Sunday, March 04, 2012

Gambaq lawak menjelang pilihanraya...

Salam semua...

Pak Long gelak guling-guling tengok gambaq yang Mak Long hang pilih kali nih... haha... Tak gelak mai mananya, yang jadi peneman kat belakang lagi ramai dari yang nganga terkangkang... hehe... Bila penceramah pakai kain... orang tengok dah rasa lain. Mampuih majlis nak berseri... bila dah tau poket tak berisi... kahkahkah...

Mak Long hang kata gambaq ni dia jumpak kat fesbuk, majlis MIC yang dah dekat-dekat nak mati berdiri... hehe... Chitt!! buat malu kat Hassan Ali ja... hehe...

Orang politik kena bersungguh...
Berputaq cakap, akai kena jenuh
Jumpak rakyat tak la pecah peluh...
Asaikan poket isi mau penuh

Orang politik kena kuat...
Otak simpan biaq mulut ligat
Biaq luaq nampak sihat...
Dalam mereput tak nampak lihat

Orang politik kena pandai...
Ada akai kena dok pakai.
Baru hidup tak macam bangkai...
Tempat rakyat tumpang ramai.

Ni la kot pasainya yang Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik nih... takut majlis Pak Long pi jadi camni, malu la Mak Long hang nak mengaku bini... hehe...

Wassalam...

14 comments:

  1. owh kasihan, yang menyokong sorang je???

    ReplyDelete
  2. Ingatkan kat india,tapi ada gambar dacing plk.

    ReplyDelete
  3. Salam Pal Long,

    OK ler tu pakai kain, buatnya depa mai pakai cawat cam dulu depa keja hangkut barang kat port ha ha ha! Ye nadei!

    ReplyDelete
  4. Salam Khairiz,
    Ada yang kata gambaq edit... :-)

    ReplyDelete
  5. Salam tuan teksi,
    Ni cerita India gak, India kat Malaysia... :-)

    ReplyDelete
  6. Salam Helli,
    Sah, yang kat belakang pun kosong mengkalu dia bercawat... haha...

    ReplyDelete
  7. MENGAPA PAS LEBIH SUKA MENYERANG UMNO BERBANDING PARTI2 LAIN DALAM BARISAN NASIONAL. ADAKAH INI BERMAKNA PAS HANYA MEMUSUHI UMNO. ORANG ISLAM MEMUSUHI ORANG ISLAM SENDIRI SEBALIKNYA YANG BUKAN ISLAM DIJADIKAN SAHABAT BAIK LAGI SUCI. MENGAPA INI SEMUA HARUS BERLAKU?

    ReplyDelete
  8. MENGAPA PAS LEBIH SUKA MENYERANG UMNO BERBANDING PARTI2 LAIN DALAM BARISAN NASIONAL. ADAKAH INI BERMAKNA PAS HANYA MEMUSUHI UMNO. ORANG ISLAM MEMUSUHI ORANG ISLAM SENDIRI SEBALIKNYA YANG BUKAN ISLAM DIJADIKAN SAHABAT BAIK LAGI SUCI. MENGAPA INI SEMUA HARUS BERLAKU?

    ReplyDelete
  9. MENGAPA PAS LEBIH SUKA MENYERANG UMNO BERBANDING PARTI2 LAIN DALAM BARISAN NASIONAL. ADAKAH INI BERMAKNA PAS HANYA MEMUSUHI UMNO. ORANG ISLAM MEMUSUHI ORANG ISLAM SENDIRI SEBALIKNYA YANG BUKAN ISLAM DIJADIKAN SAHABAT BAIK LAGI SUCI. MENGAPA INI SEMUA HARUS BERLAKU?

    ReplyDelete
  10. Salam joe,
    Tu majlis MIC joe oii, ada nampak macam Umno ka?

    Tak perasan pulak Pak Long Umno besa pakai kain camtu... haha...

    ReplyDelete
  11. tak payah pakai caps lock kalau ye pun bersemangat nak jadi cyber trooper. kuman di seberang laut kau nampak..Orang Islam berjudi, terlibat dalam perniagaan arak, sangat bahagia bila berzina, membazir melampau lampau, pecah amanah wang zakat, bunuh orang, menganiaya manusia yang tidak bersalah, memusuhi para ulama DAN benci kepada sesiapa yang boleh meng gugat kehidupan penuh maksiat mereka.......MENGAPA SEMUA INI HARUS BERLAKU?

    ReplyDelete
  12. Salam piko,
    Pak Long dok belakang hang nih, tibai lagi... hihi...

    ReplyDelete
  13. Kat India le tu, Samy Velu bawak bendera tu....

    ReplyDelete
  14. nie gambaq edit la pak long nahai..
    pak long dh rabun kot
    bawak2 la buat spec baghu..
    kalau tak dak duit, apply la bantuan..
    mana la tahu..

    tapi bila dah depan mata, semua bedai...
    Kan pak long kan..

    pak long.. pak long

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails