Monday, January 31, 2011

Lalat dan semut... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Kedai kopi hj Karim yang selalunya meriah, pagi ni pi jadi gundah... Pak Long tengok sorang sorang punya muka macam ngan tak sudah... haha... awat pi jadi lagu tu, memang la di Tenang kita tak menang tapi bukan jalan mati bagi apa yang kita rancang... Mak Long hang bangkit punya awai, siap ngan sepinggan roti sorai... relax ja... tak teringat langsung kot kot la nak bermuram durja... haha...

Jangan meluat tengok Najib renyeh, tok sah la termuntah tengok Muhyiddin sengeh... haha... depa tu jalankan tugaih depa jugak... Sikit anak ka yang depa nak kena suapkan, depa tu laksanakan tanggungjawab depa jugak tu, sekurang kurangnya dalam gerup depa la... haha... bayangkan berapa lapih punya kroni yang kena ikat perut, kalau depa pun heghot petot...

Hangpa besa ka tengok lalat dalam botoi kaca... haha... dia punya pulun nak keluaq la teringat kat anak bini dia... haha... Tak kira apa saja, felaying kick pun dia bantai, kung fu pun dia tibai, ala ala serbu tembok pun dia sentai... Last last dia merayap keliling kaca pasai letih tak terkira, jatuh terkelepok dilantai pasai lapaq dan longlai. Memang nampak dia berusaha macam tak putuih asa, tapi terlupa nak pikiaq jalan nak keluaq... haha...

Hangpa besa ka pulak, tengok semut yang kita halang jalan dia... haha... Semut ni lain macam sikit, dia kreatif dan selalu berusaha mencari alternatif alternatif nak capai tujuan dia. Hang halang kot ni, dia pi kot tu, halang kot tu dia bina jambatan baru... kahkahkah... dia akan usaha cari yang terdekat dan cepat, asaikan tercapai tujuan.

Jadi terpulang kat hangpa nak jadi apa, jadi semut pun susah... jadi lalat lagi la gelabah... haha...

Hangpa rasa macam gagal ka... kecewa? Jangan tengok gagal sebagai kegagalan yang boleh buatkan kita kecewa dan sedih, putuih haghap, murung macam ayam berak kapok. Orang bijak adalah mereka yang pernah gagal dan bangkit dari kegagalan dan orang yang bebai adalah orang yang tak reti baiki kesilapan setelah gagal.

Pak Long nak ajak hangpa tengok balik kegagalan kita tu pasai apa, Cina boleh paham apa kita cakap pasai apa yang Melayu buat buat tak reti bahasa. Kita kena kaji pasai apa mai dengaq ceramah beribu ribu orang, tapi dok kalah semedang. Pemahaman kena bagi semua orang, bukan takat Mak Long hang ngan janda Limah saja... depa tu dah karat hijau dah...

Lagi satu Pak Long nak pesan ni, nak ajak orang bagi paham apa yang kita nak buat bila menang, bukan dengan hambat semua orang yang tak setuju ngan kita keluaq parti, lagu tu cara nak mati. Kritik bukan makna menentang, tapi itulah resam berjuang. Politik tu persepsi, susun strategi bagi betoi nak dapatkan balik persepsi baik pengundi. Kita kena telus, tak boleh dok main jumpak dalam gelap, hodoh politik lagu tu. Kita kena berbeza dari Umno untuk mengalahkan Umno.

Pakat berusaha sungguh sungguh sebagai bekal, barulah berdoa dan bertawakkal.

Wassalam...

Sunday, January 30, 2011

Asingkan taik cicak tu...

4 juta komen
Salam semua...

Sejuk la pulak petang nih... nak keluar ambik angin petang pun jadi segan. Kena la jugak dok ngadap muka Mak Long hang, sapa lagi yang Pak Long ada kann... haha... tapi sib baik la muka Mak Long hang pun lawa jugak. Tu la gunanya cari bini lawa dan cantik. Tak la kita kalut sangat nak tutup lampu time tidoq, gelap tak pa lagi asai jangan tengok muka bini... hihi...

Tapi bukan yang tu yang Pak Long nak cerita. Pasai, kalau kita tak dapat bini yang anggun dan cantik macam Rosmah pun tak pa, asaikan sedap sedap mata memandang macam Maya Karin pun jadik laa... Lagi satu hangpa kena ingat, lawa ngan cantik ni berbagai... tak serupa dari sorang ke sorang punya pandangan. Lain orang lain pulak cara pandangnya. Ada orang kata Rosmah tu hodoh, tapi hangpa tak boleh kata apa bila dah Najib pi tangkap lentok ngan dia. Hangpa menilai cantik ikut mata hangpa, tapi tentu ada mana mana part yang Najib terkelu lidah... tercantik ikut mata Najib... haha...

Tapi bukan yang tu yang Pak Long nak cerita. Pasainya... kecantikan kalau kat luaran manusia ni, Tuhan janji sementara saja, mai beralih umoq cam Mak Long hang tu dah koi koi nak hilang dah. Berapa lama sangat pompuan nak boleh jalan ginjat, tergedik gedik bertumit tinggi depan laki... haha... Tapi, ingat hanya satu... cantik dalaman tu yang kita mahu... sampai ke tua dok tak jemu... haha...

Tapi bukan yang tu yang Pak Long nak cerita. Sebenaqnya Pak Long nak bawak hangpa tengok Islam tu pakat pakat bagi lawa. Jangan dok ingat nak me'lawa' anak bini saja... haha...

Sebagai penganut Islam, tiap dari kita ni dah jadi macam duta pada agama Islam tu sendiri. Tiap sorang dari kita kena main peranan memasing. Nak cantikkan Islam pun kita... nak perlingkupkan Islam pun kita jugak. Ambik Islam ni pun sebenaqnya tak boleh dok ambik sekerat sekerat, kalau dah ambik... kena ambik semua. Baru kita tau manih dan cantiknya Islam tu. Sebab tu Pak Long sampai ke hari ni, insyaallah... masih setia mempertahankan berpolitik cara Islam. Letakkan Islam sebagai cara hidup. Sebagai umat Islam, kita hendaklah jujur dan istiqamah dengan kehendak agama sekiranya kita ingin sangat membuktikan cantiknya Islam tu sebagai satu agama dari Allah s.w.t. Berpolitik hanya kerana hendakkan kuasa pemenrintahan dalam negara supaya dapat kita menegakkan syiar Islam. Supaya dapat kita buktikan kesempurnaan Islam itu sendiri sebagai suatu cara hidup.

Pak Long tengok kalau Islam dan politik disatukan bagi membentuk kesempurnaan, maka wajarlah setiap ahli politik terutamanya beragama Islam dipastikan benar benar Islam, memahami Islam, malah meletakkan Islam mengatasi segalanya dalam jiwa, keluarga, maysarakat malah negara keseluruhannya.

Ca hangpa tengok, masyarakat kita ni sebenaqnya dah lama buat silap masa nak tentukan kelayakan sesorang tu jadi ahli dalam politik. Orang dedulu dah kelabu dalam menilai mana intan dan mana kaca, dah dialpakan dengan materialistik lalu lupa menilai dari jiwa Islam. Mereka telah lalai memastikan Islam sebagai syarat utama untuk berpolitik pada setiap ahli politik. Maka itu lah timbuinya ahli ahli politik yang hipokrit dan rendah akhlaknya, yang kini makin menjadi jadi malah bermaharajalela. Inilah bahayanya apabila kita sebagai rakyat membiarkan ahli politik yang buruk akhlaknya timbui dicelah celah masyarakat yang kononnya kuat berpegang pada ajaran Islam.

Akibatnya, generasi sekarang telah ditimpa bencana dan malapetaka. Pak Long menyeru pada anak anak dan orang ramai supaya sedaq untuk melakukan sesuatu membersihkan pekong yang membaham bangsa dan menghodohkan agama nih. Kita kena pastikan, beraih ngan taik cicak jangan dicampoq adukkan...

Wassalam...

Saturday, January 29, 2011

Nikmat

4 juta komen
Salam semua...

Haha... pepagi tadi dah tak dak kerja, lepaih tiga kilometer lari setempat... angkat berat sikit sebanyak, Pak Long lepak ataih pelantaq bawah pokok pelam sambil bertepuk tampaq ngan Mak Long hang... hihi... Memang indah sesangat, dengan tuala kat bahu, tanpa memikirkan masa depan... pekena pulak kopi kaw sebelah leptop... pergghh... malaih la nak cakap...

Lama beralih umoq ni lagu tu laa, boleh dok cabut uban kenin Mak Long hang pun dah rasa besaq sangat nikmat dia... haha... bagi yang nak hargai nikmat laa... Nikmat ni terlalu seni, haluih sangat... kalau kita tak cukup seni, mampuih tak kenai nikmat tu menatang apa... haha... Berlambak aaiihh... manusia ni yang tak kenai nikmat sebagai manusia. Ada yang dah lupa pun nikmat jadi insan tu macamana. Sebab tu kita tengok la ni, benda yang tak terpikiaq manusia boleh buat pun dah ada manusia lain buat... haha...

Hangpa ingat tenok ka yang buang anak berteraboq tepi jalan tu, hangpa nampak macam babun ka yang lempaq anak dalam longkang berlambak lambak tu... hangpa tengok macam lembu ka yang rejam anak dalam jamban tuu... dakk... anak orang tuu. Sebabnya mak pak depa dah tak tau rasa macamana nikmat jadi orang, sebab tu depa tak ghairah langsung nak bagi anak depa sendiri rasa indahnya jadi manusia... haha...

Hangpa ingat bapak bewak ka yang ceghok asid kat muka anak bini sendiri, hangpa ingat bini berok ka yang hayun laki sendiri ngan belanga sampai pengsan... dakk... depa tu semua orang cam kita jugak. Depa tu cumanya tak seronok nikmat jadi orang ni, sebab tu depa cipta aktiviti aktiviti lain yang konon kononnya lagi seronok... dera anak bini... penyepak laki sendiri.

Sebab tu Pak Long kata tadi ni, nikmat ni cukup seni dah haluih. Nikmat ni hanya boleh dinikmati dengan mata hati. Hati kalau dah gelap, mati hidup balik pun depa tak reti dan tak tau nikmat tu menatang hapa. Tapi dalam dok sibuk manusia dah segan nak nikmati hidup sebagai manusia, ada golongan lain pulak yang nampak jadi manusia ni cukup hebat. Depa ni pulak yang pulun riuh rendah nak jadi manusia dan rasai manisnya nikmat sebagai insan.

Di England, sekoq gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne, telah menjadi perhatian ramai pasai dia boleh berjalan macam manusia. Dah la jalan macam orang, siap ngan nama pun canggih... ala ala hindustan sikit... haha...

Gorila yang bernama Ambam tu menjadi sensasi di laman web YouTube pasai pulun sakan nak jadi macam orang. Jadi, tak malu ka kita yang manusia ni nak jadi binatang sedangkan ada binatang yang berhempaih pulaih nak jadi orang... addehh...

Wassalam...

Thursday, January 27, 2011

Gambaq tupai jatuh tanah... addehh...

2 juta komen
Salam semua...

Tupai ni bukan jenih terbang, tapi jenih yang pandai lompat. Mungkin langit tak selalu cerah kot, jadi tak dan nak peluk ranting, jatuh terpelanting...

Gambaq tupai ni Bernama yang tangkap... hihi... disini menunjukkan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang jugak bekaih peguam, Pathmanabhan A/L Nalliannen diiring keluar polis dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting. Depa nak sebut semula 24 Februari ni, jadi pakat pakat tengok la... habuan tupai yang berlagak nak jadi Tuhan cabut nyawa orang nih...

Al-fatihah untuk arwah... ... ... ... ... ...

Wassalam...

Sengeh sampai lenguh... haha...

2 juta komen
Salam semua...

Hihi... selamat mengundi anak anak, adik adik dan selamat menciluk nek nak. Senyum mau manih, hati mau bersih... ingat Tuhan bagi banyak baru apa yang kita buat jadi ibadah. Solat tunggin terbalik tapi tak ingat Tuhan pun tak guna jugak... haha...

Dun Tenang dah nak sampai kepenghujung... boleh la kita pakat tengok sapa yang rugi, sapa yang untung... sapa yang suka hati, sapa yang murung... Ibadah diri ni kena tunai, tak kira kat sekolah atau kat balai, biaq rakyat pakat pakat menilai, tanggungjawab kita kat orang ramai...

Selamat mengundi dengan tulus hati...

Wassalam...

Le Tour de PJ

4 juta komen
Salam semua...

Hihi... Tobat aiihh, yang ni Pak Long suka bila tengok orang orang besaq kita berbeskal. Baguih la, teladan yang baik tu selain menyihatkan badan, alam sekitar pun tak ternoda. Tok sah kira la walau masih ramai pemimpin pemimpin kita yang tergedik gedik sokong projek pelingkup alam sekitar serupa la ngan hak mak bapak depa. Pak Long sokong sangat benda baik nih... hihi...

Tapi agak agak laa woii... nampak macam tak real la kayuh sambil sengeh... hihi...

Lagi satu Pak Long nak cadangkan Rosmah kena bawak Najib pusing town berbeskal gak, macamana Pak Long heret Mak Long hang pi makan kenduri tuh... ambik bahagian sama kalau nak bagi benda baguih ni bertahan lama... mengkalu orang yang LEBIH besaq turun padang, tentu orang bawah menderu deram pakat ikut, projek tu tak la nampak macam berlakon atau terkemut kemut nak jalan... haha...

Seronok ooo... bila berbeskal balik kedai, orang surat habaq bertolak hang aku nak amik gambaq... haha...

Wassalam...

Wednesday, January 26, 2011

Hasilnya...

6 juta komen
Salam semua...

Saja ja nak bagitau kat hangpa semua, ini hasil tuaian dari kelancangan mengganyang Islam di bumi Melayu Islam... lagi jelabaih, lagi kuat sokongan kawan kawan... haha...

Bertambah meriah dan berwarna warni lagi pesta mengganyang ni kerana ia turut disertai oleh Melayu Islam yang langsung tak rasa bersalah dengan adanya kawan bukan Islam yang tidur sebantal dengannya yang tak paham Islam sebagai cara hidup... hadoiiihh...

Hangpa nampak ka apa yang Pak Long nampak...

Wassalam...

Tuesday, January 25, 2011

Mana pelita...

6 juta komen
Salam semua...

Pelita tu penting, bukan saja bagi terang tempat yang gelap supaya orang celik dapat tengok tapi jugak penting untuk orang buta supaya dia tu dapat dilihat dalam gelap. Jadi tak kira la yang celik ka ataupun yang buta... kena pandai pandai dok jaga la pelita tu jangan bagi terpadam.

Pelita ni melambangkan terang dan kebijaksanaan. Bawak pelita ertinya menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita, sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan pihak lain dari berbagai aral rintangan.

Sudahkah kita suluh pelita dalam diri masing masing... kalau sudah, apakah nyalanya masih terang, atau nyaris terpadam. Maka jadilah pelita, untuk diri kita sendiri dan sekitar kita. Ada orang bijak pandai katakan, sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyalaan pelita pertama tetap tidak akan terpadam...

Saja cerita jaa, haha... rumah Pak Long tak dak karan malam nih... hihi...

Wassalam...

Monday, January 24, 2011

Awat pulak dahh... wakaka...

2 juta komen
Salam semua...

Riang sekawan anak buaya,
Makan meggi di taman larangan,
Nak masuk dewan tak dak upaya,
Hanya menjadi penyeri pandangan.

Dari pembaca setia... (anom...)

riang sekawan anak buaya
makan meggi ditaman seri
masuk dewan mesti bergaya
takut nanti penggundi lari

kahkahkah... Addehhh...

Apalah guna menebas lalang,
Kalau mengharap tumbuhnya padi,
Barang yang lepaih tok sah dikenang,
Tunggu Port Kelang mengundi lagi.

Versi pembaca setia (anom...)

apalah guna menebas lalang
memang mengharap tumbuhnya padi
barang naik dok sah dikenang
penggundi bodoh calunku lagi.

Wakaka... hihi...

Wassalam...

Sunday, January 23, 2011

Batu nisan pun kita pandai pacak la

6 juta komen
Salam semua...

Nak berceramah dipentaih politik ni tak payah, dah tau seni jadi lagi tak susah. Nak jadi orang politik ni pulak tak susah mana pun, kita kena tau saja kot belah mana nak pulun... haha... time kempen yang paling syok, yang mai dengaq depa bayaq untuk khusyuk. Kita kena kenai pendengaq kita, baru senang kita nak auta... haha...

Orang politik ni ada kalanya depa kena cakap ikut pungkok, sebab tu kadang kadang busuk ya rabbi, Tuhan saja Maha Mengetahui. Tu yang Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik tu, mengkalu tidak dah lama Pak Long jadi menteri... haha...

Pak Long tau Shafie Apdal ni bijak... ataih pentaih ni kena buat lawak... baru pendengaq ada benda nak gelak... haha... Dia gebang depan orang asli... hentam saja apa pun walau tak berisi... Cuma Pak Long nak bagitau kat dia la, kita bukan takat pandai 'pacak bendera' saja... ngan 'batu nisan' pun kita terer... siap pacak sambil pejam mata... tunggu la kalau nak rasa... kahkahkah...

Wassalam...

Saturday, January 22, 2011

Keluarga zaman moden

4 juta komen
Hang nak pa habaq elok elok, jangan dok menyinga camtu... hihi...

Salam semua...

Beskal tua Pak Long berkeriut lintaih titi batang nyok depan rumah. Mak Long hang sengeh sengeh depan pintu, tebai betoi bedak sejuk dia, walaupun baru pukui dua... seronok ngan laki dia dah balik... haha... tang mana lagi Pak Long nak lepak kalau tak balik rumah... mana ada rumah lain lagi dah...

Lama beralih umoq ni awat tak tau, lepaih makan pun dok tak larat lagi.... hihi... Pak Long tongkat beskal pun pakai siku... baru balik sangat dari rumah hj Karim ni, dia buat kenduri doa selamat pasai Taib Mahmud tu menikah lagi... haha... bukan ada sangkut paut pa pun, cuma rambut depa ja sama kaler... haha...

Tok sah dok jeles kat Taib Mahmud tu, dah jodoh dia... jodoh hangpa tu yang kena dok jaga elok elok. Bebudak zaman la ni pun satu, macam macam yang kita dengaq terutama bab bab menikah ni depa suka buat memain, tak bersungguh... tak reti langsung nak dok elok elok. Mengkalu laki tak dera bini, bini pulak yang balun laki. Ca hangpa tengok sini, si bini pi sidai kepala laki sendiri ngan kuali. Sakit woi belanga pi hayun kat kepala... agak agak la sama... laki hang tu kencin manih... dah lama tak dok sekali, tapi ego mengalahkan singa... mengkalu dah tak mau pun, hantaq la laki hang tu balik rumah mak pak dia elok elok, jangan dok buat tahana kat anak orang lagu tu... addehh...

Ganaih sungguh laki bini zaman moden la ni, dulu ada kes kamboih laki belakang rumah, yang ni pulak bedai kepala laki ngan kuali. Sampai pengsan budak tu dia hayun. Tu isu salahguna kuali... ada gak kes salahguna cuka getah, laki pi ceghuak cuka getah kat muka anak bini... hadoiiihh...

Faktor terbesaq yang Pak Long tengok untuk keharmonian rumahtangga ni adalah kejujuran. Pak Long pun tau, sikit sangat dari kita yang jujur pada diri sendiri, jujur pada janji, isteri yang jujur pada suami, suami yang jujur pada isteri dan macam macam lagi lah. Tapi kita pasti akan berjaya kalau kita letakkan kejujuran tu sebagai pegangan dan panduan hidup... Kejujuran ni perlukan pengorbanan. Kita kena korbankan ego kita untuk jujur, kena lempaq buang sombong kita untuk berlaku jujur.

Mak Long hang selalu gak tazkirahkan anak anak, kalau kita tanamkan kejujuran, kita akan menuai kepercayaan, kalau kita menanam kebaikan, kita akan menuai sahabat-sahabat. Tak salahkan... laki bini jadi sahabat. Kalau kita menanam kerendahan hati, kita akan menuai kebesaran...

Ego, bongkak dan sombong tu pakaian Tuhan. Kita ni hamba, tok sah gatai la nak pakai benda benda tu semua...

Jika kita tanam pengampunan, kita akan menuai perdamaian. Jadi, apa yang kita tanam sekarang, itu lah yang akan kita tuai kemudian nanti... tak dak lagi kes Mak Long hang tanam ubi kayu belakang rumah boleh kutip epal hijau... agak agak la woiii... hihi...

Wassalam...

Friday, January 21, 2011

Apa yang hangpa nampak...

8 juta komen
Salam semua...

Hangpa nampak ka apa yang Pak Long nampak... dak? Haha...
Mati mati Pak Long ingatkan pintu gerebang nak pi Putra Jaya... haha...

Hangpa tengok ka apa yang Pak Long tengah dok tengok ni... dak? Haha...
Mati mati Pak Long ingatkan maskot pesta masak memasak... haha...

Hangpa dengaq ka apa yang Pak Long tak dengaq... dak jugak? Haha...
Pak Long pun tak dengaq kot kot la ada yang mati terpijak masa berdemo sokong benda alah nih... haha... Pak Long pun tak dengaq kot kot la ada fatwa baru ka kata benda alah ni tak salah... haha...

Saja tanya ja la... hihi... selamat hari Thaipusam...

Wassalam...

Wednesday, January 19, 2011

Rezeki terbalik pulak dah... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Tak payah nak tunggu YB mati... haha... tak payah tunggu menteri mai jenguk nyonya menari... semua tu lambat. Tunggu saja keta duit terbalik sendiri...

Pak Long rasa rasa la, bukan kereta tokey minyak masak kot pasai duit syiling saja yang nampak berteraboq... hihi... Berita menarik pepagi nih, kereta bawak duit kabarnya terbalik lepaih berlaga kat lebuhraya Utara Selatan menyebabkan ribuan duit syiling berselerak, penuh jalan penunggang moto berlarak. Tapi hangpa pun agak agak la woii... tengah lebuhraya pulak tuu. Berapa duit sangat dapat yang belum tentu pun berkat. Takat lepaih kopi tongkat ali tu apa la sangat...

Duit dari jenih terpijak camni selalunya Mak Long hang tak berapa gemaq. Serupa jugak dengan rezeki masa pilihanraya, semua bagi kita gelap mata... boleh bawak celaka kalau tak kena ngan gaya... tapi kalau dah depa bagi sapu saja la... haha... Mak Long hang selalu pesan kat anak dia, anak dia tu anak Pak Long jugak laa... duit bertaboq belum tentu kita makmoq. Rezeki terlebih takut ada ciri ciri iblih, jenih depa taboq ngan tak ikhlaih, mesti nak harap balaih... apa yang omputih kata tu, you help me, I help you...? Haha... macam besa dengaq pun ayat tuh... haha....

Ca hangpa tengok masa pilihanraya, tok sah kira laa kecik ka besaq... Sekali menteri turun, duit bertimbun timbun. Sekali Piem mai, sekolah ngan jambatan pun dan dan boleh sampai... bukan pasai lampu ajaib, tapi ni la cerita aneh kerajaan Najib... hihi... tak aneh mai mana, suka mak bapak depa kata benda alah ni tak salah...

Tapi pandai pulak kata undi tu rahsia, ikut pilihan hati kita... habih tu projek ngan duit tu nak buat apa? Awat yang gatai sangat nak bagi masa la? Ikhlaih tak dak langsung, camana nak masuk syurga? Kita mesti nak cari orang yang berani, tak kira la berdebat atau berkelahi... pertahan apa yang dia perjuangkan. Bukan jenih suka cilok sana sini, tapi bab gebang macam berani... hihi...

Wassalam...

Tuesday, January 18, 2011

Orang tua tua Umno

8 juta komen
Salam semua...

Untung ooo... jadi orang tua tua kat kampung. Pak Long dok dikampung, Pak Long tau laa... Dikampung, orang tua tua ni depa sanjung. Dihargai sebagai kepala majlis. Orang tua tua kampung dilepaih bebaih... mata pun celik luaih, bercampoq ngan semua orang kampung, boleh pulak bagi pandangan dan buah pikiran pada majlis majlis tertentu.

Tak serupa di bandaq bandaq besaq, orang bandaq geli tengok orang tua tua... depa lebih suka kurung orang tua tua ni dalam satu rumah yang jauh dari mata ramai... boh pulak nama tempat tu bagi hodoh sikit, "rumah orang tua'... addehh... sedih woi lagu tuu... Sebab tu jangan dok heran kalau ada sesetengah orang bandaq tu, depa juih mulut empat inci mengkalu selisih ngan orang tua tua... lain la kalau ber"uang" macam Taib Mahmud tuh... hihi... tak cukup tanah la depa ligan... haha...

Kita kena tau macamana nak ambik hati orang tua tua ni. Depa berpengalaman tapi sensitip. Jadi, kena pandai dok tengok kebolehan depa, yang sora ala ala P Ramlee... kita letak jadi bilai mesjid. Yang geng memukui padi, kita letak tok siak katok gendang... macam tu la seterusnya. Baru depa rasa dihargai. Nak harap bebudak muda bang maghrib, pakai tak sembahyang jemaah la kita.... depa lari habih tengok wayang. Sebab tu kena ada orang tua tua, tak boleh dok hina... woiii... kalau tak dak orang tua tua, tak dak la orang muda... tau ka...

Dikampung kampung, orang tua tua jugak la yang depa letak jadi kepala majlis bila ada kenduri kendara, orang tua tua jugak la depa letak jadi kepala rombongan bila ada pinang meminang. Takkan dah hilang akai kot, nak lantik Berahim ujung kampung ngan unifom seluaq jin koyak lutut kot pi berpantun depan rumah orang... agak agak laa woii... haha...

Jadi macam tu la jugak Pak Long tengok ura ura beberapa orang tua Umno Pahang yang nak masuk PKR tu sebagai terbaik. Pak Long tengok kot belah elok laa... Mak Long hang pun tak nampak macam PKR ni jadi tong sampah pun... hihi... buat masa ni laa... hihi... Dalam Umno, orang tua tua yang dalam kategori hampir pakai pempers ni, depa nanti letak untuk jaga zoo dan simpan dalam muzium saja... sebab tu pakat nak lari habih...

Tapi macam yang Pak Long kata tadi la, kita ni kena pandai tengok dan perguna pengalaman depa nak letak tang mana. Jadi, si Fauzi tu kena cerdik laa sikit... jangan sa kata berpengalaman teruih nak bagi jawatan utama. Orang kita nak letak tang mana. Kena lantik dulu jadi esisten tok siak ka, esisten tok bilai ka, esisten tok imam pun tak pa lagi, tapi imam tu biaq orang lama kita laa... jangan dok biaq orang tua tua ni melilau tak ketahuan kepala ekoq.

Yang orang tua tua ni pun Pak Long harapkan depa ni sedaq la diri tu sikit. Dah dalam Umno pun tak laku, tak dihargai... mai pulak tempat baru dalam PKR ni jangan la tunjuk hero, juah tak ketahuan hala sangat. Kena belajaq belajaq "duduk dulu la baru berlunjoq..." haha... mengkalu tak paham jugak, tok sah jadi orang tua lah... haha...

Wassalam...

Monday, January 17, 2011

Jangan nyanyi kat dapoq

16 juta komen
Salam semua...

Tu la Ragad oii, kan Pak Long dah pesan kat hangpa, anak dara jangan dok nyanyi kat dapoq... haha... kan la ni dah kena buat kerja bagi lebih... ya la, laki hang tu dah kategori beralih umoq, kena paham paham la. Kerja lebih lebih ni bukan semua orang boleh buat, sebab tu bebudak tempatan cukup mengelak benda benda lagu ni... hihi...

Errr... makjon cap apa gamaknya Taib Mahmud ni pakai noo... bukan mudah wooii, nak ragaih kek lima tingkat tuh... hihi... Duit dah lebih, jenama impot jugak depa pilih... addehh... tenaga dah kuat, macam macam boleh buat... haha...

Wassalam...

Saturday, January 15, 2011

Khairy pandai yang tak cerdik

8 juta komen
Lawan kawad ngan Rafizi pun belum tentu hang menang... kahkahkah... 

Salam semua...

Kesian kat hang Khairy oiii, Pak Long tengok dah jadi macam anak terbuang la pulak hang ni dalam Umno... haha... nak mentakedarah pun kena main keloi keloi, mengkalu tidak orang tak tau dan tak nampak pun hang tu... nak kencin berak pun kena keghiau deghaih deghaih, mengkalu tidak orang buat tak tau la kat hang... haha...

Tapi Pak Long suka hang ni tau ka. Hang ni jenih yang sedaq diri, dah tu jenih yang tebai muka pulak tu dan pandai nak letak diri hang tu tang mana. Pandai la sikit dari Mak Long hang tuu... haha... ya la, besa masuk Oxpod la katakan. Tapi hang kena tau, hang mungkin ada pandai, tak dak cerdiknya. Orang yang utamakan pandai saja memang selalu akan jadi makanan dan mainan orang cerdik. Orang pandai senang senang saja pas peksa SPM, tapi time kerja tetap dia jadi kuli pada orang yang cerdik... contohnya hang laa... haha... Ketua pemuda pertama yang tak dak jawatan kabinet. Hang mungkin pandai di Oxpod tapi Najib lebih cerdik dalam membodek Che Det.

Pak Long tau Khairy oiii, hang memang pandai. Sebab tu Pak Long tengok cabaran hang kat Anwar untuk berdebat tu sebenaqnya satu signal kat Najib, hang dah lapaq. Masa untuk makan, minum dan pi jamban.

Hang pun tau, Anwar takkan layan hang punya. Hang pun tau mengkalu lawan debat ngan Anwar, tobat kalah. Hang pun tau, hayat politik hang dah tak lama... jadi ajak pi la, sekurang kurangnya hang dah buktikan hang tu lebih berani dari Najib. Hang dah tunjukkan yang hang lebih ber"teloq" dari anak Che Det hujung kampung tuh... haha...

Sampai mati berdiri la hang Khairy oii tak boleh jadi menteri... haha...

Wassalam...

Friday, January 14, 2011

Penawar

2 juta komen
Salam semua...

Sat sat... hujan, sat sat... panaih, pagi berkabuih, tengahari rimaih... Tuhan baru uji sikit macam tu saja, badan tua anugerah Allah pada Pak Long ni pun mula rasa meragam. Lenguh badan badan... kepala rasa macam nak merekah... berbinau binau, naik berayaq bijik mata. Lutut ni rasa ketaq pedih, Baguih jugak ni, ujian yang Tuhan bagi kat Pak Long camni saja... habih sangat kot dua tiga hari tak keluaq rumah... haha...

Sebenaqnya ujian Tuhan ni berbagai... tiap sesuatu yang mai kat kita tu sebenaqnya ujian tak kira hangpa suka ka dak. Tuhan bukan peduli hangpa tu redha ka dak, sedaq sikit hangpa tu hamba. Dengan ujian ni baru kita tau, kita ni dok takat mana... adakah tahap redha kita tu "sampah" atau redha sorang "hamba pada Allah". Sakit gigi sikit saja, bebudak main goli depan laman habih kena maki atau hilang lembu sekandang... zikrullah lagi kuat berdendang.

Kadangkala sesetengah ujian tu terlalu besaq bagi akai insan yang kerdil nih. Lagi besaq dari sakit gigi, lagi dahsyat dari hilang lembu. Sekali tengok macam tak dak dah jalan nak keluaq, hanya Allah sahaja yang mampu. Namun, insan yang beriman kena yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Gantikannya dengan lebih baik, duka pada bahagia. Tapi ya la, kita berusaha... lepaih tu berdoa, nak makbul tak makbul tu keja buat Tuhan la, tapi hangpa tak malu ka... asyik nak memintak saja kat Tuhan sedangkan memujiNya jauh sekali. Memang Tuhan sukakan hambaNya meminta minta, tapi tak rasa bersalah ka, time susah saja kita ingatkan dia.

Insan kena sedaq ni, memang Tuhan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rahmat Allah itu merata tapi antara punca jauhnya rahmat Tuhan pada hamba hambanya adalah dosa dosa dan kesalahan hamba hambanya. Dan, setiap kita tak terlepas dari salah dan dosa. Dosa sombong kita, dosa ego kita, dosa riak dan bongkak kita, dosa hasad dengki kita, dosa bersangka buruk kita dan macam macam lagi. Macamana nak masuk syorga, dah dosa berjela jela... haha... Dosa dosa ni la jadi pemisah, jauhkan kita dari dekat pada Pencipta kita.

Doa doa kita tersangkut pasai dosa dosa kita. Rahmat Allah tak tercapai kerana dosa dosa hambanya. Dan penawar yang boleh bukak balik jalan ialah taubat dan ‘istighfar’. Kembalikan diri hamba pada Allah, sedaq diri tu hamba dan Allah tu Pencipta dan memohon ampun kepadaNya. Lakukan dengan jujur, ikhlaih dan luhur, khusyuk dan tawaddhuk. Yang tu saja penawaq yang boleh bawak kita capai kebahagian hidup.

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)..” (Surah Hud: 3)

Wassalam...

Sunday, January 09, 2011

Nak cerita sikit kat Shahrizat nih

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long terlupa pulak, Pak Long dah ucap ka dak gi tah, selamat tahun baru kat hangpa semua... haha... maklum la kan, lama beralih umoq ni lagu tu laa... semedangnya terlupa, sib baik tak terlupa bini... hihi.. ahhh... ucap ka tak ucap ka, dah 9 hari dah hangpa perabih oksijen dalam tahun masehi 2011 nih...

Pak Long ni bukannya apa, teringat menteri bangun orang pompuan ni, teringat pulak kat tahun baru... haha... kesian gak tengok dia dok berletiaq sorang sorang... haha... allaa.. menteri Shahrizat tuu... tak sabaq sungguh dia nak tengok hasil ditahun baru 2011 nih... Patut sangat la dia berletiaq camtu pun, baru seminggu dalam 2011, dah ada tujuh kes buang bayi dilapoqkan... alaahaii... kelongsong bunga api yang riuh rendah depa tembak ari tu pun dok panaih lagi... dah ada tujuh laporan, yang tak dilaporkan tu tak tau la pulak dah berapa...

Tapi Pak Long nak cerita sikit la kat menteri jaga keluarga ni... kot kot la dia tak berapa nak paham... haha... buat anak ni Shahrizat oii... bukan macam tekan kueh semperit... tekan la lepaih 10 minit bakaq boleh tau dah berapa bijik boleh pakai... hihi... Makna katanya, anak anak yang depa lempaq ni bukan hat tahun 2011 punya, tu semua kemuruk yang depa himpun tahun lepaih, mai meghuah tahun ni... mengkalu hang nak tau jugak jugak hasil dari sambut tahun baru 2011 nih, hang kena la tunggu tengok berapa pulak anak anak yang depa nak lempaq bulan lapan ataupun bulan sembilan akan datang nih... haha... sama sama la kita pakat tengok meriah ka dak sambutan tahun baru hangpa yang baru lepaih nih...

Sepatutnya hangpa dah lama kena belajaq dari pengalaman yang lepaih lepaih. Banyak dah kempen demi kempen yang hangpa buat tapi dok tang tu jugak. Makna katanya hangpa kena kaji balik la, kempen hangpa tu ada roh ka dak, mengkalu buat sambil lewa memang tak kemana. Tepat ke sasaran ataupun tak.. dok pi kempen kat Mak Long hang tu nak buat hapa, bukan masanya dah. Kaji tengok tercapai ka dak objektifnya, tak tercapai pulak kena tau pasai apa. Tu baru betoi cara cara nak tolong depa nih...

Budak budak yang dok buang anak ni adalah budak budak yang tak sihat. Depa ni tak sihat dari segi iman, jadi perbetoi la iman depa. Bukannya buat sekolah mengandung bagi banyak. Budak budak yang dok buat kerja jahiliah ni adalah bebudak yang tak paham macamana nak jadi orang beragama. Jadi kita kena la ajaq depa macamana nak jadi orang yang ada agama, bukan perbanyakkan lagi tempat nak hantaq anak anak luaq nikah.

Tak payah la kalau takat nak habaq kat orang kampung kata hangpa tu komited nak banteras kelaku buruk ni, hangpa kena ikhlaih dalam tindakan nak dapat restu Tuhan. Jangan la malu nak mengaku Islam sebagai cara hidup...

Wassalam...

Friday, January 07, 2011

Anwar dan Rais

8 juta komen
Salam semua...

Tali ayaq hujung kampung penuh ngan bebudak tahan taut. Musim hujan camni walaupun renyai renyai memang sesuai sangat untuk tahan taut... haruan ngan keli tengah lapaq... haha...

Bagi bebudak yang ganaih dan hati kerin, taut ni selalunya depa pakai umpan katak... Depa kaitkan belakang katak tu dan biaq terapung apung ataih muka ayaq. Bagi bebudak yang skema dan lemah lembik sikit, depa pakai sepat ronggeng saja. Anak sepat ni depa kaitkan kat tengah belakang dan biaqkan terapung... berenang renang ataih muka ayaq...

Taut ni memang kena pakai umpan hidup camni, bergerak gerak ala ala nak larikan diri ataih muka ayaq. Tentu boleh tarik perhatian bapak haruan terkam umpan. Taut ni selalunya depa pacak waktu petang dekat dekat nak maghrib, esok pagi baru jalan kutip balik. Kekadang tu kena kaki yang rajin sikit, tengah malam pun depa jalan pi tengok. Tengok la nak tukaq umpan ataupun meluat teruih nak humban.... haha...

Hasil tangkapan dari taut ni selalunya ikan haruan laa... mengkalu dapat, tak kecik punya, spesis bapak haruan dan keataih. Kesian gak kat bapak haruan tu yerk, dah tak boleh nak makan anak sendiri dah... haha...

Hihi... terpikiaq pulak Pak Long, antara Anwar dan Rais... antara Saiful ngan Robengah... sapakah yang jadi taut dan sapa pulak yang jadi umpan hidup tu yerk... hihi...

Wassalam...

Wednesday, January 05, 2011

Kopiah tinggi, songkok nipih

10 juta komen
Salam semua...

Kedai kopi haji Karim meriah terlebih pulak dah, panaih... tak macam selalu. Mustahil sangat gusti depa pasang pepagi hari, walaupun tengok Husin keraih tercegat luaq kedai... takkan pulak depa depa tu berdebat pasai harga minyak kot, pasai dah tau tu semua kerja karut...

Rupanya ada wacana ilmu... haha... dua puak yang selalu berbulu hang aku... sakan betoi orang kampung Pak Long la ni, sikit isu dibuat wacana, kedai kopi hj Karim jadi penaja utama... hj Karim senyum sampai ke telinga, kopi ceroi dia pun jalan juga...

Dah dua jam dok bertengkaq, tak dapat lagi jalan keluaq. Memasing kata, hujah depa yang berfakta.

Yang puak songkok nipih berhujah, asai bangsa Manusia dari Adam dan Hawa yang dicipta Tuhan diawal kejadian... ia disandarkan pada quran dan firman. Tapi yang geng kopiah tinggi pulak tetap mempertahankan bangsa manusia berevolusi dari monyet sejak berjuta juta tahun dulu lagi... bukan dari sains rumahtangga tapi ia disahkan dari teori sains moden... katanya... haha...

Hj Karim angkat kepala... kot kot la Pak Long ni boleh sulam cerita... haha...

Benda alah ni kacang saja, tok sah dok sakit sakit kepala nak buat hapa... Hujah puak songkok nipih tu betoi, apa yang dia cerita adalah asai usui keluarga belah depa... Adam ngan Hawa, beranak pinak mai kat depa... Yang puak kopiah tinggi pun betoi jugak, apa yang dia cerita tu memang asai usui keluarga belah dia... dari monyet sampai ke kera, teruih berevolusi sampai ke dia... haha...

Nak heran pasai apa, tengok kelaku saja dah tau sapa depa...

Wassalam...

Tuesday, January 04, 2011

Cerita aneh

4 juta komen
Salam semua...

Hidup ni tak selalunya indah malah banyak payah lebih dari kerbau ditengah sawah... tambah tambah lagi dunia moden la ni, serba serbi nak kena beli. Kalau ikut Mak Long hang kata... tinggai oksijen saja yang tak kena lagi... tu pun tunggu la tengok setahun dua nanti muleh la hangpa kalau Umno perintah lagi... haha... hangpa tak percaya tanya Mak Long hang... wakaka...

Dari sari ke sari Pak Long dok tengok koi pelan aneh... ca hangpa perati betoi betoi, banyak sangat benda benda ajaib yang Umno cipta untuk di"surprise"kan pada pengundi depa.

Tak aneh mai mana Najib oii, kita ada lebih 38,000 kilometer persegi tanah yang disumbat dengan kelapa sawit... tapi anak buah hang bagitau rakyat jelata minyak masak kian berkurangan dipasaran... apa ni? Takkan ekspot sampai habih kot... Tak ajaib mai mana Rosmah oii, dalam pada lebih 14 juta tan pengeluaran sawit kita, tup tup depa habaq harga minyak masak tak akan dinaikkan... tak naik tak payah dok gempaq mai la mangkok oii, lain la kalau memang hangpa tu ada niat nak pekena mak cik pak cik felda...

Jangan dok pitnah, tak dak masa aaihh Pak Long nak sakit hati kat hangpa... minyak nyok tanak pun tak larat nak perabih takat Mak Long hang nak minyakkan rambut... tapi Pak Long kesiankan janda Limah tu, goreng karipap bukan boleh pakai ayaq paip Najib oii... Mak Long hang risau si Lucy tu, goreng lauk bukan boleh guna minyak cap kapak Rosmah oii... Nak beli minyak la ni dah lebih macam mintak sedekah, mintak belaih kasihan tokey kedai untuk sekampit dua minyak murah... Melilau habih satu pekan, yang dapat ada kot dua cawan...

Ada menteri tak boleh harap nak jaga negeri, pantang yang cerah dahi... amah pun dia seligi... Tunggu la Mak Long hang naik menteri, tau la aku ajaq hangpa nanti...

Wassalam...

Monday, January 03, 2011

Tuan puteri mencemar duli

6 juta komen
Tuan puteri mencemar duli, sengeh sampai lenguh pipi...

Salam semua...

Sumpah Pak Long tak jeles punya... tapi kalau Pak Long la jadi budak nih... hihi... lima tahun Pak Long tak kelapaq masuk kedai gunting... seminggu Mak Long hang tak leh picit kepala, takut hilang wangi... addehh... hihi...

Habih ikhtiaq dah la depa ni dekat dekat nak pilihanraya nih... haha... hangpa pikiaq senang ka woii, nak dapat Puteri bangsa Umno tu ronyeh remoih kita... haha... tunggu la lagi lima tahun...

Foto Bernama kat ataih nu tunjukkan Rosnah Abdul Rashid Shirlin mempamerkan kemahirannya membelasah kepala budak Syawal Khairul Nizam sempena Program “Barber On Wheel” di Subang Jaya.

Hihi... macamana gaknya kalau Pak Long buat program camni kat kampung, gulung tikaq la Zam kedai gunting tuh... haha... nak kena tanya Mak Long hang gunting kain dia boleh pinjam dak...

Wassalam...

Ubah saja yang segan nak berubah

2 juta komen
Salam semua...

Kembang ngan hati Pak Long bila tengok muka Mak Long hang manih berseri seri, kalah Maya Karim masa memula join Nona dulu... hihi... Lega sungguh hati Pak Long, Mak Long hang dah belajaq terima hakikat... dah memang Liverpool yang suka dok senarai bawah liga, nak buat camana... haha... baru hari ni kot Mak Long hang dah pandai senyum sikit, menang 2 - 0 ngan Bolton... haha...

Pak Long dok tengok geng geng Liverpool ni ada kot tegha setengah setengah puak dalam Pakatan Rakyat, nak menang tapi tak dak kesungguhan dalam usaha yang depa buat nak jana kemenangan. Jangan sayang nak potong kuku la kalau dah sah kuku tu halang ayaq sembahyang kena kulit. Salah ka kalau kita kena potong rambut kalau dah dengan cara tu kita nampak lebih hensem dan lawa. Bukan semua pengurus tu pandai urus, sebab tu Liverpool dah giatkan usaha nak terajang Roy Hodgson... haha... Pakatan Rakyat? Huh... nak cakap pun meluat... benda yang dah boleh buat tukun pun depa simpan buat tongkat langit...

Kita jangan la jadi Umno kalau dah tau rakyat terbanyak meluat kat Umno. Kita jangan dekat ngan Umno dah tau rakyat berbulu ngan Umno. Pemimpin yang tak tau realiti semasa ni tak boleh jadi pemimpin. Pemimpin bengong yang tak sensitip macam ni la kena dok terajang buang macam yang Liverpool nak buat tuh... Dalam politik ni kita banyak main dengan persepsi rakyat kat kita. Jatuh bangun kita pun kerana depa jugak. Kita akan renyeh kat Putra Jaya kalau dah rakyat suka, tapi kalau dah tengok kita ngan Umno serupa saja, nak ubah buat hapa...

Umno syok jengok rakyat lima tahun sekali time nak pilihanraya, kita pulak pelan pelan dah belajaq nak ikut sama. Cakap pandai dalam bilik ekon belum tentu tiket terbaik jadi pemimpin yang paham masaalah dan kerenah rakyat. Kita kena buktikan kat pak cik mak cik felda yang kita ni dah sedia sebagai "kerajaan menanti". Persoalannya... adakah pesawah, petani dan geng jaga lembu macam Pak Long ni paham menatang hapa yang hangpa dok sembang tu... hangpa kena rajin untuk berubah kalau nak tengok rakyat berani berubah...

Jangan kufur nikmat... ingat tu, sejarah tak pernah menipu dan sejarah jugak membuktikan sesebuah negara runtuh disebabkan lemah dalam uruskan kejayaan. Kalau tengok betoi betoi, ianya berpunca dari sifat kufur nikmat. Berasa diri hebat tanpa setianya rakyat. Tapi sifat takbur ni memang selalunya diakhiri dengan kejatuhan dan kemusnahan. Bila depa tak alami penat lelah nak capai kejayaan itu, depa akan kendalikan kejayaan yang diwarisinya tu dengan rasa takbur dan ujub, maka apa yang akan tunggu depa tu hanyalah kemusnahan pada kegemilangan. Lalu, sekali lagi Pak Long tengok kita kena berani untuk berubah untuk lihat rakyat yakin untuk berubah...

Jangan pandang serong bila ada orang kritik atau tegoq kita, orang macam Pak Long ni dengaq apa yang bunyi kat bawah... cuba nak sampaikan kat hangpa diataih sana supaya kelaku hodoh hangpa tak kacau persepsi rakyat kat parti hangpa... Pak Long dah meluat sangat kat Umno tapi jangan la sampai Pak Long pun meluat nak tegoq hangpa...

Wassalam...

Saturday, January 01, 2011

Cuci cuci

4 juta komen
Salam semua...

Saja ja la hari ni Pak Long terasa pulak nak sembang ngan hangpa semua pasai akai yang banyak orang la jarang jarang pakai... Sebab tu Pak Long selalu sebut, ada akai pakai. Tuhan bagi akai untuk kita pakai bukan biaq tersadai... haha... Semua tingkah laku manusia perlu dipandu oleh akai pikiran, baru la kita tak jadi tak ketahuan... hihi...

Perangai dan kelaku manusia ni mengkalu tak dipandu akai terutama akai yang waras lah, memang hodoh. Selalunya orang tak guna pakai akai lagu ni kita panggil sasau, hilang akai atau gila. Woii... ingat tau, orang gila mana wajib solat lagi dah... haha... dah akai dia hilang, nak wajib lagu mana lagi... Sebagai orang Islam kita kena paham, solat tu tiangnya agama. Tapi bila dah tak solat, kira Islam dia tak dak tiang la... rumah yang tak dak tiang, reban habih tunggin langgang. Bila dah tak layak jadi Islam, haa ni berat punya kes dah la...

Akai pikiran pulak dipandu oleh hati, jadi hati manusia yang bersih akan dijelmakan melalui tindakan tindakan manusia tadi yang baik dan suci. Hati yang hitam legam, maka kelaku hodoh dan busuk perut pun timhui. Jadi kalau nak tau hati kita ni bersih ataupun tidak, tengok la apa hasil dari tingkah laku kita nooo... hihi... tu la yang orang suruh muhasabah diri tu, cermin diri tengok betoi ka bengkok... haha...

Manusia diciptakan Allah dari beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.

Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Haa... tunggu apa lagi, jom pakat pakat bersihkan hati... hmmm....

Wassalam...

Perbaharui tekad

10 juta komen
Salam semua...

Sedaq tak sedaq dah sampai hujung tahun dah no... Pak Long rasa cepat sungguh la masa berlari, 2010 dah nak pi... 2011 pulak jengoi diri... berapa banyak agaknya azam yang lepaih dah terlepaih... haha... Pa pun kita kena bersyukur pasai Tuhan panjangkan umoq kita, dapat tengok dunia dari usia yang lebih setahun tua. Tapi jangan pulak dok bebuat tak ingat, maut tu semakit dekat. Bila dah tambah berumoq ni... patutnya kita kena la bertambah matang, pikiaq kena serupa orang, jangan dok ikut perangai binatang...

Hihi... Mak Long hang pun dah mula malu malu nak pekena gincu kaler terang... takut anak anak sengeh kot belakang. Nak pakai seluaq jin menarah depan laman pun Pak Long naik segan... takut cucu tak reti nak panggil tok wan... addehh... haha... banyak benda yang dulunya besa bagi kita, la ni koi koi nak kena tinggai dah...

Banyak hal dan urusan la ni kita pakai kalendar Masehi dari Hijriah. Jadi tak heran la, kekadang tu Pak Long tengok tahun baru Masehi ni kita sambut lebih agung dari omputih sendiri... haha... tak salah kita nak sambut tahun baru Masehi ni, tapi biaq la patut padan... jaga adab sopan dan ingat akan Tuhan. Apa salahnya kita sambut tahun baru dengan cara kita, cara yang beragama, cara yang menjurus pada keredaan Allah. Hamba yang takut terhadap Allah akan menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Jadilah hamba yang istiqamah pada landasan pengabdian padaNya.

Jom kita perbaharui tekad dalam beribadat.

Surah al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."

Inilah tujuan sebenaq kita dihidupkan. Kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah. Ibadah ni bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan posa saja, tapi meluas sesuai dengan ungkapan "Islam adalah cara hidup." Bawak Islam tu dalam kehidupan... baru Islam nampak hidup...

Ibadah tu pulak hanya akan sempurna bila akidah kita ni betoi, Esa akan Allah dan taati syariat yang dibawa Rasulullah.

Azam baru di tahun baru ni memang popular. Sebenaqnya bab bab azam ni tak payah dok nanti tahun baru, bila bila pun kita boleh buat azam baru. Tapi bebudak la ni besa la, pasai kita dulu ni pun serupa... haha... lambat lepa tahun baru, ada saja azam baru walau yang lama tak langsai... buat azam saja pandai, sampai habih tahun tak tunai tunai... Jadi Pak Long pun tak dak masa nak halang hangpa nak buat azam baru nih. Buat hapa nak larang benda yang agama tak halang...

Berazam ni memacam cara, tapi perlu sesuai ngan kemampuan kita, orang la kata realistik sikit, bukan main bantai ikut hati... Bagi kita yang beragama Islam ni, elok sangat berazam biaq sesuai ngan agama. Niatkan azam kita kerana Allah. Tekadkan hajat hati kerana Allah. Jangan dikernakan oleh sesuatu kerna selain dari kerna Allah s.w.t. Tanamkan keyakinan yang DIA mahu melihat kita jadi muslim serta muslimah berjaya. Belajaq belajaq la ajak muslim dan dan muslimah lain untuk sama sama berjaya.

Lagi satu Pak Long mintak kita semua anggap setiap gerak kerja kita kearah pencapaian azam tu sebagai satu dari Ibadah. Setiap sesuatu perbuatan yang baik berserta niat kerana Allah s.w.t adalah satu ibadah. Apa jugak yang kita capai pastikan kita mendahulukan Yang Maha Esa. Belajaq lah berbakti pada orang sekeliling supaya dapat keredhaan Allah. Elak dari perasan baguih dan ego. Tu semua pakaian Tuhan yang tak layak dipakai kita sebagai hamba.

Sambut tahun baru elok elok...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails