Monday, March 12, 2012

Shahrizat ni buat lawak ka...

Salam semua...

Lama jugak Pak Long tak jenguk kisah politik kita yang tak pernah sejuk gedi ngan isu nih... Ada saja yang timbui, panaih menggelegak... hehe... Dan yang paling gamat orang dok bercerita tentulah pasai si Menteri yang jaga pompuan buat pengumuman nak letak jawatan...

Bab dia letak jawatan ni sebenaqnya tak mengejutkan sangat pun... tak jadi isu besaq langsung di kedai kopi hj Karim pagi tadi. Orang pakat-pakat gelak berlambak, depa ingat Shahrizat buat lawak... haha....

Tak lawak mai mananya, ramai yang tau dia masuk duduk jawatan kabinet tu pun mai kot pintu dapoq... melalui Dewan Negara... haha... dilantik Najib selepaih kalah ngan pa nama anak Anwar Berahim tu masa pilihanraya lepaih. Jadi, 8 April yang dia pilih sebagai nak 'bersara' dari jawatan kabinet tu kena ngan time Senator dia tu dah nak habih tempoh... Awat yang hang pi tunggu 8 April, awat tak lepaih jawatan hang la ni atau pun lebih awai lagi mengkalu hang betoi-betoi bertanggungjawab...

Pak Long rasa Najib dah gempaq hang awai dah kot... tak mau sambung dah hang tu sebagai Ahli Dewan Negara... Maklum la, pilihanraya dah dekat dah nie... tu yang hang lepaih bagi awai sikit kot, tak la nampak macam orang terbuang sangat... haha...

Tapi wayang hang ni tak menjadi la Shahrizat oii... puak-puak Pakatan tentu suka la dah hang bagi peluru hidup kat depa, boleh dok mengutuk hang kaw-kaw punya. Tapi camni punya drama, orang Barisan pun boleh muntah hijau punya, meluat tahap gaban... haha...

Kalau tak salah Pak Long la, selaku Senator hang boleh berkhidmat selama dua penggai ja, atau selama enam tahun. Tu pun kalau Rosmah berkenan kat hang la... haha... Tempoh penggai pertama hang tamat 8 April ni... Kalau tempoh perkhidmatan hang tak disambung, maka kedudukan hang sebagai anggota Kabinet akan gugur secara otomatik... ni bermakna hang tak boleh dah pegang jawatan menteri. Jadi, pengunduran hang pada 8 April tu kena dilakukan dan bukan ataih pilihan hang sendiri. Dah jadi sukatakrela, bukan ataih tanggungjawab...

Tapi besa la, hangpa tok sah dok pi tanya Najib ngan menteri-menteri angguk yang lain tuh... Pengumuman Shahrizat mesti disambut baik punya... haha... Dah tau dah, tektik nak alih isu nie... hehe...

Wassalam...

6 comments:

  1. Assalam.

    Bukan buat lawak Pak Long ooi...buat bodo,hbs semua orng jadi bodo dok betojai pasai sharizat ni...

    ReplyDelete
  2. mami jelutong ni bukan buat lawak, dia cipta sejarah senator yg pertama letak jawatan bila 'lesen' tak diperbaharui. malaysia ni kan suka yg pertama2 tu, syok sendiri. ini akan masok dlm rekod yg orang putih kata gi gi gi nis nis tu, kita kata GILA la.

    ReplyDelete
  3. Salam orgjitra,
    Betoi, tok sah dok buang masa la dok bertojai pasai dia...

    ReplyDelete
  4. Salam kampong lad,
    Mami lesen tamat tempoh... hehe...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pak Long...

    Kesian pun ada, geram pun ada!

    Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.

    Jgn ada yg rasa bangga.

    Esok tak sesiapa yg terduga.

    Entah2, tiba giliran kita!

    ReplyDelete
  6. Salam musangka,
    Hang pi menyelam mana, lama-lama sedaih baru timbui...

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails