Tuesday, November 29, 2011

Anwar kena tau apa dia buat...

10 juta komen
Salam semua...

Dengaq katanya, gamat gak la Johor diserang PKR... haha... tak tau la pulak Pak Long gamat camana. PKR ni besa la, kadang-kadang tu gempaq ja lebih. Gamat masa menyerang ja tapi tawan belum tentu... haha...

Tapi pa pun Pak Long suka dengaq bila Anwar nak bersihkan PKR dari pengkhianat. Baguih la lagu tu, sedaq diri hang tu... dulu ni dah salah pilih calon, salah lantik pemimpin. Bukan sikit hati orang-orang kampung yang terluka pasai sikap bebai hang masa pilih pemimpin. Majoriti depa rasa terhina sesangat bila calon PKR yang dipangkah jadi babi jilat kahak... Gelap mata tengok duit, ketaq lutut bila kena salak... Buat malu kat orang kampung ja...

Cuma Pak Long nak pesan la Anwar oii... mengkalu nak bersih, hang bersihkan betoi-betoi. Bukan takat pengkhianat parti ja... tapi jugak semua kaki-kaki bodek yang dok jilat sekeliling buntot hang tu. Jangan dok buat bodo sombong plak... takkan hang tak tau sapa yang tak mai masa kongres kat Johor nih. Takkan hang tak dak mata tengok kot sapa yang cakap ja pandai tapi demo BERSIH tak pernah dia mai...

Alang-alang dah nak bersih, bersihkan sekali tukang kipaih yang berlori-lori dok kerumun hang tu... Depa tu jengok kampung time hang ngan Azizah ada jaa... Orang meluat kat Umno bukan pasai hangpa tu baik, tapi orang ramai dah melugai dengan kelaku hodoh Umno menipu bangsa...

Kena tipu ngan Umno tak pa lagi pasai memang Umno jenih lagu tu, tapi kena kencin ngan PKR memang rasa cukup-cukup hina pasai hangpa lah yang selalu sangat, bersemboq-semboq ayaq lioq bercakap pasai keadilan untuk semua... Hangpa kena bagi berlain banyak dari Umno kalau nak suruh Mak Long hang undi hangpa lagi...

Wassalam...

Monday, November 28, 2011

Jangan dok semak kepala laa...

6 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat... boleh lagi kita dok tengok matahari di pagi Maal Hijrah 1433H nih. Bukannya apa, takut Tuhan panggil balik mengadap Dia, belum sempat la kita nak tambah amal ibadat kita yang masih jauh dari cukup nih... Baguih jugak selalu dok ingat nak mati ni, mengkalu takat anak bini yang pesan... kekadang tu buat tak heran jaa...

Teringat pulak Pak Long pesan dari anak-anak, Mak Long hang pesan pun banyak jugak... bila dah mai beralih umoq ni, depa tak bagi Pak Long dok saja sesangat... kena cari keja gak bagi pecah peluh. Depa tu bukannya apa, takut Pak Long ni kaya ngan penyakit... haha...

Jadi masa-masa Pak Long yang terluang ni kena la dok isi... bagi bergerak anggota badan, biaq berjalan akai fikiran... tak boleh dok melahu macam bangau tunggu ikan... haha... Bila ada saja kerja yang kita nak buat, tak la kepala ni semak dok pikiaq benda benda yang tak berfaedah sangat.

Macam tu la jugak ngan hati... bukankah hati orang mukmin tu rumah Allah... Jadi hati kita yang mengaku mukmin ni tak boleh la dok biaq kosong dari puji pujian terhadap Allah s.w.t... Bila hati dah kosong, setan akan jadi raja didalamnya... tu yang dok ingat benda pelik pelik tuh... Jadi isikan lah hati kita ni dengan zikrullah, baru la padan ngan kata hati mukmin tu rumah Allah... Hati yang tenang adalah hati yang diisi dengan iman, penuhi dengan zikrullah... firman Allah s.w.t...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia." 
[Surah Al-Ra'ad: 28]

Sebab tu kita sebagai orang Islam kena lah kembali pada Tuhan yang maha berkuasa ni... kembalilah kita dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang Dia berikan dan yang lagi diredhaiNya. Masukkan lah diri kita ke dalam jemaah hamba-hambaNya yang disukainya...

Tau agama saja bukan lah tiket mudah nak letakkan kita dekat ngan Allah. Maka kalau nak cari kebahagian dan ketenangan... kita tak boleh sekadar berilmu, tapi kena la jugak mengikhlaihkan diri pada Allah, menyerah dan bergantung semata mata padaNya... Jangan buat sesuatu yang dikernakan oleh lain dari di kernakan oleh Nya. Jangan letak pengharapan jiwa pada yang lain selain dari pengharapan pada Nya...

Insyaallah... sebab hanya Allah taala saja la yang layak buang semak dalam kepala kita, orang lain tu cakap pandai boleh laa... haha... Pa pun Pak Long nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kat semua para pengunjung blog Pak Long nih haa... moga ketenangan yang dicari akan dikecapi.

Wassalam...

Saturday, November 26, 2011

Petua nak yakin

4 juta komen
Salam semua...

Memang dua tiga hari ni blog Pak Long sunyi la sikit... haha... bukan pasai Mak Long hang sorok leptop... dakk, tapi dia pelekoh Pak Long titik bedak sejuk pulak dahh... naik keraih pinggang woii dok bersimpuh titik bedak... hadoiihh... Hangpa ingat senang ka titik bedak sejuk ni, satu tempayan pulak tu... Haram dia nak bagi pegang leptop lagi tak habih titik...

Bangga la jugak kan, Mak Long hang boleh pi percaya kata Pak Long takkan perlingkup bedak sejuk dia... haha... Setahun dia rendam beraih tu... Hanguih sehelai kain pelikat Pak Long...

Bab percaya ngan yakin nih, Pak Long teringat pulak tazkirah pendek yang hj Karim bagi pagi tadi. Boleh terima akai gak hj Karim ni, ber'tazkirah' sambil dok bancuh kopi ja... Elok gak Pak Long nak kongsi ngan hangpa semua... pasai keyakinan yang patut ada pada diri kita dalam mengharungi hidup nih. Bukan senang oooo nak jadi orang nih... nak jadi orang-orang senang laa... haha...

Kita ni kena yakin dan percaya dengan diri sendiri sebelum kita harapkan orang lain mempunyai keyakinan dan kepercayaan kat kita. Secara ringkaihnya berikut ni merupakan petua hj Karim kearah mengujudkan keyakinan diri:

Pertamanya, betoikan tanggapan kita yang kita ni diciptakan oleh Allah s.w.t sama macam orang lain... kentut busuk camtu jugak walaupun dalam istana emaih, tak dak beza tang memana pun...

Pikiaq positif, kalau orang lain boleh buat... pasai apa hangpa tak boleh... makna katanya jangan dok rasa rendah diri tak ketahuan hala sangat... kena redah buat jugak la, baru tau boleh ka tak boleh. Lepaih tu perbetoi la tang mana yang tak elok...

Mau dok kerap sikit, check tengok tang mana kekurangan atau kelemahan yang ada kat kita ni dan baikinya...

Kena ingat, tak dak orang yang bodo dalam dunia ni, yang ada hanyalah pemalaih untuk melayakkan depa digelaq bodo... haha...

Jangan dok takut-takut atau teragak-agak nak buat sesuatu yang positif...

Tok sah dok malu tak kena gaya atau bersopan yang tak bertempat...

Buat la gerak senam yang ringan sikit sebelum buat sesuatu pekerjaan yang berat, bukannya apa... sebagai pemanaih badan yang boleh mengaktifkan diri kita...

Perkemaih diri dan anggaplah diri kita ni adalah yang terbaik pada hari tu...

Tengok tepat kat muka dan mata bila kita bersembang ngan orang... jangan dok keraih macam kayu, pergerakan tangan boleh gak membantu...

Jangan dok pikiaq pasai masaalah bila nak mulakan tugaih tapi pikiaq la hasil yang boleh kita dapat dari kerja keraih kita...

Jangan bertangguh dalam apa jugak yang kita nak buat...

Lebih penting dari segala yang penting adalah, buatlah dengan ikhlaih semata-mata kerana Allah s.w.t...

Ok lah, Pak Long nak pi tengok sat bedak sejuk Mak Long hang, dia jemoq dak lagi... isskk... syok terlebih la pulak... haha...

Wassalam...

Monday, November 21, 2011

Kopi pacak...

10 juta komen
Kopi pacak yang kena rampaih, banyak mana pulak yang terlepaih... 

Salam semua...

Dah adat dah, bila mai beralih umoq ni memang camtu. Lenguh-lenguh sendi dah naik mangli, sakit lutut dah jadi tak takut, sakit kepala ni perkara besa. Mana ada manusia... lagi tua lagi kuat, lain pada Mahathir saja... haha... kuat berletiaq... Memang Pak Long dua tiga hari ni rasa panaih dan rimaih, nak demam tak demam. Jangan sesapa dok pitnah kata Pak Long ni demam nak tumbuh gigi pulak. Mak Long hang? Macam besa laa... berletiaq saja ubat dia... addehh...

Tadi masa dok tunggu giliaq Pak Long gunting rambut kat kedai Zam kepala simpang tuh, Pak Long terbaca kisah spesis Melayu bangang yang boleh tertipu ngan 'kopi pacak' nih... Apa laaa... terlampau nak lebih pacak, last-last dok terpacak kat hospital... Kan ka susah habih anak pinak, buat malu kat anak cucu ja...

Pak Long ingatkan spesis bodo camni dah mampuih habih dah masa jepun serang Tanah Melayu dulu... rupanya ada lagi saki baki depa yang terlepaih dari penangan jepun...

Buat anak anak kat luaq sana, mau dok beringat la... Bab nak pacak tak pacak ni bukan boleh senang lenang main ngan kopi jaa, dia kena mai dari amalan macam ngan senaman rimau ka... mau dok istiqomah dengan pantang larang orang tua-tua, jangan kencin berdiri... kencing berlari lagi la tak boleh... haha... jangan dok kencin dalam ayaq... Tak baguih tuk anu....

Lagi satu mau dok ingat, benda apa pun yang jenih segera-segera ni semuanya mengarut... jenih nak merosakkan diri sendiri boleh laa... Jangan dok jadi bodo sombong, kopi segera la ni ada racun berjadual, mesti ada kesan sampingan punya... silap haribulan, nyawa jadi taruhan. Dengaq la sama cakap orang tua-tua macam Pak Long ni haa... hihi... Tapi... errr... yang kena tipu tu pun orang tua-tua jugak... addehh... Susah la camni... hihi...

Macam tu la jugak ngan amalan dalam Islam pun, mana ada main segera-segera punya. Semua kena makan masa, biaq sebati amalan kita, tak dak jalan pintaih melainkan ber'istiqomah' dalam beribadah pada Allah s.w.t...

Wahai bangsa Melayu oiii, bangang tu simpan la kat bangsa lain sama... jangan dok rembat kat bangsa hangpa saja... isshh... geram betoi, sib baik la Mak Long hang terngah dok urut belakang nih... hadoiiih...

Wassalam...

Sunday, November 20, 2011

Jangan lupa ni bukan Najib punya...

2 juta komen
Salam semua...

Kadang-kadang kita tak tau pun apa yang kita dah buat, sedaq-sedaq masa berlalu camtu ja... Dunia moden cabaran pun dah lain, dunia pulak yang siap dok atoq keja buat kita. Memanjangnya sibuk, semedangnya lupa walaupun masih muda belia... yang tua bangka tu lagi-lagi laa... haha... Pisang yang masak ranum belakang rumah pun terlupa nak tebang, burung ngan tupai buat kenduri sakan dah. Maklum saja la, dah mai beralih umoq ni lagu tu laa...

Lupa nak tebang pisang tu tak pa lagi, habih sangat Mak Long hang tarik muka ja... tapi kalau lupa diri kita ni hamba sapa, cempegha habih la hidup kita. Kalau lupa rezeki kita ni ihsan Tuhan, maka jadilah kita ni macam ngan binatang belaan. Kalau lupa pulak Tuhan tu ada dan Maha berkuasa, sah sah boleh ganti Fir'aun la kita... haha...

Kita kena sedaq diri kita ni sapa, kena ingat sapa yang bagi rezeki kat kita dari langit dan bumi... kena paham sapa pulak yang punya penciptaan, pendengaran dan penglihatan. Sapa pulak mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan sapa pulak yang atoq segala urusan.

Pak Long nak peringat ni bukannya apa, dalam kita dok kalut ligan dunia... takut takut kita terlupa yang kita ni sebenaqnya hamba pada yang Esa. Wajib tau hamba mengingati Tuhannya. Dalam kita dok terkejut habuan 100 ringgit dari kerajaan ni, takut takut pulak kita terlupa rezeki ni Tuhan jugak yang bagi. Mengkalu takat Najib ja kata nak bagi tapi Tuhan tak gerakkan dia untuk ke arah tu, jangan harap hangpa nak dapat... Biaqpi la walaupun kena ambik kat pejabat Umno, janji dapat habuan rakyat walaupun ciput... haha... Cam Pak Long ni tak dak dah... boleh dok nganga ja la tengok si Usin sengeh sampai lenguh...

Pa pun, wajib tau kita ni sebagai hamba mengsyukuri nikmat Tuhannya. Dalam kita dok sibuk sibuk sengeh... tengok Anwar kena belasah kes liwat II dia, takut takut la kan kita ni terlupa Tuhan itu Yang Maha Berkuasa ataih segala-galanya. Wajib tau hamba mengEsakan keAgongan Tuhannya...

Pak Long nak pi tebang pisang sat sebelum lupa lagi... addehhh... Pisang awak masam buat cekodok pun sodapp... haha...

Wassalam...

Tuesday, November 15, 2011

Nilai yang dah terkorban...

4 juta komen
Salam semua...

Kemarin ni dan jugak lagi bawak Mak Long hang pi pasar hari sat... Bukannya beli apa sangat pun, tetiba ja teringin nak goreng kulat sisiaq ngan daging. Rincik daging haluih-haluih, potong bawang besaq... campoq kunyit sikit... pergghh... sedap tak patut. Maklum la daging korban yang jiran-jiran sedekah tu ada lagi...

Sebut pasai daging korban ni, teringat plak Pak Long banyak nilai-nilai baik dulu ni masa kita sambut raya korban yang la ni banyak dah terkorban. Diwaktu ramai dah jemaah haji yang balik mai ni, Pak Long rasa nak singkap balik apa yang Pak Long rasa janggai dan tak kena masa kita sambut Aidiladha la ni... Maklum la kan, apa saja amal ibadat yang kita buat la ni akan tetap jadi bekalan kita nak bertemu Allah Taala nanti...

Macam yang Pak Long selalu tekankan, kecantikan Islam terletak pada umat atau penganut Islam tu sendiri. Kalau elok kelaku umatnya, maka Islam akan dipandang tinggi dan terpuji... macam tu la sebaliknya. Islam ni agama yang baik, hanya orang yang baik saja layak didalam Islam... Mungkin bagi sesetengah orang la ni nampak macam tak pa saja sesetengah kelaku hodoh kat depan mata, tapi kesan dari sikap tak dak apa kita la yang agama kita la ni dah jadi tak ketahuan hala....

Umpamanya pada hari pertama Aidiladha yang Pak Long dok tengok depan mata. Memang la solat hari raya ni sunat, tapi mengkalu dah buat tu... kena buat betoi-betoi, tak boleh dok main sekerat-sekerat. Lepaih solat sunat Aidiladha ja, ada dah dari kita yang keluaq dari masjid pi tempat parking keta. Yang tok khatib tengah berahi berkhutbah ataih mimbar, tapi ahli kariah buat pekak badak ja... ada yang dan lagi balut rokok daun siap ngan pecah gebang dua tiga orang... Bukan kecik anak, dah bapak budak dah pun...

Jangan dok pandang remeh benda-benda sunat nih... benda yang bersangkut paut ngan agama walaupun sunat, kena buat bagi betoi-betoi. Kita mengkalu selalu sangat meringankan benda-benda sunat ni, secara tak langsung mendorongkan pulak kita meringan-ringankan yang wajib. Khutbah hari tu banyak bagi pencerahan pada ahli kariah konsep berkorban dan pengorbanan yang ikhlaih dan yakin tahap tertinggi yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. Patut sangat la kita bermuhasabah diri belajaq dari sejarah tu dan ajaq diri sendiri camana kita boleh berkorban untuk agama Allah...

Jangan dok besaqkan sangat daki dunia nih... Bab dunia ni kalau nak bersembang, 40 hari... 40 malam pun tak habih...

Selesai solat, mai bab korban pulak... Kita kena ingat, korban ni bukan syok-syok kita buat kerana manusia. Korban ni ibadat, kita buat kerana Allah Taala. Riak beribadat, maksiat pulak jadinya... Setiap ibadat kena la ada adat susilanya. Baik lelaki atau pompuan, kena hadir dengan menutup aurat. Tak boleh la berseluaq pendek dan pompuan bogel tak tututp kepala... Kita mai sebagai peserta pada satu ibadah, bukan ziarah funfair kampung sebelah... Sembang pun benda-benda yang bersangkut paut ngan agama, bukan pesta mengata kat Najib ngan Rosmah...

Lagi satu yang Pak Long nampak, daging korban la ni dah mai keperingkat melimpah ruah... Pak Long yang tak masuk korban tahun ni pun tak larat terima sedekah daging dari jiran sekampung... Bukannya apa, Pak Long takut membaziaq ja amal ibadah kita tu... Membaziaq masa, membaziaq duit dan last sekali membaziaq barang makan tuh... Ibadah tak sempurna, jadi la kita buat keja yang sia-sia... Bukan ka membaziaq tu kerja buat setan.

Mungkin kita kena pikiaq balik camana ibadah korban ni nak buat bagi lagi sempurna dan capai sasarannya. Nak elak jugak la jangan sampai ke peringkat hang masuk korban sedekah kat aku, korban bahagian aku sedekah kat hang... haha... Kampung Pak Long ni bukan ramai mana pun...

Wassalam...

Saturday, November 12, 2011

Bukannya mudah oii...

6 juta komen
Salam semua...

Pak Long tertarik dan rasa nak share plak ngan pembaca Pak Long, apa yang Tuan Ibrahim kata nih... sendat dan padat...

"Bila kita diberi kemenangan kita akan diuji dengan kemewahan dan kesenangan. Disinilah ujian supaya kita tidak tenggelam dengan dunia. Tapi bukan menolak dunia bahkan mengambil dan mengurusnya untuk menolong Islam. Namun ianya bukan MUDAH"

Tuan Ibrahim Tuan Man

Bukannya mudah oii...

Wassalam...

Thursday, November 10, 2011

Haji Najib dan Hajjah Rosmah

4 juta komen
 
Jom sesama kita "amin"kan Hj. Najib...

Salam semua...

Mak Long hang bukan tak dengaq apa orang kata, bukan tak perasan banyak yang dok perli-perli depa... Tapi Mak Long hang dah tak peduli, tergedik-gedik dia nak pi jugak...

Biaq orang kata "haji" Najib tak sempurna, biaq orang kata Najib hanya "tetamu" Arab Saudi, bukan tetamu Allah... Mak Long hang rasa macam dah ditarik-tarik, nak pi sambut hajjah Rosmah balik Mekah jugak-jugak. Lagi Pak Long larang, macam ngan disuruh-suruh...

Pak Long bukan larang pasai termakan apa yang orang kata tapi Najib tu kan ka Piem Umno, yang sambut dia tu bukan sikit umat, ramai woii... Dia pi Mekah bukan makan angin, tapi beramal ibadat. Letih ni tok sah cakap la... Lagipun layak ka orang kampung cam kita ni nak bersesak-sesak sambut dia... Kopiah kita dah tukaq kaler, tudung kita tak seragam ngan depa...

Tapi besa la orang pompuan nih, tak dapat beg tangan mahai... selendang dari China pun jadi laa... Tak dapat ayaq zam-zam, dapat kurma kering Mekah pun jadik laa... nak ambik berkat sesangat kononnya... Pa pun Mak Long hang janji tak la sampai cium tangan Rosmah tue, bukan nak minta projek pun... nak dapatkan tasbih ngan kepiah kat anak cucu pun jadik laa....

Hadoihh, berat dah Mak Long hang nih... kemaruk sangat nak cari berkat orang la pulak...

Wassalam...

Wednesday, November 09, 2011

Polis nak moden

2 juta komen
Salam semua...

Amboii... Sengeh naik lenguh Pak Long tengok si Hishamuddin tu. Tak syok mai mana dah dapat tiga bijik kereta Polis dari Naza, walaupun untuk pandu uji saja... Tu semua bukan suka-suka tapi ada makna... haha... Toksah dok tanya la sesuai ka dak keta Naza jadi kenderaan Polis, dah bagi free, sapu ja laa... haha... Pa pun satu usaha yang baik dari kerajaan nak modenkan pasukan Polis... Baguih la lagu tu, kita pun sedih jugak mengkalu tengok Polis kita keja sampai segan panggung kepala...

Nak modenkan pasukan Polis ni baik, tapi macam lagu dok kata la... yang baik dari pemodenan ni belum tentu semua anggota paham dan dapat. Pemodenan pasukan pun kena seiring, baik dari segi kenderaan dan alat kelengkapan terkini... perangai dan sikap profesionalisme pasukan pun kena dok modenkan jugak. Tak boleh la bila dah rasa moden tapi angkuh melayan rakyat sendiri, macam ngan layan orang dari zaman batu. Mula la rakyat pun naik hantu...

Pak Long suka sarankan pemilihan anggota Polis kena modenkan jugak, tak boleh main tangkap muat saja. Bebudak la tengok Polis dah macam pilihan terakhir depa cari keja, ya la dah sampai posmen pun tak mau ke depa...

Cari calon-calon yang betoi-betoi mau khidmat dengan seragam pasukan Polis, bukan keja dengan terpaksa. Lagi penting lagi tentunya pendidikan terhadap anggota yang terpilih, tanamkan agama mengatasi segala-galanya. Kena bagi depa paham keja tu satu ibadah kalau kita buat dengan ikhlaih dan sepenuh hati... Kelengkapan ja moden tapi perangai hodoh nak mampuih, tak dak agama sebagai sandaran pun tak jadi jugak. Kepercayaan rakyat bukan boleh dijual beli dan langsung tak boleh nak dipaksa-paksa. Dia kena dibina sendiri oleh pasukan Polis dengan bantuan dari anggota-anggotanya yang berdisiplin, komited, profesional dan tahan diuji...

Cakap mudah tapi nak capai tu susah... hihi...

Pak Long ni rakyat besa ja, tapi kalau boleh tu nak jugak tengok pasukan Polis kita disayangi dan dihormati, macam dulu-dulu... Kalau boleh tu tak mau dah tengok video Polis kita mintak rasuah dalam yutiub tu... malu, malu sungguh-sungguhnya...

Tapi Pak Long rasa Polis yang moden tak buat dah kot kelaku macam orang zaman batu tuu...

Wassalam...

Tuesday, November 08, 2011

Gambaq paling femes sebelum pilihanraya

10 juta komen
Salam semua...

Tak tau pasai apa, Mak Long hang pi pilih gambaq Najib ngan Rosmah yang rapi dikepung pengawal ketika berada di Tanah Haram ni sebagai gambaq "paling femes" sebelum pilihanraya umum ke 13. Hangpa selak la memana blog pun, boleh kata semua suka tempek gambaq nih... hihi...

Tapi ajaib gak la pasai hanya blog-blog pro PR saja yang lelebih tolong publisitikan gambaq Najib yang sibuk dikepung ni dalam blog depa... Blog-blog pro-Umno macam kurang berminat la pulak...

Ni la untungnya no jadi orang besaq Umno nih, buat haji penuh keselesaan... tak payah la dok berseghendeh dan berebut ngan berjuta-juta orang dari pelbagai bangsa-bangsa lain seluruh dunia tu haa... Anugerah Allah gak tu, diberiNya ruang dan kelapangan pada hambaNya... menjalankan segala suruhanNya...

Pak Long ngan Mak Long hang ni tak tau la pulak masa mana, dah dok kena que tak tau la sampai bila...

Wassalam...

Sunday, November 06, 2011

Korban terkorban...

6 juta komen
Salam semua...

Lama sungguh Pak Long tak bawak Mak Long hang keluaq makan angin luaq dari kampung. Jadi bila time anak-anak ajak beraya korban kat rumah depa ni, Mak Long hang awai-awai dah angkat tangan nak pi... Takkan Pak Long nak nganga sorang-sorang kat kampung kot. Jadi kena la berkorban sikit, dua tiga hari dah tak apdet blog nih... Lembu ngan ayam itik tu pakai harap kat anak-anak si Usin ja la, lantak depa la takat nak korbankan ayam itik Mak Long hang sekoq dua...

Jadi bersempena ngan raya haji 1432H ni, Pak Long nak ambik kesempatan nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kat seluruh umat Islam khususnya para pengunjung blog Pak Long ni ha... Terima kasih tak terhingga pasai setiap kali hangpa jengok mai, macam ngan tertelan pil maajun pulak Pak Long rasa, hilang habih lenguh-lenguh jari... haha...

Tak lupa jugak ucapan tahniah pada yang dah sampai seru jadi tetamu Allah kat bumi Makkah untuk melakukan ibadat Haji tu... Pada rakyat besa lain yang belum terpilih tu kena la beratoq tunggu giliran walaupun mampu, hangpa bukan pembesaq negara dok boleh potong que ikut suka...

Ibadat Haji ni mengingatkan kita pada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba pada penciptanya... Allah Yang Maha Esa... Makam redha tertinggi yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim tatkala dapat arahan Allah yang mungkin dianggap tak logik untuk dilaksanakan... iaitu menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan... Allah lebih dari segala-galanya...

Pengajaran besaq dari peristiwa tersebut, redhanya Nabi Ibrahim dan sedianya Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah s.w.t... menyedarkan kita bahawa segala-galanya yang ada kat kita ni hak Allah s.w.t... Waima sehelai bulu roma pun hak Allah dan kita ni tak dak apa-apa pun... Kita dilahirkan miskin, telanjang bulat. Dapat harta hasil kerja ni pun hanya pinjaman Allah s.w.t sebelum kembali padaNya nanti dengan miskin harta, telanjang bulat jugak melainkan amal ibadat...

Maka jadikanlah setiap amalan baik kita tu sebagai ibadat dengan meletakkan segala-galanya pada Allah s.w.t semata-mata, bukan kerana manusia. Yang berkorban kita, yang terkorban pulak lembu kambing... jadi nawaitu kena betoi, jangan biaq lembu kambing tu terkorban cara sia-sia... naya depa... haha...

Pengorbanan Nabi Ibrahim ni jugak patutnya kita ambik iktibar betapa ada lagi ruang untuk kita korbankan apa yang terdaya, baik harta... masa dan kehidupan yang dibagi pinjam Tuhan ni untuk menegakkan syiar agamaNya... Kalau kita sebagai umat tak dokong secara ikhlas agama Allah ni, sapa lagi yang kita nak harapkan...

Jadi selamat berkorban pada semua... jaga diri jangan sampai terkorban katak ataih jalanraya...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails