Monday, December 05, 2011

Dunia koi terbalik dahhh...

Salam semua...

Dua tiga hari ni jenuh jugak la Pak Long usung Mak Long hang pi makan kenduri. Besa la kan ngan orang-orang kita ni, asai cuti sekolah ja kenduri... asai kenduri ja cuti sekolah... haha...

Tapi Pak Long nak pesan gak, sebagai hamba pada Yang Esa nih... kita jangan la pulak dok protes kerja buat Tuhan kalau la dah kenduri kita hujan lebih lebat dari orang yang mai... haha... Semua tu kerja buat Tuhan Yang Maha Berkuasa... Terima ja la dengan redha pasai segala-galanya dari Dia...

Tapi hangpa perasan dak, dunia kita ni dah terbalik kuang, makin pelik... haha...

Tak terbalik mai mananya, kita lebih kalut nak sedekah kat tuan rumah yang buat kenduri tu mengkala kita pi kenduri dia... Sedangkan kalau betoi dia tak dak duit, dia takkan tumbangkan sekoq lembu dan beratuih-ratuih ekoq ayam semata-mata nak buat kenduri. Kenduri la ni dah jadi industri cari untung...

Bukan Pak Long kata salah kita sedekah kat tuan kenduri, daakkk... Tapi yang peliknya time kita pi tengok orang mati, jarang sangat orang kita yang bersedekah kat keluarga si-mati tuhh... Sedekah Al-fatihah tu ramai la, tapi duit ringgit la yang keluarga si-mati nakkan sangat time tuh. Mati ni mai mengejut, kadang-kadang tak dan si-mati nak siapkan sikit pun duit untuk keluarga dia uruskan mayat dia... Sedangkan kenduri ni orang dah plan dah lama... Ada yang setahun lagi nak kenduri, depa dah plan macam-macam...

Tapi Pak Long pun huloq gak sampul hijau bila pi kenduri tuh... haha... Tak gamak pi bawak senyum jaa... Tak kira la berapa, asai ikhlaih dari kita...

Apa-apa pun Pak Long nak ucapkan selamat berkenduri jugaklah dan selamat tambahkan zuriat pada yang berkenduri tuh... Tak lupa jugak ucapan selamat ni Pak Long tujukan jugak pada sesapa yang dah pun menjadi mayat dan selamat meninggalkan kelekaan dunia pada yang dah menjadi mayat.... Pada yang belum dan akan menjadi mayat, beringat-ingat lah... haha... Kita pun tak lama, cuma tak tau ja bila...

Wassalam...

8 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salam Pak Long Din
    Kalau macam ini , elok lah Pak Long terbit buku bab 'SALAM BERISI' bila kita memenuhi jemputan Majlis .Pak Long boleh jadi seorang MODERATOR PENSYARAH pada buku yang Pak Long terbitkan nanti . InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. salam lomg...

    memang dunia la ni dah terbalik kuang... bab kenduri arwah lagi teruk... bukankah bila ada kematian keluarga tu ditimpa musibah... mcm long ckp la... apasalah uluq lebih sikit buat meringankan... org kampung pulak klu ada kematian bila keluarga simati tidak buat kenduri arwah... adalah mulut yg celupaq berbunyi... kalau buat setakat mampu, ikan kering sambal belacan... pon kena kutuk habih.. silap ari bulan dua tiga kerat ja mai sbb lauk tak best... sedih melihatkan penyakit masyarakat yg semakin tenat nih...

    ReplyDelete
  3. Salam tuan hj,
    Tak sabaq la pulak Pak Long nak tunggu buku tu terbit... haha...

    ReplyDelete
  4. Salam Lang,
    Ada la sekali tu Lang oi, tinggai Pak Long anak beranak, ostad ngan dua orang anak buah dia dan keluarga simati ja... pasai buat bihun goreng kenduri arwah...

    Rasuah dah menulaq jauh kedalam kampung dah... hadoihhh...

    ReplyDelete
  5. Pak Long eh...tuan rumah pun sama, time kenduri, laki bini dok melekat kat kerusi tunggu salam kokot. Kalau belah pengantin lelaki sampai pun kadang2 tak sedar sebab sibuk dok salam kokt ni. hahaha... Mmmg cari untung weh....Kalau salam ada isi dpt 'gift' kalau salam kosong tak dapat.....hahaha...industri kecil dan sederhana skang nih..

    ReplyDelete
  6. Salam bunbinban,
    Bestnya bun oii, bila salam tuan rumah bebuat tanya, ishh... apa ni? Payah apa sangat aiihhh Pak Long oiii...

    Tapi isi salam tu dia dah gagau boh poket... haha...

    ReplyDelete
  7. As salam..!
    Zaman dah berubah..keadaan orang pun berubah mengikut zaman..!Harga barang pun berubah.. walau buat kenduri plan dah berbulan..tapi penin nak bagi cukup budget tuan kenduri saja la yg tau..! yg duit banyak toksah kira laa... nie yg ciput2 nie.. buat kecik2 pun duit juga.. tu yg dok harap sapa yg mai tu kot boleh huloq sikit.. bukan MINTA..cuma HARAP saja..! tak bagi pun tak pa..!hehe.. dalm huloq tu pun ada yg buat silap....! huloq sampui kosong..! naya..!

    ReplyDelete
  8. Salam Din,
    Yang lipat daun bunga raya dalam sampul pun ada... haha... tak baik la kan dok penaya tuan rumah camtu...

    Mengkalu habaq tak dak duit pun tuan rumah tak halau aiihhh...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails