Banyak kali jugak dah Pak Long dok pesan kat anak-anak, Islam tu adalah cara hidup. Ambik Islam tak boleh dok ambik sekerat-sekerat, kena ambik keseluruhan Islam ke dalam diri. Sebagai sorang Islam secara tak langsungnya kita terlantik sebagai duta dan pendakwah bagi mengembangkan agama Islam dengan cara kita sendiri sekadar termampu. Dakwah ni termasuklah dengan tingkahlaku kita dan cara hidup kita seharian.
Disinilah pentingnya kita memperbetoikan sikap kita menghadapi sesuatu isu yang bersangkut paut dengan Islam. Bukan apa, Pak Long takut anak-anak Pak Long tersilap langkah dan terlepaih cakap membuatkan persepsi bukan Islam terhadap Islam akan terpesong.
Jauhkan lah sikap melayan isu secara emosi dan adat. Rujuk saja kepada Al.Quran atau Sunnah Nabi. Perkara asas yang perlukan fatwa jangan sesekali dibincangkan secara terbuka tanpa rasa takut melakukan kesilapan. Biaq majlis fatwa buat kerja, jangan bagi depa dok saja makan gaji buta pasai ni tanggungjawab semua.
Sekiranya kita sebagai pendakwah menjalankan peranan kita dengan sebaik mungkin, nescaya Islam akan cemerlang dengan sendirinya. Agama Islam adalah agama Allah s.w.t. Rahmat Allah akan senantiasa melimpah ruah untuk dinikmati semua.
Islam sebagai satu cara hidup adalah satu cara dakwah yang paling berkesan terhadap kaum yang ingin belajaq. Bagi yang nak belajaq la... haha...
Kawan sekeliling akan memerhati tingkah laku kita sebagai tingkah laku seorang Islam. Kawan sekeliling jugak akan tengok apa yang terucap dari mulut kita sebagai kata-kata dari seorang Islam. Elok tingkah laku kita akan elok lah Islam dipandangan depa. Molek kata-kata kita maka comei lah Islam di mata depa. Inilah cara dakwah yang terbaik dan mudah. Tapi Pak Long pun tau, yang nampak mudah tu la nak capainya payah... Payah pulak janganla gelabah, kerana disebalik susah payah tu lah adanya indah...
Tak payah la slogan berapi-api, kata-kata jenih dok bangga diri... yang pentingnya perbetoi dulu diri sendiri. Kemdian perkemaih famili sebelum jengok satu negeri.
Apa yang perlu kita perjuangkan ialah, Islamkan lah hidup kita. Islamkan lah politik kita. Islamkan lah gaya percakapan kita. Islamkan lah budi bahasa kita. Islamkan lah budaya kita. Islamkan lah tingkah laku kita. Islamkan lah cita cita kita. Insyallah, kita akan jadi pendakwah yang baik...
Wassalam...

Pak Long...terima kasih atas nasihat ini....
ReplyDeletenasihat berguna...terima kasih...
ReplyDeleteNice artikel first time menerawang
ReplyDeleteSalam Wan,
ReplyDeleteSama-sama la kita tolong tengok sesama kita... nak harap sapa lagi... hehe...
Salam meihwa,
ReplyDeleteTerima kasih kembali pasai follow Pak Long... :-)
Hi parsyy cat,
ReplyDeleteThanks for drop by... :-)