Saturday, July 23, 2011

Jom pakat jadi unik

4 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni dari dulu lagi ajaq anak anak, kalau nak buat apa pun jangan dikernakan oleh sesuatu kerna yang lain dari kerna Allah Taala...

Pak Long tekankan benda ni sungguh sungguh kat depa pasai tak mau depa buat sesuatu dengan harapkan balasan. Ya la kan, nanti pulun sembahyang pun pasai pahala, pakat pakat posa pun pasai ganjaranNya... tolong orang sana sini pun pasai syurga. Pak Long takut sesangat anak anak Mak Long hang buat sesuatu tak ikhlaih, bukan pasai Allah s.w.t... tapi ada sesuatu yang menyelinap dalam jiwa...

Memang syurga dicipta Allah untuk hamba hambanya yang layak saja... yang tak layak, neraka jahannam la jawabnya... tapi soal pahala dan syurga ni Pak Long tak beratkan sangat. Buat biaq ikhlaih, jangan dok harap dibalaih... buat sesuatu kerana Allah Taala, bukan pasai pahala atau syurga...

Apa pun, syurga ni memang unik... dicipta indah oleh Allah untuk hamba hambaNya yang indah...

Dari Jabir r.a katanya, dia ada dengaq nabi s.a.w bersabda:
"sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

Para sahabat bertanya:
"Bagaimana makanan yang mereka makan?

Jawab baginda:
"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Hmm... macam tu lah indahnya syurga dan uniknya penghuni syurga... hangpa tak mau jadi unik ka... haha...

Wassalam...

Thursday, July 21, 2011

Karan bini...

2 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun naik heran pulak, dua tiga hari ni ayam Mak Long hang macam ngan terlupa cara nak berkokok... dulu ni bukan main punya galak, tak dan subuh dah riuh rendah. Tapi entah terkejut kat jebon mana tah... tetiba jadi baik sampai segan nak bukak paruh... haha... nak kena sembelih kot.

Jadi ayam jantan ni pun susah jugak, orang tunggu tak berkokok ja nak sembelih... haha... Tapi tu la kan, jangan kita jadi macam ayam jantan yang pantang jumpak tunggui kayu... lompat naik, kepak kepak sayap teruih berkokok penuh kampung. Bukan apa, takut takut jumpak lawan nanti... tak dan kita nak asah taji... haha...

Kadang kadang hidup ni besa la, tak selalunya indah... ada kala terang benderang, ada kala mendung... ada kala kelam teruih... haha... Kadang kadang orang sayang, siang malam depa tatang. Bila mai time depa bengang, siang malam depa tendang. Dulu ni dok dengaq orang karan rambut ngan karan ikan jaa... riuh rendah satu kampung. La ni dak dahhh... depa tukaq peshen, depa lawan karan bini pulak dah, siap ngan adegan ligan ke tengah jalan lagi... hadoiihhh.... sewel la sat bini tu, tak haru ka lagu tu, bini dok elok elok pi karan bagi sewel... bangang punya laki, iskk... tak terpikiaq Pak Long, memacam cerita zaman la nih...

Lama beralih umoq ni, time Pak Long dok kuat ngan makjun ja nih... perangai Mak Long hang lagi la hodoh, dia boleh berletiaq maghrib sampai ke subuh. Naik risau jugak Mak Long hang... haha... dok jelin Pak Long kot jauh jaa... tapi tak tergamak aiih Pak Long nak 'karan'kan dia... Bini kita, kena pandai pandai la bagi depa sentiasa cantik dimata kita. Bahagia ni kena cari dan cipta, bukan bersila tunggu jatuh ataih riba... kena sama sama cari, terima dan memberi... bukan bagi karan kat bini...

Satu lagi Pak Long nak pesan ni, apa yang kita hajatkan sangat sangat tu bukan nak dapat bulat bulat macamana yang kita hajatkan. Mungkin Tuhan bagi kat kita ngan cara lain yang kita tak nampak secara serta merta. Lepaih dah lama baru la kot nak sedaq, apa yang kita dapat tu sebenaqnya adalah anugerah dan nikmat dari Allah s.w.t... Walaupun Mak Long hang tu tak la segak sangat, tapi busuk bangaih Pak Long dia buat buat tak ingat... tu yang bahagia tuu... hihi....

Tang mana nak pi cari petai murah tak tau... dah tiga hari dah Mak Long hang dok wirid benda alah tuu... hadoiihh...

Wassalam...

Wednesday, July 20, 2011

Ca belajaq sabaq sama... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Orang lain rasa macamana tu Pak Long korang periksa la pulak, tapi Pak Long rasa dunia la ni kalut sungguh lah. Sibuk tak berlagu, rasa macam segala mak neneknya laju bukan main... haha... Kalau boleh time mandi pun nak sambil sambil pakai baju. Makan tok sah cakap la, dah macam kena ligan ngan hantu. Semuanya kena segera pasai kena ligan ngan masa, nak masuk kerja. Sampai lambat cari boss perambat... haha...

Tu la kot cabaran dan dugaan dunia moden ni. Dunia hangpa, cara dunia hangpa laa... Pak Long ngan Mak Long hang ni cam tu jugak laa... Celik saja mata, kita dah diterpa ngan dugaan... diserbu ngan cabaran. Walau sakit jiwa pasai barang naik harga... kena kayuh jugak la pi kedai Wa Mat cari barang masak makan. Larat ka Pak Long nak telan masak lemak pucuk ubi kayu saja hari hari, nak rasa jugak la nasi beriani atau spaghetti. Letih la Mak Long hang dok uli roti canai sendiri, nak jugak Mak Long hang rasa sekali sekala... ayam golek dalam kaca... haha...

Tapi kalau dah tak dak cabaran mana syok hidup. Kalau dah tak dak langsung dugaan mana boleh berseri dunia... hihi... kalau dah tak mau dugaan dan cabaran, tok sah dok hidup laa... haha... pa pun ambik yang positif, semua tu nak uji kesabaran kita saja sebagai insan... Kesabaran menahan marah... kesabaran dengan perangai manusia terutama sekali perangai Mak Long hang... hihi... kesabaran mencari ilmu... kesabaran menegakkan kebenaran... kesabaran mencari kekayaan... kesabaran mencari kebahagian... kesabaran mencari pasangan... ehem...

Disini lah nilai sebenar kesabaran kita di uji...

Allah s.w.t dah berpesan dalam surah Al Asr... supaya beringat ingat dan berpesan pesan sesama kita dengan kesabaran... Kita membaca sirah... kita menyelak sejarah... kita melihat banyak perkara yang benar telah berlaku didepan mata kita pun... Nabi Yusuf umpamanya, sabar walau difitnah... Nabi Ayub sabar diuji dengan kesengsaraan... Nabi Muhammad s.a.w, sabar dengan kaum Quraisy dan berhijrah pulak ke Madinah... Nabi Musa diuji supaya sabar dalam menuntut ilmu... kesudahannya sabar itu membuahkan hasil yang baik... sesuatu yang teramat indah... yang kita saja dapat rasai tanpa boleh di cerita kembali.

Pak Long cuma nak ingatkan saja... marah itu mudah! Kita mudah marah tanpa pikirkan akibatnya. Kekadang tu kita marah sampai guriskan hati orang lain, hilang kawan, dibenci dan kita lepaih pi ketepi. Lebih parah kalau kita jadi hamba yang derhaka... marah hingga mempersoalkan qadar dan qada’ Allah.

Ingatlah, sabar itu terlalu indah! Hati kita akan lebih tenang, jiwa akan lebih tenteram. Sesungguhnya mengingati Allah dalam apa jua keadaan... akan memberikan ketenangan jiwa yang tidak terhingga... yakinlah kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak memungkiri janji janjinya...

Wassalam...

Monday, July 18, 2011

Najib kena haramkan chewing gam

8 juta komen
Salam semua...

Para pencuri kasut mesti susah hati lepaih ni, Pak Long pakai kasut Mak Long hang pi mesjid... haha... padan ngan muka depa, nak mencuri sangat. Tak la pakai yang tumit tinggi masa Mak Long hang naik pelamin dulu nih, tapi selipar hat pompuan punya... haha... Pak Long pun malu nak pakai, takkan depa tak malu sampai nak mencuri jugak kot... haha... Solat pun sempurna, tak la kalut dok ingat kasut kat luaq dari ingat Tuhan dalam solat... hihi...

Lepaih solat Jumaat kemarin ni, Pak Long dok bergebang sat ngan hj Karim, Wa Mat dan dua tiga orang jawatankuasa mesjid... Masaalah mesjid la ni dah jadi kronik semacam dah, masaalah zaman moden lagi haprak rupanya... Bab saf tak penuh tu sepasai dah, tambah malang, bab beskal ngan moto hilang. Lagi tambah kusut, duit tabung mesjid jadi susut...

Baru tadi tabung mesjid depa bukak, berlambak barang yang depa jumpak... Daun bunga raya pun ada, skru dan wasia memacam rupa, duit seduit pun ada sama... dan yang paling lawak, depa jumpak chewing gam pulak. Rupa rupanya, bebudak harapan kampung ni pakai chewing gam mengail duit dalam tabung...

Tabung mesjid ni Pak Long dah ubah dulu dari dinding kaca pi ke plywood kayu. Tak mau bagi ada malu dan riak, duit jatuh ramai yang terbeliak... Duit tak nampak, tak la jadi macam umpan semut ngan gula pulak... Jadi bebudak mengail pakai chewing gam ni ikut nasib la, seringgit atau sekupang dua... haha...

Memasing dah haru, rumah Allah tak boleh la dok kunci pintu... kot kot la ada musafir yang lalu... singgah sat ambik berkat.

Jadi sebelum Usin ajak orang kampung serang kedai mamak yang juai benda alah tu, Pak Long nak mintak kat Najib haramkan chewing gam kat Malaysia nih... amacam!!

Hishamuddin boleh arahkan Polis jadi pak pacak depan kedai kedai yang depa syaki, macam yang depa buat masa himpunan Bersih ari tu. Arahkan FRU pukui betih penjual yang jual benda haram ni, tembak ges macam yang depa buat kat budak budak Bersih ari tu. Helikopter boleh pantau dari ataih, takut terlepaih...

Rais Yatim boleh arah RTM dan TV3 tolong sama... cerita la chewing gam ni bukan budaya kita. Tiong Lai boleh ulaih sama, chewing gam ni banyak gula... tak baik tuk kesihatan kita. KJ ngan Perkasa ja jangan campoq sama, pasai depa suka ambik puak puak Bangla... haha...

Pak Long gerenti dengan kecekapan jentera Najib macam yang depa tunjuk menentang Bersih ari tu, tabung mesjid kampung Pak Long akan selamat dari jadi mangsa bebudak kreatif tak kena gaya, yang guna chewing gam balaih duit tabung nak hidu gam... bedebah betoi...

Wassalam...

Friday, July 15, 2011

Ni masa dia...

2 juta komen
Salam semua...

Sedaq tak sedaq hari ni dah Jumaat dah. Sakit ati kasut hilang Jumaat lepaih tak lega lagi, dah jumpak ngan Jumaat lagi... hadoiihh... Pak Long ni melahu la tepi pintu kira orang balik Jumaat sampai habih, kot kot la ada belen kasut buruk memana... depa tinggai yang buruk buruk pun tak pa jugak, tak la ber'kaki ayam' Pak Long kayoh beskal balik rumah... hadoiihh... buat malu kat Muthu ja, di masjid kita ada pencuri...

Hari Jumaat ni selalunya aktiviti pagi Pak Long dikurangkan sikit... rehat... haha... letih ooo...

Kalau nak ikut keja kampung ni bukan boleh habih... dari celik mata sampai ke malam buta. Sebab tu kalau nak tunggu tak dak keja, tunggu la time kita betoi betoi pejam mata... haha... Memang gerenti habih betoi keja... Yang tinggai amal ibadat kita mengadap Dia. Bukan nak kata kat orang dakk!! Tapi kita la ni terlebih kalut bab bab keduniaan sampai kadang kadang tu paksa kita lupa diri, lupa pada pencipta diri. Lupa akhirat, lupa pada pencipta akhirat. Besa la ngan manusia yang bersifat baharu ni kan...

Jadi bila ada kematian kawan kawan kita, baru la kita teringat balik yang kita pun nak mati jugak. Hangpa nak lari mana kalau tak mau mati... haha... Pak Long cuma nak peringat diri Pak Long ngan anak anak semua, tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada hikmahnya. Kasut Pak Long hilang tu pun ada khasiatnya... Macam tu la jugak dengan apa yang terjadi kat kawan Pak Long ni.

Terima koll pagi tadi, kawan Pak Long kat kampung sebelah dah dijemput mengadap Ilahi. Macamana besa la, Pak Long tak mau sia siakan peringatan Allah melalui kawan Pak Long ni kat Pak Long ngan anak anak semua. Bagi Pak Long, pemergian kawan ni mengingatkan Pak Long yang kematian tu setiap saat kian dekat. Ajai maut tak kira sapa, tua bangka ka muda belia, miskin papa atau kaya meliana, ulaq ayaq atau menteri suka suka, motong getah atau boss tempat keja. Hat tengah dok sihat elok elok pun tetiba boleh padam. Tok sah dok menyorok bawah katil pun la, waima dalam peti besi pun maut akan carik kalau ajal dah sampai. Silap haribulan dalam peti besi lagi cepat padam pasai oksijen tak masuk... haha...

Ok lah, Mak Long hang pun dah ready tu... hmm.... segak pulak dia pagi nih... haha... Jadi Pak Long nak chow dulu... hari Jumaat, masa pagi lagi singkat. Pak Long cuma nak ambik kesempatan ni nak ucapkan takziah lah buat keluarga sahabat Pak Long tu. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.

Wassalam...

Tuesday, July 12, 2011

Edisi senyap Pak Long...

12 juta komen

Sunday, July 10, 2011

KJ oii, simpan bangang tu kat orang lain sama...

8 juta komen
Salam semua...

Dah berbuih mulut Mak Long hang punya dok pesan kat dia, dia dok buat jugak keja bangang ni... hadoiiih... Mak Long hang marah sangat kat KJ ni bukan pasai apa, bangnag tu simpan kat orang lain sama... jangan dok balaih sorang sorang...

"Woii... KJ, awat yang hang mangkok sangat ni." sambil Mak Long hang selak selak selindang kuningnya.

"Mamak yang berlambak lambak dalam Umno ni tak cukup semak lagi ka sampai pi tambah mat Bangla pun nak heret masuk sama..." lengan baju kurung kuning dilipat lipat.

"Teruk la KJ kalau hang balik mai nanti.." gerutu Mak Long hang lagi...

Hihi... Pak Long tak masuk campoq bab bab ni, Pak Long diam ja la, nak kata apa... Mak Long hang kalau terlebih marah memang dia tak nampak telinga punya... haha...

Wassalam...

Friday, July 08, 2011

Sebutir bintang

2 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, pagi ni cuaca cerah, hajat hati boleh gak pi riadah... Pa pun, rutin besa Pak Long macam selalu, tak kira la Jumaat ka hari minggu, lepaih ja subuh dah kena ubah lembu dulu. Lembu ni bukan reti bahasa, lambat ubah ja depa kencin berak merata... kalau dok biaq ke depa, kandang elok boleh jadi paya... haha... Ayam itik lepaih lambat pun tak pa, mengkalu awai melilau ja keja depa...

Bukan selalu Pak Long boleh jejalan pagi berdua ngan Mak Long hang camni... Berjalan pagi ni baguih, boleh jalan berdua lagi la baguih... haha... sambil senaman ringan bagi pecah peluh tu boleh jugak dok mengata hang aku... haha... Pagi ni tak ramai kat taman sebelah, pakat dok kalut kot anak anak sekolah.

Kalau kita tengok baik baik, hidup kita ni ada la macam kita berjalan jalan jugak, lebih baik melangkah pelan-pelan tak pa tapi dah ada tujuan, lebih baik la daripada kita cepat-cepat tapi tujuan masih tak ketahuan... haha... Masaalah? Masaalah tu orang kata asam garam hidup la, tak sedap gulai kalau tak cukup asam ngan garam dia... tak percaya tanya Mak Long hang... haha... Tengok lah sesatu masalah sebagai satu penyelesaian, bukan satu cara nak tunjuk perasaan. Pasai kalau terlebih beremosi, lagi buruk masalah yang kita hadapi...

Tapi jangan dok cari masaalah, sebab tu hati kena tabah, diri tu kena rendah... Orang yang merendah diri ni macam sebutir bintang, diri tinggi melayut di langit tapi jelaih rendah di permukaan ayaq...

Alahaii... teringat ayaq kopi Mak Long hang la pulak...

Wassalam...

Thursday, July 07, 2011

Ca belajaq dengaq sama

4 juta komen
Salam semua...

Rasa panaih semacam plak malam nih... hihi... padan la pun, musim derian pi campoq pulak ngan moktan. Naik berbinau bijik mata, rengkong panaih menyala nyala... Musim ni kalau tak kena gaya boleh batok kering ngan demam pening... mengkalu makan ikut sedap laa....

Sedap ni sebenaqnya masa kat lidah jaa, mai terjun kat dalam perut tak dak rasa apa dah... sebab lidah ja yang ada rasa, perut hanya rasa bila meloya... sebab tu Mak Long hang kata perut ni macam telaga burok. Lempaq la apa pun, main tadah terima jaa... haha...

Errr... hangpa terpikiaq ka dak pasai apa Tuhan bagi satu lidah saja berbanding ngan dua telinga... Hmm.... Tuhan galakkan kita ni kurang bercakap kot tapi dengaq bagi lebih... Jangan dok belajaq banyak sangat dari orang politik, perut ja kembang tapi akai kecut... haha...

Wassalam...

Tuesday, July 05, 2011

Orang pompuan

6 juta komen
Salam semua...

Lega sikit la rasa lenguh lenguh badan, pecah peluh lepaih menarah depan laman... cakaq sikit sikit sampah bawah pokok moktan. Dah mai umoq senja cam Pak Long ni, salah makan sikit dah berjalan pegang dinding... haha... Sib baik la ada Mak Long hang boleh dok tolong tengok lembu kat padang...

Hodoh hodoh Mak Long hang pun, dia la harta yang tak ternilai bagi Pak Long... bukan sesaja nak puji, kalau elok kena kata elok laa... Pak Long tak heran punya tidoq luaq, tapi kalau tak betoi kena dok tegoq jugak... hihi...

Macam orang dok kata la, ada harta tapi tak dak pompuan dalam hidup kita pun tak dak ertinya jugak... haha... Tapi, pompuan yang macamana yang lelaki perlukan dalam hidup depa... ya la, nak hidup bukan sari dua, berpuloh tahun kalau Allah Taala izinkan... Betoi, tok sah dok cakap pandai laa... setiap lelaki perlukan pompuan solehah yang membahagiakan kita sebagai sorang suami, jaga nama baik diri dia dan keluarga dia...

Sabda Nabi s.a.w:
Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim).

Tapi Pak Long nak pesan la kat orang lelaki nih... nak jadikan pompuan tu berfungsi dengan baik, suaminya jugak kena la jadi baik... Kalau dah laki perangai macam kawaq, jangan heran bini nanti suka melewaq... Kena dok ingat, kebaikan bini akan hilang pada padangan laki yang tak ketahuan kepala ekoq... Lelaki kena kuat dan bijak untuk jadi imam dalam jemaah keluarga dia. Hangpa ingat senang ka nak jadi laki pada Mak Long hang... haha...

Tapi tu la orang dok kata jugak, pompuan ni ibarat katanya depa la racun dan depa jugak la penawaq... ikut hangpa la nak bentuk depa tu jadi apa. Tapi setahu Pak Long la, Islam tak pernah salahkan pompuan ataih setiap kejatuhan lelaki... Kerana kejatuhan lelaki atau pompuan sebenaqnya mai dari kelemahan diri depa sendiri yang kadang kalanya tu di ambik kesempatan oleh pasangan memasing. Depa memasing baik lelaki atau pompuan telah tewaih diataih kesilapan depa sendiri yang biaqkan diri depa diperkuda oleh pasangan memasing.

Namun pompuan ni bila dah baguih dan solehah, depa selalunya lebih baik daripada lelaki... haha... Betoi, depa punya tohid tu cukup kuat. Kalau depa kata sayang tu, selalunya sayang depa tak berbelah bagi dah... ini kelebihan depa dan tentunya kekurangan orang lelaki laa... haha... sib baik Pak Long dak...

Nabi s.a.w bersabda:
Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim)

Nampak dak... banyak dah Pak Long dok tengok, kelaku buruk dan hodoh sorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada sorang pompuan. Nama baik sorang lelaki pulak akan bertambah tambah indahnya dengan kebaikan isterinya... Pompuan baik dan berakhlak akan menjadi perhiasan berharga pada kehidupan lelaki. Lelaki tanpa pompuan adalah lelaki yang cacat tabiatnya, pejam mata tak rapat woiii... haha... Allah Taala menjadikan pompuan tu pasangan dan perhiasan bagi lelaki.

Jadi hargailah pompuan walaupun sapa juga depa tu disisi kita... macamana Pak Long ni ha, ni nak pi kupaih nyoq... lepaih tu nak kukoq sekali, baru cepat boleh makan tengahari... ngeee...

Wassalam...

Monday, July 04, 2011

Jangan jadi dayus

5 juta komen
 
Salam semua...

Hari ni rasa letih lain macam la pulak, sakit badan badan... lepaih makan kenduri tu besa la kan, layu ja mata... kira nak terlelap saja... haha...

Pak Long saja ambik balik kisah bawah ni yang Pak Long 'post'kan bulan tiga dulu nih... rasa boleh pakai lagi kot buat pedoman semua... termasuk la Pak Long ni haa... Maklum la kan, Pak Long belajaq hukum sikit sikit ni bukan untuk hukum orang tapi hukum diri sendiri. Jaga diri jangan dok melawan cakap Tuhan...


*******************************

Kadang kadang bila dah tua camni, nak jalan pimpin tangan Mak Long hang pun naik segan... hihi... malu kat budak budak. Tapi Pak Long dah besa camtu nak buat camana kan... haha... Bagi Pak Long la, berpimpinan tangan laki bini ni bukan masa baru baru menikah saja, dah lama cam Pak Long ni pun mau kena dok jaga jugak, mau kena dok pimpin jugak... haha... bukan pasai takut tidoq luaq... dakkk... dah nama pun pemimpin dan dah memang tugaih laki dok kena pimpin bini. Pimpin tangan tu dalam maksudnya, bukan saja saja dok pimpin...

Pimpin tangan bini masa jalan jalan tu baguih, kalau di pasar malam misalnya, lagi kuat la tangan Mak Long hang Pak Long kena pimpin... haha... bukan apa takut tersesat, nak beli sayoq tersalah singgah meja henpon... punah... sambil sambil tu boleh jugak dok bisik bisik kat Mak Long hang bajet poket ada banyak mana... jangan dok buat gelap mata... haha...

Nak jadi pemimpin memang la keja dia kena dok pimpin. Nak jadi pemimpin tapi nak dok saja suruh orang lain yang pimpin, lebih baik tok sah jadi pemimpin. Laki kalau dalam rumahtangga, dia lah yang jadi pemimpin. Kena ingat ni, kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan. Jadi, kalau dia dapat elakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun laut, maka itulah bukti cintanya yang sebenar dan kasih sayang yang sejati...

Allah s.w.t. terlah berfirman yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala.."

Nampak dak, Allah suruh kita jaga diri kita dengan taat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan kat hamba hamba Dia. Bukan pimpin tangan saja malah kena pimpin habih anak bini kita dan diri kita dengan segala bentuk perintah Allah yang mesti kita WAJIB taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan tidak dikernakan oleh lain dari Allah s.w.t...

Maksud 'Peliharalah diri kamu' itu bukan saja sekadar mentaati segala perintah Allah tapi jugak jauhi segala larangan Allah kat kita dari dosa dosa besaq dan kecik. Umpamanya jauhi lah diri kita dari fitnah memfitnah, berzina, minum arak, makan riba, mencuri... sesuatu yang diharamkan oleh Allah seperti simpan, edar atau tonton bideo lucah... haha.. atau bergaul lelaki dan pompuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya...

Tanggungjawab kita kat ahli keluarga kita ialah menjaga, mendidik, mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawabkan kat diri kita sendiri. Kena dok suruh jugak Mak Long hang buat fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain dan wajib pulak halang dia daripada lakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah seperti mencuri kat pasar malam, dedah aurat kat jiran yang bukan muhrim, mengumpat ngan janda Limah, hasad dengki kat Anwar, takbur dan riak kat jiran sebelah rumah dan lain-lain lagi...

Nampak dak keadilan, keluasan dan kekuatan ajaran Islam yang jelaih memelihara diri ni bukanlah terhad kat diri kita saja, malah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka mereka yang berada di dalam jagaan kita. Pak Long ni macam suami suami yang lain jugak la, kena dok beringat sebab kebinasaan yang akan menimpa pada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami suami yang tidak melaksanakan hak pada anak anak dan isteri. Depa depa ini adalah terdiri dari suami suami yang tak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup biaqkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.

Syariat melarang keraih Pak Long sebagai suami tunduk dan menjadi hamba pada Mak Long hang sebagai bini. Kecelakaanlah bagi suami suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak la. Kalau ikut cakap bini kot belah elok tu tak pa la jugak...

Seorang suami yang tak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi pak turut, suami tu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Ingat oii orang lelaki semua pasai orang yang dayus ni tak akan masuk syurga... haha...

Jelaihla macam apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya, tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak pada anak dan isterinya, maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.

Sebenaqnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, 3 hari 3 malam pun mengaji tak habih... haha... Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri dia dalam rumahtangga. Dan orang itu pulak adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh sungguh pada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan kewajipan yang telah diamanahkan Allah s.w.t pada anak dan isteri. Dan anak bini dia pulak sanggup terima dengan lapang dada...

Tapi dunia moden la ni dah terlalu ramai suami yang dayus dan rata rata depa ni berbangsa Melayu dan pastinya beragama Islam... mungkin dah terlalu nak moden sangat kot, depa biaq habih anak bini depa melilau tak terpimpin... takut sangat kalau orang kata tak moden...

Tinggailah noo... nak pimpin Mak Long naik ataih rumah sat... haha...

Wassalam...

Saturday, July 02, 2011

Carilah hati yang tenang...

6 juta komen
Salam semua...

Kalau kita rajin tanya bebudak, depa tentu kata syok ooo jadi orang tua tua... boleh buat apa depa suka terutama bila yang dah ada kosa... haha... Ca hangpa tanya orang tua tua pulak, depa lebih suka jadi bebudak, boleh buat apa depa hendak, boleh dapat apa depa mintak, tanggungjawab langsung tak dak... haha... Tapi janji Tuhan pada hambaNya, tak dak orang yang boleh hidup tongkat langit. Hidup tak boleh patah balik dah, macam ayaq sungai yang turun pi muara tak boleh patah balik pi ke hulu....

Dunia berputaq ligat, Pak Long pun rasa penat. Yang bebudak teruja nak remaja, remaja tak sabaq nak dewasa, dewasa akan jumpak tua... haha...

Sapa kata orang tua tu rugi, masa tua ni la kita hargai waktu sepi. Kerana masa tua ni la kita sedaq, duit berbakoi bakoi pun tak guna kalau hati tak tenang, duit bergundi gundi pun tak boleh pakai kalau sakit dah ramai... haha... Masa tua cam ni la jugak kita nampak tengok dunia luaih dengan jelaih... budak budak tok sah dok mai kencin la, pasai apa yang depa lalu tu hasil temuak kita yang tua...

Masa jasad masih ada roh ni saja, boleh dok tengok dunia ni tinggi, anak bini melawa sekali, rasa besaq pasai keta lebaq. Duit berlori lori, kerja dunia dok tak habih habih lagi.

Tapi, hidup ni akan mati, akan bercerai jugak roh dari jasad. Selamat tinggai dunia, selamat menempuh alam barzakh. Bini yang kita sayang pun akan cepat cepat panggil tok siak mesjid, mandi dan kapan sebelum simpan takut busuk. Itu lah putaran hidup kita sebagai hamba pada Yang Esa, sebahagian dari cerita dan kejadian. Jom kita cuba suka dan rai seadanya kita, saki baki kehidupan yang ada. Jangan dok tertekan sangat dengan asam garam hidup, suka tak suka pun kena suka jugak... haha...

Pentingnya cari lah hati yang tenang, mustahaknya bina lah kebahagiaan.

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails