Wednesday, December 28, 2011

Fenomena hebat...

Salam semua...

Alhamdulillah, syukur la kita kehadrat Allah s.w.t. yang kurniakan kita nikmat untuk hidup sehari lagi kat dunia Dia yang cantik ni. Syukur jugak kita panjatkan kehadrat Ilahi pasai dapat la lagi kita menikmati nikmat bernyawa sambil boleh bukak mata menikmati warna-warna ciptaanNya...

Tak bersyukur mai mananya, ca hangpa pikiaq tengok. Hari ni telah ada antara hamba-hambaNya yang bukak ja mata dah dok dalam keranda. Telah ada jugak dari hamba sahaya Dia yang sedaq-sedaq tak boleh nak bukak mata untuk tengok nikmat dunia. Jadi jom la kita semua pakat-pakat bersyukur pada Yang Maha Esa pasai dari Dia lah segala-galanya yang kita ada...

Ada dari kita yang ingat Tuhan masa sakit-sakit badan, masa sihat dia buat tak heran. Ramai jugak yang memuji Tuhan masa dapat laba, sedangkan kita mudah lupa bahawa baik laba atau bala adalah jugak ujian dari Tuhan kita Yang Maha Berkuasa. Pendekatanya bersyukur dan memuji Allah s.w.t ni tak semestinya bila saja terjadi sesuatu kat kita atau terjerembab benda aneh didepan mata. Bersyukur dan memuji Allah s.w.t ni kena sentiasa dok ada... seiring napaih kita yang masih bebaih disedut masuk dan keluaq, yang sentiasa memuji Yang Maha Esa...

Bersyukurlah kita sentiasa, jadi lah kita hamba sahaya yang taat pada pencipta kita...

Hari ni Pak Long nak kongsi tiga keping gambaq tentang fenomena hebat kat Alabama, Amerika Syarikat... Bukan Pak Long pi sana pun, dah Mak Long hang tak bagi tapi kawan Pak Long yang hantaq ni ha... Siap ngan bertakbir lagi kat bawah gambaq tu ha... Tu yang buatkan Pak Long teringat nak pesan kat dia dan semua kita tu, bertakbir dan bertahmid tanda syukur dan patuh kita kat Tuhan ni kena sentiasa diucap tanpa waktu dan tempat...

Ikut kata kawan Pak Long ni, satu fenomena alam yang terjadi kat langit Alabama ni dirakam pada 16/12/11. Nampak macam ngan ombak tsunami yang besaq sedang berlaku yang terbentuk kat langit biru.

Puak-puak Alabama yang kagum ngan fenomena ni dah ambik gambaq dan teruih hantaq pi stesen kaji cuaca depa. Ikut pakar depa kata fenomena hebat ini berlaku bilamana satu lapisan bahagian ataih (udara) bergerak lebih pantaih berbanding lapisan bahagian bawah (air)

Wallahu a’lam... depa tu pun ulaih berdasarkan dari apa yang depa belajaq la jugak... haha...

Pa pun, ingat la pesan Pak Long hangpa ni sama... Fenomena dalam diri lagi hebat yang dianugerah Allah kat kita semua, jadi memuji dan mengingat Tuhan ni kena senantiasa ada, tiap waktu dan ketika... bukannya ikut suka mak bapak kita ja...

Wassalam...

6 comments:

  1. salam pk long, setuju sangat, kebesaran Tuhan dimana2 tanpa kira masa... ni tgk yg pelik ja subhanallah tp kejadian diri kita depa buat tak reti jaa...

    ReplyDelete
  2. suka dengaq nasehat dari PakLong...best!

    ReplyDelete
  3. salam long,

    yang terbaik mengingat allah ni kena macam kita sedut dan hembus udara... sentiasa berterusan... tak pula kita terlupa nak sedut udara kan?... untuk menjadikan kita sentiasa boleh mengingati dia, setiap sedutan ingati allah, setiap kali hembusan ingat allah...

    mengkalu nak tengok keajaiban ciptaan allah, ajaq lah diri melihat pada diri sendiri... kajilah bagaimana mata boleh kedip2, jantung boleh degup2, kan ajaib tu... tu sikit contohlah... janganlah kita membiasakan apa yg kita lihat, maka kita tak akan nampak kuasa allah dalam kehidupan harian, dok nnt menunggu benda yang pelik2 berlaku baru nak perasan kuasa allah...

    belajaqlah untuk memulangkan segala2nya kepada sang pencipta... seperti maksud ayat: dari allah ia datang kepada allah ia dikembalikan...

    ReplyDelete
  4. Salam tun teja,
    Betoi tu tun teja oii, segala-galanya ada dalam diri... cuma perlu kita mengaji, kaji dan halusi...

    ReplyDelete
  5. Salam PCL,
    Sesama la kita peringat satu ngan yang lain... Pak Long pun dok belajaq dari hangpa semua gak...

    ReplyDelete
  6. Salam Lang,
    Hmm... Segala-galanya dari Allah s.w.t waima sehelai bulu roma pun bukan hak kita...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails