Wednesday, March 30, 2011

Kulat sisiaq

12 juta komen
Salam semua...

Musim hujan bermakna rahmat Tuhan akan melimpah ruah tapi dalam bentuk hujan dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya la… haha… Rahmat tu tetap jugak rahmat sebab dalam kita dok kalut menimba ayaq masuk rumah… ada orang yang pandai ambik kesempatan menjala dan memukat ikan. Dalam kita dok perbetoi atap rumah yang tirih, ada orang yang rajin kutip kulat untuk buat masak makan… haha…

Awat tak lagu tu, masuk hari ni… dah dua hari janda Limah mai hantaq kulat sisiaq kat Mak Long hang. Pak Long ni memang berkenan betoi ngan kulat sisiaq nih, bertuah sungguh la Pak Long… terasa nak makan ja dapat, teringin nak rasa ja sampai… ni la rahmatnya dapat jiran perihatin macam janda Limah… dah la cantik, rajin pulak tuh… haha… tapi tu la, nak ucap terima kasih kerap kerap sangat pun nanti Mak Long hang pandang Pak Long lain macam pulak… hihi…

Budak budak la ni tau ka kulat sisiaq tu menatang apa? Haha... kulat sisiaq ni bermusim... kiranya musim hujan ni musim dia la... kulat ni kecik kecik, comei ja macam gambaq ataih tu, dok melekat elok dibatang pokok yang dah tumbang... pokok mati terutama sekali pokok pokok getah laa... petua nak kutip kulat sisiaq ni, jangan dok kutip yang belah bawah sangat, banyak pasiaq... takut tak larat nak cuci laa... haha...

Kulat sisiaq ni kalau goreng ngan bawang besaq memang ngam, campoq kunyit sikit… perrghh… sedap tak patut... haha… Minyak tak yah banyak, jaga kesihatan tu sama, perah kepala santan sikit saja tak mau bagi kering sangat… campoq ubi kentang sikit, potong cabai melaka barang 3 bijik… kalau nak tambah ikan bilih yang disiat siat sikit pun okey jugak tuh…

Selain dari goreng kunyit camtu, kulat sisiaq jugak kita boleh goreng ngan teloq. Kulat sisiaq tu kena la siat siat bagi haluih sikit, campoq sekali ngan bawang dan sedikit hirisan cabai dan ditimbuk sekali ngan teloq sebelum digoreng… wallawoiii… memang best lah, menyesai hidup la sesapa yang tak besa kena lagi tuh… haha…

Selain dari hat kat ataih tu, kulat sisiaq jugak boleh dibuat gulai, pakai rempah kari daging… buat bagi likat likat sikit, hadoiihh… malaih nak cerita lelebih…

Tapi Mak Long hang kata nak goreng kunyit saja dan selebihnya tu nak buat cucoq esok… hmmm… cucoq kulat sisiaq, pandai pulak Mak Long hang bagi Pak Long rasa lapaq time time la nih...

Wassalam…

Monday, March 28, 2011

Bangang

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long sedaq, Pak Long ni mengajinya tak tinggi, pasai komputer ni pun Mak Long hang yang tolong tengok tengokkan. Ada la leptop buruk hat anak anak tak mau tu... hihi... lepaih la apdit blog... Bukan tak teringin nak belajaq tinggi, tapi sejak gigi pun dah tak tidoq sekali ni... segan gak laa.. buat malu kat anak cucu ja... haha...

Sebab tu Pak Long ni kiranya pria tampan yang bertuah la dah Tuhan jodohkan dengan Mak Long hang... haha... Mak Long hang tu tak pandai mana pun, tapi Pak Long gerenti Mak Long hang cerdik banyak la kalau nak banding dengan orang orang kanan yang dok melahu keliling Najib tu... Bukan Pak Long nak cakap besaq dak la... haha...

Ca hangpa tengok muka Anwar betoi betoi... sampai naik cengkung dah Pak Long tengok... sekali imbaih dah naik macam mayat hidup dah main ngan berpuluh puluh tuduhan hempok kat dia sorang... haha... Tuduhan baru saja buat, tapi diri dan keluarga dia dah dimalukan semahu mahunya... salah tak salah tak tau lagi tapi Anwar dah pun diaibkan seaib aibnya... Ini memang taktik yang baik, Pak Long akui tu... sebab tu la ni kita tengok puak puak Pakatan dah nampak berselerak sikit bila Anwar dok kalut jaga belakang dari kena tikam...

Tapi ni haa... ni yang Pak Long kata budak budak Najib ni bangang nih... haha... bila keluaq saja bideo seks lucah ni, orang ramai dah mula pacak telinga marah pasai depa rasa ni semua dah terlebih... Nak bohong pun agak agak la, jangan sampai orang tak percaya. La ni memang dah mai peringkat orang Umno sendiri meloya muntah hijau... Ceramah Pakatan dah luaq biasa punya sambutan. Nak kata apa lagi, kata terima kasih saja la kat orang orang bangang keliling Najib tuh... haha...

Ni semua berpunca bila pantang larang Islam dah tak dipeduli. Dendam kesumat diangkat bagai azimat. Sifat amarah jadi penunjuk arah. Maka akan timbullah sikap terburu buru yang menghasilkan tindakan bangang tahap gaban... terdesak nak jadi hero sampai terlupa bagi peluru kat lawan... haha... Tapi tu la, la ni satu dunia dok gelak tengok orang Islam berpolitik macam haram... undang undang negara dah jadi macam ayaq longkang, hanyut ke laut habih... fitnah dah jadi mainan orang atasan yang sepatutnya tumpu pada sedu sedan rakyat marhaen...

Ada depa peduli Mak Long hang pi kedai Wa Mat bawak duit 50 ringgit pun tak dak baki... pttuihhh...

Tu la, Tuhan Maha Kuasa, dia dah tetap dah... kayu jugak yang jadi pemegang kapak masa kita nak tebang pokok kayu. Yang nak perlingkup Umno bukannya PKR tapi bangsa Umno sendiri jugak... haha... tapi memang bangang ni kita simpan untuk depa pun... wakaka...

Wassalam...

Anak sapa tu... haha...

8 juta komen
Mengkalu anak Husin comei camni, Mak Long hang pun mau bela...

Salam semua...

Amboii... cerah sungguh pagi ni walaupun hujan dia tibai sikit sebelum subuh tadi nih... Pak Long ni besa la, ada saja kelapangan mesti jalan jalan pagi pusing taman sebelah rumah ngan Mak Long hang sebelum menarah rumput sikit sikit depan laman... rutin besa Pak Long la pepagi nih bagi keluaq peluh sikit, nak buat apa lagi dah mai beralih umoq ni ya dak... haha...

Sambil dok lepak ataih pelantaq bagi kerin peluh... terhibur jugak la dok tengok anak anak Husin hujung kampung tu yang dah macam lipaih kudong berlari lari pusing kampung, buaih Ya Rabbi... tak mengaji qur'an ka pagi ni... hishh... Ada dua orang saja yang keraih kepala sikit dari tiga orang anak dia, tang mana depa lalu dah jadi macam kepala ribut. Pokok pisang Pak Long pun boleh tumbang, pokok serai Mak Long hang berselerak habih la mengkalu tak larang... haha... tapi nak buat apa kan dah budak budak, biaq ke depa la, depa tu bukannya ada undang undang pun. Jaga jangan mai tebang tiang rumah Pak Long sudah lah... haha...

Sebab tu la macam yang selalu Pak Long bagitau dulu ni, anak anak ni bila melangkah turun rumah saja dia dah bawak tiga panji panji ataih kepala dia. Pertamanya, panji panji agama, keduanya bangsa dan ketiganya keluarga. Mak Long hang cukup pesan kat anak anak dia nih... hihi... sebab apa saja yang tak elok depa buat kat luaq sana, habih dengan agama, bangsa dan keluarga akan sangkut terjun laut.

Mengkalu bini buat silap, orang nak tengok sapa laki dia. Bukan pasai apa, nak tengok laki dia tu macamana sampai tak reti nak tengok tengokkan bini. Bila anak pulak buat loqlaq, orang teringin sangat nak tau sapa mak bapak dia. Mesti depa nak tau, mak bapak jenih apa ni yang pandai buat anak tapi tak pandai jaga anak... haha...

Benda ni besa la bagi masyarakat kita, tak dak anehnya. Sampaikan ada yang pi check jamban dulu nak tau dapoq dia bersih ka dak... Tapi yang anehnya bila bapak tak mau mengaku anak, laki segan nak mengaku bini... haha... dah kelaku hodoh, sapa nak mengaku... haha...

Jadi Pak Long pun tak la rasa pelik sangat kan bila si Najib tu beria ia sangat kata apa yang Datuk T tu buat tak bersangkut paut langsung ngan Umno... time kantoi semua lari berselerak... haha... tu la, buat sesatu tu tak mau pikiaq, biaq nafsu amarah dan dendam yang jadi kepala kita... lagu ni la... habih satu organisasi Umno tu terpalit sama, bukan takat tu saja, ngan Islam dan Melayu sekali terjun laut... bangang betoi laa...

Tapi pelik la kan, bila masanya pulak yang si Rahim tu bukan ahli Umno... jangan dok buat lawak la, si Rahim tu siap ngan jadi tukang taboq buku 50 dalil lagi masa tahun 98 dulu. Serupa gak la ngan si Eskay tu, orang kuat Mahathir tuh... macam la Pak Long tak kenai... haha... Si Shuib pulak bekaih senator, hangpa ingat senang senang naik senator ka kalau bukan ahli Umno... hihi...

Hangpa nak berelak diri pun agak agak la sama. Rakyat bukan bodo, anak anak si Husin setiausaha Umno hujung kampung tu pun boleh gelak gulin gulin, keraih perut perut mengkalu hangpa dok buat lawak camni lagi... haha...

Senangnya nak jadi Piem Umno ni noo... buat bodo saja dah boleh jadi Piem... ishh... ishh...

Wassalam...

Sunday, March 27, 2011

Pemimpin

10 juta komen
Salam semua...

Kadang kadang bila dah tua camni, nak jalan pimpin tangan Mak Long hang pun naik segan... hihi... malu kat budak budak. Tapi Pak Long dah besa camtu nak buat camana kan... haha... Bagi Pak Long la, berpimpinan tangan laki bini ni bukan masa baru baru menikah saja, dah lama cam Pak Long ni pun mau kena dok jaga jugak, mau kena dok pimpin jugak... haha... bukan pasai takut tidoq luaq... dakkk... dah nama pun pemimpin dan dah memang tugaih laki dok kena pimpin bini. Pimpin tangan tu dalam maksudnya, bukan saja saja dok pimpin...

Pimpin tangan bini masa jalan jalan tu baguih, kalau di pasar malam misalnya, lagi kuat la tangan Mak Long hang Pak Long kena pimpin... haha... bukan apa takut tersesat, nak beli sayoq tersalah singgah meja henpon... punah... sambil sambil tu boleh jugak dok bisik bisik kat Mak Long hang bajet poket ada banyak mana... jangan dok buat gelap mata... haha...

Nak jadi pemimpin memang la keja dia kena dok pimpin. Nak jadi pemimpin tapi nak dok saja suruh orang lain yang pimpin, lebih baik tok sah jadi pemimpin. Laki kalau dalam rumahtangga, dia lah yang jadi pemimpin. Kena ingat ni, kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan. Jadi, kalau dia dapat elakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun laut, maka itulah bukti cintanya yang sebenar dan kasih sayang yang sejati...

Allah s.w.t. terlah berfirman yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala.."

Nampak dak, Allah suruh kita jaga diri kita dengan taat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan kat hamba hamba Dia. Bukan pimpin tangan saja malah kena pimpin habih anak bini kita dan diri kita dengan segala bentuk perintah Allah yang mesti kita WAJIB taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan tidak dikernakan oleh lain dari Allah s.w.t...

Maksud 'Peliharalah diri kamu' itu bukan saja sekadar mentaati segala perintah Allah tapi jugak jauhi segala larangan Allah kat kita dari dosa dosa besaq dan kecik. Umpamanya jauhi lah diri kita dari fitnah memfitnah, berzina, minum arak, makan riba, mencuri... sesuatu yang diharamkan oleh Allah seperti simpan, edar atau tonton bideo lucah... haha.. atau bergaul lelaki dan pompuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya...

Tanggungjawab kita kat ahli keluarga kita ialah menjaga, mendidik, mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawabkan kat diri kita sendiri. Kena dok suruh jugak Mak Long hang buat fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain dan wajib pulak halang dia daripada lakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah seperti mencuri kat pasar malam, dedah aurat kat jiran yang bukan muhrim, mengumpat ngan janda Limah, hasad dengki kat Anwar, takbur dan riak kat jiran sebelah rumah dan lain-lain lagi...

Nampak dak keadilan, keluasan dan kekuatan ajaran Islam yang jelaih memelihara diri ni bukanlah terhad kat diri kita saja, malah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka mereka yang berada di dalam jagaan kita. Pak Long ni macam suami suami yang lain jugak la, kena dok beringat sebab kebinasaan yang akan menimpa pada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami suami yang tidak melaksanakan hak pada anak anak dan isteri. Depa depa ini adalah terdiri dari suami suami yang tak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup biaqkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.

Syariat melarang keraih Pak Long sebagai suami tunduk dan menjadi hamba pada Mak Long hang sebagai bini. Kecelakaanlah bagi suami suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak la. Kalau ikut cakap bini kot belah elok tu tak pa la jugak...

Seorang suami yang tak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi pak turut, suami tu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Ingat oii orang lelaki semua pasai orang yang dayus ni tak akan masuk syurga... haha...

Jelaihla macam apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya, tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak pada anak dan isterinya, maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.

Sebenaqnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, 3 hari 3 malam pun mengaji tak habih... haha... Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri dia dalam rumahtangga. Dan orang itu pulak adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh sungguh pada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan kewajipan yang telah diamanahkan Allah s.w.t pada anak dan isteri. Dan anak bini dia pulak sanggup terima dengan lapang dada...

Tapi dunia moden la ni dah terlalu ramai suami yang dayus dan rata rata depa ni berbangsa Melayu dan pastinya beragama Islam... mungkin dah terlalu nak moden sangat kot, depa biaq habih anak bini depa melilau tak terpimpin... takut sangat kalau orang kata tak moden...

Tinggailah noo... nak pimpin Mak Long naik ataih rumah sat... haha...

Wassalam...

Friday, March 25, 2011

Bideo lucah

12 juta komen
Salam semua...

Bangsa cina ni kalau dia tau pun haram halai, bukan dia nak pedulikan sangat. Tapi memang betoi pun, tak salah kalau depa buat tak peduli, depa tu bangsa cina beragama buddha. Haram halai bagi orang Islam tu lantak pi kat orang Islam yang uruskan la... haha... Yang mengaku Islam pun berlambak dok buat yang haram, tak sapa peduli punnnn... haha...

Serupa gak ngan Ah Seng member Pak Long tu, bab haram halai ni dia pun tau... silap silap lebih fasih dari Nazri Aziz... haha... Anak Ah Seng yang sulong tu baru lepaih kolej, keja pun tak ketahuan hala lagi. Pak Long pun besa pesan kat Ah Seng tu, suruh dia nasihatkan sikit anak dia yang keja sambilan juai bisidi haram tu. Juai bisidi haram tu dah memang haram tapi yang haram jadahnya bila ditambah ngan juai bisidi lucah...

Nak tergelak pun ada jugak bila tengok si Ah Seng tu kelam kabut bawak anak sulong dia pi hospital. Ingatkan nak bagi DNA gantikan Anwar ka... haha... rupa rupanya berdarah kepala lutut ja... jatuh time polis ligan juai bisidi haram, semalam... haha... tapi tu la, Pak Long nak marah kat Ah Seng pun tak boleh dah dok tengok kot belah ataih sana lagi gawat...

Hangpa tak heran ka? Juai bideo seks tak boleh tapi... tayang kat umum tak pa...
Hangpa tak heran ka? Bideo seks tu boleh buat tayangan perdana percuma...
Hangpa tak heran ka? Polis pun buat buat tak tau... haha...
Hangpa tak heran ka? Datuk penganjur tak kena ligan ngan polis pun... haha...
Hangpa tak heran ka? Ramai wartawan yang depa jemput sama... haha...
Hangpa tak heran ka? Bideo seks tu keluaq time DUN Sarawak dibubaq...
Hangpa tak heran ka? Z Kulim yang alim percaya Anwar masa tu boroi perut dia sikit...
Haha...

Kalau semua tu hangpa tak heran... hangpa jangan heran la kalau Ah Seng pun tak heran anak dia buat keja sambilan juai bisidi haram... haha... cuma yang Pak Long heran tu, awat polis dok kacau anak Ah Seng saja tapi yang Datuk T tu hangpa buat tak tau... hihi... tolong jangan jawap naiii...

Wassalam...

Tuesday, March 22, 2011

Susah jadi orang Islam ni...

8 juta komen
Salam semua...

Macam yang Pak Long selalu kata la, jadi orang ni susah... mengkalu jadi 'orang-orang' tu tak payah... haha... nak payah mai tang mana dah keraih terejung jadi 'orang-orang' tengah bendang tu... haha... tambah tambah susah lagi bila kita ni dilahirkan sebagai orang Islam, lagi lagi la susahnya...

Susahnya kita sebagai orang Islam ni pasai dalam Islam ni banyak yang salah... jangan terkejut pulak, betoi dalam Islam ni banyak sangat yang salah... Ya la... Main judi, salah... tipu orang, salah... bunuh orang, salah... fitnah orang, lagi la salah... sampaikan ada ayat Qur'an yang kata bahaya fitnah lebih bahaya dari membunuh.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya" (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Sebab tu la yang Pak Long kata jadi orang Islam ni susah sebab kita kena bijak. Hanya orang bijak saja boleh jadi orang Islam... Bijak menilai sesuatu berita tu mai dari mana, dah tu elakkan pulak dari sebaq sesuatu berita yang ada unsur unsur fitnah pi merata ceruk kampung. Kita kena ingat, masyarakat yang hidup depa penuh ngan budaya fitnah ni akan hidup dalam keadaan gawat. Tak gawat mai mana dah, yang sebelah pihak sibuk dok sebaq fitnah dan yang satu lagi terpaksa berusaha tangkis fitnah tu... pakat pi tinggai habih kerja kerja lain yang berfaedah... dok tumpu fitnah yang tak sudah sudah...

Lagi satu yang Pak Long nak ingatkan semua, bila fitnah tersebaq secara berleluasa dan tak terkawal... ini bermakna nilai nilai agama dalam diri seseorang dah musnah, cahaya iman dalam masyarakat dah punah. Islam dah bertegaih tak membenarkan sama sekali sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Semua tu mai dari HATI. Hati ni adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung yang di wujudkan Allah sebagai titik nak menilai keikhlasan seseorang. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya. Hati ni perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tak rosak, supaya tak sakit, supaya tak buta dan supaya tak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati ni lah yang membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita selalunya penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Pesan rasulullah s.a.w yang bermaksud;
'Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.' (Hadis riwayat Muslim)

Masyaallah... agak agak hangpa la, dah sampai dah ka masa yang nabi kata tu la ni...

Wassalam...

Monday, March 21, 2011

Petua wangi diri

4 juta komen
Salam semua...

Seronok oo, jadi orang tua tua nih... haha... seronok la kalau boleh dok bagi nasihat sikit sebanyak kat budak budak yang tak berapa banyak santan lagi tuh... lagi seronok kalau boleh dok perturun petua orang orang lama kat depa, bukan apa tu... buat panduan masa salah haluan... tu pun untuk yang nak dengaq dan nak ikut laa... kalau tak mau ikut tu lantak pi kat hangpa lah...

Hari ni pulak Pak Long nak perturunkan satu petua macamana nak wangikan diri. Haa.. wangian ni spesel sikit, tak nampak tapi dapat di tengok, tak bau tapi dapat di hidu... haha...

Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Nampak dak, petuanya mudah saja cuma nak buat tu yang payah. Nak cerita kacang tapi nak amalkan dia tak senang... haha... Tapi ketahuilah... ini lah wangian yang sebaik baik wangi, apabila wangi saja HATI maka seluruh anggota badan kita akan turut wangi sekali...

Mai lah sama sama kita perbetoi diri dengan menyuci hati dan secara tak langsungnya jugak wangi lah diri...

Wassalam...

Friday, March 18, 2011

Injil di Melayukan

8 juta komen
Salam semua...

Saja la Pak Long nak peringat sikit ni. Kalau kita tewas... tak bermakna lawan kita tu kuat dan bijak... yang pastinya diri kita ni masih jauh dari kesempurnaan. Jadi perjuangan kita sebenaqnya adalah menyempurnakan diri kita hadapi lawan yang berpeluang untuk tewaskan kita tu. Macam tu la jugak kalau iman kita ni tungging langgang habih hanya kerana Injil nak di Melayukan, tak bermakna pihak belah sana tu betoi dan pandai... sebenaqnya kekuatan akidah kita ni yang indah kabar dari rupa... Jadi perjuangan kita sebenaqnya adalah perindahkan rupa seperti yang dikabarkan...

Sebab tu la, depa nak tulih dalam bahasa apa pun al-kitab depa tu mampuih pi kat depa laa... bagi Pak Long, yang tu semua bukan isu yang sebenaqnya... isu yang sebenaqnya disini ialah ketidakyakinan kita terhadap kesempurnaan Islam sebagai agama terbaik anutan kita... tu saja...

Kata kita ni Islam, tinggai dalam negara Islam... takkan Injil dah di Melayukan pun tak terlawan. Mana dia keindahan Al-Quran yang kononnya jadi panduan... haha... Mana dia kekuatan Muhammad yang di wasiatkan kat umat dia... satu pun hangpa tak pakai ka... Kita takkan ketaq lutut sampai macan ni kalau keindahan, kekuatan dan kebijaksanaan yang diwasiatkan Muhammad nabi junjungan dulu tu, kita amalkan... Kita takkan jadi gelabah bewak macam ni kalau keagungan Islam yang diwar warkan, sebagai agama Allah tu kita pegang betoi betoi...

Islam bukan boleh dok ambik setengah setengah, yang tak suka letak sebelah...

Betoi, Pak Long setuju... mungkin ada antara kita yang takut akan ada budak budak kita yang terpengaruh dengan Injil yang di Melayukan tu... (serupa la macam selama ni tak dak lagi anak Melayu yang dah rosak... haha...) Mengkalu takut anak bangsa jadi murtad, pakat pakat asuh la depa ngan ilmu akidah, bukannya dok biaq hiburan bersepah sepah. Mana dia tugaih kerajaan untuk letakkan Islam ditempatnya, dah puaih hati dah ka kerja buat hangpa setakat ni... apa dia pulak tugaih jabatan jabatan agama, takkan nak bertindak tangkap orang tak posa saja kot...

Pak Long nak peringat sangat sangat kat kita semua, kelemahan kita sendiri jangan pulak nak di mangsakan pada ajaran orang lain... hodoh sungguh... haha...

Pak Long tak suruh la hangpa semua pi baca Injil yang dah di Melayukan tu... haha... tak pasai pasai nanti Mak Long hang hamput Pak Long pulak... haha... tapi kalau la Pak Long tak tau apa yang terkandung dalam Injil tu benda apa, agak agak hangpa la... Pak Long boleh tau ka Islam tu indah dan sempurna. Takkan la Pak Long nak rekomenkan agama yang buruk ajarannya dan hodoh pembawakannya kat Mak Long hang, kan Pak Long sayang kat Mak Long hang... Maknanya kita kena kenai jugak apa yang lain tu ada... baru kita boleh tengok kesempurnaan apa yang ada kat kita...

Bukan saja saja woii... Pak Long nak puji, tapi Mak Long hang ni memang lawa... haha... Lebih cantik lepaih Pak Long kenai dia luaq dan dalam. Lebih lebih lagi la indahnya kalau Pak Long boleh kenai syariat dan hakikat diri dia... haha... Kalau Pak Long tak kenai ngan orang lain, mampuih Pak Long tak tau kelebihan dan kekurangan Mak Long hang. Kecantikan Mak Long hang terserlah lepaih Pak Long kenai dia siang dan malam serta luaq dan dalam. Keindahan hakikat disalut ngan keelokan syariat... wallawoiii... haha...

Nak pi tengok Mak Long hang sat, pakai bedak dak lagi... haha...

Wassalam...

Thursday, March 17, 2011

Politik londeh

4 juta komen
Salam semua...

Hodoh sungguh la politik la ni, patut la Mak Long hang larang sungguh sungguh Pak Long ni dari berpolitik, takut kena londeh kot... haha... Mengaku Islam tapi kelaku cam haram... Bab maruah diri hangpa yang hilang tu sudah pi la, tapi Islam yang hangpa junjung tu nak tengok macamana... Bangsa yang hangpa heret pi sama sama bangang macam hangpa tu pulak nak letak tang mana...

Sib baik la Pak Long ni tak reti nak maki lelebih... haha... tapi Pak Long suka la ngan budak ISA tu, kena dah la ngan kelaku buruk hangpa tu dan bagi pulak modai baik kat ISA... haha... biaq dia seligi sikit kot kot la boleh reti bahasa...

Hang londeh dia, dia pulak nak londeh hang... elok dah, yang tak malunya muka hangpa, tapi agama terheret sama dan bangsa terpalit juga... Ya Allah... tak tau sungguh la Pak Long nak kata apa... dok tengok bebudak la berpolitik kita naik kudung kepala, malu yang teramat sangat...

Penyelesaiannya Islam saja... Sebab tu bila kita ni dah ambik Islam sebagai anutan, bawak lah Islam secara menyeluruh... bukan separuh separuh. Jangan dok gatai ambik Islam setengah setengah, yang tak suka pi letak sebelah.

Islam sebagai cara hidup adalah Islam yang menyelimuti setiap inci gerak diri. Nescaya hidup kita lebih terpelihara kerana Islam tu penegak maruah penganutnya... baru la jadi hidup kita ni dalam Islam, berpolitik kita pun cara Islam, berdebat pulak cara Islam, perbicaraan ikut cara Islam, buat laporan kat orang kampung pun ikut lunaih lunaih Islam.

Wassalam...

Wednesday, March 16, 2011

Satu dunia dok cari ni...

4 juta komen
Salam semua...

Ketenangan jiwa...
Betoi, satu dunia jadi kelam kabut habih pasai manusia pakat kalut nak cari ketenangan bagi jiwa depa... Samaada kita nak mengaku atau pun tidak, dah terbukti manusia akan buat apa saja asaikan jumpak jiwa yang tenang... cuma mungkin kita terlupa, jiwa yang tenang ni hanya mai dari Tuhan pencipta sekelian alam. Dia yang cipta kita, Dia tau la segala kehendak kita...

Susah ooiii jadi orang ni, jadi orang orang tengah bendang tu senang... haha... pasai dalam dok cari jiwa yang tenang ni la kadang kadang kita tersilap jalan. Ada yang ambik dadah yang langsung tak dak paedah. Ada yang tengok wayang... tolong jiwa lagi kacau panjang. Ada yang pilih pusat hiburan, tempat istirehat iblih setan. Tu semua daki dunia yang bersifat sementara, lega sat saja... lepaih tu semak pulak la kepala... haha...

Kita macam anak anak kecik jugak la yang perlu ditatih supaya tak tersembam makan tanah. Yang layak pimpin kita bertatih ni tentulah Yang Maha Pencipta sendiri, yang Agung dengan kebesarannya... yang memimpin dengan penuh kasih sayang, kasih yang lebih besaq dari kasih seorang ibu yang memimpin tangan anak keciknya.

Jiwa kita ni tak boleh dok biaq kosong. Jiwa yang tenang adalah jiwa yang diisi dengan iman, penuhi dengan zikrullah... firman Allah s.w.t...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Al-Ra'ad: 28]

Sebab tu kita sebagai orang Islam kena lah kembali pada Tuhan yang maha berkuasa ni... kembalilah kita dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang Dia berikan dan yang lagi diredhaiNya. Masukkan lah diri kita ke dalam jemaah hamba-hambaNya yang disukainya...

Marilah bersama sama merasai manisnya cinta, Di Alam Fana Cinta Nya...

Wassalam...

KDN terkejut jebon

8 juta komen
Salam semua...

Kelmarin ni sari suntuk Pak Long perbetoi bumbung reban ayam Mak Long hang, dah sendai ngan zing tang mana yang bocoq. Kibaq layaq belah matahari naik tu pun dah uzoq... tampai ngan papan sikit, bukan apa... kena tutup gak lubang lubang nak elak jebon masuk reban... haha...

Masaalah jebon ni kacang la sebenaqnya, nak marah kat dia pun tak boleh dah ayam tu makanan dia. Maknanya kita kena la perkemaih reban ayam kita malah kalau perlu, ajaq ayam ayam Mak Long hang tu... jumpa jebon lari mintak tolong ka atau pun terjerembab jebon waktu malam, buat buat pengsan... haha...

Pa pun Pak Long nak ucapkan syabas la kat KDN pasai bersetuju nak lepaskan kitab Injil dalam bahasa Malaysia yang dirampaih dan ditahan di Kuching ngan Pelabuhan Klang tu... Bukannya apa, sayang kat Islam pun tak boleh dok penaya agama lain. Nak kembangkan Islam tak bermakna tekan hak orang lain. Nak jaga ayam ayam Mak Long hang pun tak boleh la sampai pi bakaq habih hutan tempat anak bini jebon dok istirehat. Nampak macam Islam ni tak tamadun sangat, ganaih dan zalim...

Depa nak tulih kitab depa dalam bahasa apa pun mampuih pi kat depa la, kita tu yang kena perkemaih diri sendiri, anak bini kita tu bagi tebai iman tu lagi... agensi agensi kita yang berlambak dok makan gaji buta tu buat apa kalau segan nak buat kerja... jabatan agama Islam takkan nak tunggu artis kahwin cerai saja kot, perbetoi Islam anak bangsa, guna kuasa dakwah yang Nabi bagi kat kita... dok taroh buat hapa...

Wassalam...

Tuesday, March 15, 2011

Pinjam dari anak anak

2 juta komen
Konfom, ni bukan gambaq dewa Jepun yang naik ke langit, tapi letupan kuat yang merosakkan loji nuklear ketiga di Fukushima, Jepun... takat mana sangat la ego dan kudrat manusia nih...

Salam semua...

Kadang kadang Pak Long pun heran la ngan pemimpin yang dok pimpin negara la ni. Pangkat saja besaq tapi akai kecik... Mengaji tinggi tinggi, tapi rendah daya pemikiran... Buat malu kat Mak Long hang saja... haha...

Depa dah kering idea dah kot nak bangun negara camana... Nak cari duit lebih, tua muda kena saman ekoq habih... penaik harga minyak pasai duit dah habih banyak... macam la minyak saja naik harga tapi gula ngan tepung tak terkena bala... Hangpa ingat ayam daging naik harga pasai Gaddafi keraih kepala ka... Dak, tapi pasai pemimpin ataih sana pentingkan poket depa...

Tamak haloba hangpa la yang banyak cipta orang gila, busuk perut hangpa tu jugak la yang timbuinya buaya tembaga tak pilih mangsa... kira nak pelingkup kampung halaman orang orang kita saja... hushh... biaq kampung laman habih tergadai, baru boss kata pandai...

Hangpa mai dok kampung sama, rasa sendiri aura nyamannya... baru hangpa tau, sayang Pak Long kat kampung ni camana. Walau berlambak lintah ngan pacat tapi tang ni la hati Pak Long tertambat. Biaq berteman nyamuk dari hidup dikota yang berkecamuk...

Tapi tak tau la berapa lama lagi Pak Long boleh kail keli, lepaih ni takut keli dah mati pasai radiasi yang tinggi. Berapa lama lagi kangkung bendang akan segaq, tunggu masa saja akan pudaq. Berapa lama lagi agaknya Pak Long boleh tidoq lena, takut la Pak Long kalau dah tau loji nuklear dok hujung kepala. Tang mana Mak Long hang nak cari, kangkong bendang digoreng cili. Payah dah la Pak Long nak cari jantung pisang buat kerabu campoq kerang.

Najib oii, buang la hasrat hang nak tunjuk megah ngan loji nuklear pertama negara tu... sudah tu sudah la... belajaq la tengok apa yang jadi kat Jepun tuh, tamak haloba buruk padahnya Jib oiii... hang pun Rosmah, Taiwan pun dah gelabah takkan Malaysia buat tak endah... jaga elok elok tanah Melayu ni. Tanah ni bukan hadiah dari mak bapak hangpa tapi hangpa pinjamnya dari anak anak Malaysia termasuklah anak anak Pak Long sekali... jangan dok memandai rosakkan tanah anak anak Pak Long.

Wassalam...

Monday, March 14, 2011

Padan muka hangpa

4 juta komen
Salam semua...

Bila mai musim cuti sekolah ni, Pak Long mula sakit kepala. Tak senak kepala mai mana, cuti sekolah ni la budak budak dah kurang keja, depa akan pusing kampung tolong sibuk apa yang patut. Lembu Pak Long terlepaih, kerap tercabut tumang pun musim cuti sekolah la... bumbung reban ayam Mak Long hang tembuih kena lastik pun time cuti sekolah la... pokok pelam teloq belakang rumah pakai cerah ke depa ja laa... tapi budak budak, bukan ada undang undang... biaq ke depa ja laa... haha...

Tapi Pak Long ni sakit kepala cam tu saja, tak pa lagi... hangpa yang ramai ni... haha... sakit hangpa lagi teruk. Bukan takat kepala saja, ngan poket poket sekali tenat... haha... Jangan dok buat buat bodo pulak, time cuti sekolah ni la kenduri berlambak lambak... musim kenduri ni besa la, semua tu banyak nak pakai banyak daging ayam. Orang meniaga mesti nak untung punya, time la depa nak buat duit... Jangan pengsan sudah bila hangpa dengaq harga ayam naik mendadak...

Masaalah bagi hangpa la, sapa suruh dok bandaq... haha... nak makan ayam pun kena gaji besaq. Ni yang buatkan Pak Long rasa beruntung, dari kecik dok kat kampung, nak makan ayam ajak bebudak tolong kepung... ya la, ayam Mak Long hang dok setengah reban lagi...

Padan ngan muka hangpa la... dah maju tak kena gaya... haha...

Wassalam...

Sunday, March 13, 2011

Nak kongsi benda baik

6 juta komen
Hangpa klik gambaq ni pun bolehhh...

Salam semua...

Hari ni Pak Long nak kongsi ngan hangpa semua satu benda baik, ya laa... yang ni saja yang ada. Benda yang kita ada saja baru kita boleh kongsi ngan orang lain terutama sekali benda yang baik baik kan, benda yang tak dak nak kongsi camana... dah tak dak... haha... lagipun Pak Long ni bukannya reti sangat nak putaq lidah macam orang orang politik nu, janji habih bulan bintang... hihi...

Dunia moden ni besa la kan, dunia pulak dah yang dok ajaq kita macamana cara nak hidup ikut dia... habih jadi kalut sampai nak menelaah makna ayat-ayat suci Al-Quran pun berkira kira masa... kerja kat pejabat tak cukup tangan, bawak balik sampai dalam kelambu pun ada. Tengok bini pun dah nampak macam muka boss.. haha...

Umoq dah meningkat senja, kuboq kata mari time rumah pun kata pi... maka sedaq sedaq lah diri...

Sesuai la ngan dunia sibuk tak ketahuan hala ni, Pak Long terjumpa satu link ke satu laman yang bawak kita secara mudah membaca, menghayati dan mengetahui makna Al-Quran sekaliguih... Pilih saja bahasa apa yang kita mau, tunjuk pada ayat akan terbit maknanya... bacaan pulak sedap sedap dari qari-qari tersohor dunia...

Ni ha lamannya: http://tanzil.net/

Moga moga dapatlah kita manafaatkannya untuk diri dan keluarga... Mak Long hang kata kalau Rosmah ngan Najib nak baca tiap tiap hari pun boleh... hihi...

Wassalam...

Saturday, March 12, 2011

Jantung pisang

6 juta komen
Salam semua...

Masa dok percerah hutan pisang belakang rumah tadi ni, terjumpak pulak dua tiga bijik jantung pisang... jantung pisang ni kalau dibuat ulam makan tengahari... perrgghh... boleh terlupa sat kisah tsunami Jepun ooo... haha... tapi lama beralih umoq ni, takut tsunami dalam perut la pulak mengkalu dok melantak sampai tak sedaq diri... haha...

Tapi Mak Long hang la pulak tak pepasai saja teringin nak makan kerabu jantung pisang... takkan dah tua tua nak lekat perut pulak kot... haha... tapi lama tak pekena jantung pisang ni, kekadang tu sedap jugak... Jadi tanpa memikirkan masa depan gemilang, menu istimewa Pak Long ngan Mak Long hang hari ni ialah kerabu jantung pisang... cewaahhh... haha... macam best ja...

Tapi bukan semua jantung pisang ni boleh buat kerabu, Pak Long galakkan pisang awak ngan pisang abu saja... yang lain tu tak berapa nak sesuai...

Bahan bahan yang selalu Mak Long hang guna...

4 ulaih bawang putih
1 labu bawang besaq
10 bijik cabai kering...
(Kalau nak pedaih laa, yang perut nipih tu kurangkan sikit... cabai kering ni kena rebuih sikit bagi lembut, boleh patah siku mengkalu giling tak rebuih dulu... keraih... haha...)
4 batang serai tepi rumah Pak Long...
1 inci halia tanam sendiri...
1 inci lengkuaih belakang rumah Pak Long...
Sikit saja belacan bakaq...

(Bahan ataih ni kena digiling sekali, tapi orang la ni mana reti pakai batu giling dahh... semua main belender jaa... hentam la apa pun janji lumat... haha...)

1 bijik jantung pisang awak...
(Jantung pisang ni kena perisi dulu, buang kulit keraih kat luaq tu... tak pernah dibuat orang makan ngan kulit luaq tu... haha...)
2 sudu kerisik...
1 senduk santan pekat...
1 senduk nyok yang lepaih dikukoq dan ditumbuk haluih...
1 labu bawang besaq dihiris nipih nipih...
Sedikit asam jawa...
Sedikit garam...
Sedikit gula...

Lagi satu, hangpa nak masuk ikan pun boleh tapi kena kukuih laa... kemdian buang tulang pasai Mak Long pun tak makan tulang ikan... haha... Mengkalu nak masuk kerang pun boleh tapi kena rebuih buang kulit laa... sebab kulit kerang ni keraih, boleh bersemboq gigi dok pepak kulit kerang... kahkahkah...

Pak Long pilih ikan yang dikukuih, kena jaga jugak takut darah naik... hihi...

Cara cara dia mudah saja, apa yang Pak Long dok tengok Mak Long hang buat la. Dia belah dua jantung pisang tu dan hirih nipih nipih, kemdian rebuih sampai empuk... tahaq sat, atau orang la panggil 'tos'kan jantung pisang dan ramaih sikit buang ayaq rebusan tadi.

Dah siap tu hangpa gaulkan sekali dengan bahan bahan kat ataih sana... siap untuk dihidangkan... kerabu ni boleh balun ngan nasik putih saja tanpa lauk lain pasai dah ada siap isi ikan kat dalamnya...

Wassalam...

Friday, March 11, 2011

Apa yang Pak Long nampak...

4 juta komen
Salam semua...

Ni yang Pak Long tak berkenan sangat sangat ngan hangpa ni, hangpa suka sangat memabziaq duit rakyat, menghanguihkan dana negara dah jadi hobi masa lapang hangpa.

Pak Long bukan sakit hati tak berlagu kat bangsa Umno... sebagai TPiem Umno ni, si Muhyiddin layak nak pi makan angin kat mana pun asaikan ataih nama kerja, kalau depa tipu rakyat pun... yang tu depa dengan Tuhan laa... hihi... hek ellehh... macam tak pernah buat la pulak... haha...

Tapi yang Pak Long bengkak sangat ni, si Samy Vellu pun ada ka... Yang pi lantik orang yang luput tarikh jadi Duta Khas tu buat hapa. Duta Khas bidang Infrastruktur? Hilang akai ka hapa... tu berapa duit pulak harta merdak rakyat dan negara yang dah hanguih hangpa bayaq kat mangkok jamban tu... memang nak kena maki ngan Mak Long hang dah hangpa ni...

Hangpa lantik dia sebagai upah lepaih jawatan Presiden MIC kot... atau sebagai membalaih jasa dia yang tolong kambuih banyak lubang... haha... agak agak la woii... hangpa tak suka punya kalau Mak Long hang naik angin...

Wassalam...

Thursday, March 10, 2011

Nak hidup... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun nak hidup serupa orang lain jugak, tapi takkan nak hidup dok saja kot. Goyang kaki sambil korek hidung ka atau dok bersidai ataih pelantaq gossip pasai Gaddafi... haha... Bukan nak kata Pak Long ni baguih sangat, dakkk... Nak hidup la katakan, kita kena la aktif sikit... sebenaqnya kita ni lagi tua kena lagi banyak kerja kena buat... haha... tak percaya tanya Mahathir... kahkahkah... Sebab tu la Mahathir ni kan, lagi tua lagi produktif dendam kesumat dia sampaikan siap dibukukan lagi... tebai pulak tu... hihi... mungkin Mahathir mudah lupa kot, badan sihat kalau hati sakit pun tak guna jugak...

Ni yang Pak Long takut sangat ni, pasai nak hidup punya pasai... macam macam cara orang la boleh tibai, sampai dah terlupa haram halai, ajaran agama depa buat halai balai... Bagi Pak Long ni satu saja, dah beralih umoq ni kalau dok saja lebih ramai bahayanya... haha...

Bila mai beralih umoq,
Kerja pulak makin kurang...
Mula badan naik gemok,
Tempat penyakit buat sarang... haha...

Tu yang Pak Long ni cari kerja jugak tu... bela pi la lembu sekoq dua walaupun anak anak iri hati takut Pak Long lupa diri bila dah kaya nanti... haha... paling kurang pun Pak Long akan menarah rumput depan laman ka bagi keluaq peluh kalau dah segan nak jalan jalan pusing kampung...

Masa beralih umoq camni la boleh katakan sebagai masa bonus bagi umat manusia. Masa keemasan camni tak boleh nak disia siakan dengan buat kerja yang melalaikan kita dari ingat Tuhan. Kita kena pastikan kerja buat kita masa tua lagu ni tak mudharatkan kita sampai lupa diri kita sebagai hamba. Lupa kerja buat hati yang wajib memuji Ilahi hingga membuatkan penyakit hati menyelimuti diri.

Moga diri kita tergolong dalam golongan orang orang yang sentiasa mengagung agungkan Allah s.w.t... amin...

Wassalam...

Tuesday, March 08, 2011

Selamat hari pompuan

6 juta komen
 
Salam semua...

Pak Long ni budiman macam selalu jugak dan besa la, Pak Long tak pernah tunggu hari ni semata mata nak buat baik kat Mak Long hang. Hari hari Pak Long baik, tak percaya tanya Pak Long... haha... Cuma hari ni spesel sikit, maklum la kan... "Hari Wanita Sedunia"... hihi... Untung la hangpa orang pompuan oiii... pasai ada gak hari sedunia untuk hangpa. Pak Long ni pakai keraih berdiri la mengkalu nak tunggu "Hari Pak Long Sedunia"...

Pasai spesel la, Pak Long tak bagi Mak Long hang basuh kain hari ni... bukan Pak Long nak tolong basuh, tapi kain kain tu kan boleh sentai esok. Nak kalut pi mana, pakai yang mana dok ada sudah laa... haha... budiman la katakan...

Sempena hari orang pompuan sedunia ni, Pak Long nak sembang sikit la kat hangpa semua pasai pasai pompuan ni... pandangan Pak Long pasai pompuan, memang tak boleh habih pun... saja nak sentuh sikit sikit yang terlintaih kat kepala ni. Tak kira la sapa hangpa sebab kita kena kenai pompuan untuk mencintai depa... chewahh... haha... kan orang kata tak kenai maka tak cinta, tak kenai nak hormat camana.

Secara fitrahnya orang pompuan ni... hati depa lembut, jiwa depa haluih... macam ngan sutera, cantik, haluih, lembut tapi mudah sangat carik dan koyak.... lelaki jangan dok jeles sampai ada yang terikut ikut nak jadi pompuan pulak, dah memang anugerah Tuhan kat depa camtu... hihi... tapi besa la kan, hati yang lembut ni, jiwa yang haluih ni... baiknya banyak dan buruknya pun berlambak...

Lagi satu orang pompuan ni sensitifnya lebih... kalau Mak Long hang masuk tidoq awai tu bukan bermakna merajuk dan mengada ngada, tapi banyak kot belah nak bermanja dan dapatkan perhatian saja. Cerewet sikit sikit ni besa la lagu tu... bukan nak kontrol kita, spenda nak letak kat mana... kadang kadang teringin jugak nak tengok lelaki ikut kata depa sekali sekala.

Lagi satu bab ikhlaih ni, Pak Long nak angkat ibu jari la kat orang pompuan, tak payah dok ragu ragu lagi. Orang pompuan ni sanggup berkorban apa saja untuk orang yang amat depa sayangi, termasuk la mak pak depa, anak-anak dan suami depa... Pak Long tau la Mak Long hang tu camana... haha... lagi satu yang paling Pak Long tak boleh lupa ialah, cinta pertama orang pompuan ni adalah cinta yang paling tulus dan dalam... hihi.. yang ni Pak Long tau sesangat la, sampai la Pak Long dok rasa hangatnya cinta... haha... addeehhh...

Peranan orang lelaki dalam hidup pompuan adalah sebagai pelindung dan pembimbing, itu amanah Allah s.w.t. Jaga yang baik dari Tuhan ni supaya sentiasa baik, dipeluk dan dimanja. Bukannya sebagai pemusnah hidup pompuan. Jadi orang lelaki kena pahamlah hati dan perasaan orang pompuan... selamat hari pompuan sedunia... hihi...

Wassalam...

Monday, March 07, 2011

Lupa kita ni hamba

2 juta komen
Salam semua...

Pisang yang masak ranum belakang rumah pun terlupa nak tebang, burung ngan tupai buat kenduri sakan dah. Maklum saja la, dah mai beralih umoq ni lagu tu laa... haha... Lagi pun dunia moden cabaran pun dah lain, dunia yang siap atoq kerja buat kita. Memanjangnya sibuk, semedangnya lupa walaupun masih muda belia... haha...

Lupa nak tebang pisang tu tak pa lagi, habih sangat Mak Long hang tarik muka saja... tapi kalau lupa diri kita ni hamba sapa, cempegha habih hidup kita. Kalau lupa rezeki kita ni ihsan Tuhan, maka jadilah kita ni binatang belaan. Kalau lupa pulak Tuhan tu ada dan Maha berkuasa, sah sah boleh ganti Fir'aun la kita... haha...

Kita kena sedaq diri kita ni sapa, kena ingat sapa yang bagi rezeki kat kita dari langit dan bumi... kena paham sapa pulak yang punya penciptaan, pendengaran dan penglihatan. Sapa pulak mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan sapa pulak yang atoq segala urusan.

Pak Long nak peringat ni bukannya apa, dalam kita dok kalut ligan dunia... takut takut kita terlupa yang kita ni sebenaqnya hamba pada yang Esa. Wajib tau hamba mengingati Tuhannya. Dalam kita dok terkejut habuan dari wakil rakyat mati ni, takut takut pulak kita terlupa rezeki ni Tuhan yang bagi. Wajib tau hamba mengsyukuri nikmat Tuhannya. Dalam kita dok sibuk sibuk sengeh... tengok Anwar kena belasah kes liwat II dia, takut takut la kan kita terlupa Tuhan itu Maha berkuasa. Wajib tau hamba mengEsakan keAgongan Tuhannya... haha...

Pak Long nak pi tebang pisang sat sebelum lupa lagi... addehhh...

Wassalam...

Sunday, March 06, 2011

Woii... Kerdau ngan Merlimau

4 juta komen
Salam semua...

Pekena ubi rebuih cicah nyok petang petang camni syok gak... haha... walaupun ubi kayu yang Pak Long cabut kemarin pun tak berapa nak elok, tapi alhamdulillah la tu, rezeki... Mungkin dah lama tak hujan kot... haa... kadang kadang hujan terlebih pun susah, kemarau pun ada orang kata payah. Jadi hujan ni pun satu ujian, kemarau pun ujian jugak...

Dah kita ni mengaku Islam, kita kena la redho diri kita ni sebagai tapak bagi ujian Allah s.w.t. Hangpa suka ka tak suka, redho ka tak redho... hari hari malah setiap saat dari hidup kita ni akan diuji. Celik celik mata saja tengok muka Mak Long hang... dah bergundi gundi ujian punya dok tunggu. Tinggai lagi kita ni nampak ngan tak nampak saja... hihi... kadang kadang tu, nampak pun bebuat tak nampak... haha... buat badak saja...

Bab ujian ni berbagai la, kaya tu ujian dan miskin pun ujian. Sihat tu ujian dan sakit jugak ujian... malah mengundi nanti nak pangkah apa pun satu ujian... haha... ingat tu warga Kerdau ngan Merlimau, hangpa tu dalam ujian besaq ni.

Awat tak lagu tu, hidup kita ni menanggung amanah... jawatan jugak adalah amanah. Orang yang kita nak pangkah nanti ni akan jadi orang yang berjawatan, yang wajib beramanah dengan jawatannya. Pilihlah calon yang berkelayakan... Qur'an pun saran, pilih yang kuat dan mampu serta amanah dan bertakwa.

Jadi sebagai muslim, bab bab amanah ni kita kena jaga betoi betoi... tak boleh dok buat main main. Apatahlagi, undi yang kita nak bagi nanti akan ada kesan yang besaq nak bentuk sesebuah pentadbiran negara. Silap silap pilih, depa perintah ikut iblih. Kita pi tumpang sekaki kalau kita pangkah membuta tuli... Pemimpin pulak kena sedaq diri jangan lakukan kezaliman dan penyelewengan. Hangpa hamba pada Allah... hamba pada rakyat...

Jadi, puak puak kat Kerdau dan Merlimau mesti kena beringat, bagi undi kat yang tak berkelayakan adalah mengkhianati amanah Allah s.w.t...

Wassalam...

Saturday, March 05, 2011

Polis kita... haha...

12 juta komen
Salam semua...

Masa zaman Pak Long bawak sikat poket belakang dulu nih, memang megah tak kira la sesapa yang kerja Polis... haha... jalan pun makan angin ataih, mengkalu pi rumah kenduri... siap dok hujung balai lagi... haha... Meminang anak dara orang, depa tak tanya dah doa qunut boleh baca ka dak mengkalu dah tau anak teruna keja Polis... hihi... memang disanjung orang kampung la walaupun tak dak sampai sambut karpet merah... itu persepsi orang kampung dulu...

Tapi orang la ni dah lain macam dah, orang kampung tengok Polis pun sebelah mata saja... Dah habih dah tak dak keja, sampai posmen pun tak mau depa... baru pi tanya Polis ada kosong ka... Polis ni depa nak tengok bila time kena saman ekoq saja... haha... La ni kita nak salah sapa bila pandangan masyarakat jadi serong kat Polis kita. Anak anak bangsa kita jugak yang jadi tebai muka nak cari makan ngan unifom depa...

Tak nafikan, ada jugak kerbau sekoq dua yang bawak selut dalam PDRM, tapi Pak Long rasa peranan PDRM dah lari banyak dari nawaitu penubuhan depa dedulu nih... mungkin pasai tu kot, orang kampung tengok Polis macam tengok hantu...

Tanggung jawab polis ni kena jaga ketenteraman awam, jaga Pak Long ngan Mak Long hang jangan bagi orang jahat dok penaya... bukannya mangsakan depa dengan saman berjela jela... Penguatkuasaan undang undang, bukan tukang kutip hutang... haha...

Lagi satu Pak Long dok tengok, polis ni sepatutnya diujudkan untuk mendidik warga, mengajar anak bangsa, menegur mana yang tak kena. Bukan salahguna jerangkap laju pasai nak hukum pemandu. Tak elok sangat aaihh... dok paksa rakyat mengaku salah kat benda yang tak pasti salah sapa... tak berkat...

Wassalam...

Thursday, March 03, 2011

Kerbau bajak

9 juta komen
Salam semua...

Guna mempergunakan.... itu besa laa... guna guna, haaa, yang ni kena jaga pasai dia tu luaqbiasa... haha... haru biru sapa yang kena...

Hang perguna aku, aku perguna hang... benda ni benda besa sejak azali lagi. Apa nak herannya... Pak Long perguna Mak Long hang masak makan hari hari... jadi peneman dinihari... haha... tapi ada masanya Mak Long hang akan perguna Pak Long bila nak cabut ubi kayu belakang rumah... nak ligan ayam buat masak merah. Hangpa ingat dia kuat sangat ka... haha...

Nampak dak, jadi nak heran mai mana bila PAS perguna ahli dia untuk lonjakkan kemenangan Islam, ahli ahli dia pulak pergunakan PAS sebagai medium untuk capai sebuah negara maju Islamnya. UMNO perguna ahli dia untuk cari salah PAS, dan ahli dia tentunya mempergunakan UMNO untuk kenyangkan tembolok depa... besa la parti orang kaya.

PKR perguna PAS ngan DAP untuk tawan Putra Jaya. PAS perguna PKR dan DAP untuk sama sama perjuangkan Islam sejahtera. DAP perguna PAS ngan PKR untuk keadilan semua warga. Bab tenaga dan meramaikan ceramah, PAS memang juara walaupun menang belum tentu. Bab cakap pandai, gempaq orang sana sini, PKR boleh pi depan walaupun nampak macam tak ketahuan. Pasai tarik hati orang Cina, DAP boleh kita percaya pasai tak dak kaum puak Cina pun kita tak boleh apa apa.

Jadi kalau kata ada orang lagi yang kata PKR perguna PAS atau DAP tunggang PKR ka, mampuih pi kat depa... memang hidup kita ni perlu guna dan dipergunakan... Tapi tengok jugak la guna untuk apa dan dipergunakan pulak untuk apa. Guna la kepala hotak tu sama, jangan dok ikut buta tuli saja... haha...

Pak Long rasa berbaloi apa kalau dipergunakan orang dengan tujuan murni, jadi kerbau bajak pun tak pa asaikan padi yang dituai dijadikan beras untuk umat manusia kenyangkan perut... asaikan kita redha dan bahagia... haha... Baik banyak la dari hidup dok kena tipu... kahkahkah... sebab yang menipu nampak cerdik, yang kena tipu sah sah dah bodoh.

Wassalam...

Wednesday, March 02, 2011

Hangpa heran ka...

6 juta komen
Salam semua...

Tak berapa nak sihat sikit dua tiga hari nih... rasa berat sangat kepala... maklum ja la, enjin lama ni lagu tu laa... haha... Dah jadi orang tua tua ni, nak pi mana kalau tak rasa ngilu, sakit kepala... lenguh lenguh ni perkara besa laa... lebih banyak berhenti dari berjalan, lebih banyak duduk dari berdiri, lebih banyak berlunjoq dari bersila... haha...

Sebab tu anak anak muda la ni kena la banyak bersabaq ngan orang orang tua. Kalau tak kelapaq nak hormat pun, jangan dok dihina... tak baik woiii... tak bau syurga nanti... haha...

Banyak sungguh kisah kisah ngeri yang kita tengok dan dengaq la nih... Kisah perselisihan kepentingan antara anak cucu yang gelut nak cari duit dan berebut masa... dengan orang tua tua yang slow dalam serba serbi nih... haha... Perselisihan dua puak yang benar benar tak sehaluan ni la yang syok sangat kita baca la nih... haha...

Pak Long sikit pun tak heran kalau dok dengaq cucu rompak nenek sendiri, anak tak hormat mak bapak... anak muda yang geli salam ngan orang tua... Tak tau la kalau orang lain, tapi kalau Pak Long sikit pun Pak Long tak terkejut. Nak heran buat apa, nak terkejut pa nama kalau dengan perangai dan kelaku kita yang macam melepaih batuk ditangga terhadap pengembangan minda anak anak. Kalau dulu kita dengaq cerita cerita aneh ni diluaq negara tapi la ni pelan pelan dah kita dok didik perkara perkara tak senonoh ni dalam negara sendiri. Nak kata apa lagi kalau tak kata TAHNIAH... haha...

Pasai kita nak maju dan takut ketinggalan, habih mak bapak kena pi kerja cari duit. Anak anak kita biaq membesaq dengan pengasuh dan TV. Cakap mak bapak depa tak dengaq langsung. Bukan ketegaq tak mau dengaq kata, tapi dah tak dan nak bersembang. Kita hanya beranak kat depa lepaih tu yang lain depa belajaq dari apa yang depa jumpak.

Apa yang budak budak ni telah belajaq berkenaan kasih sayang? Yakin ka kita, kawan kawan sebaya akan ajaq erti kasih sayang sedangkan majoriti masyarakat kita la ni semuanya hadapi masaalah yang serupa.

Bagi Pak Long, kemajuan hendaklah seiring dengan kematangan minda. Mak Long hang dari dulu lagi Pak Long tak bagi kerja. Biaq teruk dan dilihat papa, Pak Long tak mau anak anak membesaq dengan pengasuh dan didepan TV tanpa bimbingan. Kasih sayang kena bagi, kasih sayang kena rasa bukan hanya bercakap dan tunjuk besaq besaq masa pilihanraya.

Pihak kerajaan kena perihatin. Ibu bapak lebih lebih lagi lah kena beri perihatian. Apa jugak yang kita nak buat yang ada hubungkaitnya dengan orang orang sekeliling kita terutama sekali anak anak, keikhlasan dan kasih sayang perlu ada.

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails