Saturday, July 28, 2012

Dr Asri Zainul Abidin

Salam semua...


...hidup adalah satu perjalanan
...menuju persada pertemuan
...hari penentuan segala amalan
...Tuhan itu sentiasa hadir dalam setiap penjuru waktu
...Tuhan sentiasa muncul dalam gembira dan sugul
...kita sering bertemuNYA dan berbicara
...pada dinihari yang sunyi
...pada malam sepi
...bahkan bersama tiap nafas ingatan kepada Tuhan sentiasa berbekas...

...dalam perjalanan dan perasaan
...airmata itu lebih dekat kepada Tuhan
...tawa dan senda kemanisan hidup insan
...namun Tuhan jarang ternampak dalam gelak dan sorak...
...hidup sentiasa manis dan indah
...ufuknya lebih luas dan terserlah
...dari jangkaan jiwa yang gundah
...dengan syarat kita sentiasa berpeluang menemui Allah
...berbicara denganNYA dalam senang dan susah
...bermanja dengan airmata dan roh yang luka..

...berjalanlah wahai hidup ini
...bertemulah dengan apa yang kau jangka dan kau tidak dugai
...senyumlah dalam nurani, sekalipun terpaksa menangis di pipi
...rahmat Ilahi itu menyising di setiap kehidupan insani
...berjalanlah di muka bumi sehingga detik hari tiada nafas lagi...

Wassalam...

3 comments:

  1. Indah sekali titipan rindu dendam hamba pd Tuhannya

    ReplyDelete
  2. Salam terawih pak long..seronok lepak kt blog pak long..tahniah..pak long tlg promote blog ambe..budak baru belajar..www.kakisembang.com..mintk pak long tlg pautkan di bloglist..terima kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asyraf,
      Alhamdulillah, blog hang Pak Long dah pautkan... boleh kot tolong listkan pulak blog Pak Long kat blog hang tue... :-)

      Delete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails