Salam semua...
Sempena 101010 ni, Pak Long nak cerita sikit la peristiwa ngeri yang Pak Long ngan janda Limah lalui satu hari tu. Bukan kena tangkap basah... dakkk... tak sampai lagi tahap tuh... hihi... Ni ngeri sangat pasai silap sendiri biaq diri dipandu oleh pemandu bangang.
Pak Long dengaq cerita ni lama dah tapi tak dak masa nak tengok sendiri. Satu kampung dok cerita, Mak Long hang pun dah stori, Berahim beli keta baru kaler merah. Biaq pi la kat dia, orang duit berlambak walau tak kerja ada orang seponser. Lain la macam Pak Long ni, nak pi robek tang mana duit banyak lagu tu.
Tapi baguih jugak budak Berahim ni, nampak hormat sungguh kat orang tua tua. Kelmarin pagi masa temankan janda Limah tunggu bas nak ke pekan, tetiba saja si Berahim ajak Pak Long naik keta dia, kononnya nak belanja cendoi sedap di kepala simpang masa balik nanti. Pak Long ingat belah elok saja la, takkan budak baik macam si Berahim tu nak "kona"kan si janda Limah plak walaupun janda Limah dipelawanya sekali.
Berahim pecut laju, mungkin aura janda Limah dah merasuk dia dah kot. Bila sampai di satu trafik light, lampu trafik tukaq merah. Tapi budak Berahim ni selamba badak saja pecut, tak peduli langsung Pak Long yang disebelah dok tekan angin dah rasa macam tekan berek.
Woii, Berahim. Hang tak nampak ka lampu merah tadi?
Jangan takut Pak Long, Najib selalu buat camtu...
Tak jauh mana dari terafik light tadi, kami sampai pulak dah satu lagi trafik light, lampu trafik tu pun bertukaq merah jugak. Sambil jeling janda Limah kat cermin belakang, dia pecut laju semacam saja, macam jalan bapak dia yang punya. Pak Long mula rasa risau, takut sasau dia 6 tahun yang lepaih mai balik.
Lagi sekali hang buat keja bangang ni Berahim oi, aku nak turun... aku tak kira.
Jangan takut Pak Long, Najib selalu buat camtu...
Selang beberapa kilometer dari trafik light tadi, kami sampai lagi satu traffic light. Tapi tiba tiba saja si Berahim ni berek mengejut. Lagi seinci setengah hidung Pak Long nak cecah dasbod.
Hang ni gila ka hapa? Lampu trafik light tu Hijau awat yang hang berenti?
Maap Pak Long, saya takut si Rosmah pulak yang lalu jalan yang satu lagi...
Pendek ceritanya, Pak Long ngan janda Limah naik bas ja laa... sampai ke pekan... tobat lahum Pak Long tak naik dah kalau drebar dia tu si Berahim... janda Limah tak tau la pulak camana... fuhhh....
Wassalam...