Thursday, May 31, 2012

Tahniah Amy Search

Salam semua...

Pak Long dok ingat lagi sebelum ni heboh sakan kat intenet kata si Amy, penyanyi rock terkenal tu dah berat kot belah perjuangan Pakatan Rakyat. Mak Long hang pun serupa la terutama sekali bila depa tengok gambaq si Amy tu dok bertepuk tampaq mesra ngan Nik Aziz... haha...

Besa la kan, puak-puak Pas yang jenih gedik artis ni pun ramai jugak termasuk la Mak Long hang. Depa ni la yang lebih-lebihnya, pakat tempek la gambaq Amy bersama-sama Nik Aziz tu merata-rata waima sampai ke dapoq masak... Maklum la kan, time kentut wangi... haha...

Tup-tup kelmarin ni meletup cerita si Amy ni dah masuk Umno... haha... Rasa macam terhenti dunia, terlopong Mak Long hang... haha... Tak percaya pun tak boleh, siap ngan gambaq lagi sama-sama ngan tiga lagi artis yang beraksi menyerahkan borang Umno kat Setiausaha kerja Umno....

Dengaq cerita Mak Long hang macam ngan tak selera dah nak dengaq lagu Fantasia Bulan Madu... hihi... padan muka...

 
Apa pun Pak Long nak ucapkan tahniah. Kita kena hormati, ni pilihan Amy dalam ruang demokrasi. Kita kena matang dan Pak Long setuju sangat kalau semua artis-artis kita nyatakan pendirian politik depa tanpa rasa takut dan segan. Syabas jugak pada yang telah berani ke depan sebelum nie...

Orang tua-tua selalu pesan, nak kenai orang tengok ngan sapa depa berkawan. Biaqlah lepaih ni kita pakat-pakat kenai artis kita melalui parti mana yang depa sertai. Bagi peluang depa pilih parti yang depa rasa boleh jamin anak bangsa depa terbela. Depa pun manusia jugak, ada naluri dan cita...

Cumanya Pak Long dok heran ni, ada jugak no Umno cawangan Dataran Merdeka... haha... Errr... yang si Jamal tu nak masuk Umno sampai berapa kali? Hang bukan dah Umno ka sebelum nie...

Ishh... tak sabaq pulak Pak Long nak tengok Amy, Mus dan Jamal nyanyikan lagu Umno di Perhimpunan Agung Umno nanti... camana la gamaknya lagu Umno tu jadi nanti noo... haha...

Wassalam...

39 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Long,

    tulah kita jangan suka dok berfantasia dan berbulan madu memanjang...realiti kehidupa tak selalu panas, ianya hanya sepanas Ikan Bakaq Sekincan, 10 minit pas tu sejuklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. moh kembara,
      hahahaha....kalau halakan kipas kat ikan bakar tu, 2 minit dah sejuk.

      -pemuda sekincahan-

      Delete
    2. Salam Helli,
      Hehe... perumpamaan terbaik tue... haha...

      Delete
  2. Sangat setuju dengan Pak Long Din dan Moh Kembara...

    ReplyDelete
  3. padan muka orang PAS..Dulu bukan main belagak..aku tunggu Bob Lokman pulak masuk UMNO. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan belagak tapi seronok sebab ada artis yang nak berubah kearah kebaikan. Kalau depa tak nak berubah juga kami nak buat macam mana. Itu semua kerja Allah s.w.t. Kerja kami cuma mengajak manusia kearah kebaikan daan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

      Delete
    2. kenapa kalu tk masuk pas tak boleh wat kebaikan k n kerap lakukan kemungkaran lee...

      Delete
    3. Ya ler, berlambak org bn buat mungkar. Yang terbaru himpunan jutaan belia

      Delete
    4. Salam Anon-anon semua...
      Pak Long tak marah hangpa nak melalak kat sini, tapi hormat la sikit kat Mak Long hang tu... Dia tak syok betoi tengok ramai yang tak ber"nama" nih... bukan apa, senang dia nak tibai mengkalu ada yang keraih kepala... haha...

      Lain kali tu boh la nama okey?

      Delete
  4. aq p0wn tunggu gak nie.. BE END tumbang...hakhakhak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 11:20,
      Tak mustahil tu, semua ni kerja buat Tuhan...

      Tapi hang tu lain kali jengok mai boh la nama, tak syok dok bersembang tak tau nama nie...

      Delete
  5. aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosan,tak tau apa nak katelah,ku sangka panas hingga kepetang rupanya ujan ditengahari,baboon dah bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 1:01,
      Pak Long pun dah bosan dok habaq kat hangpa semua, lain kali mai sini boh la nama... Bosan betoi la... haha...

      Delete
  6. Kau ingat org PAS kene ke frust menonggeng bile amy , jamal masuk umno? Sape dorang tu banding TGNA? Aku yg bukan org pas ke pr ke pun tak rase apa pun si amy ni masuk umno canang satu dunia? hahaha mungkin sebab UAI lagi power dakwahnya dan sedia berpengetahuan tentang hukum agamanya. Tak taw kew budak2 muda skang dahagakan ilmu? Sokong amy pengetahuan agama tak bertambah pon, bkn munkar nakir taye aku pasal bangsa aku.
    Sorry boh, Orang Mude geng UAI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak tu kalau msk pas pun xdop menguntungkan. Bak kata ada.x mnambah xde.x.berkurang. Lain la kalau uai isytihar msk umno..baru pas frust menonggeng macam senaman bontot kat umah ambiga.

      Delete
    2. Salam SO WHAT,
      Pak Long setuju ngan hang, hak demokratik depa la nak sokong sapa pun. Kita jangan dok sibuk... hehe...

      Anon 11:57,
      Kalau tak mau kena pulaih telinga ngan Mak Long hang, lain kali komen boh nama ok? :-))

      Delete
  7. salam paklong,sungguh hah apa yang pak long kata tu,kan kita negara demokrasikan biaq pi la parti mana pun dia nak pi terjun pun, opps masuk,he3 kan tu hak dia,tapi cek rasa la mesti Amy dah fikiaq abis2 dah tu.kan dia kata lagu dia menuju ke syurga ada kena mengena dengan umno.Tapi cuma cek risau satu ja,bole ka dia pi syurga hanya dengan nyanyi lagu tu.he3 jangan marah na Amy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kut, sebab dlm cite hindusatan pun demer.nyanyi masa ngadap.tuhan demer.

      Delete
    2. Salam Ex-Lynxcrew,
      Nik Aziz pun tak kata masuk PAS tu gerenti syurga, banyak jalan nak ke syurga Allah yang pemurah tue... tapi melalaikan umat dari mengingati Allah s.w.t tu memang neraka la tempatnya...

      Anon 12:00,
      Hang merapu apa nih... ngeee...

      Lain kali boh la nama, baru senang Pak Long nak tibai lagi terutama komen merapu camni.. hihi...

      Delete
  8. aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosan,aku dah bosan,baboon dah bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 11:18,
      Pak Long pun dah bosan dok habaq kat hangpa semua, lain kali mai sini boh la nama... Bosan betoi la... haha...

      Delete
  9. dah Allah Taala tak bagi hidayah kat dia walaupun usaha dah dibuat.umur dah lebih 50 masih dok ingat nak rock menjerit atas pentas.Allah memberi kita peluang untuk ubah diri kalau kita usaha kearah kebaikan insyaallah akan diperkenankanNya. Patutlah dia kena tipu dulu, duit hasil menang saman nak buat pusat tahfiz, last2 kena kapur lebur 2 juta. artis kalau masih duduk bergelumang dgn maksiat melalak atas pentas susah nak berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 2:04,
      Tu hak demokrasi dia Anon oii, apa pun marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah s.w.t agar dilimpahkan hidayah pada semua termasuk la diri kita, insyaallah...

      Hang pun sama, lain kali jangan dok memalu la nak boh nama mai rumah Pak Long ni ha...

      Delete
  10. kot dia test market dulu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:30,
      Lain kali komen boh nama ok? Tak syok la sembang tak tau nama...

      Delete
  11. Takpa laaa... masuk UMNO tapi undi PAS... boleh gitu? Pilihan masing2 saya tepat pilih bulan... Sapa mau paksa saya pilih dacing... mai bak datang duit... rasuah sikit, baru laaa politik wang.. Saya akan pilih BN bila dapat duit... Pilih BN undi BULAN, boleh gitu? ;P

    Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dpt duit sayapun pilih bn tp undi pas hehehe.

      Delete
    2. Salam Diana,
      Berpolitik ni kena bijak, kita berhutang pada anak-anak kita sebenaqnya. Apa yang kita buat hari ni adalah masa depan anak-anak kita... Maka pilihlah dengan bijaksana...

      Anon 12:02,
      Hang pun sama, awat yang malu sangat nak boh nama nie... iskk...

      Delete
  12. x per amy...masuk umno cuma nak cover line...pangkah nnt PR ok....gua caya lu....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:08,
      Hang jangan pulak nak cover line tak mau boh nama plak, lain kali komen boh la nama, baru syok sembang sama...

      Delete
  13. puak-puak Pas yang jenih gedik artis ni pun ramai jugak termasuk la Mak Long hang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam OTG,
      Memang Pak Long semak sikit la ngan puak-puak gedik artis nih... tak kira la dari puak mana. Asai artis ja bukan main lagi tergedik-gedik depa... Besaq sangat ka puak-puak artis nih?

      Delete
  14. kita semua tau cara amy hidup sebelum dia pegi mekah n selepas dia balik mekah..jd las2 sekali dia pilih cara hidup mcm ni...tpulang pd dia la..nasihat mungkin dh dibagi tp serupa mcm 2 juga tpulangla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pendokong,
      Betoi tu, terpulang kat dia laa... pilihan dah ada, bukan dia tak tau...

      Delete
  15. Kalu dia masuk PAS..dia ghisau org2 PAS dok suruh dia pi nasihat anak pompuan dia jgn seksi sangat kot..! hahahaha...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sukasuki,
      Pak Long yakin, dia pun ghisau gak ngan kelaku anak pompuan dia tuh... Sapa-sapa pun lagu tu la, tok sah kata dalam PAS, dalam UMNO pun dia tidoq tak lena main ngan perangai anak-anak nih... ngeee...

      Delete
  16. UMNO : Artis/ Selebriti, PAS : Ulama'. Pandai2lah menilai.....

    ReplyDelete
  17. UMNO : Artis/ Selebriti. PAS : Ulama'. Pilihan di tangan anda...???

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails