Thursday, June 30, 2011

Jangan dok menyombong la...

6 juta komen
Salam semua…

Lama beralih umoq ni, tidoq tak leh lama bangkit sendiri… Tak boleh nak lajak lajak lagi, Mak Long hang cukup jaki… haha… Tapi pa pun, syukur Alhamdulillah… hidup lagi Pak Long ari ni, boleh la Pak Long dok merapu dalam blog ni lagi… hihi…

Mak Long hang pesan, bangkit tidoq pun kena bersyukur… ya la, kita kena bersyukur ngan pasai bangkit pagi, boleh lagi dok tengok matahari. Ada sesetengah orang tu, sedaq sedaq ja bumbung rendah… bila pegang rasa papan berbilah bilah, sah sah dok dalam keranda dah… haha… Tu semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik balik bila… kadang kadang dalam dok ada pun kita terlupa syukur kat Dia…

Pak Long kena bersyukur pasai kurang kurang pun Pak Long boleh dok raba lagi taik lalat manih Mak Long hang… haha… sebab ada sesetengah orang tu sedaq sedaq dah tangan hilang sebelah… atau kaki tak boleh angkat dah. Tu semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik balik bila… kadang kadang dalam dok ada pun kita terlupa syukur kat Dia…

Mak Long hang pun kena bersyukur jugak pasai dapat lagi tengok muka pemanih budak Pak Long ni ha… haha… sebab ada sesetengah orang tu sedaq sedaq gelap gelemat, ada mata tak boleh lihat… badan nampak sihat, nak bukak mulut makan pun tak larat… Tu semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik balik bila… kadang kadang dalam dok ada pun kita terlupa syukur kat Dia…

Kita kan dah mengaku Islam, dah tu tergolong dalam umat terbaik plak tuh… iaitu umat Muhammad s.a.w yang diangkat sebagai kekasih Tuhan… umat terbaik kalau nak banding ngan umat nabi nabi lain. Bila dah jadi umat Muhammad ni, kena ikut la apa yang Muhammad s.a.w suka buat… Hangpa tau dak yang nabi Muhammad tu sampai bengkak kaki kaki punya solat nak pastikan beliau senantiasa bersyukur kat Tuhan… yang kita ni pulak nak lafaz syukur sari dua tiga kali ja pun dah bebai ka… camana nak masuk syurga… haha…

Orang yang tak reti bersyukur ni adalah orang orang yang sombong. Jadi jangan dok menyombong la pasai sombong ni tak kemana pun... Sombong ni pakaian Tuhan, kita kena sedaq yang kita ni hamba... yang tak layak langsung nak menyombong ngan pencipta semesta...

Sebenaqnya memacam cara kita boleh zahirkan kesyukuran kita… Kita boleh mensyukuri melalui hati dengan akui, imani dan yakini segala mak nenek nikmat datangnya dari Allah s.w.t semata… Kita jugak boleh mensyukuri melalui lisan, perbanyakkan ucapan Alhamdulillah, segala puji milik Allah… Kita jugak boleh mensyukuri melalui perbuatan… Gunakan segala nikmat yang Allah bagi ni untuk beribadah kerana Allah… jauh yang Dia marah, buat yang Dia perintah…


***********************************
“Bang Long…”
"Ha… awat pulak, takkan mak hang nak suruh menapak sampai Aloq Setaq kot”
“Habih tuu Bang Long… tang tu ja orgjitra kata ada…”
(Dalam hati…)
"Memang nak muleh betoi la orgjitra nih, gatai sangat dok sebut jeruk maman…hadoiihh…"
Wassalam...

Wednesday, June 29, 2011

Tak mau Mak Long hang semak

10 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang ni bukannya dia tak minat politik, minat gak dulu nih... Pak Long kata jangan, Mak Long hang yang pulun sakan. Tapi lepaih dia tarik diri dari bertanding ketua wanita amno kampung ari tu, teruih dia jadi tawaq hati... haha... padan ngan muka...

Dia tak berkenan banyak pasai, orang politik ni semua depa tibai, agama di junjung habih halai balai... Memang la tak patut, politik kampung pun dok berebut... Beli undi pakai baja sabsidi, ada yang dapat lebih sampai dua tiga gundi... haha...

Jadi Pak Long tak leh merapu politik banyak banyak, tak mau Mak Long hang lagi semak... haha...

Sebenaqnya apa jugak yang kita buat, tak kira la dalam politik ka, masa berniaga ka... waima tulih blog sekalipun... ianya bersandaqkan pada hati. Ya la, kalau hati yang suci putih, tentu hati tersebut akan bawak akai fikiran kita kearah yang bersih. Segala tingkah laku manusia perlu dipandu oleh akai fikiran. Perangai manusia ni kalau tak dipandu akai terutama akai yang waras, kita panggil sasau atau gila. Ingat... orang gila ni tak wajib sembahyang tau... haha...

Jadi hati manusia yang bersih akan dijelmakan dari tindakan tindakan manusia tadi yang baik dan suci. Jadi kalau nak tau hati kita ni bersih ataupun tidak, tengok la apa hasil dari tingkah laku kita... hihi... Manusia diciptakan Allah dari beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur tu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambik kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati...

Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.
(Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Pa pun yang kita buat, ia menggambaqkan nilai hati kita. Segala pekerjaan di nilai dari amalan hati... tu lah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlaih hanya kerana Allah Taala semata-mata, maka akan tinggilah nilai amalannya... Bila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredhaan Allah, tapi nak dapat pujian atau bagi saingi orang lain jaa, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlaih...

Errr.. Pak Long pun nak kena ikhlaih jugak, walau hari hari dok berlarak, Mak Long hang la teringin jeruk maman pulak... ni semua orgjitra punya pasai la nih... pi dok sebut buat apa, dah tau benda tu susah jumpa.... hadoiihhh...

Wassalam...

Tuesday, June 28, 2011

Pak Long suka ngan budak nih...

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak tau la hangpa nampak dak apa yang Pak Long nampak... hihi... Mak Long hang pun camtu jugak... Maklum la kan, hidup ni tak selalunya indah, tapi indah tu la yang semua orang dok cari. Tapi tengok jugak la indah tu camana.

Ada yang tengok indah itu kena mengampu, ada yang rasa tu semua merapu. Ada yang pandang keredhaan Allah Taala tu kemuncak, walaupun ramai yang berlagak macam Tuhan dah tak dak. Bukan mudah ooii nak berenang lawan aruih sungai nih... letih ooo...

Tak banyak orang dah yang suka nak letih camni...
Tak ramai dah orang yang bercita cita nak berani...
Pak Long tentu suka bila ada yang pelawa diri...
Nak tolong angkat suara kita bagi orang peduli...

Wassalam...

Monday, June 27, 2011

Dua kali lima

4 juta komen
Salam semua...

Petang tadi ni Husin mai la dok bergebang ngan Mak Long hang... sambil tibai cucok kodok pisang emaih cicah gulai rempah giling perangat... Pak Long tak ambik pot sangat, dia dok bertanya sikit sebanyak petua, ya la bini dia pun dah sarat bawak perut dah nuu... Mak Long hang ni, sungguhpun lagu tu... kat dia la tempat orang kampung dok tanya petua sikit sebanyak. Nak tempah cawat ngan barut sampai la bila masa nak pi mengurut...

Tapi Pak Long nak tergelak ngan si Husin ni satu ja, dia ni jenih betoi bendoi tak ketahuan hala sikit... haha... Tapi betoi betoi bendoi dia pun dah nak masuk tiga dah la anak dia... ngeee...

Ada sekali dulu ni dia pi mengail kat laut ngan pak mentua dia... Depa sewa perahu dayung kecik kat orang kampung, pi kat muka kuala. Nak jadi cerita, memang menjadi la petang tu... makan besaq la depa dua tiga hari tu, dekat 25 ekoq depa dapat.

"Sin, hang jangan lupa tau tanda tempat nih, kita boleh mai lagi esok esok nih...!"
"Aa... aaa..."
"Hang jangan habaq kat orang pulak, lubok baik ni"
"Hmm..."

Dua hari lepah tu, pak mentua dia ajak lagi si Husin pi memancing.

"Hang tanda ka tempat ari tu?"
"Dahhh..." konfiden Husin... "Saya pangkah besaq kat perut perahu."
"Laa... awat yang hang bodo sangat!"

Letih pak mentua tampaq dahi, dapat menantu yang tak reti reti...
"Tu camana Sin kalau kita tak dapat sewa perahu yang sama hari ni?" ... hihi...

Wassalam...

Saturday, June 25, 2011

Kena dok pikiaq

7 juta komen
Salam semua...

Syok jugak, pepagi camni sambil dok lepak ataih pelantaq depan rumah... terselak habih la kenangan kenangan lama kita... ya la, kadang kadang dok pikiaq pikiaq balik, macam tak percaya pun ada gak... Ni semua kerja buat Tuhan, kita cuma ikhitaq ja, sedaq tak sedaq dah berpuloh tahun dah Mak Long hang bertahan ngan bau badan Pak Long... haha...

Mak Long hang tu bukan segak sangat pun. Manih ada la sikit, tapi tu la yang kata jodoh pertemuan kerja buat Tuhan tu... sapa sangka muka hensem camni boleh berkenan kat Mak Long hang sampai la nii... haha... layak jadi laki mithali dah rasanya Pak Long ni... haha...

Memang la jodoh pertemuan ditangan Tuhan, tapi kita kena ada ikhtiaq jugak nak pertahankan hubungan kita ngan pasangan kita tu. Sekali sekala kena muhasabah diri gak. Misai kena potong rapi, baru Mak Long hang tak rasa geli... Janggut ada nampak kacak, tapi Mak Long hang kata sikit pun nampak segak... Kena sabaq ja la ngan kemahuan Mak Long hang, dah kita nak dia sayang kat kita... walaupun umoq dah larut senja... haha...

Camtu jugak la kita ngan pencipta, wajib oiii... kena dok pikiaq camana cara nak dekat diri dengan yang Maha Esa... Mak Long hang cukup meluat, kalau sayang dia tapi kat Tuhan buat liat... Masa nak ngorat Mak Long hang dulu ni, luruh rambut perah kepala otak... cari helah nak bagi terjumpak... haha... takkan ngan Tuhan, tetiba jadi segan...

Camana agaknya no, prestasi iman kita ngan Tuhan? Camana pulak jalan hidup kita, adakah ikut kehendak Pencipta, atau ikut suka kita macam harta mak bapak kita yang punya? Apa hal pulak ngan solat kita, adakah lepaih solat masih sombong dan besaq kepala? Camana ngan anak anak dan keluarga kita, depa paham ka jadi hamba kepada Allah ni lagu mana?

Pak Long ni bukannya apa, nak ajak anak anak dan kengkawan semua berpikiaq jaa... Pasai ada dalam satu hadis yang mai dari Ibnu Hibban bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

Berpikiaq sesaat lebih baik daripada beribadat setahun.

Nampak dak, betapa mahainya nilai berpikiaq dalam Islam nih... Jadi guna la kepala otak yang Tuhan anugerah ni untuk berpikiaq camana nak dekatkan kita ngan Allah Taala. Jadi, dalam dok sibuk cari buah macang nak buat sambai pun, kita kena pikiaq gak camana nak bagi Tuhan sayang kat kita. Dalam dok kalut layan cucu dilaman, jangan lupa bagi ruang kat diri ingat Tuhan...

Wooihh... bau pejeri nenaih Mak Long hang ni tak tahan betoi laaa... bye...

Wassalam...

Friday, June 24, 2011

Sambai machang

12 juta komen
Salam semua...

Dok dikampung ni memang meriah... bab buah kayu ni tak payah susah susah. Ya la... mai musim moktan, naik pedih rengkong punya telan... Hat pokok sendiri pun tak dan nak makan lagi, ni pulak orang bagi dah bergundi gundi... haha...

Buah manggih sampai naik beghitam ataih tanah, nak juai tak laku... habih jadi keraih kematu. Buah derian tok sah cakap la, sampai terlupa kentut bau camana... haha... Ada sepokok pun tak larat nak makan, sedekah jariah ja la kat jiran jiran...

Pendek katanya, teringin ja dapat... asai dapat ja mesti teringin... hihi...

Tapi orang la ni, buah kayu dah tak heran dah... tak dak pokok derian, kot tepi jalan tu pun tak larat nak makan. Moktan dah tak jadi harga, boleh beli bila bila depa suka... asai ada duit saja... Sebab tu kalau nak harap anak anak balik jumpak kita time musim buah kayu ni, berat laa... bukan macam orang dedulu, depa ulang balik sampai berlorong lagi buah tak habih diborong... haha...

Sebut pasai buah buah ni, ada satu jenih buah ni yang Pak Long cukup fobia ngan bau dia... perrghh... asai bau ja terlioq, asai terlioq ja mesti ada bau... haha... Mak Long hang la ni, pi balaih tang mana tah buah machang tadi nih... Ada la dua bijik.

Buah machang ni Pak Long suka campoq ngan sambai belacan... tarak susah mana pun. Buah machang tu kalau ikut Mak Long hang la, dia suruh buang kulit dulu...haha... tak pernah dibuat orang lagi laa melantak ngan kulit... hihi... Potong kecik kecik machang yang siap dibuang kulit tadi nih, goi ngan sambai dan tumbuk sikit macam yang Mak Long hang dok tumbuk selalu laa... bagi dia hancoq dalam sambai. Tak yah hancoq sampai lumat sangat, bagi sebati ja dah cukup...

Perrghh... mau kena pulak ngan ulam raja atau pucuk jangguih... dua pinggan nasik pun selamba jaa sekali hadap...  boleh terlupa sat kat Mak Long hang... haha...

Okey lah, Pak Long nak pi tengok sat, kot kot la ada lagi... buat cicah ngan roti benggali... hihi...

Wassalam...

Thursday, June 23, 2011

Perkasa tu menatang apa...

18 juta komen
Perkasamno... hihi...

Salam semua...

Pak Long ni serba salah jugak la, jadi tak senang duduk... tak jawab susah dah ramai yang dok tanya. Nak jawab nanti ada yang marah pasai terbongkar habih rahsia. Ni la anak anak penakan Pak Long banyak jugak yang nak tau pasai Perkasa nih... hihi... Banyak jugak soklan yang depa hantaqkan kat Pak Long, Pak Long cuba ja lah jawab setakat yang Pak Long mampu yerk...

Asal usul nama Perkasa.

Perkasa ni membawak erti "Pertubuhan Katak Semalaya" yang cadangan asalnya hendak ditubuhkan disekitar tahun 1963 lagi tapi ditangguhkan sehinggalah "ketua umumnya" ditabalkan sebagai Piem Umno. Perkasa adalah terdiri dari 7 abjad omputih yang di culik lalu dijadikan abjad Melayu. 7 abjad ni jugak bersamaan dengan 7 hari seminggu yang membawa maksud hari hari kena makan dan hari hari cari makan... haha...

Apa makanan depa.

Ini yang Pak Long rasa susah sikit nak jawab ni. Ini makanan ruji depa dan telah menjadi rahsia besaq depa turun temurun pulak tu. Tapi jangan dok canang kat orang, makanan depa merupakan sejenis vitamin yang telah lama diamalkan oleh bangsa Umno. Orang lain dah lama tak makan dah. Vitamin tersebut bernama KONTROVERSI... haha... hangpa tak percaya tanya Mak Long hang...

Macamana rupa depa?

Rupa depa ni iras iras muka Pak Long ngan Mak Long hang jugak la. Pendekatanya kalau depa kata depa tu Melayu pun orang boleh percaya. Tak percaya macamana dah nampak sebijik macam melayu. Tapi jangan silap paham, depa ni sebenaqnya bangsa Umno.

Dimana habitat depa?

Habitat semulajadi depa ni jauh di Kelantan sana sehinggalah baru baru ni telah terbuka cawangan disekitar Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Kini ianya bertambah moden dimana perkampungan baru telah mula dibina sekitar bangunan Parlimen dengan izin dari ketua umum depa.

Apa perkerjaan mereka?

Kerja asas mereka adalah sidang akhbar, demo dan bakar, sidang akhbar, demo dan bakar. Jika Pak Long tak salah, mereka mereka ni akan timbul bilamana ada kontroversi baru yang melibatkan bangsa lain dari bangsa Umno. Pendekatanya kalau bangsa Umno yang kena depa buat tak tau la. Contoh jelas depan mata ialah, Apco - Umno.

Kepakaran jelas mereka ialah cium keris.

Sapa yang layak menjadi ahli Perkasa?

Sesapa jugak yang perasan yang depa tu lebih Melayu dari Melayu yang lain, adalah layak. Kelayakan ahli ahli Perkasa boleh dikategorikan dalam tiga peringkat keahlian.
  • Boleh pakai kopiah tinggi tiga jengkai dah layak menjadi ahli
  • Boleh bersembang pandai dah boleh jadi jawatankuasa
  • Boleh gempaq lebih dan pandai cium keris dah amat layak jadi Presiden
Pak Long harapkan penjelasan diatas sedikit sebanyak dapat meredakan keghairahan anak anak yang nak mengenali lebih dekat mengenai Perkasa. Sekian...

Wassalam...

Tuesday, June 21, 2011

Quran bergerak

4 juta komen
Salam semua...

Beremosi betoi kepala Pak Long ni, kisah 23 tahun dulu di singkap kembali... Satu kampung habih bersedih... kematian tok guru yang dah macam kekasih... Dia ni disanjung kerana berdakwah melalui dirinya. Dia la quran bergerak sebagai rujukan. Pandang dirinya bagai satu sesi tazkirah pagi...

Rupa rupanya, inilah caranya Allah menghukum hamba hambanya yang lalai. Ilmu Allah dihilangkan tanpa kita sedari. Pemergian tok guru yang disanjungi hanya di alih ganti... oleh Pengerusi Masjid yang hanya pandai mengira ngira duit. Orang sepuloh masjid di pilih dari kalangan yang pandai mengampu. Maka lahirlah masyarakat yang kurang ilmu. Sampai la ni, bagi yang mata hatinya yang pandai berpandangan pasti terasa kehilangan seri dimana mana. Masjid nampak kusam walau dicat baru. Penyerinya adalah ilmu, bukan kilauan lampu lampu...

Baik masyarakat apatah lagi negara, penyeri ni lah yang banyak kurangnya... Jom kita pakat pakat cari, rahmat Allah yang hakiki... untuk diri dan famili, demi masyarakat dan negeri... tanah ayaq yang dikasihi...

Wassalam...

Monday, June 20, 2011

Umat terbaik

4 juta komen
Salam semua...

Untung ooiii dok kat kampung nih... tambah tambah lagi bila umoq koi dok senja, cam Pak Long ni haa... haha... Kalau kat pekan pekan banyak orang hilang sabaq, orang tua tua depa pakai main lempaq... tapi kat kampung depa jaga kita macam orang besaq besaq... hormat orang tua tu ada la lagi... hihi... Nak sayoq segaq, janda Limah tolong hantaq... Nak ikan darat, Husin tak pernah berkira kudrat... Char koey teow ngan mee maggi, si Lucy boleh tolong beli...

Itu untung Pak Long kat kampung, tapi camana beruntungnya Pak Long dok kat kampung nih haa... takkan sama dengan beruntungnya orang orang Islam yang jadi umat pada Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad s.a.w... Macamana terbaiknya kehidupan Pak Long kat kampung nih haa... takkan sama dengan kebaikan yang umat Muhammad akan dapat bila depa mati nanti... Beruntong oii jadi umat Muhammad nih... tak beruntong mai mana, Tuhan dah janji yang umat Muhammad ni akan masuk syurga lebih dulu dari umat nabi nabi yang lain...

Beruntong tu beruntong la jugak tapi jangan dok syok tak ketahuan hala sangat, apakah dengan cara hidup kita yang kita lalui selama ni benaq benaq menggambarkan kehidupan sebenaq sebagai umat terbaik... Apa yang baiknya pada umat Muhammad ni sampai dapat lampu hijau dari Tuhan untuk potong barisan umat nabi nabi lain nih...

Kita kena jadi baik dan dilihat baik untuk diangkat menjadi umat yang terbaik, bukan berperangai macam setan tapi dok harap dipilih Tuhan...

Umat terbaik adalah mereka mereka yang beribadah kerana Allah, tidak dikernakan oleh lain lain kerna selain dari kerna Allah Taala... Depa ni semua tengok dunia sebagai jalan ke akhirat, segalanya ataih dunia adalah ibadah bagi depa. Depa masuk ke dalam masyarakat dan gunakan ilmu ugama mereka untuk selesaikan masalah umat. Masyarakat mendapat manfaat dari ilmu ugama mereka maka ketika itulah suatu umat itu layak mendapat gelaran sebagai umat yang terbaik...

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah " (Aali Imran 3:110)

Jadi kita semua jangan cepat perasan, umat Nabi Muhammad semata-mata tak boleh jadi apa tanpa kita jadi sebaik baik umat. Menyuruh yang baik dan melarang yang salah... ni la kerja umat terbaik dan ni la jugak fungsi ummat terbaik... Kalau dah hilang fungsi, tak layak langsung la kita nak dapat kedudukan sebagai umat terbaik...

Errr... okey lah, Pak Long nak pi pimpin Mak Long hang pulak nih... nak tengok kot kot boleh jadi suami terbaik pulak... haha...

Wassalam...

Sunday, June 19, 2011

Dah besaq panjang dahh

6 juta komen
Salam semua...

Pagi ni rasa nyaman lain macam betoi laa... maklum la kan, hari bapak... haha...

Pak Long sambut hari bapak hari ni macam besa ja, tak bertuah la macamana Najib yang nak dapat menantu baru... haha... Pepagi lepaih subuh, ubah lembu pi padang. Tiga ekoq ja tak banyak pun. Lembu lembu ni kalau tak ubah awai, depa nanti berak kencin penuh dalam kandang. Lembu lembu ni bukan reti bahasa, tang tu la depa tidoq, tang tu depa makan... tang tu jugakla depa nak berak kencin... Tu pun ada jugak manusia yang ikut perangai lembu... hadoiihh.... Nanti nak cuci la teruknya, Mak Long hang bukannya reti nak tolong... walaupun pada hari bapak... haha...

Pak Long selalunya kalau sambut hari hari spesel macam hari bapak ni, Pak Long tak pi melengum kedai hj Karim dah... Pak Long ngan Najib ni lebih kurang sama ja perangai, suka tolong bini... haha... Najib pun Pak Long tengok sambut hari bapak dengan bertungkuih lumuih sungguh tolong Rosmah. Nak tengok anak depa berjaya dalam pertunangan... Kehulu kehiliaq cari barang, buat persiapan... panggil orang nu, panggil orang ni... tak kerin peluh la Pak Long tengok.

Tapi Pak Long ni tolong Mak Long hang bagi makan ayam ayam kampung dia ja laa... dah tu lepaih ayam ayam Mak Long hang dari reban... ayam kampung ni bukan jenih boleh dok kurung macam ayam daging. Ayam kampung nakkan kebebasan. Depa ni super aktif, semacam punya pelik sikit... berteloq pun bukan mau kita arah arah depa tang mana, depa akan berteloq ikut suka depa dan tang mana depa selesa ja... Yang penting depa mau bebas tanpa kita kongkong depa... sebab tu tak ramai yang suka ngan kelaku ayam kampung nih... haha... dah pandai berdemo kalau tak kena gaya...

Apa pun Pak Long nak ucapkan tahniah la kat Najib. Sayu la jugak dah tak kena jemput, dok melahu kot jauh ja laa... haha... Amboii... Yana, dah besaq panjang dah hang noo...

Anak pompuan Najib, si Nooryana Najwa dah pun selamat bertunang kelmarin ni. Dengaq kata orang jauh bukan main, kampung apa tah la... Pak Long pun tak besa sampai lagi kampung tu. Pandai betoi Najib pi cari menantu jauh jauh, senang orang tak kenai... tak payah orang dok mengata dah kat menantu dia nanti... haha...

Bertuah la Najib, bertuah la anak dia si Yana tuh... semua orang besaq besaq mai habih, walaupun baru bertunang. Cuma Jib oii, Mak Long hang tanya laa... awat kepala anak tak mau tudung, tangan nak salam tak bersarung... lapik la sikit, bukan susah sangat pun. Takat nak pinjam tudung selai dua tu, Mak Long hang pun berlambak... Hek elleh... tok sah dok peduli sangat la kat Mak Long hang tu Jib oii, orang tua tua tau hapa... Hangpa pun dah besaq panjang dah...

Hmm... Pak Long dulu ni tak merasa la cam hangpa, tok penghulu pun suka suka ja boleh habaq tak dak masa nak mai jengok Pak Long time menikah dulu nih... wakil rakyat jauh sekali...

Wassalam...

Tingginya piala...

4 juta komen
Salam semua...

Tilawah al-Quran dah habih dah, baru hat peringkat kebangsaan la... nanti depa buat la pulak peringkat antarabangsa... panggil jora jora luaq negara, untuk kita bersabung sora dan pakat tengok sapa terer... Tengok idgham sapa paling cun...

Tapi besa la, ngaji sedap sedap, lagu pun menangkap... tak jadi satu kebenda pun kalau kita tak ubah sikap, selak dan kelebek apa yang terungkap... Mak Long hang la kata, tanpa ilmu Allah yang maha hebat, belum tentu kita jumpak apa yang agung dalam Al-quran tuh... Takat kenai huruf dan makna tanpa menghalusi maksud dan maudhuk... kita tak lebih cam kakak tua dirantai emaih...

Kali ni qari dari Negeri Sembilan, En Amirahman Abas ngan qariah Johor, Suraya Abu Hassan berjaya muncul sebagai johan... tahniah la pada yang jora, tahniah jugak pada Sarawak yang menang sebagai penganjur... hihi... dan terima kasih pada En Nadim Bokhari pasai Pak Long balaih gambaq hang... haha...

Wassalam...

Friday, June 17, 2011

Penawaq duka sengsara

8 juta komen
Salam semua...

Tok sah dok pembohong la kalau kata ada orang yang tak besa berduka langsung dalam hidup depa... haha... Kan ka duka sengsara ni dicipta Tuhan supaya boleh dok ganti ngan kebahagiaan... Mana nak rasa seronok kalau kita tak kenai ngan duka. Tua tua Pak Long ni pun kadang kadang masih berduka, tak berduka mai mana mengkalu lembu terlepaih hilang dekat dua hari... sengsara oiii, nak kerabat bukit ligan lembu... risau ngan, makan tidoq dia tu macamana... haha... hangpa tau apa...

Berduka dan sengsara ni ujian hidup... memang dicipta Tuhan nak bagi kat manusia, baru depa hormati kebahagiaan dan kesenangan. Dekat berduka pasai lembu terlepaih tu tak pa lagi... ada orang tu dukanya lebih teruk lagi dan sengsaranya amat tak tertahan. Kalau nak tengok dari hukum akai manusia, macam ngan tak dak dah jalan keluaq... kalau ikut akai manusia yang bersifat baharu ni laa... Tapi percaya lah, hanya Allah saja yang mampu tarik keluaq hamba hambanya dari derita. Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukaq segala jenih keadaan.

Kita kena sedaq, hanya rahmat Tuhan saja yang boleh tolong kita terbit dari duka sengsara... tak kira la sengsara dan duka jenih apa. Tapi rahmat Tuhan bakai terhalang mai kat kita dik kerana dosa dan kesalahan sendiri. Pangkat jawatan bukan tiket terlepaihnya kita dari salah dan dosa, silap haribulan lagi besaq pangkat... lagi tinggi jawatan... lagi berlambak kesalahan dan dosa. Serban besaq bakui sekalipun, manusia ni tetap jugak terdedah pada dosa. Takutnya... lagi banyak dosa hati yang sombong kat serban dan bongkak ngan ilmu. Jangan dilupa hasad dengki dan buruk sangka yang memang dah jadi perkara besa dalam diri kita...

Kalau kita inginkan rahmat Allah s.w.t. menarik kita terbit dari duka sengsara... maka kembalikan diri pada Allah dan memohon ampun kepadaNya... Buat dengan jujur dan luhur, kusyuk dan tawadhuk. Itulah penawaq yang akan membuka kebahagian hidup....

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Doa tu senjata mukmin tapi doa yang macamana? Doa kat Tuhan ni kenalah dilafazkan dengan ikhlas dan jujur sebanyak mungkin... letak lah diri bagai merangkak dibumi dengan kekerdilan diri, insaf... insyaallah, rahmat pertolongan Allah kan menjelma dalam pelbagai jenih rupa dan cara...

Ini janji Allah, bukan janji memana ulamak... iaitu membanyakkan istighfar adalah penawaq dalam hidup. Nikmat Allah ni bagai hujan menyirami taman hati... ketenteraman jiwa yang tidak terperi berkat istighfar ikhlaih dari hati sanubari...

Wassalam...

Baik punya pelarih...

4 juta komen
Salam semua...

Meriah pulak kedai hj Karim petang tadi... ingatkan depa pasang gusti, rupanya dok cerita pasai Datuk Siti... hihi... Husin yang baru hirup udara ke 43 tahun dua hari lepaih pun galak jugak... dok tanya borang cari tak jumpak... haha... Pak Long pun ada gak hati, bukan apa... teringin nak berbakti tapi dah Mak Long hang tak bagi... hihi...

Tapi Pak Long sokong la aidea bernaih kerajaan Najib nih, pandai depa letak pelarih nak tarik bebudak masuk wataniah... haha... dulu depa boh KJ sat tapi tak cukup kuat kot sebagai pelarih pasai terlebih kaler... haha...

Cuma Pak Long harap, usaha murni untuk tarik perhatian puak puak muda belia ni jangan last last jadi macam main mainan dan tempat cari hiburan. Wataniah ni pelapih pada pasukan keselamatan negara... Kita nak tengok kesungguhan dari peserta. Tak pa masa masuk biaq nampak gebu tapi pastikan depa depa ni keluaq dalam berdebu... haha... Biaq jelaga ngan panaih mentari, baru nampak kesungguhan diri...

Ni Mak Long hang pesan nih, suruh depa boh butang baju sampai tengkuk boleh dak... haha... bukannya apa, risau Mak Long hang tengok... hihi... Tapi tak sabaq dah Mak Long hang nuh, nak tengok muka muka depa yang penuh debu, lutut ngan siku habih kematu... haha...

Wassalam...

Wednesday, June 15, 2011

Pagaq

4 juta komen
Salam semua...

Ghumah kampung macam ghumah Pak Long ni mana la kenai pagaq pagaq camni... silap silap, harga pagaq ni saja dah boleh tukaq sebelah bumbong ghumah Pak Long... haha... Pagaq ghumah ni selain dari cantik dan megah, dia jugak akan memastikan kita dapat lelapkan mata waktu tidoq... hihi... errr, ya ka...

Tapi, pasai apa pulak kita jadi gelabah bewak bila ada kalanya kita terlupa nak kunci ataupun pagaq ghumah tetiba mogok tak mau keja... macam la Tuhan tu tak dak dah untuk kita bersandaq sebagai pagaq yang sebenaq benaq pagaq... hihi...

Wassalam...

Tuesday, June 14, 2011

Bersusah payah

2 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang selalu pesan kat anak anak dia, bukan senang nak senang... dan bukan susah pulak kalau nak susah... Haha... tak ngeri langsung...

Tapi ni la yang yang Pak Long nak sembang hari ni... bukan senang woii nak jadi orang baik, tapi tak susah sebenaqnya kalau kita dok ingat kot belah mudah. Memang susah tapi susah tu tak semestinya payah... Yang jadi susahnya tu pasai kita asyik dok ingat yang payahnya saja tanpa kita ikhtiaqkan untuk bersusah payah sikit mencapainya... kerana bersusah payah tu lah nikmat dalam meniti jaya... haha...

Nak jadi tak elok ni tok sah pikiaq la, memang tak susah pun... tak mencabar langsung... haha... tak payah sapa ajaq kalau nak jadi tak elok nih...

Selalunya la yang buat kita susah tu pasai kita ni tak yakin ngan apa yang kita ada, terasa berat sangat... macam tak dak kudrat nak angkat. Tapi sebenaqnya kalau kita sudah jalankannya, ternyata kita ni mampu buat, bahkan sesuatu yang mungkin kita anggap sebagai tak mungkin untuk kita lakukan sebelum nih... Oleh itu, yakinlah pada Allah s.w.t... sesungguhnya dalam kesulitan tu ada kemudahan...

Langkah naik tangga tu biaqla satu satu... nak kalut pi mana, cari terkoyak kain pelikat dok kangkang tak hingga hingga... haha...

Memang susah la kan nak jadikan seumoq hidup kita ni bersih tanpa dosa. Memang susah tapi susah tak semestinya payah... Kita mungkin golek kepala, urut dada... dengaq nak bersihkan seumoq hidup kita ni tanpa setitis dosa pun. Malah, setahun dari umoq kita tanpa dosa pun tak mampu nak buat, seminggu teruih bersih dari dosa pun belum tentu kita larat...

Tapi ca kita ingatkan satu jam saja dari hidup kita ni, kita bersihkan tanpa dosa, tentu ramai dari kita yang kata insyaallah... tentu ramai dari kita yang kata boleh gak cuba...

Kalau dah lagu tu ceritanya, maka kita bolehlah berusaha hidup bersih dari dosa dari satu jam ke satu jam yang lain... melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain... sehinggalah kita dapat sebenaq benaq hidup yang bersih dari dosa sepanjang hayat kita.... Insyaallah...

Wassalam...

Monday, June 13, 2011

Kurang satu undi Pakatan

8 juta komen
Salam semua...

Sebagai sorang Islam, wajib ataih kita letakkan Allah s.w.t ataih segala galanya. Apa jugak yang kita buat, kita perlu bersandaq pada Allah s.w.t... Kita kena ingat, kalau kita sandaq kat orang, satu hari orang tu akan tak dak. Kalau kita sandaq pada jawatan, satu hari jawatan pun akan hilang. Ini hukum alam anugerah Tuhan... haha... Tapi kalau kita sandaq pada Allah s.w.t... Allah akan kekal selama lamanya...

Jadi apa saja yang kita buat, kita buat kerana Allah s.w.t... tidak dikernakan oleh kerna yang lain dari kerna Allah s.w.t... Maka apa yang kita buat akan jadi satu ibadah, tak sia sia... Tak kiralah majlis orang kenduri ka atau majlis orang mati...

Di musim cuti sekolah ni macam macam kita boleh tengok la, yang kenduri pun banyak... yang mati pun berlambak... yang kenduri nak tambah zuriat, yang mati putuih habih talian hayat. Depa yang kenduri seronok suka, kerana Allah taala... keluarga si mati kena redha, kerana Allah taala juga... Patah kan tumbuh dan hilang kan berganti... Putaran dunia dah Tuhan buat macam tu, tok sah buat lagu mana la... hukum alam akan tetap setia dengan arahan Allah s.w.t... cuma kita ja yang gelabah...

Pepagi lagi Pak Long terima berita, sedara Pak Long kat kampung sebelah meninggai dunia... anak pompuan dia yang call, katanya eksiden Sabtu petang dan meninggai pagi Ahad... Hmm... kenduri pun ada dua, ingat nak teruih pi melawat arwah sekali tumpang anak anak pun bercuti. Jangan terkejut pulak tengok, Mak Long hang bergaya kat rumah mayat... haha...

Tu la Pak Long pun pesan kat anak pompuan dia tadi ni, sedih ni sapa tak sedih, tambah lagi meninggai ngan cara camtu... Tapi jangan sia siakan kematian orang yang kita sayang macam tu saja... Sedih jangan keterlaluan buatkan kita nampak cam tak redha dan protes kerja buat Tuhan. Ingat kita ni masih ada Tuhan penentu yang terbaik buat semua insan... Ini ketentuan terbaik Allah kat dia... ajai dia dah sampai, eksiden tu sebab ngan sabit ja dia tu akan kembali mengadap Allah yang esa...

Jangan berduka tak bermakna kena gelak suka... kena redha ini masa dia, masa kita tak tau lagi bila... Jangan sandaq pada kenangan, tapi sandaqkan segala galanya pada Tuhan yang Maha segala galanya...

Pak Long sengeh ja la bila Mak Long hang bisik kat Pak Long tadi ni, hihi... kurang la lagi satu undi Pakatan... dia ni memang peminat fanatik Mat Sabu...

Wassalam...

Saturday, June 11, 2011

Gerun betoi laa...

8 juta komen
Salam semua...

Kepercayaan orang kat kita ni bukan boleh dijuai beli, bukan boleh main pakai timbang kati... dan langsung tak boleh nak dipaksa paksa. Kepercayaan ni kena dibina dan dijaga, semua tu makan masa yang bukan sekelip mata... Macam tu la jugak kepercayaan rakyat kat Polis kita, kena kukuh dan utuh... Kepercayaan ni kena la dibina sendiri oleh pasukan Polis dengan bantuan dari anggota anggotanya yang berdisiplin, komited dan tahan diuji. Baru rakyat boleh tidoq lena... janda Limah pun tak risau nak meniaga, Mak Long hang pun tak takut nak melenggang sorang sorang.

Masa zaman Pak Long dedulu, kerja Polis ni orang kampung tengok penuh mulia. Berebut rebut orang kampung nak jodohkan anak dara depa ngan Polis. Sapa yang dapat Polis, boleh jalan bukak dada la penuh kampung. Kerja sebagai anggota Polis dah jadi sesatunya matlamat orang orang zaman Pak Long dulu, sebab tu depa kerja dengan penuh dedikasi dan komited pada tugaih depa. Pak Long tau la, itu dulu...

La ni, pasukan Polis mungkin dah jadi pilihan last sekali dah kot bagi pencari kerja... Pak Long dengaq pun sedih, sebab depa mungkin akan kerja sambil lewa, sikap tak pa saja... kepala dok frust pasai buat kerja kerana sukatakrela... haha... Mungkin sebab tu la jugak kita dengaq banyak sangat dah rungutan pasai perangai Polis kita...

Terbaru ni kisah arwah Syamil ngan dua orang kawan dia. Si Syamil ni baru umoq 15 tahun, tak dan puaih kenai dunia... kalau perati secara luaran la, apa la yang budak tingkatan tiga ni boleh buat kan. Tapi bukan sesaja orang macam Mak Long hang ni nak kalut, tapi dah pasai laporan bedah siasat dia dah terbit pelik sangat... tergedik gedik la rakyat nak tau, apa cerita ngan pemegang amanah untuk jaga keamanan negara kita ni buat.

Polis kata depa pertahankan diri dari parang bebudak nih, tapi pasai apa bedah siasat kata peluru tu tembuih kepala, 45 darjah terbit kot tengkok... seolah olah bebudak ni dok melutut... Dakwaan terhadap PDRM ni serius woii, tok sah kata orang lain la, Pak Long pun gerun...

Tak gerun mai mana, dah macam koboi dah Pak Long rasa... lagi lagi gerun bila pihak Polis buat dono ja, langsung tak kata apa bila dah ada dakwaan camtu... Kes arwah jutawan Sosilawati punya cepat depa selesai, kes ni dah enam bulan masih tak terongkai...

Puak PDRM kena la perjelaih cepat cepat dakwaan nih, mana dia Peguam Negara apa cerita, Menteri Dalam Negeri dok buat apa... tolong cakap kuat sikit, Mak Long hang tak dengaq apa pun nih...

Dok nganga tak tau nak buat apa bukanlah pilihan dalam keadaan la nih...

Wassalam...

Thursday, June 09, 2011

Moktan dah berbuah

6 juta komen
Salam semua...

Pokok moktan depan rumah Pak Long dah mula berbuah dah... Memula dulu ni risau la jugak takut berbunga saja lebih tapi tak berbuah. Cuaca panaih terlebih, tetiba mai pulak hujan... takut bunga luruh habih tak dan nak berbuah... Tapi alhamdulillah la, la ni dah nampak buah berputik meleret leret sampai ke tanah... haha... Ada la sepokok dua habuan anak anak... dan jiran jiran kot tepi rumah...

Lama dah pokok moktan ni berjasa kat Pak Long, berjasa kat anak anak, berjasa kat orang kampung. Tiap kali berbuah, memang jadi sebutan ramai orang. Bukan Pak Long juai pun, ada dua pokok ni jaa... juai pun bukan boleh kaya... haha... nak makan mai ja laa...

Moktan Pak Long ni jadi sebutan pasai moktan jenih isi nyioq... tak berayaq dan tak berlengaih tangan... dua kali lekang lagi. Ya la, pertama lekang dari kulit, keduanya lekang dari bijik... haha...

Tapi la ni moktan dah tak dak harga... Orang kampung pun dah ranggi, pusing kiri moktan, kalih kanan pun moktan... awat tak lagu tu, dah bertimbun timbun di pasar malam ngan pasar hari. Mai dari mana tah laa... Bila dah berlonggok banyak camtu, mana nak ada harga dah... dah dok pakat lawan harga sama sama depa... Hj Karim tu sampai dah juai kat peghaih buah pun lima kupang ja untuk 100 bijik... sekali peghaih buah mai, nak bagi belanja anak pi sekolah pun tak lepaih... tapi baik jugak la, dari dok biaq busuk dan luruh berteraboq... juai pi laa jugak walaupun harga tak boleh belah... haha...

Buah moktan ni memang sedap, tapi jangan dok hinggap lelebih plak... takut pedih rengkong naik batuk. Panaih...

Mengkalu tengok ke buah moktan tu, sikit hari lagi panjang la tengkok Mak Long hang dok jenguk bila anak anak cucu nak balik kaitkan moktan dia... haha... lama jugak dah depa tak balik sejak semua harga barang naik nih...

Wassalam...

Ngeri betoi cara kita jaga negeri

4 juta komen
Salam semua...

Saja ja la Pak Long teringin pulak nak boh gambaq Khir Toyo ngan bini dia nih buat kenang kenangan... bukannya apa, pandai dia jaga bini dia, siap sopan dan bertudung lagi... ke hulu ke hiliaq berkepit ngan laki dia saja tak kira susah ataupun senang... camtu la bini, tak payah la nak berteruk teruk sangat sampaikan nak kena jadikan depa sebagai pelacur kelas pertama kat laki depa pulak...

Tapi Pak Long tengok Khir Toyo ni nampak berisi pulak, bulat licin pipi dia semenjak tak semak kepala sebagai MB Selangoq ni ha... haha... tapi tu la hidup ni kan, tak semak sebagai MB, dah pi sangkut pasai kes mahkamah pulak dah... hadoiihh... Dengaq kata mahkamah tetap kekalkan pertuduhan terhadap dia memperolehi dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam secara salah...

Tak dak masa la Pak Long nak sembang bab salah ka dak apa yang dia buat tu... tapi memang Pak Long gerun betoi la tengok rupa paraih rumah dia... Mak datuk, kerja tungging langgang pun belum tentu Pak Long dapat, walaupun hanya stor belakang rumah dia...

Memang pandai dia jaga bini tapi Pak Long ngeri betoi la tengok cara dia jaga negeri...

Wassalam...

Wednesday, June 08, 2011

Besaq panjang belum tentu pandai terbang

6 juta komen
Salam semua...

Kelmarin ni sari suntuk leptop Pak Long buat hai... nyarih nayrih la Pak Long nak reper ngan cangkoi ja... haha... sib baik la ada Mak Long hang, entah jampi apa yang dia pakai... hihi... dia on off, on off dua tiga kali tetiba ja elok balik... dapat la Pak Long apdet blog hari nih... haha...

Sebab tu sesetengah perkara tu Pak Long banyak belajaq dari Mak Long hang terutama sekali bab bab berhemah ngan harta benda... bersabaq ngan af'al ciptaan Allah taala... haha...

Belajaq ni sampai bila pun tak habih selagi kita tak pejam mata... Kat pokok pokok pun kita kena belajaq bagaimana depa tu boleh bersabaq menghambakan diri dengan hukum alam Allah taala. Kat binatang binatang pun kita kena perati jugak macamana depa depa tu begitu redha dengan takdir Tuhan ataih depa. Waima kat anak kecik pun kita masih dok kena belajaq, bunyi camana bila depa lapaq... baru depa tak terbiaq melehaq... haha...

Buang ego dan bongkak tu, letak ketepi takbur diri... baru kita boleh persiapkan diri dan redha nak belajaq lagi dan lagi... Belajaq ni tak semestinya dalam kelaih atau dewan kuliah jaa... Segala gala apa yang didepan mata ada saja pengajaran yang boleh diambik jadi pelajaran... hanya bagi orang orang yang nak belajaq la... Pak Long teringat pesan Saidina Umar Al Khattab, manusia yang berakai ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat... lain la kalau yang berakai segan nak pakai... hihi...

Selagi bernyawa sebagai manusia, kita memang masih belajaq dan kena belajaq. Besa lah dalam belajaq ni kerap kali jugak kita berlagak kurang ajaq... Jadi, balajaq lah lagi dan lagi kalau rasa nak tutup kekurangan diri... Jangan malu nak belajaq dan tengok daripada mereka mereka yang mungkin telah belajaq tanpa kira usia dan darjat, jawatan dan pangkat, istana atau pejabat. Mau dok ingat, besaq panjang tak semestinya kita ni dah pandai terbang. Kadang kadang jatuh jugak, anak anak jugak la tempat kita sangkut paruh, orang orang bawah la jugak tempat kita tongkat sayap... Sesekali tu belajaq tengok pulak dari pandangan orang orang di bawah nih...

Ulaq tak hilang bisa kalau menyusoq akaq... bapak takkan jadi anak kalau dok belajaq dari bebudak... addeh... hihi...

Wassalam...

Tuesday, June 07, 2011

Hangpa kena kuat

6 juta komen
Salam semua...

Orang kita ni pantang sungguh ngan cuti sekolah, asai cuti sekolah ja kenduri... asai kenduri ja cuti sekolah... haha... naik segah perut, berbinau bijik mata Pak Long ni... kenduri saja saja. Sabtu lepaih Pak Long kena angkut Mak Long hang pi tiga kenduri, hari Ahad ada lagi dua tempat. Kadang kadang ingat sekali tu, kalau tak kena panggil pun tak marah haihh... haha... bukan apa, letih wooii... Orang kampung ni besa laa, mengkalu tak pi nanti depa kata tak berdunia ngan orang kampung pulak... hadoiihh...

Tapi sibuk camana pun, Pak Long tak pernah miss dok perati keadaan politik semasa kita... terutama pasai pemilihan dalam muktamar Pas yang baru lepaih tuh... Pak Long pun nak ambik kesempatan nak ucapkan takziah la pada yang menang pasai hangpa ni berani betoi laa... letakkan diri hangpa ataih neraca Allah yang maha tajam sebagai imam...

Rasanya tak payah la Pak Long nak ajaq sesapa disini tapi sekadar luahan hati sorang tua di hujung kampung, yang tenteram dikepung bini ja... haha...

Islam ni diakui sebagai teraih politik orang melayu, maka berjaya atau tidak kita dalam politik hanyalah bila semua kita balik berpegang pada Islam yang tulen... macamana yang Allah dan RasulNya mau laa... Sesapa yang gatai sangat nak jadi pemimpin tu kenalah selami dan belajaq politik dalam kacamata Islam. Politik Islam ni sangat luaih, mudah dan logik... yang berteraskan qur'an dan hadis.

Firman Allah (maksudnya): 
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26)

Pak Long ni macam jugak Mak Long hang la... harapkan sesapa yang terpilih tu adalah yang kuat dengan idea-idea politik segar memperkukuhkan agama sebagai payung bagi rakyat jelata dan jugak hanya depa depa yang berani untuk beramanah dan berkemampuan sahaja yang layak diangkat memimpin.

Yang geli ngan selut bendang, pi main jauh jauh... yang hanya reti jenguk orang kampung ikut musim pun jangan dok perabih karan disini. Buat semak kampung ja, kalau takat nak meghapu dan mengampu tu, biaq kat Berahim Ali dah laa yang buat...

Wassalam...

Saturday, June 04, 2011

Jumaat

8 juta komen
Salam semua...

Semenjak harga getah naik ni, kasut jepun kat surau pun dah tak hilang dah. Usin pulak tak pernah rasa malaih nak turun pi memotong. Tumpang rezeki Tuhan bagi ni, kerja keraih sikit tak rugi. Tapi hari ni hari Jumaat, dia nak dok rumah rehat-rehat... boleh jugak tambah tambah ibadat.

Terngiang ngiang lagi kata kata hj Karim, Jumaat ni penghulu segala hari... hari yang indah dan baik untuk bersedekah. Sedekah ni umpama saham akhirat, ikhlaihnya tak boleh sekerat sekerat. Hasil dia bukan boleh nampak tengok serta merta... tapi akan tolong kita bila dah pejam mata. Usin paham dah la ni, dia dah insaf sangat sangat... nombot ekoq pun dah tak ingat, belaga ayam pun dah tak minat... hisap rokok pun dah tak ikhlaih semata mata nak bersedekah ke tabung surau.

Didorong insaf yang amat tinggi dan poket tebai hasil juai getah tadi... Usin menapak ke surau hujung kampung dengaq ostad baca kitab. Penuh khusyuk dan tawadhuk, bait bait puitis melayu lama buat Usin lebih sayu mengintai tempat di syorga. Mai time tabung derma di edaqkan, dengan segera dan penuh kerelaan Usin buka dompetnya... kejernihan matanya mengiringi duit 5 ringgit yang dimasukkan ke dalam tabung derma tu.

Tetiba hj Karim menepuk bahunya dari belakang sambil memberikannya duit sebanyak 200 ringgit. Usin tersenyum bangga, tak percaya pun ada. Tanpa disuruh, Usin mengambil duit itu lalu di masukkan ke dalam tabung derma surau. Usin amat kagum dengan kemurahan hati hj Karim.

Hj Karim menepuk nepuk bahunya lagi... tapi kali ni muka Usin dah tukaq kaler, bisikan hj Karim bagaikan dentuman guruh bagi si Usin...

Duit 200 ringgit tu sebenaqnya adalah duit sendiri yang terjatuh dari beg duitnya tadi...

Sampai ke hari ni si Usin bagai tiada berhuruf, tiada bersuara. Kelu lidah tak berkata, jadi bisu seribu bahasa... Mungkin dia cari tak jumpa, ikhlaih tu tak tau rasa lagu mana...

Wassalam...

Thursday, June 02, 2011

Puteri dipandu Rosmah

6 juta komen
Pak Long heran betoi laa... tang mana la yang Mak Long hang berkenan sangat nih...

Salam semua...

Mak Long hang ni haru sungguh laa
Dia punya mau tak ikut pun tak kena
Dia runtun naik terlondeh kain kita
Nak tengok gambaq, YDP Pandu Puteri Malaysia...

Jarang jarang Mak Long tunjuk minat
Tengok Rosmah baru dia teringat
Nak nasihat anak anak supaya berjimat
Dah tengok mak pak naik penat

Jangan mentedarah gula banyak sangat
Kaki tangan elok elok takut kena kerat
Tak payah kipaih, belajaq sama berhangat
Panaih sikit sikit tak bawak mudharat

Jangan takut ngan rasa penat
Jangan geli nak perah keringat
Jangan pakai mutu keta, kayuhlah beskat
Jangan pakai mikrowave pakailah pengat

Jangan guna mesin basuh gunalah kudrat
Jangan makan gula makan yang kelat kelat
Jangan cuti Monggolia cukuplah Simpang Empat
Sebab mak pak hangpa nampak lembik tak larat

Sabsidi mak pak sudah meningkat
Belanja hangpa kena la potong sekerat
Cakap senang nak buat tu yang berat
Nak buat camana dah bini dia tu jahat

Dia mau duit lebih nak lepak pi Muscat
Dia nak bawa kawan dan kaum kerabat
Sebab dia dapat anugerah yang terhebat
Kemudian depa minta istana lima tingkat

Belanja tak kontrol kos meningkat
Dari ratusan juta hingga berbilion duit rakyat
Baru-baru ni sejuta belia pulak melawat
Kena la pikat takut depa undi Pakatan Rakyat

Terima kasih la kat pengomen Pak Long terhadap aidea asai yang gila kat ataih... haha...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails