Salam semua...
Saja ja Pak Long ni teringat pulak nak sembang sembang pasai ikhlaih hari ni... Pak Long tak pandai mana pun, tapi nak sembang berdasarkan pengalaman yang berzaman... haha...
Pak Long selalu pesan kat anak anak, tak tau la depa tu ingat ka dak lagi... hihi... Hidup ni kena ikhlaih... pada diri, pada janji dan ikhlaih pada Allah. Nak dapat darjah ikhlaih yang tinggi ni susah, tapi tak semestinya payah. Kita kena ingat yang Allah tu dekat sangat dengan kita, jauhnya tak berantara dan dekatnya tak bersentuh. Terdetik dihati barang sezarah pun dibawah takluk kuasa Allah jua.
Mak Long hang pun selalu pesan, latihlah diri kita kalau nak bagi apa pun kat orang, bagi benda yang kita sayang. Jangan dok bagi benda yang tak habih kita kat orang. Dah tak terabih makan baru ingat kat jiran... hodoh sangat kelaku lagu tu. Kalau buah, biaqla buah terpilih. Kalau gulai, biaqla yang lepaih mendidih. Yang terpilih tentulah sayang, lagi sayang, lagi tinggi nilainya... woii... jangan la dok berlagak nak bagi bini yang kita sayang pulak kat orang, memang nak kena maki ngan Mak Long hang la tuh... haha... tapi ingat, kita kena pasrah dan berlapang dada jika satu hari nanti benda yang amat kita sayang pun Tuhan tarik macam tu saja.
Ikhlaih ni jadi penting pasai Islam pentingkan keikhlasan. Tak penting mai mana mengkalu ikhlaih ni boleh bawak ke takwa, tak sempurna iman kita tanpa ikhlaih. Ikhlaih ni kira bersih hati dan jujur la... yang dok kena buat dan zahirkan melalui perbuatan, percakapan dan amalan hari hari...
Sabda nabi SAW yang diriwayat dari Abu Daud bermaksud;
"Sapa yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya".
Bila dah kerana Allah, maka kena ikhlaih la. Ikhlaih ni mai dari hati... jadi hati tu kena bersih... kena jujur... baru ikhlaih boleh terbit. Tak la nampak apa yang kita buat tu dikernakan oleh sesuatu kerna yang lain dari kerna Allah s.w.t. Yang mai dari hati ni bukan boleh dok buat buat, berlakon berlakon ni tak jadi punya... haha... orang akan nampak keikhlasan kita dari ayaq muka kita, gaya cakap kita malah perbuatan kita pun...
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang salih, maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa". (Riwayat Ath-Thabrani dan Muslim)
Ikhlaih ni sebenaqnya bukan boleh dok main cakap saja. Takat cakap, sapa pun boleh... haha... Macam Pak Long kata tadi la, ikhlaih ni mai dari hati turun ke wajah, percakapan dan perbuatan... bukan mai dari mulut yang busuk...
Sebab tu ikhlaih ni kena buat, bukan boleh di buat buat... haha... ikhlaih boleh terbabaih kalau mulut kerap sangat dok uman kata kita ni ikhlaih...
Wassalam...