Tuesday, November 30, 2010

Musim hujan

11 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tengok Pak Long... sengeh... Pak Long tengok Mak Long hang... renyeh... Nak ajak Mak Long hang main wau pun tak boleh... hujan. Time hujan camni tok sah kata orang, lembu pawah pun naik segan nak makan. Tapi Mak Long hang tu besa la hujan hujan ni... selera makan mengalahkan gajah. Nu tengah dok masak pizza pulak dah...

Lama beralih umoq ni, kita tak boleh nak dok saja. Lagi dok saja, lagi letih la badan kita. Tak percaya hangpa tanya Pak Long... hihi... Sebab tu Pak Long suka berkebun, bersantun dengan tanah dari dok lawan pantun ngan Mak Long hang. Sebab tu jugak Pak Long lebih suka bela lembu hari hari, boleh jugak dok lawan lari...

Tapi time hujan hujan lagu ni, aktiviti Pak Long tak pula terhad main chess ngan Mak Long hang saja. Sambil Pak Long dok melahu tunggu memana wakil rakyat mati, Pak Long tak akan dok saja korek hidung. Pak Long akan selak kitab kitab dulu, kot kot la boleh sirahkan kat anak cucu. Pak Long akan jahit jala, buat bekalan dihari muka.

Tapi kan, naik pelik Pak Long pikirkan. Tak pasti pulak Pak Long, kebetulan atau suratan. Asai cuti sekolah saja, kenduri. Asai kenduri saja, cuti sekolah. Asai hujan saja depa kawin, asai kawin saja... hujan... addehhh... Naik bertaik mata panaih makan terlebih daging nih...

Mak Long hang keloi makan pizza dah nuh... hihi...

Wassalam...

Sunday, November 28, 2010

Bangang tak habih habih

10 juta komen
 Woiit, bangang... disini lagi banyak batu, tak mau kaa...

Salam semua...


Dah adat dah, sapa sapa pun yang beralih umoq ni memang camtu. Lenguh lenguh sendi dah naik mangli, sakit lutut dah jadi tak takut, sakit kepala ni perkara besa. Mana ada... lagi tua lagi kuat, lain pada Mahathir saja... haha... Memang Pak Long dua tiga hari ni rasa panaih dan rimaih, nak demam tak demam. Jangan sesapa dok pitnah kata Pak Long ni demam nak tumbuh gigi pulak. Mak Long hang? Macam besa laa... berletiaq saja ubat dia... addehh...

Tadi masa dok tunggu giliaq Pak Long gunting rambut, Pak Long terbaca kisah spesis Melayu bangang yang boleh tertipu dengan "manusia alim" boleh "tarik duit pakai batu delima..." Apa laaa... Pak Long ingatkan spesis bodo camni dah mampuih habih dah masa jepun serang Tanah Melayu dulu... rupanya ada lagi saki baki depa...

Buat anak anak kat luaq sana, mau dok beringatlaaa... Jangan dok jadi bodo sombong, dengaq sama cakap orang tua tua... hihi... tapi... errr... yang kena tipu tu pun orang tua tua jugak... addehh... Susah la camni... hihi...

Islam ni satu cara hidup, makna kata ambik Islam tu ke dalam hidup kita. Jangan dok ambik sekerat sekerat, dah ambik kena ambik semua... baru nampak sempurnanya Islam tuh... Islam ni sebagai petunjuk, bukan untuk menunjuk... supaya tak sesat. Islam ni sebagai pedoman, bukan untuk buat tak ketahuan... Islam ni nak jaga penganut dia dari jadi tak ketahuan laa... Kalau mengaku saja Islam tapi tak kenai orang Islam macamana kira susah la lagu tu...

Kita kena ingat, sapa pun jugak kalau dok asyik bergantung pada sesuatu yang lain dari Allah s.w.t, tu dah kira "alim taik kucing" namanya... Alim pa nama, cari duit pakai batu... padan la ngan yang kena pekena tu pun, apa hal dok bergantung pada batu pulak nak cari duit... Woii.. malu la kat Mak Long hang, bela ayam itik nak beli celak bedak dia pun... usaha cara berhemah, bukan macam orang akai lemah. Tak bergantung punya kat seterika kepala ayam pi menurun nombot ekoq...

Woii.. bangang tu simpan la kat bangsa lain sama... jangan dok rembat kat bangsa Melayu saja... hihi... sib baik la Mak Long hang urut belakang nih... hadoiiih...

Wassalam...

Tuesday, November 23, 2010

Fesbok II

10 juta komen
Salam semua...

Orang kita ni Pak Long dok tengok, bukannya bodo sangat pun, yang cerdik berlambak. Tapi masaalahnya depa ni malaih nak pikiaq, ada akai tak reti nak pakai. Nak buat pa pun semua main jenih serbu tembok, mengkalu pakai helmet tak pa la jugak... hihi...

Dua tiga hari lepaih ada la dua tiga orang yang email kat Pak Long mintak Pak Long sambung sikit lagi bab bab adab ber'fesbok' nih... haha... macam yang Pak Long kata la dalam posting Pak Long pasai Fesbok dulu, dunia moden maka masaalah kita pun jadi moden... kita bermasaalah dengan kemodenan. Orang ber'fesbok', kita pun nak ber'fesbok'... orang ke bulan tinggai kita dok tak ketahuan... haha... paling tak dak arah ngan bebudak la ni, ada ka depa boleh ajak Pak Long main fambil... Pak Long dok ingatkan menatang hapa ngan fambil tuu... rupanya pelekoh Pak Long tanam sayoq ngan bela lembu... agak agak la oiii... chittt...

Dalam pemerhatian Pak Long la, fesbok ni meriah sungguh ngan orang pompuan... apa yang ada kat depa semua nak lunggok dalam fesbok. Memang ramai pun pompuan la ni dah ada fesbok, Mak Long hang saja yang tak tau apa... hihi... baguih la jugak, tak kosa Pak Long nak mentakedarah meggi hari hari...

Adat dah pompuan nakkan pujian, tapi depa lupa pujian tu bisikan setan terutama pujian yang tak ikhlaih dan yang tak membina. Pak Long dulu, empat tahun ligan Mak Long hang kot ataih bataih ban, baru dapat gambaq sekepin. La ni, pi la masuk fesbok pompuan memana pun, penuh sendat ngan gambaq depa yang beraneka gaya dan peshen, seksi dan seksa jiwa...

Soklannya, hangpa tau ka sapa yang dok melewaq masuk 24 jam sari dalam fesbok hangpa? Berbagai bangsa, macam macam citarasa... nafsu macam kawaq pun berlambak... Ni yang Pak Long kata tadi ni, ada akai segan pakai nih... depa mungkin tak pikiaq dah gambaq depa tu orang boleh kopi dan salah gunakan. Depa terlupa dah gambaq depa tu haram jadi tontonan yang bukan mahram terutama dalam keadaan yang ngeri... hihi...

Jadi hati hati la dengan gambaq yang hangpa nak lunggok dalam fesbok tuh... jangan sampai kita bersubahat melamar nafsu. Komen komen yang menyeluk rasa ghairah adalah haram di sisi Islam, ingatlah larangan Allah... 'janganlah kamu menghampiri zina'. Lebih lebih ngeri lagi bila sebahagian mereka ni dah bersuami, sekali sekala tengok macam si suami pulak redha bagi bini buat tayangan percuma... wallawoii... Pak Long tak boleh nak pikiaq laa macamana depa pikiaq...

Jangan sampai anak anak mai tepuk dahi pasai jadi ayah yang dayus biaq bini tayang bodi. Jangan sampai kengkawan tampaq bahu pasai biaq adik pompuan kita ber'muka tak malu'. Jangan biaq Mak Long hang sekeh kepala hangpa pasai tengok anak anak sendiri dok meghela diruang maya.

Takat ni la dulu kot, naik pedih mata dah nih... hihi... nanti rajin rajin Pak Long sambung la lagi...

Wassalam...

Monday, November 22, 2010

Pak Long tukaq hobi

4 juta komen
Salam semua...

Dulu masa si Tiger Woods tu mula menang golf dunia, Mak Long hang sampai pecah tabung ayam suruh jugak jugak Pak Long main golf... kot kot la boleh dok rumah taman... hihi... Sib baik la ni dak dah, risau gak Mak Long hang bila si Rimau Kayu tu main kayu tiga belaih... mengkalu tidak, pakai hitam muka la Pak Long terpaksa dok tibai bola golf tengah panaih...

La ni Mak Long hang paksa Pak Long suruh main skuash pulak dah... mana la nak pi cari gelanggang skuash tu kat kampong nii... time ni tak dak pulak wakil rakyat yang nak mati... hadooiiihh...

Mak Long hang tu bukannya apa, kot kot la depa tu balik nanti dapat tanah sorang sekeping... hihi... Maklum la kan, depa dah sapu dua emaih di sukan Asia, China. Pa pun, tahniah la kat Nicol David dan Azlan Iskandar tuh...Tahun depan siap la hangpa, Mak Long hang paksa Pak Long tukaq hobi ni dari golf pi skuash... ni nak pi cari reket sat...

Wassalam...

Bik mama dan puterinya

6 juta komen
Ketua Pandu Puteri sebelum era Rosmah...

Salam semua...

Bila tengok bebudak dok lari sukat kampung, sambil main pandu si puteri... teringat pulak Pak Long masa Pak Long remaja dedulu... hihi... ya la zaman remoih pintai tu. Masa tu Mak Long hang bercita cita nak jadi isteri Perdana Menteri sebelum diterima jadi ahli Pandu Puteri. Pak Long pulak jadi striker sekolah disamping kaki pukui dan pria tampan terakhir kampong.

Petang petang lepaih saja perjumpaan Pandu Puteri yang paling bosan didunia tu, kami akan lepak main mata bawah pokok ubi depan kantin. Kita takat main mata saja... hihi...

Pak Long jadi fobia tetiba pasai Pandu Puteri ni bukan pasai apa, ni haa si Rosmah tu dianugerah kan dengan Anugerah Paduka Srikandi PPPM ataih jasanya tak membosankan Pandu Puteri. Ngam la ngan saiznya dan citarasanya, si Rosmah ni adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Jadi Pak Long sokong sangat si Rosmah ni pandu si Puteri... hihi... kalau tidak, sapa pun tak kelapaq nak masuk Pandu Puteri pasai boring nak mampuih...

Pak Long pun ada gak cadangan dalam mengelakkan Pandu Puteri ni jadi lebih bosan. Ia lah bagi mengikut peredaran zaman la katakan. Sesuai dengan moto "Selalu Sedia" nya, Pandu Puteri mesti lah kena selalu:

1) Bersedia main panaih iringi calon bangsa Umno pi pusat penamaan calon.
2) Bersedia tuk keraih betih pusing kampung pancing undi tuk bangsa Umno.
3) Bersedia tuk kerahan tenaga pacak bendera dan banner sokong Umno.
4) Bersedia walau sukatakrela jadi anak hantu disekolah setiap kali majilis Umno.
5) Bersedia jaga parking keta setiap kali wakil Umno main goli dikampung kampung.
6) ........

Errr..... yang lain tu hangpa tambah sendiri lah noo... Pak Long nak pi layan gambaq Tamil sat... hihi...

Wassalam...

Sunday, November 21, 2010

Jom rasa untung jadi tua

8 juta komen
Apa tengok tengok... ada utang ka...

Salam semua...

Dunia berputaq ligat, Pak Long pun rasa penat. Bebudak teruja nak remaja, remaja tak sabaq nak dewasa, dewasa akan jumpak tua. Sapa kata orang tua tu rugi, masa tua ni la kita hargai waktu sepi. Kerana masa tua ni la kita sedaq, duit berbakoi bakoi pun tak guna kalau hati tak tenang, duit bergundi gundi pun tak boleh pakai kalau sakit dah ramai... haha... Masa tua cam ni la jugak kita nampak tengok dunia luaih dengan jelaih... budak budak tok sah dok mai kencin la, pasai apa yang depa lalu tu hasil muntah kita yang tua...

Kalau kita rajin tanya bebudak, depa kata syok la jadi orang tua... boleh buat apa depa suka terutama bila dah ada kosa... haha... Ca hangpa tanya orang tua tua pulak, depa lebih suka jadi bebudak, boleh buat apa depa hendak, boleh dapat apa depa mintak, tanggungjawab langsung tak dak... haha... Tapi janji Tuhan pada hambaNya, tak dak orang yang boleh hidup tongkat langit. Hidup tak boleh patah balik dah, macam ayaq sungai yang turun pi muara tak boleh patah balik pi ke hulu....

Masa jasad masih ada roh ni saja, boleh dok tengok dunia ni tinggi, anak bini melawa sekali, rasa besaq pasai keta lebaq. Duit berlori lori, kerja dunia dok tak habih habih lagi.

Tapi, hidup ni akan mati, akan bercerai jugak roh dari jasad. Selamat tinggai dunia, selamat menempuh alam barzakh. Bini yang kita sayang pun akan cepat cepat panggil tok siak mesjid, mandi dan kapan sebelum simpan takut busuk. Itu lah putaran hidup kita sebagai hamba pada Yang Esa, sebahagian dari cerita dan kejadian. Jom kita cuba suka dan rai seadanya kita, saki baki kehidupan yang ada. Jangan dok tertekan sangat dengan asam garam hidup, suka tak suka pun kena suka jugak... haha...

Pentingnya cari lah hati yang tenang, mustahaknya bina lah kebahagiaan.

Wassalam...

Nak tegoq Anwar lagi nih...

11 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni bukan jenih suka ambik tau sangat hal rumah tangga orang... Mak Long hang marah, dia tak bagi Pak Long dok pi melahu gossip hal periuk belanga orang yang pecah. Ngan janda Limah tu lain la, Mak Long hang larang pun tak jalan... haha...

Bab bertarik rambut rumah tangga Anwar ni pun camtu la jugak... lantak pi kat hangpa la nak lawan baling pinggan mangkok ka, nak lawan londeh kain sama sendiri ka... Pak Long peduli hapa... Tapi nak buat camana kan dah duduk satu kampung, tak pi jengok pun kadang kadang tu terjelin la jugak... haha... tak dengaq depa bertengkaq pun kadang kadang tu terdengaq jugak bisik bisik depa... hihi...

Sejak beralih umoq ni lagu tu laa, budak budak tengok kita pun ngan ekoq mata saja. Buat heran tak heran saja. Tapi Pak Long peduli hapa, sebagai orang lama ni Pak Long nak kena tegoq jugak. Tak tegoq mai mana Anwar oiii, nak tidoq pun tak lena ngan perangai gila sawan anak buah hang. Mampuih pi la yang pecah tu pinggan mangkok hangpa tapi kalau dah melayang mai kat tingkap rumah Pak Long ni apa cerita... Hangpa nak londeh kain sesama hangpa pun ikut suka hati hangpa la tapi kalau dah Mak Long hang pun tutup muka, tak gamak nak tengok kaler juboq hangpa... apa halnya...

Dah adat dah Anwar oiii anak buah lari dari rumah ni, hang bukan tak besa... hihi... Budak Zaid pun lagu tu jugak laa, biaq pi kat dia... tok sah dok layan sangat, lagi hang layan lagi dia meroyan....

Ca hang pi tengok rumah Najib nu, lampu lip lap raya haji dok tak buang lagi. Tak pernah depa raya korban sakan sampai macam ni, meriah punya dok mengata kat hangpa. Syok ngan dok tengok tiang seri rumah hang dah longgaq, tunggu nak runtuh saja... Pak Long tau hang pun tau. Najib seronok bila hang tak seronok. Jadi hang kena jaga anak anak buah hang tu sama, jangan dok biaq depa tu terhegeh hegeh ikut perangai kera.

Dalam sembahyang pun kena ada disiplin, tak dak disiplin tak sah la sembahyang kita. Macam tu la jugak dalam rumah tangga pun, disiplin kena ada, kena jaga. Benda ni hang kena ikat kemaih sikit, jangan dok biaq anak anak melilau satu kampung tak pakai baju seluaq... hodoh... haha... Hang kena pesan kat anak anak buah hang tu, depa tu bukan lembu korban tapi insan pemegang amanah Tuhan.

Errr... ooppss... Mak Long hang ajak tidoq awai pulak dah malam nih... hihi...

Wassalam...

Saturday, November 20, 2010

Lembu

6 juta komen
Lembu terlepaih bukan boleh dok kepung macam ligan kawaq...

Salam semua...

Letih aidiladha tahun ni Pak Long rasa tak kurang langsung dari letih raya korban lepaih lepaih. Bukan letih ligan lembu... haha... tapi letih pasai daging jenuh sungguh, melimpah ruah. Pi rumah hj Karim, bihum sup... pi rumah Najib, bakaq sate depan laman... pi rumah janda Limah, nasi tomato ngan kerabu perut... cicah pulak ayaq asam... pergghh... sedap tak patut... haha... Husin buat kenduri arwah, daging masak kurma saja 4 ketoi satu talam... memang mewah orang kita dengan daging... Naik berbinau bijik mata Pak Long, panaih.

Pendekatanya, pusing la kiri ka... kanan ka... penuh ngan bau daging... haha... Maklum saja la, nama pun hari raya korban. Tapi kita kena ingat baik baik, yang buat korban tu kita, yang terkorbannya tu lembu. Sebab tu nawaitu pengorbanan kita tu kena bagi betoi. Kalau tidak, naya laaa lembu lembu kita tu terkorban cara buta tuli.

Pak Long ni nak kata mahir sangat pasai perangai lembu ni pun tak la jugak, fasih la sikit sikit kot. Maklum la dah lama jugak dah Pak Long berkawan ngan lembu lembu nih... dah lama jugak la Pak Long dok mengaji pasai lembu lembu ni. Kita kena berkawan dengan lembu lembu kita, baru depa hormat kita sebagai gembala. Sebab tu sebagai anak anak, hangpa jangan la dok merah telinga bila orang tua tua kata jaga lembu sekandang lebih senang lagi dari jaga anak sendiri... hihi... pasai memang betoi... haha...

Ca hangpa tengok hasil dari Pak Long ngaji kelaku lembu lembu nih...

Lembu tak pernah buang anak dalam tong sampah, tak pernah lagi dengaq buang dalam longkang atau sungai. Bab sayang anak... tok sah hangpa pertikai laa... time dia beranak kecik, try la hangpa pi kacau tengok kalau nak bengkak betih kena penendang... haha...

Lembu tak pernah ponteng tugaih, tak pernah ponteng kelaih... senang senang saja Pak Long heret pi padang ragut, petang pulak dia balik rumah ikut time.. tak dengaq lagi ber'sepak takraw' time hj Karim dok azan maghrib, main bolasepak sampai malam buta... shopping kat pasar malam jauh sekali laa... haha...

Hangpa pernah dengaq ka lembu main judi, minum arak... haram... ada hangpa pernah tengok anak teruna lembu pi usung anak dara lembu lain sampai ke tengah malam... haram...

Jangan hangpa dok fitnah kata lembu tak faham cakap orang. Lembu lembu ni faham cakap kita cuma kita yang tak pernah nak faham cakap lembu...

Dalam banyak sangat hal, Pak Long dok tengok... lembu lembu ni lebih pandai dari manusia. Di Malaysia terutamanya hari raya korban nih, depa pakat pakat berkorban diri disebabkan ibadah orang orang Islam... dari hidup menyusah mak bapak, lebih baik mati kerana Allah... hihi...

Tentunya lebih mulia dari manusia yang terkorban secara mati katak, yang langsung tak tau nak ambik iktibar dari ibadah korban tu sendiri...

Wassalam...

Friday, November 19, 2010

Pak Long tak suruh ikut

7 juta komen
Salam semua...

Rakyat Palestin ni dah menderita lama sangat dah. Cerita menyayat hati rakyat Palestin yang melarat dibumi sendiri di aniayai oleh pengganas nombor satu dunia ni bukan cerita baru. Cuma masyarakat dunia saja yang kadang kadang ingat dan kadang kadang lupa. Bukan lupa sikit sikit, kadang kadang tu lupa teruih kat nasib depa.

Dunia akan tersedaq bangun bila saja ada kematian dan keganasan melampau depan mata. Dunia bagai baru saja terjaga bila saja ada kematian akibat dari keganasan Yahudi keatas masyarakat luar dari Palsetin. Kita bagai terlupa bahawa keganasan terhadap rakyat Palestin ni sebenaqnya berlaku hari hari. Terlupa atau saja buat buat lupa, atau disibukkan dengan dunia yang sementara...

Sedaq sedaq, baru la pakat bangkit dengan berbagai slogan dan kempen. Last last slogan tinggai slogan, kempen entah pi mana. Macam macam yang kita dengaq pasai kempen nak boikot Israel ni yang sebenaqnya bukan baru. Salah satu cara yang paling berkesan ialah boikot barangan yang terbukti ada pertalian secara terus atau tidak dengan regim Israel seperti barangan Levi's, Mc'Donald dan Coca cola... hihi... boleh ka orang la ni boikot menatang nih... haha... cakap senang, nak buat tu tak dak orang...

Haa ni... hangpa layan pi la sat video yang Pak Long jumpak kat bawah ni...

video
Pak Long cuma boh video ni saja, Pak Long tak suruh pun hangpa ikut sebijik macam ni kalaupun nak boikot barangan Israel... haha... kena lokap jangan dok habaq belajaq kat Pak Long pulak... naya Pak Long, Mak Long hang sapa nak jaga...

Wassalam...

Monday, November 15, 2010

Kita boikot char koay teow

12 juta komen
Salam semua...

Sakit betoi hati Pak Long, panaih... menggelegak darah putih... rasa macam nak suruh Najib pi serang Ostolia la ni jugak... Sib baik la Mak Long hang tolong sabaqkan...

Benda alah ni bukan baru, tiap kali China jadi tuan rumah sukan apa kejadah sekalipun, mesti ada isu berat sebelah punya. Apa hal...? Amoi China segak sangat ka sampai mat saleh Ostolia pun macam kena nasi kangkang.

Pengadil Ostolia, si Ben Williams tu dah macam celaka, berlagak sungguh dia... tak takut ka dah tau kita ada kapai selam? Nanti la hang, Pak Long cari sampai lubang cacing kat Ostolia nuh. Hang marah kat Najib pun takkan sampai tiga kad merah sekali harung. Mengkalu marah kat Rosmah sekalipun takkan sampai lima kad kuning sekali jalan... kat pemain China langsung hang tak berani bagi...

Pak Long cukup marah kalau ada sesapa yang kata Pak Long ni tak patriotik. Sejak kelmarin lagi, Pak Long ngan Mak Long hang dah mula boikot char koay teow Mail kepala simpang. Baru tadi pulak Pak Long dok bincang ngan Muthu dan Ah Seng nak boikot yong tau foo yang Mat senyum juai kat pasar malam. Biaq padan ngan muka China lepaih nih...

Dah la jatuh ditimpa tangga, kena pulak pasu bunga. Bolasepak sukan Asia, kita tungging 0-3 kat China.. ni yang buat sultan sultan bola malaih nak lepaih jawatan nih...

Wassalam...

Jom motong getah

4 juta komen
Patutla menteri ni kasut berkilat pi motong...

Salam semua...

Sejak dari minggu lepaih lagi, Pak Long dok pikiaq pasai apa yang si Husin tu tetiba jadi budiman tak barlagu nih... tangga madrasah dua kali setahun dia jijak, tu pun hari raya... haha... tapi pagi tadi, tiga meja orang mesjid minum ayaq kedai hj Karim dia bayaqkan... terbeliak mata hj Karim tengok rambut berkilat si Husin...

Siap offer rantai baru beskal Pak Long lagi, rantai tengkok haram tak sebut pun. Teloq ayam kampung Mak Long hang dia borong cerah, siap tanya madu asli lagi... hihi... Macam dah buang tebiat pulak, bawak balik dua bijik peti ais 3 pintu baru, nak buat boh baju. Ada ura ura pulak nak minang anak dara kampung Keladi, dah janda Limah kata tak sampai seru lagi...

Rupa rupanya harga getah dah naik mencanak. Patut la baju seluaq motong getah dia pun bau wangi semacam saja... hihi...

Baguih la jugak, Pak Long ngan Mak Long hang pun dapat gak rasa rezeki melimpah ruah si Husin tu. Takat jadi setiausaha Umno ujung kampung, tukaq tayar moto pun pinjam ke Mak Long hang. Ikut kata si Husin, toreh getah mula pukui 7.30 sampai 9 pagi saja dekat dekat 1,500 ringgit sebulan... Fuhh... cerah ubi kayu ngan ayam Mak Long hang satu reban juai pun belum tentu Pak Long boleh nampak duit banyak tuh...

Tapi dua tiga hari ni kerap sungguh hujan pagi. Tu la Husin nak upah bebudak kolej yang tak dak keja... tolong lap batang getah basah sebelum toreh... hidup Husin...

Wassalam...

Sunday, November 14, 2010

Tumpang senyum

2 juta komen
Salam semua...

Tua tua Pak Long ni, sekali pun Pak Long tak pernah pijak tanah Myanmar tuh... hihi... tapi sapa yang tak kenai Aung San Suu Kyi... Pihak barat telah berjaya mengangkat nama dia setaraf duta duta besar lain lain negara... sampaikan Mak Long hang yang kalut ngan ayam itik dia pun tumpang bangga, maklum la kan, orang pompuan...

Myanmar atau dulunya Burma yang masih iktiraf kain pelikat sebagai simbol suci kaum lelaki telah sekali lagi menyaksikan pejuang pro-demokrasinya itu dibebaskan kelmarin. Suu Kyi telah dikenakan tahanan di rumah selama tujuh tahun oleh junta tentera Myanmar kerana pandai menyemakkan kepala boss boss tentera negara itu.

Pa pun, jom kita tumpang senyum sebelum senyum ni dikenakan bayaran. Jom kita tumpang gembira sebelum gembira ni diharamkan...

Wassalam...

Saturday, November 13, 2010

Satu dari berjuta

6 juta komen
Salam semua...

Naik ternganga Pak Long tengok gambaq ataih nih... lebih sejuta jemaah kerjakan solat Jumaat di Masjidil Haram. Tu baru sebahagian saja dari lebih 2.5 juta umat Islam seluruh dunia yang pi ke Makkah nak buat haji tahun ni.

Meremut remut manusia Islam, berbagai bagai bentuk rupa Islamnya, bertingkat tingkat makam kepahaman Islamnya.

Ternganga lagi la Pak Long bila Mak Long hang tanya bepuloh juta af'al solat manusia manusia ni, yang mana satu diterima Allah s.w.t... addehh....

Wassalam...

Friday, November 12, 2010

Fesbok

6 juta komen
Salam semua...

Dunia canggih, masaalah pun makin canggih... haha... dunia moden, masaalah lebih lebih lagi modennya... Tapi, Pak Long rasa, mai la macamana punya moden masaalah pun, tapi cara penyelesaian dia tetap macam dulu jugak... diri sendiri yang tentunya diikat rapat dengan hati. Bersih hati, bersih la diri dan eloklah peribadi...

Dedulu nak hantaq surat kat Mak Long hang, berlenja lenja ayaq lioq jilat sampul surat ngan setem. Dua jam naik bas pi pekan, nak pos surat saja. Tunggu dekat 2 minggu, baru dapat balasan... bedak yang taboq dalam surat pun dah hilang wangi... haha... bunga ros merah, sampai kat tangan Mak Long hang kaler hitam... hadoiiihh...

Tapi tu dulu... la ni dah beza banyak dah... Sambil tarik lembu tengah padang pun boleh sms kat Mak Long hang. Tengah jahit baju pun Mak Long hang boleh chetting ngan Pak Long... la ni kita ada fesbok. Peringat Mak Long hang pasai malam Jumaat pun Pak Long pakai chetting fesbok... haha... Pa pun, kita buat dengan baik akan jadi baik lah... kalau kita kona belah tak elok, akan jadi tak elok la ceritanya...

Macam Pak Long kata tadi la, benda dah moden, masaalah lebih lebih lagi modennya... tapi penyelesaian terbaiknya ialah cegah sebelum kena... Pak Long nak peringat hangpa semua macamana Pak Long dok peringat kat janda Limah tu jugak la.

Jangan dok guna fesbok tak ketahuan hala, kita kena bijak. Jangan dok gatai luahkan perasaan kat pasangan kita dalam fesbok, dia akan buka aib pasangan kita kat orang... serupa kes selak kain sendiri jugak la ni... yang kengkawan pun apa lagi, banyak sangat yang nak jadi Fadzilah Kamsah... last last kita sendiri yang susah...

Orang pompuan ni lagi satu hal... depa suka kongsi dan luahkan perasaan mereka pada orang lain. Kalau orang macam Pak Long ni tak pa la juga hangpa cerita, baguih... takut kena yang ulaq ayaq la... punah ranah... Luahkan pada kengkawan ni kekadangnya perlu sebagai pelepaih pada beban yang kita tanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan pasangannya tapi ataih alasan cari penyelesaian. Tapi hangpa tak sedaq perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Dok cerita perihai rumahtangga secara terbuka melalui fesbok, memang jenih gila sasau laa... Cari la orang yang boleh kita percaya.. mak bapak hangpa ka.. orang sepuloh mesjid ka... orang terpilih macam Pak Long ni ka... mufti, tok imam atau ustaz usatz ka... dok pi cerita kat mat bangla di fesbok tu buat hapa...

Lagi satu, tiru la macam Pak Long ni... kongsi paswod ngan Mak Long hang, jangan dok sorok. Belajaq la beramanah dalam jalani hidup nih... Mak Long hang nak semak ka, nak spot check ka... anytime... sebab tu Mak Long hang sayang dan percaya kat Pak Long walaupun dekat sejam merenyeh ngan janda Limah... sumpah Mak Long hang tak marah...

Errr... nanti lah yerk Pak Long sambung kalau rajin... Mak Long hang balik dari kedai dah tu... tak pepasai kena tarik telinga pulak nih... hihi...

Wassalam...

Thursday, November 11, 2010

Dinasour

9 juta komen
Memang jenih tak makan suap punya... tangan kecik... wakaka...

Salam semua...

Frust betoi Mak Long hang sejak dua tiga hari ni. Bedak sejuk pun dah segan nak pakai, gincu merah telah la lagi. Nasib baik segan nak bersolek saja, kalau segan nak bernyawa... haru Pak Long nak kena carik lain... haha...

Ni ha pasai budak Asri tu la Mak Long hang tegoq dia jangan dok jelabaih sangat mulut tuh. Benda benda lama ni mahai Asri oii, antik dan unik. Mak Long hang mau hang tu hormat orang lama Asri oii, tak boleh sesuka hati hang saja nak sentuh depa tu sebagai ‘dinosaur’ ka hapa... haha...

Tapi Pak Long rasa Anwar tak patut la marah dan terasa hati ngan budak Asri tuh... Memang dah perangai dia camtu. Dia tegoq apa yang dia rasa nak tegoq, dia bukan peduli hangpa suka ka dak. Lagi pun Anwar oii, tu pendapat dia, mungkin rakyat berpendapat lagu lain... Pak Long percaya, ni pendapat peribadi dia yang dia tuju teruih pi kat orang orang lapok politik dari pandangan dia... hihi...

Awat Anwar, terasa ker... haha... jaga la anak buah hang tu bagi elok kelaku sikit Anwar oii... Pemimpin yang tak nampak boleh pimpin anak anak buah dia tu la yang si Asri sifatkan bagai 'dinasour' tuh... haha... tapi dinasour tu kan ka unik dan antik.. bangga apa jadi dinasour... wakaka...

Lagi pun stetmen dia tu bukan tertumpu kat sesorang tu saja... semua sekali la 'dinasour' politik Malaysia yang kurang relevan ngan situasi politik semasa. Ek.. elllee... hangpa kata kat Mahathir dulu ni lagi la terok.. wakaka... ngan Pak Long, Mak Long hang pun turut sama... haha...

Wassalam...

Wednesday, November 10, 2010

Jom sekodeng

10 juta komen
Salam semua...

Kalau ikut Mak Long hang, dia nak suruh Pak Long buat tak tau saja kat Anwar tu. Bukan marah pasai apa sangat tapi si Anwar tu ketegaq... keraih kepala. Nasihat orang tua tua bukannya nak dengaq sangat. Tu la yang kata hati Pak Long ni penuh taman tu... bila dok ingat ingat balik, kalau tak kerana ketegaq dia, kalau tak kerana keraih kepalanya dia... hangpa ingat senang ka nak jadi ketua rumah... haha... tambah tambah rumah tangga yang tengah dok berselerak camtu...

Sekampung tau rumah tangga Anwar ni tak pernah aman. Anak pinak dia berlambak dah yang lari dari rumah, siap ngan bertobat lahum, putuih sedara dunia akhirat ngan dia pun dah ada... haha... Ni yang kita kata Anwar tak makan nasihat orang tua tua ni. Pak Long pun dah pesan, Mak Long hang pun dah saran... sampah sarap yang dok mai tu bukan semua boleh kitaq semula. Kena pilih tengok dulu, jangan dok ingat dahi berkilat saja hang dah kira berjenih. Tapi dia ni jenih pemurah tak kena gaya. Sa kata boleh penaik nama saja, dia gabuih tak peduli jenih sampah dah... ini la padahnya...

Ca hangpa tengok budak Zaid ni pulak. Melalak sakan, bukan berdepan tapi seronok depan wartawan. Ini yang payahnya, kalau ngan Mak Long hang, dah lama dia tibai ngan penyangkut baju. Cerdik tak boleh tumpang ni susah laa...

Sepatutnya, hangpa sebagai ahli, kena la bagai sanak sedara... bergerak la dalam satu pasukan. Jangan dok selak kain bagi kat musuh sekodeng kaler juboq hangpa. Hangpa boleh cakap apa pun yang hangpa nak, tapi ada akai kena pakai...  takkan seronok tengok rumah sendiri berkecai dapoq kot, lain la kalau hang pun nak lari dari rumah macam ngan Ezam and the gang tuh... haha...

Pak Long geli sikit la, bila bab bab rumah tangga ni pi selak kat orang merata. Hang tak puaih hati pasai bahagi lauk goreng saja, hentam Anwar tak layak jadi bapak. Pelik la jugak, masa mesyuarat nak masak makan hang hilang... haha...

Cakap senang la Zaid oii, nak buat tu susah. Bukan semua layak digelar pejuang seindah dan segagah kata kata depan kamera. Mungkin jiran Pak Long si Tian Chua tu boleh cerita sikit kot, menatang apa perjuangan tu... haha...

Wassalam...

Monday, November 08, 2010

Bunyi apa tu...

9 juta komen
Sumpah... ni bukan muka Anwar masa letupan tuh...

Salam semua...

Kuat, memang kuat sungguh, kalah letusan gunung Merapi tu haa... ayam itik Mak Long hang berteraboq lari tinggai teloq... teloq depa la tertinggai dalam reban... haha... Lembu lembu Pak Long berselerak pacak ekoq, tak dan nak bagi minum ayaq... Pak Long ngan Mak Long hang dok lawan perati hang aku, tak tau hujung pangkai.

Pak Long dok perati kut belah rumah Najib, tak dak apa tanda tanda meletup pun. Kot la tengok sesapa terpelanting keluaq tingkap ka... haha... Rupa rupanya kabinet dapoq rumah Anwar yang pecah berderai. Apa hal ni...

Tu laa, Mak Long hang dok pesan dah kat dia. Kita ni kena jaga kebersihan, kena disiplin kalau nakkan keselamatan, terutama sekali kat dapoq rumah kita sendiri. Pinggan mangkok tu kena letak susun bagi betoi, tak boleh dok biaq berteraboq tak basuh, nak makan masa mana pun tak kalut. Lantai tu pulak kena dok mop bagi kerap, tak boleh dok biaq berdanoq, baru tak terlentang tanpa sebab... Periuk panaih jangan dok gatai letak ataih tong gas, padah dia reban dapoq la meletup... haha...

Pisau garpu, letak tempat tinggi jangan bagi budak capai, tak la risau orang salah guna. Asam, cabai, kunyit dan lain lain eloknya label, baru la Zaid ka atau si Azmin tu ka tau menatang apa depa cari. Kena buat housekeeping selalu, yang tak pakai tauk luaq, yang pakai simpan elok elok. Takkan Anwar tak tau kot, yang mana boleh pakai buang, yang mana boleh pakai tak boleh buang buang... haha...

Dah besaq panjang pun nak kena ajaq dan jaga macam budak budak, susah la lagu ni... tok sah jadi orang la pepayah sangat pun...

Wassalam...

Sunday, November 07, 2010

Coli bik mama

10 juta komen
Nak buat camana... dah ternampak coli bik mama... haha...

Salam semua...

Mak Long hang pun nak masuk syurga,
Cerita bab PKR cari tambah dosa... haha...

Pak Long pun dengaq banyak jugak,
Pelan sari pelan semak.
Lebih baik dok diam saja,
Kami ni pun bukan parti mana mana...

Tapi rugi la kan...
Baik baik ada ranting berpaut, habih depa cantaih buat taut.
Lukisan dulu punya indah, la ni pudaq nak punah.
Bukan pasai benci, tapi ternampak lendiaq geli.

Anwar jangan terkejut, tengok Pak Long macam hanyut.
Bukan sakit kena kencing tapi dah tak tahan bau hancing.

Wassalam...

Saturday, November 06, 2010

Kaldai

4 juta komen
Salam semua...

Dah dekat seminggu dah ni, makan minum pun tak ketahuan hala dah. Tengok la hari ni, Pak Long makan nasik ngan tokyu saja. Yang Mak Long hang dok bengkak tak habih lagi, Pas kalah pilihanraya, Pak Long yang teruk kena dera.

Mak Long hang kata, kalau dah kaldai tu kaldai jugak, tok sah dok boh la cap apa pun...

Hujan renyai renyai,
Balun nasik depan pintu,
Biaq Mak Long hang berhati lunyai,
Tiga pinggan jugak Pak Long sapu...

Wassalam...

Musim bah

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long tumpang simpati jugak la dengan keadaan sedara kita di Kedah, Perlis dan Kelantan yang diuji Allah dengan bah besaq, ikut kata Mak Long hang yang terburuk dalam 100 tahun tu. Lagi terkejut bila dengaq pekan Aloq Setaq pun dah koi koi 'tenggelam'.

Time Pak Long memuda belia dulu ni, musim bah ni kira time buat duit la. Berjenih jenih ikan darat melimpah ruah, durian runtuh tu... modai dia jala ngan kudrat saja, berpuloh ringgit sari punya pendapatan. Tapi tengok cara banjir jugak la, kalau dah sampai rumah pun boleh hanyut... jangan dok gagah pi cari penyakit menjala kat tali ayaq.

Sib baik la Pak Long ni baguih dan budiman. Pak Long tak bercampoq ngan bebudak jahat yang suka sakat bebudak pompuan yang dok randuk ayaq... haha... tak percaya hangpa tanya Mak Long hang...

Buat bebudak tu beringat la, ni bukan pesta suka suka. Tak kena gaya boleh bawak maut. Sebab kita bukan tau apa yang ada dalam ayaq bah yang laju tu... parit dan longkang dah jadi lebih dalam dari biasa. Penyakit bawaan ayaq pun banyak, mak bapak tu kena jugak lebihkan tumpuan kat anak anak. Ikut arahan pihak berkosa. Jangan dok memandai sendiri, nak buat ikut suka hangpa...

Lagi satu Pak Long suka ingatkan, jom la pakat pakat kita bermuhasabah diri. Tuhan bagi peringatan ni kerap sangat dah, kita ni yang selalu sangat bebai tak dengaq kata. Benda benda yang terjadi sekeliling kita ni adalah sebagai peringatan bagi sesapa yang mau belajaq... banyak sangat yang Tuhan tunjukkan, tapi besa la ianya hanya nampak bagi sesapa yang nak tengok... kalau yang tak mau nak tengok, sampai ke mampuih pun tak nampak nampak... wallahuaklam...

Wassalam...

Friday, November 05, 2010

Mak Long hang sedih

9 juta komen
Ayah hang... boh gambaq lain boleh dak... semak la tengok?

Salam semua...

Hodoh sungguh laa kelaku Mak Long hang ni, bersedih pun agak agak la. Pas dah kalah dah, kita ni jangan dok beralah. Kalau murung pun, takkan nak berkurung saja dalam rumah... Ah Seng mati bini pun tak berkabung sampai camni. Yang baju silat Pak Long dah tiga hari rendam, sapa nak basuh. Tengahari ni teringin nak baham ayam golek, sapa yang nak golekkan... hadoiih... Tu tak campoq ayam itik yang tak bagi makan lagi nu...

"Kalau Pas tak masuk lawan ari tu, tentu tak kalah... kan?

"Halaahh... sudah la mak hang oii... ada hikmah jugak tu..."

"Duit zakat bagi masa lepaih pilihanraya tak boleh ka ayah hang?

"Ishh... sudah tu sudah laa... jom kita pekena cendoi pulut kepala simpang nu... jom..."

 Beskal tua Pak Long jugak la yang jadi mangsa nih... hihi...

Wassalam...

Sakit kena campak luaq

2 juta komen
Salam semua...

Hari tu nak buboq gandum, la ni nak apa pulak... hadoiihh... letih la camni...

Dah berapa kali dah Pak Long dok pesan, tapi Najib ni ketegaq... Mandi kena bagi rajin, jangan main hujan. Ni ka, pantang ada pesta banjir, sampai la dia tu. Hang nak pi menyemak orang randuk ayaq bah tu buat hapa... Ni la padah dia bila tak dengaq kata orang tua, tak pasai pasai kena masuk hospital...

Jangan jangan hang pun sakit terkejut jugak...

Pas terkejut tak pa la jugak dah depa yang kalah, hang pun terkejut jugak... hihi... tengok la sapa yang jadi Piem... yeahhh... Pas kalau Piemnya pompuan memang depa beralah sikit... hihi...

Tak pa la Jib oii, hang dok la berapa lama hang mau, yang lain tu biaq si Mah tu yang uruskan... hihi...

Wassalam...

Thursday, November 04, 2010

Lebih hebat dari Nik Aziz

7 juta komen
Salam semua...

Semua kita ni hamba pada Tuhan. Semua kita dicipta dengan segala kekurangan. Nik Aziz pun camtu la jugak, manusia besa. Pak Long ngan Mak Long hang ni telah laa... salah berlambak lambak...

Tapi sama sama kita ni tak payah la dok maki hang aku semata mata nak perbetoi persepsi orang kata kita ni betoi dan mangkuk tu salah... hihi...

Tentu orang yang begitu hebat dalam bab bab maki hamun ni lebih hebat dari Nik Aziz yerr... hihi... Lebih hebat lagi mungkin disebabkan maki dia jugak la BN menang... tahniah laa buat maki hamun pasai menang PRK Galas... haha...

Wassalam...

Wednesday, November 03, 2010

Cara layan bini...

2 juta komen
Salam semua...

Saja laa Pak Long nak boh video lama dari koleksi Pak Long yang Mak Long hang tak dan tengok lagi pun ni... bukan sesaja Pak Long nak sorokkan dari Mak Long hang, tak gamak laa Pak Long nak tunjuk kat dia video nih... hihi... takut makan tak lalu, risau dia... haha...

video 
Errr... tolong jangan pitnah ya, ini bukan lakonan Rosmah...

Pak Long tak suruh pun hangpa layan bini hangpa camtu, Pak Long tak kelapaq nak bertanggungjawab haaihh, kalau la ada sesapa yang gatai sangat nak ikut cara cara layan bini camni... haha... Tengok bini la jugak, nampak sangat la hangpa tak bersyukur kalau dah baguih dan comei macam Mak Long hang tu... huh...

Oh yaa... aksi ni hanya layak untuk flat tingkat 12 dan keatas saja ya... sekian...

Wassalam...

Kasih sayang

4 juta komen
Salam semua...

Hidup ni sementara. Kita tak pernah dijanjikan Allah s.w.t untuk hidup menongkat langit. Semua yang bersifat baharu ni akan sampai pada akhirannya. Hidup yang sementara di dunia ni eloknya kita penuhi dengan berkasih sayang, manafaatkan dengan sebaiknya dengan menjadikan diri sebagai anggota masyarakat yang baik. Salah ka kita jadik orang baik... haha...

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabrani:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Sebagai sorang individu muslim, kita amat digalakkan berkasih sayang antara satu sama lain. Bukan saja pada sesama manusia tapi juga pada semua makhluk ciptaan dan anugerah Allah s.w.t yang berada disekeliling kita. Layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Ketenangan tu lah secara semulajadinya amat diperlukan insan. Dan ketenangan itu hanya boleh diperolehi dengan berkasih sayang. Oleh itu Islam amat menitikkan beratkan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan jugak kehidupan bermasyarakat.

Dunia yang laju dan sibuk menyebabkan kasih sayang ditendang jauh. Kurangnya kasih sayang ni la merupakan satu dari punca perpecahan yang ada. Menjadi tanggungjawab setiap dari kita untuk kembalikan kasih dan sayang ni kedalam diri setiap dari kita. Kita pasti akan merasa nikmat yang tak terhingga sekiranya kita meletakkan kasih sayang ditempat yang sewajarnya.

Kasih sayang ni perlu dicipta dan dicari. Ia boleh saja terhasil dengan ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manih dan bersopan. Sentuhan sentuhan yang lemah lembut, pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

Jom la kita sama sama mencari kasih sayang ni demi keredhaan Allah s.w.t...

Wassalam...

Tuesday, November 02, 2010

Selamatkan diri

4 juta komen
Salam semua...

Sebagai sorang Islam, kita kena percaya dengan alam ghaib. Ghaib ni benda yang tak nampak, payah la sikit kita nak bagi orang percaya benda yang tak nampak.

Hihi... bayangkan benda yang terbentang depan mata macam rasuah kat Galas nu pun SPR buat buat tak nampak, tambah lagi la alam ghaib ni... hihi... Alam alam ghaib ni termasuk la jin-jin dan hantu setan. Pak Long sebenaqnya tak berapa tau pasai hantu, Pak Long tak kawan pun ngan hantu setan ni, pasai depa ni takkan berkawan punya ngan orang yang lebih gerun dari hantu... haha...

Tapi setahu Pak Long, hantu hantu ni tergolong dalam kelompok jin. Suka Pak Long nak ingatkan, semua dari kita termasuk lah jin-jin dan setan ni adalah jugak hamba Tuhan. Tak kira la jin yang suka sorok orang atau orang yang suka sorok jin. Tuhan jadikan kita dengan bersebab yakni memuji akan diriNya.

Alam ghaib ni memang seronok untuk kita teroka, maklum saja la benda yang tak nampak dan menjadi mistik bagi ramai orang. Kita cerita mcamana pun jadi asyik bagi yang percaya dan yang teringin nak tau. Betoi tak betoi, belakang kira. Tapi dik terlampau gatai nak singkap rahsia jin dan hantu, minda masyarakat jadi tersekat, kepala ummat dah tumbuh kulat. Pak Long dok tengok la ni, masyarakat secara tak sedaq dah pun dibiaqkan hanyut dengan perkara yang kurang berfaedah malah boleh menjejaskan akidah ummat.

Bila Islam bertapak banyak kepercayaan tahyul dan khurafat yang terbuang dengan sendirinya dari masyarakat. Pemujaan pemujaan karut pada keramat dan semangat sesuatu benda banyak dah dipandang jijik. Penggantungan kita jugak ditetapkan hanya pada yang Esa kerana itu saja ajaran agama.

Dunia makin moden, sepatutnya kepahaman kita terhadap Islam lebih maju seiring dengan kemodenan dunia. Tapi anehnya, masyarakat moden kita dicipta supaya lemaih dalam dunia moden ini. Tivi yang besaq besaq membawa kita pada khurafat yang lebih besaq. Anak anak diajar lebih mengenali hantu dari Tuhannya. Filem dan drama tivi lebih suka menyuburkan kembali tahyul yang Islam larang. Akhbar arus perdana lebih suka sensasikan berita khurafat demi melariskan jualan.

Mungkin kita tak sedaq atau lupa nak percaya, sebenaqnya kepercayaan pada tahyul dan khurafat ni adalah lambang pada kemunduran atau lebih tepat sebagai tak bertamadun. Tak mundur mai mana bila kerap sangat kepala kita diasak dengan sejadah sembahyang. Nak tamadun mai kot mana kalau dah minda kita diasak dengan orang mati jadi ikan kaloi...

Yang sudah tu sudah laa, selamatkan lah akidah diri dan keluarga kita dari benda benda yang boleh menjauhkan kita dari Maha Pencipta...

Wassalam...

Sejuk panaih

4 juta komen
Salam semua....

La ni musim hujan, hari hari di sidai hujan. Senaman pagi kena buat malam pasai sejuk gedi ke tulang hitam. Yang motong getah golek kepala, hasil bulan lepaih pun tak seberapa. Yang kerja gomen senyum suka, lambat sikit pi kerja pun tak pa... Yang kerja kilang tak leh leka, ribut topan pun kena redah juga...

Ada orang rasa, lagi sejuk lagi depa suka, tidoq lena... Tapi jangan lupa ada yang berdukacita, pejam mata masih dok jaga. Tempat kita nyaman belum tentu tempat lain aman.

Yang meletusnya di sini...

Tapi panaihnya pulak sampai ke sini... hihi...

Tapi, apa hal pulak ni... buat bagi orang sakit hati... hihi...

Wassalam...

Monday, November 01, 2010

Buboq gandum

2 juta komen
 
Salam semua...

Kalau la diikutkan hati Pak Long yang marah ni, nak tengok muka dia pun tak kelapaq. Masa dia senang, Pak Long ni tak dipandang langsung, Mak Long hang lagi la dia meluat. Kita ni pukui kaki tengah panaih balik surau, haram haiih nak pelawa naik keta dia hantaq balik. Mentang mentang la bini dia tu besaq...

Tapi ingat ingat balik, kesian jugak la Pak Long ngan si Najib ni. Sekali sekali tengok macam budak terencat akai pun ada. Tak terencat mai mana dah dok kena buli ngan bini... hihi... Lebih lebih lagi la kesiannya Pak Long bila dengaq dia tak berapa sihat kena cacar Vietnam. Nak bercakap pun tak larat dah, main sms saja mintak buboq gandum Mak Long hang tadi nih... tak pepasal Pak Long pulak jadi budak despatch hantaq buboq gandum. Jangan disuruh Pak Long tolong suap sudah...

Herannya Pak Long, bini dia ada taroh buat hapa... sampai nak masak buboq gandum pun tak reti ka... hadoiiihh... errr... cacar ni boleh bawak mati ka... haha...

Okey lah, Pak Long nak belah dah nih... takut lokoih kena hujan plak...

Wassalam...

Leptop

12 juta komen
Salam semua...

Dua hari dua malam dah Pak Long jadi macam orang gila bayang, melilau satu rumah cari leptop, ingatkan jin dah bawak lari. Ni kalau Pak Long habaq kat hangpa, mampuih hangpa nak percaya. Mak Long hang pi sorok leptop Pak Long dalam tong beraih. Pak Long ni dah sampai tahap nak pi jumpak Harun Din dah nak suruh menengok.

Bukan salah besaq pun, Pak Long yang bersopan santun ni terkantoi ngan Mak Long hang pasai termasuk baca blog budak Isa tuh... haha... Mak Long hang tak suka budak Isa tu pasai mulut dia jelabaih. Takut ngan... kot kot la Pak Long tergoda ngan cara Isa ajaq orang Melayu berpikiaq... haha...

Tapi tu la... kadang kadang bangsa kita ni kena kasaq sikit untuk jadikan depa ni baik, kena kejam macam tentera Jepun dulu baru Melayu boleh jadi kreatif. Pandai pulak nak pelbagaikan ubi kayu sebagai bahan makanan asas. Mungkin dah sifat orang Melayu camtu. Sebab tu jugak la, pemimpin pemimpin dulu ni kita dengaq kejam dan kasaq. Siap dengan bela team kaki pukui lagi, ajaq orang Melayu kerja cari makan untuk bayaq cukai... haha...

Okey la kot, cerita lelebih pasai tentera Jepun pun nanti banyak orang orang tua yang makikan Pak Long pulak... hihi... Mak Long hang pun dah dok jelin jelin dah nuu... kang dia tukaq password pulak, jem...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails