Wednesday, December 28, 2011

Fenomena hebat...

6 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, syukur la kita kehadrat Allah s.w.t. yang kurniakan kita nikmat untuk hidup sehari lagi kat dunia Dia yang cantik ni. Syukur jugak kita panjatkan kehadrat Ilahi pasai dapat la lagi kita menikmati nikmat bernyawa sambil boleh bukak mata menikmati warna-warna ciptaanNya...

Tak bersyukur mai mananya, ca hangpa pikiaq tengok. Hari ni telah ada antara hamba-hambaNya yang bukak ja mata dah dok dalam keranda. Telah ada jugak dari hamba sahaya Dia yang sedaq-sedaq tak boleh nak bukak mata untuk tengok nikmat dunia. Jadi jom la kita semua pakat-pakat bersyukur pada Yang Maha Esa pasai dari Dia lah segala-galanya yang kita ada...

Ada dari kita yang ingat Tuhan masa sakit-sakit badan, masa sihat dia buat tak heran. Ramai jugak yang memuji Tuhan masa dapat laba, sedangkan kita mudah lupa bahawa baik laba atau bala adalah jugak ujian dari Tuhan kita Yang Maha Berkuasa. Pendekatanya bersyukur dan memuji Allah s.w.t ni tak semestinya bila saja terjadi sesuatu kat kita atau terjerembab benda aneh didepan mata. Bersyukur dan memuji Allah s.w.t ni kena sentiasa dok ada... seiring napaih kita yang masih bebaih disedut masuk dan keluaq, yang sentiasa memuji Yang Maha Esa...

Bersyukurlah kita sentiasa, jadi lah kita hamba sahaya yang taat pada pencipta kita...

Hari ni Pak Long nak kongsi tiga keping gambaq tentang fenomena hebat kat Alabama, Amerika Syarikat... Bukan Pak Long pi sana pun, dah Mak Long hang tak bagi tapi kawan Pak Long yang hantaq ni ha... Siap ngan bertakbir lagi kat bawah gambaq tu ha... Tu yang buatkan Pak Long teringat nak pesan kat dia dan semua kita tu, bertakbir dan bertahmid tanda syukur dan patuh kita kat Tuhan ni kena sentiasa diucap tanpa waktu dan tempat...

Ikut kata kawan Pak Long ni, satu fenomena alam yang terjadi kat langit Alabama ni dirakam pada 16/12/11. Nampak macam ngan ombak tsunami yang besaq sedang berlaku yang terbentuk kat langit biru.

Puak-puak Alabama yang kagum ngan fenomena ni dah ambik gambaq dan teruih hantaq pi stesen kaji cuaca depa. Ikut pakar depa kata fenomena hebat ini berlaku bilamana satu lapisan bahagian ataih (udara) bergerak lebih pantaih berbanding lapisan bahagian bawah (air)

Wallahu a’lam... depa tu pun ulaih berdasarkan dari apa yang depa belajaq la jugak... haha...

Pa pun, ingat la pesan Pak Long hangpa ni sama... Fenomena dalam diri lagi hebat yang dianugerah Allah kat kita semua, jadi memuji dan mengingat Tuhan ni kena senantiasa ada, tiap waktu dan ketika... bukannya ikut suka mak bapak kita ja...

Wassalam...

Friday, December 23, 2011

Gambaq menarik

8 juta komen
 
Sukanya diaa...
Salam semua...

Tak tau la pulak pasai apa Mak Long hang pi pilih gambaq si Shariff Jajang yang tengah melambai suka tu sebagai gambaq menarik dia minggu ni...

Boleh ka tak suka, bekaih Ahli Exco Kerajaan Selangor ni dah terlepaih dari tuduhan rasuah berhubung ngan permohonan tanah di Sepang, 14 tahun lalu... Woi, 14 tahun punya masa bukan singkat ooo.... Sah la dia ni tak pakai bomoh tolong jampi masa bicara. Sebab memang payah nak cari bomoh yang betoi-betoi Umno yang boleh istiqomah dengan sesatu kes sampai 14 tahun... haha... Silap haribulan bomoh boleh padam dulu sebelum kes selesai...

Pa pun, tahniah la pada Shariff Jajang pasai dapat gak dia harungi masa 14 tahun tu sebagai bekaih kepala masam Umno Selangor ngan penuh tabah. Bukan mudah orang sefemes dia nak letak diri dia dimata orang ramai apatah lagi bila dia sedang diligan kes mahkamah...

Tapi sekurang-kurangnya, sebagai bekaih kepala masam Umno Selangor... Shariff Jajang dah boleh berbangga gak la, dia tak dapat lagi gelaran bekaih banduan mengkalu nak banding ngan Anwar... Anwar merasa gak 6 tahun dalam penjara... haha... Tu pun tak tau lagi tahun depan punya cerita, entah-entah berjumpak lagi la dia ngan penjara pasai tersangkut lagi kes liwat II...

Tu la tuah si Shariff gamaknya, bekaih orang kenamaan Umno Selangor...

Wassalam...

Sunday, December 18, 2011

PAS pelik...

28 juta komen
Salam semua...

Jangan dok rasa pelik pulak bila dengaq si Nasha kata politik PAS ni makin pelik... Sedangkan si Nasha ni takkan perasan punya yang lebih ramai lagi depa-depa kat luaq sana yang rasa teramat pelik, tambah-tambah lagi Mak Long hang bila tengok Berita Harian bebuat hairan dan kalut sungguh dok layan dia yang sedang ke'pelik'an...

Pelik ka bila kita tengok orang yang memang selama ni dilihat pelik mengatakan PAS pelik... haha...

**************************

Politik PAS makin pelik: Nasharudin

Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR: Selepas membisu selama kira-kira enam bulan apabila gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar parti itu awal tahun ini, Nasharudin Mat Isa, semalam membidas golongan tertentu dalam parti yang disifatkannya mendahului Presiden dalam menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.- Berita Hairan

Masalah dalam PAS sekarang ialah terlalu ramai orang yang nak bercakap mengenai segala isu sedangkan bagi saya mereka tidak layak memberi kenyataan atau menyatakan pendirian parti. Akibatnya, perkara remeh menjadi besar apabila didedahkan dan ini menimbulkan pelbagai tanggapan serta spekulasi di kalangan umum. Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS. - Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok

Tapi kadang-kadang tu, yang pelik la yang orang kalut dok ligan sangat tuh... haha...

Wassalam...

Wednesday, December 14, 2011

Nak nasihat sikit nih...

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni bukan terer sangat pasai cinta dan kasih sayang nih... haha... Tapi rasa macam nak kena bercakap jugak la pasai Pak Long dah mai martabat semak kepala dah bila tengok bebudak la ni, tak dak seni langsung dalam melayan kasih sayang ngan pasangan depa... haha...

Kawin tak dan inai nak kering elok lagi, dah macam-macam cerita dengaq. Kampung Pak Long dok ni tak la besaq mana sangat pun, sekali-sekala pinggan mangkuk yang depa lawan baling tu melayang jugak mai depan rumah Pak Long ni haa...

Pak Long dulu ni rajin gak la dok nasihatkan anak-anak Pak Long, nak cari jodoh ni bukan mudah... tapi tak lah susah... haha... Cari lah yang sayang kat kita seadanya, bukan mengada-ngada. Cantik dimata belum tentu bahagia. Sedap dipandang bukan boleh bagi perut kenyang... Kekayaan bukan diukoq pada kebendaan. Kebahagiaan pulak bukan diukoq pada ketampanan dan keayuan...

Akan sampai satu masa yang cantik dah suram, yang kacak dah masam. Di sinilah kasih sayang memainkan peranan pentingnya. Kasihnya kita pada pasangan boleh membuatkan kita akan melakukan apa jugak supaya pasangan yang kita sayang nampak cantik dan indah dipandang... Yang masam nak di maniskan, inilah cabaran. Cantik tak semestinya luaran. Beralih umoq bukan bermakna hilang seri... tak percaya tanya Mak Long hang... haha...

Seri diri bermula dari hati. Tak kira jantina, hati yang bersih dijanji Tuhan dengan kebahagiaan... jadi, pakat-pakat la serikan hati kita...

Pak Long sedih betoi bila dengaq banyak rumahtangga yang rebah di usia muda... usia kanyiaq. Tu pun lambat siang, mengaku Melayu beragama Islam. Tapi takkan kita nak kata ni budaya Melayu atau ni ajaran Islam kot? Banyak yang kita tengok, memacam cerita dalam berbagai rupa. Ada yang laki dera bini dan ada bini yang lari tinggal laki. Kita kadangkala terlupa dan leka, setiap kita menjunjung Islam dikepala dan menjinjing bangsa disetiap ketika dan langkah...

Pak Long tak berani la nak komen lelebih. Pak Long pun bukan pakar sangat, cuma rasa sikit teruja ja nak bergossip... haha... Maapkan la Pak Long kalau-kalau agak keterlaluan dan dilihat sebagai melangkah ke belakang gatai nak tegoq anak anak di era 1Malaysia ni erti berkasih sayang...

Wassallam...

Sunday, December 11, 2011

Dalam susah ada mudah

6 juta komen
Salam semua...

Memang enjoy sungguh bila sekali sekala dapat melepak ngan Mak Long hang kat pelantaq depan rumah... Dah mai beralih umoq ni, boleh dok belek-belek balik kisah dedulu ni syok gak... haha... Teringat pulak Pak Long, tiap kali sampai depan rumah Mak Long hang dulu nih, time tu la jugak rantai beskal Pak Long selalu jatuh... addehh... haha...

Ujian gak tu, ujian masa era angau... haha... betapa seksanya Pak Long time tu nak tengok senyum menguntum dari Mak Long hang... Tapi, tu duluuuuu... la dah tak larat nak tengok la pulak... haha... Ujian Tuhan ni pelbagai sebenaqnya, tak kira tua atau muda, masa dan ketika... Kita selalu tengok adanya orang lain kat tepi kita sebagai ujian dari Allah tapi kekadang tu tak sedaq langsung yang kewujudan diri kita jugak sebenaqnya adalah ujian Allah pada orang lain... Dok tengok orang saja sampai lupa diri sendiri...

Adanya Pak Long adalah ujian Allah untuk Mak Long hang, dan kehadiran Mak Long hang jugak sebagai satu ujian Allah kat Pak Long... haha...

Allah memang menciptakan dunia untuk menguji manusia... Memang kita ni sebagai hambaNya, hamba yang sentiasa menerima ujian. Senang dan susah, sihat dan sakit... lawa atau hodoh, semua ujian untuk kita. Sesungguhnya, setiap hamba-hambaNya yang celik dalam iman akan dapat menyaksikan bahawa Allah sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNya itu kekal sabar dan redha dalam ujianNya. Kemudahan dalam kesulitan, adanya senang dalam susah...

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

Sesapa yang mengambil Allah sebagai tempat bergantung dan menyerahkan segala-galanya pada Allah jua pasti akan hidup dengan limpahan anugerah dan keberkatan hidup dunia dan akhirat tanpa rasa bimbang akan apa-apa yang dapat memudaratkannya. Kita kena la bijak dan percaya pada kata hati dan kena fahami setiap rahsia yang tersimpan di dalam Al-Quran buat kita memilih jalan yang lurus dan diredhaiNya.

Ishh... kekadang tu rasa insaf la jugak, betapa kita terlalu takbur sebagai sorang hamba pada Yang Esa... terlalu bongkak sebagai sorang sahaya pada Pencipta...

Wassalam...

Thursday, December 08, 2011

Tengok kaki laa... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Masa zaman Pak Long dedulu, kalau ada apa-apa yang boleh kita angkat diri sikit, orang selalu dengan penuh ranggi akan kata, tengok kaki laa.. haha... Budak budak la tak dak dah istilah ego macam tu.

Tapi yang sahihnya, bau kaki boleh buatkan sesorang tu hilang ketampanan dan rangginya. Kalau harap muka saja segak, tapi kaki busuk bangaih, tak guna jugak. Malu tok sah cakap la, terutama bila time nak buka kasut.

Kaki yang berbau ni besanya disebabkan oleh peluh yang melekap kat kaki dan bercampoq pulak bakteria. Bakteria ni la penyebab pada bau kaki kita. Jangan tanya Pak Long bakteria tu menatang apa, Pak Long tak kenai tapi Mak Long hang bagitau dia tu tak dak la bertanduk macam lembu belakang rumah tue... haha...

Bakteria yang melekit dikasut boleh kita kurangkan dengan selalu mencuci bahagian dalam kasut kita. Atau kalau masih dok berbau jugak kaki tu, cuba petua yang Pak Long dapat dari orang tua Pak Long ni ha...

Sediakan cuka dan ayaq. Jangan dok gatai pakai cuka getah pulak, tak dak sapa suruh... haha... Cari cuka makan. Buatkan dengan anggaran 1 cuka berbanding 2 ayaq dan tuangkan ke dalam besen agar cukup untuk nak rendam kaki kita. Rendam kaki kita setiap malam untuk mengurangi bakteria penyebab bau yang ada di kaki busuk tu...

Amaikan la beberapa hari hingga seminggu, insyaallah kaki kita akan kembali sediakala. Lain la kalau kaki kita tu dah memang sediakala busuk. Peringatan, jangan dok gatai amal petua diatas tu kalau ada luka terbuka pada kaki... tak pepasai hangpa kata Pak Long kencing hangpa pulak...

Wassalam...

Tuesday, December 06, 2011

Tak pepasai kuda ngan lembu jadi femes...

8 juta komen
Salam semua...

Amboi, bukan main berdengung lagi gema sora dan sorak sorai puak-puak Amno tibai Pakatan... haha... Betoi la jugak, yang berkata-kata tu kan ka Amno, media negara depa yang punya. Satu Malaya boleh dengaq sama... Tapi pelik gak la ngan para pejuang Agama, Bangsa dan Negara nih... haha... MCA hina Islam, Amno bebuat tak tau ja... Yang Amno kalut dok tibai DAP pasai perkuda Pas...

Elok dah la, MCA tibai Pas... Amno tibai DAP... haha...

Kuda memperkuda ni sama la ngan guna memperguna.... Hang perguna aku, aku perkuda hang.. tu semua perkara besa laa... Yang luaqbesanya, "guna guna"... Haru biru la negara kalau Najib yang kena... haha...

Hang perguna aku, aku perguna hang... benda ni benda besa sejak azali lagi. Apa nak herannya... Pak Long perguna Mak Long hang masak makan hari hari... jadi peneman dinihari... haha... tapi ada masanya Mak Long hang akan perguna Pak Long bila nak cabut ubi kayu belakang rumah... nak ligan ayam buat masak merah. Hangpa ingat dia kuat sangat ka...

Nampak dak, jadi nak heran mai mananya bila Pas perguna ahli dia untuk lonjakkan kemenangan Islam, ahli ahli dia pulak pergunakan Pas sebagai medium untuk capai sebuah negara yang maju Islamnya. Amno perguna ahli dia untuk cari salah Pas, dan ahli dia tentunya mempergunakan Umno untuk kenyangkan tembolok depa... besa la parti orang kaya... tak caya tanya Shahrizat... haha...

PKR perguna Pas ngan DAP untuk tawan Putra Jaya. PAS perguna PKR dan DAP untuk sama-sama perjuangkan Islam sejahtera. DAP perguna PAS ngan PKR untuk keadilan semua warga. Bab tenaga dan meramaikan ceramah, Pas memang juara walaupun menang belum tentu. Bab cakap pandai, gempaq orang sana sini, PKR boleh pi depan walaupun nampak macam tak ketahuan. Pasai tarik hati orang Cina, DAP boleh kita percaya pasai tak dak kaum puak Cina pun kita tak boleh apa apa...

Jadi kalau kata ada orang lagi yang kata PKR perguna Pas atau DAP tunggang PKR ka, mampuih pi kat depa... memang hidup kita ni perlu guna dan dipergunakan, kuda diperkudakan... Tapi tengok jugak la guna untuk apa dan dipergunakan pulak untuk apa. Jangan la dok biaq jantan Nigeria perkuda anak-anak gadis kita... Guna la kepala hotak tu sama, jangan dok ikut buta tuli saja... haha...

Pak Long rasa berbaloi apa kalau diperkudakan orang dengan tujuan murni, jadi kerbau bajak pun tak pa asaikan padi yang dituai dijadikan beras untuk umat manusia kenyangkan perut, boleh beribadah dengan selesa... asaikan kita redha dan bahagia... haha... Baik banyak la dari hidup jadi lembu dan diperlembukan... kahkahkah...

Kan ka orang yang menipu nampak lebih cerdik dan yang kena tipu sah sah dah bodoh...

Wassalam...

Monday, December 05, 2011

Dunia koi terbalik dahhh...

8 juta komen
Salam semua...

Dua tiga hari ni jenuh jugak la Pak Long usung Mak Long hang pi makan kenduri. Besa la kan ngan orang-orang kita ni, asai cuti sekolah ja kenduri... asai kenduri ja cuti sekolah... haha...

Tapi Pak Long nak pesan gak, sebagai hamba pada Yang Esa nih... kita jangan la pulak dok protes kerja buat Tuhan kalau la dah kenduri kita hujan lebih lebat dari orang yang mai... haha... Semua tu kerja buat Tuhan Yang Maha Berkuasa... Terima ja la dengan redha pasai segala-galanya dari Dia...

Tapi hangpa perasan dak, dunia kita ni dah terbalik kuang, makin pelik... haha...

Tak terbalik mai mananya, kita lebih kalut nak sedekah kat tuan rumah yang buat kenduri tu mengkala kita pi kenduri dia... Sedangkan kalau betoi dia tak dak duit, dia takkan tumbangkan sekoq lembu dan beratuih-ratuih ekoq ayam semata-mata nak buat kenduri. Kenduri la ni dah jadi industri cari untung...

Bukan Pak Long kata salah kita sedekah kat tuan kenduri, daakkk... Tapi yang peliknya time kita pi tengok orang mati, jarang sangat orang kita yang bersedekah kat keluarga si-mati tuhh... Sedekah Al-fatihah tu ramai la, tapi duit ringgit la yang keluarga si-mati nakkan sangat time tuh. Mati ni mai mengejut, kadang-kadang tak dan si-mati nak siapkan sikit pun duit untuk keluarga dia uruskan mayat dia... Sedangkan kenduri ni orang dah plan dah lama... Ada yang setahun lagi nak kenduri, depa dah plan macam-macam...

Tapi Pak Long pun huloq gak sampul hijau bila pi kenduri tuh... haha... Tak gamak pi bawak senyum jaa... Tak kira la berapa, asai ikhlaih dari kita...

Apa-apa pun Pak Long nak ucapkan selamat berkenduri jugaklah dan selamat tambahkan zuriat pada yang berkenduri tuh... Tak lupa jugak ucapan selamat ni Pak Long tujukan jugak pada sesapa yang dah pun menjadi mayat dan selamat meninggalkan kelekaan dunia pada yang dah menjadi mayat.... Pada yang belum dan akan menjadi mayat, beringat-ingat lah... haha... Kita pun tak lama, cuma tak tau ja bila...

Wassalam...

Friday, December 02, 2011

Selak kain ja yang depa tau...

10 juta komen
Salam semua...

Tang ni memang Pak Long setuju betoi ngan Mahathir, pemimpin Umno la ni harapkan ramai ja tapi tak banyak yang ada tokoh sebagai pemimpin. Mungkin dah terlalu mewah dengan rasuah kot, sampai gelap habih kepala hotak...

Sapa yang tertengok si Shahrizat sedang terkial-kial menyelak lengan baju nak tunjuk ketiak ni tentu paham apa maksud Pak Long. Kesian betoi tengok lagak si Shahrizat tu, terjerit-jerit melepaih geram di kandang sendiri tanpa buah butir... berdolak-dalik nak berelak, lagi banyak pulak yang terselak. Habih dah tak dak cara lain, sampai sanggup nak selak kain...

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya (Malaysiakini)

Memang tak dak arah betoi la si Shahrizat nih. Dakwaan dibuat kat keluarga hang, yang pi heret habih wanita Umno tu pasai apa... tu pun jangan, lambat siang nak pimpin wanita Umno... haha... Fakta lawan ngan fakta la woi, baru rakyat nampak sapa yang auta...

Jangan syok-syok nafi tanpa nyata ngan bukti. Hang tu kan ka menteri... tanggungjawab hang lebih pada rakyat, bukan takat bagi ahli parti hang syok sendiri macam orang gila histeria jaa... Huh... patut sangat la si KJ tak dapat jawatan kabinet... haha... Projek kantoi...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails