Salam semua...
Orang kita ni memang terkenai. Mengkalu terkenai kot belah elok tu tak pa la jugak, Pak Long pun tak kisah tapi kebanyakanya terkenai kot belah hodoh, tu yang tak sedap tuh... haha...
Sikap dengki, cemburu dan busuk perut ngan apa yang orang lain ada dan capai tu cukup tebai dan kuat bersarang dalam hati. Ramainya jenih yang tak suka tengok orang lain lebih dari depa, syok sungguh tengok nikmat orang lain hilang. Dah tu dok harapkan depa ja lebih dari orang lain... tak ka hodoh lagu tu...
Pak Long teringat cerita tiga budak hitam yang si Jib cerita kat Pak Long dua tiga hari lepaih... kes busuk perut jugak la nih... haha...
Tiga budak hitam ni sedang berjalan-jalan di persisiran sebuah pantai. Tau-tau ja sorang dari mereka tertendang sebijik botoi. Dia pun ambik botoi tu yang tertutup rapat ngan penutup gabuih. Depa pun naik heran dan tertanya-tanya menatang apa dalam botoi tuh. Lalu salah sorang dari depa pun membukanya. Sebaik terbuka ja botoi tuh, terbitlah sekoq jin yang amat besaq...
Jin yang dah lama tak gelak tu pun gelak lah terbahak-bahak lalu berkata "Sapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku dah terkurung dalam botoi ini selama 54 tahun dah. Dalam masa terkurung tu aku dah bersumpah akan sempurnakan 3 hajat sesapa saja yang membebaskan aku dari botoi ni.. Nah! la ni hangpa semua mintaklah apa-apa pun, akan aku tunaikan"
Ketiga-tiga budak hitam tu mulanya terkejut tapi lama-lama rasa syok sangat bila jin tu tawaqkan untuk tunaikan permintaan depa. Jin pun berkata kat budak yang pertama, " Mintaklah!" Budak hitam pertama pun kata. "Keluarkan lah aku dari parti UMNO, aku nak join parti KITA... yang lebih gren dari semua..." Jin tu pun tunaikan lah permintaan dia. Lalu budak tu pun bertukaq baju pakai uniform KITA.
Jin tu pun berkata pulak kat budak hitam kedua,"Hang mintak la pulak!". Budak hitam kedua pun berkata. "Keluarkan lah jugak aku dari UMNO pasai aku nak join PERKASA, yang tentunya lebih glemer dari budak pertama". Jin pun tunaikan jugak permintaannya. Lalu budak tu pun bertukaq uniform pakai baju PERKASA.
Jin pun berkata kat budak hitam ketiga, "Giliaq hang pulak untuk mintak!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Keluarkan lah jugak aku dari UMNO, aku sunyi dok sorang-sorang... aku nak join JATI pulak... pejuang unggul agama dan bangsa. Tentu lebih gren dan glemer dari budak yang pertama dan kedua".
Jin pun berkata. " Tak boleh, permintaan hang tak boleh di tunai pasai JATI tu perjuang bangsa Melayu saja sedangkan hang tu pulak MAMAK... Mintak la yang lain..." Budak hitam ketiga jadi heran dan panik lalu berpikiaq apa lagi yang dia nak mintak...
Lepaih lama berpikiaq, budak hitam ketiga pun berkata" Kalau dah camtu, aku mintak hang bawak la depa dua orang kawan aku tu balik masuk dalam UMNO, aku takut dok sorang-sorang dalam UMNO nih..." Lalu jin tu pun tunaikan lah permintaannya. Dua orang kawan hitam dia tu pun balik lah kedalam UMNO terpinga-pinga...
Jin tu pun belah, tinggai lah ketiga-tiga budak hitam tu tadi tercengang-cengang dan bengang pasai satu haram apa pun tak dapat...
Moral dari cerita si Jib pasai tiga budak hitam tu, jangan la dok busuk perut sesama UMNO sampai tak boleh langsung tengok kawan depa kurang UMNO sikit dari depa... harap gempaq ja lebih, last-last satu habuk pun tarak... haha...
Pa pun terima kasih la kat hangpa semua pasai buang masa dok layan cerita dongeng dari Pak Long ni ha... syok gak sekali sekala boleh dok layan jin cakap Penang nih... hehe...
Wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Salam sahabat blogger,
ReplyDeletejust nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
link baru [www.erapasca.com]
mohon update yer..
terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!
Salam baginda,
ReplyDeleteDah apdet... :-)