Perisai diri Pak Long

Wednesday, February 29, 2012

Jom juai Islam

Salam semua...

Pak Long rasa macam ngan terpanggil pulak, buang tepi rasa jemu hanya semata-mata nak berpesan sangat-sangat kat anak-anak semua, peliharalah kesucian Islam... agama dari Allah nih. Kalau kita sebagai umat Islam pun tak reti nak jaga, nak harap kat sapa lagi nak jaga... Tambah-tambah lagi bila dok tengok sejemput dari budak-budak hingusan yang mengaku Islam tapi berperangai macam ngan haram...

Sebagai penganut Islam, kita secara tak langsungnya terlantik sebagai duta bagi Islam tu sendiri... Orang akan tengok kita sebagai orang Islam. Sebab tu kena jaga adab dan kelaku kita, biaq selari dengan adab dan kelaku Islam sejati.

Biaq pi la orang nak kata kita ni juai Islam, asaikan hasil jualan kita tu nanti Islam akan dihormati dan disegani. Nak juai kita kena ada promosi, promosi tu hanya melalui diri sendiri. Apa salahnya kita promosi Islam itu baik dengan kita berkelakuan baik. Islam itu adil dengan meletakkan diri kita bersikap adil dan Islam itu agama ketenangan dengan menzahirkan jati diri kita yang tenang. Apa yang penting, Islam boleh berkembang selari dengan perinsip keadilan untuk semua.

Sebagai umat Islam memang kita diwajibkan menjuai Islam sebagai satu agama yang terbaik anugerah Allah. Macamana nak juai Islam? Islamkan lah hidup kita. Islamkan lah politik kita. Islamkan lah gaya percakapan kita. Islamkan lah budi bahasa kita. Islamkan lah budaya kita. Islamkan lah tingkah laku kita. Islamkan lah cita cita kita. Insyallah, kita akan jadi jurujual yang baik... Sebab tu bila kita buat baik, Islam akan dipandang baik tapi pabila kita buruk kelaku, Islam akan dipandang bagai barang tak laku.

Sebab tu Islam amat pentingkan soal hati kerana dari hati punca segala galanya. Apa yang terhasil dari tingkah laku kita datangnya dari hati. Bersih sucinya hati itu akan hasilkan tingkah laku yang baik. Kebaikan tadi akan patah balik pada agama Islam yang kita junjung.

Jadi, jagalah hati... cuci lah hati agar apa yang timbui dari tingkah laku kita akan baik, bersih dan suci...

Wassalam...

3 juta orang komen:

  1. Salam pak long din, terima kasih pasai sudi tukaq link dengan cek, link dah siap pun di pasangkan.Tima kasih no...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgupj,
    Terima kasih gak la pasai sudi terima...

    ReplyDelete
  3. kalao istilah jual kena ada pulangan kn?.....coba fikir adakah betul tajuk tu.....

    ReplyDelete

Pak Long tak mintak hangpa bersetuju pun. Cumanya kalau lah bersetuju atau tak bersetuju dan rajin sangat nak berkomen, komen lah pakai akai. Tak dak masa la Pak Long nak bersoal jawab kalau ada pengomen yang gatai nak langgar undang-undang.

buat beli gandum ayam Mak Long hang la nii...

Related Posts with Thumbnails