Sunday, February 12, 2012

Anak-anak...

Salam semua...

Anak-anak ni sebenaqnya adalah anugerah dan sekaliguih amanah serta ujian daripada Allah s.w.t kat kita sebagai hamba-hambaNya...

Anugerah ni bukan semua orang dapat, hanya insan terpilih saja yang boleh habuan. Sebab tu kita panggil anugerah. Ca tengok, berapa ramai pasangan suami isteri yang punya pulun ikhtiaq siang malam tapi masih tak dak rezeki. Mungkin belum masa dia kot Allah nak bagi...

Yang dikatakan sebagai ujian ni pulak bermacam-macam. Bayangkan la dari kecik nak jaga sampai la ke besaq panjang. Tentu saja usaha kita nak menzahirkan lebih ramai umat Muhammad yang berkualiti penuh dengan ujian yang hebat... segala mak nenek punya tanggungjawab akan terletak di batu jemala kita sebagai ibu bapak.

Adalah sesuatu yang amat malang pada ibu bapak bilamana mereka gagal untuk meletakkan iman di dada anak-anak. Ada ramai saja anak tapi anak-anak dia tak membawa kebaikan seduit pun kat dia di akhirat nanti. Kegagalan ni la yang Rasulullah kata sebagai mandui... jadi, pakat-pakat tolong la diri sendiri supaya jangan jadi mandui di pandangan junjungan besaq kita sementara masih berupaya untuk berusaha...

Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda:
 "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat: 
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

Tu la maksud sebenaq mandui dari pandangan Rasulullah, kena pandai didik anak bukan ramai saja buat menyemak.

Mak Long hang pulak pesan kat sesapa yang ada anak tak kira la berapa banyak... Didik anak kena ikhlaih bukan bela nak harap dibalaih... Didikan yang sempurna akan membesaqkan depa dalam iman, yang hormat kita dengan penuh sopan...

Wassalam...

4 comments:

  1. Salam Pak Long,
    Pe habaq? Betoi Pak Long, ramai org megah anak banyak tp bkn semua buleh pakai. Alhamdulillah saya takde anak, tp anak tiri hormat dan kasih kat saya, baguih jugak depa ni (3 org)...semoga depa semua jd org2 yg soleh!

    ReplyDelete
  2. Salam Helli,
    Alhamdulillah, sihat dengan izin Allah...

    Anak tiri pun tetap anak kita gak, ni yang Pak Long cuba kongsikan betapa Rasulullah cukup ambik berat hasil didikan dan asuhan yang kita bagi kat anak-anak yang berupa amanah yang dianugerahkan kat kita tuh...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails