Thursday, September 29, 2011

Tok sah la marah marah

13 juta komen
Salam semua...

Tup tup cerita pasai hukum hudud ni timbui pulak dah... Punya kuat kosa media depa, sampai teggelam habih kisah Mak Long hang yang tak pernah cukup duit pi pekan. Punya power permainan depa sampai tertutup habih cerita Pak Long pecah tabung nak tukaq tayar beskal.

Ramai yang marah marah, tak kurang jugak yang sumpah seranah.... Tapi Pak Long nak pesan la, jangan dok marah marah. Berdakwah ni kena berhemah, kena halusi budi pekerti untuk kita berdakwah melalui diri. Depa nak tengok Islam, depa mesti tengok kita yang kononnya umat Islam nih... Kalau kita pun dah terloncat loncat terselak kain, Islam akan dipandang serong dan melencong ke lain... Orang tak hormat bukan pasai Islam tu hodoh, tapi pasai kelaku umat dia yang bodo...

Rata rata Pak Long tengok, ramai yang tentang hudud ni pasai depa tak paham. Kena dok cerita, hudud ni undang undang Allah... Kita bukan sangat nak menghukum tapi lebih pada nak mencegah...

Lagi pun, marah ni adalah satu dari sikap negatif yang dok bersarang dalam diri. Tapi sikap negatif ni pun sebenaqnya Tuhan jugak yang bagi jadi dan letak dalam diri hamba hamba Dia. Sebab tu Hj Karim kata, sikap marah ni tak boleh buang tapi kita kena tau kontrol dia. Tak percaya, tanya Mak Long hang... haha... Habih meluat sangat pun, dia jelin jelin ja... haha...

Pak Long nak ajak hangpa semua menelaah sikap marah yang ada kat kita. Bukannya apa, dari kita dok marah tak tentu hala kat orang orang politik dalam sistem demokrasi ala Malaysia ni, baik jugak kadang kadang tu kita check tengok boleh ka dak kita belajar kontrol sikap amarah kita.

Kadang kadang kita tau, marah tu tak baguih untuk diri, tapi kita dok buat jugak. Orang yang suka marah marah ni adalah orang orang yang diri dia penuh ngan ego dan bongkak... sedangkan ego, bongkak dan takbur tu pakaian Tuhan yang tak layak dipakai oleh hamba hambaNya. Bila kita jadi orang yang suka marah marah, maknanya kita tergolong dalam golongan orang orang yang rugi yang gagal kontrol marah kita. Orang yang marah marah selalunya disebabkan oleh hati dan pikiran yang penuh dengan perkara perkara negatif, kata-kata kita jugak negatif. Menjalani hidup seharian dengan sifat sifat negatif akan menjauhkan kita dengan Maha Pencipta, kerugian yang tiada nilainya...

Jadi Pak Long nak nasihatkan diri Pak Long dan anak anak semua, kalau nak bahagia dan aman jiwa raga, kita perlu asuh dan didik diri menjadi orang yang bijak dan berjaya mengawal rasa amarah. Biaq kita yang mengawal emosi marah, bukan marah yang mengawal kita. Marah adalah emosi dan emosi sepatutnya boleh dikawal selia.

Melatih diri untuk bertenang boleh mengajaq kita mengawal emosi marah tersebut. Sesapa yang dapat meletakkan ketenangan dalam hati dia maka dia berjaya la mengelakkan rasa amarah dari bermaharajalela dalam diri. Dan hati yang tenang adalah hati yang selalu mengingatkan akan Allah s.w.t...

Pak Long berdoa siang malam, supaya semua kita ni dikurnia hati yang tenang hasil dari zikir hati pada Allah. Mulai hari ini, elakkan lah sikap mudah marah atau suka marah-marah tak ketahuan hala kita tu dengan berzikir pada Allah. Insyaallah, kejayaan dan kebahagiaan pasti menanti kita semua...

Hihi... selamba ja Mak Long hang pesan, lembu kat padang nu kalau tak cukup ayaq... boleh terpacak ekoq gak marah dia... haha... lembu la katakan...

Wassalam...

Monday, September 26, 2011

Baguih la Najib oii...

20 juta komen
Salam semua...

Sejuk hati Pak Long dengaq Najib dah berani naik bas... Alhamdulillah, baguih laa... dulu ni puaih tarik telinga, tak mau naik bas... tapi sejak berkawan ngan si Rosmah ni dah pandai dahh, dah pandai nak rasa camana tak dak protokol ngan rakyat... baguih laa...

Tapi Najib oii...
Mak Long hang kata, nak rasa tak dak protokal taik kucin hang dah kalau bas camni punya esklusif... Patut la hangpa sengeh sampai lenguh, dah naik bas pun tak penuh...

Mak Long hang dah berdiri ketaq lutut, dari pekan sampai kepala simpang... Mak Long hang cuma nak tumpang letak bakui ikan ataih meja sat ja, boleh ka? Hihi... dah lenguh macam nak reban bahu dah ni... haha....

Kalau camni la punya bas yang hang ghagaih... Mak Long hang pun mau ghabat...
Tak semak kepala dah kapet merah merata rata... haha...
Mak Long hang la kata, Pak Long tak kata apa...

Tapi Najib oii... ada ka bas camni kat orang cam Pak Long ni haa...

Wassalam...

Saturday, September 24, 2011

Geli geleman betoi ngan si Saiful nih...

8 juta komen
Gambaq Saiful sehari selepaih simpan ayaq mani dalam tuttt...

Salam semua...

Pak Long geli geleman jugak la nak sembang cerita ajaib ni ngan Mak Long hang. Ni bukan bab peram tapai dalam tempayan, tapi peram ayaq mani dalam tuttt... iskk... tak gamak aiihh... haha...

Tapi bila terbaca kat sini kisah tuttt... budak Saiful ni yang dengan selambanya berjaya memeram ayaq mani secara sihat walafiat sampai 113 jam, Pak Long kagum jugak laa... Bukan apa, sekurang kurangnya Malaysia dah boleh berbangga gak la ada tuttt... budak budak kita yang cukup sempurna dan boleh cipta rekod dunia... haha...

Pa pun Pak Long nak ucap tahniah la kat si Saiful tuh... hajat hati nak jadi femes dah tercapai. Bukan takat glemer ja yang dia dapat, tapi siap ngan boleh promut lagi tuttt... dia sebagai tempat simpanan ayaq mani yang paling stabil dan terlama didunia... Tentu si Saiful ni suka gila bila Dr Brian McDonald ni pun pi jadi pelik tentang tahap ketahanan tuttt... dia... haha... Kalau dulu orang dok heran pasai Dinasour yang dah pupuih, lepaih ni orang berebut rebut pulak la nak kaji tahap ketahanan tuttt... si Saiful sebagai setor simpanan terbaik DNA... haha... hadoiihh...

Macam macam cara bebudak moden la cari makan... Tak terpikiaq langsung Pak Long pasai lubang tuttt... pun saja dia dah jadi terpopular dan ter'femes' di Malaysia...

Wassalam...

Wednesday, September 21, 2011

Ca belajaq kenai ngan rakyat sama...

2 juta komen
Salam semua…

Ayam itik Mak Long hang tak dan keluaq reban… anak anak si Usin dah penuh bataih ban… Melilau pepagi buta. Naik konfius pulak Pak Long, bukan musim cuti sekolah tapi anak anak dia buat macam la sekolah tu bapak dia yang punya…

Pak Long pun tau budak budak ni bukannya ada undang undang. Yang kita dok larang tu la yang depa serang… haha… Haram halai kat depa tak terpakai, tapi sebagai mak pak… kita la kena dok sentai… Biaq depa boleh akai… Kadang kadang Pak Long pun boleh hilang sabaq… main ngan bebudak yang baru nak besaq… haha… Pesan kita macam pesan kat tongkoi kayu… depa buat derrkkk… jaa… Ayam mengeram pun depa mengusik, berteraboq habih teloq ayam itik… Kayu api bawah rumah, depa sapu buat tenggalong buah…

Hadoiihh… boleh kencin manih Pak Long ngan kelaku bebudak nih…

Tapi Mak Long hang la pesan, jangan dok geram tak ketahuan… kita kena masuk tengok alam depa, baru tau apa cerita… Mana la Pak Long ada masa, dok pi kelebek si Usin pakai apa, awat anak anak cacamarba… haha… Rupanya bini dia dah masuk wad. Dua hari punya taghak, dok tak beranak beranak… Usin pun dah dua hari tak motong getah, tinggai anak anak jaga rumah. Kesian la pulak…

Rupanya, kita kena rapat dengan depa baru kita tau apa masaalahnya. Masuk ke alam depa baru tau apa cerita. Nasib mak depa dah macam teloq dihujung tanduk, patutla anak anak dah macam hantu tak dak tuan... haha… betoi la, kita tak boleh menghukum sesuatu yang kita tak tau hujung pangkai…

Macam tu la sapa pun, termasuk la orang orang politik kita. Depa kena belajaq masuk alam rakyat depa untuk kenai lebih dekat ngan masaalah depa… Belajaq berjalan ataih bataih bendang, baru tau susah senang. Belajaq sembah pokok getah, baru tau langit tinggi ka rendah. Tiap keping duit dapat, semua mai dari tulang empat kerat. Duit yang ciput tu la nak sara anak bini, sakit demam ngan belanja hari hari, bil sana sini yang gila gila punya tinggi. Hangpa dulu pun rakyat macam kami jugak, jangan bila dah tinggi dok buat buat tak nampak. Tak boleh dok pikiaq tak elok kat orang bawah kalau kita tak tau hujung pangkai. Haji Karim pun besa kata kat Pak Long… satu kerja buat kita yang tak elok hanya boleh terpadam lepaih kita buat tiga kebaikan… mak aiihh… susah tuu… haha…

Nak kena pi tengok gak la, anak anak si Usin tu makan dak lagi… addehh…

Wassalam…

Sunday, September 18, 2011

Nilai MyKad kita

6 juta komen
Salam semua...

Sepagi ngan Mak Long hang kat pasar hari ari ni memang semak... Semak ngan orang meniaga, semak ngan orang jalan tengok saja... Pasar hari dah jadi pasar seghendeh... Bangla koi dok pelan ramai tak tau kot mana mai. Harga barang tok sah kira la, putu mayong 7 cubit ja dah 2 ringgit. Duit Pak Long pekin pekin untuk sebulan, dua minggu dah tak ketahuan. Nak kena juai lembu nampaknya... haha...

Pukui sembilan dah berbahang panaih, lagi panaih lagi bila dengaq hampir 300 MyKad, MyKid, lesen memandu, kad bank terhampaq kat tepi jalan Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar. Entahlah, depa kata keja buat penjenayah...

Kita nak dapat MyKad punya susah, depa lempaq mudah mudah... Bukan ka MyKad tu identiti kita sebagai warganegara... Mungkin malaon yang buang MyKad tu ingat simpan buat hapa dah identiti tu sendiri macam tak dak harga... Petik jari ja berteraboq ataih riba...

Ca hangpa tengok mat ngan minah Bangla, dari jauh depa canggah... mai sini cari nafkah. Bukan takat nafkah saja yang dapat, tapi siap ngan MyKad... Depa sanggup merendah diri, asai dapat MyKad sendiri... Sanggup berjanji sehidup semati, dengan syarat undi depa nanti...

Terkejut cipan jugak la Pak Long, dah setaraf rupanya kita ngan mat Bangla... hadoiihh...

Wassalam...

Friday, September 16, 2011

Jawatan kosong...

4 juta komen
Klik gambaq kalau nak terang, baru tau keja apa...

Salam semua...

Mak Long hang pulak tambah...

Hati pun jadi tenang, kepala pun tak semak... Janji kerja buat kita tu bagi khusyuk dan tawadduk, ikhlaihkan hati. Islam tu pemberi petunjuk bukan tuk nak menunjuk nunjuk. Buat sesatu tu hendaklah tidak dikernakan oleh sesuatu kerna selain dari kerna Allah Taala semata mata...

Tapi masaalahnya, mau ka puak puak kita mai pakat pakat dok isi jawatan jenih pendapatan tak nampak tengok nih...

Wassalam...

Tuesday, September 13, 2011

Kesian kat Najib...

10 juta komen
Salam semua...

Kemarin malam memang cuaca lain macam, hujan dia bantai sampai tujuh lapan jam, lebat sungguh. Parit belakang rumah pun melimpah, naik ayaq sampai bawah rumah... Kasut jepun Pak Long habih hanyut, tinggai kasut kayu Mak Long hang ja tersangkut... Dah tu sudah pi la, siangnya sari suntuk mendung... naik ketat lubang hidung...

Pepagi buta Ah Seng dah sampai, cerah cerah tanah dia dah buat pasai. Sib baik la Mak Long hang ada, mengkalu tidak... boleh tidoq dalam wad la Ah Seng Pak Long tibai. Ada ka dia kata cuaca muram pasai Najib yang bawak mai... Manusia yang ber'Tuhan'kan hantu memang lagu tu... haha... bukan pasai Najib cuaca jadi basah... bukan pasai Najib hujan lebat sampai ke cerah...

Tapi Najib tak payah susah hati, dengaq kata jem sampai ke pekan Penanti... orang punya ramai nak makan free, sambut Najib di Aidilfitri.

Kesian kat Najib Piem kita, sekali sekala dah mai pun memacam cerita...

Kat Pak Long pun kena kesian gak, sakit lutut tak boleh nak gerak... tapi Mak Long hang pun tak dan nak tumpang, walaupun bas dah sedia kat kepala simpang... haha...

Wassalam...

Friday, September 09, 2011

Bantai kekabu

7 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni serba salah la, tak tau nak 'bedebah'kan sapa bila dengaq kata bil letrik naik lagi... Patutnya Mat Sabu tak payah dok kalut pasai kominih tu, ca hang pi jerkah sapa sapa yang rajin dera orang kampung macam Pak Long ni ha. Kalau ya pun nak naikkan tarif letrik, naikkan tarif letrik kat rumah hangpa dah la... jangan dok kacau letrik rumah Pak Long... haha...

Mula la Pak Long rasa cam nak tidoq awai pulak lepaih ni, tengok muka Mak Long hang takat siang dah la... malam tak payah, buat perabih karan jaa... haha...

Lagipun tidoq dalam gelap lagi jerap, lebih jerap lagi kalau pakai bantai kabu... haha... La ni musim kekabu tengah menjadi woii, dekat tiga petang dah Pak Long dok usung Mak Long hang pi kutip kekabu kat pokok kabu hujung kampung. Dapat gak la dekat empat bantai, siap ngan bantai peluk lagi... haha...

Budak budak la ni mana kenai dah ngan kekabu nih... tilam spring, bantai span. Langsung tak dak seni...

Buah kabu ni akan kembang dan pecah bila dah matang. Kita kena kait dia ataupun tunggu luruh... kutip, buang kulit. Lepaih tu kena dok perisi kabu dia perasing dari bijik... time ni yang mencabar tu, silap haribulan boleh sempit lubang hidung ooo... haha... lepaih tu baru boleh isi dalam batang bantai. Nak isi dia tak boleh diluaq rumah, cari berselerak habih kekabu kena angin. Kerja ni elok buat ataih rumah ja... Kira kiranya proses dia ni, orang sabaq macam Mak Long hang ja boleh buat... haha...

(Dah dia buat bantai kat kita, tak puji pun payah gak... haha...)

Tilam ngan bantai kekabu ni sedap guna... terpenyek camana pun kalau ditepuk tepuk akan naik balik... tu yang sempoi tuh... haha... Errr... terlupa pulak nak tanya Mat Sabu, dia reti pakai bantai kabu lagi ka sejak naik pangkat Timbalan Presiden nih... hihi...

Wassalam...

Thursday, September 08, 2011

Hitam legam

4 juta komen
Salam semua...

Ramadhan dah pi dah... Aidilfitri pun dah mai dan pelan pelan dok pi jugak... Lip pok, lip pok... sedaq sedaq budak budak dah kena pi sekolah... haha... Lega la Pak Long, tak dak sapa nak mengusik lembu Pak Long ngan mercun bola dah... Rindu jugak la Mak Long hang, tak dak nak jerkah sapa dah yang dok suluh teloq ayam ngan bunga api... haha...

Besa la, bulan dan musim berlalu pergi, patah akan tumbuh dan yang hilang berganti... Manusia pun camtu la jugak... yang mati pun banyak, baru beranak pun berlambak...

Lama beralih umoq ni, Pak Long pun terpikiaq jugak... mungkinkah Ramadhan yang baru lepaih tu adalah Ramadhan Pak Long yang last dah... bagai terbayang bayang hari kematian diri sendiri. Camana gamaknya diri ni yang terkapaq di tengah rumah, macamana sayang Mak Long hang pun tak kelapaq nak simpan lama lama. Cari orang bagi mandi, kapan sebelum usung pi masjid... disembahyangkan sebelum di benam ke lubang kuboq. Sedaq sedaq... bumbung dah boleh pegang ngan tangan dah...

Tak dak sapa yang boleh tolong kita melainkan Allah Yang Maha Kuasa...

Jadi, sementara kita masih dibagi peluang hirup oksijen siang malam ni... berdoa la banyak banyak pada Nya, berjagalah di sepertiga malam, serulah... serulah nama Nya... bertasbihlah... bertahajud dan bertaubat. Allah kan ka Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Tapi, bunyinya memang mudah, nak buat tu yang payah... tapi yang payah tu la indah. Kalau kita dok tengok kot belah susah, maka susah laa... tapi kalau kita tengok kot belah mudah, akan mudah jadinya. Terpulang kat diri sendiri, belah mana yang kita cari...

Dalam diri kita ni ada segumpal daging, jika baik daging tu maka baiklah seluruh diri kita... Ketahuilah, itulah hati. Hati ni... kalau diumpamakan sebagai ayaq, jangan biaq dia keruh... kalau diumpamakan sebagai bulan, jangan biaq dia gerhana... kalau diumpamakan sebagai awan, jangan biaq dia mendung. Jangan dok gatai biaq hati kita jadi gelap dan hitam legam.

Hati perlu dicuci untuk dapat diri yang wangi. Cuci hati ni pulak bukan boleh dibuat dengan sekali, tapi perlu berterusan, istiqamah sebagai rutin harian. Berzikir, bartasbih, bertahajud dan bertaubat secara berkekalan. Dan tentulah masa terbaik melakukannya adalah pada Ramadhan. Pasai time ni lah Allah turunkan rahmat, pengampunan dan sediakan kesempatan terbaik untuk sesorang tu kembalikan dirinya kepada fitrah... Aidilfitri...

Pa pun, yang terbaik tetap dari Allah pada semua umatNYA... kena redha la apa yang Tuhan bagi. Moga moga dengan limpah kurnia Allah jua kita semua dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang akan datang, bulan yang penuh rahmat dan keberkatan Allah s.w.t...

Wassalam...

Sunday, September 04, 2011

Gambaq paling femes

6 juta komen
Salam semua...

Gambaq paling femes tiap kali menjelang raya... haha...

Saja ja la Pak Long pilih gambaq hamba Allah ni yang tengah tekun dok buat ops serkap laju kat jalan Ipoh nak pi ke Selayang. Ya la, dah dok tercongok camtu takkan dok tekun bakaq lemang kot... haha...

Baguih jugak budak nih, dia bertugaih time orang lain dok syok be'raya' sakan, lebih baguih lagi... dia tolong peringat kita supaya sedaq diri kita tu dok ataih jalanraya. Jalanraya bukan mak bapak kita yang punya tapi kita kongsi ngan orang semua. Jalanraya bukan tempat nak berlumba tapi tempat untuk kita lebih berjaga jaga...

Jangan dok tipu diri sendiri pulak, perlahankan keta time lalu depan dia ja... Tapi Pak Long ngan Mak Long hang konpom, memang tak lalu punya jalan tuh... haha...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails