Merdeka ni kena dok cari dan cipta nak oiii...
Salam semua...
Mak Long hang bangkit awai hari ni. Ingatkan nak buat masak makan spesel sikit, rupanya dakk... Dengan muka ala ala mintak penampaq, dia letak ketupat daun palaih versi kemarin ngan rendang perangat tengah rumah. Dia tak mau masak ari ni, nak merdeka sari suntok dari dapoq. Huhh... sib baik la anak cucu penuh rumah...
Mak Long hang ranggi sikit la tahun ni, pasai hari merdeka kita jatuh ditengah tengah time kita dok kalut sambut raya... Pak Long tak dan periksa pulak, Mak Long hang tak boleh tidoq sampai pagi pasai anak cucu penuh rumah ka ataupun semangat nak sambut merdeka raya... haha... Tapi betoi ka merdeka kita 31 Ogos 1957, bukan ka hari ni yang merdeka tu Malaya saja... Apa cerita pulak ngan 16 September 1963...
Ahhh... peduli apa ngan haribulan, pengisian merdeka tu yang penting... Sedaq tak sedaq dah 54 tahun kita merdeka tapi Pak Long tengok kematangan kita macam budak budak tadika. Minda kita macam darjah tiga bila jiwa kita terpenjara. Dari sari ke sari macam macam benda hodoh yang terjadi sekaliguih membangsatkan nama Islam. Ni yang Pak Long dok risau tu, agama bukan sekadar agama anutan nak oiii... tapi Islam ni adalah satu cara hidup... merdekakan Islam untuk dapat nikmat sebenaq merdeka...
Mai bab merdeka ni stendet la... Pak Long tengok naik berbuih mulut pemimpin pemimpin kita suruh rakyat pasang bendera. Tapi Pak Long tengok lima hari lepaih lagi Haji Karim dah boh dah kat kedai dia... tapi anak anak Pak Long sekoq pun tak boh bendera kat keta depa... Woii... jangan nak mengumpat kata Pak Long ngan anak anak tak sayang negara pulak. Takkan nak suruh Pak Long kawad ngan anak anak, kibaq bendera tengah rumah kot, cari Mak Long hang terajang terjun tingkap... haha...
Boleh nak tunjuk patriotik ngan pasang bendera... tapi tak payah la mengada ngada, menunjuk tak kena gaya dengan membaziaq sampai berpuloh puloh bendera ataih bumbung keta, buat bendera terpanjang atau terbesaq di dunia... tapi daulat agama tinggai sejemput, bangsa kita jadi kecut...
Setiap dari kita yang teluih dan ikhlaih dalam tugaih memasing dah memenuhi kehendak patriotik tu sendiri...
Sorang ahli politik yang berpolitik penuh ikhlaih membangun agama, bangsa dan negara... tak kira la dari parti sebelah mana sekalipun adalah sorang yang bersikap patriotik... Tapi kalau dia pun kaki kelentong, tuang keja dan besaq kepala, cakap punya baik tapi ekoq penuh taik... dia sebenaqnya sorang pengkhianat walaupun bendera besaq tersidai, sampai terlindung mahligai...
Apa pun yang kita buat, kita kena ikhlaih... jadi rakyat pun kena ikhlaih, jadi bapak pun kena ikhlaih, jadi anak pun kena ikhlaih, jadi tukang sapu pun kena ikhlaih, apatah lagi jadi penganut agama Allah iaitu Islam... pun kena ikhlaih... Penganut tak cantik menyebabkan agama tu sendiri jadi hodoh sekaliguih menghumban Islam jauh dari misi dakwahnya... Bila kita dah mengaku kita ni Islam, kita kena angkat Islam tu jadi cara hidup kita. Islam yang cantik perlu dicipta baru boleh dipelihara. Islam tak ajaq penganutnya berfikiran sempit, melampau dan zalim. Islam itu adil dan saksama. Adil, saksama, ikhlaih, amanah adalah keindahan Islam dan keindahan itulah dakwahnya...
Jom la kita pakat sama sama cari nikmat sebenaq merdeka...
Wasslam...












