Thursday, December 30, 2010

Memang Pak Long kisah

4 juta komen
Pungut hasil tuaian ditempat lawan ni manih ooo...

Salam semua...

Semalam dekat satu kampung Pak Long pusing, bawak Mak Long hang naik beskal cari tivi. Sib baik kedai hj Karim bukak lagi... haha...

Tapi nak buat camana, saiz Mak Long hang punya pasai, pagi ni tak boleh senaman... sakit pinggang woii... tapi tu la, kalau ingat ingat balik kira berbaloi la jugak ngan susah payah, jerit perih dan penat lelah Pak Long melilau cari tivi nak tengok bola... perghh... kira berjasa besaq jugak la Pak Long semalam nih... hihi...

Jadi hari ni dengan hanya bertemankan cucok kodoq cicah gulai, berkain pelikat dan baju pagoda... timbui pulak ghairah Pak Long nak ucap tahniah pada tim budak budak bolasepak kita yang benamkan ego Indonesia dengan agregat 4 - 2... haha... padan muka depa... Pak Long boleh nampak tengok la kesungguhan hangpa main tuu... Mak Long hang yang selalu puji Man U pun terkedu tengok hangpa punya game... cayalah... kira terbaik la stendet Asia... pesanan pada sultan bola, Pak Long rasa hangpa dah jumpak dah kot lorong yang sesuai nak gilapkan bolasepak tempatan... cuma jaga makan minum bebudak tu sama, takut terlebih makan mudarat diri... hihi...

Tapi dalam bebanyak pemain, Pak Long berkenan betoi ngan budak Khairul yang jaga gawang negara dengan penuh budiman, cool dan bergaya... sebijik macam Pak Long dedulu... Cumanya Pak Long tak hepi sikit pasai Mak Long hang pun mintak cuti dari memasak esok, ikut Najib... addehhh...

Wassalam...

Wednesday, December 29, 2010

Banyak angka payah nak kira

6 juta komen
Sib baik RM5,700 saja, mengkalu banyak angka mana reti nak kira...

Salam semua...

Pak Long dulu ni mengaji takat sekolah atap satu tingkat saja, Mak Long hang tinggi sikit... sekolah arab dua tingkat, tu pun ataih madrasah saja... haha... sebab tu kalau nak dikira dari segi kelulusan, huh... kira hampaih la... jangan dok heran pulak, stendet la tu cara orang kampung.

Sebab tu sampai ke hari ni, cita cita Pak Long nak jadi angkasawan tak tercapai. Sib baik belah mentua tak tuntut semua tu, dah habaq satu kampung bakal angkasawan masuk meminang anak depa... haha... Gagal pun bukan pasai apa sangat, ilmu hisab tak fasih, bintang dilangit pun kira tak habih...

Hari ni baru Pak Long tau rupanya kalau tak pandai kira pun boleh dapat kerja tinggi, tangkap orang sana sini... siap ngan boleh dakwa dakwi lagi... hihi... Duit kalau dah berbilion bilion ringgit, tiga hari tiga malam pun Pak Long tak terkira... sebab tu Pak Long tak heran kalau orang kita yang berkosa ataih sana tak tangkap jenayah yang libatkan banyak angka, ratuih ratuih juta boleh juling bijik mata nak kira ooo... kita tangkap yang kecik kecik sudah, nak kira duit tak susah... haha...

Ca hangpa tengok foto dari Asman Ibrahim tuh, dia ni pengurus kanan kat PDC, nama dia K Baskaran, 53... kena dakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown hari ni ataih tuduhan buat tuntutan palsu RM5,700 pada 2006... haha... dia balaih nak beli baju sekolah anak kot yang hangpa pi pekena dia nih, kesian kat dia tak dan nak pencen... hadoiihh... dah habih dah kot noo, salah yang besaq besaq kat negara kita ni... hihi...

Mak Long hang menjahit sikit campoq ngan juai teloq ayam saja pun dah dekat nak lebih dari tuh dah sebulan... hihi...

Wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Jalan ataih angin

2 juta komen
Arsenal botoikan Chelsea 3 - 1... addehh...

Salam semua...

Tenteram betoi pepagi ni, nyaman sungguh suasana alam... haha...

Ada Pak Long peduli kedai haji Karim sunyi gedi... sapa suruh sokong Chelsea... hihi... ada Pak Long peduli Mak Long hang buat muka lagi... yang penting Pak Long hepi... haha...

Pak Long...!! Pak Long terasa muda sikit pagi ni, rasa macam ngan jalan ataih angin... haha... mendada hidung tunjuk langit...

p/s: ya ampoon yerk sultan bola... tunggu Malaysia menang AFF kot baru Pak Long sembang pasai bola Malaysia plak... kah... kah...

Wassalam...

Monday, December 27, 2010

Hikmah minyak naik

6 juta komen
Mak Long hang tak kelapaq naik menatang nih...

Salam semua...

Dunia ni hanya pinjaman sementara kita hidup saja dan kita pulak bukan hidup nak tongkat langit selama lamanya. Sampai masa kita jalan jua... haha... Apa jugak yang kita jumpak semasa hayat kita, jangan pikiaq kot belah 'tak boleh', pikiaq kot belah yang boleh... kalau kepala dok pikiaq belah 'tak boleh' saja... sampai ke mampuih pun dok 'tak boleh' jugak laa... haha... amacam Pak Long punya mukaddimah... haha...

Sebab tu bila Mak Long hang 'naik minyak' masa harga 'minyak naik', Pak Long nasihatkan dia kot belah baik dan positif, pikiaq apa yang boleh dan jangan dok ingat yang tak boleh... ni la Pak Long nak ajak hangpa semua berpikiaq secara positif. Jangan dok ingat tak elok kat Najib, tau la Rosmah tu kaki shopping tapi takkan dia saja saja nak naikkan harga minyak pasai tu kot... jangan dok ingat kot belah tak elok, tak baik tuu... berdosa, macamana nak masuk syurga...

Ada hikmahnya harga minyak naik ni, kalau kita ingat ingatkan, pikiaq pulak secara ilmiah dan hadamkan betoi betoi, tentu kita takkan 'naik minyak'... haha...

Hikmah terbesaq yang Pak Long boleh nampak ialah anak anak Pak Long dah jarang balik rumah jengok Mak Long hang. Kalau dulu depa balik semata mata nak hantaq mee rebuih saja, la ni dak dah... tunggu raya la kot kot boleh jumpak. Rindu cendoi pulut Mak Long hang pun depa dah letak sebelah pasai nak jimat duit minyak. Ini la baguihnya, bila anak anak Pak Long tak balik, keta ataih jalanraya akan kurang... jalan pun jadi lengang, bawak keta jadi tak semak... kemalangan pun tak dak. Rindu? hekellehh... dah tua tua ni rindu apanya...

Duit yang anak anak huloq pun akan jadi kurang... ini baguih, nak mengelakkan Pak Long dan Mak Long hang dok saja, lena ataih duit... sebab tu bila anak anak tak huloq duit pasai nak jimat, kita kena kata terima kasih, jangan dok maki hamun depa... Sebabnya, kajian sains mendapati orang yang dok saja tak dak keja, akan lagi cepat tua dan penyakit pun beratoq mai kat kita... haha... lagi satu, kita akan jadi lebih kreatif dalam hidup. Ca tengok, Pak Long mungkin akan kacukkan lembu Pak Long ngan gajah supaya lebih isi nanti... Mak Long hang mungkin akan hasilkan ubi kayu ber'ubi' sampai ke pucuk, produktiviti tuhh... haha...

Lagi satu hikmah yang Pak Long tengokkan ialah kesannya atau gelombang yang terhasil dari tindakan bijak kerajaan Najib ni. Minyak naik saja... semua harga barangan lain akan turut naik sama. Ini yang baguihnya, sebab bila harga barangan dah mahai, kita kena ikat perut, berjimat cermat. Takkan ada lagi orang Malaysia yang ber'isi lebih', gemuk macam... errr... ehem... ehem... Semua orang akan jadi slim dan cantik, ini sebenaqnya serampang dua mata dari kerajaan Najib tu... inginkan orang yang cantik cantik saja... hihi...

Bila harga barangan lain turut mahai, kedai kedai makan waktu malam pun akan kurang orang. Ikatan kekeluargaan pun jadi erat, pasai satu keluarga perut kena ikat. Sama sama menahan lapar, ajaq anak bini berzikir ingat Tuhan dirumah dari berpeleseran dan ber'karaoke' ngan mak Indon... kan ka baguih camtu...

Lagi pun, 100 tingkat menara warisan tu nak naik camana kalau tak duit minyak ni tolong naikkan... hekelleh... macam la tak tau pulak... Ishh... Mak Long hang nak naik minyak lagi ka? tak larat la nak cerita lelebih cam ni...

Wassalam...

Saturday, December 25, 2010

Padan ngan muka hangpa

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni bukan jenih suka melepak kedai mamak, bukan pasai Mak Long hang sakit hati... saja Pak Long rasa geli.... hihi... Tapi bila ada cerita roti canai ngan teh tarik nak naik harga... kawan Pak Long si Muthu dah mula berbulu... Pak Long tengok muka dia dah macam koboi sakit dah...

Dia tak puaih hati sungguh pasai kaum India yang minoriti ni jugak la yang selalu kena kencin. Apa yang puak India suka, naik harga... apa yang puak India makan, kena tekan... Pak Long tak mau la tegoq time tu walau tak berapa nak setuju, takut pulak dia jadi histeria... haha... susah anak bini dia...

Petrol yang naik baru ni, semua bangsa sakit kepala... ges masak naik mencanak, semua kaum macam nak meletup... gula naik lagi, semua orang maki maki termasuk la Lucy... hihi... Roti canai ngan teh tarik ni bukan puak India saja yang balun, dah jadi antarabangsa dah... kalau dah naik tu, semua pakat pakat kena rasa laa... haha... padan ngan muka hangpa... Ada pokok pisang, tebang habih buat kondo... mana nak mai cucoq kodok dah... ada pokok ubi, tebaih habih buat pasaraya... mana nak cari dah lepat ubi kayu... addehhh... meleleh ayaq lioq pulak dah...

Hmm... semalam Pak Long tengok rumah si Lucy tu gelap gelemat... tak dak langsung lampu lip lap... macam tak percaya dia tak sambut krismas pasai sakit hati... hihi... okey lah... nak pi hantaq cucoq kodok cicah gulai kat Lucy sat... Sambil sambil tu boleh la ucapkan selamat hari Natal kat Lucy dan semua pembaca blog Pak Long yang beragama kristian... dengan ucapan, selamat bergembira disamping barang naik harga... haha... padan ngan muka hangpa...

Wassalam,...

Thursday, December 23, 2010

Syoknya jadi maju

2 juta komen
Salam semua...

Amboii... ranggi sungguh Pak Long tengok roket nuklear India berdesup naik tumbuk langit...

Tentu ramai pegawai yang sengeh ego dapat tepukan belakang dari gomen depa... hihi... tentu ramai rakyat yang berkorban sanggup hidup susah pasai nak jayakan projek nuklear ni... haha... tentu rakyat depa bangga lebih banyak lagi kemusnahan yang boleh depa cipta pada alam semesta... wakaka... serupa la alam ni hak mak bapak depa yang punya... syoknya jadi maju...

Bayangkan satu hari nanti dalam tahun 2015, Pak Long kena langut sampai senget kopiah tengok roket kita pulak naik tumbuk langit...

Tentu menteri sains kita sengeh ego dapat tepukan belakang dari Najib... hihi... tentu ramai orang cam Mak Long hang yang sanggup berkorban tanam ubi kayu dalam pasu bunga... haha... tentu Pak Long dan ramai lagi rakyat akan bangga tak dak dah padang ragut untuk lembu lembu Pak Long... wakaka... kita lupa alam ni bukan hak kita, tapi pinjaman dari anak anak cucu kita... syoknya jadi maju...

Ishh... sib baik la Pak Long tak tangankan Mak Long hang, buat malu kat Rosmah saja... ada ka pi tanya drebar roket tu dok tang mana... patut la puteri Umno dok mintak dia jadi ketua... chitt...

Wassalam...

Wednesday, December 22, 2010

Sabaq oii, sabaq

8 juta komen
Salam semua...

Orang lain rasa macamana tu Pak Long korang periksa la pulak, tapi Pak Long rasa dunia la ni kalut sungguh lah. Sibuk tak berlagu, rasa macam segala makneka laju. Kalau boleh time mandi pun nak sambil sambil pakai baju. Makan tok sah cakap la, dah macam kena ligan ngan hantu. Semuanya kena segera pasai kena ligan ngan masa, nak masuk kerja. Sampai lambat cari boss perambat... haha...

Tu la kot cabaran dan dugaan dunia moden ni. Dunia hangpa, cara dunia hangpa laa... Pak Long ngan Mak Long hang ni cam tu jugak laa... Celik saja mata, kita dah diterpa ngan dugaan... diserbu ngan cabaran. Walau sakit jiwa pasai barang naik harga... kena kayuh jugak la pi kedai Wa Mat cari barang masak makan. Larat ka Pak Long nak telan masak lemak pucuk ubi kayu saja hari hari, nak rasa jugak la nasi beriani atau spaghetti. Letih la Mak Long hang dok uli roti canai sendiri, nak jugak Mak Long hang rasa sekali sekala... ayam golek dalam kaca... haha...

Tapi kalau dah tak dak cabaran mana syok hidup. Kalau dah tak dak langsung dugaan mana boleh berseri dunia... hihi... kalau dah tak mau dugaan dan cabaran, tok sah dok hidup laa... haha... pa pun ambik yang positif, semua tu nak uji kesabaran kita saja sebagai insan... Kesabaran menahan marah... kesabaran dengan perangai manusia terutama sekali perangai Mak Long hang... hihi... kesabaran mencari ilmu... kesabaran menegakkan kebenaran... kesabaran mencari kekayaan... kesabaran mencari kebahagian... kesabaran mencari pasangan... ehem...

Disini lah nilai sebenar kesabaran kita di uji...

Allah s.w.t dah berpesan dalam surah Al Asr... supaya beringat ingat dan berpesan pesan sesama kita dengan kesabaran... Kita membaca sirah... kita menyelak sejarah... kita melihat banyak perkara yang benar telah berlaku didepan mata kita pun... Nabi Yusuf umpamanya, sabar walau difitnah... Nabi Ayub sabar diuji dengan kesengsaraan... Nabi Muhammad s.a.w, sabar dengan kaum Quraisy dan berhijrah pulak ke Madinah... Nabi Musa diuji supaya sabar dalam menuntut ilmu... kesudahannya sabar itu membuahkan hasil yang baik... sesuatu yang teramat indah... yang kita saja dapat rasai tanpa boleh di cerita kembali.

Pak Long cuma nak ingatkan saja... marah itu mudah! Kita mudah marah tanpa pikirkan akibatnya. Kekadang tu kita marah sampai guriskan hati orang lain, hilang kawan, dibenci dan kita di ketepi. Lebih parah kalau kita jadi hamba yang derhaka... marah hingga mempersoalkan qadar dan qada’ Allah.

Ingatlah, sabar itu terlalu indah! Hati kita akan lebih tenang, jiwa akan lebih tenteram. Sesungguhnya mengingati Allah dalam apa jua keadaan... akan memberikan ketenangan jiwa yang tidak terhingga... yakinlah kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak memungkiri janji janjinya...

Wassalam...

Monday, December 20, 2010

Risau jugak

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak berapa sihat sikit dalam dua tiga hari ni. Letih sangat, berat kepala... lenguh badan badan lepaih main putsal minggu lepaih. Naik histeria Mak Long hang tengok Pak Long pekena sekil Ronaldo... hihi... Anak anak buah Pak Long la tuh, pelekoh jugak jugak ajak Pak Long join. Lagipun besa laa, lama beralih umoq nih... enjin pulak dah lama. Nak overhaul lebih lebih pun bukannya ada spare part... haha...

Ni lah kali pertama Pak Long ber'putsal', sebelum ni dok dengaq nama saja... tapi minggu lepaih Pak Long join sama, naik riuh rendah sekampung... haha... Putsal ni baguih, boleh riadah cara keluarga. Eratkan mana mana yang tak ketat, tapi jangan dok terbawak bawak permusuhan sampai luaq padang sudah lah. Bagi Pak Long la, putsal ni tak boleh la nak pekena selalu. Boleh putuih urat kentut dibuatnya, lebih lebih lagi bila dah berumoq macam Pak Long nih... hihi...

Nampak ja padang kecik, tapi masyaallah... letih nak mampuih. Padang kecik makna kata bola jadi cepat, orang kena perah lebih kudrat, tak dak masa nak dok rehat, buat lidah terjelir sampai pusat... addehh...

Bebudak tu nak pekena Pak Long saja, depa dok tunggu nak gelak gulin gulin time Pak Long muntah hijau dalam padang. Sib baik la Pak Long ni jenih tak reti dok saja, 'well prepared' kata Mak Long hang... pepagi Pak Long nanti jalan jalan pusing kampung, kadang kadang saja lari bila anjing liaq ligan. Jadi kecergasan ada gak la, tak la macam sesetengah kutu tu, menongkoi macam tongkoi kayu... buat menyemak padang putsal...

Sebagai muslim, riadah tu amat penting... tak terjumpak lagi la dalam Islam kata riadah tu haram... jaga adab sopan agama, tak salah aaiihhhh... sebagai manusia pulak, kita berhak untuk beriadah, kesihatan diri akan terserlah, cergas badan dan minda, akai pun jadi jenuh... sebagai rakyat pada negara tercinta nih, beriadah ni menjadi amat amat relevan, lagi moden dunia... lagi banyak masa untuk beriadah kena luangkan... lagi maju negara kita... lagi banyak la tempat tempat beriadah ni kena ada... bukannya musnahkan...

Cumanya, Pak Long risau jugak la ngan kerjaaan Najib ngan Rosmah ni, dalam depa berniat baik pada negara, dalam pada depa berniat baik dengan rakyat... sedaq ka depa tu loji nuklear tak banyak membantu dan boleh membantutkan lagi kebajikan pada rakyat. Jangan tanya Amerika, depa mesti izin punya kita adakan janakuasa nuklear kita sendiri pasai kita kan ka kawan baik dengan Amerika. Jangan dok tebiang tanya Israel pasai depa pun akan sokong kita jadi kuasa nuklear dunia satu hari nanti pasai depa pun ikut nasihat Apco jugak, APCO tu kan ka anak pinak depa jugak.

Yang lagi risaukan Pak Long dan Mak Long hang ni, selamatkah tapak tapak riadah kita jika loji nuklear dibina oleh tangan tangan yang bina stadium runtuh... selamatkah anak anak bangsa kita hidup dalam dakapan tangan tangan yang membina loji nuklear dinegara yang berjiran dengan negara gempa bumi. Gamak ka Najib tengok Pak Long kena bela lembu bawah rumah pasai tak dak dah padang ragut. Gamak ka Rosmah tengok Mak Long hang tanam ubi kayu pakai pasu bunga... hilang akai ka hapa...

Wassalam...

Friday, December 17, 2010

Parlimen

4 juta komen
Salam semua...

Hangpa besa masuk ka dalam Parlimen nuu... ya la bangunan Parlimen, kononnya puncak demokrasi negara... Addehh... Pak Long ni tok sah kata nak masuk, tengok kot jauh pun tak pernah. Gambaq tu ada laa... hihi... tu pun belakang duit syiling lima kupang... la ni haram nak jumpak dah... haha...

Parlimen ni bagi Pak Long cukup asing, rasa jauh sangat... rasa tinggi sungguh... Pak Long sesekali rasa tu, mati hidup balik pun belum tentu Pak Long boleh pijak kaki kat dalam Parlimen... tok sah kata pijak kaki sebagai ahli dia, sebagai pelawat pun rasa gayat... haha...

Orang kampung macam Pak Long ni besa laa... rasa gayat tu bukan pasai takut tinggi, tapi hormat. Kena hormat ngan, kononnya tempat tertinggi demokrasi negara. Hormat pasai selama ni Pak Long di perkononkan katanya Parlimen ni tempat orang berilmu berhimpun... tempat wakil wakil pada rakyat berbincang dan berpakat. Parlimen ni kononnya tempat orang orang bijak pandai membela rakyat. Segala permasaalahan negara dan rakyat diperdebat secara berhemah, aturan aturan dia moden... secanggih dunia moden la ni...

Tapi betoi ka lagu tu... betoi ka apa yang diperkononkan kat Pak Long dan Mak Long hang nih...

Pak Long dengaq baru baru ni dah naik macam zoo negara pun ada dah, bunyi macam siamang lawan babun. Awat lagu tu, pasai apa jadi camtu. Dah habih dah ka orang bijak pandai dalam negara yang dok biaq kera kera bermaharajalela... Mana pi habih aturan mesyuarat sampai hilang teruih hak wakil pada rakyat...

Sedaq la sama, hangpa tu terpilih untuk masuk sana oleh rakyat jelata. Bukan suka suka, tapi dah rakyat lantik hangpa jadi wakil depa... tolong la jangan dok buat cempera... buang sat kepentingan diri dan parti. Ca hangpa bincang sama, Mak Long hang ni yang dok sakit kepala pikiaq ges masak yang naik harga. Ingat sama Pak Long hang ni yang masam kerot telan kopi hj Karim yang tawaq dan ceroi...

Yang tu pun nak suruh Pak Long hangpa ni tegoq jugak ka...

Wassalam...

Tuesday, December 14, 2010

Pakat pakat peringat

6 juta komen
Salam semua...

Besa la kan, hidup bermasyarakat ni memang kena dok berpesan hang aku, kena dok peringat anak cucu. Pak Long pesan kat Mak Long hang, Mak Long hang pulak pesan kat Pak Long... walaupun selalunya Pak Long buat tak heran ja pun... haha... Pak Long hari ni pun serupa jugak, nak peringatkan hangpa saja... kot kot la hangpa tu lupa... haha...

Kita ni hidup dok di tengah tengah masyarakat. Kita bukan hidup sorang sorang ataih puncak bukit, berkawan ngan kera, jebon, babun atau tenuk... kawan kawan kita manusia cam kita jugak laa... ada hati dan perasaan. Jadi, hangpa mau ka tak mau ka... suka tak suka ka... kita ni dah dilingkungi oleh orang ramai... laki bini, jantan pompuan dan tua muda... bila dah berkawan ngan orang ni mula laa... bermacam macam af'al yang Allah s.w.t anugerahkan kat depa... cuma manusia saja yang alpa, af'al depa tu Allah yang punya, tu yang habih tenggelam punca...

Bila dah ramai ni kena la pakat pakat dok jaga sama sama kita... tak boleh la dok buat saja apa yang hangpa suka, kena dok ingat sama orang orang disekeliling kita. Kita kena ingat, camana kita tengok orang... macam tu la jugak orang akan tengok kita. Kalau kita ngan orang lain tu amat baik, maknanya kita baik la ngan depa atau dengan kata lainnya... dalam hati kita ada taman, tak dak benci dan dendam atau marah yang tak boleh nak lepaih lepaih...

Kalau depa tak mengumpat, mengata kat belakang kita, tandanya kita amat hormati depa, selalu maafkan depa. Jadi kalau ada lagi orang dok mengata kat kita, paham paham ja laa... haha... Orang yang rajin maafkan kesalahan orang lain secara tak sedaqnya... satu aura akan berjangkit yang buatkan orang orang keliling kita jadi senang hati dengan kita. Tak la kita masuk pintu depan... depa celapak keluaq pintu belakang... haha...

Jadi pakat pakat la kita beringat, buat la perangai bagi elok sikit. Berperangai baik ni bukan kena duit pun, sebab kalau kita baik ngan orang, orang pun akan amat baik ngan kita. Sendiri kena jadi baik dulu untuk dapat kebaikan dari orang.... tapi mau dok ingat la pulak, bukan baik yang dilakonkan macam yang ramai dok belajaq dari orang politik nuu... haha...

Wassalam...

Monday, December 13, 2010

Undi la oii, undi laa... 21

10 juta komen
Salam semua...

Ni semua pasai Mak Long hang la nih... Pak Long yang tak ketahuan kepala ekoq pun pi ikut terlibat... haha... Mak Long hang la yang terhegeh hegeh, tunggin langgang heret Pak Long suruh join blog baru (2010) pilihan nih...

Memula tu rasa segan jugak kan... awat tak lagu tuu, rasa macam baru sangat Pak Long kenai dunia blog nih walaupun dah tua merga... rasa macam baru 2 minggu lepaih saja Pak Long belajaq pagut kibod komputer dah nak duga lautan dalam... hihi... rasa haluih sungguh kalau nak banding ngan blogger blogger lain, walaupun depa muda belia... rasa miskin sesangat tengok blog depa punya meriah... addehh... lip lap, lip lap...

Main ngan takut kena tidoq luaq, Pak Long pun join jugak laa... berseta izinNya dan berkat doa Mak Long hang jugak kot... tup tup terlekat... dok senarai nombot 21 pulak tuhh... haha... bagi Pak Long yang dok hijau dalam dunia blog ni laa, tersenarai pun dah kira menang dah...

Sejak join BPM nih... blog Pak Long dapat banyak follower baru, terima kasih lahh... Pak Long pun tengok banyak blogger yang dah mula kempen, nak popularkan blog depa sejak hari pertama depa join lagi, yang Pak Long dok lip pok, lip pok... tak tau nak buat apa... haha... addehh... camana nak menang nih... hihi... Lama beralih umoq ni lagu ni laa... slow sikit... hihi...

Dan hari ni BPM dah buka untuk undi sebenaq peringkat pertama... buat pembaca blog Pak Long nih... hihi... sudi sudikan la gataikan tangan hangpa undi Pak Long nombot 21 tuh yerk... kot kot laa kan, rezeki Mak Long hang nak gelemor... haha...

Upah? Mai la rumah kalau nak pekena cendoi pulut Mak Long hang semangkok dua...

Wassalam...

Gulai keli, ubi kemili

6 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah dengan izinNya... dan berkat kesabaran laki mithali macam Pak Long nih berserta petua petua dan doa anak anak semua... Mak Long hang dah tak cherry-berry dah (pinjam kata kata Helli... hihi...) Dah pandai berletiaq dengan lancaq dah hari ni... Anyway, Pak Long dah maafkan hj jamaludin pasai kata Pak Long ni kedekut taik idung masin...

Dua hari Mak Long hang terkelepek, dua hari jugak la Pak Long makan megi kembang. Pak Long ni punya la teringin nak pekena gulai keli rampai ngan ubi kemili. Tap... tap... meleleh ayaq lioq... ikan dok jadi ikan lagi... dah Mak Long hang kena cherry-berry... haha... Ikan keli yang Pak Long kurung dalam tempayan kat dapoq tu, Pak Long dapat masa menjala time hujan lebat dua hari lepaih... Ikan keli bendang ni lain sangat ngan keli bela. Dia sihat dan slim, kejap isi... manih rasanya... Tak lembik, tak berlemak dan tak bau selut macam ngan keli bela... Keli bendang ni tak main la makan perut perut ayam tuh... kolestrol... haha... Keli bendang ni mau pekena pulak ngan rempah giling, rampai ngan timun atau kemili, taboq daun kesum sikit... pergghhh... bab gulai ikan darat ni, janda Limah kena menuntut kat Mak Long hang laa...

Addehh... berasa macam dah dok dimulut dah nih...

Dalam bebanyak bini, Mak Long hang la yang Pak Long sayang sangat pun... bab masak makan terer... patut pun badan dia bulat, tapi tak la gemok sangat punn.. 84 kilo saja... malam malam, Mak Long hang la yang dok dokong Pak Long masuk bilik... haha... psstt... bab ni kena slow sikit, hj jamaludin jeles... hihi...

Okey lah dulu, nanti Pak Long cerita lagi... nak kena kupaih nyok ngan gilin rempah pulak dulu nih... harap Mak Long hang, pakai mati lemaih la keli tuu...

Wassalam...

Saturday, December 11, 2010

Cirit birit

10 juta komen
Sumpah... ni bukan perangai Mak Long hang...

Salam semua...

Nak buat tak tau pun tak boleh dah bini kita, nak buat bodo... lagi teruk nanti kena hamput ngan Mak Long hang. Naik berlorong jugak la belakang rumah semalam ni, Mak Long hang punya ulang pi jamban. Dah nak jadi laki mithali, Pak Long la yang jadi jaga berkawan ngan nyamuk kuruih. Jamban dah dok luaq, nak buat camana, takkan nak biaq Mak Long hang dok masam kerut muka, sakit perut sorang sorang tak berteman... haha... kadang kadang dok ingat balik.... tak sangka pulak Pak Long punya baik sampai camtu noo... hihi...

Sakit perut memulaih ni selalunya pakej ngan cirit birit laa... haha... tanya Mak Long hang, mampuih dia nak tau mai mana cirit birit nih... memang kadang kadang tak tau pasai apa pun, salah makan atau keracunan boleh jadi gak... tekanan pasai harga barang kedai Wa Mat koi mahai pun boleh jadi jugak... haha...

Cirit birit ni kalau nak serang bukan kira masa atau tempat, time malam tengah syok tidoq pun boleh terkejut jaga. Kita sibuk berjalan, kalut dok menyangkoi belakang rumah ka... mesti dipaksa masuk rumah kecik tu teruih meneruih lepaihkan hajat... haha... Cirit birit ni kalau dok biaq jugak boleh buat kita jadi lemah longlai, terkelepek lembik.

Petua Pak Long selalunya mudah... tapi tak la boleh lega dan dan tuu... take time la omputih kata. Minum ayaq suam bagi banyak, bukan apa nak ganti balik ayaq yang hilang dari badan. Makan pisang pun boleh bantu jugak. Kalau ada tanam epal belakang rumah lagi baguih, sebat buang dua tiga bijik... haha...

Lagi satu... ambik dua sudu kecik bijik selasih, rendam dalam ayaq sejuk ngan gula melaka. Kalau beli kat Penang pun tak pa janji gula melaka... kacau sampai hancoq, biaq sampai bijik selasih tu kembang baru minum. Insyaallah... pelan pelan lega la tuh... Lagi satu kalau payah sangat nak cari bijik selasih, buatkan teh O kosong, tak payah gula pasai gula naik harga. Buat pekat pekat sikit, kemedian minumlah... inysaallah, pasti jamban lambat penuh... haha...

Paling mudahnya kalau dok dikampung ni cari ja pucuk jambu belakang rumah nu... makan teruih mentah mentah masa dok segar dari ladang tuh... rasa kelat kelat tu la yang boleh tahan hingga sikit sakit perut tuh... try la tengok, tak percaya tanya Mak Long hang... haha...

Wassalam...

Friday, December 10, 2010

Fesbok III

6 juta komen
Salam semua...

Musim musim hujan cam ni nyamuk memang banyak, tok sah kata kita yang rimaih... lembu pun naik lemaih. Kampung la katakan... tak kosa la Pak Long nak pi melengum tepi lembu lembu tu nak halau naymuk. Masa dok bakaq sabut nyok kat lembu lembu Pak Long malam tadi ni... teringat pulak, lama jugak dah Pak Long rasa tak merapu ngan hangpa pasai fesbok nih... haha... ni Pak Long nak sambung sikit lagi adab adab nak berfesbok... bagi yang nak dengaq laa... kalau dah tak mau dengaq dan ketegaq, lantak pi kat hangpa laa... Pak Long nak boleh buat camana....

Bab bab fesbok ni, Mak Long hang la lebih arif... hihi... tapi dia tak dak ekaun fesbok pun. Takut dok himpun dosa free, ya laa... mengumpat pun dah dimodenkan, dah tu syer habih jantan pompuan. Dedulu ngumpat pompuan saja yang banyak, dah tu kena tunggu pulak Che Yah ngan Che Kiah gelemer mai dulu... la ni tak payah dah... sambil bersila sorang sorang pun dah layak buat dosa... renyeh sorang sorang berjam jam... Orang lelaki zaman dulu, malam saja berlajaq silat ngan tomoi siam... la ni pulak habih pakat berkurung bagi hangat tilam... boleh tergadai negara woiii, tak dak lelaki yang nak pi perang...

Zaman Pak Long dulu kalau dapat teman Mak Long hang balik mengaji... pergghh... sebulan dok senyum sorang sorang... kira hero laa, berani berdepan ngan pompuan... haha... Bebudak la... huh... buat perabih karan ja... nak berdepan tak berani, dalam fesbok punya ranggi... Bebudak la tak cukup jantan, menyorok belakang fesbok nak buat apa pun... Sebab tu Pak Long nak pesan kat anak anak, terutama yang pompuan laa... kalau jantan nama punya canggih, belum tentu dia tu berjenih... Kalau gambaq hidung mancung, tengok sama kot kot hantu jerangkung... Budak budak ni kalau ikhlaih, depa boh muka bagi nampak jelaih... sembang pun tak jelabaih...

Patutnya lagi moden dunia, lebih canggih la kepala... orang pompuan terutamanya, depa kena lebih paham dan waspada macamana nak jaga maruah diri. Fesbok ni tempat macam macam jenih orang yang hangpa tak boleh kenai asai usui. Gambaq boleh buat, nama pun boleh sebat... bukan lalu pejabat pendaftaran pun... hangpa tak tau depa tu sapa... bangla ka afrika, cina ka india... cikgu atau kutu, anak hantu atau anak lembu.

Depa main silap mata... orang jantan menyamaq pompuan, maklumat diri dah tak peribadi. Senang senang depa selak habih gambaq hangpa, boleh buat apa yang depa suka... Masaalahnya, seronok sangat ka gambaq sendiri di telanjang dek mata mata keranjang... Ada rupa kena dijaga, bukan untuk dijaja... Malang la kan, muka elok dan menawan, jadi rogolan orang tak ketahuan...

Pak Long ni bukannya apa, sedih dok tengok bebudak la himpun dosa kering sebagai hobi... suka dipuji ngan cara keji... oppsss... bau macam gulai perangat hangit pun nih...

Wassalam...

Wednesday, December 08, 2010

Adab layan pompuan

18 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni betoinya naik segan jugak nak sembang pasai bab layan orang pompuan nih... takut orang kata hero bunga pulak... tapi bila dok tengok balik, bebudak la ni bukannya berjenih sangat. Kadang kadang naik berbulu tengok cara depa layan orang pompuan. Tak dak seni langsung... haha...

Puak puak lelaki ni kena paham, Hawa tu adalah anugerah Tuhan yang berupa amanah pada Adam. Tuhan jadikan kita ni berpasang pasangan. Ada lelaki dan ada pulak pompuan. Ada jantan dan ada pulak betinanya. Cuma hj Jamaludin saja yang tak dak pasangan lagi... haha... tapi benda kecik tu boleh diuruskan, Isa pun boleh tolong kalau dah dia mau... haha...

Adat dah, bila dok sorang sorang depa kata sunyi, bila berpasangan tak reti nak bawak diri. Bila dah berpasangan ni besa laa.. kena pandai jaga pasangan kita. Adab adab ni yang payahnya, tak boleh main serbu tembok. Tapi, memang dah perangai orang kita camtu kot. Depa jaga masa belum dapat, bila dah dapat kira nak sebat. Belum dapat bukan main punya sopan, bila dah dapat dok kira nak kapan... agak agak la oiii... macamana nak masuk syurga kalau dah tak reti layan bini...

Lagi pun Pak Long dok tengok sesetengah lelaki ni jenih tak peduli sangat dah pasangan depa suka ka dak. Sib baik la Pak Long tak lagu tuu... Hangpa suka ka, hangpa tak suka ka... kena suka jugak pasai si lelaki tu dah suka... yang pompuan jadi suka tak rela... haha... hangpa ingat boleh aman damai ka hidup lagu tuu...

Pesan Pak Long mudah, jangan dok layan pompuan macam ngan hangpa layan lelaki. Tak kira la hangpa tu sapa dan kerja apa. Hangpa tu cikgu atau hantu, bela lembu atau kutu, mat bunga atau kaki pukui, mufti atau ahli gusti... jangan sesekali dok anggap depa tu sama cam hangpa.

Majoriti orang pompuan ni cukup tak suka orang hisap rokok. Kalau Mak Long hang, memang makan maki la mengkalu dok hembuih asap rokok rata rata. Dah hangpa tu merokok, jangan la dok rasa semua orang syok tengok hangpa tu merokok. Dah hangpa tu ketagih merokok jangan la pulak anggap pasangan hangpa pun ketagih asap rokok hangpa yang merimaihkan tuh...

Masa bersembang pun serupa gak, kena sedaq bataih bataih dan buah butir yang nak gebang. Jangan dok jelabaih sangat, main luah apa saja yang hangpa rasa gatai nak luah. Jangan dok tebiang sulam ngan carut marut dan maki hamun. Tak gagah langsung lelaki maki pompuan. Lagi tak jantan la kalau sampai peringkat naik kaki tangan...


Lelaki kacak tak semestinya bongkak... tak payah bermegah megah kalau nak tunjuk gagah...

Ca hangpa tengok Pak Long, biaq hanya berkain pelikat... disitu hati Mak Long hang melekat... haha... salah ka sekali sekala basuh kain pelikat sendiri dan sidai... tambah hangpa la ni bukan payah basuh kain dalam sungai macam Pak Long dah... semua pakai mesin...

Oppss... okey lah... Pak Long chau dulu, spender Mak Long hang hanyut plak dah...

Wassalam...

Tuesday, December 07, 2010

Syukur

12 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang berlagak lebih pada bomo hujan, larang Pak Long keluaq... hihi... Pak Long yang ketegaq... memang la kedai Wa Mat tak jauh, tapi lokoih la jugak ditibai hujan lebat tadi nih... hihi... hekellehhh... lautan api pun Pak Long renangi, inikan pulak hujan dinihari... addehhh...

Dah nama pun musim hujan. Awat tak lagu tuu... habih, kalau nak tunggu tak hujan baru nak pi kedai, pakai matakedarah megi rendam lagi la Pak Long hari nii...

Hujan ni rahmat Allah untuk sekelian alam sebenaqnya. Kalau hangpa tanya geng motong getah, mesti depa menggeliat nak jawab. Tapi kita ni kena positif, pergunakan rahmat Allah ni dengan sebaiknya dari dok berlengkaq dalam kain selimut saja. Memang la tak boleh motong getah dah musim hujan, tapi ayaq sungai dan ban mula melimpah, sepat.. puyu... keli dan haruan berlambak lambak, tak sabaq sabaq nak masuk bakui orang yang peduli... rezeki tuu...

Tapi kalau hangpa tanya geng yang buat bendang... depa senyum sampai telinga. Awat tak lagu tu, senang kerja depa, tak payah merayau naik turun pi ban cari ayaq... tapi kalau dah hujan berminggu minggu tak reti nak berenti, depa pun naik susah hati takut tenggelam habih anak padi... semua tu kita kena lalui dengan berlapang hati...

Kadang kadang kita tengok seseorang tu sentiasa dapat kegembiraan... naik pangkat la, nampak macam murah ja rezeki dia... haha... walaupun mata kasaq kita nampak macam banyak buat kerja mungkar. Pentingnya kita kena ingat, Allah adalah sebaik baik hakim, jadi jangan dok gatai protes kerja buat Tuhan. Tiap yang dijadikan Allah s.w.t tak terjangkau kepala sempit kita ni sebagai hamba. Kadang kala sesuatu anugerah Allah pada seseorang tu bukan sebab Allah sayangkan hambanya semata, tapi Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan kita. Nak tengok kita ni reti bersyukur ka dak dan berhijrah jadi lebih baik.

Lagi satu Pak Long rasa ramai yang mungkin dah lalui, perasaan naik serik berdoa tapi belum dapat apa yang di impi. Ingatlah yang Allah sentiasa sayang kat kita. Ingatlah yang Allah tu Maha mengetahui. Sebagai muslim yang bergantung harap pada rahmat Allah, doa adalah senjata akhir paling mustajab. Dengan terus berdoa saja kita akan lebih dekat dan sentiasa mengingati Ilahi. Allah rindukan suara hamba yang memujiNya. Dia akan ingat kat kita kalau kita senantiasa mengingatiNya dengan puji pujian.

Bukan kaya yang kita cari, bukan miskin yang kita impi tapi kita hidup hanya mencari keredhaan Allah s.w.t jua. Bersyukur akan nikmatNya, bertasbih ataih rahmatNya. Guna nikmatnya kot belah kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Hujan pun rahmat, tak hujan pun nikmat... Selamat menyambut awal muharram 1432H...

Wassalam...

Sunday, December 05, 2010

Blog baru (2010) pilihan

24 juta komen
Salam semua...

Pejam celik, pejam celik... sedaq tak sedaq dah sampai dah pun Ahad pertama bulan Disember. Hihi... kalau dulu, meriah la kampung Pak Long bila time cuti cuti sekolah camni. Time ni la teloq ayam Mak Long hang kerap hilang, bebudak tolong simpan. Time ni la jugak lembu Pak Long selalu terlepaih, bebudak baru belajaq nak buaih... haha...

Tapi la ni dah berlain sangat dah. Kampung pun dah sunyi gedi. Bebudak tak reti nak main sendiri. Luaq rumah macam tak dak aktiviti. Semua melahu tengok tivi... termasuk la Mak Long hang sekali... hihi...

Pak Long nak melilau luaq rumah pun takut remoih basah, hujan dari pagi. Jadi Pak Long melilau melawat blog ja lah... Tup tup Pak Long terjumpak blog nih... Pak Long nak sokong tujuan murni dia saja, promot blog blog baru cam blog Pak Long nih... haha...

Hangpa boleh terjah blog pilihan Malaysia 2010 atau BPM ni kat sini...

Tujuan depa ni baguih, nak bagi blog blog baru peluang tonjol diri. Pak Long ni pulak tak tau la nak tonjolkan apa... hihi... tapi join pi la kan, kot kot satu hari boleh jadi calon angkasawan veteran... haha...

Pak Long memula gatai nak berblog sejak Mac 2010 lagi, ya la sejak Mak Long hang tak berapa nak bersembang sangat ngan Pak Long tuh... dan N3 Pak Long yang pertama tuh hangpa boleh baca kat sini... yang terpapar pada 15hb Mac 2010... tak la ngeri sangat pun, cara orang tua tua tuleh laa... haha...

Okey lah... nak pi jengok sat berita semasa kat masjid negara nuu... apa cerita...

Wassalam...

Padan ngan muka hangpa

12 juta komen
Apa tengok tengok... padan la ngan muka hangpa...!!

Salam semua...

Kali ni Pak Long tak mau kata apa la kat Mak Long hang, dah Mak Long hang tu betoi... Patut la Mak Long hang menyinga sakan. Kalah lembu beranak kecik. Mak Long hang hamput kata Najib tak cerdik, Pak Long pulak kena tidoq luaq bilik... hadoiiih... Rupanya Rosmah dah bisik kat Mak Long hang dah hari tu... harga barang nak naik lagi... chitt...

Memang la hangpa tengok Pak Long ni macam tak susah hati langsung walaupun harga barang dah di selaraskan Najib. Pak Long nak susah hati panamanya... Ca hangpa tengok... Pak Long tak pernah goreng ikan pakai diesel. Pak Long tak pernah kayuh beskal pakai petrol. Pak Long tak lapaq punya kerana tak dak ges. Pendekatanya, Pak Long ni tak dak hal sangat lah. Nak buang duit buat hapanya, bawak vespa ngorat janda Limah. Pak Long kayuh beskal pun dia naik histeria dahh... haha...

Sebab tu Pak Long mintak hangpa semua jangan silap paham macamana Mak Long hang tu paham. Barang barang tu bukannya naik harga pun, ingat tu... tapi hanya satu perlarasan harga dari kerajaan Najib. Najib selaraskan petrol pasai dia tau Pak Long tak gunakan petrol sebagai minyak atar, Pak Long tak pernah guna disel buat pek nga, Pak Long tak kosa bawak ges masak pi jogging, senyum Mak Long hang pun lebih manih dari gula dah... tapi, hihi... Najib tak berani punya nak selaraskan minyak urut lutut Pak Long pasai dia tau, Pak Long selalu dok guna... nak kena maki ngan Mak Long hang try laa... haha... jadi, padan la ngan muka hangpa semua... haha...

Kesimpulannya kita kena bersyukur, berterima kasih kat kerajaan Najib pasai harga barangan kita masih ditakuk paling murah kalau nak dibandingkan dengan Amerika, Jepun, England dan Ostolia sana. Yang diselaraskan pun takat empat barangan tu saja... hihi...yang lain lain tak naik sama kan...

Tapi, tang ni yang Mak Long hang hamput sakan Pak Long tu... awat, sayoq kobis tu turun sendiri ka? Bergolek golek terjun dari Kameron Hailand tak pakai lori..? Ahh... Pak Long malaih la nak layan kelaku Mak Long hang tu. Dia tak paham orang negara maju mana main beli barang barang murah. Tak berapa cerdik jugak Mak Long hang ni, patut la Mak Long hang tak dapat jadi ketua puteri Umno kampung... pemikiran tak glokal.

La ni Pak Long tak heran dah pasai apa kopi 'O' kedai hj Karim koi dok ceroi dan tawaq?

Wassalam...

Thursday, December 02, 2010

Pak Long hilang ghairah

12 juta komen
Macam ni punya banyak mintak sekilo pun tak juai ka?

Salam semua...

Pak Long jadi hilang ghairah nak jadi laki pada Mak Long hang hari ni, Mak Long hang start pulak dah... tak macam selalu. Nu minyak naik pulak... jadi cenge tak ketahuan kepala ekoq. Apa taknya, dia rasa berbahang dah kot pasai semua barang nak naik harga.

Dah berapa kali Pak Long dok habaq kat Mak Long hang, benda ni kecik saja... dok tak paham paham jugak. Ka Mak Long hang yang sesaja buat buat tak paham... bukan naik harga tapi pelarasan harga. Bukan sesaja Najib nak naikkan harga minyak tapi sabsidi depa bagi kurang. Tu saja, yang Mak Long hang dok kalut sangat buat hapa.

Kita sebagai rakyat kena la berjimat cermat sikit kalau kita nak tolong Najib... kesian la kat dia sama nak bela Rosmah nuu, bukan senang nak jaga rambut kembang dia... Kalau dulu kita selalu beli satu tong gas masak 14 kg, la ni jangan beli satu tong teruih kalau dah mahai. Kita beli sekilo atau dua kilo gas masak sudah la dulu... Jangan membaziaq... yang tu pun nak kena Pak Long ajaq ka...

Tapi Pak Long heran laa... bila Pak Long keluaq saja ayat jangan membaziaq ni, menyinga sakan Mak Long hang punya hamput Pak Long. Punya cenge kalah lembu beranak kecik... pasai apa tak tau...

Betoi ka Mak Long hang kata yang gas masak depa tak juai sekilo sekilo? Mak Long hang kata kalau bawak tupperware sendiri pun tak dak sapa nak juai kat kita gas masak sekilo. Nak pi tanya kat Najib tengok, betoi ka macam tu? Kalau betoi susah la Pak Long. Nak pi cari tang mana duit dekat 30 ringgit satu tong tu...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails