan: Dah, dah... jom kita celah...

Kiri: Woii, hang nak pi mana?

Kanan: Nak chatting ngan bini aku sat...

Kiri: Woii.. aku tak dak blueberry nii...

Kanan: Alaaah... hang lepak sat kat siber kafe tuh sampai aku keluaq...

Kiri: Okey laa! okey la!

Kiri... kanan... kiri... kanan... kiri... kanan...

Wassalam...

Jom main tanglung

6 juta komen
Salam semua...

Pagi ni mata naik layu sikit la pasai semalam Pak Long tak cukup tidoq. Tengok bebudak Cina taman sebelah main tanglung. Bukannya hingaq pun tapi seronok jugak dok layan mata dan perasaan... haha...

Pak Long join jugak grup bebudak tu, saja nak ambik gambaq. Tapi tak ngeri la kalau tak dak bebudak Melayu yang dok kelitin tengok kot jauh. Jadi Pak Long tangkap la anak penakan dua tiga ekoq, selit celah celah bebudak Cina tu nak tunjuk kesatuan Malayisa kita ni... hihi... Cuma Pak Long tak dan nak suruh depa semua tu senyum dulu bagi manih sikit. Maap la, kamera pun dah lama tak dan nak servis. Lensa berkarat dah kot...

Tapi Pak Long ralat sikit la, anak anak Samy yang 11 orang tu, sekoq pun tak nampak. Mana pi habih tah, ka menyorok dalam gelap kott...

Wassalam...

Friday, September 24, 2010

Hasut orang gelak pun salah

4 juta komen
Salam semua...

Hodoh hodoh Mak Long hang pun dia tak la macam ni punya ganaih. Takat Pak Long nak buat lawak sikit sikit tu Mak Long hang tak gaduh lagi la nak sepak teghajang Pak Long... haha...

Pak Long pun dok pikiaq tak dapat dapat lagi ni. Apa punya negara tak tau la, hasut orang gelak pun kena tangkap bawah akta hasutan. Malaysia ni dah sampai tahap tak boleh ada gurau senda dah. Lukih kartun pun kena tangkap Polis. Betoi la kot, hanya bangsa kartun saja yang takut ngan kartun.

Hangpa jangan gelak pasai Pak Long tak hasut hangpa suruh gelak... kahkahkah... ooppss...

Wassalam...

Apa kalut sangat pasai Mahathir ni

4 juta komen
Salam semua...

La ni heboh sekampung orang dok bincang pasai titah mantan mamanda Mahadhir. Melayu akan hilang kosa kalau BN kalah pilihanraya. Habih la ngan Che Kiah cendoi pun sembang pasai ni jugak. Janda Limah pun tumpang sekaki. Haji Karim bertengkaq ngan Wa Mat sampai keraih urat tengkok.

Tapi yang dok kalut riuh rendah ni hanya puak puak yang rasa depa tu Melayu saja. Lucy dok tak ketahuan kepala ekoq pun. si Ah Seng ngan Soi Lek relek saja. Petang tadi Pak Long jumpak depa minum ayaq kedai Haji Karim, tengah dok "binawe"kan Najib pasai naik minyak diam diam.

Mak Long hang pun tanya jugak Pak Long pasai cerpen yang Mahathir tengah baca tu. Mungkin lepaih berbahaih ngan Husin si setiausaha tu kot... hihi...

Bagi Pak Long la benda ni senang sangat. Tok sah dok kalut sampai hangit lauk goreng la. Tok sah dok sibuk sampai terlupa ingatkan Tuhan la. Hangpa kena paham apa yang Mahathir paham dulu, baru hangpa tau macamana dia pikiaq. Dia punya paham Melayu tu Umno dan Umno tu Melayu, sapa cikgu sekolah dia tak tau laa. Sebab tu bila yang kalah tu Umno maka Melayu akan kalah la.

Tapi kita kena paham yang Mahathir tak paham. Kita kena paham yang Mahathir tu dah salah paham. Bukan semua Melayu berbangsa Umno. Dan bukan Umno yang dilantik mewakili Melayu. Pak Long pun macam dah tak kenai yang mana satu Melayu dalam bangsa Umno. Pendekatanya, ke"Melayu"an depa diragui. Nampak lebih ke mamak berlambak... dok tak paham lagi ka?

Habih tu, lebih 50 tahun ketuanan Melayu berbangsa Umno perintah Malaysia, hangpa ada rasa jadi tuan ka? Biaq pi la kat dia nak baca kitab buruk mana pun... jangan dok layan la orang yang tak paham tu. Dah la, Pak Long nak pi tengok maggi Pak Long dah kembang nuu...

Wassalam...

Feng Shui

2 juta komen
Salam semua...

Masa Pak Long dok jalan jalan ambik angin pagi Jumaat ngan Mak Long hang tadi ni, tiba tiba terjerembab ngan Soi Lek. Jauh lagi dah nampak sengeh tak ikhlaih dia tu... hihi... Ayam baru keluaq jogging, dia dah balik dari pekan, Mak Long hang mula la buat muka menyampah bila tengok mangkuk ni... haha...

Soi Lek ni ada hati nak jadi Presiden pada Perkasa Cina. Stendet la dengan perangai dia, Soi Lek cukup percaya pada feng shui. Bagitau la apa saja yang feng shui kata baguih, mesti dia balaih punya. Dah memang jenih ramah terlebih kot, Soi Lek bagitau dia baru beli tiga keping gambaq baik untuk rumahnya.


Pak Long tak dan nak tanya apa apa, dia dah tunjuk satu gambaq. Pak Long tepuk dahi sakan la bila dapat tau dia beli gambaq ni dengan harga 500 ringgit. Ikut kata feng shui gambaq ni baguih untuk halau hantu.

Fuhh... awat la mahai sangat pasai nak halau hantu saja...
Mana atak mahai Pak Long, ni haa lagi mahai punya atak...


Dia punya halga 1,000 ringgit wooo...
Haaa... hang dah hilang akai ka hapa Ah Lek...
Talak Pak Long, ini gambaq... itu feng shui cakap aaa, mau kasi laki baik sama bini...
Awat yang mahai sangat nak baik laki bini saja...
Talak, ini lagi mahai pun atak Pak Long...


Aiikk... yang ni lagi mahai?
Hmm... 1,500 ringgit woo...
Awat yang mahai sangat Ah Lek... merapu betoi la hang ni...
Itu feng shui cakap aaa, ini olang cipta itu dua olang.... haha....
Jadi apa baiknya...
Dua dua wa dapat looo... hantu pun takut, laki pun takut... wakaka...

Wassalam...

Burung kakak tua

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long ada sorang jiran yang cukup sayang dengan burung kakak tuanya. Minat Najib membela burung kakak tua ini timbui selepaih isterinya Rosmah minat dan mula belajaq bahasa binatang. Apa yang Pak Long paham dari pasangan intim ini ialah burung kakak tua yang terkurung lebih cerdik dan bebaih berkata kata dari yang lepaih bebaih dihutan rimba.

Rakan sejoli Najib, Muhyiddin yang terpaksa jugak berjinak jinak dengan burung kerana nak ambik hati, naik heran macamana burung kakak tua peliharaan Najib ni spesel sangat.

Muhyiddin : Apa yang speselnya burung hang ni Jib?
Najib : Hang nak tau apa spesel nya, mai sini...

Najib pun angkat la tangan kirinya dan memetik jarinya secara spontan. Burung kakak tua tu pun berucap ala ala Berahim Ali. Bila Najib turunkan tangan kiri dan angkat pulak tangan kanan, burung kakak tua tu pun berpidato sebijik macam KJ.

Muhyiddin : Dia jadi sapa pulak kalau dua-dua tangan kita angkat serentak?
Najib : Cubalah lah angkat kalau hang nak tau...

Muhyiddin dengan lagak ghairahnya pun teruih angkat kedua-dua belah tangannya dan...

Burung kakak tua: WOII... ANGKAT SATU-SATU LAA, BODO...!!!
Najib: Huhh... burung pun lagi cerdik dari hang...

Wassalam...

Thursday, September 23, 2010

Teloq kecut dari Indonesia

2 juta komen
Teloq kecut impot dari Indonesia... Mak Long hang la kata...

Salam semua...

Lega sungguh Pak Long bila dapat tau semua orang dah mula kerja macam besa lepaih habih dah cuti raya. Pak Long dok tengok jalanraya kita pun balik macam besa dah, sesak dan semak. Penuh ngan bebudak sekolah naik moto tak pakai helmet dan lesen entah ka haram.

Lagi lega Pak Long bila dapat tau bukan saja kat Malaysia, kat Indonesia sana pun depa dah mula kerja dah. Kumpulan aktivis di Indonesia kembali pada kerja asasi depa yakni bertungkuih lumuih kerjakan bendera Malaysia, berhempaih pulaih nak ganyang Malaysia. Cuma agenda saja lain sikit kot. Kalau dulu pasai pihak keselamatan kita tangkap orang depa tapi kelmarin depa demo pasai isu pembantu rumah depa pulak terlupa nak pakai cawat besi mai Malaysia.

Ikut ceritanya, puak puak Indon yang tak dak kerja pi cari kerja ni berdemo dalam hujan yang lebat. Mesti kecut habih teloq depa pasai terlebih sejuk... haha... Depa berkonvoi dekat 150 moto dengan kira-kira 300 penunjuk perasaan. Baguih sungguh puak puak Indon yang nampak macam terer sangat nak usir rakyat Malaysia disana.

Kerja ni saja la kot puak puak Indon boleh buat. Ya laa, sekurang kurangnya depa semua dah mula berkerja selepaih cuti hari raya... tahniah laaa...

Wassalam...

Wednesday, September 22, 2010

Sosilawati

6 juta komen
Salam semua...

Setiap sesuatu yang Tuhan jadikan berserta dengan hikmahnya. Kita sebagai hamba kena pasrah terima apa jua yang ditakdirkan terhadap kita. Macam Pak Long la kan, Pak Long kena terima dan pasrah yang Mak Long hang dah ditakdirkan jadi bini Pak Long. Tak terima macamana dah memang Mak Long hang lebih cantik waktu la ni dari masa anak dara dulu. Kenyataan... kena terima la tu...

Yang Pak Long nak sembang ni bukan pasai Mak Long hang tu sangat. Puji sesangat pun nanti kembang, hilang seri pulak... haha... Tapi Pak Long nak sembang pasai arwah Sosilawati tu. Pak Long nak tengok dari sudut positif isu pembunuhan arwah ni. Macam Pak Long kata la, setiap sesuatu Tuhan jadikan berserta dengan hikmahnya yang kekadang terlepaih pandang tapi selalunya memang tak dak orang nak pandang pun.

Macam yang umum tau laa, arwah Sosilawati dengan tiga "best fren"nya ditakdirkan mati secara kejam. Tapi kematian dia sebenaqnya tak sia sia. Pak Long dok tengok la, kematian dia dah bongkar banyak rahsia betapa kejamnya suspek utama tu. Dari masa hilang si mangsa tu sampai la terbongkar kes pembunuhannya. Polis berjaya menyelongkar banyak petunjuk bahawa ramai mangsa yang sebelum ni hilang selepaih jumpak dengan mangkok hayun ni berkemungkinan dibunuh. Hikmah la tuu...

Ca hangpa tengok sini, Polis Selangor baru sedaq diri dan dah pun sahkan sorang ahli perniagaan warga India Allal Kathan Muthuraja yang hilang sejak Januari telah dibunuh. Mak Long hang bagitau lepaih pada jumpak ngan mangkok hayun tu jugak la...

Bila dok ingat ingat balik, naik meremang bulu hidung Pak Long. Anehnya, benda besaq dan tragis macam ni boleh jadi dinegara yang Pak Long sayangi ni. Ajaib sungguh benda berat dan kejam ni boleh bebas melata dinegara kita yang kononnya bebas merdeka... sapa yang merdeka, kita atau depa yang kaya...

Wassalam...

Tuesday, September 21, 2010

Pas dan Umno

3 juta komen
Salam semua...

Kadang kadang tu Pak Long berahi jugak ngan Mak Long hang ni. Kepala Mak Long hang ni boleh gagah jugak la gilanya. Mak Long hang kata, kalau semua orang jadi baik, habih la polis tak dak kerja. Pak Long tak rela tengok polis makan gaji buta, tak tau nak kerja apa.

Macam tu lah jugak isu perpaduan Umno ngan Pas. Kalau jadi betoi la depa berpadu paduan, tak meriah la politik Malaysia. Nak meriah apa kejadahnya dah tak tau nak maki sapa dah. Habih la blog Pak Long ni, sapa yang nak baca kalau semua dah satu kepala... kahakah...

Jadinya Pak Long dok tengok apa yang si Zainuddin Maidin (Zam) ni kata hanyalah sekadar mahu mengesahkan lagi yang memang Pas ngan Umno tak boleh nak bersatu. Pas berasakan agama dan Umno berpegang pada bangsa. Pas menjunjung Islam tapi Umno menghunus keris Melayu. Memang pun Pak Long dok tengok si Zam ni keliru, sebab tu dia jadi haru biru punya merapu.

Zam tak payah la buang masa, bersusah payah nak habaq kat orang sebab musabab Umno tak boleh bersatu ngan Pas nih. Hang cipta la apa jugak alasan pun Zam oii... memang Pas pun tak kelapaq bersatu ataih dasar kerapuhan bangsa dengan menolak asas yang diajarkan oleh Islam. Pas dah lama sedaq dan cuba menyedaqkan Umno tentang kehebatan Islam yang saling lengkap dan melengkapi idealogi manusia yang banyak kepincangan.

Sebab tu Pak Long dok tengok dalam keadaan sekarang ni, biaq pi la Umno dengan pemikiran ala “Zam"nya sementara Pas teguh dengan menegakkan kesyumulan Islam. Biaq pi la Umno hanyut dengan kecelaruan pemikiran ala "Zam"nya dan Pas pulak tabah dengan matlamat memperkuatkan penghayatan rohani, akhlak dan moral.

Wassalam...

Sunday, September 19, 2010

PKR oii, jalan tengok bawah sama

7 juta komen
Salam semua...

Kadang kadang tu Pak Long rasa gayat jugak la tengok apa yang dok riuh rendah dalam PKR tu. Ya la, depa tengah dok mesyuarat sakan, pencalonan pemimpin pun rancak berjalan.

Yang lebih gayat masa depa dok kempen la. Bukan Pak Long tak suka, cuma rasa gayat saja. Mungkin Pak Long ni dah berumoq kot, apa yang orang muda buat nampak macam tak sedap hati perut saja. Pak Long bukannya apa, takut hangpa lupa yang hangpa tu semua hidup ataih ihsan rakyat. Politik tu persepsi. Kalau persepsi rakyat dah meluat, hangpa tak pi kemana jugak.

Tapi peduli la orang nak kata apa pun, Pak Long cuma harap Anwar ngan puak puak PKR tu tau la kot apa depa buat. Tak salah haaih, sana calon orang tu, sini calon orang ni. Asai depa tau bataih bataih demokrasi, bertanding ataih nama keluarga.

Pak Long suka tengok dari segi positif dia la pertandingan dalam PKR ni. Pak Long boleh nampak demokrasi suboq sungguh dalam PKR ni. Ca hangpa pikiaq tengok politik jenih baru ni, sapa pun boleh bertanding asai ada pencalonan. Pemimpin boleh diherdik, dikritik dan mengkritik. Memasing ada hak nak dok sengap sengap atau pertahan diri, asai jangan lari. Nak berdebat atau berhujah yang memang dalam Umno nak jumpak payah... haha... Benda alah ni la yang buat Umno jadi gelabah, PKR dah letak satu tahap baru dalam erti demokrasi.

Entahlah, Pak Long cuma kadang kadang tu rasa macam budak Azmin ngan si Zaid tu sesaja bebuat sibuk nak tayang kat Umno yang demokrasi depa jenih boleh pakai punya. Saja depa buat kalut nak bagi puak bangsa Umno berbulu.

Cumanya Pak Long nak pesan la kat anak anak kita ni, jalan tu tengok tengok la bawah sama. Takut tersepak tunggui tersembam makan tanah... haha...

Wassalam...

M Rajoli: Jangan siakan kematiannya

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long punya kalut pasai hai hai dunia ni sampai nak terlupa pulak hai hai akhirat. Besa la ngan manusia yang bersifat baharu ni kan. Jadi bila ada kematian kawan kawan kita, baru la kita teringat balik yang kita pun nak mati jugak. Hangpa nak lari mana kalau tak mau mati...

Allahyarham M. Rajoli @ Mohd. Rajoli bin Mohd Zin (65) telah meninggal di Hospital Ampang dan jenazah Allahyarham di sembahyangkan di Masjid Al Akram, Kg. Datuk Keramat dan dikebumikan di tanah perkuboran Kg. Datuk Keramat.

Pak Long cuma nak pringat diri Pak Long ngan anak anak semua, tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada hikmahnya. Macam tu la jugak dengan apa yang terjadi kat sedara kita M Rajoli ni. Pemergian dia mengadap Ilahi jangan lah kita sia siakan. Bagi Pak Long, pemergian M Rajoli ni mengingatkan Pak Long yang kematian tu setiap saat kian dekat ngan kita. Ajal maut tak kira sapa, tua ka muda, ulaq ayaq atau jutawan, motong getah atau artis pujaan. Hat tengah dok sihat elok elok pun tetiba boleh padam. Tok sah dok menyorok bawah katil pun la, waima dalam peti besi pun maut akan carik kalau ajal dah sampai. Silap silap dalam peti besi lagi cepat pasai udara tak masuk... haha...

Jadi Pak Long ambik kesempatan ni nak ucapkan takziah lah buat keluarga M Rajoli. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.

Wassalam...

Meriah lagi rumah Pak Long

4 juta komen
Mak Long hang lepaih buat rumah terbukak...

Salam semua...

Mak Long hang dah tersadai, lembik terkelepek. Selak tudung tepuk dahi pun tak melawan dah, layu macam nak jatuh bijik mata. Baru dia tau langit tinggi ka rendah.

Pak Long dah kata kat Mak Long hang, tak payah dok buat la rumah terbukak tu. Kita pi sesah raya rumah orang sudah la...  Kalau Najib tak pa la, orang duit banyak. Orang nak tolong berlambak, tak mintak pun orang tolong jugak. Buat rumah terbukak ni letih, jangan main main. Bukan Pak Long tak suka, tapi kita ni dah tua merga, bukan larat sangat dah nak layan adik beradik dan kawan rakan yang mai rumah. Tapi nak buat camana dah hajat Mak Long hang. Hasil titik peluh dia jahit baju orang. Kira sampai keraih perut betih jugak laaa...

Jadi hari Sabtu kelmarin ni, terlaksana lah hajat Mak Long hang. Pak Long buat jugak la rumah terbukak sikit sikit. Memang tak ramai yang mai, ada la kot sekerat kampung. Yang buta berpimpin, yang capek bertongkat. Yang muda bersampin yang tua berkain pelikat. Cerah jugak la laman Pak Long depa punya sapu... hihi...

Ngan Pak Long sekali dah jadi lali... blog kemana, laptop entah kemana. Tapi syok jugak bila dapat tau rumah terbukak Pak Long lebih meriah dari rumah terbukak yang Najib buat... tak percaya hangpa tanya Mak Long hang... haha...

Wassalam...

Thursday, September 16, 2010

Jangan marah marah

2 juta komen
Salam semua...

Marah ni adalah satu dari sikap sikap negatif. Tak percaya, tanya Mak Long hang. Mak Long hang tau la, sebab tu la kot dia tak pernah marah kat Pak Long pun. Habih meluat sangat pun, dia jelin jelin saja... haha...

Tengahari ni Pak Long nak ajak hangpa semua menelaah sikap marah yang ada pada kita. Bukannya apa, dari kita dok marah tak tentu hala kat orang orang politik dalam sistem demokrasi ala Malaysia ni, baik jugak kadang kadang tu kita check tengok boleh ka dak kita belajar kontrol sikap amarah kita.

Kadang kadang kita tau, marah tu tak baguih untuk diri, tapi kita dok buat jugak. Kita tau marah marah tu tak baguih untuk kesihatan, tapi tak terkawal... termarah jugak. Bila kita jadi orang yang suka marah marah, maknanya kita tergolong dalam golongan orang orang yang rugi yang gagal kontrol marah dia. Orang yang marah marah selalunya disebabkan oleh hati dan pikiran yang penuh dengan perkara perkara negatif, kata-kata kita jugak negatif. Menjalani hidup seharian dengan sifat sifat negatif akan menjauhkan kita dengan Maha Pencipta, kerugian yang tiada nilainya...

Jadi Pak Long nak nasihatkan diri Pak Long dan anak anak semua, kalau nak bahagia dan aman jiwa raga, kita perlu asuh dan didik diri menjadi orang yang bijak dan berjaya mengawal rasa amarah. Biar kita yang mengawal emosi marah, bukan marah yang mengawal kita. Marah adalah emosi dan emosi sepatutnya boleh dikawal selia.

Melatih diri untuk bertenang boleh mengajar kita mengawal emosi marah tersebut. Sesiapa yang dapat meletakkan ketenangan dalam hatinya maka ia berjaya mengelakkan rasa amarah dari bermaharajalela dalam dirinya. Dan hati yang tenang adalah hati yang selalu mengingatkan akan Allah s.w.t.

Pak Long berdoa siang dan malam agar semua kita diberi hati yang tenang hasil dari zikir hati pada Allah. Mulai hari ini, elakkan lah sikap mudah marah atau suka marah-marah dengan berzikir pada Allah. Insyaallah, kejayaan dan kebahagiaan pasti menanti kita jua.

Wassalam...

Tak patut la Aziz Bari nii

4 juta komen
Salam semua...

Patut la Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik. Mak Long hang kata, nak jadi orang politik ni, kulit muka kena tebai walau di tibai. Biaq orang kata apa saja, kena sengeh sampai telinga. Biaq beribu orang bangangkan kita, kena kalut bagi nampak ada kerja. Jadi betoi la kot firasat Mak Long hang, Pak Long tak layak langsung jadi orang politik pasai muka tak setebai kulit si Berahim Ali.

Kalau Pak Long dok tempat Berahim Ali la, nak keluaq pi pekan pun rasa malu. Tok sah kata pi pekan, dok depan rumah pun kena simpan muka dalam poket seluaq. Malu ooo...

Awat tak lagu tu, Berahim Ali ni punya semangat nak perjuangkan Melayu, tau tau Aziz Bari boleh kata dia sandiwara. Bergolok gadai habih si Berahim nak tubuh Perkasa nak pertahan keistimewaan Melayu, tetiba Aziz Bari ni kata Berahim Ali ni tak berapa cerdik perlembagaan. Berahim Ali ni nak letak muka tang mana kalau dah tak paham perlembagaan yang dia nak pertahankan... haha...

Padan la ngan Aziz Bari tu pun, kesian la sama kat si Berahim Ali tu. Tau la hang tu Profesor, tau la hang tu cerdik banyak dari Berahim Ali, tapi agak agak la hang nak kata kat Berahim tu. Niat dia baik, nak tolong Umno rompak duit rakyat ataih nama Melayu. Niat dia baik, nak hidup ataih kebodohan orang Melayu.

Nak buat camana dah lagu tu cara dia cari makan... haha....

Wassalam...

Wednesday, September 15, 2010

Ni bukan kat Iraq

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak mau hangpa dok salah paham pulak, ini bukan gambaq bom kereta di Iraq. Tapi ini adalah gambaq kemalangan yang membabitkan sebuah kereta terbaik negara, Proton Pesona yang melanggar sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan.

Pak Long cuma nak tanya saja, adakah ini jugak menandakan jalanraya kita lebih merbahaya dari negara bergolak Iraq? Ca hangpa tengok foto ihsan NSTP tu, gambaq sepasukan bomba berusaha keluarkan mayat yang terperangkap dalam kemalangan di KM 394 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat ngan Behrang, pagi tadi.

Jaga jaga, nyawa kita tiada harga... dengan berhemah dan berwaspada, kita semua mampu untuk mengubahnya. (macam iklan la pulak... haha...)

Wassalam...

Susah ooo kerja Polis nii

4 juta komen
Suspek dok cari senjata...

Salam semua...

Kalau nak diikutkan, Pak Long malaih nak sembang pasai arwah Sosilawati ni. Malaih bukan pasai apa pun, frust jugak la Pak Long tak dapat keja ngan CSI pasai kurang pengalaman. Tapi Mak Long hang pulak yang kalut sangat suruh Pak Long ulaih sikit kes nih, sampai raya pun tak senang dok.

Sebelum apa pa, Pak Long nak ucap tahniah dulu kat Polis kita. Depa dah dapat rongkai kes kehilangan jutawan kosmetik ni dalam jangkamasa yang cukup cepat, semuanya pasai ada petunjuk yang jelaih. Tak keterlaluan la kot kalau Pak Long katakan kes ni adalah antara puluhan kes jenayah pembunuhan paling kejam yang koi dok bertambah dalam negara kita.

Pak Long pun tak kelapaq nak ajaq itik berenang disini, cuma satu yang Pak Long tengok jelaih ialah pasai penghapusan bukti. Bukan senang nak hapus bukti dengan bakaq mayat kecuali jenih yang hati kering saja. Budak budak Polis kita pun tau, ni semua kerja puak yang profesional. Yang memang cari makan dengan kerja macam tu. Jadi Pak Long harap sangat puak puak samseng jenih cari makan lagu ni pun dicekup sama. Jangan dok biaq samseng samseng ni jadi raja tanpa dolat dalam negara kita.

Lagi satu Pak Long nak pesan, kes kes yang lain pun pasukan Polis kena pulun macam ngan kes ni jugak. Bukan apa, ni semua demi intergriti pasukan Polis jugak. Pak Long cuma risau persepsi orang ramai jadi lagu lain. Pak Long pun tak syok jugak kalau satu hari nanti rakyat anggap Polis hanya tumpu pada kes yang babitkan puak puak yang berstatus tinggi saja, yang rakyat marhaen hangpa buat sambil lewa.

Tak manih la kalau lagu tuu... kan...

Wassalam...

Tuesday, September 14, 2010

Umno takut hantu yang diciptanya

6 juta komen
Luuutt... chakk aaaa...

Salam semua...

Rata rata budak budak yang mai beraya rumah Pak Long, semuanya dok tanya pasai Perkasa ngan Umno. Depa bukannya apa, nak dengaq apa yang Pak Long tengok, nak tengok apa yang Mak Long hang dengaq... haha...

Ada la jugak dua tiga kerat malaun yang marah bila Pak Long kata bangsa Umno memang takut kat Perkasa. Pak Long peduli hapa marah depa tu. Memang betoi pun Umno takut dengan hantu yang depa cipta. Depa dok gempak dalam bilik ayaq ada hantu, last last depa sendiri nak pi bilik ayaq suruh orang lain teman. Tak ka haru lagu tu...

Perkasa tu Umno yang cipta. Tujuan depa nak gempaq parti bukan Melayu dalam BN. Last last dah terlajak publisiti daa... Perkasa dah terlebih popular dengan bantuan Mahathir, secara tak langsung Umno ditarik turun populariti depa dikalangan pengundi bukan Melayu. Padan muka, hantu nak baham tuan. La ni depa pulak yang dok kalut nak bunuh hantu yang semakin kuat hasil jentera publisiti depa. Makna katanya depa tu dah mula gerun kat Perkasa la. Kalau tidak nak hentam buat hapa kalau dah tak takut.

Tapi Umno ni pun haru jugak. Ca hangpa semua tengok, nampak saja macam kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bersatu nak talkinkan Perkasa, tapi hangpa ada pikiaq ka sapa yang dikalangan Umno sendiri yang sokong sencara diam. Hangpa ingat kecik belanja ka nak gerakkan NGO sebesar Perkasa yang Pak Long tengok cukup berjaya dari segi popularitinya.

Apa sekali kemungkinan pun, yang bergaduh mesti ada luka dan lebam punya. Yang menag lebam bijik mata dan yang kalah mungkin tergeliat urat tengkok... haha... silap silap haribulan, padam kedua dua sekali. Baru raya sakan puak puak Pakatan. Khairy tentu paham apa yang Pak Long kata...

Betoi ka Mak Long hang dengaq yang puak yang berbangsa Perkasa ni nak letak calon dalam pilihanraya akan datang? Lagi haru la Umno, gelak besaq la Pakatan... haha...

Wassalam...

Monday, September 13, 2010

Lega Kelantan

2 juta komen
Salam semua...

Rasa lega la sikit lepaih pelekoh Mak Long hang urut sikit kepala yang tetiba terasa berat dan meloya tuh. Tak kan mabuk ketupat kot sampai berjalan pegang dinding nih.

Hari hari raya ni besa la, orang tua pun kalut, orang muda pun kalut, budak budak lagi la kalut... haha... Dalam dok kalut kalut ni, Pak Long pun macam terlepaih pandang pulak hal hal semasa nih. Tak sedaq yang kat Kelantan pun kalut jugak... Maklum laa, raya setahun sekali. Takkan anak cucu mai penuh rumah Pak Long nak selak blog lagi kot... hihi...

Pak Long pun tumpang seronok bila dengaq walaupun ada sikit pertikaian dalam kelambu istana Kelantan tentang perlantikan Tengku Faris sebagai raja Kelantan yang baru namun majlisnya telah selamat diadakan dengan penuh adat istiadat. Tahniah la kat rakyat Kelantan, hadiah sempena kita menyambut hari kemenangan jugak tuh. Tentu rakyat Kelantan bangga dengan Sultan yang baru nih, sultan yang perlu menjadi contoh sebagai sorang ketua agama bagi seluruh umat Islam dalam negeri Kelantan. Sultan yang pernah mengimami solat hajat bagi keamanan rakyat Kelantan dimana Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz yang juga murshidul am Pas menjadi makmumnya.

Tak puaih hati ni perkara besa, kita tak boleh nak tutup batu dalam satu pulau tu dari tekena ayaq. Dia tak kena ayaq hujan, dia akan tempias ayaq laut. Macam tu la jugak sebaliknya. Cuma Pak Long amat berharap la, sebagai rakyat besa nih, Pak Long tau sangat kegelisahan rakyat marhaen ni. Hangpa dok berkelahi kat ataih sana mungkin hangpa tak berapa nampak sangat, tapi rakyat yang dok kat bawah ni yang akan jadi haru biru dan tak ketahuan hala.

Banyak jugak cerita yang jenih bernanah terlinga yang rakyat dah tau. Jadi Pak Long harapkan, yang sudah tu sudah la kot. Cuba renung mata rakyat terbanyak nu, tengok benda benda besaq demi kesejahteraan rakyat daripada dok selak baju tunjuk kurap belakang kita buat hapa...

Wassalam...

Saturday, September 11, 2010

Katak puru ke kambing hitam

2 juta komen
Haha... haha... haha...

Salam semua...

Apa hai pulak dah dengan Melayu berbangsa Umno dan Melayu berbangsa Perkasa ni. Islam seluruh dunia sambut hari kemenangan depa elok elok, tetiba yang hangpa pulak dok bertampaq hang aku. Bukan ka hangpa yang suka sangat ujudnya Perkasa ni, boleh jugak tolong tolong pelepaih diri bila kena asak dengan Cina... haha...

Tajuk berita tok sah kira la, depa punya gempaq guruh dilangit pun dengaq pelan. Umno tolak Perkasa laa, Umno tak dak sangkut paut dengan Perkasa laa, Perkasa tak dak hala tuju laa.. dan macam macam lagi. Awat yang tetiba nak jauhkan diri dari Perkasa pulak.

Woiitt Umno, haaa... hangpa nak main wayang yaaa... ni mesti ada sangkut paut dengan nak pilihanraya ni kan. Hangpa takut Cina tak sokong hangpa, hangpa takut India meluat kat hangpa, dan dan hangpa buat lepaih tangan. Hangpa saja biaq si Berahim tu tukaq dari katak puru pi jadi kambing hitam... haha... tapi padan la ngan muka Berahim tu pun.

Umno kena tunjuk depa tu pejuang semua kaum, jadi depa kena jauh dari Perkasa yang busuk. Umno kena pastikan rakyat percaya depa tu bukan parti perkauman Melayu yang ekstrem, jadi depa kena pisahkan dari Perkasa yang jijik.

Pak Long rasa rasa la, Mufti Perak tu kena tengok tengokkan Melayu berbangsa Umno ngan Melayu berbangsa Perkasa ni dulu la. Harussani kena satukan Melayu berbangsa Umno ngan Melayu berbangsa Perkasa bagi dok elok elok dulu baru la boleh kot nak sembang pasai Melayu berbangsa Umno dengan Melayu berbangsa Pas pulak... haha...

Tapi Pak Long dok tengok kan, terer betoi la cara Umno cuci tangan depa, tak berlemoih langsung tapi tiba tiba saja si Berahim pi jadi jahat... haha...

Wassalam...

Raya 1Malaysia

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun dalam mood raya lagi ni. Jem kepala, tak tau nak tulih apa...

Pak Long saja boh pi la gambaq pelawat pelawat yang mai semata mata sayang pada Najib dan Rosmah ni sambil bersalam dan ucapkan Selamat Hari Raya kat depa. Dengaq dengaq katanya sampai 100,000 orang lebih yang celapak mai rumah terbuka Najib kat Putra Jaya tu. Habih tu dok takut apa nak buat pilihanraya awai, Umno dah popular apaaa...

Macam ni la gamaknya kot no adab beraya 1Malaysia...

Wassalam...

Thursday, September 09, 2010

Pak Long pun raya

16 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak reti nak berbunga bunga,
Salam Eidul Fitri saja dari Pak Long sekeluarga,
Tersalah dan silap paham paham saja la,
Tok sah dok gagah simpan lama lama.

Pak Long rai kemenangan posa,
Sambut Syawal cara sederhana,
Tak dak la pelita ratuih punya harga,
Jiran pun heran Pak Long tak raya ka?

Ramadhan menghilang Syawal menjelang,
Anak cucu ramai dah balik bertandang,
Pak Long lega Mak Long hang riang,
Ketupat palaih dah boleh hidang.

Wassalam...

Maap cakap la

4 juta komen
Salam semua...

Maap cakap la kan, orang tua tua punya pandangan ni kadang kadang orang nampak hodoh sikit. Tak ikut zaman. Jadi anak anak muda kena la paham, kot kot la hangpa nampak macam lidah orang tua tua tergeliat sikit kaa... haha...

Maap cakap la kan, pertamanya Pak Long nampak raya Aidilfitri kita la ni dah nak serupa ngan Krismas pulak. Ca hangpa tengok lampu lampu lip lap yang dok berkelip kelip keliling rumah Melayu Islam tuh. Ada lebih genius lagi, siap pasang kat pokok bunga, sebijik macam pokok krismas... agak agak la oii... haha...

Maap cakap la kan, keduanya Pak Long dok tengok raya Aidilfitri la ni dah nak serupa ngan pesta cahaya Deepavali pun ada. Pelita yang kita pasang ngalahkan pesta cahaya depa dah. Ada sesetengah tu dah sampai makam pelampau cahaya, pasang bukan kata sikit, sampai berkelun kelun asap pelita saja. Pi rumah dia tak payah bawak toslet laa... sib baik tak dak swastika... haha...

Maap cakap la kan, ketiganya Pak Long dok tengok raya Aidilfitri kita ni dah nak macam Tahun Baru Cina pun ada gak. sebab Pak Long tengok kan semua orang dah bagi duit raya kat budak budak pakai sampul, kaler saja hijau. Kalau guna yang merah, betul betul sebijik.. haha...

Tok sah kata warga asing yang fenin, Pak Long pun dah naik takut ngan suasana Hari Raya di Malaysia ni... Moden pun agak agak la nak oii, jangan sampai raya Aidilfitri nak serupa dah ngan Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Macamana gamaknya budaya Islam sambut raya noo...

Wassalam...

Hari kemenangan tapi gagal ditengah jalan

2 juta komen
Sampai berkeping keping jadinya...

Salam semua...

Pak Long sedaq bab bab keselamatan jalanraya ni dok kena bagitau sedia. Jangan jemu nasihatkan anak anak kita.

Jadi Pak Long nak mintak sesapa yang nak balik raya kena ingat. Kita ni nak beraya cuma kena balik guna jalanraya. Jalanraya tu bukan bapak kita yang punya, hak orang ramai dok guna. Jadi hati hati la. Biaq kita keluaq dari kampung dengan sekeping dan balik kekampung kita nanti jugak dengan sekeping. Jangan dok balik berkeping keping.

Sedih tengok jalanraya kita. Dah berpuloh tahun jadi camni, kemalangan dah macam besa. Ca hangpa tengok gambaq ataih nu, kisah enam orang terbunuh termasuk pasangan suami isteri dan dua beranak. Yang lagi enam parah lepaih terbabit dalam kemalangan empat kenderaan, bas ekspres, van, kereta Perodua Viva dan lori tujuh tan di Kilometer 35, Jalan Lahad Datu-Kunak, Lahad Datu. Gambaq ni Pak Long sapu kat Berita Harian online.

Jadi berjaga jaga laa... hangpa tu nak balik sambut kemenangan, jangan gagal ditengah jalan

Wassalam...

Raya dah moden

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long koi dok pelan konfius, tak tau dah nak sambut raya cara macamana. Dunia moden, cara pun kena moden.

Iklan raya pun Pak Long tengok sampai ternganga, zaman Pak Long mana la ada beca boleh terbang macam hat santa klos pakai tu, canggih sungguh. Rumah Melayu raya dah tak banyak beza ngan rumah kristian raya, lip lap, lip lap. Laman rumah Melayu raya dah jadi macam pesta cahaya, mana la Pak Long nak pi kerobek duit beli pelita ngan minyak gaih saja sampai beratuih ratuih ringgit.

Gambaq ihsan Mohd Radzi Bujang kat ataih tu Pak Long buat hiasan saja. Saudara kita, si Mahli Udin, 56, sanggup habiskan 800 ringgit nyalakan 220 pelita tradisional di rumahnya di Jalan Haji Kassan sempena pertandingan bertuntung anjuran Berita Harian di Kuching, Sarawak.

Pergghh... tak terlawan laa Pak Long...

Wassalam...

Wednesday, September 08, 2010

Seduit pun tak laku

10 juta komen
Salam semua...

Nak kata Pak Long heran sangat tu dak la jugak, kira dah memang stended kot ngan orang orang yang kerja gomen dibawah BN nih. Orang BN sendiri pun berlambak pi jadi lagu tu jugak.

Depa akan jadi lebih cerdik dari besa bila depa dah bersara. Depa akan jadi luaqbesa punya berani bila depa dah tak pegang jawatan. Masa depa dok gayat bergayut kat bangku tu, hati depa jadi kecik, teloq pun jadi kecut. Rakyat depa tengok haluih saja, macam tak dak harga. Masaalah la kan bila rakyat baru sedaq, orang yang depa harap dok didepan rupanya tak ketahuan. Kerajaan yang patut jaga kebajikan habih kena tarik sawan.

Pak Long terpikiaq jugak nak tanya kat budak budak gomen jenih ni, la ni sapa yang susah? Hangpa ngan keluarga hangpa jugak la yang susah. Orang ataih senang senang saja cuci tangan. Imej hangpa bukan saja tercalaq malah berbalaq balaq comotnya. Intergriti hangpa out, hangpa akan dilihat sebagai orang yang nipih iman. Tak berani nak berkata benar, pengecut nak buat benda yang betoi. Hidup hangpa hanya pentingkan diri dan jawatan ngan gadaikan harapan rakyat. Hangpa hanya pentingkan pangkat dan kedudukan, nak pencen dengan selamat. Sebab tu hangpa jangan dok heran bila Anwar diangkat rakyat. Susah nak cari orang setahan dia berpencak mengelak tekanan sang penguasa 

Berkat ka duit yang hangpa sapu tiap tiap bulan tu lepaih hangpa abaikan amanah Allah dan rakyat. Tak dak makna langsung la penegak undang undang kerja tak ikut undang undang. Tu pun jangan, ada jugak bangang mana tah yang cadang si Musa ni jadi menteri jaga negeri... haha....

Pak Long harap sesangat rakyat bukak mata dan minda. Tengok puaih puaih, pikiaq biaq cerdaih. Kes salahguna kosa yang entah keberapa ratus kali yang kita biaq bermaharaja lela. Jangan biaq anak cucu kita esok esok ni meruah beraq ataih kubuq kita kerana kelalaian kita tak ambik tindakan pembetulan dari sekarang.

Haa... dok pejam celik apa lagi, takkan tak tau lagi kot sapa yang kita nak sula pada pilihanraya.

Wassalam...

Siap siap nak raya

8 juta komen
Ni bukan Pak Long masa terbakaq kenin dulu...

Salam semua...

Dekat dekat nak raya ni Pak Long rasa macam terlebih kalut pulak. Pada hai dah tua tua ni nak siapkan apa sangat, nak raya lebih lebih pun naik malu kat anak anak... haha...

Baju telok belanga raya! Hat dua tahun lepaih pun dok elok lagi. Kain pelikat raya! Berkodi kodi Mak Long hang ada, maklum la dia yang dok juai benda tu semua... hihi... Kasut raya! Ganyah selipar buruk saja lagi senang, masuk masjid pun tak risau, orang geli nak balaih. Kueh raya? Buat la serba sikit kot, kueh peneram sikit, kueh karaih kot sikit habuan anak cucu berebut. Putu kacang tak leh lupa ni, Lucy cukup suka, ketupat daun palaih pulak Ah Seng berkenan. Yang dodoi ngan bahulu tu tengok la kot kot Pak Long larat nak kacau ngan timbuk nanti. Nampak macam sikit tapi Mak Long hang punya kalut, kalah Rosmah tuh....

Tu la saja kot persiapan raya cara Pak Long... Pak Long cuma ingat nak gunting rambut saja sikit kot, bagi rapat ke kulit kepala biaq hilang rambut putih... haha... Paling lebih nak tukaq tayar belakang beskal tua Pak Long la kot, naik risau gak kalau kena ngan saiz Mak Long hang tuu...

Raya tahun ni Pak Long mintak jangan la sesapa pun dok gatai mintak resepi kat Pak Long nak buat meriam buluh. Salah besaq tuh... dulu lain la, sampai terbakaq kenin punya tunjuk hero... haha....

Wassalam...

Monday, September 06, 2010

Kesian kat Najib

14 juta komen
Psstt.. Nik Aziz mesti jeles punya, gambaq dia tengah bayaq zakat tak dak... haha...

Salam semua...

Pak Long kesian la kat Najib ni. Sapa tah la yang depa lantik pi jadi perunding imej Piem Umno ni noo... sampai segala galanya pasai Piem nak ditayangkan kata cantik dan molek, sempurna dan berguna... hadoiihh...

Sebab tu la nak jadi perunding imej ni kena bijak, tak boleh dok main serbu tembok saja. Kadang kadang kita kena sedaq, bukan semua yang kita buat boleh dok tayang merata ceruk. Memang tak salah tapi tak elok. Hat yang tak elok tu la yang tak patut tayang tu. Orang lain pun bayaq zakat jugak, tak la heboh macam ni. Orang lain pun jalankan kewajipan jugak tapi tak la tayang gambaq merata ceruk macam tu.

Keikhlasan kita rasanya akan lebih ikhlas kalau tak tunjuk tunjuk. Kecantikan kita akan lebih cantik pastinya kalau tak di pertontonkan.

Pak Long dok tengok tengok la, ramai dari kita yang mesti rasa tak syok bila orang lain tak tau dia dok buat kebaikan. Ramai sungguh yang rasa tak puaih hati dan tidoq tak lena bila orang tak tau dia jalankan tanggungjawab penuh keikhlasan... perghh...

Wassalam...

Masyarakat hanyut

4 juta komen
Salam semua...

Rumah Pak Long ni dah lama tak dak tivi. Bukan tak teringin tapi ya laa, kalau ada pun sapa yang nak tengok. Pak Long? Kadang kadang tivi yang lebih tengok Pak Long... haha.. Mak Long hang? Dia lagu dia laa... kalut menjahit, dia lebih suka berletiaq kat Pak Long dari buang masa kelebek tivi... haha...

Tetiba Pak Long teringat kat tivi ni bukan pasai apa. Masa ramadhan ni lah membawak ke akhir ramadhan sampai la jumpak syawal pi pulak keminggu kedua syawal... meriah gilaaaa... Macam macam adaaaa... haha...

Seronok sungguh kalau kita tengok sajian kat tivi time time macam ni. Nampak Islamik la kata orang tuhh... Ada banyak rancangan rancangan berunsur Islam untuk budak budak. Ada kisah kisah nabi dan jugak kisah kisah tauladan yang boleh mengajak budak budak jadi budak Islam yang paham Islam.

Ada jugak rancangan rancangan berupa santapan rohani untuk mak dan bapak budak.  Rancangan rancang yang disusun atur baik mampu membuatkan mak dan bapak budak berfikir tentang tujuan kejadiannya di dunia ni. Kalau ada lagu lagu pun, banayk yang berkonsepkan Islam , ketuhanan dan sebagainya. Hampir tak dak la nampak artis artis berbogel...

Tapi sayang, bukan Pak Long saja malah Mak Long hang pun sedaq perangai pelik tivi kita ni. Depa layan kita macam orang Islam hanya pada masa bulan posa sampai lepaih raya saja. Kalau ada lagi nanti pun tunggu la Maulidur Rasul ka atau pun Maal Hijrah, barulah kot suasana macam ni timbui balik. Tu pun sat sangat...

Peliknya, pasai apa Islamiknya sat sangat dah tu tumpu kat bulan posa atau perayaan Islam saja. Bukan takat tivi saja, kadang kadang tu habih sangkut ngan kedai-kedai la, syarikat-syarikat dan jugak agensi-agensi kerajaan pun ikut Islamik sekerat sekerat. Nampak lawak jugak la, ustaz ustaz hanya laku time tanya soklan agama dan doa, tahlil dan yasin.

Pak Long tak mau melebih lebih ulaih pasai rancangan apa yang depa akan tayang lepaih ni, tapi paham paham saja la apa yang lepaih lepaih punya dok ada... Kita akan biaq pulak umat kita lupa dan alpa agama depa. Kita biaq pulak minda anak anak kita hanyut dengan dunia ciptaan orang bukan Islam... habih tu, nak mai mana masyarakat Islam yang kita cita citakan.

Sebab tu la jugak Pak Long nak ambik kesempatan yang sedikit Tuhan bagi ni ingatkan semua terutama puak yang ada kosa tuu... sedaqkanlah rakyat yang ada dibawah jagaan hangpa ni tentang Islam yang sebenaq. Jangan dok biaq depa depa ni hanyut dengan fikrah yang tak betoi...

Wassalam...

Sunday, September 05, 2010

Orang politik jangan baca, membaziaq

6 juta komen
Bila Tuhan tarik balik nikmat sampai jadi lagu ni baru pakat boleh akai kot...

Salam semua...

Membaziaq ni memang dah jadi kelaku manusia moden kot yang tak akan habih ceritanya. Bila tak dak apa, sampai tunggin langgang meraung raung mintak bantuan. Tapi bila time ada, melebih lebih pulak. Islam dah ajaq kita membaziaq tu kerja buat setan. Jadi bab bab membaziaq ni bagi kat setan la buat, jangan kita manusia pun pi buat sama. Nak jadi setan ka hapa...

Kalau Pak Long nak gebang bab membaziaq ni, sepuluh hari sepuluh malam pun tak habih, berlambak lambak kalau nak cerita. Terutama sekali ahli ahli politik. Cakap saja banyak, buatnya tidak. Tu pun salah satu dari membaziaq jugak, depa ingat kerja boleh jalan dengan cakap kot... haha... politik...

Pak Long tak mau sembang pasai orang yang payah nak tukaq kelaku. Ya laa, macam ahli politik tu, tak payah dok sembang banyak pasai depa, haram depa tak boleh tukaq punya perangai hodoh depa yang suka membaziaq tu. Bukan saja cakap membaziaq, segala galanya membaziaq termasuk jugak duit rakyat...

Pak Long nak ajak kita semua yang bukan orang politik ni, cakap kena bikin. Jangan dok ikut kelaku setan. Sikap membaziaq kita cukup cukup menjadi bila time perayaan. Yang paling nampak sangat tu pasai makan laa... haha...

Ca hangpa tengok cerita pelik ni, posa ajaq kita supaya sedaq macamana susahnya orang susah. Hmm... memang kita tak makan dan tak minum, tapi time melilau kat pasar ramadhan, punah lima, enam puloh ringgit. Posa ajaq umat menyuci hati, tapi hati kita la jugak yang dok bagitau beli enam bungkuih tak cukup. Posa jugak ajaq penganut menyuci segala pancaindera yang ada. Memang betoi la untuk dua atau tiga jam pertama saja, lepaih tu nafsu dah ambik alih. Beli belah, tak pa la jugak kalau dia belah. Ni jenih beli barang tak reti nak belah belah lagi tak senget keta, lagi tak tutup pasaraya...

Bila tak habih, lempaq buang penuh tong sampah. Bila makanan dah basi, jadi la macam perut kita jugak, busuk mengaum. Sikap membaziaq ni cukup ketara di pekan dan bandaq bandaq. Mungkin depa tu kalut sikit kot, duit dah banyak tak tau dah nak buat apa. Kalau kat kampung kampung lain cerita gak. Kalau kita masak atau beli terlebih, kita huloq saja kat jiran sebelah. Paling tidak pun ayam itik Mak Long hang kan adaa...

Jadi Pak Long nak pesan kat semua termasuk la Mak Long hang, kita semua pakat pakat ubah kelaku hodoh kita yang suka membaziaq tuh... Macam yang Pak Long kata tadi la, membaziaq ni kerja buat setan. Tok sah dok gatai ambik alih la kerja buat setan tuuh...

Wassalam...

Saturday, September 04, 2010

Serupa tapi tak sama

4 juta komen
Salam semua...

Bila mai time dekat nak raya macam ni, memang la memasing kalut dah pasang angan angan macamana dan bila nak balik raya kat kampung. Balik kampung ni memang gian dan amat amat dinantikan oleh semua warga kota. Bukannya apa, niat depa tu elok selain dari nak beraya dikampung, depa pun dapat gak cium tangan mak bapak. Selain dapat tayang keta baru dapat jugak jengok sanak saudara. Selain dari tayang bini baru dapat jugak tegoq sapa kengkawan lama.

Pak Long? Pak Long ngan Mak Long hang macam ni la jugak. Raya ka, tak raya ka, Pak Long dok tang ni jugak la tunggu anak anak balik buat ramai... haha... Kadang kadang tu rasa beruntung pun ada. Pak Long tak payah semak kepala pasai saman ekoq, tak payah dok pikiaq nak servis keta (memang tak dak keta pun... haha...) Nak pi mana mana pun raya ni suruh anak saja jadi dreba, padan muka depa.

Pak Long rasa kita patut rasa beruntung kalau nak bandingkan raya di Malaysia ni ngan raya ditempat tempat lain di dunia ni... ca hangpa tengok gambaq bawah ni, nampak serupa tapi tak sama... haha...

Kita tak pa lagi la, polis saja yang dok acu pistol. Itu pun pistol perangkap laju nak suruh kita jaga jaga jangan dok gadai nyawa dijalan. Habis sangat pun siap duit saja nak setel lepaih raya... haha...

Tapi yang ni lagi haru, gambaq diambik hari ni di satu pusat pemeriksaan ditengah tengah Baghdad, Iraq. Ni bukan pistol perangkap laju chek oii, ni mesin gan. Silap silap haribulan, nyawa tergadai ditengah jalan...

Tu la Pak Long kata, ada gak baguihnya raya kat Malaysia nih... hihi... tapi Pak Long tetap katakan yang jalanraya Malaysia ni lebih bahaya dari di Iraq. Kematian rakyat kita ataih jalanraya lebih parah dari bilangan yang mati ataih jalanraya di Iraq yang tengah huru hara tuhh... jadi jaga jaga laa...

Pada semua, Pak Long nak ucapkan selamat balik kampung dan selamat hari raya. Ingat sama, Pak Long masih memerlukan anda semua untuk meramaikan blog ala kampung Pak Long nih... haha...

Wassalam...

Syok ka makan bangkai

10 juta komen
Salam semua...

Bila mai nak raya saja, hampir semua orang Islam habih jadi kalut. Pak Long tengok memasing berjalan macam tak pijak tanah. Tak kira la, yang posa penuh ka, yang posa suka suka saja ka ataupun yang langsung tak tau kata bulan posa, semua nak kena buat persiapan raya. Pasainya, bila raya semua kita nakkan raya... haha...

Pak Long nak ingatkan saja, time kita dok kalut buat persiapan raya ni, jangan lupa pulak benda benda penting lainnya. Mak bapak hangpa macamana? Okey ka? Kain baju depa dah ada ka? Anak bini kita pulak selesa ka? Jangan dok jaga kereta sampai terlupa depa semua. Kueh raya belakang kira, biaq sikit tak pa asalkan ada, nak membaziaq buat apa? Yang penting zakat fitrah tu jangan lupa.

Lagi satu Pak Long nak ingatkan, tiap tiap tahun raya kita akan ada isu yang sama. Umat Islam berkemungkinan akna cicah ketupat ngan rendang bangkai ayam. Jangan dok buat buat terkejut pulak, pasai benda haram ni bukan kat Kolumpo saja ada, dimana mana. Ayam tak disembelih secara sempurna, tak putuih urat halkum. Dah tu tukang sembelih pulak jenih yang tak dak lesen sembelih, siap ngan upah Bangla pun ada... Binawe betoi... khiakk pttuiih...

Yang depa dan tangkap, yang tak dan tak tau dah berapa tan... ptuiih...

Lepaih sembelih depa boh dalam pelastik balut comei comei, hantaq masuk supermarket. Sapa pun tak tau dah macamana depa punya buat kerja. Yang kita ni punya betoi bendoi, pi bayaq ngan harga mahai semata mata nak makan bangkai ayam...

Masaalah bagi hangpa la, Pak Long tak pa ayam Mak Long hang dok setengah reban lagi ada... padan ngan muka hangpa. Maju tak kena gaya... haha...

Wassalam...

Friday, September 03, 2010

Ketupat daun palas

4 juta komen
Daun palaih kena beli awai sikit, nak kena bukak macam ni dulu sebelum sumbat pulut...

Salam semua...

Kalut sungguh la Mak Long hang ngan ketupat daun palaih dia tu. Boleh ka tak kalut, anak anak dah nak balik cuti, ketupat dok tak ketahuan lagi. Seminggu lagi nak raya, daun palaih dok tak ketahuan hala kat mana. Menyinga sakan la Mak Long hang tengok Pak Long balik ngan tangan kosong tadi ni.

Kat kedai Wa Mat pun habih, setok tak tau bila nak boleh mai lagi. Ada la sikit jumpak kat kedai tepi gate keretapi tu, tapi daun nampak lunyai, haluih haluih pulak tu, jenuh balut la Mak Long hang.

Depa dok edaq kot Penang ngan Kedah, bandaq bandaq besaq saja. Mak Long hang yang dok kat kampung ni jenuh melahu laa nak dapat seberkaih dua pun. Nak kena hamput dah bebudak nih...

Rupa rupanya daun palaih dah jadi industri yang boleh buat duit. Ni la musim kita tengok daun palaih cukup laku dan dijuai ngan harga tinggi. Sapa bayaq lebih akan dapat lebih. Kedai kot kampung kampung yang dok layan orang orang tua yang bajet ciput macma Pak Long ni kirim salam laa...

Pak Long ingat nak kena buat demo laa... tapi tak tau pulak nak bakaq bendera sapa...

Wassalam...

Kelaku macam jebong

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long naik semak betoi la ngan puak puak Umno ni. Depa ni lembab sungguh.

Kita dok kalut pasai halal haram makanan yang dok juai kat orang Islam, depa baru nak cadang pinda akta. Bertindak macam darai. Kita naik seram sejuk kenangkan berapa puloh ribu dah perut perut orang Islam mengandung makanan haram, depa baru dok kalut pasai ada peniaga gunakan logo halal palsu. Lembab macam tak dak ubat dah.

Pak Long dok rasa, ini lah jadinya bila "halal" di labelkan dengan logo dan didagangkan. Bila dah "halal" terpaksa dijuai beli maka akan adalah yang palsu dan asli, di rasuah untuk mudah. Ni la punca cerita tunggang langgang yang kita dok tengok la ni.

“Kita ada sebuah makmal halal dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia yang mana kita mengenakan yuran yang cukup murah iaitu RM100 untuk IKS (Industri Kecil dan Sederhana), RM400 untuk pihak swasta dan RM700 untuk syarikat multinasional,” Jamil Khir

Padan la ngan puak puak Melayu bangang ni pun. Pantang ada duit sikit, terlupa dah nak selidik halal haramnya. Depa serbu habih, naik gelap kedai kedai tu walaupun nama naik geli kita dengaq. Depa tak kira dah tokey dia Cina beragama buddha ka atau India beragama hindu.

Tak dak cara kemaih sikit ka dari perangai macam jebong ni...

Wassalam...

PKR, jangan dok perasan kata kuat

2 juta komen
Salam semua...

Cuaca panaih dibulan bulan posa ni memang mencabar, nak bukak mata pun tak larat. Kuyu semacam saja Pak Long rasa. Time macam ni la Mak Long hang mintak yang bukan bukan. Ayaq tebu la, ayaq nyok la. Mak Long hang tak terpikiaq kot, berapa kilo ayaq peluh meleleh kot lengan depa... huh...

Tapi panaih panaih cuaca kat luaq ni, panaih lagi Pak Long rasa pemilihan PKR. Tak panaih hati mai mana bila Pak Long dengaq kelaku depa sebijik kelaku Umno. Kalau Umno ada pesta guna nama Piem dan TPiem depa, PKR pun ada dah yang cuba juai nama Anwar, juai nama Azizah.

Nasib baik la Pak Long ni tak jadi kembaq siam ngan parti hangpa, kalau tidak dah lama Pak Long kempen tolak pemimpin hodoh yang syok hisap jari bawah ketiak Anwar, bawah ketiak Azizah ni...

Pak Long sokong hangpa pasai Pak Long ngan Mak Long hang meluat kat Umno. Jangan dok perasan yang Pak Long sokong hangpa pasai hangpa tu kuat. Jadi sedaq diri tu sama, jangan dok jadi Umno pulak dalam Pakatan. Buat budak budak PKR, sudah tu sudah la, biaq Umno saja bangang sorang sorang. Kita kena jaga jangan dok ikut bangang macam bangsa Umno.

Bagi la ruang kat demokrasi untuk berkerja...

Wassalam...

Thursday, September 02, 2010

Usung tilam tu bebila pun boleh

8 juta komen
Salam semua...

Lagi dekat ngan nak raya lagi kalut la Mak Long hang. Pak Long pun tak tau nak tolong Mak Long hang macamana. Kadang kadang Pak Long buat lawak pun dia tak dan nak gelak... haha...

Apa tak kalutnya, mana ngan nak kemaih rumah, nak sambut anak anak balik. Kueh raya pun nak kena tengok tengok jugak, bukan nak buat banyak pun dapat sebakoi dua pun jadi laa. Tudung tingkap Mak Long hang jahit sendiri, dapat jugak la rasa yang baru. Yang lain lain tu pakai yang lama pun cukup la. Beskal baru yang Mak Long hang janji tahun lepaih pun silap silap Mak Long hang kensel, bajet lari.

Tapi dalam dok kalut kalut suruh Pak Long cari daun palaih tadi ni, dan lagi Mak Long hang tanya Musa Hassan tu jadi ka berenti jadi ketua polis. Pak Long ingatkan Mak Long hang terlupa dah ketua polis yang menyilau lebih dari bintang dibaju tu. Pak Long pun layan jugak la Mak Long hang, tau la Mak Long hang tu kalut, tak dan nak baca surat habaq pun.

Tu la kalau tak dak arai melintang urusan, ber"KPN" baru lah Malaysia lepaih raya ni. Pak Long tak reti sangat nak menengok bakal KPN baru ni. Ismail Omar ikut pengumuman kena ambik alih tugas pada 13 September nih. Memang ramai yang risau, takut Ismail ni tak boleh merdekakan PDRM dan dirinya sendiri dari politik Umno BN... haha... Biaq pi la kat Mahfuz nak kata apa pun, dia tu memang lagu tu suka mengusik orang... hihi...

Pak Long lebih suka berbaik sangka. Polis tu kan ka pasukan keselamatan utama negara. Depa kena ada prinsip dan bina intergriti yang tinggi. Pak Long harap si Ismail ni boleh la diharap, jangan pulak harap harap tapi tertiarap.

Buat Musa Hassan pulak, Pak Long mintak dia manafaatkan penamatan jawatan ni demi diri dan keluarga. Kalau takat nak usung tilam tu, bebila pun boleh. Selepaih tak pakai unifom polis pun boleh kalau nak usung... hihi...

Sedap jugak buka posa ngan cendoi pulut ni... hmm...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails