Tuesday, February 21, 2012

Latif Ibrahim: Jangan siakan kematian dia...

Salam semua...

Pak Long punya kalut pasai hai-hai dunia ni sampai naik terlupa pulak hai-hai akhirat. Besa la kan, kita ni kan ka manusia, hamba Allah yang bersifat baharu... sebab tu apa jugak yang jadi disekeliling kita ni semuanya macam dok peringat kita supaya sedaq diri... Terutama sekali bila adanya kematian kengkawan kita, dan-dan teringat balik yang kita ni pun sebenaqnya nak pi kot belah tu jugak. Hangpa nak lari mana kalau tak mau mati... haha...

Bulan lepaih lagi kita dah dengaq angin-angin yang sedara kita... seniman Latif Ibrahim, 62, dalam keadaan uzoq dan baru-baru ni pulak dimasukkan ke IJN... Tup-tup jam 6 petang lebih kurang kelmarin, berita kematian dia dah tersebaq. Jadi, jom la kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah... moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Pak Long ni bukannya apa, cuma nak ajak hangpa semua supaya jangan di sia-siakan kematian dia. Pemergian dia mengadap Yang Esa secara tak langsungnya telah peringat diri Pak Long, tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada akhirannya... Macam tu la jugak ngan kita dan apa yang terjadi kat sedara kita Latif Ibrahim tuh... Kembalinya dia mengingatkan Pak Long yang kematian tu setiap saat kian dekat ngan kita.

Ajal maut tak kira sapa, tua ka muda, ulaq ayaq atau jutawan, motong getah atau artis pujaan. Hat tengah dok sihat elok-elok pun tetiba boleh padam. Tok sah dok menyorok bawah katil pun la, waima dalam peti ais pun maut akan carik kalau ajal dah sampai... Silap haribulan yang dalam peti ais lagi cepat jalan... haha...

Jadi Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan takziah lah buat keluarga sedara Latif Ibrahim nih. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali....

Wassalam...

6 comments:

  1. salam pk long, betoi tu. tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada akhirannya...

    ReplyDelete
  2. Yang hidup pasti akanmati.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Long, dulu saya minat dia nak jugak sbb suara garau dan hensom orangnya. Al-Fatihah, semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya.

    ReplyDelete
  4. Salam chelsea,
    Ni masa dia, masa kita tak tau bila dan entah macamana...

    ReplyDelete
  5. Salam Mohammad,
    Betoi tu, aminn...

    ReplyDelete
  6. Salam Helli,
    Al-fatihah... aminn...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails