Tuesday, May 31, 2011

Pak Long tak hodoh

7 juta komen
Kalau pacak ataih reban ayam Mak Long hang elok gak nih...

Salam semua...

Kalau tanya Pak Long la, bab bab nak selesa hidup ni... Pak Long pun suka, Mak Long hang pun renyeh sampai telinga. Sofa yang empuk, kita tengok pun dah ngantuk. Karpet tebai tenggelam kaki, boleh gulin gulin sampai pagi. Meja makan punya lebaq, makan minum boleh gelak besaq... haha... Tapi kalau sampai tahap kena terjun tingkap mengkala dengaq bunyi moto benggali kapet mai, baik tak payah laa... Tak tergamak la Pak Long sampai sanggup nak kena pegang lutut puak Pakistan tu semata mata nak tengok tivi besaq...

Dunia ni kan sementara, sampai masa tinggai juga... keselesaan dunia yang Pak Long cari ni pun yang asas asas jaa... asas yang sementara di umoq Pak Long yang tengah senja. Selesa yang sementara yang tak kacau Pak Long time nak balik sana. Anak anak hantaq belanja pasai tak bagi Pak Long kerja. Bukan untuk perabih kat bangku meja... Tapi takat lepaih bedak celak ngan mee rebuih Mak Long hang jaa, atau minyak urut betih Pak Long sebotoi dua.

Jangan dok paksa Pak Long buat sumpah laknat pula, Pak Long ngan Mak Long hang ni tak hodoh kelaku punya. Pak Long takkan kacau banglo dan keta besaq hangpa. Mak Long hang pun tak heran, emaih berlian hangpa yang berkoyan koyan.

Yang Pak Long dok kalut la ni, makan pakai kami dua laki bini, sikit pun cukup tak payah bergundi gundi. Rumah sempit ni pun memadai sebelum nak mati. Tu pun dah elok sikit ni... lantai buluh dah ditukaq papan sekaki, bumbung nipah dah ganti zing kini. Jangan mai hujan tirih timpa dahi, atau panaih nampak matahari. Lepaih la nak berteduh disiang hari, letak kepala sat didinihari... semua tu sementara sebelum Pak Long ngan Mak Long hang di jemput pergi... hihi...

Pak Long redha kurniaan ilahi, walau jaga awai pagi... tengok Mak Long hang cam tak sudah lagi... ni saja yang Pak Long minta, hanya rakyat besa kat pemimpin ataih sana. Nak tumpang hidup selesa sat saja... dicelah gigi hangpa yang kaya meliana...

Jangan dok rampaih la bajet bedak celak Mak Long hang, dengan penaik harga barang barang. Jangan busuk perut kat bajet mee rebuih Mak Long hang, minyak dan ges... sabsidi pi pekurang. Jangan dengki bajet minyak urut betih Pak Long, bagi bil letrik melambung lambung. Kat mana lagi Pak Long nak rekau cari duit, dah anak anak pun rasa perit... ayam kampung Mak Long hang, nak dapat pun tak berapa duit, lembu Pak Long yang dah uzoq... orang nak beli pun tak kebuloq... haha...

Pak Long tak tau bajet difisit tu menatang apa tapi takkan Pak Long ngan Mak Long hang yang kena tanggung gheba. Dah jatuh ditimpa tangga, hangpa yang salah urus negara... kami laki bini yang kena bahana... hadoiihh...

Wassalam...

Saturday, May 28, 2011

Tepung bungkuih

14 juta komen
Salam semua...

Pak Long pekena tepung bungkuih Mak Long hang ja pagi ni, tapi bab sedap ni tok sah cakap laa, memang terangkat punya... mau gu ngan kopi 'O' kaw pulak... haha... Tepung bungkuih Mak Long hang ni memang sempoi... manih sangat pun dak, tak masin... lemak cukup rasa jaa... memang kena la ngan selera tua Pak Long nih... hihi...

Sebenaqnya bab masak makan ni sapa pun boleh buat, tak susah tang mana pun. Tinggai lagi sedap ngan dak ja la... haha... Memasing ada rahsia depa yang tersendiri, camtu jugak la ngan Mak Long hang pun. Tapi Pak Long tau sangat yang kata rahsia besaq Mak Long hang tuu... paham sangat. Dah berpuloh tahun dok sekali, tak paham mai mana lagi... haha... Sebenaqnya rahsia Mak Long hang ni bukan rahsia sangat pun... tapi amalan dia yang diamaikan sejak dulu lagi iaitu masak masakan dengan penuh kasih sayang... Betoi, masak la apa pun... roh kasih sayang tu la yang Mak Long hang tiupkan dan alhamdulillah... membuatkan masakan dia tu sedap... haha... jangan memain ngan kuasa kasih sayang tu woii...

Kasih sayang ni sebenaqnya ada kat semua orang, cuma kadang kadang tu koi dok pelan kurang jaa... dan tak tau masa mana nak berkasih sayang dan masa mana pulak nak pergunakan kasih sayang tu. Kasih sayang ni adalah perasaan yang timbui dari rasa cinta dan takut pada Allah s.w.t. Bila kita cintai Allah... kita secara tak langsungnya akan mencintai juga segala sesuatu yang telah Allah ciptakan. Kita akan selami dan rasakan kasih sayang dan belaih kasihan yang Allah s.w.t berikan kat depa... Nampak dak kaitan cinta Allah s.w.t ngan kasih sayang. Kot mana pun kita pusing pi, cinta pada Allah jugak adalah segala galanya...

Disebabkan cinta yang kuat dan pengabdian pada Allah yang sihat, kita akan layan orang lain dengan cara yang sangat mulia. Seseorang yang diri dia penuh dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan akan tengok kebaikan dan keindahan dalam segala hal. Bukan tengok kot belah tak elok ja macam mana nak perlingkup kawan. Kita akan lebih peduli ngan orang miskin, tak naik harga barang sesuka hati, lindungi yang lemah dan membantu pada yang memerlukan.

Tapi kalau nilai kasih sayang dalam sebuah masyarakat ni dah hilang, nama Allah pulak yang dipermain mainkan... kita dapat tengok rakyat yang miskin depa dah tak pedulikan, hak hak orang yang benar dan tertindas tak lagi depa pertahankan. Peduli apa orang yang kelaparan asaikan anak bini depa boleh jadi jutawan... Semua tu pasai tak daknya hati nurani dan kurangnya rasa kasih sayang akibat kurangnya pemahaman agama.

Dalam masyarakat atau keluarga di mana nilai nilai moral Islam diterapkan, orang-orangnya hidup dalam kedamaian dan kepuasan yang amat besaq... Depa mendewasakan anak anak depa dengan penuh cinta dan kasih sayang. Melindungi yang lemah dan tak dak masa nak melanggar hak hak orang lain. Tak dak masa nak berkonflik.. tak dak masa nak menindas atau melakukan kekejaman pada orang lain... tak payah nak kudungkan bangsa lain semata mata nak jaga bangsa depa...

Dah sah lagi nyata laa... satu satunya jalan nak melepaihkan diri dari kerosakan dan penindasan yang disebabkan oleh kefasikan manusia adalah hidup dengan rasa kasih sayang yang diajarkan oleh Allah s.w.t dalam al-qur'an dan yang telah dicontohkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w...

Alahmdulillah, hhmm... masak sedap, muka pun manih... ni yang buat Pak Long kasih lagi kat Mak Long hang nih... haha...

Wassalam...

Thursday, May 26, 2011

Bideo lucah lagi...

4 juta komen
Salam semua...

Lama jugak Pak Long tak apdet blog Pak Long nih... maap la kat anak anak yang mai melawat rumah lengang Pak Long ni ha... hihi... Entahlah... rasa tak berapa nak sihat sikit dua tiga hari ni, banyak makan daging free kot... haha... Lembu kat padang pun pakai harap kat Mak Long hang ja la tengok tengokkan... naik boring gak la Mak Long hang, mana ngan ayam itik lagi... hadoiihh...

Tengahari tadi time balik dari spital, Pak Long terjerembab ngan anak Ah Seng... baguih punya bisnes dok lepak bawah pokok ketapang tepi jalan juai bisidi haram. Bedebah betoi laa... tak serik serik budak nih... Pak Long ingatkan dah berenti cari keja lain dah lepaih berdarah lutut kena ligan ngan Polis ari tu...

Bangsa cina ni bukan dia nak pedulikan sangat haram halainya. Tapi memang betoi pun, tak salah kalau depa buat tak peduli haram halai tu, depa bangsa cina dan beragama buddha pulak tuh. Haram halai bagi orang Islam tu lantak pi kat orang Islam yang uruskan la... haha... Yang mengaku Islam pun berlambak dok buat yang haram, tak sapa peduli punnnn... inikan pulak takat juai bisidi haram... haha...

Pak Long tau Ah Seng pun dok nasihatkan anak dia tu jugak, yang keja sambilan juai bisidi haram tu. Juai bisidi haram tu dah memang haram dah pun tapi yang haram jadahnya bila ditambah ngan juai bisidi lucah... perlingkup habih anak bangsa...

Tapi Pak Long rasa jangan dok heran la kalau Ah Seng pun tak heran anak dia buat keja sambilan juai bisidi haram dan edaq bideo lucah... haha... bideo lucah ni dah jadi macam halai di edaqkan dah... siap ngan boleh main pos sana sini lagi tanpa ada orang yang nak kacau daun...

Anak Ah Seng juai bisidi haram tak boleh tapi orang ataih edaq bideo lucah tak pa... hadoiihh... nak cerita camana laa kat anak cucu kita nanti, ngeri betoi cara kita jaga negeri...

Wassalam...

Monday, May 23, 2011

Sibuk menyibuk... hihi...

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni sebenaqnya tak berapa suka menyibuk dan terikut ikut ngan permintaan dunia nih... Tapi dah hidup ataih dunia, kena pulak dok bercampoq ngan orang ramai... nak buat camana, kena kalut jugak laa... Dua tiga hari ni memang sibuk sikit.... tapi bila dah beralih umoq nii, kalut sikit pun dah rasa sibuk sangat dah... haha...

Sibuk ngan kenduri arwah la, yang nak kenduri kawin la... meminang lagi... mana ngan lembu kat padang yang kurang kurang tiga kali gak dok kena ubah, mana ngan ayam itik Mak Long hang lagi... hihi... Sibuk ni kadang kadang bahaya gak kalau kita tak pandai jaga, senang senang ja kesibukan tu heret kita jadi lupa diri. Lupa yang kita ni hamba-Nya... tu yang Pak Long takut sesangat tuh... Tapi Pak Long ni tak kata orang lain sebab orang lain mungkin kuat dan hebat, jadi depa ni boleh la sibuk dan menyibuk... tak macam Pak Long yang sibuk sikit ja dah ke laut ngan sang Pencipta... haha...

Sibuk yang berlebihan boleh buat kita jadi ego dan bongkak... rasa diri tu besaq sangat dah, kalau tak dak kita, lingkup habih la majlih tuhh... haha... Kadang kadang sibuk yang tak ketahuan hala ni jugak boleh buat kita ni rasa penting diri sangat, tak ingat dah kat orang lain sebab diri kita ni terlebih penting, mau tak mau hangpa kena la tunggu kita... padahai, tak dak kita pun majlis jalan serupa tu la jugak... silap silap lagi cepat dan sempurna... haha... Sib baik la Tuhan tu maha pemurah dan penyayang... dia bagi lagi kita ni bernapaih sampai la nih, buat dia tarik nyawa hak dia tu time tu jugak, baru tau sapa besaq... haha...

Ca hangpa tengok kejadian tanah runtuh kat Kajang tuh... memang sedih la tengok bebudak yang masih mentah terkulai ditimbuih tanah. Tapi macam yang Pak Long kata la, kita pulangkan segalanya pada Allah yang maha kuasa, disini baru kita boleh jumpa apa tu redha...

Tapi kemalangan tu dah pun terjadi, biaq la anggota penyelamat dan orang orang berkenaan yang berebut rebut untuk menyelamat. Penonton jangan dok menyibuk laa... bagi ruang dan jalan, depa nak selamatkan mangsa ikut kepakaran yang depa ada... Tapi apa yang Pak Long dengaq, jalan jadi jem gila, tempat tu dah jadi macam fun-fair pulak, terutama sekali bila orang politik turut sua muka. Berebut rebut pak yet pak yet nak salam sama... Padahai tak dak orang politik pun tak pa, silap silap lagi senang dan cepat kerja... haha...

Sekali lagi kita dapat tengok Tuhan ni maha adil sungguh. Setiap sesuatu yang terjadi mesti ada sebab dan musabab benda tu terjadi. Tanah tu runtuh takkan runtuh saja saja punya. Mesti ada tangan tangan gatai yang tak hormat hukum alam. Tebang pokok sana sini ikut suka hati mak bapak depa jaa...

Ajai maut ni pulak ditangan Tuhan, iku suka Dia la nak ambik kita ni balik masa mana dan macamana. Tapi ca tengok... ajal setiap dari kita mesti diambik dengan bersebab. Mati pasai kemalangan kereta la, pasai sakit tua la, segan nak bernyawa pun ada... haha... Sebabnya Allah s.w.t yang cipta kita dengan perasaan dan nafsu, Dia tau la... kita tentu protes Tuhan kalau Tuhan ambik nyawa hamba-Nya cam tu saja tanpa bersebab... sebab tu la bebudak tu pun diambik Allah s.w.t dengan bersebab... sebab tanah runtuh.

Sebab-sebab yang jadi punca kematian depa tu pulak boleh berfungsi untuk mencegah yang lain terbabit sama. Ini la ikhtiaq kita sebagai manusia... Bila mati kena letrik, maka orang lain kena la ambik iktibar main ngan letrik ni kena buat lagu tu dan lagu nih... Macam tu la jugak bila berbelaih bebudak ni yang mati tertimbuih tuh... Orang orang politik pakat bertegang urat tengkok pulak la lepaih ni nak tuding jari kat sapa dan nak buat camana. Mungkin segala aktiviti ataih tanah tinggi akan dihentikan walaupun sat saja... Silap silap Madrasah baru pun depa dapat... haha... inilah rupanya hikmah kalau kita nak tengok dari sudut hikmah laa...

Okey lahh... nak pi tengok Mak Long hang sat, dari tadi menyibuk kat dapoq tu dok buat hapa... haha...

Wassalam...

Thursday, May 19, 2011

Ada hikmah minyak naik nii

12 juta komen
Salam semua...

Amboii... riuh rendah dua tiga hari ni Pak Long dengaq orang ramai dok maki Najib tu... tak baik la lagu tu dok maki maki orang... Najib tu buat kerja dia, jadi hangpa dok maki pasai apa... kalau dia tak buat kerja boleh la hangpa nak maki pun, ni dak... dia tengah dok buat kerja dia la tu... kerja cari duit... haha... Awat, hangpa ingat dia nak jaga Mak Long hang sorang ja kat kampung tuhh... Dia tu Piem Malaysia la woii, dia tu hak semua rakyat. Dia tau la, tokey kilang gula pun nak kaya jugak... haha... amacam Pak Long punya mukaddimah... haha...

Dunia ni hanya sementara, pinjaman masa kita ni dok hidup saja... Kita pulak bukannya hidup nak tongkat langit selama lamanya, sampai masa kita akan jalan jua... Jadi bab bab harga barang naik ni toksah dok jadi isu sangat laa... Jangan dok tengok kot belah 'tak elok' saja, pikiaq kot belah elok sama... ada hikmah tuh. Kalau tak dak hikmah Najib nak penaik buat apa. Tapi kalau dah kepala asyik dok pikiaq belah 'tak boleh'... sampai ke mampuih pun dok 'tak boleh' situ laa... haha...

Hikmah minyak naik ni bukan semua orang boleh nampak, dah jadi tugaih murni Pak Long la jugak nak bagi Mak Long hang pun nampak sama kebaikan terselindungnya... Mai kita pikiaq secara ilmiah dan hadamkan betoi betoi... harap harap lepaih ni tak dak sebab lagi la Mak Long hang pulak yang nak 'naik minyak'... haha...

Hikmah terbesaq yang Pak Long boleh nampak ialah anak anak Pak Long dah jarang balik rumah jengok Mak Long hang. Kalau dulu depa boleh balik semata mata nak hantaq mee rebuih saja, la ni dak dah... tunggu raya la kot kot boleh jumpak. Rindu cendoi pulut Mak Long hang pun depa dah letak sebelah pasai nak jimat duit minyak. Ini la baguihnya, bila anak anak Pak Long tak balik, gula ngan kopi Pak Long pun lambat habih... haha... Lagi pun tanpa depa, secara tak langsung keta ataih jalanraya jugak akan kurang... jalan pun jadi lengang, orang lain bawak keta jadi senang... Rindu? hekellehh... dah tua tua ni rindu apanya...

Hikmah lain yang Pak Long nampak ialah duit yang anak anak huloq pun akan jadi kurang... ini baguih, nak mengelakkan Pak Long dan Mak Long hang dok saja dan lena ataih duit... takut lagi kaya ngan penyakit. Sebab tu bila anak anak tak huloq duit pasai nak jimat, kita kena kata terima kasih, jangan dok maki hamun depa... Sebabnya, kajian sains mendapati orang yang dok saja tak dak keja, akan lagi cepat tua dan penyakit pun beratoq mai kat kita... haha...

Lagi satu, bila duit dah kurang... kita akan jadi lebih kreatif dalam hidup. Ca tengok, mungkin satu hari nanti Pak Long akan kacukkan lembu Pak Long ngan gajah supaya lebih isi nanti... Mak Long hang pulak mungkin akan hasilkan ubi kayu ber'ubi' sampai ke pucuk, produktiviti tuhh... haha... Ni semua berkat anak anak yang berkira nak bagi duit lebih kat mak bapak, nak himpun buat duit minyak...

Lagi satu hikmah yang Pak Long tengokkan ialah kesannya atau gelombang yang terhasil dari tindakan bijak kerajaan Najib ni. Minyak naik saja... semua harga barangan lain akan turut naik sama. Ini yang baguihnya, sebab bila harga barangan dah mahai, kita kena ikat perut, berjimat cermat. Takkan ada lagi orang Malaysia yang ber'isi lebih', gemuk macam... errr... ehem... ehem... Semua orang akan jadi slim dan cantik, ini sebenaqnya serampang dua mata dari kerajaan Najib tu... inginkan orang yang cantik cantik saja keliling dia... hihi...

Bila harga barangan lain turut mahai, kedai kedai makan waktu malam pun akan kurang orang. Masaalah kedai makan tu nak hidup camana bukan masaalah kita, yang penting hikmahnya ikatan kekeluargaan pun jadi erat, pasai satu keluarga perut kena ikat...

Bila semua pakat penaik harga, bas penumpang pun kena penaik sama... Ni baguih dalam konsep pembahagian ekonomi sama rata. Tokey tokey pun nak rasa jugak jadi kaya macamana... haha... kita tak pa pasai dok besa susah dah... Bas dan van sekolah pun terpaksa ikut sama, penaik harga depa... ni baguih supaya anak anak orang susah langsung tak payah pi sekolah... Tak pun semua pakat pakat pi jalan kaki, baru boleh bendung penyakit dan obisiti... pergghhh.... dalam betoi makrifah Piem Umno ni, tu pun hangpa nak marah lagi kat dia? Hadoiihhh...

Nak pi pujuk Mak Long hang sat, anak dia tak balik dua bulan dah...

Wassalam...

Tuesday, May 17, 2011

Petua tak semak kepala

4 juta komen
Salam semua...

Anak anak pun dok pesan, Mak Long hang pun dok kejan... bila dah mai beralih umoq ni, Pak Long tak boleh nak dok saja sangat... kena cari keja gak bagi pecah peluh. Depa tu bukannya apa, takut Pak Long ni kaya ngan penyakit... haha...

Jadi masa masa Pak Long yang terluang ni kena la dok isi... bagi bergerak anggota badan, biaq berjalan akai fikiran... tak boleh dok melahu macam bangau tunggu ikan... haha... Bila ada saja kerja yang kita nak buat, tak la kepala ni semak dok pikiaq benda benda yang tak berfaedah sangat.

Macam tu la jugak ngan hati... bukankah hati orang mukmin tu rumah Allah... Jadi hati kita yang mengaku mukmin ni tak boleh la dok biaq kosong dari puji pujian terhadap Allah s.w.t... Bila hati dah kosong, setan akan jadi raja didalamnya... tu yang dok ingat benda pelik pelik tuh... Jadi isikan lah hati kita ni dengan zikrullah, baru la padan kata rumah Allah... Hati yang tenang adalah hati yang diisi dengan iman, penuhi dengan zikrullah... firman Allah s.w.t... 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." [Surah Al-Ra'ad: 28]

Sebab tu kita sebagai orang Islam kena lah kembali pada Tuhan yang maha berkuasa ni... kembalilah kita dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang Dia berikan dan yang lagi diredhaiNya. Masukkan lah diri kita ke dalam jemaah hamba-hambaNya yang disukainya...

Tau agama saja bukan lah tiket mudah nak letakkan kita dekat ngan Allah. Maka kalau nak cari kebahagian dan ketenangan... kita tak boleh sekadar berilmu, tapi kena la jugak mengikhlaihkan diri pada Allah, menyerah dan bergantung semata mata padaNya... Jangan buat sesuatu yang dikernakan oleh lain dari di kernakan oleh Nya. Jangan letak pengharapan jiwa pada yang lain selain dari pengharapan pada Nya...

Insyaallah... sebab hanya Allah taala saja la yang layak buang semak dalam kepala kita, orang lain tu cakap pandai boleh laa... haha...

Wassalam...

Monday, May 16, 2011

Hari Cikgu

13 juta komen
Salam semua...

Haha... terkejut beruk budak budak tu kena jerkah ngan Mak Long hang... berselerak lari tergedik gedik kot bataih ban... bukan pa, suka sangat mengusik ayam mengeram, tu yang Mak Long hang geram... haha... budak budak, nak marah lebih lebih pun tak boleh, depa ni bukan ada undang undang.

Cuma Pak Long ni takut mak pak depa tak tau apa, maklum la musim getah naik harga. Habih laki bini pi motong getah tinggai anak anak pakat tuang sekolah. Ya la nak sekolah pun sari ni jaa... esok dah nak cuti Wesak pulak...

Tapi tu la kan, orang kita ni pun kadang kadang tu hodoh jugak... anak anak tak pass periksa, cikgu cikgi la yang jadi mangsa... Time anak anak luluih cemerlang, cikgu cikgi langsung depa tak pandang, yang depa tau kata... pandai mak bapak depa didik anak anak, bukan tak betoi, tapi salah ka bagi sikit kat cikgu cikgi...

Depa ni pun banyak jasa kat anak anak bangsa. Kadang kadang apa yang depa bagi lebih besaq dari ibu dan bapak.... Ya laa memang ada jugak, cikgu cikgi yang suka berlagak, lebih pekak dari badak... tapi Pak Long rasa lebih ramai lagi anak murid yang berperangai mintak penyepak...

Moga moga Allah s.w..t membalaih jasa ramai para cikgu yang tak berlagak macam badak pekak tuh... hihi...

Selamat Hari Cikgu!

Wassalam...

Sunday, May 15, 2011

Mau tak mau kena mau...

8 juta komen
Salam semua...

Sambil dok melahu depan muka pintu nikmati hujan yang sirami laman, macam macam yang Pak Long kenangkan. Selak balik kenangan dulu dulu ni memang syok... haha... Tapi ya la, umoq kita ni macam ayaq sungai yang turun tak patah patah balik dah... mau tak mau pun kena mau la jugak... haha...

Harta Pak Long ni tak banyak... ada Mak Long hang ja ngan anak anak. Bukan tak teringat nak cari harta, tapi mana daya dah mengaji tak tinggi mana... haha... Tapi dok kampung ni lagu ni laa, nak sayoq merata rata ada, nak kangkung tepi bendang ada... pucuk bebuaih, pucuk pegaga merata rata boleh jumpa... ikan darat macam tu jugak, dalam ban dan parit berlambak lambak... Dok gelut cari harta buat apa dah segala galanya ada sekeliling kita...

Hangpa nak cari harta, tak dak salah mai mana... cuma nawaitu bagi kemaih, ingat tanggungjawab sebagai hamba yang di galaih... Kena ingat dan beringat, mati itu pasti yang semua orang wajib hadir tanpa kecuali... hihi... mau tak mau pun kena mau jugak... haha... banyak mana pun harta yang hangpa ada, satu hari akan tinggai jugak di ataih dunia... jangan bermegah dengan maksiat, hukuman Tuhan amat dahsyat... Bongkak sombong bukan hak kita, pakaian Tuhan yang maha kuasa...

Ramai orang yang tak nampak, hidup kita ni serupa ngan dok daki kemuncak gunung yang tinggi. Sebelum nak naik tu tak pa la hangpa galaih macam macam alat dan ubat... makan minum yang nak di sebat... penuhkan perut supaya larat... kita pun tengah dok kuat... haha... Bila tengah tengah dok daki, macam macam yang kita perati... macam macam yang kita jumpak, tapi jangan lupa kita ni nak pi ke kemuncak... itu destinasi kita...

Adat la kan, lagi tinggi kita daki, lagi kurang bebanan yang kita nak kena galaih... lagi dekat nak kemuncak, lagi kurang beban yang nak kena dibawak. Tak kurang mai mananya, makanan dah nak habih dimakan... minuman dah nak habih diminum... ubatan dah nak habih berubat.

Selalunya nak sampai kemuncak, banyak barang tak larat nak bawak... tenaga muda dah diganggu tua... yang hebat belum tentu kuat... Sebab tu dalam perjalanan tadi jangan dok galaih banyak banyak, jangan main sapu apa yang hangpa jumpak pasai bukan semua hangpa larat bawak... haha... Dok kutip buat apa sisa sisa dunia, yang entah entah langsung tak berguna... Jangan jadi bengong dok pi galaih peti ais pi puncak gunung yang bersalji... cari Mak Long hang seligi... haha...

Ataih sana mana ada kedai, nak bawak emaih pi gadai... kemuncak dia tu sunyi gedi, kereta besaq tak dak sapa nak puji... sampai puncak hangpa dah tak larat, bergundi duit ringgit tak kan jadi ubat... haha...

Sebab tu jangan dok heran la, mengkalu mai rumah Pak Long kena dok bersila... Mak Long hang dah lebih dari hiburan, tak payah tivi yang bayaq bulan bulan... makanan tak banyak tapi lazat dan enak... Tapi kalau dah harta ni tak banyak mana, moga moga redha kita nak tinggai dunia balik ke sana... sebab ajalnya kita tak tau nak mai bila...

Wassalam...

Saturday, May 14, 2011

Wangi diri

13 juta komen
Salam semua...

Saja ja la Pak Long teringat pulak hari ni nak peringatkan diri dan anak anak semua, perbetoi lah diri dengan menyuci hati dan wangikan diri...

Hati ni adalah tempat tersimpannya iman. Iman hanya kekai di dalam hati sekiranya hati tu bersih. Iman tak bertahan lama pada hati yang kotor... Jadi, bersihkan lah hati selalu dengan zikirullah.... Dengan berzikir saja hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih dan bebaih daripada segala penyakit hati...

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka kalau suci hati maka suci jugaklah diri, kalau wangi hati kita maka akan mewangilah seluruh jasad kita. Marilah kita berusaha mewangikan hati agar wangi diri... berdakwah kat anak bini, berdakwah kat kengkawan keliling kampung, berdakwah dengan bukan Islam yang dok perati kita melalui kelaku diri kita yang wangi...

Wassalam...

Wednesday, May 11, 2011

Berjalan kaki

8 juta komen
Salam semua...

Lama rambut tukaq kaler nih, tak banyak aktiviti yang Pak Long boleh buat dah... Kalau dulu boleh dukung Mak Long hang pusing kampung, la ni takat pimpin tangan pusing taman sebelah rumah tiap tiap pagi pun dah kira baguih... haha...

Dah lama Pak Long amaikan jalan waktu pagi ambik angin segaq kat taman sebelah rumah tuh. Layan pi la dalam sejam sesekali jalan... Tak payah kerap sangat takut Mak Long hang terlebih langsing pulak tapi cukup la kalau tiga kali seminggu atau paling malaih pun sekali seminggu...

Jalan pagi ni baguih, memang enjoy dan berkhasiat. Jalan jalan jamu mata... hihi... Khasiat yang ketara sekali tu Mak Long hang la, dah surut sikit dan banyak gak tayar spare yang dia dah bagi kat si Rosmah tu simpan. Baru sedap mata Pak Long memandang... Hilang la sat semak kepala Mak Long hang yang dok meghekam kat Najib pasai penaik harga gula langsung tak tanya dia... haha...

Ikut kajian, berjalan ni boleh mengurangkan banyak jenih penyakit. Mengkalu kena gayanya, boleh sembuhkan penyakit tak payah keluaq duit...

Yang pertamanya berjalan kaki ni boleh kurangkan risiko serangan jantung. Ikut kajian, otot jantung perlukan aliran daghah lebih deghaih agar segaq dan berfungsi normal pam kan daghah tanpa henti. Berjalan kaki ni boleh membantu lajukan pengaliran daghah ke dalam jantung.

Yang keduanya berjalan kaki ni jugak boleh jauhkan kita dari strok. Pak Long tak dan mengaji tinggi pasai strok nih... tapi setahu Pak Long la... strok ni lebih kurang serupa serangan kat otak bilamana bekalan daghah pi ke otak tak berfungsi... hangpa tolong perbetoi la kalau tak betoi... haha...

Seterusnya berjalan kaki jugak boleh membakaq lemak, kalau kita buat kerap dan jalan bagi laju sikit, lagi baguih. Tapi Pak Long ni tak boleh la jalan laju laju sangat dah kalau tak mau ambulans masuk kampung... haha... Proses bakaq lemak ni secara tak langsungnya boleh kurangkan isi lebih Mak Long hang terutama kat kawasan perut akan menipis...

Lagi satu yang Pak Long tau ialah gejala kanser jugak akan lenyap dengan sendirinya kalau kita dok rajin jalan kaki... Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besaq dan ada jugak yang berpendapat berjalan kaki jugak boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

Seterusnya berjalan kaki jugak boleh mencegah dari kencing manih. Sebab bila kita rajin bergerak di waktu kita berjalan jalan tu, ia mampu mencegah berkembangnya diabetes terutama pada mereka yang bertubuh gemuk. Ada pendapat mengatakan kandungan gula dalam daghah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak. Kita cuma kena berjalan secara kerap untuk nak jaga kesihatan badan dan jauh diri dari diabetes.

Petua sikit sebanyak setakat yang Pak Long paham laa... haha... insyallah, baik ni kalau kita rajin dok amaikannya...

Wassalam...

Tuesday, May 10, 2011

Menatang apa pulak dahhh...

6 juta komen
Salam semua...

Ni yang Pak Long berkenan ngan Mak Long hang ni... pepagi lagi dah sedekah senyum... hihi... manih jaa, walaupun gula dah naik harga. Cucoq udang tak cicah sos pun jadi sedap mengkalu tiap tiap pagi lagu ni... haha...

Tapi si Najib ni pun haru biru betoi la, ca hangpa tetapkan pendirian hangpa tu sikit. Dulu ni hangpa kata nak selaraihkan harga, tu yang gula kena penaik harga tuu... Dekat seminggu jugak laa Pak Long kena dok cerita kat Mak Long hang selaraihkan harga tu benda apa...

Dahhh... kali ni hangpa kata rasionalisasi sabsidi pulak dah, sebab tu gula kena penaik lagi dua kupang... Yang rasionalisasi tu menatang apa pulak... Nak penaik harga tu penaik ja la, tapi ca hangpa tetap betoi betoi pendirian hangpa tu, nak selaraih harga ka atau nak rasionalisasi sabsidi... ni Pak Long nak jawab apa kat Mak Long hang pulak ni.... hadoiihhh...

Tapi Jib oiii, lagi satu Pak Long musykil laa... kalau betoi hang nak jimat duit rakyat pun, jangan dok beli kapai selam laa... tok sah dok cerita pasai kereta kebai pun... bukan Pak Long boleh tumpang pi pekan. Tak la naya ja hang kena makan maki ngan orang orang kampung macam la ni...

Ishhh.... dok pikiaq tak dapat dapat lagi camana nak expelin kat Mak Long hang plak kali ni... silap expelin, tidoq luaq pulak Pak Long malam nih...

Wassalam...

Sunday, May 08, 2011

Bangang betoi laa...

10 juta komen
Salam semua...

Hamboiii... dekat seminggu jugakla Pak Long rasa kepala memusing, jalan pegang dinding... ngilu rasa sendi sendi ni... nak kata demam pun tak demam. Tapi alhamdulillah la, hari ni lega la sikit lepaih anak sulung Pak Long heret jugak jugak Pak Long ni pi kelinik... hihi... tu pun pasai Pak Long tengok Mak Long hang macam dah habih jampi serapah dia... haha...

Pak Long tabik spring la kat doktor yang rawat Pak Long tadi nih... Pak Long puji bukan pasai dia tu segak walau kening bercelak bermata galak... Mak Long hang lagi manih aiihh... Tapi kesan dari layanan dan nasihat dia tu buatkan Pak Long yang takut makan ubat pun pi jadi yakin semacam. Ternyata, keyakinan dia yang buatkan pesakit macam Pak Long ni bertambah yakin ataih usaha dia yang jugak bersandarkan doa pada Allah Taala...

Tentu keyakinan doktor tu berdasarkan pada ilmunya, baik ilmu agama ditambah lagi dengan ilmu dunia. Dia perlu yakin dengan apa yang ada kat dia dulu, baru dia boleh meyakinkan orang orang kampung macam Pak Long nih... Ini la hikmahnya kita bekerja dengan Tuhan, bukan dengan harta benda dan pangkat darjat semata mata. Ini la juga hikmahnya kita ada Tuhan yang maha segala galanya ni tempat kita bersandarkan harapan dan keyakinan...

Alangkah baiknya kalau semua umat Islam kita ada keyakinan diri yang tinggi terhadap agama macam yang ada kat doktor tadi tuh... Tentu lah tak merapu meraban... macam selak kain sendiri tunjuk panau kurap kita bagi orang tengok, macam yang Utusan Malaysia buat tuh...

Kita orang beragama, kita anut Islam bukan ataih paksaan... kita kena paham betoi betoi Islam ni baru kita yakin dan tak rasa terseksa dengan Islam. Sebab tu setiap orang Islam wajib dalami apa itu Islam, kekuatan Islam, kebenaran Islam dan kemanisannya Islam tuh... Ilmu ilmu ni lah yang akan jadi pengemudi kita dalam meninggikan keyakinan diri kita terhadap Tuhan dan agamaNya. Cantiknya Islam bukan terletak kat berapa banyak masjid mahai mahai tapi macamana roh Islam tu disuburi dalam setiap diri umatnya.

Woiihh... seronok la lagu tu, roh Islam dalam diri kita yang lemah pi tuduh Kristian yang gagah... Pesaing kita tu siang malam punya kerja, cari jalan nak perlingkup kita... tapi kita ni asyik suap umat kita ngan duit rasuah, politik fitnah ngan bideo lucah...

Tanya tengok la diri kita sendiri, apa peranan kita nak jana roh Islam dalam diri umat kita bagi tahan diuji sikit... Bolehkah Islam berkembang pesat lepaih ni dengan stetmen bangang camni...

Wassalam...

Friday, May 06, 2011

Macam kerbau bajak

8 juta komen
Salam semua...

Laaa... Pak Long ingatkan dah habih dah, rupa rupanya timbui lagi kisah DAP perguna PAS dan PKR tunggang DAP... Pak Long rasa la orang yang timbuikan isu guna mempergunakan sesama kita ni tak pi sekolah kot.... hang perguna aku, aku perguna dia tu perkara besa sejak azali lagi... Memang hidup kita ni kena lagu tu, mengkalu tidak dunia ni tak berpusing laa...

Apa yang nak herannya... Pak Long perguna Mak Long hang garu belakang sekali sekala... tukang tadah telinga bila Pak Long bercerita... haha... tapi ada masanya Mak Long hang akan perguna Pak Long beli cendoi pulut kepala simpang... raut lidi penyapu petang petang. Hangpa ingat Mak Long hang tu boleh buat sorang sorang ka... haha...

Nampak dak, jadi nak heran mai mana bila PAS perguna ahli dia untuk lonjakkan kemenangan Islam, ahli ahli dia pulak pergunakan PAS sebagai medium nak capai sejahtera Islamnya. UMNO perguna bideo seks untuk panjangkan nyawa politik dia dan Datuk T pulak pergunakan UMNO untuk kenyangkan tembolok depa... besa la parti orang kaya kaya... haha...

PKR perguna PAS ngan DAP untuk tawan Putra Jaya. PAS perguna PKR dan DAP untuk sama sama perjuangkan Islam sejahtera. DAP perguna PAS ngan PKR untuk keadilan semua warga. Bab tenaga dan meramaikan ceramah, PAS memang juara walaupun menang belum tentu. Bab cakap pandai, gempaq orang sana sini, PKR boleh pi depan walaupun nampak macam tak ketahuan. Pasai tarik hati orang Cina, DAP boleh kita percaya pasai tak dak puak puak Cina pun kita tak boleh buat apa apa.

Jadi kalau ada lagi orang yang kata PKR perguna PAS atau DAP tunggang PKR ka, mampuih pi kat depa la... memang hidup kita ni perlu guna dan dipergunakan... Tapi tengok jugak la guna untuk apa dan dipergunakan pulak untuk apa. Guna la kepala hotak tu sama, jangan dok ikut buta tuli saja... haha...

Pak Long rasa berbaloi apa kalau dipergunakan orang dengan tujuan murni, jadi kerbau bajak pun tak pa asaikan padi yang dituai dijadikan beras untuk umat manusia kenyangkan perut... asaikan kita redha dan bahagia dan sedaq kita dok buat apa... haha...

Wassalam...

Wednesday, May 04, 2011

Osama bin Laden

6 juta komen
Salam semua...

Amboi, gegak gempita habih satu dunia... semua bercerita tentang tumbangnya sdr Osama bin Laden di tangan komando Amerika setelah lebih empat tahun di bayangi maut. Hmm... yang mati tu tak pa dah, pasai dah mati... ni kita yang hidup ni pulak camana...

Tak elok sangat la kalau ada yang bersuka ria sama diatas pemergian saudara kita nih... sebab kita tak tau cerita sebenaq melainkan semuanya mai dari mulut Amerika. Dan lagi tak payah la pulak nak teriak meraung raung tangiskan kematian Osama ni sekiranya betoi pun... sebabnya Pak Long yakin sangat kematian adalah doanya bagi orang orang yang pilih jalan jenih ni... Nak heran apanya, kalau dia tu takut dilambung ombak, takkan dia gatai nak berumah di tepi pantai...

Semoga Allah merahmatinya dan himpunkan bersama sama orang orang beriman...

Satu persoalan pulak yang timbui disini... apakah keganasan akan berakhir, keamanan dunia akan tercapai dengan kematian Osama... hihi... jangan dok harap laa... Keganasan ni hanya akan berakhir selepaih terkorbannya keganasan Amerika. Keganasan tu adalah Amerika, watak Islam ganas adalah ciptaan Amerika. Hangpa ingat Amerika akan dok diam ka... daakk... malah akan ada lagi watak pengganas yang Amerika akan cipta. Tak percaya hangpa tunggu laa... pengganas Islam ni perlu dicipta dan dimatikan dari semasa ke semasa, baru Amerika boleh menghalalkan kehadiran mereka di seluruh ceruk rantau Islam...

Hangpa ingat senang senang ka Polis boleh melilau masuk kampung laman kita kalau tak dak mat gian pecah rumah, kaki judi laga ayam atau kes samun pakai stoking pompuan... Amerika kan ka dah melantik diri depa sebagai Polis dunia... kematian Osama akan menghadkan penyusupan depa ke kampung laman Islam dan mat gian serta penyamun berstoking pompuan kena dicipta semula bagi menghalalkan kehadiran mereka disisi pak yet pak yet Islam mereka...

Apapun perlu ditegaskan pada semua bahawa Islam adalah agama persaudaraan, agama rahmat untuk sekelian alam. Islam adalah agama keamanan dan keadilan... pasai tu lah Islam ni menyeru pada persahabatan sejagat. Tak kira dah warna kulit dia, tak terkecuali darjat tnggi atau rendahnya... termasuk jugak jantan betinanya... seluruh manusia bukanlah musuh Islam dan umatnya...

Allah menyeru melalui nabi terhadap umatnya supaya menjalin keharmonian di antara agama dan umatnya sampai bila-bila...

Wassalam...

Tuesday, May 03, 2011

Sibuk

4 juta komen
Salam semua...

Sesekali tu kalau diingatkan balik, Pak Long rasa macam dunia ni berputaq laju sangat la... cepat sungguh masa berlari, pejam celik, pejam celik... rupanya dah tiga belaih tahun Anwar di sibukkan dengan kisah dia salah urus syahwat sendiri... haha...

Masa dia mai silih berganti, rasa macam tak dan nak ligan la pulak.... haha... Mak Long hang dok keloi dari dapoq nuu, dunia ni dok ligan buat apa haiihh.... sampai bila pun dok tak cukup cukup... hihi.... Nak cukup mai mananya, beskal lambat... nak moto, moto kecik... nak keta, keta buruk... nak yang baru sikit, tak cukup satu pasai anak tiga... tambah lagi. Jadi kita ni senantiasanya di sibukkan dunia dok ligan putaran dia yang bagai terlupa nak tunggu kita... Ada dunia tu nak tunggu hang... haha...

Pasai sibuk dok ligan dunia yang laju la kot, Pak Long tengok bebudak la ni dah macam lipaih kudung, macam ngan berjalan pun tak pijak tanah dah... haha... Sebenaqnya tak salah nak sibukkan diri kita dengan dunia ni, yang salahnya ialah sibukkan dunia tu buatkan kita terlupa kerja kita mengingat akan Tuhan... dan yang lebih salahnya tu ialah buat buat menyibuk sampai lupa kat Tuhan... haha...

Kadang kadang kita pun tertanya tanya sendiri, bila la agaknya sibuk ni nak berhenti... dah tak larat nak menyibuk dah nih... hihi... Sibuk ni sebenaqnya takkan berhenti dengan sendiri melainkan kita sendiri yang jangan dok menyibuk ligan sibuk. Bila kita dah sedaq, sebenaqnya sibuk ni tak dak apa yang nak di sibukkan, sebab dunia pinjaman buat apa nak di ligan.... maka dengan sendirinya sibuk akan berkurangan sibuknya. Kita kena jaga jaga sebab sibuk yang keterlaluan boleh membuatkan kita bosan dalam hidup. Bosan yang teramat sangat boleh membuatkan kita segan nak bernyawa.... haha.... Hangpa tau ka akibat dari segan nak bernyawa...


Ni haa.... ni la akibatnya kalau kita dah segan nak bernyawa. Time ni la sibuk akan berhenti terus dari kacau kita, tapi kerana kita la pulak satu kampung pakat sibuk habih. Time ni la dunia dah tak lapaq nak dampingi kita, kerana kita dah tak berguna lagi kat dunia. Dunia akan cepat cepat istihar kata kita ni dah tak bernyawa... cepat cepat panggil orang kampung kapan dan simpan... hatta bini yang kita sayang sekalipun dah tak lalu nak tidoq sekali... cepat cepat tanam lepaih tu buat kenduri... tinggai la kita sorang diri, mengadap Ilahi... hihi...

Tidoq tu mati sementara ja tapi mati tu tidoq selama-lamanya... sebab tu laa.... dalam tidoq kita pun kena dok ingat akan DIA... biaq sibuk tera mana sekalipun, Allah s.w.t jangan sesekali kita lupa. Sebab kena ingat, mati itu pasti... semua dikehendaki hadir tanpa pengecualian... haha...

Wassalam...

Sunday, May 01, 2011

Nasik lemak

12 juta komen
Salam semua...

Ni kalau Pak Long tanya janda Limah hujung kampung tu, berkarung karung la Najib nanti kena maki ngan dia. Takut bebudak gemuk kat sekolah, peniaga nasik lemak jadi gelabah. Menteri menteri Najib ni pun satu... jangan la gatai tang lain, pi garu tang lain pulak... dah hilang akai ka hapa, berlambak benda lain yang hangpa boleh buat, peniaga kecik jugak yang hangpa kacau kuat...

Ca hangpa pikiaq camana nak angkat Islam tu bagi tinggi jangan dok bagi tenggelam orang keji... ca hangpa cari idea nak senangkan rakyat dari tengok depa melarat. Nasi lemak tu bukan sesatunya yang bawak mudarat, mengkalu dah kesihatan diri tak reti ambik berat. Bukan ka sekolah tu tempat mengaji, jadi kaji la camana nak bagi bebudak tu paham jaga diri sendiri. Bukannya pi boh pasiaq dalam periuk nasik si janda Limah ni...

Janda Limah tu bukannya orang senang, berniaga kecik kecik pagi sampai petang, camana kalau depa dua beranak tu susah... kan Pak Long jugak yang gelabah... haha...

Pak Long ni tak pepasai teringat nasik lemak janda Limah tu bukannya apa, dah tau dah sari hari ni kena baham nasik lemak bungkuih tu la sampai ke petang... Mak Long hang dah buat pengumuman awai, tak kelapaq nak masak apa hari ni, cuti hari buruh... hadoiihh... Nak kata apa lagi dah, nak ucap selamat hari pekerja ja la kat hangpa semua...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails