Thursday, April 14, 2011

Sapa nak jaga bini

Sapa yang pujuk sapa ni, dia pujuk bini ka atau bini yang pujuk dia... ish... sapa la nak jaga bini dia lepaih ni... 

Salam semua...

Pak Long pun naik serba salah la, nak cerita lelebih pun kesian kat depa jugak... tak pepasai pulak orang kata Pak Long ni jeles tak tentu hala, ya la... jeles pasai tak boleh juai dadah... haha... Bila Pak Long tak cerita, Mak Long hang la pulak yang dok tanya pasai apa la ni banyak sangat kisah artis artis kita yang dah macam kera dapat bunga. Tapi yang perangai kera ni la banyak anak muda buat idola... hadoiihh...

Ni yang Pak Long rasa semak perut ni, rakyat jadi hantu pasai dah pemimpin depa buruk kelaku... tambah tambah lagi bila dah iman hanya tinggai seminggu sekali. Hari Jumaat bukan main berbaju kurung, hari besa hanya tutup punggung. Hari Jumaat dengaq khutbah, hari hari besa ni... besa laa... setan yang perintah...

Kisah Ameng yang kena 8 tahun 10 sebatan tu hanya sekelumit fakta bahawa dunia artis ni dunia yang penuh pura pura... hidup yang tak bersandarkan tata susila agama sememangnya menjerumuih diri kelembah hina... Sebab tu menjadi tanggungjawab kita semua termasuk la Pak Long... berjuang nak bagi Islam yang perintah kita bukan kita yang perintah Islam... Kalau akai kita terutama akai yang tak terpakai yang perintah Islam, rosak habih anak bangsa. Perangai manusia akan jadi tak senonoh bilamana kita meletakkan nafsu mengatasi segalanya. Nafsu pun tak boleh nak buang, ini hak Tuhan tapi ia boleh dikawal...

Bila nafsu tak boleh dikawal lah yang kita dok dengaq macam macam versi cerita ni. Pak Long tak mau menjatuhkan hukuman, tapi kisah kisah artis sangkut dadah ni koi dok bertambah pulak dah. Dengaq macam dah menikah tapi kelaku tak boleh belah... (ayat cucu penakan Pak Long la ni... apa yang tak boleh belah pun tak tau... haha...) Si laki dok cerita kemuruk bini, yang si bini ikut hati sampai terlupa kat laki... menikah pesyen apa tak tau laa...

Hadoiiih.... aikk... mana Mak Long hang ni mintak kopi tongkat ali, dari tadi tak mai lagi...

Wassalam...

10 comments:

  1. salam long,

    dunia la ni makin hebat... kuasa fulus semakin kuat... cita rasa semakin tenat... kalau tak bergaya dengan hebat orang umpat papa kedana... guna kancil ka saga... rasa hina...

    sbb nak kan serba gah... fulus kena tebai... kalau juai dadah senang dapat fulus... apa lagi? tibai...

    awat depa tak cari tokan cartel dadah tu... mesti org hebat kan...

    ni la nasib menimpa warga dan negara kalau tauhid dah akidah dan jadi bahan mainan dan dagangan...

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Long....

    Sabaq sat Pak Long hang...... Mak Long hang tengah dok timbuk Kopi Ginseng Tongkat Ali tu, nak bagi buih banyak.....hehehe

    Inilah radio malaya...ditujukan lagu 'kita ditakdirkan jatuh cinta' nyanyian Ameng Spring, khas buat pak long mak long yang sdg bercanda diberanda dengan ucapan selamat berpantun.

    chek suka tau lagu tu pak long, berhantu lagu tu.

    @@@@ mak Chaq @@@@

    ReplyDelete
  3. Salam Lang,
    Hmm... dunia la dah letak harta benda sebagai kiblat bagi darjat manusia, bukan lagi akhlak dan takwa... nak buat camana...

    Yang si tokan dah kaya meliana la, tentu ramai yang dia boleh bela... haha...

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Long Din
    Kalau ikut hukum bila suami meninggalkan isteri ( tanpa bantu fulus kaum keluarga suami) selama 8 tahun tanpa nafka dzahir mahupun batin . Maka terjatuh lah talak? Jadi Pak Long mana nak dapat borang untuk apply seandainya jatuhnya talak . Agar saya boleh selih gantikan suaminya.

    ReplyDelete
  5. Salam mak Chaq,
    Petua Mak Long hang ngan orgjitra bagi nak hilangkan hanyiaq ikan tu menjadi ka?

    Hmm... terima kasih la mak Chaq oii, ni la kali pertama orang tuju lagu kat Pak Long... huhu...

    Mengkalu tau kat Mak Long hang, masak la Pak Long malam ni... kurang kurang tiga kali ulang nak dodoi Mak Long hang tidoq... dia suka sungguh lagu nih... hadoiihh...

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Long, sampai hati dia buat cam tu kat bini dia! Saya suka lagu 'Sampai Hati' si Ameng ni...melodi dia tapi senikata tak der kena mengena dgn saya! Pak Long, mende kain tu elok boh atas TV, bagi terjuih sikit yg bucu ada reben tu...tu cara depa guna.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan hj,
    Hamboiih... kalau pasai tuh, tuan hj khatam habih noo... haha...

    Err... borang tu kan ka tuan hj suruh ISA simpan... kahkah...

    ReplyDelete
  8. Salam Helli,
    "Sampai Hati" dia hampakan banyak harapan peminat dia... hmmm...

    Alaih meja? Mana nak jumpak dah Helli oii alaih meja tue... Mak Long hang simpan tang mana tak tau... nuh dia kata nak boh dalam frame pulak dah... gantung lagi elok... addehhh...

    ReplyDelete
  9. salam paklong.. saya baru je terlintas blog paklong ni. mm.. cerita pasal ameng ni.. sy paham niat paklong ni baik, nak rakyat kita especially artis bebas dari dadah.. tp ape yang paklong buat ni, maaf jika agak kasar, adalah tidak baik.. dan lebih teruk dari ambil dadah.. bukan mcm ni caranya. Islam melarang keras kita buka aib sesama muslim. Balasan nye teruk di 'sana' nnt.Even though kita tak sebut nama, tapi ade bagi hint2 sket yg merujuk kepada org tu.. paklong kne tulis blog secara general.. sy faham, ni la satu2 nye cara nak tarik minat pembaca.. tp apa boleh buat, kta kena ikut garis panduan.. mungkin ade alternatif lain yg better.. mcm letakkan gambar2 menarik dlm cerita. sy tak kata saya baik di sini.. tapi kita sesama islam saling mengingati.. =) . ape pun, maju lah blog paklong.

    ReplyDelete
  10. Salam mr.shikamaru,
    Setiap dari kita ada idola tersendiri, kita adalah duta agama dan bangsa... busuk kita akan buruk agama dan bangsa, kecewalah para idola kita... artis lagi banyak laa... haha...

    Pak Long tak marah shikamaru tegoq Pak Long ni, memang patut pun tegoq kalau dah nampak Pak Long ni terlanjoq... tak salah haihhh... cuma Pak Long tak rasa pulak Pak Long ni londeh kain dia sebab Pak Long nampak macam dia yang londeh kain dia sendiri... di akui mahkamah lagi...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails