Friday, April 29, 2011

Sumpah lagi...

15 juta komen
Saya sumpah, memang perut Anwar tu boroi... hihi... senang la lagu tuh...

Salam semua...

Pak Long ni tak berapa nak sihat, dah dua hari Mak Long hang ja yang tengok tengokkan lembu lembu Pak Long. Maklumlaa kan, enjin lama ni camni la... haha... Mak Long hang kata Pak Long ni OKU, orang kurang upaya... ya la... tak berupaya dah nak pi sorang sorang bilik ayaq, nak kena pimpin takut terebah... haha...

Sebenaqnya orang kurang upaya ni berlambak dok ada sekeliling kita... tinggai lagi hangpa nampak ngan dak jaa... Macam Pak Long ni kiranya okey la, kurang upaya pasai demam. Nu ada orang tu nampak ja sihat tapi tak upaya dari segi mental... tersepit sikit, sumpah... nak sucikan diri pun sumpah... Tu kira orang kurang upaya la jugak tuh... hihi...

Orang yang suka bersumpah ni adalah orang yang tak dak keyakinan diri, orang yang tak dak keyakinan diri kira orang kurang upaya la... haha... dia tak berupaya meyakinkan diri dia bahawa orang akan yakin ngan cakap cakap dia. Depa pulun riuh rendah nak bagi orang percaya kat depa, tapi orang dok tak nak percaya jugak... jadi depa akan bersumpah. Depa anggap sumpah tu bakal menyucikan diri depa dari segala sampah sarap... Maka jadilah sumpah tu macam bahan mainan. Jalan terbaik bagi sesetengah golongan untuk melarikan diri dari cemuhan masyarakat...

Sebenaqnya, kalau kita dah tau kita ni kurang upaya... mintak tolong la ngan orang yang berupaya. Pak Long pun mintak tolong kat Mak Long hang walaupun nak salin kain pelikat, nak malu buat apa haiihh... Hangpa dah tak upaya dalam bidang hukum hakam ni, tanya la alim ulamak, sumpah ni dalam situasi yang macamana boleh di buat. Takkan hang yang tuduh orang dan hang pulak yang bersumpah. Hang yang dakwa orang jahat, hang pulak yang pi bagi DNA. Haru la dunia lagu tu... kena la sapa sapa gatai bersumpah pi tuduh Pak Long balaih lembu dia, habih la lembu Pak Long... polis pun tak leh buat apa pasai dia dah bersumpah laknat... haha... kartun betoi...

Patutnya orang yang menuduh bawak ngan bukti, empat orang saksi dan yang kena tuduh menafikan dengan bukti. Sumpah laknat ni adalah jalan terakhir dalam Islam setelah bukti nyata dibentangkan... Tapi Mak Long hang pun naik heran, awat tang sumpah ni saja hangpa ikut Islam, tang hukum qazaf tu tak mau pakai. Qazaf tu tak Islam ka tapi tayang bideo lucah tu ikut Islam... rosak habih bebudak la nih...

Hadoiihh... nak pi tengok sat apa yang ada dalam talam tuh... Aikk, mana Mak Long hang hilang nih, nak kena sumpah ka hapa... haha...

Wassalam...

Monday, April 25, 2011

Melayu tulen... haha...

7 juta komen
Haa... yang ni Melayu yang pakai baju Melayu... haha...

Salam semua...

Mak Long hang tanya Pak Long, rugi dak kita ni dok dalam negeri yang tak dak raja Melayu... Pak Long kata memang rugi sesangat la, pasai tak boleh cium keris... haha... Padahainya, Melayu tu tetap jugak Melayunya walau hang dok tang mana pun. Tak terkurang sikit pun haiihh... darah Melayu dalam badan Pak Long ngan Mak Long hang ni pasai tak be'sultan'kan raja Melayu... hihi...

Tapi Melayu ni memang terkenai sangat dah dengan sifat merendah diri depa. Kerap jugak sikap merendah diri jenih tak kena tempat ni yang memakan diri bangsa Melayu tu sendiri. Merendah diri dalam erti kata malu nak kedepan, malu nak pikiaq lelebih, malu nak kerja keraih...

Pak Long dulu ni ramai jugak terjerembab ngan kaum sebangsa yang macam ni sifatnya. Merendah diri ni baik tapi memudaratkan sekiranya tak kena pada tempat. Merendah diri ni melambangkan sifat sopan Melayu dalam menjalani kehidupan. Tapi yang mudaratnya merendah diri ni jugak memaksa kaum Melayu menjadi bangsa yang kurang persaingan terutama bersaing dengan bangsa bangsa lain yang tak tau malu... haha...

Pak Long ada dengaq macam kat sektor swasta nu, persaingan nak tonjolkan diri sendiri menjadi begitu terbukak. Melayu terpaksa bersaing dari segala segi untuk menjual keupayaan dan kelebihan diri. Gagal mempromosi diri menyebabkan kita ketinggalan jauh dari bangsa bangsa lain. Tak hairanlah, dalam syarikat syarikat swasta, sikap merendah diri inilah menjadi musuh nombot satu bagi bangsa Melayu.

Pak Long tak dan la lagi nak buat kajian secara saintifik ni, tapi mungkin sikap ambik mudah, takut bersaing yang jadi tulang belakang orang Melayu ni lah yang buatkan kaum melayu ni sampai menepu dok serbu kerja ngan gomen. Depa jadi sawan bila dengaq swasta walaupun swasta lah yang sebenaqnya boleh ajaq kaum Melayu ni jadi orang... hihi... ya la orang yang berdikari, berpikiaq nak bersaing cara sihat, bukannya asyik berpolitik saja sampai kat tempat kerja pun nak berpolitik... haha... Jangan la terlalu ghairah untuk kerja dengan gomen dan jangan takut untuk berkerja dengan swasta.

Jika swasta yang dipilih, Melayu harus berani kedepan, dan belajar menjadi tinggi. Disinilah kematangan diri diperlukan, menjadi tinggi tanpa meminggirkan adat sopan bangsa Melayu beragama Islam. Berani ke depan bukan bermakna sombong dan bongkak. Menjuai diri bukan bermakna kita ni riak dan takbur. Tapi ini lah psersaingan sihat disektor swasta yang bisa melatih Melayu berfikiran luas dan maju.

Ni lagi satu yang Pak Long tak berapa nak paham nih, 1Melayu ngan 1Bumi yang depa dok kalut sangat tu menatang apa pulak... hadoiihh... macam mcam la bebudak nih... nak bagi Melayu lagi maju ka lagi malu nih... haha... harap harap Mak Long hang tak tanya Pak Long la ngan soklan nih... mampuih Pak Long nak jawab...

Wasallam...

Sunday, April 24, 2011

Nikmatnya

6 juta komen
Salam semua...

Alaahaaii, dunia rasa macam berenti berpusing... hilang habih semak dalam kepala... hihi... Nikmatnya, hanya Tuhan saja yang maha mengetahui... Mana tak nikmatnya, lepaih menarah sikit sikit depan laman, lepak lepak pulak ataih pangkin depan rumah ngan Mak Long hang, pekena pulak kopi 'O' kaww ngan roti sorai... pergghh...

Nikmat yang Tuhan nak bagi kat kita ni berbagai. Memang la apa yang Pak Long rasa belum tentu orang lain akan rasa sebijik macam Pak Long rasa. Mungkin bagi Pak Long yang dah mai peringkat gigi pun tak tidoq sekali ni... 'saat' boleh dok lepak lepak, pekena kopi 'O' kaww sambil renung muka Mak Long hang tu dah kira cukup tinggi sangat dah nikmatnya... Tapi tentu orang lain akan dapat dan enjoi nikmat depa tu macam lain la... Ya la, yang kata nikmat orang tak sama tu lagu tu la... orang lain nak rasa nikmat apa kebendanya kalau tak pasai pasai mai dok renung muka Mak Long hang tak ketahuan hala pepagi buta ni, cari kena penendang... haha...

Pak Long ni bukannya apa, Pak Long nak pesan la kat semua orang, termasuk la anak anak dan diri Pak Long ni jugak bahawa semua ketentuan Allah tu adalah rahsia dari Allah. Tak kira la apa jugak dari Dia mesti ada pasai dan mesti punya hikmah dan kebijaksanaan yang tak tergapai kepala kita. Hanya insan terpilih yang boleh rasa nikmat Allah, boleh nampak hikmah Allah dan boleh cium kebijaksanaan Allah dalam sesuatu benda tuh. Ingat tu, bukan semua orang boleh dapat, tak semua orang terbukak hijab tu, sebab tu bila kita dapat rasa benda tu semua, maknanya kita adalah terpilih dikalangan hamba hambanya. Jadi, kena bersyukurlah... takkan nak dok nganga saja kot... hihi...

Kuasa Tuhan ni menyeliputi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta barang diantara keduanya. Segala galanya tertakluk dibawah titah perintahNya. Pak Long wajib bersyukur pasai Dia boleh bagi lagi kat Pak Long rasa nikmat kopi 'O' kaww campoq roti sorai pepagi ni. Tu yang Pak Long kata kita ni terpilih tu, terpilih untuk nikmati nikmatNya. Terpilih untuk mabuk dalam zatNya...

Mak Long hang mengkalu dia garu belakang Pak Long pun sedap, nikmat tak terhingga rasanya... haha...

Wassalam...

Thursday, April 21, 2011

Kasih

16 juta komen
Salam semua…

Amboi, asyik betoi la aroma laksa Penang Mak Long hang nih… hihi... tu la tanda kasih sayang bini kat laki… feveret Pak Long tuh… Tapi sementara tunggu dihidang tu, lagi asyik lagi bila boleh dok lepak lepak kat pelantaq depan rumah sambil remoih disepak angin…

Kekadang tu Pak Long dok pikiaq pikiaq balik, nak bagi orang kasih kat kita ni susah… susah sungguh, bukan memain punya susah la. Mak Long hang dulu ni, dekat setengah tahun Pak Long dok main aci ligan ngan mak pak dia, mak pak dia pi motong, Pak Long belajaq mesin getah… mak pak dia turun bendang, Pak Long belajaq tahan taut. Lepaih dah depa berkenan, hanguih pulak dah lagi dua tahun… main surat menyurat yang tebai ngan bedak. Letih jugak la posmen Pak Long buli… haha…

Tapi tu dia la, susah payahnya nak bagi manusia ni kasih kat kita. Tok sah perasan dok gelak kat Pak Long laa, silap silap hangpa punya angau lagi teruk… haha…

Tapi nak dapatkan kasih Tuhan kat kita ni sebagai hamba tak payah sampai lagu tu pun. Senang sangat…

Rasulullah s.a.w telah bersabda lebih kurang maksudnya,
“Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.

Hadis tu terangkan kat kita bahawa nak dapat kasih sayang Tuhan ni, kita tak payah sampai nak kena tukaq baju tiga kali sari, naik turun bukit ligan cinta kita. Yang perlu kita buat di dunia ni adalah zuhud pada dunia. Woii… yang katakan zuhud itu bukan boleh diukuq pada miskin atau kaya. Ada sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Dakkk, tak semestinya... Tapi kita kena urus kekayaan jangan sampai kekayaan tu sibukkan kita… hanya dok uruskan kekayaan saja sehingga lupa siapa kita disisi Tuhan.

Dah tu ada jugak yang mengatakan zuhud tu membuang dunia, dakk… tak semestinya tapi kita sebagai pentadbir pada dunia tak boleh la dok biaq dunia sibukkan kita untuk uruskan dunia sampai lupa pada akhirat yang abadi.

Zuhud tu letaknya kat hati, dikatakan zuhud ni bila dah hati kita tak cintakan dunia. Dunia tu hanya jadi macam tempat untuk kita membesar dan mengagungkan Tuhan. Jangan jadikan dunia ni pentaih tempat kita buat wayang… haha… Mengkalu kaya, gunakan kaya tu untuk jalan Tuhan. Mengkalu miskin, hatinya tetap ngan Tuhan dan tak terikat dengan kesibukan dunia dok gelut nak cari harta.

Perlu diingat, hidup kita bukan untuk duit tapi duit diperlukan sekadar kelangsungan hidup saja. Camtu jugak la ngan dunia ni… hidup kita bukan untuk dunia tapi dunia hanya diperlukan sebagai satu persinggahan dalam kelangsungan kita sebagai hamba yang Esa. Pendekatanya, orang zuhud tu disayangi Tuhan pasai hati depa dah tidak terikat dengan dunia lagi... hati orang yang zuhud ni adalah hati hati yang selalu  memuji tiada lain dari Allah s.w.t…

Hmm… bau macam dah terhidang dah laksa Mak Long hang tuh… hihi…

Wassalam…

Tuesday, April 19, 2011

Khasiat timun

8 juta komen
Salam semua...

Gelap mata pulak dah, sejak balik dari tambat lembu kemarin lagi... hadoiihh... hj Hadi yang hilang lima kerusi kat Sarawak pun tak pening sampai camni... hihi...

Pak Long ni mengkalu darah tinggi buat serang hendap, melilau lilau jadinya... kira jalan kena pegang dinding laa... haha...  Mak Long hang pulak besa la, bukan pandai buat kerja lain dah... pot pet, pot pet... berletiaq... makan tak pantang la, ubat baloq nak makan laa... haha... Pak Long bukannya buat salah besaq sangat pun... Pak Long pantang jugak bab bab makan nih... hihi... pantang jumpak... kahkahkah...

Selalunya bila time emejensi camni, selain dari berletiaq... Mak Long hang akan mesin buah timun ja buat jus. Berkhasiat oiii... sebagai ubat untuk turunkan tekanan darah tinggi... campoq gula ngan limau nipih sikit, siap... gula tu agak agak la, kang kencing manih pulak... haha...

Sebut pasai timun ni sebenaqnya dia ada memacam khasiat dan penawaq. Yang kaki pembelit tu Pak Long tak tau la pulak, tapi kalau sembelit, insyaallah... dapat di atasi kalau dok amaikan makan timun setiap hari. Kandungan jus dalam timun pun mujarab jugak untuk gastrik. Manakala cecair dari bijiknya dapat merawat kencing tak lawaih...

Pak Long tak besa try bab nih tapi ada orang bagitau Mak Long hang... perahan ayaq dia juga boleh merawat kudis... tak tau la pulak kudis buta ka kudis celik... haha...

Selain tu, parutan timun jugak boleh digunakan untuk rawatan kecantikan macam masalah jerawat. Haa.. yang ni janda Limah selalu amai, tu yang kulit macam teloq di kupaih tuh... hihi... Campoq parutan timun dengan kuning teloq, kacau sebati dan sapu pada seluruh muka. Biaq la dalam 15 ke 20 minit, kemdian bilaih dengan ayaq bersih... Buat la selalu supaya jerawat cepat kering...

Selain tu timun jugak dapat hilangkan masalah bau badan. Ambik sebiji timun muda, kupaih kulit dia, cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang kerap berpeluh... selalunya tu ketiak laa... haha... Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi... Tapi kalau dah segan nak mandi tu selalunya ubat dia lagu lain la pulak, tak boleh nak tolong ngan timun dah... sepuloh kilo timun sari pun tak menjadi... haha...

Dedulu ni Pak Long ada gak cuba tanam timun belakang rumah, tak menjadi pun... susah nak jaga, lagipun tak larat aiihhh... nak bertinggung lama lama dok uruih dia tu... nanti kalau Pak Long tanam, tak laku la pulak timun kat kedai Wa Mat tuu... hihi...

Wassalam...

Sunday, April 17, 2011

Jom ubah..? hihi...

11 juta komen
Salam semua...

Amboi budak Guan Eng ni, nakai sungguh hang noo... dok pi buat honar kat Sarawak. Pantang jumpak yang pelik sikit... tu "Lorong Ubah" bukannya niat hati orang Sarawak yang nak berubah... haha... Best gak tengok budak Guan Eng ni dok mengusik Taib Mahmud tu... haha... tidoq tak jerap gak la dibuatnya... Tapi hang ni Guan Eng oii, dah berasa selesa sangat dah ka kat Penang nu... haha...

Pak Long rasa kan, puak Pakatan ni yang patutnya banyak kena berubah cara pendekatan depa kat pengundi sebelum depa tu di ubah oleh rakyat... cara kita tekel pengundi tu penting, jangan dok sua muka lima tahun sekali jaa... tu yang depa kata kita ni orang luaq, nasib baik la bukannya kawaq... haha... kena paham depa sebelum ajak depa paham perjuangan kita... tapi kan, masa masa lain sebelum pilihanraya tu hangpa dok tang mana... dok kalut main chess ngan Berahim Ali Perkasa ka... haha...

Takkan yang tu pun Pak Long nak kena bagitau kat hangpa kot, dalam usaha kita nakkan falsafah perjuangan kita tu melekat kat kepala hotak pengundi, kita kena dekat ngan depa selalu. Kalau tak boleh salam selalu pun, falsafah perjuangan bertulis kita kena dok bagi depa baca. Benda ni bukan boleh dok main tepuk bahu depa masa bubaq DUN jaa... takkan dok tak sedaq lagi kot, kerajaan yang hangpa nak pejatuh tu dah berpuloh tahun dok urut belakang depa... haha...

Memang kena tabik la kat DAP pasai depa agresif sungguh, Mak Long hang pun ter'kaget' depa boleh menang 12 dari 15 kerusi yang depa tanding. Tapi cara puak Cina kempen tu tak boleh la nak dipakai kat Melayu dan Dayak... Jangan main harap ke muka gelemer kita ja ngan puak puak Melanau... kempen ngan Iban tak boleh semata mata harap ke serban. Tajuk pun depa tak paham, tetiba ja mai bagitau nak lantik sapa yang menang jadi anak angkat... tak pelik ka... haha.. Hang tu sapa, mai pasai apa... Ca cerita tajuk tu dulu bagi jelaih... bab tajuk saja pun kena bertahun tahun nak bagi orang ramai cernakan tau... haha...

Anwar ni besa laa... Pak Long memang suka pun budak Anwar ni pasai dia masih lagi antara orang orang jahat yang paling popular... haha... Cuma kali ni nampak dia terlindung sikit belakang Guan Eng kot... haha... macam ngan menang sorak jaa...

Oppss... jom ubah ka jom berubah... haha... okey lah, Mak Long hang pulak dah ni, suruh teka tajuk surat khabaq utama pagi nih... haha...

Wassalam...

Friday, April 15, 2011

Burung tengah tidoq

6 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang tanya ni, pasai apa yang kita nak kena lastik burung yang tengah tidoq tue... pi cekup elok elok, jangan bagi cedera tak boleh kaa... haii... budak budak ni laaa...

Hihi... goreng, buat masak kicap pun sedap...

Wassalam...

Thursday, April 14, 2011

Kencing bini

6 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak pi mana hari ni, sakit urat belikat pulak dah... silap bantai kot... hihi... dah beralih umoq ni memacam, tidoq bantai keraih sikit pun dah tersimpui urat... haha... Time sakit urat camni, mengkalu kena ngan gaya urutnya... pergghh... sedap... bab ni Mak Long hang terer... Tapi tu la yang baguihnya ada bini ni, dah tua tua camni pun... kurang kurang ada jugak orang yang tolong kenduqkan urat belikat...

Maap laa... Pak Long tak berniat langsung nak perli hj jamaludin tang ni... hihi... Pak Long tau hj jamaludin tu mampu, saja dia tak mau pasang lain... haha...

Masa tua tua camni la kita nakkan sangat teman. Nak harap kat anak cucu, kerja depa pun sampai ke malam tak habih... tinggai berdua laki bini ja la... Tu yang Pak Long selalu dok pesan tu, jaga hati pasangan kita tu elok elok, bertolak ansoq, tolong menolong... Mak Long hang masak, Pak Long makan... Pak Long makan, Mak Long hang masak... haha... Memasing ada hak, hak sebagai bini yang laki kena hormat dan hak laki yang bini ikut hormati. Jika diizinkan Tuhan, kita ni nak hidup bersama sampai habih umoq... ya la, kalau tak lagu tu... sapa yang nak urut urat belikat kita yang sakit bersimpui nih... hihi...

Masa hidup bersama ni la kita kena jaga, tak boleh dok buat tahana kat bini... bini pun serupa gak la, jangan dok buat tahana kat laki. Cantik tak cantik pada pasangan kita tu bergantung kat kita sebenaqnya... macam mana kita nilai kecantikan tu... sebab nafsu kata pompuan tu cantik pada rupa dia, akai kata pompuan tu cantik tang ilmunya... tapi hati pulak akan tengok kecantikan pompuan tu kat akhlak dia... jadi hangpa tengok kata pompuan tu cantik ngan apa... haha... Mengkalu hangpa tak paham jugak mai rumah Pak Long lah nak cerita bagi... hihi...

Awat tak lagu tu, kelmarin ni Pak Long ada terbaca kisah sorang warga emaih yang buat perangai tak waraih... maap la, Pak Long kurang periksa la pulak berita tu betoi ka tidak... tapi kalau betoi la macam yang surat habaq ni cerita... hadoiihh... memang memalukan semua warga emaih laa... Patutnya kita yang dah tua tua macam ni la yang jadi pembimbing pada yang muda, bagi contoh yang baik pada bebudak yang ubun ubun lembik lagi dengan sepak terajang dunia ni.... Bini dia suruh buang sampah ja, si warga emaih tu bertindak di luar kewarasan akal, bukan takat pukui bini ngan tongkat, tapi turut di kencingnya di muka bini dia yang dah dikahwininya selama 26 tahun lalu...

Kan dah tak pasai pasai pi jadi pelarian... dah bapak polisi dok ligan... haha... tak dak kerja, pi cari kerja... dah ada kerja ternganga nganga... kahkahkah... Oppss... Mak Long hang pesan sakit urat ni tak boleh dok gelak kuat kuat... addehhh...

Wassalam...

Sapa nak jaga bini

10 juta komen
Sapa yang pujuk sapa ni, dia pujuk bini ka atau bini yang pujuk dia... ish... sapa la nak jaga bini dia lepaih ni... 

Salam semua...

Pak Long pun naik serba salah la, nak cerita lelebih pun kesian kat depa jugak... tak pepasai pulak orang kata Pak Long ni jeles tak tentu hala, ya la... jeles pasai tak boleh juai dadah... haha... Bila Pak Long tak cerita, Mak Long hang la pulak yang dok tanya pasai apa la ni banyak sangat kisah artis artis kita yang dah macam kera dapat bunga. Tapi yang perangai kera ni la banyak anak muda buat idola... hadoiihh...

Ni yang Pak Long rasa semak perut ni, rakyat jadi hantu pasai dah pemimpin depa buruk kelaku... tambah tambah lagi bila dah iman hanya tinggai seminggu sekali. Hari Jumaat bukan main berbaju kurung, hari besa hanya tutup punggung. Hari Jumaat dengaq khutbah, hari hari besa ni... besa laa... setan yang perintah...

Kisah Ameng yang kena 8 tahun 10 sebatan tu hanya sekelumit fakta bahawa dunia artis ni dunia yang penuh pura pura... hidup yang tak bersandarkan tata susila agama sememangnya menjerumuih diri kelembah hina... Sebab tu menjadi tanggungjawab kita semua termasuk la Pak Long... berjuang nak bagi Islam yang perintah kita bukan kita yang perintah Islam... Kalau akai kita terutama akai yang tak terpakai yang perintah Islam, rosak habih anak bangsa. Perangai manusia akan jadi tak senonoh bilamana kita meletakkan nafsu mengatasi segalanya. Nafsu pun tak boleh nak buang, ini hak Tuhan tapi ia boleh dikawal...

Bila nafsu tak boleh dikawal lah yang kita dok dengaq macam macam versi cerita ni. Pak Long tak mau menjatuhkan hukuman, tapi kisah kisah artis sangkut dadah ni koi dok bertambah pulak dah. Dengaq macam dah menikah tapi kelaku tak boleh belah... (ayat cucu penakan Pak Long la ni... apa yang tak boleh belah pun tak tau... haha...) Si laki dok cerita kemuruk bini, yang si bini ikut hati sampai terlupa kat laki... menikah pesyen apa tak tau laa...

Hadoiiih.... aikk... mana Mak Long hang ni mintak kopi tongkat ali, dari tadi tak mai lagi...

Wassalam...

Tuesday, April 12, 2011

Bumiputera tu bangsa apa

4 juta komen
Salam semua...

Hamboiih... meriah sungguh la Pak Long dengaq kat Sarawak nu... naik jeles la pulak. Tak jeles mai mana hang pun, dengaq kata duit bertaboq macam daun getah musim luruh... haha... macam dah tak dak harga... Putrajaya sunyi gedi, gelap gelemat... macam bandaq berhantu, habih menteri pakat sinting lengan baju di Sarawak... haha... depa tu bukannya apa, dengaq macam gempa bumi, la dok jaga jaga kot tsunami melanda... haha...

Pak Long ni bukan fasih sangat pun pasai politik negara ni, maklum la kan... dah mengaji pun tak tinggi...

Masa kempen pilihanraya camni la, kita dengaq bukan main orang politik kita bersilat kata... haha... bumiputra camtu la, bumiputra camni la... Cumanya Pak Long rasa susah sungguh la kalau jadi bumiputera dalam negara dimana segala mak nenek dasar kena dicipta untuk membela puak puak bumiputera ni... Bumiputera ni macam tak dak salah tang mana, tak dak kelemahan apa pun kat depa... tapi dasar yang kuat kena dicipta bagi mencacatkan peluang bangsa bangsa lain... hihi...

Tapi, hangpa tak nampak ka, bumiputera ni bakal dijajah oleh dasar hasil ciptaan kita satu hari nanti... Hangpa tak nampak ka, bumiputera jugaklah yang akan didiskriminasi oleh dasar ciptaan kita yang dugubal secara ambil hati ni... ishhh... Bumiputera taik kucing hangpa, kalau nak lesen meniaga pun kena main kenyit mata...

Errr... Mak Long hang tanya ni, sapa dia yang depa dok kata bumiputera tu, dan bumiputera tu pulak bangsa apa, Melayu ka Iban atau Murut... bukan apa, teringin gak nak tengok bangsa bumiputera tu camana... hah!! mana la Pak Long nak tau kan... Pak Long bukan orang pandai politik...

Wassalam...

Monday, April 11, 2011

Keluarga lucah

8 juta komen
Salam semua...

Besaq sungguh keluarga si Jib ni, kadang kadang tak menang tangan jugak dia ngan si Mah ni nak jaga. Maklum la kan, anak anak dah besaq, depa akan buaih cara orang besaq besaq... haha... Mungkin dah letih kot dok kena kencin dan ataih sikap dia sebagai sorang ketua keluarga yang ulung dan dihormati... dia himpun duit siang malam beli sekoq robot yang boleh kesan pembohongan... haha... punya la terer robot tu, dia akan tampaq sapa saja yang membohong serta merta...

Jib tau dan Mah pun sedaq, anak bongsu depa yang sekoq tu dah pelik lain macam... bangang dah melebih bapak, gatai dah melebih emak... Jib bertekad, Mah berpakat... depa nak pekena anak paling kecik depa, Chik malam tu jugak...

“Hang pi mana ni Chik?” tanya Jib.
“Errr... ada belajaq tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PANNGG* Robot tu tampaq anak dia...

“Chik, ni robot ayah baru beli tau, dia jenih penampaq sapa saja yang berbohong! la ni hang habaq betoi betoi, hang pi mana tadi!
"Maap ayah… Chik baru habih tengok bideo kat rumah kawan…”
“Cerita apa?
“Err... cerita Merong Mahawangsa yah”.
*PANNGG*
“Hang habaq betoi betoi kalau tak mau hilang hidung?!
“Maap ayah… errr... cheq tengok bideo lucah Anwar”.

Tetiba ja Jib bertukaq jadi singa betina... mata merah cam hantu raya, marah sungguh dia...
“Apa nak jadi hang nie Chik… hang buat malu bibiaq merah ayah ja, ayah kecik kecik dulu pun tak cam tu...!!
 *PANNGG* penampaq robot hinggap betoi betoi kebatang hidung Jib. Semua terkejut, suasana hening sunyi gedi...

Si Mah yang dari tadi siapkan rambut teruih masuk ruang tamu... sambil cekak pinggang…
“Huh, sama saja perangai hangpa dua ekoq nih, nak pi mana kuah kalau tak ke nasik.. dah memang dia tu anak hang...

*PANNGG*
Bini si Jib terpelanting kena penampaq ngan robot tuh...

Moral dia, macam yang Mak Long hang selalu pesan la... kurangkan tidoq siang, jangan kembangkan rambut waktu malam dan jangan dok gatai edaq bideo lucah... haha...

Wassalam...

Sunday, April 10, 2011

Jangan sia siakan...

8 juta komen
 
Salam semua...

Besa la kan kita sebagai manusia yang bersifat baharu nih kan... tak dak kerja pi cari kerja, sa kata ada kerja... dah kalut pasai kerja dunia sampai kadang kadang terlupa nak siapkan bekalan akhirat. Jadi bila ada kematian saudara kita, baru la kita teringat balik amaran Tuhan yang kita pun akan mati jugak. Hangpa nak lari mana kalau tak mau mati... hihi... takkan nak hidup bertongkat langit ni selamanya...

Pak Long cuma nak pringat diri Pak Long ngan anak anak semua, tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada hikmahnya. Pagi ni misalnya, lepaih subuh tadi Pak Long dah terima sms sorang saudara Pak Long meninggai dunia... Al-fatihah la untuk arwah...

Jadi Pak Long tak mau sia siakan kematian allahyarhamah saudara Pak Long nih... Pak Long nak tengok diri Pak Long, check tengok bekalan akhirat Pak Long... nak sedaqkan diri Pak Long sendiri bahawa kematian tu janji Tuhan yang tak pernah dimungkiri walau sesaat pun keatas hamba hambanya...

Pemergian dia mengadap Ilahi jangan lah kita sia siakan. Pemergian sedara kita ni mengingatkan Pak Long yang kematian tu setiap saat kian dekat ngan kita. Ajal maut tak kira sapa, tua ka muda, ulaq ayaq atau jutawan, motong getah atau artis pujaan... blogger pun boleh mati jugak... haha... Hat tengah dok sihat elok elok pun tetiba boleh padam. Tok sah dok menyorok bawah katil pun la, waima dalam peti besi pun maut akan carik kalau ajal dah sampai. Silap silap dalam peti besi lagi cepat pasai udara tak masuk... haha...

Masa kita mati, akan bercerai lah roh dari jasad. Anak bini kita yang paling kita sayang pun cepat cepat panggil orang tolong uruskan dan tanam... takut busuk satu kampung. Sedara terdekat dan sahabat rapat pun masing masing kalut nak buat fardhu kifayah... ambik cuti nak tengok kita dihantaq kekubur, lagi cepat lagi baguih...

Depa korek lubang, depa turunkan kita sorang diri... depa pijak rapat rapat. Tinggai la kita sunyi gedi dalam gelap liang lahad. Apabila kita dijemput Allah s.w.t kembali, mahu atau tidak segala kebesaran dunia kita akan tinggalkan. Segala pangkat dan darjah kebesaran kurniaan manusia sudah tidak berguna. Yang tinggal hanyalah amal ibadat dan anak anak yang soleh. Ini janji Allah s.w.t yang tak pernah dimungkiri sejak dari azali.

Ingat tau... talkin yang dibaca bukan untuk orang yang mati, tapi untuk ingatkan orang yang hidup bersedialah untuk mati... bersedia dah ka kita ni untuk mati... hihi...

Okeylah... Mak Long hang pun dah siap dah nuu, tak sabaq sabaq dah nampaknya nak hantaq si mati kembali ke rahmat Allah...

Wassalam...

Friday, April 08, 2011

Jangan bunuh tetamu

9 juta komen
Salam semua…

Bertuah sungguh la kita sebagai orang Islam ni sebab Islam tu indah. Yang kata indah tu pasai Islam ni meliputi seluruh kehidupan kita dari sebesaq besaq perkara sampai lah sekecik kecik isu. Setiap perkara ada panduan dia, nak menurut ataupun nak mengarut ja… haha… Ini lah keistimewaan Islam yang tak terdapat dalam agama lain.

Kita tak payah susah susah masuk Islam masa nak rai Tuhan tapi jadi Kristian masa nak makan. Masuk Islam masa nak solat tapi jadi Yahudi diluaq ibadat. Cakap negara Islam tapi bab rai tetamu macam haram… haha…

Apa yang kita buat sebenaqnya akan cerminkan Islam dimata orang sebab dah kita ni Islam, macam tu jugak dengan bangsa kita. Sebab tu adab sopan Islam kena diasuh sedia kat dalam diri kita supaya kelaku kita nanti cerminkan Islam yang suci. Islam cukup pentingkan rumah ku, syurga ku. Kita kena buktikan rumah kita sememangnya syurga kita pada para tetamu kita. Jadi, kita tak boleh la buat perangai macam hantu bila kita sambut tetamu... haha…

Sambut tetamu ni kena la dengan tuluih ikhlaih kerana Allah… muka kena manih tak kira la sapa yang mai… baik Anwar atau Chot posmen… haha… bagi senyuman ngan penuh mesra dan ikhlaih… ucapkan kata kata yang sedap didengaq tak kira la yang mai tu Najib ataupun Husin setiausha… haha… Jamu lah tetamu sekadar termampu, tak payah la sampai berhutang kedai Wa Mat semata mata nak tunjuk hebat. Pasai, yang pentingnya ikhlaih dan tak membebankan.

Bersembang lah benda yang manfaat, jangan jemput tetamu tangok bideo lucah, ajaq depa buat pitnah. Hodoh lagu tu dan dilaknat akan Allah. Bawak la berbincang macamana nak perbaiki kehidupan kearah lebih dekat dengan Allah s.w.t… Jangan tunjuk kelaku macam nak halau tetamu yang mai… tak kira la sapa dia pun, baik Beng Hock ataupun Mat Sarbani… depa tu nak hidup macam ngan orang lain la jugak… haha… Kalau tetamu dah nak balik, iring depa ke muka pintu… bukan tolak ikut tingkap. Pelawa la depa mai lagi sebagai tetamu bukannya mai sebagai hantu… haha...

Tu yang Mak Long hang pesan pulak lagi ni… tolong la, jangan bunuh tetamu kita… hihi…

Wassalam…

Thursday, April 07, 2011

Nak tegoq Jib ngan Nuar sat

8 juta komen
Salam semua…

Dua tiga hari ni Pak Long tidoq tak berapa nak jerap laa… bukan panaih nak hujan ka hapa, tapi pasai hingaq bingaq kisah berkelahi adik beradik. Kalau tak kacau Pak Long tu tak pa la jugak, ni dak… dah la tidoq tak boleh nak lena, silap silap berlubang bumbung Pak Long jadi mangsa ketoi batu sesat depa… Kampong Pak Long ni bukan besaq mana pun. Jadi apa apa yang jadi kat hujung kampong tu, sat saja boleh dengaq cerita... isyarat cukup jelaih siap ngan alihbahasa lagi… haha…

Memang keraih hati betoi bebudak nih… Pak Long punya cakap dah jadi macam ceghok ayaq didaun keladi… depa buat tak heran jaa… nak kena maki ngan Mak Long hang kot baru depa sedaq diri… yang meloyanya, jenih berkelahi selak kain nih… hodoh la kan, dok selak kain hang aku dok tunjuk habih panau, kurap ngan songkla… naik muntah hijau dah Mak Long hang dengaq. Habih tok tok imam ngan ustaz dah jadi tak ketahuan… mengaji tinggi tinggi, nak tegoq tak berani…

Buat malu kat Muthu ngan Ah Seng jaa… Tak malu mai mananya dah depa tu Melayu yang mengaku Islam. Bukan sikit dah nama Islam ngan bangsa diheret sama. Adik beradik si Jib tu tuduh si Nuar ni tak bermoral, harap ke rupa saja alim tapi perangai mengalahkan bewak… jenih makan tak pilih mangsa. Yang puak puak si Nuar pulak dok kata keluarga si Jib ni kaki pitnah… konspirasi… syok sangat dok reka reka tuduhan. Bukan nak jaga kebajikan orang kampong… Depa tu dah takut kot nak berdebat berdepan secara ilmiah, pi reka benda yang tak dak pekdah…

Si Nuar lagi bara la bila kaum puak si Jib tu yang rekacipta bideo lucah pi edaq habih satu kampong. Tapi pelik la kan, mana boleh rupa macam Nuar tapi badan dah macam si Jib… haha… Sumpah Pak Long tak tengok lagi, cari Mak Long hang seligi kalau Pak Long gatai gatai dok cari pasai… Tapi tu la yang Pak Long dengaq, kalau lagu tu… mampuih la orang kampong nak percaya… haha…

Tapi tu la kan, depa tu Melayu Islam gak… bila dah dok maki hang aku camtu, Islam dan Melayu habih terpalit sama laa… ni yang Pak Long tak syok sangat tu… depa ni keraih hati…

Pak Long pun teringat gak petua ulamak ulamak dulu cara nak bagi lembut hati nih… Ikut kata Ibnu Masud, “Zikir tu berkhasiat sebagai ubat bagi kekerasan hati”

Dan diikisahkan pulak bahawa ada sorang hamba Allah tanya kat Hasan al-Basri:
“Ya Abu Said, aku ingin mengadu kepada tuan, mengapa hati aku ini menjadi keras begini?”
Lantas kata Hasan:
“Lunakkanlah hatimu itu dengan zikir.”

Hmm… nak kena bagitau kat si Jib ngan Nuar nih… depa kena ajaq diri depa dan semua kaum keluarga depa amalkan zikir kat Tuhan banyak banyak… kot kot la dimakbulkan Tuhan lembutkan sikit hati depa tuu… kalau tak jugak, hmmm... kita tunggu tengok la sapa yang nak kena maki ngan Mak Long hang...

Wassalam...

Tuesday, April 05, 2011

Petua hilangkan hanyiaq ikan

4 juta komen
Salam semua...

Dok kot kampung ni, ikan darat la yang senang dapatnya... tok sah dok kelentong la boleh jumpak gelama dalam parit depan rumah. Tak dak sapa nak percaya aihh... haha... Ikan darat memang sedap, banyak boleh jumpak kot kampung kampung selalunya kot dalam bendang dan parit yang sewaktu dengannya. Tapi ada sesetengah orang tak berapa suka, ikan darat ni berbau dan hanyiaq sikit. Jadi kalau nak makan ikan darat ni, kena la rajin dan tau cara nak cuci dia...

Dua tiga hari lepaih, Mak Chaq ada tanya macamana petua Mak Long hang hilangkan hanyiaq ikan darat... haa nih, Pak Long nak perturunkan petua Mak Long hang untuk Mak Chaq dan jugak anak anak yang lain petua camana nak hilangkan hanyiaq ikan darat...

Mak Long hang nii... selalunya dia akan simpan ayaq dari dia basuh beraih masa nak tanak nasik tu... Ayaq basuh beraih ni banyak gunanya. Selain dari baguih untuk juruih pokok pokok tanaman keliling rumah, ayaq basuh beraih tadi ni di gunakan jugak untuk hilangkan hanyiaq ikan... haaa... ni yang kata petua Mak Long hang nih...

Kalau kita dapatkan ikan darat tu hidup hidup, kurung la barang semalaman... orang tua tua kata bagi dia muntah dulu... haha... jangan dok gatai tanya Pak Long ikan tu muntah camana, Pak Long pun tak pernah tengok... haha... betoi tak betoi tak tau laa... nama pun petua, tak cuba mana nak tau kan...

Ikan darat yang dah kita korbankan tu kita siangkan dulu... buang apa apa yang patut kena buang, kikih apa apa yang patut kita kikih. Lepaih dah siang segak segak, basuh sekali lalu dulu dengan ayaq asam jawa campoq garam. Lepaih tu cuci la sikit...

Kemdian rendamkan ikan ikan tadi dalam ayaq beraih, campoq asam jawa dan sedikit garam. Kalau ada belimbing segi yang masam tu, lagi baguih... ramaih dulu dan campoq sekali. Ikan ngan camporan tadi mau la dok kacau dia sekali sekala dan ulangkan lebihkurang setengah jam... jangan dok lena biaq sampai sari pulak, lingkup la ikan ikan tuh... haha...

Lepaih tu basuh sambil tenyeh badan ikan kat batu giling. Mengkalu tak dak batu giling, lesung batu pun boleh... tapi agak agak laa... jangan la tonyoh sampai hancoq ikan tuu... akhir sekali bilaih la dua tiga kali ngan ayaq bersih sampai cuci ikan ikan tu. Kalau la ikan ikan tu dok ada lagi bau hanyiaq dia, ulang proses yang sama sampai hilang bau... tu yang Mak Long hang kata kena rajin tue kalau nak makan ikan darat... haha...

Lagi satu pesan Mak Long hang, buat apa apa pun kena mula ngan selawat Nabi s.a.w.... tak kira la basuh apa pun, nak masak apa pun... insyallah, makanan kita tu bersih dan sedap dik berkat junjungan kita...

Wassalam...

Monday, April 04, 2011

Bakaq Quran pulak dah...

4 juta komen
Salam semua…

Alhamdulillah laa, syukur pada Allah s.w.t… Celik celik mata tengok keliling cerah elok lagi, bumbung rumah pun tinggi macam besa … bukannya apa, kalau sedaq sedaq ja gelap, bumbung pulak rendah boleh capai tangan, tu maknanya jasad kita dah dikapankan… haha… Pak Long ni bukannya apa, dok peringat diri sendiri ni, maklum la lama dah beralih umoq ni kan ka… hihi…

Kemarin sari suntuk tak pi mana, dok berlingkaq tempat tidoq ja… entah la, demam dan rasa cam berbinau bijik bijik mata, panaih badan kot… Mak Long hang tu besa la, pot pet… pot pet… segan mandi la, main hujan melebihkan bebudak la… Musim hujan ni, ayaq telaga sejuk gedi woii, hangpa yang tak pakai ayaq telaga mana tau… haha… Tapi tu la, baru hari ni Pak Long tau pasai apa ramai lelaki pendek umoq, tenshen kot dok kena berletiaq… haha…

Tapi Pak Long lagi tenshen bila terbaca kisah mat salleh gila sekoq ni, dok elok elok berbilang agama ni tak boleh ka… yang dok pi cari pasai kempen bakaq al-Quran tu pa hal…

Tenshen ngan, bila tengok berpuloh puloh orang Islam mati di Afghanistan kononnya nak pertahankan kesucian al-Quran… haha… agak agak la woii… Budak Jones tu dok menggatai kat Amerika, yang hangpa pulun garu kat Afghanistan. Hangpa tak rasa macam baling batu kat kapai selam ka… haha… Lagi pun kalau dah semua orang Islam pakat mati pasai sekoq manusia yang bangang tu, habih nak tinggai sapa yang nak amalkan dan pertahankan kandungan al-Quran… Kan Pak Long dok pesan dah, nak garu bagi kena ngan tempat, kena ngan alat…

Bukan tak sayangkan al-Quran tuh, tapi sayang kita tu kena amalkan, bukan hanya kata sekadar hiasan … bukan cakap sayang al-Quran tapi tak ikut apa Quran suruh…

Yang budak bangang tu bakaq adalah Quran yang Mahdas, yang bersifat baharu dan boleh binasa, Quran yang dicetak dan dibeli dengan duit ringgit dia… mampuih pi la kat dia. Dah dia tu bangang… kita jangan dok jadi bengong. Dia tu tak kenai Quran yang Qadim dan tak pernah nak ambik tau pun Quran Qadim tu apa… Quran Qadim ni Quran yang tiada permulaan dan jauh dari sifat baharu… bakaq tak musnah, rebuih tak hampuk punya… haha…

Jadi kita pun jangan dok jadi bengong macam dia yang tak kenai Mahdas dan Qadim pulak…

Wassalam...

Saturday, April 02, 2011

Pindang ikan

9 juta komen
Kerja baru Polis Perlis dimusim banjir... haha...

Salam semua...

Pepagi lagi Mak Long hang dah gelut dok cuci lantai... Hujan lebat sungguh, awai pagi siap ngan angin kuat lagi, tempias sekerat rumah… Peghabong rumah dah lama ni camtu la, reput habih. Tunggu anak anak balik la kot baru nak tukaq peghabong baru…

Kira kira rumah Pak Long ni tak pa lagi, hujan lebat tera mana pun habih sangat tempias penuh rumah ja… nu kawan kawan kita kot belah Perlis nu, lagi teruk… tiga ribu orang lebih dah kena pindah pasai ayaq bah…

Hari hujan, akitiviti luaq pun terbataih. Ya la… badan dah tua ni bukan boleh dok main hujan sangat sangat, cari Mak Long hang tibai… Tak tibai mai mana, mengkalu demam, dia jugak yang susahnya… haha... La ni memang Pak Long kalut sikit, tak dan nak buat kajian secara saintifik lagi pasai apa bila hujan saja perut kita jadi lapaq, sat sat nak makan, lepaih makan pun nak makan… haha… tapi memang rasa lain macam punya selera la hari ni… hihi…

Alhamdulillah la kan, lama beralih umoq ni, rezeki Pak Long lebih murah. Tak boleh nak pi kedai pun, tapi bab masak makan ni tak kalut sangat laa. Kadang kadang janda Limah mai hantaq gulai, kelmarin pulak si Husin hujung kampung bagi dua tiga ekoq ikan darat, dah tak boleh nak motong getah, hujan… mejala ikan la pulak keja dia…

Mak Long hang pagi pagi lagi dah cadang nak ‘masak pindang’kan ikan ikan darat tuh… Pak Long segan la nak bantah pasai Pak Long pun tergedik gedik suka… haha… Masak pindang ikan darat ni kalau kena ngan ayaq tangan Mak Long hang… perghh… burung terbang pun boleh berenti wooo… haha… Pak Long tau, ramai yang jeling kat Pak Long pasai bagitau masak makan ja tapi resepi tak mau kongsi… jadi kali ni Pak Long nak kongsi masak pindang ikan ala Mak Long hang…

Bahan-bahan dia mudah ja, jengok belakang rumah pun boleh dapat… haha…

3 ekoq ikan (ikan darat ka, ikan termenung atau sardin pun sedap)
2 hirih halia hat Mak Long hang tanam – dipotong panjang (baguih untuk buang angin ni…)
2 batang serai tepi rumah Pak Long – dikatok bagi pecah…
5 - 6 cawan ayaq… (lebih sikit la kalau sapa yang suka kuah lebih...)
3 keping asam gelugoq… (asam jawa pun boleh…)
5 - 6 bijik belimbing buloh belakang rumah Pak Long… (Mak Long hang suka ni…)
1 labu bawang besaq – di belah empat ka atau enam ka…
3 bijik cabai merah – hirih panjang panjang…
(Kalau yang suka pedaih tu, tarok pi la cabai melaka yang dikatok pecah bagi merah telinga)
Garam secukup rasa (kena control ni takut darah tinggi naik…) 

Bahan yang nak digiling;

1 labu bawang besaq
4 ulaih bawang putih
Sedikit belacan... (tertinggai yang ni tak ummphhh laa...)
1 inci kunyit hidup...
1 sudu kecik lada hitam

Cara cara dia pulak, mudah sangat… Mak Long hang buat sambil pejam mata ja…

Ikan ikan tu kena la bersihkan cheq oii, tak pernah dibuat orang aaiihh… boh ikan yang tak dan bersiang tu. Cari hanyaq habih masak makan tu… haha… potong ikan tu kecik kecik… Nak tumih pun boleh, nak rebuih naik camtu saja pun boleh.... Mak Long hang rebuih saja, kurangkan minyak... hihi... Kemdian, masukkan semua bahan dalam periuk dan masak ja sampai mendidih. Bila dah siap, hidangkan la ngan nasi putih, sambal belacan dan sayur kangkung depan rumah Pak Long… haha…

Kalau nak hantaq mai semangkuk kat Pak Long pun tak pa… Pak Long tak marah aiihh…

Wassalam…

Friday, April 01, 2011

Darjat dunia ni daki belaka

12 juta komen
Salam semua...

Hihi... sumpah tak dak apa apa, saja Pak Long teringin nak boh gambaq dia ni sebagai penghias blog Pak Long... Nak kelentong buat apa, Mak Long hang pun setuju Pak Long lantik budak ni jadi ikon orang kebanyakan memburu hak dia dari orang orang besaq...

Pak Long tak besa tengok pun istana tu camana tapi kalau tak salah Pak Long la, tembok istana ni tinggi woo... senang senang boleh terkoyak kain pelikat kalau Pak Long dok buat langkah tak ketahuan hala... haha... Woii... bukan semua orang ooo, boleh suka suka dok langkah pagaq istana tu haa...

Pak Long ni bukannya apa, lega jugak tengok Mak Long hang gembira bila Cik Puan Elia Suhana ni suka, apatah lagi dia disahkan kekai sebagai isteri kedua bekaih Sultan Kelantan yakni Sultan Ismail Petra...

Baguih la lagu tu... Jadi kita sebagai orang besa ni tak la rasa jauh sangat istana ngan rakyat jelata... pasai Tuhan tengok kita ni semua hamba yang sama taraf disisiNya. Darjat dunia ni daki belaka, iman didada yang tentukan siapa kita disisi Yang Maha Esa.

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails