Sunday, December 18, 2011

PAS pelik...

Salam semua...

Jangan dok rasa pelik pulak bila dengaq si Nasha kata politik PAS ni makin pelik... Sedangkan si Nasha ni takkan perasan punya yang lebih ramai lagi depa-depa kat luaq sana yang rasa teramat pelik, tambah-tambah lagi Mak Long hang bila tengok Berita Harian bebuat hairan dan kalut sungguh dok layan dia yang sedang ke'pelik'an...

Pelik ka bila kita tengok orang yang memang selama ni dilihat pelik mengatakan PAS pelik... haha...

**************************

Politik PAS makin pelik: Nasharudin

Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR: Selepas membisu selama kira-kira enam bulan apabila gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar parti itu awal tahun ini, Nasharudin Mat Isa, semalam membidas golongan tertentu dalam parti yang disifatkannya mendahului Presiden dalam menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.- Berita Hairan

Masalah dalam PAS sekarang ialah terlalu ramai orang yang nak bercakap mengenai segala isu sedangkan bagi saya mereka tidak layak memberi kenyataan atau menyatakan pendirian parti. Akibatnya, perkara remeh menjadi besar apabila didedahkan dan ini menimbulkan pelbagai tanggapan serta spekulasi di kalangan umum. Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS. - Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok

Tapi kadang-kadang tu, yang pelik la yang orang kalut dok ligan sangat tuh... haha...

Wassalam...

28 comments:

  1. yang cakap tu pun kadang-kadang pelik

    ReplyDelete
  2. PAS memang terbaik dengan kekal tegak berdirinya MP-MP dan ADUN-ADUN seperti dikehendaki rakyat. Namun cacat calarnya pasti tetap dikesan sebab perbuatan pemimpin-pemimpinnya yang 'mesra UMNO' mendahului bangsa melebihi Islam satu ketika dahulu.

    Bukan PAS yang pelik, mereka yang mendahului bangsa melebihi Islam dalam matlamat hidup mereka yang memelikkannya.

    ReplyDelete
  3. yang menulis ni pon pelik.. yg mengomen pon pelik jugak... kah keh keh

    ReplyDelete
  4. yang buat kerja pelik "bertemu dengan umno" selepas pru 12 adalah kamu nasa dan geng kamu. maklumlah, jawatan menteri tang ditawarkan...

    anon 7:37 am,

    kamu di mana? awanga2an?

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Selagi suka kat menda2 dunia ni...selagi tu la perangai pelik pelik ni terjadi..amaacam pak long suami mak long hang...hehehhe...

    ReplyDelete
  6. salam kenal paklong...nak kenal dgn mak long jugak...

    ReplyDelete
  7. Awat dia pelik pulak dah? Saja la tu. Wayang kuat dia ni! Sedangkan dia masa pegang jawatan tinggi PAS buat perangai pelik sampai orang bukan saja pelik tapi meluat + marah tengok ada kelaku pemimpin PAS yang sanggup kongsi kuasa dengan UMno atas nama 'perpaduan Islam & Melayu".. konon perpaduan la.

    Nak sangat perpaduan awat dia tak pi masuk UMno saja? Takda maknanya UMno nak perpaduan dah terbukti depa nak bolot semua & halang dasar Islam yang PAS nak bawak. Perpaduan apa nama hal hudud pun tak bagi lepas (green light) untuk PAS buat kat Kelate. Kita nak jugak tengok takat mana la Islam UMno boleh buat bila Us. Nasha ada dalam sana.

    Remember Us. Nakhaie? DLL?

    ReplyDelete
  8. Nasa ni terasa "pelik" sebab yang hentam dia sekarang adalah "rakan seperjuangan" grombolan UG dalam PAS.Dalam hati Nasa," Biarlah aku dan Hassan Ali jadi kambing korban,asalkan yang pegang jawatan-jawatan besar dan penting,terselamat".

    ReplyDelete
  9. An 11.03pm, benar kata kamu dulu semua akur UG hanya untuk membeli masa untuk pembentukan Kerajaan Selangor dimana ramai pemimpin PKR di kurung takut di beli oleh umno. UG yang di buat atas restu pemimpin tertinggi demi untuk selamatkan pembentukan kerajaan. Tetapi kenapa 2 orang yang menjadi pengerak jadi korban, bukan mereka tak tau Dialog UG untuk apa. Kerja pelik pemimpin2 pas yang tak mahu ambil tanggung jawab. OK Ustaz Nasa dan Dr. Hassan medan dakwah bukan dalam Parti saja, Ayuh bersama dengan Dr.Asri dan rakan2 InsyaAllah kamu akan merasa aman dengan Dakwah yang luas bukan sempit dengan Parti. W.A

    ReplyDelete
  10. nasihat TimMursyidAm2013 untuk saudara-saura yang berkenaan :
    tiada apa yang pelik dan tiada apa yang ajaib, semua ini tidak pelik.
    setelah ahli parti dengan rela hati melantik kita, kita tidak pelik kerana ahli parti menilai kita adalah seorang yang ajaib bagi parti, bila ahli parti tidak terima kita sebab kita bawa ideal pelik, maka kita jangan rasa ajaib kenapa mereka menolak kita.
    kalau kita rasa ideal pelik (UG) kita adalah ideal yang ajaib kepada perjuangan parti, kita akan perjuangkannya dan berusaha menjinakkan ahli parti kepada ideal pelik kita. kalau ahli parti tidak terima, kita harap cucu-cucu ahli parti akan menerimanya, ini semua bukan ajaib.
    kekalahan kita dalam pertandingan bukan bererti kita kalah, kerana perjuangan islam tidak akan kalah, kita mesti ingat bahawa yang melantik kita sebagai pimpinan adalah ahli-ahli parti, namun yang menurunkan kita juga ahli parti yang sama.
    perhatikan :
    ان لله وان اليه راجعون
    yang menghidupkan kita adalah Allah, dan yang mematikan kita adalah Allah.
    Apa yang kita tidak puashati dan terasa hati? kenapa pula kita pula pulau mesyuarat parti, kenapa pula kita menembak saudara sendiri dengan senapang musuh.
    kalau kita ingin mengomen dasar parti, kalau kita keluar dari majlis kepimpinan.
    Bukankah kita seorang lelaki?. Lelaki ada dua batu, satu bersedia ketika rebah, satu bersedia untuk bangun. kalau lelaki yg memiliki satu batu, beliau seorang cacat.

    ReplyDelete
  11. Salam Pak Long,

    Pejam-pelik, pejam-pelik, PRU 13 pun dah dekat. Sesapa yg buat perangai pelik buleh kena takik!

    ReplyDelete
  12. berat nanang,semua doh jadi pelik..haish..

    ReplyDelete
  13. Perpaduan itu kan tuntutan agama..
    Bersatu bukan bermakna kena duduk dalam satu parti..

    Pas dan Umno boleh terus kekal dengan pendekatan masing-masing,..
    Pas dalam Pakatan dan Umno dalam BN.

    Tetapi sekurang-kurangnya dalam perkara tertentu yang melibatkan kepentingan ummah, bolehlah duduk semeja, bersepakat dalam membuat keputusan yang memberi manafaat kepada umat Islam.

    Janganlah semua perkara hendak dilihat dari sudut kepentingan
    politik kepartian semata-mata.

    ReplyDelete
  14. Orang melayu semua jadi kuda...lepas tu jadi lembu...berebut Kuasa punya pasal...semua hampehhh

    ReplyDelete
  15. Salam Anon 12:25,
    Hang lagi la pelik, nak komen jugak tapi malu nak bubuh nama... haha...

    ReplyDelete
  16. Salam Anon 7:36,
    Yang ni Pak Long setuju...

    Cuma yang Pak Long tak setujunya tu pasai segan nak boh nama ja. Lain kali tu ingat tau, mai rumah Pak Long jangan dok memalu pekenai diri... hihi...

    ReplyDelete
  17. Salam Anon 7:37,
    Woiih, lagi la pelik kalau orang tanpa nama... keh keh keh...

    ReplyDelete
  18. Salam hussin,
    Peliknya orang-orang yang pelik ni tak tau yang depa tu lagi pelik... Pelikkan... haha...

    ReplyDelete
  19. Salam Anon 12:18,
    Betoi tu... Kita akan dapat dunia ja kalau dunia yang kita cari tapi kalau kita dapat Islam, segala-galanya ada bersama-samaNya...

    Anon, hujah hang bernaih... petah berbicara... tapi awat yang malu nak boh nama... haha...

    ReplyDelete
  20. Salam Kamsiah,
    Salam kenal kembali... Mak Long hang tu macam dia la, sibuk menjahit...

    ReplyDelete
  21. Salam Hanz,
    Pelik kan pasai depa tak sedaq yang depa tu pelik... kahkahkah...

    ReplyDelete
  22. Salam Anon 11:00,
    Mak Long hang kata, tak dak yang peliknya dalam politik... haha...

    Lagi satu Mak Long hang pesan, boh nama bila singgah mai sini, senang dia nak seligi kalau tak puaih hati... hihi...

    ReplyDelete
  23. Salam W.A,
    Pak Long setuju gak ngan hang ni W.A oii, kadang-kadang peruntukan dan peraturan dalaman sesebuah parti ni lagi banyak kore... naik semak kepala...

    ReplyDelete
  24. Salam TimMursyidAm2013,
    Kemaih dan bernaih... haha... Pak Long berkenan tang hang kata lelaki ada dua batu tue... :-)

    ReplyDelete
  25. Salam Helli,
    Dah sah memang depa kena takek punya kali nih... hihi...

    ReplyDelete
  26. Salam AL-QASSAM,
    Peliknya pasai orang-orang pelik ni tak sedaq yang depa dalam pelik... hihi...

    ReplyDelete
  27. Salam rakab,
    Boleh nak dok semeja rakab oii, tapi letak Islam sebagai panduan la... UMNO tu boleh ka... haha...

    ReplyDelete
  28. Salam Anon 1:16,
    Semua hampehh... termasuk la ngan hang sekali... hihi...

    Hang ni memang jenih tak dak nama ka Anon...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails