Sunday, November 20, 2011

Jangan lupa ni bukan Najib punya...

Salam semua...

Kadang-kadang kita tak tau pun apa yang kita dah buat, sedaq-sedaq masa berlalu camtu ja... Dunia moden cabaran pun dah lain, dunia pulak yang siap dok atoq keja buat kita. Memanjangnya sibuk, semedangnya lupa walaupun masih muda belia... yang tua bangka tu lagi-lagi laa... haha... Pisang yang masak ranum belakang rumah pun terlupa nak tebang, burung ngan tupai buat kenduri sakan dah. Maklum saja la, dah mai beralih umoq ni lagu tu laa...

Lupa nak tebang pisang tu tak pa lagi, habih sangat Mak Long hang tarik muka ja... tapi kalau lupa diri kita ni hamba sapa, cempegha habih la hidup kita. Kalau lupa rezeki kita ni ihsan Tuhan, maka jadilah kita ni macam ngan binatang belaan. Kalau lupa pulak Tuhan tu ada dan Maha berkuasa, sah sah boleh ganti Fir'aun la kita... haha...

Kita kena sedaq diri kita ni sapa, kena ingat sapa yang bagi rezeki kat kita dari langit dan bumi... kena paham sapa pulak yang punya penciptaan, pendengaran dan penglihatan. Sapa pulak mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan sapa pulak yang atoq segala urusan.

Pak Long nak peringat ni bukannya apa, dalam kita dok kalut ligan dunia... takut takut kita terlupa yang kita ni sebenaqnya hamba pada yang Esa. Wajib tau hamba mengingati Tuhannya. Dalam kita dok terkejut habuan 100 ringgit dari kerajaan ni, takut takut pulak kita terlupa rezeki ni Tuhan jugak yang bagi. Mengkalu takat Najib ja kata nak bagi tapi Tuhan tak gerakkan dia untuk ke arah tu, jangan harap hangpa nak dapat... Biaqpi la walaupun kena ambik kat pejabat Umno, janji dapat habuan rakyat walaupun ciput... haha... Cam Pak Long ni tak dak dah... boleh dok nganga ja la tengok si Usin sengeh sampai lenguh...

Pa pun, wajib tau kita ni sebagai hamba mengsyukuri nikmat Tuhannya. Dalam kita dok sibuk sibuk sengeh... tengok Anwar kena belasah kes liwat II dia, takut takut la kan kita ni terlupa Tuhan itu Yang Maha Berkuasa ataih segala-galanya. Wajib tau hamba mengEsakan keAgongan Tuhannya...

Pak Long nak pi tebang pisang sat sebelum lupa lagi... addehhh... Pisang awak masam buat cekodok pun sodapp... haha...

Wassalam...

2 comments:

  1. salam long...

    sang pencipta mmg mencipta satu2nya makhluk yg namanya manusia cukup hebat serta aneh...

    disebabkan keanehannya itulah terkadang malah selalunya makhluk ciptaan tu terlupa atau sengaja wat lupa yg depa ni hanya ciptaan... lalu depa pon berlagak sombong bagaikan tuhan.... depa dok ingat depalah yg mengatoq segala yg berlaku sekelilingnya... hinggakan mati seseorang pon depa nak kasi tentu...

    beza ngan piraun, si piraun tu dok ngaku dia tuhan, depa tak sampai berani mengaku tp diintai kelaku depa takda beza pon ngan piraun... piraun suroh rakyat dia dok sembah dia... rakyat pon dok sembahla sbb takut rezeki piraun tarik balik... ada mcm serupa tak ngan zaman la ni?....

    kita ni kalau dipanggil kapiaq, marah sampai kalau buleh nak tembak kepala yg dok panggil kapiaq tu... tp lupa dok menengok diri... perangai kalah kan setan... setan pon tak berani ngaku tuhan...

    tp berbaliklah kepada apa yg allah dok janji malah katanya pd muhammad... sesungguhnya dialah yg memberi hidayah dan dia jualah yang menyesatkan pada sesiapa yg di mahukan... hak allah memang tak buleh nak bangkang.... malangnya manusia ini membangkang dengan perbuatanya bukan dengan kata2...

    marilah kita menjadi insan yg kamil yg membezakan kita dari manusia dan ciptaan yg lain....

    ReplyDelete
  2. Salam Lang,
    Terima kasih singgah... hmmm... stemen bernaih macam selalu gak...

    Jom la sesama kita berusaha jadi insan kamil yang berbeza ngan hamba-hamba ciptaan Allah yang lain...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails