Monday, October 31, 2011

Tang mana yang susah sangat nii...

8 juta komen
Salam semua...

Anak penakan Mak Long hang baru ja balik, mai satu famili. Bukan sesaja ziarah tapi depa mai ambik baju yang siap ditempah... Besa la orang pompuan nih, bila sembang pasai kain baju... sampai dekat setengah jam laki keraih punya tunggu....

Bukan pasai kain baju yang Pak Long nak cerita, tapi tentang sejenih benda haram yang kian membudaya dalam masyarakat desa kita... Tak membudaya camana, megah ngan selamba ja laki si anak penakan Mak Long hang cerita kat Pak Long dia menang judi bola... pasai Negeri Sembilan menang Piala Malaysia.

Bila menang suka, yang kalah tentu derita... hang tau dak hang dah sapu bajet susu sebulan anak depa? Hang tak tau ka judi tu haram? Selamba dia kata main suka-suka ja, tak join nanti kengkawan kata apa... Lagipun tak besaq mana... kutip-kutip dapat dua tiga ratuih ja... Ini masaalah ngan orang kita, sembahyang tak tinggai, tapi akai tak pakai... Budaya tak elok senang sangat lekat kat kepala. Dosa judi tetap ada, tak kira la besaq mana...

Rasa macam tidoq tak lena pulak Pak Long bila teringat pasai judi ni, tak tegoq rasa cam tak boleh tidoq. Sapa yang suboqkan budaya "tidak apa" dalam masyarakat kita nih... Main judi sikit ja, tak paa... Tikam nombot sekali sekala ja, tak paa... Main judi pakau ngan kawan-kawan suka-suka ja, tak paa... Apa kejadahnya nih...

Kerajaan kena la bertindak pasai judi ni dah suboq membudaya bagi sesetengah masyarakat kita. Dah melarat jauh kedalam kampung dah.... Cerita bab nombot ekoq ni sampai dah nak jadi lumrah... Tak dak ka satu kaedah nak halang benda alah ni dari membudaya dalam masyarakat kita? Mengkalu elok lantak la, tapi benda haram ni adalah barah masyarakat. Sebab tu la Islam larang...

Judi ni kalau kita tengok balik di kalangan agama seluruh dunia, majoritinya akan merujuk keburukan judi pada diri, keluarga, masyarakat dan negara... Kalau dalam Islam, Pak Long rasa semua orang tau, jelaih dan tegaih judi adalah haram hukumnya tak kira la ataih apa sekalipun alasannya. Macam tu jugak la bagi semua agama didunia tetap jugak mengatakan judi adalah haram. Jadi nak heran apa jika ada dikalangan bukan Islam sendiri memberi tentangan terhadap judi...

Adakah apa apa lagi alasan yang boleh membebankan kerajaan Najib dari membatalkan lesen judi yang telah dianugerahkan pada kroni depa tu selain dari tamakkan wang haram... Dah habih dah ka ikhtiaq dari pihak berkuasa agama kita nak kempen pasai keburukan berjudi dari pandangan agama.

Pak Long tak nampak tang mana yang susah sangat nii... kerajaan kita punya, kosa pun kita ada... mau ngan tak mau ja jawabnya...

Wassalam...

Sunday, October 30, 2011

Sokong Terengganu... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Saja ja la Pak Long nak tumpang seronok ngan final Piala Malaysia malam nih... Terengganu jumpak Negeri Sembilan...

Yang ni penyokong Terengganu...

Yang ni penyokong Terengganu yang minat Arsenal... haha...

Wednesday, October 26, 2011

Pelaris Jin...

12 juta komen
Salam semua...

Lega banyak la Mak Long hang, dah lama rasanya Pak Long tak pi tengok gusti kat kedai hj Karim. Dah dua minggu dah... dua minggu tak melepak kedai kopi kira cukup lama woo... haha...

Kedai hj Karim ja la tempat orang-orang kampung Pak Long bersantai, lepaih main sepak raga ka, letih-letih motong getah ka, lembik terkelepek balik seghak padi ka... Pendekatanya, kedai kopi hj Karim ja la tempat orang kampung jamu selera, pusat orang kampung jamu mata... Penuh sedia, pagi pak lebai balik subuh, tengahari ngan orang kampung berenti lelah, petang penuh bebudak muda bersepak raga, malam ngan orang-orang tua bersengkang mata...

Setahu Pak Long la, hj Karim ni meniaga cara elok... tak dak anak dara se manih janda Limah yang di jadikan pelaris, bukan jugak jenih jin setan yang hj Karim pilih... yang ada bideo gusti ja jadi pelarih... haha...

Bukan macam orang-orang la meniaga, jenih semua pulun nak cepat kaya... tak kira dah halai haram disisi agama. Dengaq cerita yang pakai khadam jin pun berlambak punya ada... Patut la kedai penuh cam tak menang tangan... beratoq sampai luaq, dah lebih macam jin lapaq...

Tuhan suka kebersihan, sebab tu agama kita pun pentingkan kebersihan. Wajib ataih kita pilih kedai yang bersih, bersih dalam ertikata bersih dari segi penyediaan makanan dan jugak bersih dari sebarang benda-benda khurafat, terutamanya pelarih atau bantuan dari makhluk-mkhluk haluih nih...

Pak Long tak berapa fasih sangat bab bab pelaris atau khadam jin nih. Tapi kalau ikut petua yang kawan perturun kat email Pak Long... Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelarih atau khadam jin nih... baca Ayat Qursi 3 kali di luaq dari kedai.... Kalau dah dalam kedai tak guna pasai sah sah kita dah terkena... haha... Sebaiknya masa dalam keta atau ataih moto tempat parking. Kemdian hembuih 7 kali ke arah kedai, kalau dalam keta tu kena la bukak tingkap cheq oiii... haha... Tapi tak payah la tiup macam bomoh semboq di kiri kanan tuh... hihi... Tiup pelan-pelan sampai habis nafas...

Ikut petua kawan Pak Long tu lagi, kalau la ada pelarih di kedai tersebut, khadam tua tu akan marah dan kita akan rasa macam satu angin meneghepa mai muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tuh... Konpom tak bersih dari ayaq kangkang jin, khadam depa... Kawan tu pesan lagi, kalau nak jauhkan sihir atau buatan orang nih, banyak-banyakkan lah membaca Al-Fatihah setiap hari berseta ngan baca tiga surah terakhir atau pun tiga Qul setiap hari... Benda ni kena amai, tak boleh dok syok-syok baca, syok-syok terlupa...

Okey lah, nak pi tengok roti canai kat Mak Long hang sat... macam lekat perut la pulak orang tua nih...

Wassalam...

Sunday, October 23, 2011

Muammar Gaddafi

13 juta komen
Dengaq ceritanya dia masih hidup masa ditangkap...

Salam semua...

Pak Long melengum panjang gak, tengok ke perangai manusia yang banyak berlagak... Walau jiwa kacau tapi kena pasrah pada percaturan Allah... KetentuanNya, perjuangan rupanya perlukan pengorbanan... ribuan nyawa yang amat berharga melayang dalam menuntut keadilan di ataih dunia... Redha ataih percaturan Allah Taala terhadap hamba-hambaNya. Tapi Pak Long tak pernah syok sikit pun walaupun terhadap satu pembunuhan...

Walaupun pembunuhan tu dibuat ataih nama musuh kita...

Pasai apa manusia ni suka lupa, satu kebencian akan undang beribu kebencian yang lain... Benci takkan hilang dengan satu lagi kebencian. Kita tambahkan gelap pada kegelapan akan menghilangkan teruih sinar yang sedikit...

Kegelapan tak boleh hilangkan gelap, hanya cahaya yang boleh hilangkan kegelapan... Kebencian tak boleh hilangkan benci, hanya kasih sayang yang boleh hilangkan kebencian...

Kita marah kat Gaddafi pasai salah guna kosa, tapi kita lupa... penembak dia jugak dah hilang timbang tara bila pistol ada ditangan dia... Mungkin betoi Gaddafi ni jahat, tapi Pak Long takut yang lagi jahat akan berkosa... Sedih pasai ada lagi mentaliti manusia dalam gua menjadi hakim pada Gaddafi...

Wassalam...

Friday, October 21, 2011

Mak Long hang buat pulak dahh...

10 juta komen
Salam semua...

Hangpa semua mesti ghisau kat Pak Long kan... haha... ya la, tak ghisau mai mana main ngan dah seminggu tak apdet blog. Pa pun terima kasih laa, ada gak yang tanya habaq Pak Long... dalam fesbuk la, dalam email laa...

Tok sah dok ghisau laa... Pak Long tak apa pa punn... sihat, cuma sakit hati sikit jaa... Tak sakit hati mai mana woii, Mak Long hang buat pulak dah kelaku hodoh dia... ada ka dia pi sorok leptop Pak Long, pasai berblog dalam kelambu... Melawak pa nama lagu tu, marah sikit sorok leptop, cemburu tak kena gaya... hadoihh...

Pening jugak la kepala, melilau selongkaq habih satu ghumah... Dulu sekali dia sorok dalam tong beraih, tapi kali ni tak dak woii... Dia peram dalam bakui bawang pulak dahh... dekat-dekat nak pi menengok kat Harun Din gak laa... haha... Sib baik Mak Long hang tak buat lapik periuk ka atau pun buat tongkoi bersiang ikan. Mengkalu tidak, pakai arwah la leptop buruk tuu...

Naik biru jugak la muka Pak Long main ngan seminggu tak bukak fesbuk... nak celapak pi saiber kafe, takut malu ke budak-budak... haha...

Rasa macam senasib pulak Pak Long ngan Aziz Bari nih... haha... Masaalahnya, salah ka berblog cambahkan idea waima dalam kelambu... Dalam dunia terbukak camni, mana boleh kita suka-suka dok jajah minda orang lain dari bercambah... Hak Pak Long nak cambah idea, macam jugak hak Prof Aziz Bari nak utarakan fakta...

Tak boleh la suka-suka nak tutup mulut orang lain dari utarakan pendapat depa... Tegoq tak semestinya tak suka, pesan memesan tak semestinya cari derhaka. Fakta kena lawan ngan fakta laa... Ni dak, marah pasai berblog, sorok leptop dalam bakui bawang. Terkejut Aziz Bari tegoq raja, gantung tugaih dia kat UIA... perangai macam budak-budak laa... tak bertamadun langsung... Ishh... Pak Long rasa puak-puak terpelajar kita la ni macam ngan jalan undoq kebelakang pulak... haha...

Prof Aziz patut keluaq dari kelambu gelap UIAM... dok dalam kelambu sendiri macam Pak Long ni haa... haha... Huh, makin tengik pulak bau bawang kat leptop Pak Long nih...

Wassalam...

Saturday, October 15, 2011

Kerabu selom sambai nyioq

16 juta komen
Salam semua…

Dok kat kampong ni memang indah, cuma macamana kita letakkan keindahan tu saja yang berbeza-beza…

Ada yang kata indahnya kampong pasai hijaunya bendang, walaupun la ni banyak dah jadi tanah rang… haha… Ada pulak yang kata indahnya kampong pasai bebudak ramai, walaupun la ni banyak yang hodoh perangai… hihi… Ada jugak yang nampak indahnya kampong pasai meriah ngan gotong royong walaupun la ni depa dah pandai, tengok buat makan apa sebelum mai… hadoiihh… Pendekatanya tu, macam macam dah ada…

Mak Long hang lagi sempoi… Dia syok perangai jiran jiran yang tak berkira pasai masak makan, hobi masa lapang depa pakat dok lawan tukaq hantaran… tak kira la apa jenih makanan, sampai nak pi dapoq pun Mak Long hang dah segan…

Bagi Pak Long pulak mudah, tiap-tiap hari Pak Long adalah indah, malah mesti kena indah… haha… Kita ciptakan indah untuk hari hari kita. Nak kata sayang kat Mak Long hang pun tak payah la tunggu Hari Bini setahun sekali... Hari-hari boleh sebut, hari-hari boleh tuntut...

Tapi sejak beralih umoq ni, boleh dok merenyeh ngan Mak Long hang pun jadi laa, anak-anak tak dak ruang dah nak mai kacau daun, cari kena penampaq... haha... Tapi hari ni memang indah betoi, bukan lawak-lawak punya indah nih... Tak indah mai mana mengkalu boleh dok mengadap kerabu selom sambai nyioq, campoq udang hidup sikit… perrghh… Tak sia sia la Mak Long hang biaq selom merimbun belakang rumah…

Indah ni pelbagai. Jadi untuk buatkan kita lebih hargai keindahan yang kita ada, kita kena la pandai menilai, apa jenih nilai yang ada kat sekeliling kita la… Nilaikan nilai yang kita ada la, bandingkan pulak ngan nilai lama yang tertinggai entah pi mana… Memang yang lama nilainya berbeza tapi indahnya nilai yang baru perlu dicipta dan dipelihara…

Ni yang Pak Long nak pesan kat hangpa semua ni, jangan sesekali dok simpan apa-apa pun yang istimewa hanya untuk hari indah kita yang tertentu… Pasai hari indah yang tertentu tu belum pasti kita ketemu, jadi anggaplah hari hari dalam hidup kita ni adalah hari yang indah… Luang masa ngan keluarga, kawan rakan dan sanak saudara. Hidup kena indah bukan syok syok semata nak hidup saja…

Jangan dok simpan gelak tawa kita untuk hari-hari tertentu saja, guna saja bila rasa perlu nak guna… Jangan bertangguh nak buat sesuatu yang boleh buat kita gelak suka. Mau dok ingat la setiap hari, setiap jam dan minit adalah indah. Tambah tambah lagi kita ni pun tak tau bila saat akhir kita…

Mesti Maha Pencipta lebih indah dah bila yang dicipta tu pun indah. Jadi hargailah keindahan yang kita rasa…

Wassalam…

Wednesday, October 12, 2011

Ahmad Jais: Jangan siakan kematian dia...

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long punya kalut pasai hai hai dunia ni sampai naik terlupa pulak hai hai akhirat. Besa la kan, kita ni kan ka manusia, hamba Allah yang bersifat baharu... sebab tu apa jugak yang jadi disekeliling kita ni semuanya macam dok peringat kita supaya sedaq diri... Terutama sekali bila adanya kematian kawan kawan kita, dan dan teringat balik yang kita ni pun sebenaqnya akan mati jugak. Hangpa nak lari mana kalau tak mau mati... haha...

Bulan lepaih lagi kita dah dengaq, sdr kita... seniman Ahmad Jais, 75, dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pasai sesak napaih dan meninggal dunia pagi kemarin... jam 9 pagi lebihkurang... mai la kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah... moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Tersentuh la jugak kan... awat tak lagu tu, Pak Long dok ligan Mak Long hang dulu ni ngan lagu lagu dia laa... haha...

Pak Long ni bukannya apa, cuma nak ajak hangpa semua supaya jangan disia siakan kematian dia. Pemergian dia mengadap Yang Esa secara tak langsungnya telah peringat diri Pak Long, tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada akhirannya... Macam tu la jugak ngan kita dan apa yang terjadi kat sedara kita Ahmad Jais tuh... Kembalinya Ahmad Jais ni mengingatkan Pak Long yang kematian tu setiap saat kian dekat ngan kita.

Ajal maut tak kira sapa, tua ka muda, ulaq ayaq atau jutawan, motong getah atau artis pujaan. Hat tengah dok sihat elok elok pun tetiba boleh padam. Tok sah dok menyorok bawah katil pun la, waima dalam peti ais pun maut akan carik kalau ajal dah sampai... Silap haribulan yang dalam peti ais lagi cepat jalan... haha...

Jadi Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan takziah lah buat keluarga sdr Ahmad Jais. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali....

Wassalam...

Sunday, October 09, 2011

Petua bersihkan diri...

6 juta komen
Salam semua...

Sekali sekala cuti ni, dapat pulak anak anak balik rumah pun baguih jugak... boleh dok pelekoh depa bersihkan rumah. Sawang-sawang pun dah lama Pak Long biaq dok bergayut kot alang rumah tuuu... Dapoq dah jadi macam gudang arang, nak harapkan Mak Long hang? Nak kepong ayam itik dia pun tak lepaih...

Dekat sikit sikit tu boleh la Pak Long tolong. Tolong tengok ja laa... haha.... Nak buat camana, enjin lama ni. Menarah rumput sikit depan laman pun dah ketaq lutut... Lembu heret Pak Long lebih banyak dari Pak Long yang heret lembu. Bebudak jangan dok sengeh, hangpa pun nak pi mana kalau tak mai kat usia tua ni ha... memasing akan rasa punya camana sakit lutut macam Pak Long ni, kalau Tuhan taruh panjang umoq laa...

Rumah ni kalau bersih, mata tengok pun rasa kasih. Baru la boleh kata rumah tu syurga kita... Bersih tak bermakna cantik... Nak lawan ngan cantik, pakai mampuih keraih laa... mana nak pi cari duit, bajet Mak Long hang bagi pun ciput. Tapi bersih dalam ertikata teruruih... lalang tak jolok lantai, lantai tak rasa berpasiaq, bumbung tak berjelaga, sawang tak tutup bumbung...

Tapi mengkalu dok jaga rumah ja bagi bersih, diri sendiri dok tak teruruih pun tak boleh belah jugak... haha...

Diri ni amanah Allah kat kita sebagai hamba, kena dok jaga jugak bagi bersih. Nak bersihkan diri jasmani ni mudah, diri rohani tu yang payah... Tapi payah tu la indah... haha...

Pak Long suka nak selitkan sabda Rasulullah s.a.w...

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi apa yang Pak Long nak kongsi hari ni ialah kita kena bersihkan hati... untuk bersihkan diri. Hati hanya boleh dibersihkan dengan mengingati Allah s.w.t... tak dak cara lain dah... Tak boleh dok main rendam klorok dua tiga jam, tak boleh main sentai ngan sabun basuh kain dua tiga hari...

Hati ni adalah alat bagi mengingat dan berzikir pada Tuhan... hanya dengan mengingati Tuhan hati kita akan jadi tenang dan bersih. Hati ni jugak tempat untuk kita sedaq dan insaf bahawa ALLAH tu ujud dan kita ini hamba hasil dari ciptaanNya. Untuk merasakan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya... Untuk merasakan ALLAH itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang... Untuk merasakan ALLAH itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya...

Kena dok ingat, hati yang berzikir kat Tuhan ni ialah hati yang merasa segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. Berzikir dan merasa berTuhan ini lah yang buatkan jiwa kita tenang dan bersih. Dalam al-quran pun ada sebut:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang" (Surah Ar Raad: 28)

Ketenangan hati ni la yang satu dunia orang dok cari... ketenangan hati ni la jugak yang buatkan hati kita jadi bersih sekaliguih membersihkan diri jasmani...

Hmm... tu la petua yang Pak Long nak kongsi ngan hangpa semua... okey laa... nak pi jengok kat dapoq sat, apa yang ada... hihi...

Wasallam...

Friday, October 07, 2011

Hangpa sedaq dak...

6 juta komen
Salam semua...

Lama beralih umoq ni, perut pun dah terasa sempit. Dulu pepagi ni, 4 bungkuih nasi lemak janda Limah pun tak terasa, tapi la ni… Mak Long hang jamu roti kerin ngan kopi ‘O’ ja pun dah tak larat nak pepak. Beza banyak dah…

Pak Long mungkin tak berapa nak sedaq, la ni lebih banyak pakai mulut dari kudrat… tak larat… haha… Lebih banyak pakai kepala dari guna tenaga… tak dak upaya…

Jangan hangpa dok sengeh-sengeh perli kat Pak Long, sebenaqnya ramai dari kita yang tak sedaq… Dunia la dah terbalik kuang. Sebab tu Pak Long hari ni nak cerita benda-benda yang terbentang depan mata tapi ramai yang leka… Benda yang terjadi hari hari, ramai dari kita yang langsung tak ambik peduli…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada rumah ja yang besaq tapi keluarga yang kecik… haha…
Orang dedulu anak berbelaih orang, la ni ada la kot dua tiga anak… haha… last last, tinggai la Mak Long hang ngan Pak Long… addehh…

Hangpa sedaq dak…
La ni kemudahan yang kita ada tu banyak tapi masa pulak dok gaduh tak cukup…
Pejam celik, pejam celik… bebudak dah nak cuti sekolah hujung tahun dah… jenuh berkelahi ngan anak cucu pulak lepaih ni… hihi…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada banyak orang orang pandai, tapi ramai pulak yang kurang bijak dalam buat penilaian hidup… Ada akai tak pakai, ikut nafsu secara melulu…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada ramai doktor, tapi lebih banyak penyakit pulak yang kita dok dengaq…
Penyakit yang tak pernah Pak Long dengaq pun dah dicipta sama banyak ngan ubat… haha… lagi banyak ubat, lagi ramai yang tak sihat…

Hangpa sedaq dak…
Kita la ni kurang membaca, kerap sangat tengok tivi lalu sembahyang jadi kurang…
Otak jadi beku bila kurang ilmu, badan lembab dan pemalaih pasai selalu tengok tivi dikerusi malaih, hamba dengan pencipta dah jadi jauh mana hala bila solat kita lupa…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita gelojoh berbelanja, kurang senyum… jalan macam ribut…
Gelojoh berbelanja tu dah ikut setan, kurang senyum pasai letih pikiaq tang mana nak cari duit,  jalan macam ribut pasai dok ligan duit… haha…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita berebut pegang jawatan, tapi nilai keja tak ketahuan…
Kalau boleh tu, tok imam pun nak pegang… tok bilai pun nak sapu… tapi subuh berapa orang yang mai bersolat pun dia tak tau…

Hangpa sedaq dak…
Benda benda tu semuanya jadi depan mata tapi ramai kita buat tak tau jaa… Pikiaq sekali sekala pun baguih jugak… tengok tang mana yang tak kena, yang perlu kita nilai semula…

Nak pi tengok lembu kat padang sat…

Wassalam…

Wednesday, October 05, 2011

Mak Long hang buat dahh...

6 juta komen
 
Salam semua...

Pagi pagi Mak Long hang dah buat panaih... Dia dah tak mau pakai dapoq ges, takut meletup pecah rumah... Jenoh cari kayu api la Pak Long hujan hujan nih...

Nak marah kat Mak Long hang pun tak gamak, bukan pasai dia memang segak... dakkk.. tapi betoi jugak apa yang Mak Long hang risau tu... Simpan tong ges di dapoq dah macam simpan bom dalam rumah. Cuma bezanya, bom tu haram... tong ges ni pi jadi halai... haha...

Nu, dah dia terbaca dah risiko tong ges masak meletup sampai pecah Empire Shopping Gallery kat Subang Jaya Rabu hari tu...

Tong ges masak ni kalau tak jaga bebetoi alatan dia memang la bahaya. Ges asli cecair dia depa kata lebih tumpat dari udara. Besa punya kalau hat 14kg kat rumah kita, boleh sebabkan kemusnahan besaq jika berlaku kebocoran ges dan meletup... Ges tu jugak mudah tersebaq ke seluruh ruang... kalau ada api sikit ja sekalipun, dan dan boleh sambaq satu rumah...

Jadi pada sesapa yang risau macamana Mak Long hang risau tu, beringat laa... Tak payah suruh laki hangpa cari kayu api macam Mak Long hang tuu... mana nak pi cari dah la ni... Kena kerap pi check alatan dia bagi selamat, kot kot la tikuih dah gigit paip tu sampai bocoq ka... atau anak anak hangpa pinjam buat main masak masak...

Beringat sebelum kena, jangan sampai terhantuk baru terngadah... cewwahh.... ngeee... Errr... pasai apa depa tak juai ges masak bungkuih sekilo sekilo... murah la sikit, 27 ringgit tu mahai oiii...

Wassalam...

Monday, October 03, 2011

Sib baik Sultan Perak habaq

6 juta komen
Sultan Azlan Shah, Sultan Perak tengok dok relax jaa... dalam bilik siasatan terbaru SPRM, Perak. Gerenti dah kot lepaih ni CCTV tak boleh terpadam sendiri... hihi... - Foto Muhaizan Yahya

Salam semua...

Pak Long memang sakit hati sungguh ngan gejala rasuah ni... Budaya yang boleh perlingkup bangsa dan negara. Padan la ngan orang kita ni pun, anak anak dari kecik dah di ajaq ngan budaya pahat ngan penukui, tak katok mampuih pahat tak jalan...

Mak pak yang bengap, yang tak pikiaq jauh... akan sogok anak anak ngan dua tiga kupang untuk upah pi kedai beli rokok. Lama lama tak dak upah, keja tak jalan... Kita sendiri yang lupa nak ajaq kat anak anak, ikhlaih tu menatang apa, hasil keja ikhlaih tu rasa camana. Mak pak bengap spesis camni la yang sebenaqnya patut di tolak bagi jatuh bangunan...

Jadi Pak Long ni memang sokong sangat la sesapa jugak yang berusaha nak hapuskan rasuah... pelaku rasuah ni memang tak baik, orang tak baik memang tak layak ber'agama'kan agama yang baik...

Sib baik la Sultan Perak pun ada habaq kata rasuah yang tak terkawal akan subuq kan budaya kepalsuan dan kepura-puraan... mengkalu tidak, mampuih Mak Long hang nak tau...

Wassalam...

Sunday, October 02, 2011

Nak tegoq Anwar sikit ni...

8 juta komen
Salam semua...

La ni boleh kata tiap tiap pagi hujan, nak mandi pun rasa ngeri... sejuk sampai ke tulang coklat... haha... Tapi risau gak main ngan tak mandi pagi ni, cari Mak Long hang terkancing gigi... geli...

Geli Mak Long hang pun takat geli geleman kat orang yang baloq mandi pagi jaa... Tak la geli, se'geli' bila tertengok gambaq kat ataih tuh... Geli sungguh, meremang bulu tengkok Pak Long tengok ada lagi Melayu yang suka tangan depa dicium dan ada lagi Melayu yang penuh lapaq menerpa tangan orang untuk mencium.

Pak Long tak salahkan Anwar dalam hal nih, mungkin dia pun tak kelapaq sangat tangan dia untuk dicium. Nak tarik tangan dan dan nanti orang kata sombong pulak, bila dah biaq, Mak Long hang pulak yang terkancing gigi... haha...

Tapi Pak Long nak tegoq Anwar sikit laa... Cuba la elakkan kelaku macam gambaq ataih tu dari berulang... hodoh sesangat. Orang kampung meluat ngan orang yang mengada ngada... Mak Long hang tu harapkan hang ni berlain banyak daripada yang dok ada la nii... Berlain dalam erti kata kesama rataan insan dimata kita tanpa membezakan tuan dan hamba sahaya. Mak Long hang tak mau, turun depa depa tu dari takhta nanti hanya bagai bertukaq tangan untuk dicium jaa... Hang paham ka dak ni Anwar oiii...

Manusia ni semuanya sama, pangkat dunia tak membezakan kita dalam beragama. Mengagung sesama insan memang meloyakan tekak. Kita kena jaga benda ni semua... kita nak angkat bangsa kita jadi bangsa yang bermaruah, budaya alah... mencium tangan dan mengagungkan pemimpin secara berlebihan mau dok elakkan laa...

Yang suka tangan depa dicium tentu dilihat orang kampung sebagai sorang yang suka berbangga dengan apa yang depa dapat. Bangga sorang sorang mana syok, jadi mata pun melilau merata mintak orang tengok apa yang didepan mata... Cium tangan macam kat ataih tu bukan hormat anak kat mak pak, hormat Mak Long hang kat Pak Long... tapi lebih pada kaki ampu nak dapat habuan.

Perlakuan ni sat sangat, tapi kesan yang terakam kat kepala Mak Long hang dahsyat sungguh... orang yang dapat ciuman kat tangan terasa dia dah lebih hebat lalu pasai tu la tangan dia perlu dicium... Mak Long hang pun heran, tak kah budaya bodek tak kena gaya ni adalah mai nya dari budaya tuan dan hamba sahaya... Yang di cium tangan tu lebih tinggi dan berkosa, yang tolong suap makan minum kat orang orang bawahan depa...

Orang yang gatai sangat mencium tangan pulak tentu dilihat manusia yang bejiwa hamba sahaya. Dok menjerit jerit nakkan perubahan saja tak cukup kalau budaya hamba dan pembodek yang bersarang kat dalam bangsa kita dok tang tu jugak, tak nampak perubahan... Jangan dok buat tak tau Anwar oii, budaya jiwa hamba camni lah yang membodo kan bangsa melayu selama ni.

Manusia semuanya darjat sama... tak dak yang lebih tinggi atau lebih rendah dari sesapa...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails